
Dalam satu laporan mengenai kekacauan di Mesir disebutkan: 'In a sign of cracks in some key regime pillars, Mohammed Rafat al-Tahtawi, the spokesman of Al-Azhar Mosque, the country's pre-eminent Islamic institution, announced on Al-Jazeera that he had resigned and was joining the protesters. Al-Azhar is a major source of support for Mubarak, giving his rule religious backing, and its top sheik has called for protesters to go home.' (sumber di sini)
Laporan di atas belum cukup melongokan saya, laporan lain pula menyebutkan Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh, ulama wahabi Arab Saudi yang amat rapat dengan istana bani Saud di Riyadh menyatakan: "This chaos comes from enemies of Islam and those who follow them," begitulah seperti lapornya Asharq al-Awsat (klik sini). Dengan bersungguh-sungguh Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh (klik sini) mengecam protes anti Mubarak sebagai menyebabkan ketidakstabilan. Maknanya, menurut fatwa wahabi; si Mubarak yang merupakan hamba Zionis itu adalah sinonim dengan keadilan, kebenaran dan keimanan. Ini tidaklah menghairankan kerana Riyadh adalah pak turut nombor satu kepada Rumah Putih. Bercium-cium pipi sakan kalau bertemu dengan Presiden Amerika. Untuk makluman Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh ini pernah mengecam sebarang demonstrasi dan protes untuk membela umat Islam Palestina di Gaza dalam tahun 2009 (klik sini)
Bandingkan dengan fatwa (kalau tak suka Syiah anggap sajalah ia sebagai pandangan) ulama Syiah tentang protes di Mesir. Sheikh Naeem dari Hezbullah menyifatkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai, "We salute the proud Egyptian people for their struggle ... and their rejection of normalizing (relations) with Israel as well as their aspiration to freedom, independence and dignity." (klik sini). Atau pandangan Ayatullah Ali Khamenei yang disampaikannya menerusi khutbah Jumaat minggu lalu: "Tunisian nation, managed to topple the US ally and a treacherous ruler. Egypt was the first Muslim country to become acquainted with European culture and the first Arab state to set an independent state in the post-World War II. What we are witnessing in Egypt today is a proper response to a big treason that the country’s treacherous dictator did against the Egyptian people." (klik sini)
Berbeza benar dengan Revolusi Islam Iran yang para ulamanya di Qom memberikan dokongan penuh untuk menjatuhkan Shah Iran. Kerana itulah ulama Syiah di Qom masih digeruni barat. Kerana mereka komited menjuarai Islam dan tidak bertolak ansur dengan kebatilan. Garis amar makruf nahi mungkar mereka sangat jelas. Berbeza benar dengan ulama di Azhar mahupun di Madinah. Eloklah Mohammed Rafat al-Tahtawi itu berhenti bersekongkol dengan kejahatan penguasa dan ketulian para ulama. Selama ini Zionis berpestaan di Mesir dan Palestina kerana rata-rata ulama di al Azhar (mahupun Madinah) selama ini (akan datang belum tahu) gagal mengangkat kebenaran.
Inilah juga puncanya sebahagian besar ulama dunia sunni tidak mampu menentang barat. Inilah juga puncanya penguasa dan pemerintah dunia Islam tidak takut berbuat kekejaman. Kerana kebanyakan ulama yang ada tidak berupaya menegakkan ajaran Islam yang ada di dalam kitab-kitab mereka. Mereka hanya pandai berteori, menfatwa, mewartakan fatwa, melabel dan menghukum dan berceramah sokseksoksek di masjid dan surau. Apabila tiba saat praktik; nihil @ tiada. Maka yang korup boleh terus korup kerana ulama yang ada ialah ulama kurap.
