




Lama dahulu, al Marhum Imam Khomeini pernah menyatakan, “I am hopeful that other countries will pay attention; will follow the Iranian nation. Egypt, do not be satisfied with your oppressive government which states that it will destroy anyone who uses the name of Islam. Know that Islam is in danger in Egypt. It is obligatory for Egyptian men and women to rise and destroy this government who has announced that it is at war with Islam.” (Sahifah-i Imam, jilid.15, halaman.318)
Ayatullah Ruhullah Khomeini juga menegaskan tentang Hosni Mubarak, “This second president that has been forced on the nation [Hosni Mubarak] imagines that he will reign in Egypt as the other one [Anwar Sadat] did. Before he became president he announced his solidarity with Israel and America. He overlooked that the people threw his predecessor into hell; they will do the same to him. Egypt must know that if they rise as Iran rose they will be successful. The Egyptian nation should not fear martial law; should disregard it just as Iran broke the martial law and came into the streets. The Egyptian scholars should stand up and defend Islam.” (Sahifah-i Imam, jilid.15, halaman.285)




Untuk pengamat politik antarabangsa yang sedang meneliti keadaan di Mesir, hampir semua bersepakat bahawa pengaruh politik Amerika Syarikat dan Israel di rantau Timur Tengah sedang berada dalam keadaan penuh risiko.
Apakah Hosni Mubarak akan menurut langkah Ben Ali di Tunisia yang jatuh tersungkur?
Belum tentu.
Sesebuah revolusi hanya akan menjadi revolusi sekiranya kebangkitan rakyat sedia mengorbankan jumlah korban yang besar.
Krisis di Mesir hanya mempunyai tiga potensi sebagai hasil akhir.
1. Gagal - Pihak berkuasa akan terus bertempur dengan rakyat, malah seperti yang telah ditunjukkan sehari dua ini, pihak polis menyamar menjadi rakyat biasa lalu bergasak dengan demonstran di Medan Tahrir tengah Kaherah. Taktik Mubarak ialah mensinonimkan namanya dengan kestabilan. Kerana itulah polis ditiadakan dari jalanraya, tahanan di penjara terlepas, askar membiarkan penyamun bermaharajalela dan samseng diupah untuk membuat kacau. Lama kelamaan rakyat atau demonstran akan berputus asa lalu mengalah dan pulang ke rumah untuk meneruskan hidup seperti biasa. Mubarak akan kekal. Dan Israel akan kembali berpesta.
Harus diingat, masih belum ada gerakan Islam sunni yang berjaya menentang kuasa opresif pemerintah di negara masing-masing. Berbanding dengan gerakan Islam Syiah seperti yang ditunjukkan di Republik Islam Iran, lantaran 'jihad' menjadi salah satu rukun tunjang mazhab tersebut. Oleh kerana itu Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 masih menjadi batu tanda puncak perlawanan Islam dan Barat.




2. Kompromi - Mubarak mungkin jatuh. Akan tetapi pemimpin lain dari parti yang sama atau hampir sama mengambil kuasa lalu kembali menjadi boneka tajaan Israel dan Amerika Syarikat. Dalam situasi ini, pemimpin baharu ini akan melakukan satu dua reformasi, berjanji itu dan ini dan kekal di situ sebagai 'a lesser Mubarak'.
3. Revolusi Sebenar - Akan berlaku jika The Muslim Brotherhood atau Ikhwanul Muslimin mendapat kuasa dan laba politik yang besar dari krisis ini. Ikhwanul Muslimin akan berkuasa, menghapuskan korupsi, melakukan perubahan untuk massa dan generasi muda, memutuskan hubungan dengan Zionis, menjadi sebuah republik sekular-nasionalis ala Turki Erdogan hari ini lalu meningkatkan kerjasama dengan Republik Islam Iran selaku kuasa serantau.
Dua senario awal adalah kegagalan. Hanya senario akhir akan menjadi sebuah 'revolusi tulen'.




Apakah ada kemungkinan Malaysia akan menurut jejak Mesir meskipun terdapat banyak persamaan pada iklim politik antara kedua buah negara?
Akhbar Israel, Israel News meramalkan, tidak. Ini kerana rakyat Malaysia tidak dilihat mampu dan berani membuat perubahan seperti yang berlaku di Mesir.
