14 February 2011

Adakah Pria Syiah Kuat Kerana Makjun Tongkat Ali















Pertandingan lelaki tergagah dianjurkan di pulau Qeshm, Teluk Parsi baru-baru ini. Rouhollah Dadadhi dari Iran menjuarai pertandingan dengan 125 poin. Moslem Darabi, juga dari Iran dan Krzysztof Radzikowski dari Poland mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dengan markah terkumpul 123 dan 117.

Sebenarnya dalam kalangan Syiah, terdapat paling-paling dua lelaki gagah yang sering mereka rujuk. Iaitu Saidina Ali yang diyakini telah mencabut pintu kota Khaibar dengan sebelah tangan, lalu merobohkan benteng Na'im. Dan tentu yang sangat-sangat tersohor anakanda Saidina Ali, rembulan Bani Hashim - Abal Fadhil Abbas. Saya difahamkan ada doa khusus dibaca oleh orang Syiah untuk menjadi gagah. Maksud saya, emmm betul-betul gagah!



* Semua lelaki gagah dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh menekan punat seberapa yang anda sukai malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali jika mahu. Tetapi ingat, segagah mana hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak dan ditanyai setiap kita lakukan.

18 comments:

Bijen M. said...

Saidina Ali kan ada banyak tips kesihatan.
Misalnya amalan mengemam garam sebelum makan.
Malah Fatimah juga diajar tasbih oleh Nabi SAW sehinggakan dia tidak perlukan lagi pembantu untuk membantunya menguruskan rumah tangga.

Kembar said...

Saidina Ali gagah perkasa? tak sangka ke tahap itu awak percaya. memang syiah totok habis. mengarut betul

kyo_9 said...

Salam Dr.
Huhu, x nk kongsi ke doa tuh? ;)

Zaid Akhtar said...

Bunting Kaabah ... ermm betul-betul gagah. :-)

habib said...

Beb..kalau memang ada doa org Syiah utk jadi gagah @ ganteng..kasi letak sikitlah di sini..pasti ada geng Sunni yang tertunggu-tunggu doa tu..yelah..nak tanya..nak mintak ..malu lah..ni kan doa orang Syiah punya

abu mohsein said...

Ali dilahirkan dalam Kaabah. Mati pula syahid mehrab. Masyarakat melayu di Malaysia memang rohaninya Syiah kerana dari kecil akar Siti Fatimah dan Tongkat Ali serta jampi serapah keajaiban dan keperkasaan yang menyebut baginda Ali tersebati.

Namun shaksiah Ali dan Fatimah tidak diketengahkan apalagi ilmu dan hikmah yang mereka miliki tidak diperhalusi.

Sebenarnya Tongkat Ali dan akar Siti Fatimah yang dinamakan itu...saya kira sesuatu yang memalukan kerana kedua Ahli Syurga ini dikenali kerana kekuatan seks semata-mata dan bukan ilmu dan hikmah serta pelajaran yang dipelajari.

Ia merupakan satu penghinaan dan perendahan yang memalukan. Sebab itulah aqal dan pemikiran kita menjadi begitu dangkal dan cetek sehinggakan sesuatu yang berharga menghidupkan aqal dan hati serta ruh telah digantikan dengan hawa nafsu yang berasaskan seksualiti semata-mata.

Tak hairanlah anak-anak haram dan perzinaan berleluasa sementelah Muta'ah dibenci begitu juga poligami dipinggiri. Apa yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul dijauhi dan apa yang diamalkan oleh musuh Islam dicintai.

Benarlah kata Allah...apabila umat Islam menjauhi kebenaran haqiqi dan membenci orang yang Allah dan Rasul cintai maka Allah akan datangkan pemimpin-pemimpin di kalangan kamu yang jahil dan engkar kepadaNya.

Ulama pula akan menjadi pendamba kepada Salatin dan Stakeholder seumpama meminta sedeqah dan memohon memperpanjangkan nyawa untuk terus hidup dalam kesenangan dunia. Hal ini kita melihat sebahagian yang memanggil diri ulama hanya bercakap hal yang mereka pilihi dan sukai tetapi bila berkaitan dengan kebenaran dan perbezaan kemazhaban dalam Islam mereka khianati.