Barang diingat al Azhar adalah mercu tanda pengajian dalam dunia Islam belahan sunni sementara Universiti Madinah adalah mercu tanda pengajian dalam dunia Islam belahan wahabi. Jika begini, fahamlah kita kenapa cakap berbuih-buih mulut pun mereka tetap tak reti. Inilah rupanya sebab mereka tidak mengkaji dengan hati terbuka setiap segala kebenaran dalam agama. Inilah puncanya kita selaku ummah menggenggam angin, rasa seperti memegang sesuatu tetapi sebenarnya tiada. Rasa seperti ada tempat berpaut tetapi rapuh. Maka agama kita membeku dan terperuk di takah bawah. Inilah rupanya punca agama kita tidak sepertinya di zaman Rasulullah saw. Sehinggakan kita mengabaikan pesan baginda serba serbi termasuk supaya tidak meninggalkan ahlul baitnya. Inilah agaknya sebab musabab gerakan Islam di dunia Islam masih belum dapat mencontohi kejayaan gerakan Islam di Iran sehingga terlaksananya wilayatul faqih. Inilah sebab musababnya ulama sunni dan wahabi kekal mendokong penguasa yang zalim kerana contoh yang ada dalam kitab yang mereka tekuni ialah untuk terus mengampu pemerintah Umaiyyah dan Abbasiyyah kerana teorinya ialah biarlah pemerintah fasik dan perabih duit shopping di Dubai asalkan Islam di masjid tidak digugat. Inilah asal usul sekularisme yang orang terlupa sebutkan dalam buku Islam and Secularism sehingga ia menjadi akar padu yang sukar dibongkar dalam kalangan kita. Sekularisme berlaku kerana umat Islam memisahkan ahlul bait dari al-Quran.
Rupanya ramai ulama kita tiada boleh dijadikan sandaran, kerana tempat mengajinya pun serupa itu. Tidak hairanlah penguasa zalim boleh terus membuat helah dan tipu.
Kalau beginilah rupa sikap ulama atasan di al Azhar (dan Madinah), maka eloklah pelajar kita yang mengaji agama di sana kelam kabut, rebah rempah dan berpusu-pusu pulang. Iyalah, takut satu hal. Akan tetapi hal yang lebih utama, mengaji atau bercucuk tanam di tempat yang gersang tentulah tiada hasilnya untuk deen kita. Islam yang dipelajari ialah Islam kitab. Islam yang terbenam dalam huruf dan perenggan kitab. Selepas tiba di Malaysia nanti, mungkin mereka boleh membuka mata hati, ya setelah semua ini, untuk berpindah tempat mengaji. Iya, eloklah ke Qom di Iran. Tempat Islam dapat dipraktikkan. Islam Muhammadi. Pelajar mengaji agama mesti belajar ditempat yang tidak menghambakan diri dengan Amerika. Kerana itu saya seronok dengan kenyataan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz yang merujuk pergolakan di Mesir sebagai 'kebangkitan rakyat Arab Timur Tengah ke arah pemulihan demokrasi setelah sekian lama rantau itu "dikongkong pemimpin diktator pro-Amerika Syarikat" (klik sini). Pelajar agama mesti mengaji di tempat yang bebas dari pengaruh zionis. Dalam dunia, satu-satunya tempat yang menghampiri sifar suci dari Zionis ialah Iran. Memang ada usaha Zionis untuk masuk ke Iran, macam Mohsen Namjoo itu (klik sini), tetapi terkawal.
Dan jangan bimbang, bukan semua pusat pengajian di Qom adalah pusat pengajian syiah. Di sana malah ada pusat pengajian sunni dan tok guru atau mullahnya pun sunni juga (untuk mengaji tentang wahabi boleh misalnya berguru dengan Ayatullah Subhani). Ulama sunni di sana tiada yang mati disembelih seperti dakwaan maulana atau JAIS. Murah pun murah.




