10 February 2011

1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day

Apakah alternatif kepada Valentine Day sekiranya masih ada pasangan Muslim yang tetap hendak meraikannya? Aku tahu kau tak meraikannya, tetapi kalau ada yang hendak meraikannya juga maka apa nasihat kita?

Khabarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata "Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," (klik sini).

Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,"

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Aku rasa itu tidak menjadi pertikaian pun buat kita. Dalam hal ini kita bersetuju.

Akan tetapi kita memang pandai 'anti sesuatu' lantas 'melabel sesuatu'. Bila diminta beri pilihan lain atau alternatif untuk 'barang yang kita anti itu' kita memang kantul.

Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.

Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?

Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.

Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.




Kira 1 Zulhijjah dah terlepas. Tahanlah sekejap gejolak di dada sampai Zulhijjah menjelang lagi.

Itu kalau kau nak meraikan juga hari berkasih sayanglah. al-Akh dan al-Ukh Persatuan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan tentu suka dengan saranan aku ini. Bolehlah beri-beri bunga ros dan kue donut pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nanti hilang berkat; yang dapat ialah laknat.

Aku berkasih sayang hari-hari beb tak payah nak tunggu Valentine-Melentine.

Tetapi, tentu ramai tak sependapat dengan aku bila terselit perkataan syiah di situ. Menjolok mata dan perasaan yang teramat sangat. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, Syiah memang suka buat bid'ah.'


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

41 comments:

TehLimau said...

menarik....perlu disebarkan...

alynn shasha said...

best!

Sheikh Sambal said...

memang sesuailah dipraktikkan utk mereka yg kemaruk nak sambut valentine day...bila 1 Zulhijlah adalah hari ulangtahun nikahnya Saidina Ali dan Saidatina Fatimah maka lagi sukalah orang Melayu kerana mereka berdua ada Tongkat dan Kacip di alam Melayu ini...yang memang semestinya ada hubungan yg kuat dgn perlakuan "berkasih sayang"

serezhabags said...

Pasti orang akan kata Faisal Tehrani kemaruk Syiah lepas ini. Walhal daripada dulu orang sambut Valentine yang bersempena kematian St. Augustine tidak pula dikata sesat. Kalau ikut perihal Saidina Ali mesti dicop Syiah sesat. Jaga-jaga Dr. Faisal, pak-pak Haji di JAKIM marah nanti.

Haidar Fuad said...

Rasulullah SAW bersabda :
إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Fikirlah said...

dekat masjid dan surau pun mereka tak segan silu. dengar azan pun masih juga begitu. buang anak pun ada yang di surau dan masjid. kita perlukan sistem itu, yang di sana :) sistem yang didoktrinkan segelintir "bijak pandai" seperti sampah, walhal sebaliknya. Ingat, Islam bukanlah mudah, tetapi MEMUDAHKAN kita dalam hidup sehari-hari.

kurt cobain said...

alahai..semuanya sudah terlambat... aku dulu kawin 11 dan 14 februari...tapi manalah tahu kalau2 perlu kawin kali kedua, ketiga dan keempat...insyaAllah buleh dipraktikkan...hehehe... anyway, kebetulan hari ni hari ulangtahun perkahwinan kami...

iklan:
... bila tercetusnya tragedi penindasan minoriti syiah di gombak iaitu JAIS menangkap 200 syiah dan mereka berhadapan dengan hukuman denda serta pejara, maka ramailah orang memberikan pandangan dan cadangan. yg kurang taksub mazhab atau yg suka bersikap terbuka, mencadangkan diadakan dialog/debat/diskusi antara dua mazhab ini...saya secara peribadi menjangkakan dialog tidak akan diadakan kerna jik diadakan maka akan terserlahlah kebenaran syiah dan masyarakatpun ada peluang mendengar penerangan dari pihak syiah yang selama ini dihentam dan difitnah kafir dan anak2 mereka dikatakan anak tak sah taraf oleh seorang tokoh agama terkenal adik ulama penghalau hantu...justeru, bagi mengisi kekosongan itu saya syorkan tuan2 yg teringin sangat nak dengar dialog antara dua mazhab utama islam ini supaya membaca sendiri dialog antara dua mazhab (syiah dan sunnah) yang telah diadakan pada tahun 1927 (tahun kelahiran atuk aku)... selain dialog ini ada dua lagi dialog yg saya nak sarankan iaitu dialog Yuhanna mencari kebenaran dan dialog di baghdad bertajuk muktamar baghdad..ketiga2 dialog ini boleh didapati di blog saya ini...blog kopipes terhebat di shah alam! selamat membaca...
http://disinidandisini.blogspot.com/

Eddie Vedder said...

biarkan mereka dengan label mereka.

iskandar said...