Dua ahli akademik Israel, Prof. Tamir Sheafer dan Dr. Shaul Shenhav menulis untuk Journal of Conflict Resolution menyatakan meskipun tahap demokrasi di Malaysia adalah rendah, aspirasi rakyat terhadap demokrasi juga rendah yang membolehkan pemerintah terus berkuasa, lantas mengelakkan 'kebangkitan popular rakyat' seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir. Mungkin juga ahli sains politik Yahudi tersebut memaksudkan rakyat di Malaysia 'kurang cerdik politik' atau 'tidak celik demokrasi' berbanding rakyat Mesir.
"In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller." (klik sini)
Dalam erti kata lain, akhbar Israel tersebut meramalkan parti yang sedia memerintah di Malaysia akan terus berada di tempatnya. Sementara parti pembangkang akan terus bermimpi di siang hari.




Sekiranya senario ketiga berlaku di Mesir, iaitu revolusi penuh, fenomena yang sama boleh menjangkit ke Yaman, Arab Saudi, Libya, Bahrain dan beberapa negara lain. Ini bermakna Syria dan Iran akan mempunyai teman yang lebih kuat. Jika itu berlaku, Israel tidak akan ada pilihan lain, melainkan memberi perhatian kepada rantau baharu yang mana 'aspirasi demokrasi rakyatnya adalah rendah'.
Perhatian Zionis mungkin berpindah ke rantau sebelah sini.
Ayatullah Ruhullah Khomeini juga menegaskan tentang Hosni Mubarak, “This second president that has been forced on the nation [Hosni Mubarak] imagines that he will reign in Egypt as the other one [Anwar Sadat] did. Before he became president he announced his solidarity with Israel and America. He overlooked that the people threw his predecessor into hell; they will do the same to him. Egypt must know that if they rise as Iran rose they will be successful. The Egyptian nation should not fear martial law; should disregard it just as Iran broke the martial law and came into the streets. The Egyptian scholars should stand up and defend Islam.” (Sahifah-i Imam, jilid.15, halaman.285)




Untuk pengamat politik antarabangsa yang sedang meneliti keadaan di Mesir, hampir semua bersepakat bahawa pengaruh politik Amerika Syarikat dan Israel di rantau Timur Tengah sedang berada dalam keadaan penuh risiko.Apakah Hosni Mubarak akan menurut langkah Ben Ali di Tunisia yang jatuh tersungkur?
Belum tentu.
Sesebuah revolusi hanya akan menjadi revolusi sekiranya kebangkitan rakyat sedia mengorbankan jumlah korban yang besar.
Krisis di Mesir hanya mempunyai tiga potensi sebagai hasil akhir.
1. Gagal - Pihak berkuasa akan terus bertempur dengan rakyat, malah seperti yang telah ditunjukkan sehari dua ini, pihak polis menyamar menjadi rakyat biasa lalu bergasak dengan demonstran di Medan Tahrir tengah Kaherah. Taktik Mubarak ialah mensinonimkan namanya dengan kestabilan. Kerana itulah polis ditiadakan dari jalanraya, tahanan di penjara terlepas, askar membiarkan penyamun bermaharajalela dan samseng diupah untuk membuat kacau. Lama kelamaan rakyat atau demonstran akan berputus asa lalu mengalah dan pulang ke rumah untuk meneruskan hidup seperti biasa. Mubarak akan kekal. Dan Israel akan kembali berpesta.
Harus diingat, masih belum ada gerakan Islam sunni yang berjaya menentang kuasa opresif pemerintah di negara masing-masing. Berbanding dengan gerakan Islam Syiah seperti yang ditunjukkan di Republik Islam Iran, lantaran 'jihad' menjadi salah satu rukun tunjang mazhab tersebut. Oleh kerana itu Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 masih menjadi batu tanda puncak perlawanan Islam dan Barat.




2. Kompromi - Mubarak mungkin jatuh. Akan tetapi pemimpin lain dari parti yang sama atau hampir sama mengambil kuasa lalu kembali menjadi boneka tajaan Israel dan Amerika Syarikat. Dalam situasi ini, pemimpin baharu ini akan melakukan satu dua reformasi, berjanji itu dan ini dan kekal di situ sebagai 'a lesser Mubarak'.3. Revolusi Sebenar - Akan berlaku jika The Muslim Brotherhood atau Ikhwanul Muslimin mendapat kuasa dan laba politik yang besar dari krisis ini. Ikhwanul Muslimin akan berkuasa, menghapuskan korupsi, melakukan perubahan untuk massa dan generasi muda, memutuskan hubungan dengan Zionis, menjadi sebuah republik sekular-nasionalis ala Turki Erdogan hari ini lalu meningkatkan kerjasama dengan Republik Islam Iran selaku kuasa serantau.
