
Cita-cita saya tidak banyak, memahamkan seberapa ramai umat Islam bahawa 'KITA' sama sekali tidak lengkap tanpa 'MEREKA'. Bersama 'MEREKA', 'KITA' menjadi sempurna. Ingatan untuk diri saya juga: Marilah kita mengenepikan kefanatikan dan kejahilan demi kemajuan ummah.
Jemputlah membaca cerpen saya yang pertama tahun ini. Berjudul WIKIFIQH, tersiar di Mingguan Malaysia,
halaman 18 (ruangan sastera) 9 Januari 2011 (klik sini).
halaman 18 (ruangan sastera) 9 Januari 2011 (klik sini).
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Anda dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



64 comments:
saya sudah membaca!
menarik dan penuh ilmiah.
tapi masih ada beberapa persoalan yang bermain difikiran saya doktor.
mungkin sampai masanya nanti saya akan berkongsi bersama doktor.
terima kasih untuk ilmu ini cikgu.
Cerite Pendek ni nampak berat.
Bagaimana saudara boleh samakan tragedi yang menimpa Nabi Yahya sama dengan Saidina Hussin? Dari mana sumber saudara dapatkan ini? Apakah ini imaginasi saudara semata?
Salam.
Saya akan ingati ini, insya-Allah, sebagaimana saya ingati:
"Tunjukilah kami jalan yang lurus,(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
Terima kasih atas ingatan yang diberi.
Wassalam.
Idea yang hebat. Pencernaan yang cukup bagus. Semoga lebih ramai akan membuka mata terhadap sejarah kesyahidan cucu Rasulullah, Saydina Husein.
akan saya terjah nanti dr...thanx for info
Mesti Baca! : Umat Islam Yang Lemau : Bende Kecik Pun Nak Bising-Bising
Tanpa melihat nama (yang tidak diletakkan pada versi online), gue boleh cam siapa pengarangnya.
Tak macam cerpen pun...Tafsir quran tak yah refer ulama??. Cukup refer kepada ahli bayt walaupun ahli byt tu hanya tukang sapu?? Mcm tak betul jer..takkan asal nama ada syed dan syarifah automatik boleh tafsir quran kot...
nib
Iya lah kot? Selepas ini bolehlah ya Sharifah2 dalam dunia hiburan kita menafsir ayat2 suci al-Quran? Kerana itu lah makna ahlul bayt pada saudara bukan?
Saya terkenangkan 100 orang yang membakar novel Interlok di Kelang apabila membaca komentar saudara.
Alhamdulillah, masih ramai orang yang berfikir dan akan membaca berkali-kali cerpen ini (dan karya persuratan yang lain juga) untuk mencari pelbagai lapis makna.
salam
sy mmg jahil bab agama ni,
n pe je yg Dr kupas psl syiah mmg sy xtw btol ke x,
tp mnctuskan risau n fkir dlm dri sy,
truskan mnulis
n jz ignore d haters
1) Subhanallah Dr Ft... Alhamdulillah, tahniah sy baru baca...
2) Sarjana begini lah yg kita mau dari org cerdik pandai blandaskan dalil2....
3) Mungkin kalau Dr Ft di Iran @ di Indon (sbb Indon ada filem2 dr novel Habiburrahman) karya2 Dr telah difilemkan & mjadi masterpiece hebat...
4) msia setakat mampu ambil novel yg ringan & tak mbuat insan bfikir boleh lah... nama novel pun tak cerdik..(ada ke Lagenda Budak Setan... m'agungkan perangai setan.. & hubungan llaki ppuan tanpa nikah yg amat bbeza dgn Ketika Cinta Bertasbih...)
5) tapi spt biasa, sarjana & cerdik pandai serta karya yg mbuat manusia bfikir tidak akan ada nilai komersil di Msia (tgkla filem2 Yasmin Ahmad, Muallaf misalnya)
6) malahan nukilan sebegini akan ditentang hebat & dikomen dgn pelbagai pndangan tak cerdik (spt pandangan "nib") tapi jgn pelik,org spt ini akan mudah menerima karya2 imaginasi yg memamng sah mengarut spt HARRY PORTER malah bbangga mngenainya...
7) sy suka blog ini, mnambah ilmu sy & buat sy terus bfikir & mkaji Al Quran (semak huraian ~ lebih baik dr buang masa tgk program TV)..
8) sesungguhnya benar Ayat quran ptama diajar pd Rasullullah ialah IQRA (surah org mbaca,blajar, mnuntut ilmu), & "berfikirlah kamu krn berfikir ttg kjadian Allah adalah lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat" (mohon betulkan kalu sy silap)....