Kenapa tak pakai tarikh perkahwinan rasululllah dengan aishah.. tak pun dengan khadijah???

Dr Faisal Tehrani said...

iskandar,
bila tarikh perkawinan mereka tu?

Khairi said...

Mungkin boleh ambil tarikh Rasulullah kawin dengan Khadijah atau siti Aisyah. kan?

(utk jd hati ahli sunnah wal jama'ah)

pada pendapat sy, 1 zulhijjah utk ganti Valentine day tu langsung taksalah bahkan bagus.

Dr Faisal Tehrani said...

khairi,
kenyataan sdr: "utk jg hati ahli sunnah wal jama'ah".

Eh, sejak bila pula ahlus sunnah wal jamaah tak boleh terima Saidina Ali dan Saidatina Fatimah?

berat ni, sampai nak kena jaga hati.

dan itulah soalan saya dari tadi, bila tu tarikh perkahwinan Rasulullah saw dan Khadijah/Aisyah?

pembaca buku said...

Faisal, mari saya tolong jawabkan. Rasulullah SAW bernikah dengan Sayidatina Khadijah r.a. pada 10 Rabiul awal.

Anak-anak sekarang mana tahu tarikh-tarikh sedemikian. Tahukah mereka tarikh kelahiran khalifah-khalifah yang berempat; apatah lagi tarikh ahlul bait Rasulullah SAW?

Tahunya tarikh lahir yang pop-pop saja. Maklumlah hidup dalam zaman pop. Sudah-sudahnya jadi popcorn; bila dipanggang, melenting-lenting.

Alahai...

Annabilah said...

sy kira, 1 zulhijjah itu bermakan utk umat Islam...Imam Ali & Hazrat Fatimah jua ikon penting dlm hati seluruh muslim....tak perlu lah nk beda2kan antra sunni-syiah...nape kite suke fikir utk 'berpecah'??...

Sekoci Cyber said...

Salam Dr,

arghh, "sesatnya" mereka itu! kahwin pun ikut tarikh ahlul bayt Rasulullah S.A.W bernikah...arghh..."sesat"...


mari kita war-warkan entri yang bagus ni.

Ain said...

"Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam."

#Ya, betul. Tapi pakcik lupa nak tengok akar umbi permasalahan ini. Sebelum mereka kenal Valentine Day, mereka belajar dari mana. Sistem sekular byk mempengaruhi pemikiran kami muda-mudi. Budaya hedonism & pergaulan bebas kat tv ditambah akses kepada bahan porno yg tidak terbatas dan tiadanya larangan terhadap pendedahan aurat kaum wanita terutama wanita Muslim di negara ni, perkara seperti itulah yg sepatutnya diberi penekanan. Kemudian, kami belajar lagi dari artis-artis luar negara (WonderGirls, Rihanna, Adam Lambert?) yg datang berkonsert di Malaysia cara mereka berpakaian dan sedikit sebanyak pembawaan diri mereka. Siapa yg ikut stail Rihanna, dialah juara, dialah paling classy sekali. Hmm..ye lah tu. Saya tanya sekali lagi: Salahkan Valentiune Day ke, salahkan sistem sendiri?

Management Consultant said...

Statement "Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam."

Agaknya, apa yang dimaksudkan dengan perkataan "...pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan..." tu?

Kalau dah jadi fatwa, maka kenalah dibuat 'enforcement'nya.

Valiyeva Saida said...

Setuju...!!!

Abu Hunaif said...

DR Faisal yg penakut....

Cadangan ini pun sebab nak elak maksiat kan? Kau Cadangkan ajela nikah mut'ah sebagai alternatif; yg zina dimodified jd halal barulah tak maksiat,kan?

Selama ni dipraktikan sama kau orang aje...tentu ada org sunni yg tertarik...

behlul said...

assalamualaikum..

emm.. bagus tuh.. hari yang baik kita ambil.. tok sah la nak jaga hati bukan islam.. sampai sanggup mencemar agama sendiri

Mr Final said...

Dr. FT mungkin kalo nak ikot syiah agak ralat.. Y not.. celebrate tarikh Rasulullah s.a.w bernikah dgn Siti Khadijah... why not, right? (tp saya pon xtau bile tarikh nikahnya.. huu)

Muntazhar said...