Dua senario awal adalah kegagalan. Hanya senario akhir akan menjadi sebuah 'revolusi tulen'.




Apakah ada kemungkinan Malaysia akan menurut jejak Mesir meskipun terdapat banyak persamaan pada iklim politik antara kedua buah negara?Akhbar Israel, Israel News meramalkan, tidak. Ini kerana rakyat Malaysia tidak dilihat mampu dan berani membuat perubahan seperti yang berlaku di Mesir.
Dua ahli akademik Israel, Prof. Tamir Sheafer dan Dr. Shaul Shenhav menulis untuk Journal of Conflict Resolution menyatakan meskipun tahap demokrasi di Malaysia adalah rendah, aspirasi rakyat terhadap demokrasi juga rendah yang membolehkan pemerintah terus berkuasa, lantas mengelakkan 'kebangkitan popular rakyat' seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir. Mungkin juga ahli sains politik Yahudi tersebut memaksudkan rakyat di Malaysia 'kurang cerdik politik' atau 'tidak celik demokrasi' berbanding rakyat Mesir.
"In Jordan, Algeria and Malaysia, however, the findings point to a "positive democratic gap" and a coup is unlikely. In these countries, although they are not characterized by a high level of democratization, the citizens' democratic aspirations are lower, and in such a situation the danger of governmental instability is smaller." (klik sini)
Dalam erti kata lain, akhbar Israel tersebut meramalkan parti yang sedia memerintah di Malaysia akan terus berada di tempatnya. Sementara parti pembangkang akan terus bermimpi di siang hari.




Sekiranya senario ketiga berlaku di Mesir, iaitu revolusi penuh, fenomena yang sama boleh menjangkit ke Yaman, Arab Saudi, Libya, Bahrain dan beberapa negara lain. Ini bermakna Syria dan Iran akan mempunyai teman yang lebih kuat. Jika itu berlaku, Israel tidak akan ada pilihan lain, melainkan memberi perhatian kepada rantau baharu yang mana 'aspirasi demokrasi rakyatnya adalah rendah'.Perhatian Zionis mungkin berpindah ke rantau sebelah sini.





* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



35 comments:
Saya sangat bersetuju. Sehingga kini, Revolusi Iran 79 sahajalah yang menjadi rujukan barat apabila bercakap tentang kebangkitan umat Islam abad ke-20.
Zin Mahmud, melalui komen di facebook saya menyatakan
'rakyat Malaysia hanya banyak berangan-angan tanpa bekerja kuat untuk memenangkan pembangkang untuk pilihanraya'. Menurut beliau lagi, dalam post-mortem PRK Tenang baru-baru ini, BN akan menang seperti biasa dalam PRU13 nanti.
Krisis di Asia Barat dan hubungan Mesir-Israel pun masih ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli.
tuan dr.faisal..
Saya tidak faham dengan ayat tuan berkenaan 'iklim politik malaysia dan mesir adalah sama'. Adakah tuan mengatakan bahawa malaysia juga mengamalkan sistem politik diktator seperti mesir? Ataupun tuan mengatakan iklim politik malaysia penuh dgn unsur rasuah? Saya tak tahu apa lagi tuan mahukan? Tuan masih bebas memangkah mana2 parti yang tuan inginkan semasa pilihanraya nanti..sy sedih bila tuan yg diiktiraf antara penulis berwibawa oleh menyamakan malaysia dengan mesir. Rupanya, masih ada kedangkalan&kebodohan dalam akal tuan. Ataupun adakah tuan ingin mazhab syiah diiktiraf? Jika itu yg tuan mahukan, itu tidak ada kena mengena dengan iklim politik malaysia. Saya rasa ada hikmahnya ajaran syiah diharamkan di malaysia. sedangkan dengan pegangan ideologi politik pun bangsa kita, bangsa melayu sudah berpecah belah.. Apatah lagi kalau pelbagai mazhab diamalkan di sini. Tak mustahil kita sesama melayu akan berbunuhan antara satu sama lain. Seperti yang terjadi di pakistan,iraq. Iran memang contoh yang baik.tp itu disebabkan mazhab syiah merupakan dominan dalam sistem politik iran.itu menunjukkan iran juga mengamalkan sistem satu mazhab dalam amalan budaya mereka. Tunjukkan bukti jika ada invidu sunni yang berada dalam hierarki tertinggi pemerintahan iran.