9) bsyukur sy ditemukan dgn blog ini.. inilah yg sy cari selama ini ttg bnyak pkara & dijawab oleh Dr FT ... sbb Dr seorang sarjana... kalu ustaz PAS sy ragu2 jugak.. mana kelulusan & kelayakan mrk? ...setakat melabel & memaki hamun org ada la... Oppsss kesitu pulak sy...
10) teruskan bkarya secara ilmiah & sy yakin sbg seorang akademik Dr FT pasti tidak akan mnyeleweng dgn ilmu....wassalam
1) bangsa melayu terlalu bnyk bertanya yg bukan2 mjadikan mrk tidak kreatif, mrk akan btanya sumber, knp kaitkan kisah Nabi Yahya dgn Hussin (contoh sj)..& adakah ini imaginasi? dah nama pun cerpen!!!
2) sy suka cerpen atau novel yg begini... mgunakan Al Quran & Al Hadis sbg sumber dlm penulisan, barulah setiap karya itu tidak menjadi sia2 & "merugikan"
3) krn karya sebegini ikut ayat surah al asyr " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dlm kerugian kecuali mrk yg beriman & beramal soleh serta bpesan dgn kebenaran & bpesan dgn ksabaran"...
4) karya yg disuruh oleh Allah adalah yg menyuruh manusia bfikir bukan yg mberi hburan kosong semata & nilai komersil tinggi utk memnuhi selera pembaca @ penonton @ pendengar.... kita mpunyai ttgjawab untuk mendidik, mtarbiah mrk mlalui "IQRA"....
5) Syabas Dr, teruskan bkarya.. sy cemburu dgn Dr sbb sy tak mampu bkarya spt Dr...(cemburu yg dibenarkan adalah cemburu kpd org berilmu & b'upaya pula menyampaikan /m'ajarkan ilmu itu pd org lain)...
Salam,
Saya yang bukan Syed..pun nak buat tafsiran jugak...hehehheh.. En Nib...ni mungkin kurang berfikir dan memerhati kalimah AHl Bait....tu....Alangkah sedih dan pilunya bila dapat tahu ada manusia yang secara langsung menghina Ahl Bait..sebagai tukang sapu...
Bacalah hadis yang banyak tentang Ahl Bait..membenci Ahl Bait adalah membenci Rasul, menyintai mereka adalah menyintai Rasul....membenci Fatimah sama seperti membenci Rasul heheheh apalah mereka ini.....Ya Allah, Engkau berikan hidayah dan pertunjuk kepada hati yang masih belum di khatamkan ni....
Jangan sampai, khatamallahu ala qulubihim wa ala sam'iihim, wa ala absarihim gishawah...wa lahum azabun azim....
atau..
Qulubun la yafqahunabiha, walahum azanun la yasmauunabiha...ula ika kal an'aam bah hum adhal.....
Wal iya zubillah.
dapat tulisan yg saintifik..kita abaikan kerana tak minat baca ilmiah2 tinggi..dapat tulisan yg longgar..kita abaikan jugak sebab meragui tahap ketepatan materialnya..abis tu apa standard kita sebenarnya..hargailah ilmu walaupun disampaikan oleh orang kafir sekalipun..kalau musykil dengan ilmu tu..jgn bertangguh lagi..cari rantaian ilmu tu..kalau en faisal boleh kenapa kita tidak boleh..en faisal pun makan nasik mcm kita jugak..kenapa mesti percaya kepada org lain..dia pun akan buat silap jugak..kita sendiri yg tentukan material yg terbaik untuk diri kita..cari dan pastikan material itu menjawab kemusykilan kita..kalau masih suka dengan gossip2 murahan..apa boleh buat..mungkin kita juga suka gossipkan Allah..sapa tau..
Berkaitan dengan Ihdinassiratal mustaqim....
Ghalibnya....kita menyebut..."tunjukkan"...sesuatu yang masih kita belum jelas dan tak pasti kerana jalannya banyak...
Nah, sepatutnya kita dah tahu kita berada diatas jalan yang mana satu..yang sedang, telah dan akan kita lalui....