Salam....

Saya AMAT BERSETUJU atas beberapa perkara :

1. 1 Zulhijjah = Hari Berkasih Sayang
2. Penguasa-penguasa Ini AMAT GEMAR 'ANTI-SESUATU'
3. Penguasa-penguasa Ini CAKAP JE LEBIH. Anti-sesuatu tapi tak mau cari alternative.
4. PENGUASA-PENGUASA INI TIDAK AKAN MENERIMA CADANGAN FT INI... HA HA HA HA HA HA HA

Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Mr Final said...

eh kalau 1o rabiul awal tarikh nyer... Bkn Ahad nih ke!?... ok jom beramai2 kawen Ahad ni :)

Dr Faisal Tehrani said...

Ada Deobandi sesat dalam ni. Patutlah terhidu bahu ekstrim.

Muntazhar said...

Wahai AL BAHLUL ABU HUNAIF....

Buka Minda,
Buka Kitab,
Bukan MENGHIJAB...!

Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

UmmAli said...

Solawat dan Salaam

Bagus cadangan doc tu.

Perkahwinan yang akadnya telah disempurnakan di Baitul Makmur terlebih dahulu.

A marriage literally 'made in heaven'!

Fikirlah said...

go go abu hunaif! :D

Muzzulman said...

Yaaaa... Maka setiap pasangan kekasih yang berkasih-kasihan akan mengucapkan Selamat Menyambut 1Zulhijjah menggantikan ucapan Happy Valentines Day.

Tapi Sang Jib Jib pasti tersasul menyebut 1 Zulhijjah menjadi 1Malaysia yang diucapkannya kepada Rosmah Bonser... Muekekekekek!!

1jja1912 said...

Salam..

Alhamdulillah.

Kasih sayang tidak dimiliki tarikh yang tunggal.

Dalam kalender bulan Februari ini, tarikh 'St.Valentine' dan tarikh maulid Rasulullah, sebelah menyebelah. Berapa kerat agaknya yang tahu, 15hb ini cuti sempena apa?

Saya ada terbaca,betapa ramai yang tulis : 'saya sambut je Valentine tu, tapi saya tidak berniat untuk meraikannya atas nama Valentine itu, niat saya lain..'

Anggap sajalah hari lahir si penulis itu, mungkin 14hb.. ^^

Semua tarikh adalah hari-hari terbaik, tetapi tangan-tangan manusialah yang sering merosaknya.

Wassalam..

mohd said...

1) Dr FT, tlg dptkan sy kenalan org2 Iran (tak kire le syiah ke) lelaki utk sy kenalkan kpd ramai kenalan ppuan / rakan sekerja sy yg kbanyakannya profesional & mpunyai segalanya kecuali suami...

pembaca buku said...

Si Mohd ini ingat manusia itu, tidak kira lelaki ke perempuan ke, macam ikan di pasar; yang boleh dibeli begitu sahaja untuk mengisi perut yang lapar.

Begitu sekali tanggapannya terhadap perempuan yang sejenis dengan ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anak perempuannya (ada ke?).

Dan mengapa pula dengan lelaki Iran? Tampak benar ada makna tersirat yang jelas jahat dalam kata-katanya. Teringin nak jadi broker ke?

Entahkan diri dia sendiri yang kepingin beristerikan rakan sekerjanya tapi tidak berupaya lalu 'membalas dendam' dengan cara begini.

Dasar lelaki tidak ada akal!

Muzzulman said...

tak kisah la ikan di pasar ke.. kuih di warong ke hatta mee di restoran sekalipun.. Yang pentingnya KAWIN. Bukan ajak buat maksiat!

ana said...
This comment has been removed by the author.
Dr Faisal Tehrani said...

Ana,
Kalau mahu sambut perkahwinan Rasulullah saw dan Khadijah pun okay! Bagus juga tu. Tiada masalah. Saya bercerita tentang penganut Syiah, kalau mahu boleh lah ambil semangat mereka.
Tak ada salahnya menyambut tarikh perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Mereka ahlul bait, kita sebut mereka dalam selawat (ketika solat), dan Fatimah pula adalah penghulu syurga tentulah ramai isteri atau wanita di sana ingin tahu rahsianya.
Usahlah Ana mencari-cari sebab, kita orang Islam bukan begitu. Janganlah Ana menjadi seperti wahabi yang mengharamkan sambutan maulid dan lain-lain.
Dan Ana...ini pandangan saya, kalau tak suka tak apa. Peace.