Kejadian di Mesir berlaku supaya kita semua dapat pengajaran. Mubarak jadi hantu setan kerana ulamanya begitu. Dan barang diingat bos Mubarak itu ada hantu setan yang lebih besar lagi. Rakyat Mesir belum melakukan revolusi sekiranya yang diubah hanya Mubarak. Si Mubarak ini hanya boneka. Raja sebenar Mesir ialah Obama. Dan Obama ini pula rajanya ada di Tel Aviv. Kalau rakyat Mesir sekadar berupaya menggantikan Mubarak dengan Omar (Omar Suleiman adalah ejen CIA, klik sini atau sini) maka setakat itulah perginya.
Begitulah juga raja sebenar Arab Saudi, ia juga bersemayam di Tel Aviv.
Ia juga menjadi ingatan buat pemerintah negara umat Islam yang lain sekiranya dalam hati tersedik untuk terhegeh-hegeh menyembah Amerika Syarikat. Klik di sini: http://www.liveleak.com/view?i=aaf_1296315210 dan tonton video polis Mesir menyerang rakyat Mesir yang sedang bersolat (atas arahan Zionis tentunya). Adakah ini yang mufti wahabi Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh sifatkan sebagai 'this chaos comes from enemies of Islam and those who follow them'? Siapa yang kacau siapa? Rasional bongok mana yang beliau gunakan?
Buat mereka yang mengaji agama Islam, para ulama sekian; apa kata tontoni khutbah Jumaat Ayatullah Ali Khamenei ini, beliau berbicara tentang isu Mesir. Dan jangan risau kalau tidak memahami bahasa Parsi. Ini kerana Ayatullah Ali Khamenei sebagai pemimpin umat Islam sejagat berkhutbah dalam bahasa Arab. Tontonlah sendiri:
** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Laporan di atas belum cukup melongokan saya, laporan lain pula menyebutkan Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh, ulama wahabi Arab Saudi yang amat rapat dengan istana bani Saud di Riyadh menyatakan: "This chaos comes from enemies of Islam and those who follow them," begitulah seperti lapornya Asharq al-Awsat (klik sini). Dengan bersungguh-sungguh Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh (klik sini) mengecam protes anti Mubarak sebagai menyebabkan ketidakstabilan. Maknanya, menurut fatwa wahabi; si Mubarak yang merupakan hamba Zionis itu adalah sinonim dengan keadilan, kebenaran dan keimanan. Ini tidaklah menghairankan kerana Riyadh adalah pak turut nombor satu kepada Rumah Putih. Bercium-cium pipi sakan kalau bertemu dengan Presiden Amerika. Untuk makluman Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh ini pernah mengecam sebarang demonstrasi dan protes untuk membela umat Islam Palestina di Gaza dalam tahun 2009 (klik sini)
Bandingkan dengan fatwa (kalau tak suka Syiah anggap sajalah ia sebagai pandangan) ulama Syiah tentang protes di Mesir. Sheikh Naeem dari Hezbullah menyifatkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai, "We salute the proud Egyptian people for their struggle ... and their rejection of normalizing (relations) with Israel as well as their aspiration to freedom, independence and dignity." (klik sini). Atau pandangan Ayatullah Ali Khamenei yang disampaikannya menerusi khutbah Jumaat minggu lalu: "Tunisian nation, managed to topple the US ally and a treacherous ruler. Egypt was the first Muslim country to become acquainted with European culture and the first Arab state to set an independent state in the post-World War II. What we are witnessing in Egypt today is a proper response to a big treason that the country’s treacherous dictator did against the Egyptian people." (klik sini)Berbeza benar dengan Revolusi Islam Iran yang para ulamanya di Qom memberikan dokongan penuh untuk menjatuhkan Shah Iran. Kerana itulah ulama Syiah di Qom masih digeruni barat. Kerana mereka komited menjuarai Islam dan tidak bertolak ansur dengan kebatilan. Garis amar makruf nahi mungkar mereka sangat jelas. Berbeza benar dengan ulama di Azhar mahupun di Madinah. Eloklah Mohammed Rafat al-Tahtawi itu berhenti bersekongkol dengan kejahatan penguasa dan ketulian para ulama. Selama ini Zionis berpestaan di Mesir dan Palestina kerana rata-rata ulama di al Azhar (mahupun Madinah) selama ini (akan datang belum tahu) gagal mengangkat kebenaran.