Bagi saya.. Kita melayu amat berpegang akar umbi melayu.. Walaupun telah dijajah pelbagai bangsa & agama lain.,melayu masih tetap islam. Tak perlu kita berpecah belah, bunuh membunuh sesama bangsa. Demi perpaduan melayu.. Cukup kita amalkan dengan satu mazhab.. Kita sudah cukup berpecah belah kerana politik kepartisan..
Hang Nadim,
Janganlah terasa dengan ayat: "terdapat banyak persamaan pada iklim politik antara kedua buah negara"
Kenyataan di atas tidak ada kena mengena dengan isu Syiah pun. Janganlah mudah tersinggung.
Saudara fahami bidang sains politik atau tidak? Jika saudara fahami bidang itu saudara akan tentu faham apa yang dimaksudkan dengan 'iklim politik'.
Seruan saya macam biasa, 'kuasai terminologi dahulu'.
Selamat tahun baharu arnab ya.
hujah syiah mmg ler dangkal...
dia menyangka revolusi 1979 sgt hebat.... kah kah kah...
Pandangan yang menarik dan 'panas', seperti biasanya Dr. Faisal.
Cumanya, saya ingin tahu pendapat Dr. Faisal. Bilakah agaknya umat Islam di Malaysia akan bangun dan mengadakan revolusi yang 'setaraf' dengan 'revolusi Iran 79' itu? Mohon respon Dr. ya
(tahun 2011,tahun Arnab yang tak berapa putih dan gebu)
wah hang nadim jangan marah ya..nampaknya hang nadim kena ikuti perkembangan politik Malaysia...atau kena banyak baca lebih sikit...ataupun hang nadim ni bukan tak tahu tapi saja buat-buat tak tahu ye....heheh..saya setuju dengan DrFT walaupun sekarang ni saya terlonggok dengan perbincangan positif dan negatifnya syiah...fuh! pening jugak pening sebab ada beberapa perbezaan pandangan tapi yang samanya ialah kita sama ada sunni atau syiah memang menyayangi dan mencintai keluarga nabi dan ahlul bait...yang penting saya sayang semua saudara seislam saya...
untuk DrFt susah betul nak cari buku tiga kali seminggu baru-baru ni saya terjumpa terus beli. penah sekali tu saya borong sampai 3 buah buku penulisan dr...selamat maju jaya..
sokong yang ketiga, ikhwan. insyaAllah
ustaz haji Dr faizal musa,
Assalamulaikum
saya rasa revolusi akan merebak ke Syria dan Iran
tiada negara yang terselamat
jika media terus diperalat mmg umat malaya tidak akan mampu bangkit
Mesti Baca! : Umat Islam Yang Lemau : Bende Kecik Pun Nak Bising-Bising
Malaysia bakal bangkit.
bermimpi di siang hari by The ACAB
Syiah atau sunni tak perlu di jadikan isu. Apa nak di banggakan sangat sbg seorang sunni kalau solat pon ditinggalkan, aurat tak di tutup dan berbagai dosa besar lain di lakukan...itu belum lagi penegakan hukum Allah...kadangkala Sunni yg menuduh syiah sesat itu lebih sesat tanpa disedarinya.
Sebagai seorang muslim ada baiknya kita berlapang dada dalam semua perkara. Apa yg DrFT cuba ketengahkan adalah hanya untuk membuka minda kita sebenarnya untuk lebih terbuka sebagai seorang yg bernama islam bukan seorang 'Melayu'.. Tak perlu nak di bangakan sgt dgn Melayu-islam kalau kita belum mampu nak mengenali kegemilangan China-Islam...
Tepuk dada tanya iman..
