11 February 2011

11 Februari: 1979-2011

1979, Tehran: Penjual akhbar menjaja akhbar dengan tajuk 'Shah Sudah Berambus'.

Pada 11 Februari 1979, Revolusi Islam Iran termeterai. Dengan penuh kekuatan bangsa Iran telah bangkit menolak penindas zalim, Amerika Syarikat dan Zionis.

Shah Iran kabur melarikan diri. Sebuah riwayat yang melongokan.

Hamba Ronald Reagan selama dua penggal.

Hamba George Bush Sr selama satu penggal.

Hamba Bill Clinton selama dua penggal.

Hamba George Bush Jr selama dua penggal.

Hamba Barack Obama selama dua tahun.

11 Februari 2011, siapa sangka, sebuah kebangkitan luar biasa berlaku di Mesir. Dengan penuh keazaman bangsa Mesir bangun menolak penjahat kejam yang menafikan hak-hak mereka selama ini. Mubarak telah berambus pada 11 Februari 2011.

Adakah 11 Februari satu kebetulan?

Atau memang satu tarikh pilihan dengan campur tangan langit?



* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

21 comments:

A. Muziru Idham said...

Adakah pengunduran Husni Mubarak dan kenaikan Omer Suleiman merupakan suatu konspirasi semata-mata?

paw said...

Bertuah juga rakyat malaysia moden dapat menyaksikan revolusi di Mesir.

test ZAF said...

Mubarak = Amerika = Zionist; .. Mubarak + Saudisme = Amerika + Zionist; Menentang Mubarak = HARAM (Ulama Suk & Saudi) yg ketika ini telahpun terkencing2 kerana kejatuhan Mubarak dan akibat kekecutan telur Amerika & Zionist yg lebih awal terkincit2 lari bercirit melihat akan KEBANGKITAN RAKYAT MESIR.

Hamba Ilahi said...

Alhamdulillah.


Mengharapkan semua ini menatijahkan sebuah perkembangan yang baik kepada dunia Islam.

Amin, amin, amin!


inilah buktinya!

1jja1912 said...

Alhamdulillah..

Keadilan itu pasti akan datang, jika pencinta & pencari kebenaran terus bersatu mencarinya, mengamalkannya, dan mendapatkannya..

Revolusi rakyat tidak akan berlaku jika ada mana-mana parti yang cuba mendominasinya dengan slogan masing-masing.

Seluruh rakyat mesti bersatu pada menuntut pengunduran regim zalim yang memerintah. Ia mesti bersifat gerakan rakyat. Rakyat kena bersatu padu untuk menggulingkan pemimpin yang melampau, ini tidak akan berlaku jika hanya dilakukan mana-mana parti yang bersifat keaku-akuan, tidak didominasi oleh mana-mana parti, tidak juga oleh mana-mana pemimpin / pengikut pembangkang.

Agak-agak, Malaysia mampu tak nak buat macamni? :D

AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI said...

Revolusi Iran 1979
Revolusi Mesir 2011

Siapa sangka mesir yg sunni-uthmani ini pun mampu membuat revolusi mcm syiah-alawi.

Revivalism dan demokrasi bukan milik syiah shj.

ehem.ehem.

Apa pun,
syukran dr Faisal.
Syukran dr Shariati.

bahkan jauh berbeza dua revolusi ini walau hari dan bulannya sama, kalau dibandingkan. kan?

Zuljanah said...

Sempena bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan iaitu bulan kelahirannya Rahmatun Lil Alamin, kita panjatkan kesyukuran dan alhamdulillah atas kejayaan yg diperolehi rakyat Mesir.. :D

" Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu satu jalan kemenangan yang jelas nyata, Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan dengan sepunuh dan sehebat pertolongan. Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi ; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana, supaya Dia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar; Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk . Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Aan Allah menguasai tentera langit dan bumi ; dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS. 48:1-7)

Selawat dan Salam Ke Atas Muhammad dan Ahli Keluarga Baginda yang suci.

behlul said...

assalamualaikum..

sayang kalau perjuangan sudah mencapai maksud tetapi akhirnya
mendengar permintaan amerika.. itu
yang kita bimbang tentang mesir

Islam Muhammadi said...

Salam.