Inilah juga puncanya sebahagian besar ulama dunia sunni tidak mampu menentang barat. Inilah juga puncanya penguasa dan pemerintah dunia Islam tidak takut berbuat kekejaman. Kerana kebanyakan ulama yang ada tidak berupaya menegakkan ajaran Islam yang ada di dalam kitab-kitab mereka. Mereka hanya pandai berteori, menfatwa, mewartakan fatwa, melabel dan menghukum dan berceramah sokseksoksek di masjid dan surau. Apabila tiba saat praktik; nihil @ tiada. Maka yang korup boleh terus korup kerana ulama yang ada ialah ulama kurap.Barang diingat al Azhar adalah mercu tanda pengajian dalam dunia Islam belahan sunni sementara Universiti Madinah adalah mercu tanda pengajian dalam dunia Islam belahan wahabi. Jika begini, fahamlah kita kenapa cakap berbuih-buih mulut pun mereka tetap tak reti. Inilah rupanya sebab mereka tidak mengkaji dengan hati terbuka setiap segala kebenaran dalam agama. Inilah puncanya kita selaku ummah menggenggam angin, rasa seperti memegang sesuatu tetapi sebenarnya tiada. Rasa seperti ada tempat berpaut tetapi rapuh. Maka agama kita membeku dan terperuk di takah bawah. Inilah rupanya punca agama kita tidak sepertinya di zaman Rasulullah saw. Sehinggakan kita mengabaikan pesan baginda serba serbi termasuk supaya tidak meninggalkan ahlul baitnya. Inilah agaknya sebab musabab gerakan Islam di dunia Islam masih belum dapat mencontohi kejayaan gerakan Islam di Iran sehingga terlaksananya wilayatul faqih. Inilah sebab musababnya ulama sunni dan wahabi kekal mendokong penguasa yang zalim kerana contoh yang ada dalam kitab yang mereka tekuni ialah untuk terus mengampu pemerintah Umaiyyah dan Abbasiyyah kerana teorinya ialah biarlah pemerintah fasik dan perabih duit shopping di Dubai asalkan Islam di masjid tidak digugat. Inilah asal usul sekularisme yang orang terlupa sebutkan dalam buku Islam and Secularism sehingga ia menjadi akar padu yang sukar dibongkar dalam kalangan kita. Sekularisme berlaku kerana umat Islam memisahkan ahlul bait dari al-Quran.
Rupanya ramai ulama kita tiada boleh dijadikan sandaran, kerana tempat mengajinya pun serupa itu. Tidak hairanlah penguasa zalim boleh terus membuat helah dan tipu.
Kalau beginilah rupa sikap ulama atasan di al Azhar (dan Madinah), maka eloklah pelajar kita yang mengaji agama di sana kelam kabut, rebah rempah dan berpusu-pusu pulang. Iyalah, takut satu hal. Akan tetapi hal yang lebih utama, mengaji atau bercucuk tanam di tempat yang gersang tentulah tiada hasilnya untuk deen kita. Islam yang dipelajari ialah Islam kitab. Islam yang terbenam dalam huruf dan perenggan kitab. Selepas tiba di Malaysia nanti, mungkin mereka boleh membuka mata hati, ya setelah semua ini, untuk berpindah tempat mengaji. Iya, eloklah ke Qom di Iran. Tempat Islam dapat dipraktikkan. Islam Muhammadi. Pelajar mengaji agama mesti belajar ditempat yang tidak menghambakan diri dengan Amerika. Kerana itu saya seronok dengan kenyataan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz yang merujuk pergolakan di Mesir sebagai 'kebangkitan rakyat Arab Timur Tengah ke arah pemulihan demokrasi setelah sekian lama rantau itu "dikongkong pemimpin diktator pro-Amerika Syarikat" (klik sini). Pelajar agama mesti mengaji di tempat yang bebas dari pengaruh zionis. Dalam dunia, satu-satunya tempat yang menghampiri sifar suci dari Zionis ialah Iran. Memang ada usaha Zionis untuk masuk ke Iran, macam Mohsen Namjoo itu (klik sini), tetapi terkawal.