Kalau begitu hendakkan disebut "tetapkan" di atas jalan yang lurus.....bukan msih lagi dalam keadaan "tunjukkan"
Ya Allah tetapkan lah akuu di atas jalan yang lurus....
alhamdulillah!
diharapkan cerpen dr ft ini sedikit sebanyak dpt dijadikan rujukan kpd para2 ustaz dan ustazah dlm menyampaikan ilmu agama.kebanyakan mereka tidak mengetahui rahsia al-quran itu sendiri.jawapan yg saya terima sepanjang belajar di sekolah agama hanyalah 'hanya allah dan rasulnya yg mengetahui'.sdgkan kita tahu tidak ada ilmu yg tidak diajarkan oleh rasulullah s.a.w kpd ali karamallahhuwajh! sebagaimana yg disebutkan dlm hadis rasulullah bersabda: "aku bandar ilmu dan ali pintunya".sudah tentu semua cerita nabi2 terdahulu dari adam sehingga turunnya imam mahdi dlm pengetahuan saidina ali.termasuklah rahsia2 dlm al-quran semuanya dlm pengetahuan saidina ali.sehinggakan abu bakar dan omar sentiasa merujuk saidina ali dlm setiap aspek.bagaimana dr ft mengetahui rahsianya, kalau bukan dari ilmu yg diajarkan oleh saidina ali dan diturunkan kpd hassan, hussin dan seluruh keturunannya sehingga ke imam mahdi!
Barangkali dalam sepengetahuanya al-Quran itu diturunkan dalam bentuk Mushaf. Jadi, sebegitulah ia mengabaikan pengetahuan Para Nabi yang terdahulu. Baginya, pengetahuannya itu telah melebihi dari pengetahuan Para Nabi yang terdahulu. Sungguh "MISTIK" sekali....... membenarkan Nabi terkemudian tp menafikan Nabi terdahulu disebabkan Para Nabi yang terdahulu adalah Nabi bagi Bani Isra'el. [*saja jah...: mistis + mistik = miss you!
Tahniah utk Dr.Faisal..menurut saya sebuah karya yang hebat. Betul2 menyentuh hati ketika membacanya. Begitu juga ketika membaca cerpen Dr. sebelum ini yang juga pernah disiarkan dalam Mingguan Malaysia 'Tunggu Ana di Karbala'..
Aduhai, betapa hari ini kita begitu jauh dengan ahlul-bait Rasulillah. Kita hari ini sudah terlalu obses dengan sumber2 lain selain dari ahlul-bait.. Masihkah ada syafaat Rasulullah bagi kita (yang meninggalkan ahlul-bait ini) di sana nanti??
Cerpen yang betul2 memberikan pencerahan jika dibaca dengan 'mata hati' bagi mereka yang ingin mencari petunjuk..SYUKRAN Dr.
Saya cadangkan Dr FT buat artikel yg terangkan siapa dia yg layak dipanggil ahlul bayt.
Jadi cerpen ini mempunyai byk lapis makna? Bererti dlm cerpen ini ada mesej tersembunyi dan dlm mesej tersembunyi itu masih mengandungi mesej tersembunyi lagi? Memang tahap pemikiran saya takkan dapat sampai ke tahap itu.
Quote dari cerpen: "Yang berhak menafsir al-Quran ialah ahlul bait sesudah ketiadaan Rasulullah SAW. Bukan yang lain. Merekalah yang mengetahui tiap rahsia al-Quran. Mereka pintu ilmu Jika engkau ingin mengetahui rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad, esok siang engkau tanyakan kepada tukang sapu sampah di pejabatmu. Ia lelaki yang putih matanya kerana banyak menangis. Namanya Yaakub." Ujar lelaki berwibawa sebelum berlalu dari mimpi Tuan Presiden.
Kat sini la bermula kekeliruan saya. Ali sebagai pintu ilmu - ada hadis so saya terima. Ahli bayt pun pintu ilmu jugak seperti kata org tua dlm mimpi - tak berapa setuju. Kenapa plak ahli bayt boleh tumpang sekali jadi pintu ilmu sedangkan hadis spesifik utk Ali(mungkin masalah ni kerana definisi ahl bayt saya tak sama dgn penulis).
Kemudian kisah Nabi Zakaria menangisi anaknya. Saya masa belajar kat sekolah dulu masih ingat cerita Nabi Zakaria wafat kerana digergaji oleh musuhnya dan nabi Yahya masih hidup ketika itu. Nabi Yahya pulak dipenggal kepala setelah itu kerana masih meneruskan dakwah. Tapi dlm cerpen ni dah terbalik plak. Mungkin sebab karya ini karya fiktif so tak perlu untuk mengesahkan cerita sebenar.