Salam atas Khomeini, pemimpin kami
Penghancur istana kezaliman, tidak takut pada api
Kami berikan darah dan penghargaan padanya
Kami akan maju
Mengalahkan kekufuran
Meninggalkan kegelapan
Agar dunia kembali terang dan damai.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Ustad Fathi Yakan, di akhir kitabnya Abjadiyyatut Tasawwurul Haraki lil ‘Amalil Islami (hal. 48), berkata:

“Sejarah menjadi saksi ucapan-ucapan kami. Dan Revolusi Islam Iranlah yang membuat seluruh kekuatan kufr dunia bangkit demi menghancurkan janin Revolusi itu dan itu dikarenakan Revolusi ini adalah Islami, tidak Timur dan tidak Barat.”

Islam Muhammadi said...

Salam.

Imam Khomeini ketika beliau sampai di Paris saat menjawab pertanyaan tentang asas Revolusi. Beliau berkata:

“Faktor yang telah membagi kaum muslimin menjadi Sunni dan Syiah di masa lalu, sekarang tidak ada lagi. Kita semua adalah muslimin dan Revolusi ini adalah Revolusi Islam. Kita semua adalah saudara se-Islam.”

Dalam kitab al-Harakatul Islamiyyah Wattahdis, Ustad Ghanushi mengutip ucapan Imam Khomeini: “Kami ingin agar Islam berkuasa sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Rasulullah saw. Tidak ada beda antara Sunni dan Syiah, sebab pada zaman Rasulullah saw tidak terdapat mazhab-mazhab.”

Dr Faisal Tehrani said...

Syaibani dan kawan2.

Saya ada menulis dalam Saasatul Ibaad (novel saya): Revolusi HANYALAH PROSES ia BUKAN MATLAMAT.

Jika rakyat Mesir rasa dah tercapai hadaf, maka bersaksilah; akan ada yang ambil kesempatan untuk 'masuk'. Revolusi ini adalah proses gagal sekiranya Mubarak Yang Terlampau berambus digantikan dengan Lesser Mubarak.

Ia hanya mencapai maksud apabila sbeuah kerajaan bebas Zionis dan Amerika mentadbir Mesir.

Itulah kenyataan rasmi saya, ala-ala seorang 'tokoh kaum muda' yang selalu buat kenyataan itulah...

Terima kasih.

Islam Muhammadi said...

Salam.

Imam Khomeini, dalam khutbah yang telah beliau sampaikan 17 tahun lalu (Jumadil Awal 1384 H):

“Tangan-tangan kotor yang telah menciptakan pertentangan di dunia Islam antara Sunni dan Syiah. Mereka adalah tangan-tangan imperialis yang ingin berkuasa di negara-negara Islam. Mereka adalah pemerintahan-pemerintahan yang ingin merompak kekayaan rakyat kita dengan berbagai tipuan dan alat dan menciptakan pertentangan dengan nama Syiah dan Sunni.”

Kejahilan dan kebutaan bagi mereka yang menimbulkan pertentangan mazhab antara Sunni dan Syiah ini sangat menyedihkan! Dan betapa besar pengkhianatan yang dilakukan oleh orang-orang yang menanamkan kejahilan dan kebencian di dalam hati ummat?!

Islam Muhammadi said...

Salam.

Maulana Abul A’la Maududi yang dicetak dalam majalah ad-Da’wah saat menjawab pertanyaan majalah tentang revolusi Islam Iran, berkata:

“Revolusi Imam Khomeini adalah sebuah revolusi Islam dan pelakunya adalah jamaah Islam dan para pemuda yang tumbuh dalam pangkuan tarbiyah Islam. Dan wajib bagi kaum muslimin secara umum dan gerakan-gerakan Islami secara khusus untuk mengakui dan bekerja sama dengan Revolusi ini dalam segala bidang.”

(Majalah ad-Da’wah, Mesir, No. 29, Agos 1979).

Siti Aishah Hanin said...

memang pun,kalau mesir jadi cam iraq xguna jugak.sudahnye dapat ke 'dia'.dari mula lagi dah nampak campurtangan pihak lain dalam krisis ni..