Dan jangan bimbang, bukan semua pusat pengajian di Qom adalah pusat pengajian syiah. Di sana malah ada pusat pengajian sunni dan tok guru atau mullahnya pun sunni juga (untuk mengaji tentang wahabi boleh misalnya berguru dengan Ayatullah Subhani). Ulama sunni di sana tiada yang mati disembelih seperti dakwaan maulana atau JAIS. Murah pun murah.



Bekas Menteri Luar Israel Tzipi Livni dan Naib Presiden Omar Suleiman yang diwarwarkan oleh Amerika Syarikat sebagai pengganti Hosni Mubarak. (Ikhwanul Muslimin bermesyuarat dengan ejen CIA, Omar Suleiman klik sini)
Kejadian di Mesir berlaku supaya kita semua dapat pengajaran. Mubarak jadi hantu setan kerana ulamanya begitu. Dan barang diingat bos Mubarak itu ada hantu setan yang lebih besar lagi. Rakyat Mesir belum melakukan revolusi sekiranya yang diubah hanya Mubarak. Si Mubarak ini hanya boneka. Raja sebenar Mesir ialah Obama. Dan Obama ini pula rajanya ada di Tel Aviv. Kalau rakyat Mesir sekadar berupaya menggantikan Mubarak dengan Omar (Omar Suleiman adalah ejen CIA, klik sini atau sini) maka setakat itulah perginya.
Begitulah juga raja sebenar Arab Saudi, ia juga bersemayam di Tel Aviv.
Ia juga menjadi ingatan buat pemerintah negara umat Islam yang lain sekiranya dalam hati tersedik untuk terhegeh-hegeh menyembah Amerika Syarikat. Klik di sini: http://www.liveleak.com/view?i=aaf_1296315210 dan tonton video polis Mesir menyerang rakyat Mesir yang sedang bersolat (atas arahan Zionis tentunya). Adakah ini yang mufti wahabi Sheikh Abdul-Aziz Al al-Sheikh sifatkan sebagai 'this chaos comes from enemies of Islam and those who follow them'? Siapa yang kacau siapa? Rasional bongok mana yang beliau gunakan?
Buat mereka yang mengaji agama Islam, para ulama sekian; apa kata tontoni khutbah Jumaat Ayatullah Ali Khamenei ini, beliau berbicara tentang isu Mesir. Dan jangan risau kalau tidak memahami bahasa Parsi. Ini kerana Ayatullah Ali Khamenei sebagai pemimpin umat Islam sejagat berkhutbah dalam bahasa Arab. Tontonlah sendiri:
** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



19 comments:
salam Dr dan pembaca,
semua proses revolusi di mesir ini adalah disebabkan kerisauan barat terhadap pengaruh ikhwan yang dijangka menang pada pilihanraya akan datang (jika menyertai pilihanraya)...
jadi sebelum ikhwan mengambil alih dengan cara aman (demokrasi pilihanraya), revolusi telah dicetuskan oleh tangan2 ghaib untuk melambatkan proses ikhwan untuk memimpin daulah post-mubarak...
Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!
Minta ijin nak copy n sebar entry ni DR.
assalamualaikum Dr. ada seorang rakan berkongsi artikel ini.
http://budakkampung311.blogspot.com/2011/02/manhaj-ahli-sunnah-wal-jamaah-terhadap.html#more
ketika ramainya org menyokong penggulingan Hosni, penulis artikel ini menulis artikel yang tidak menyokong tindakan rakyat mesir. Namun apa yang diutarakannya ada kebenarannya juga.. minta Dr beri ulasan andainya ada kelapangan.