RiMAu said...

salam.... kenapa tidak dijadikan hari perkahwinan Rasullullah sebagai tarikh hari kekasih?

salam, sekadar pendapat,, tq

kiaisepuh said...

apa nak gaduh2 yang baik kita ambil..cadangan drFT baik aa...tarikh perkhawinan saiyidina Ali nak ambil tarikh perkhawinan Rasulullah pun baik takda masalah...sebab kalau kita kata sesuatu tu HARAM kena bawak mai dulu la nas kata haram..hehehe ikut ilmu feqah sesuatu perkara tu harus melainkan ada hukum mengatakannya haram...ok kengkawan bye

Dr Faisal Tehrani said...

rimau
sebelum komen, cuba baca dulu komen sebelum2nya.

muaz_kkgp said...

sama ada bermazhab sunnah atau syiah umat islam,tak payah lah sambut hari valentine day.nikah nak ikut tarikh saidina ali atau Nabi s.a.w dua2 ni pun ok,pilih mana yng kita nak.saya berpegang pada kuat pada sunnah waljamaah,tapi pandangan Dr faisal saya hormati....

ana said...
This comment has been removed by the author.
AlMulk said...

Perhatikanlah walau RM1 kita menyumbang untuk rantaian2 kezaliman atau seminit kita berfikir untuk bersamanya, ia tetap menyubur kemaksiatan, semada daging itu tumbuh atau hati itu gelap semuanya menghalang rahmat memantul hidayah mengundang laknat sehingga menjadi tegar dalam 'fitrah' yang palsu.....atas nama kasih sayang sekalipun syaitan2 itu mengajak kita kepada pengabdian selainNYA. Keseronokan di kehidupan Sementara, Binasa di kehidupan Abadi. Kasihnya ALLAH kepada Rasul s.a.w, Kasihnya Rasul s.a.w kepada umatnya bila Ia mengajar umatnya, "sesungguhnya manusia yang paling cerdik adalah yang sentiasa mengingati mati". Kematian, Kematian aku, kematian Fatimah zahra a.s, kematian hussein a.s., memperingatinya setiap hari meruntun RahmatNya maha luas.Inilah fokus yang cuba dilalaikan oleh musuh. Masih adakah lagi kesibukan untuk memperingati hari kekasih palsu. Mencintai Allah s.w.t, jalannya kita mencintai Rasul s.a.w, jalannya mencintai AhlulbaitNya yang dipilih kerna mereka takkan terpisah dari Al-Quran sehingga ke hari kiamat.Ya Allah " Tunjukilah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan NIKMAT kepada mereka, bukannya jalan orang yang telah Engkau murkai, DAN bukan pula jalan orang-orang yang sesat". Amin.

wanie90 said...

Assalamualaikum,

stlah diteliti, tnyata, idea tersebut boleh di prktikkan di ngra bkn islam seperti malaysia yg mmpunyai brbilang kaum n agama.

sy jge tlh mmbaca bbrapa comment, n amat tertarik dengan comment saudari ain yg dimana ayat terakhir berbunyi, " salahkn valentine day ke, salahkan system?"

pada pndapat sy, system ngra x boleh dislhkan 100%. begitu jge valentine day yg turut d smbut di kalangan muda mudi ngra ini.

malaysia bkn sbuah ngra islam, ttpi negara yg mmpunyai mjoriti muslim. secara x lgsung, system ngra xlah srtus% brtraskn Al Quran n sunnah, krn ngra tlh mnrima n mgamalkan prundangn barat.ngra turut mmbtskn prundangn syariah yg mana hanya diprktikkan keatas muslim. Jd x hairanlah malaysia byk mnrima pngaruh luar tmbhan pula malaysia mrupakan ngra yg mmpuyai berbilang bngsa n agama.

valentine day pula mnjdi 1 pryaan jga tradisi bg pnganut agma lain, trutama kristian.Aslnya ianya untuk mmpringati jasa st valentine ats kejatuhan islam di sepanyol.jd, sekiranya umat islam sndiri mryakn valentine day,yg jelas mmpringati kjatuhan islam, apakah status islam itu sndri?

valentine boleh dismbut di ngra ini, ttpi ianya bkn utk islam..pokok pngkalnya dtg dari hati..kita yg mncorak dri kita sndri, bkn system ngara,atau dkyah trtntu.

yg buruk dtg dr sy, yg baik dtgnye dr Allah swt..

-wallahualam-