Annabilah said...

pendapat marhaen sya

Revolusi Islam:

Iran 1979:
-organisasi tersusun, sistem Imamiyah itu jelas tampak dlm proses revolusi, dgn Imam Khomeini sbg teras (spiritual leader)

Mesir 2011:
-semngat kesatuan terserlah, konsep musyawarah ala sahabat (tiada 'ketua' yg jelas sbg teras)
-rakyat mesir bersatu pd teras anti-kezaliman

apa2 pon...saya terima kedua2nya sbg revolusi Islam..

AlMulk said...

Revolusi Iran dan Revolusi Mesir memang x sama. Ia tak akan diserang oleh Kuasa besar Yahudi spt mereka menggunakan Iraq sebagai proksi menyerang Iran. Namun xkiralah sunni ke syiahkah semoga Mesir menjadi negara Islam yang Gemilang dalam membela Akidah ummat.

abu mohsein said...

Revolusi....satu perkataan sinis...sahaja...dalam sejarah kan banyak revolusinya.....

Janganlah apabila sesuatu kerajaan jatuh di sebabkan tekanan rakyat aje kita katakan revolusi.

Hatta ketika di sebut revolusi sekali pun masih lagi perlu berhenti sejenak bertanya....siapakah yang mengetuainya? apa bentuk kerajaan yang akan dibina? Benchmarkkan.....apa kata Israel dan Amerika?

Sistem yang nak dibuat dalam pemerintahan baru tu....Islamik ke Kafirik atau Sekularistik....

Kalau tidak kembali kepada kepimpinan ulamak dan Islami maka tak ada gunanya revolusi tersebut.....samalah seperti revolusi2 lain yang wujud dalam sejarah manusia.

duta delster said...

Tumpang lalu. Hadis Al-Ghadir adalah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah saw di Ghadir Khum, setelah haji wada’, di hadapan kurang lebih 150.000 sahabat, di bawah terik matahari yang sangat panas, sambil memegang tangan Imam Ali bin Abi Thalib (as). Hadis Al-Ghadir adalah hadis yang paling mutawatir, tidak ada satupun hadis Nabi saw yang melebihi kemutawatiran hadis Al-Ghadir.
من كنت مولاه فعـلي مولاه، اللهمّ وال من والاه وعاد من عاداه
“Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah, cintailah orang yang mencintainya, dan musuhi orang yang memusuhinya.”
من كنت مولاه فإنّ عليّاً مولاه، اللهمّ عاد من عاداه ووال من والاه
“Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka sesungguhnya Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah, musuhi orang yang memusuhinya, dan cintai orang yang mencintainya.”
Zaid bin Arqam juga mengatakan bahwa Rasulullah saw:
من كنت وليّه فهذا وليّه، اللهمّ وال من والاه وعاد من عاداه
“Sesungguhnya Allah adalah pemimpinku dan aku adalah pemimpin setiap mukmin.” Kemudian beliau memegang tangan Ali (as) seraya bersabda: “Barangsiapa yang menjadikan pemimpinnya, maka ini adalah pemimpinnya. Ya Allah, cintailah orang yang mencintainya, dan musuhi orang yang memusuhinya.”
من كنت مولاه فهذا عليّ مولاه
“Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpin, maka ini Ali adalah pemimpinnya.”
Hadis-hadis tersebut terdapat di dalam:
1. Shahih Muslim, jilid 4/1873, Dar Fikr, Bairut.
2. Shahih Tirmidzi, jilid 5, halaman 297, hadis ke 3797.
3. Sunan Ibnu Majah, jilid 1, halaman 45, hadis ke 121.
4. Musnad Ahmad jilid 5, halaman 501, hadis ke18838, halaman 498, no: 18815, cet Bairut.
5. Musnad Ahmad, jilid 4, halaman 368 dan 372.
6. Musnad Ahmad bin Hamnbal, jilid 1, halaman 88, cet.pertama; jilid 2, halaman 672, dengan sanad yang shahih; jilid 4, halaman 372. cet. Pertama.

untuk bacaan lanjut, dijemput melawat blog saya RISALAH PENCERAHAN di http://disinidandisini.blogspot.com/2011/02/hadis-al-ghadir-dan-redaksinya.html

salam bahagia.

putrifarish87 said...

Salam. Dr Faisal, mohon izion, saya nak ambil gambar dlm artikel ini utk d post dlm blog sy.

Ain said...

Dan jgn lupa, 11 Febuari 2011 = Jumaat.

Sama-samalah kita menginsafi diri. Kiamat dah dekat..