Wallahua'lam
Pastinya Syi'ah tidak akan sekali2 mendapat tempat di Azhar sebaliknya bagi Wahabi masih dianggap saudara seaqidah (yang beza hanya melibatkan furu'). Bahkan fatwa-fatwa keras dari Wahabi spt fatwa Ibn Bazz turut digunakan oleh al-Azhar untuk menolak aqidah Syi'ah itu sendiri. Samada dari Mesir, Jordan dan lain2 (selain Iran), kebanyakan student yang belajar di sana adalah seperti mana yang Dr. nyatakan. Balik M'sia setelah penuh ilmu di dada sibuk untuk menghentam Syi'ah samada dalam Usrah, ceramah dsb berbanding untuk hentam Amerika dan Israel. Ini yang saya rasakan amatlah pelik bagi golongan ini.
selagi mereka berkiblatkan yahudi sampai kiamat pun ulamak2 sunni tak kan kemana....!terlalu sayangkan harta benda dan kesenangan hidup yg mereka nikmati sekarang ini.pemerintah boleh buat apa saja tanpa ditegur oleh ulamak2 besar ini.. mereka diberi rumah yang besar beserta gaji dan elaun yang besar supaya hidup selesa sehinggakan tidak dapat menyelami kesusahan rakyat yg sebenarnya..itulah yg dilakukan oleh pemerintah2 pd zaman khalifah umayyah dan abasiah pada masa dahulu!sehinggakan ramai di antara mereka tidak berani hendak mempertahankan cucu kesayangan nabi saidina husin as yg gugur syahid di karbala!
assaalamu'laikum..
dr dan para pembaca, pandangan saya, al-azhar tidak membenarkan demonstrasi secara terbuka sebagai menjaga kedudukannya sebagai institusi pendidikan yang tidak berpihak(maksud saya dari sudut politik).
bahkan, bukankah al-azhar ditaja oleh kerajaan Mesir? sekiranya al-azhar sendiri mengecam Mubarak, bagaimana dengan kedudukannya dengan kerajaan Mesir selepas ini?
Hamba Ilahi
Itulah puncanya! Pusat pengajian agama tidak harus duduk bawah ketiak pemerintah (apatah lagi yang despotik)
Zaman berzaman Ummaiyah dan Abbasiyyah bela ulama supaya kekenyangan, ada yang diberi gelar Hujjatul Islam, ada yang diberi dana besar untuk menghimpun hadis-hadis dengan syarat hadis yang dihimpun tidak boleh bertentangan dengan kehendak dan aspirasi mereka, justeru hadis tentang keutamaan ahlul bait sebagai misalan diredam.
Adakah Qom duduk di bawah ketiak pemerintah Iran?
Tidak pernah, baik dulu dan sekarang. Di Qom ulama bebas mengkritik Ayatullah Ali Khamenei. Antara yang famous ialah Ayatullah Montazeri (sudah meninggal) dan sekarang Ayatullah Yusuf Sanaei dan Ayatullah Destaghib.
al Azhar dan Universiti Madinah, kedua2nya serve the government first (dan kerajaan itu pula kerajaan yang menjadi hamba Amerika dan Zionis) and serve the ummah last.
Sekarang faham tak kenapa syiah selalu kena fitnah dengan ulama2 tertentu?
kasihan...ulama xlagi dihormati (selain wahabi)...mengapakah diburukkan mereka?...mengapakah tidak berdialog dengan mereka?...shaikh ali jumaah sangat mengalu-alukan pemuda untuk berbincang...cubalah dr faisal bincang dgn dia
Salam dr.
Kini lebih terang dan bersuluh dengan tema "Islam itu yang memerintah dan bukan diperintah"..
Zaman Sahabat sendiri, Abu Aswad al-Duali (pembaris huruf al-Quran) bangkit menentang kerajaan Umawi Yazid Mu'awiyah disebabkan kezaliman mereka membantai Hussayn dan Muslim yang 72 pengikut baginda yang lainnya di Karbala'.