Kalau sifat keterbukaan terhadap satu mazhab yang rasional diamalkan pun tak mampu dibuat, tak perlu cakap soal lain. Kita takut terima sesuatu yang baru, tak percaya kita dalam sistem, sistem Rasulullah yang sepatutnya membawa kepada kebahagiaan, mana sistem itu kalau pemimpin mahu buncitkan perut keluarga masing2? Tak berlapang dada? Mana kepimpinan melalui teladan? Kenapa perlu berat sebelah, apa guna check and balance?
satu mazhab sahaja, kalau sistem tak betul, sama je akan berpecah. Kita Melayu dari akar umbi, melayu yang malas, malas mengkaji, semua mahu ambil jalan mudah. pagi petang siang malam, bertuhankan duit.
Sepatutnya, bukan hanya mengamalkan satu mazhab tak berpecah belah, kalau ada hanya satu je parti politik di Malaysia, masih juga akan berpecah. Percayalah.
Syaitan dan iblis dah buat endorsement dengan Allah, nak rosakkan manusia ni, bukan manusia atau mahkluk yang lain buat endorsement.
“Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (QS. Al-Isra’: 53)
Pecah-belah ni syaitan suka. Allah suka apa?
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Ali-Imran:103)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-Imran:104)
andaian yang keterlaluan mengatakan rakyat Malaysia tak cerdik politik berbanding rakyat Mesir. yang sebenarnya rakyat Mesir bukanlah cerdik politik pun kalau cerdik takkan lah 30 tahun di bawah Hosni Mubarak. sebenarnya mereka dah terdesak. pengangguran lebih 25.6% sedangkan di Malaysia pekerjaan bercambah malah mengimport pekerja asing melebihi 2 juta orang. macam mana boleh disamakan kedua-dua negara ini.
FC
Wahai HANG NADIM...
Jangan jadi HANG BODOH...!
NAMA AKU DIN...? Hmmm.... Suka hati engkau laaaaa....
Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad
Saya bukan peminat kerajaan BN tapi saya tak setuju dengan pandangan dr. komen @hang nadim ada betulnya.
Rakyat malaysia masih dapat menghayati amalan demokrasi walaupun mungkin kurang adil sikit. Rakyat dapat meluahkan perasaan tak puas hati pada kerajaan tanpa perlu berserah kepada revolusi. Macam mana? Dengan mengundi! Dan rakyat berjaya menunjukkan ketidakpuasan hati itu pada PRU yang lepas dengan menidakkan majoriti 2/3 BN.
Pembangkang di malaysia pun kuat berbanding negara demokrasi lain seperti singapura, cuma kurang pengalaman pegang kuasa, jadi kalut sikit la. oh, dan dipimpin oleh 'orang itu'.
Kesimpulan #1, rakyat malaysia tidak perlu (bukan tidak mampu) 'bangkit' seperti rakyat mesir kerana rakyat malaysia mempunyai outlet yang sah untuk menidakkan kerajaan. #2, akhbar israel tak faham iklim politik malaysia.
Sama tapi tidak serupa.. Iran sendiri ada tawar kpd Mesir akan demokrasi agama bagaimana.
Menurut Ali Larijani sendiri : "Demokrasi agama Iran yang didasarkan pada suara rakyat dan ini sejalan dengan cita-cita Islam dimana mengambil itu dari dirinya sendiri untuk melawan tirani dan penindasan, baik itu disebabkan oleh AS, Zionis [atau yang lain,] dan untuk membantu rakyat tertindas, memerangi kediktatoran dan membantu mendorong perkembangan spiritual dalam masyarakat yang berbeza."
(http://www.islamtimes.org/vdcevo8n.jh8wpiarbj.html)
Dr, saya mohon share kan yerk..
'Bertahun' lamanya saya mencari apa dan mengapa wilayah sebelah sini, khususnya Malaysia, menjadi 'perhatian' Amerika (juga Zionis).
Sekarang fahamlah saya apa yang berlaku. Dan fahamlah saya mengapa perlunya ada imbangan 'kuasa' lain di kawasan sebelah sini sebagai 'pesaing' puak yang itu.
Dan fahamlah saya mengapa 'kita' harus bergerak dan digerakkan untuk memahami semua percaturan ini.
Sedih mengenangkan kelemahan diri sendiri..
Revolusi kat Iran? Mabuk ke...apa yang berlaku dulu kat Iran lepas pilihanraya disokong oleh Amerika, Barat dan Israel...
Apa yang berlaku di Mesir kini tidak disukai oleh Amerika, Israel dan Barat...