Tunggulah nanti....Allah akan mendatangkan lagi kepada kita umara' dan ulama' yang alim dan tawaddu' di mata tapi di hati membenci kebenaran. Kerana bagi mereka Kebenaran ada apa yang mereka sifatkan kebenaran dan bukannya kebenaran seperti yang dilukiskan oleh Al Quran dan Ahadith dan pemandunya dari Ahl Bait a.s.

kuncisudu said...

habib,
kalo doa itu orang syiah punya, tak perlu lah org sunni minta, sure tak menjadi punya.

tak tahu pula ada doa milik khusus golongan2 tertentu. ingatkan semua orang boleh berdoa kepada Allah.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam
Kuncisudu ada doanya, berkesan untuk Sunni dan Syiah, untuk wahabi saya rasa kurang berkesan, kerana awal-awal lagi mereka sudah memperlekehkan ahlul bait yang diterima oleh Sunni dan Syiah, contoh perlekeh: "Saidina Ali gagah perkasa? tak sangka ke tahap itu awak percaya. memang syiah totok habis. mengarut betul"
Jadi doa ini tidak akan berkesan untuk mereka. Sebab dari awal tidak percaya.
* Kalau ada sesiapa rasa macam tak berapa gagah, boleh hubungi saya secara rahsia :)

ali said...

Tengok le betul-betul macam mana gagahnya Hizbollah sehingga berjaya mengalahkan Israel..Hah...ni contoh zaman sekarang macam mana pengikut Imam Ali as begitu gagah...bayangkan bagaimana agaknya gagahnya Imam Ali dan Rasululllah sendiri!!!

Tapi kalau pengikut Wahabi memang lembik...gagah kat bab main kotor je..

Management Consultant said...

Dia orang tu jadi kuat sebab minum madu + dough + safron kut? + banyak berdoa !

mof kk

Zaid Akhtar said...

Kongsilah dengan kami doa itu, Mas Feisal. Dengarnya Mas Feisal pun apa kurangnya, perkasa sekali.
:-)

kuncisudu said...

drft,

nanti saya kontek luqman hisham, hehehehe.

selain doa Ali, kat atas tadi Bijen ada bg tips kesihatan dan tasbih Fatimah. kalo boleh di kongsikan disini baik juga.

umat Islam perlu sihat dan kuat utk sambung kerja Rasulullah.

kiaisepuh said...

Ha ni saya nak kongsi sikit...saya antara pengamalbela diri silat lah senang cerita. dulu saya hanya belajar tentang buah kunci lah pukulanlah..jadi apabila agak lama dalam silat saya cuba pulak menyelongkar sejarah silat yg saya belajar..jadi ada satu amalan doa yang kami amal.jadi risau jugak sebab bukannya pandai sangt bahasa arab..maka saya rujuk seorg ustaz katanya doa ni bleh amal. cerita kawan saya pulak dia rujuk kepada ustaz haron din katanya doa ni di bawa oleh seorg syeikh..seorg kawan saya lagi merujuk pulak kepada tuan guru nik abdul aziz ha.kenyataan ini lagi mengejutkan katanya ini amalan Syaidina Ali..kalau ikut memang doa untuk pearang ni..maka di rujuk lagi sejarahnya maka bersangkut pula dengan wali maka bersangkut pulak dengan ahlul bait...maksudnya dalam alam melayu ni sunni atau syiah kan memang sayang dengan Rasulullah dan sudah tentu keturunannya dan sahabat2nya..jadi ni nak kasi belasah sikit 'kembar' ko ada baca sejarah ke tidak..!
tapi doa yg DrFT cakap heheh saya tak tau lagi rasanya boleh ke nak berkongsi macamana nak contact..
mekasih

Muntazhar said...

OOOIII KEMBAR....!

Engkau cari dulu Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W. di Ghadir Kum sebelum engkau sanggup beri statement mcm tu.

ENGKAU NAK MAMPOS?
ishk ishk ishk
Dah la bengap, tolol, kuarang ajar pulak tu...

Zuljanah said...

Bila kita bincang pasal isu kekuatan, Si Kembar ni pulak suka membuat statement yg 'meletihkan'.
Takkan setiap statement kamu, kita terpaksa membuat huraian balas tahap budak sekolah rendah. Ia sungguh meletihkan.
Mintak sangat, elakkan daripada perkara2 sebegini. Mungkin kamu menyangka ia sesuatu yg bijak, tetapi sebaliknya ia menampakkan kelembaman dan kelemahan akal pemikiran kamu.
No offense intended :)

ZahraHussainy said...

Nak mampos satu hal..

Bodoh nak mampus satu hal..

Kembar Mampos !!

behlul said...

assalamualaikum..

kalau budak sekolah kena masuk kelas
khas.. baru leh faham.. nak ketuk
dan luku dah tak jalan.. dia kena
ajar macam mana ajar alif ba ta..
satu persatu.. tidak nanti mengarut
ajer lebih.. memang meletihkan..
tapi itulah tugas para anbiya dan
aimmah..

Ain said...

Lawak betul ayat terakhir tu.Hehe