Justeru itu, tindakan memerangi pemimpin zalim bukanlah bughah bahkan ianya menjadi kewajiban bagi umat Islam sebaliknya menentang pemimpin yang adil barulah dihukumkan sebagai bughah seperti hadith Nabi mengenai pembunuh Ammar b. Yasir (fi'ah al-Baaghiah).
Allahu'alam.
*harap boleh betulkan jika saya tersilap fakta..
Saya mempunyai pandangan sendiri. Revolusi kejatuhan Mubarak dirancang oleh barat dimana mereka menghantar ElBaradei untuk menjadi Presiden Mesir yang baru
Saya ada sedikit hujah dan bukti mengatakan bahawa ElBaradei itu agen Amerika ke Mesir
http://seafailed.blogspot.com/2011/02/krisis-mesir-elbaradei-agen-amerika.html
dan beberapa minit sebelum itu IbnuYaacob telah mengepost dan hampir jalan cerita kami serupa...
www.ibnuyaacob.com
Mohon saudara ulas tentang perkara ini dan kalau boleh Saudara Faisal tulis sedikit tentang ini
Perlu diingat, Amerika tidak akan melepaskan Mesir begitu sahaja selepas Mubarak. Mesir adalah sekutu kuatnya dan juga fixed depositnya di Timur Tengah. Mesirlah yang akan menjaga dan mempertahankan pengaruh serta cengkaman Amerika kepada dunia Islam. Ingat!!! Mesir itu anak emas Amerika selain Israel. Amerika sudah melihat pengaruh Mubarak semakin menurun dan mereka perlu segera mencari pengganti. Pastinya pengganti baru mestilah orang mereka juga.
"Sekularisme berlaku kerana umat Islam memisahkan ahlul bait dari al-Quran."
benarkah begitu? hmmm.. adakah kna mendalami syiah baru x sekular? it comes to one point again, my Islam is better than yours. isnt it?
sinach
Kenapa sdr tidak terima ahlul bait kah? Setahu saya Islam menerima ahlul bait. Baik syiah mahupun sunnah. saya turunkan dalil dari kitab sunni:
Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
sekarang sdr beritahu saya, Islam mana yang better? Islam yang pisahkan ahlul bait dari al-Quran atau yang melekapkan ahlul bait dengan al-Quran?
Sudah-sudah lah, Abang Faisal.
Saya rasa abang agak keterlaluan bila menggunakan satu-dua kenyataan akhbar untuk menghentam seluruh Al-Azhar dan Universiti Madinah.
Hanya dengan satu kenyataan dari seorang Mullah Iran, abang bagai nak gila memuja pusat pengajian Islam di Qom, Iran.
Abang tahu atau tidak berapa ramaikah ulama-ulama Azhar yang berani dihumban ke penjara dan diseksa oleh regim Mubarak?Siapa kata ulama-ulama Azhar 'major source of support' bagi Mubarak?Berapa ribukah ulama dan ahli Ikhwan yang dilahirkan di anjung-anjung Masjid Azhar yang penuh barakah?Semudah itu abang mencerca sesebuah institusi yang sudah berumur lebih seribu tahun dan sudah melahirkan jutaan ulama dan pemikir Islam yang ulung.
Sudahlah, bang.Abang bukan lagi seorang penulis yang objektif. Cinta abang pada pegangan Syi'ah dan pemimpin-pemimpin mereka telah menjejaskan 'keadilan' pandangan abang pada kelompok lain dalam agama Islam.
Faisal Tehrani sama sahaja seperti Wahabi,Liberalis,Sekularis dan Sunni yang ekstrem.
Ayman
Terima kasih dik. Kalau adik buka mata betul2 adik akan temui perkataan 'rata-rata', 'sebahagian besar', 'kebanyakan'. Semua kata itu menunjukkan abang tidak pukul rata dik. Ini bermakna abang memberi ruang bahawa wujudnya 'segelintir' ulama al Azhar dan Universiti Madinah yang objektif dan berani.