Amerika dan Israel memang harap berlaku gelombang hijau kat Iran...tapi jangan mimpilah....
Kepada Hang Nadim...tolong buka mata dan minda kamu...baca berita kat dunia ini luas-luas...YANG MEMPUNYAI HOBBY BUNUH ORANG IALAH PUAK WAHABI EKSTREM (SUNNI KE?) ..ni yang berlaku kat Pakistan (ansar al-sunnah) taleban kat Afghanistan...wahabi kat Iraq...yang bom kat Bali ....
Mana ada syiah pergi bunuh orang kat pasar...kat station bus...kat masjid...? TU semua kerja puak-puak sunni ekstrem harap tak macam kamu!!!!?
saya setuju dgn Dr..
kerajaan malaysia terlalu manja..bila kerajaan dikritik, rakyat melatah..kritikan disamakan dgn penderhakaan & keingkaran..thus the existence of ISA & even AUKU..
satu perkara yg rakyat malaysia lupa, kerajaan berkerja utk kita..bkn kita yg patut jaga hati mereka..
*can't wait 2 finally get a chance 2 vote..*
p/s: quoting something that i learnt in law school..power corrupts, and so absolute power corrupts absolutely..
salamun alaikum',
satu lagi faktor yg msia takkan jadi mcm mesir dan iran. sebabnya, syiah di gombak penyokong tegar umno dan pengkritik pas tanpa henti.
tak baik la asyik nak kata pembangkang lemah itu ini, tapi syiah di gombak pun tak sokong perjuangan secara explicit dan tersengeh-sengeh melihat wang khumus yang diberikan oleh orang-orang umno. Imam Husain as pun tak ambil bantuan yang ditawarkan oleh orang yang tak menentang kerajaan yazid laknatullah. orang umno yang sokong pulak kerajaan umno yang zalim boleh pulak diterima khumus dan pandangannya oleh syiah gombak. ah. syiah hitam kata Syariati.
entahlah. ragu sekali yang di gombak tu syiah. mungkin saja mereka syiah umno. tapi nampaknya jelas bukan syiah Ali as.
sambut asyura memang amat bagus. tapi shah iran pun sambut asyura utk dapat simpati rakyat. syiah di gombak ada sikit-sikit mcm syiah shah iran. belumpun dapat kuasa dah cantas sesama syiah yang tak sependapat dengan mereka. dengan sesama syiah pun dah cantas, mcmnana nak bersatu dgn sunni yang soleh?
eloklah kita banyak-banyak baca karya Husain Mazahiri, Jawadi Amoli dan Khomeini. tak habis-habis mengkritik dan memuhasabah sesama syiah agar menjadi syiah ali as. tak kritik pun sunni. itu sebab mereka berjaya dengan izin dan pertolongan Allah.
doakan selawat ke atas Nabi saw dan Ahlil Baitnya as.
PAS tegar pun anti-syiah...baca tak Harun Taib dan sekutu-sekutunya?
Yang dimaksudkan dengan Malaysia tak jadi Mesir bukan merujuk kepada syiah kat Malaysia. Tu merujuk kepada para pembangkang politik kat Malaysia macam PAS, PKR, DAP ke...(syiah tak ada parti) orang Melayu totok pulak macam hidup zaman Melaka. Tu sebab pembangkang macam mimpi nak perintah Malaysia.
Ulasan tu tak ada kena mengena dengan syiah kat Malaysia.
Saya juga berharap pilihan ketiga akan berlaku di mesir.semoge mesir baru akan dapat membantu saudara2 kite di palestin terutama nya gaza yg bagaikan penjara lengkap dengan bantuan hosni mubarak.
Berdasarkan pengetahuan saye tentang Iran yg tak seberapa, kerajaan Islam Iran kekal sehingga ke hari ini adalah kerana kedua-due pihak politik adalah Islamist, dan yg membezekan mereka adalah 'conservative' dan 'reform'.
jadi apabila pihak conservative (ahmadinejad) menjadi kerajaan, atau pihak reform (khatami,president sebelum ahmadinejad) menjadi kerajaan,kerajaan masih mahukan Islam.
mesir pula adalah diktator, sekular sepenuh mase. parti politik Islam diharamkan atas name menyalahgunakan agama.Ikhwanul muslimin tidak dibenarkan menjadi calon presiden.
berbanding dengan turki, salah satu pihak adalah Islam, manekala satu pihak yg laen adalah sekular.apabila rakyat sudah tepu dengan sekular,mereka angkat gov pro islam, seperti abdullah gul dan erdogan sekarang ni.
pada pendapat saye yg berpengetahuan terhad,malaysia adalah seperti turki.kite ada demokrasi walau pon dicabul.walaupon banyak fakta cenderung mengatakan kite sedang ditindas, ramai antara kite masih tak menyedari.
di mesir hampir semua egyptian mahukan mubarak keluar, tapi di malaysia mungkin paling kurang 35 atau 40 percent masih sokong kerajaan.kalau berlaku keadaan seperti di mesir di negara kite, kite akan jadi lebih teruk dari mesir.boleh menjadi civil war,atau macam di thailand. kuning kluar merah masuk.merah kluar kuning masuk.
saya pernah terbaca satu hadith (kalau salah tolong betulkan) yg lebih kurang sahabat bertanye kan nabi boleh kami angkat pedang melawan pemerintah yg zalim.nabi saw menjawab tidak,selagi mane pemerintah mendirikan solat.
jadi saya berpendapat biarlah kite ber revolusi melalui pilihanraye.jika kite mahu revolusi seperti di mesir, tunggu lah sehingga semua rakyat tak mahukan kerajaan dan tak mampu melakukan di pilihan raya.
saya berpendapat masih ramai di antara kite yg tidak paham definasi syiah sebenar.
kite menggunakan istilah syiah dan wahabi seperti org barat menggunakan istilah facist, org yg tak bersetuju dgn pendapat atau ideologi mereka semua dituduh facist.
bagi yg tidak mengerti maksud syiah yg sebenar, tak perlu lah kite syiah sesat sane sini. tapi ape yg kite katekan, mereka yg membenci dan menghina dan mencaci para sahabat, baik Abu Bakar, Umar ,Uthman, Ali atau Muawiyah r.a.hum,mereka adalah sesat.
kite pulak jangan la menghina, mencaci atau membenci abu zar atau ali atau hassan atau husin r.a.hum.
Salam Dr.Saya telah mengambil artikel Dr berhubung sikap remaja seperti yg disiarkan di dalam blog Dr.Mohon diberi persetujuan.Laman blog saya adalah seperti berikut:nadzrex.wordpress.com
Salam.
Kecintaan terhadap nenek moyang mendorong manusia mengikuti mereka dengan tanpa didasarkan kepada pemikiran dan perenungan. Dorongan penghormatan dan rasa takut, disamping pendidikan, seseorang tunduk dan menyerah secara mutlak kepada pemikiran dan keyakinan nenek moyang.
Ini merupakan salah satu hijab terbesar yang menghalangi manusia untuk menyingkap kebenaran.
Faisal Tehrani..saya adalah salah sorang peminat tegar saudara..buku saudara yg ptama kali saya baca, kombat 1511H masih sy anggap sbg novel jhad yg terbaek yg pernah ada di pasaran msia
dan saya jg x mengkafirkan suma syiah
adapun tntg artikel ni, berdasarkn pengamatan saya sbg org yg masih muda dan cetek akal politk, saya x rasa ada sbrg kepentingan utk rakyat msia berdemonstrasi utk menggulingkn kerajaan yg sedia ada krana akan ada lbih byk buruk drpd baik (kalau berlaku d msia)
tntg revolusi di msir..sy setuju
revolusi di iran..ada juga baiknya..tp adalah lbih baik kalu dikuasai oleh sunni yg sejati..bukan sunni yg hanya pada nama..
walLahu a'lam..
slamat terus berkarya..
=]
jiwa saya muda, jiwa saya ada keras dan lembut.
memang benar, rakyat di malaysia masih rabun dan mencari-cari, malah ada yg buta terus dan tutup mata.
ketawa saya membaca satu dua komen yang agak lucu. jika mesir 30 tahun di bawah mobarak, kita pula berapa tahun di bawah naungan yg tiada perubahan, hanya perlembagaan yg hampir 600 kali digubal..kahkaha!
@hang nadim--melayu xkan selamanya islam. sebab islam itu agama utk semua bangsa dan melayu hanya name sekelompok bangsa. tlglah jgn teruskan dgn pemikiran tu.