Semoga adik akan lebih berlapang dada.
Terima kasih ya. Selamat tahun arnab.
baru balik dari majlis Syeikh Fuad al-Maliki tadi, beliau bicara, bila beliau dikecam "syiah" apabila beliau mencintai ahl bayt Rasulullah s.a.w., beliau menyatakan apa yang dikatakan oleh guru beliau yg dihormati, Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki bila syeikh besar itu juga dituduh syiah oleh kalangan yg membencinya: "lebih baik ditohmah sebagai syiah daripada ditohmah sebagai wahabi"
1st time saya ketawa dalam majlis agama..
Salam, dr faisal saya pelajar di mesir sangat2 x bersetuju dengan artikel ini terus terang saya katakan walupun ade perkataan2 yang menunjukkan x pukul rata tapi secara keseluruhannya pukul rata, syeikh 2 yang mengajar kami x pernah puji kerajaan malah menghentam kerajaan malah sebahagian syeikh2 kami lah yang berkhutbah di masjid2 menyuruh keluar demonstrasi , setakat saya duduk di mesir x pernah lagi saya jumpe ade ulama-ulama al-azhar yang puji , kebanyakannya diam dan sebahagiannya mengkritik , dan syeikh2 kami sendiri menceritakan keburukan pemerintahan mesir, tetapi sebahagian ulama2 azhar yang tidak menyetujui demonstrasi tersebut bukan bermaksud tidak setuju husni turun mereka semua nak husni turun tapi cara sebahagian rakyat mesir tu x betul bakar muzium mesir, bakar carefour lepastu curi semua barangan dalam carefour , kematian manusia meningkat pembunuhan berleluasa harta2 awam dimusnahkan dan dirosakkan ,Ituyang ulama kat sini x setuju.Maklumat2 berita tu bukannya semua betul dan tepat , yang penting saya tegaskan majoriti ulama al azhar menentang kezaliman pemerintahan sekarang mereka tegur, bagi nasihat kat kerajaan , cth dulu Syeikh mutawalli sya'rawi sempat jadi menteri waqaf mesir die pegang 2 tahun je die selalu nasihat husni masa die letak jawatan die bagilagi nasihat suruh husni jangan zalim, ade video tu, beliau cakap dekat tv lagi ,jadi saya harap jangan melulu menyalahkan ulama azhar ,
Salam Dr,
Dr. nee selalu sgt dok salahkan wahabi, sedangkan Dr. sendiri tak suka org salahkan syiah.
Stop pointing sesama Islam a ler..jernihkan ngan ilmu2 yg Dr. ada bukan ngan sikap nak salahkan org lain.
Syiah pon ada salah nya kalu nk dipersalahkan yg menyebabkan ramai org keliru.
Salam.
Definisi singkat Syiah ialah sebagai golongan Islam yang mengikuti 12 Imam dari Ahlu Bait Rasulullah melalui keturunan Ali dan anak-anak Fatimah putri kesayangan Nabi, isteri Imam Ali, dalam semua urusan ibadah dan muamalah.
Para khalifah Bani Umayyah dan Abassiah menyebarluaskan berita yang salah terhadap umat untuk mendukung kekhalifahan mereka juga dengan merekacipta dan juga mengutip firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman taatlah Allah, Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu.” (surah An-Nisaa, 4:59). Ayat ini mereka gunakan untuk menipu dan mendukung kepentingan keabsahan khalifah mereka, agar wajib ditaati oleh semua umat Islam seraya memanfaatkan hadits Rasul yang mengatakan, “Siapa yang keluar dari pemerintahan yang sah, walaupun hanya sejengkal, maka ia akan mati dalam keadaan jahiliah.”
Para khalifah dengan bantuan sebahagian besar sejarawan menyebar berita bohong bahwa syiah ingin menghancurkan Islam. Dan Inilah propaganda dusta musuh-musuh Syiah atau pun interaksi pihak Syiah yang yang tidak benar.
Post a Comment