Tajuk yang menjerat.kenapa kita nak percaya dari apa yang di tulis oleh akhbar yahudi ini.Ini adalah tajuk perangkap.Kenapa kita perlu taksub dengan tajuk dari negara yahudi jahanam.iblis syaitan.yahudi haram jadah.kenapa nak bawa tajuk orang yahudi dan di denatkan.bodoh kah kita mendebatkan tajuk akhbar akhbar yahudi.apakah kita ketandusan pendoman dari kitab kitab allah.hadis hadis rasullah.seolah kita mengiktiraf yahudi bila kita memperbincang dari satu tajuk oleh bangsa yang jahanam,pergi mampus yahudi 4 juta.bodoh orang islan dari berbilion bilon bangsa umat islam.yahudi 4 juta lebih bijak dari umat islam berbilon.bodohnya orang islam.orang islam jadi begini kerana tak faham bahasa al quraan.tak faham apa yang allah suruh.kalau orang islam faham bahasa al quraan dan faham apa yang allah suruh.orang islam tak jadi begini.orang islam dah seat dari landasan kesilaman yang sebenar.faham jihat.apa yang orang islam buat untuk jihat kejalan allah.apa yang orang islam bantu di bumi pelastin.yahudi sekarang sedang mengerudi baitulmaqadis.buat trowong brhampiran baitulmaqadis.kepada penulis..buangkan rentetan yahudi.pergi jahanam yahudi.pergi mampus bani israeil.jahanam kau yahudi.bangsat yahudi.bersatu orang islam.DR Faisal .kenapa anda mengutarakan cabaran yahudi untuk pendebatan.wassalam
Saya dahulu kan berkaitan tajuk yang di saran kan.Mampu atau tak mampu rakyat malaysia bagun seperti rakyat mesir.nak buat apa ? kenapa ? .Kenapa kita nak jadi macam rakyat mesir.Bangsa arab dengan cara mereka.Bangsa melayu dengan cara kita.Apakah rakyst malaysia perlu jadi seperti rakyat Mesir.Kenapa kita nak termakan umpan dengan akhbar israeil yang jahanam tu.Israeil memang suka bangsa orang melayu negara Malaysia berpecah belah.Ini adalah sebahagian dari racun strategi mereka nak mengkucar kacirkan bangsa kita dan orang islam.Kenapa aktical dari bangsa yahudi nak di perbahaskan dan meracun pemikiran sebahagian bangsa kita di negara kita.Adakah sekarang kita sedang terancam dengan penindasan.akhbar yang terhad.adakah kerajaan yang ada sekarang zalim.Maaflah penulis.iklim politik kita dan mesir jauh menyimpang arah dan tujuan.Jangan nak sesatkan lagi perjalanan kita yang sudah tersesat.cuba betulkan kembali.dan kita jangan cuba jadi batu api atau agen yahudi.mata pena cukup tajam untuk merejam.lebih tajam dari mata pedang.satu negara bakal hancur dengan tulisan yg berwibawa dan berpengaruh.apa yang saya nampak tajuk itu adalah agenda batu api.
Saya agak bersetuju dengan komen Fikirlah. Pandangan saya, kewujudan yang digelar pembangkang dalam senario politik untuk sesebuah negara ada baiknya. Ia dapat menilai kepimpinan dan kelemahan yang sedia ada (maklum semua dan setiap sesuatu ada kelemahan di samping kekuatan).
Kekadang kata-kata musuh itu dapat menjadi 'check and balance'juga. Namun kepada rakyat sebagai individu, penilaian dengan hikmah itu penting.
Begitu juga isu mazhab. Tak nampak pula salah jika ada lain mazhab. Asalkan sahaja Islam itu dipelihara kesucian dan kesyumulannya.
tak guna la nak komen si mamat pesal ni,, bangga degan dr dia, dr pembohong ni, syiah totok ni, dia sanggup cari artikel yg boleh membanggakan syiah tapi melupakan kebaikan Ahli Sunnah, woi udah2 la tu pesal jangan gila glamour dan sesatkan org melalui tulisan,,, kenapa rakyat malaysia perlu bangkit macam mesir...
aku tau dia nak jadikan negara ini syiah simamat ni kalau dia nak lagi hebat dia boleh daftar nama kat PAS gerenti syiah dia akan berkembang, dia ni gunting dalam lipatan, bangga bonggak.....
Post a Comment