Last sekali. Inilah first time saya jumpa cerita seorang tukang sapu yg buta. Bagaimana la agaknya tukang sapu tu menyapu sampah kat pejabat Presiden tu yer...
masih tertunggu2 pendapat dari kawan2 yg suka menerjah..mai la kawan2..bila lagi nak terjah..nanti dah masuk kuboq..kita pulak kena terjah..mai mai cik mai cik mai..
Rahsia2 dalam rahsia yg xmampu diungkap melainkan hanya dari pemegang segala rahsia dan mereka yang didedahkan akan rahsia itu sahaja yang pastinya hanya golongan tertentu..
Apa pun, artikel yang menarik dan best!
Nib,
1. Saya rasa sdr takkan jumpa dalam dunia ini pengarang karya sastera/persuratan suap semua kepada pembacanya. Tak ada 'pengarang baik' macam saya yang guide khayalak tentang karyanya. Ini pun selama 20 tahun menulis, 1st time saya lakukan. Tetapi apa boleh buat, saya harus 'selamatkan' saudara.
2. Siapakah ahlul bayt. Alahai, ini yang letih dengan adik-adik ini. Pergilah Jalan Masjid India, pi carik Kashf al-Ghaibiyyah. Ini bukan ulama Iran tulis ini, tapi ulama ulung dunia Melayu sendiri tulis.
Kalau sdr Nib bernasib baik, ada lah yang akan menolongkan sdr di sini.
3. Sebuah karya sastera/persuratan memang ada banyak lapis makna. Karya pengarang kafir pun ada banyak makna. Ada macam2 teori sastera untuk tiba kepada makna.
Dalam konteks ini, saya tolongkan sdr: kata penyair terkenal Parsi yang hidup di Turki, Maulana Rumi - Setiap orang yang di hatinya pintu itu terkuak, akan memandang Matahari dari segala tempat.
4. Matahari itu apa? Fikir2kan sendiri. Dan jika saudara akhirnya menemui (saya doakan saudara ketemu), itulah kata Rumi pembaca yang mengalami taqlib i-rabb seperti dinyatakan dalam hadis dan dipetik Rumi menjadi puisinya: ‘Hati manusia yang berada di antara dua jemari Tuhan sebagai sebentuk hati tunggal, dan Dia memalingkan hati itu sesuka Dia.”
5. "Saya masa belajar kat sekolah dulu masih ingat cerita Nabi Zakaria wafat kerana digergaji oleh musuhnya dan nabi Yahya masih hidup ketika itu. Nabi Yahya pulak dipenggal kepala setelah itu kerana masih meneruskan dakwah."
Betullah itu, di mana pula terbaliknya. Ini kan kisah doa dan tawasul Nabi Zakaria sebelum lahirnya Yahya a.s. Pra-kejadian namanya. Dan kerana doa serta tawasulnya kabul, tahulah Nabi Zakaria apa yang akan menimpa anaknya, Yahya a.s kelak. Maka dia sudah berkabung lebih awal atas kesyahidan Yahya a.s dan Saidina Husin.
6. Tukang sapu, kenapa namanya Yakub ya?
7. Nah, siapa yang buta? Tukang sapu? Presiden? Atau anda?
Khuda Hafez.
Salam.
Nib,
Saya perturunkan ahlul bait (keluarga dan keturunan) Rasulullah al-Mustafa SAW: Fatimah az-Zahra, Imam Ali bin Abi Thalib -> Imam Hassan al-Murtadha, Imam Hussain asy-Syahid -> Imam Ali Zainal Abidin -> Imam Muhammad Baqir -> Imam Jaafar asy-Syadiq -> Imam Musa al-Khazim -> Imam Ali Redza -> Imam Muhammad al-Jawad -> Imam Ali al-Hadi -> Imam Hassan al-Askari -> Imam Muhammad al-Mahdi al-Muntazar.
Kalau nib berminat untuk mengetahui tentang ahlul bait lebih lanjut, carilah ia di hujung jari nib, ya? Nib pasti akan ketemukannya.
Wassalam.
Nib,
Biarlah berlapang dada. Mana ada semua perkara jelas dan terang macam matematik.
Cuba lihat dan perhatikan dalam Al Quran pun ada ayat muhkamat dan mutayabihat...
kan ada yang jelas dan ada yang memerlukan penafsiran tak jelas.
Wajhullah.....Wajah Allah ke?
Yadullah... tangan Allah ke?
Nuuunnn.....jelas ke....Ya Siin...jelas ke...Kf ha ya ain saddd jelas ke....
Hanya yang kata jelas dan terang dan tak boleh takwil adalah Literalist, Zohiriyyah..sperti Salaffi, Kaum Muda, Wahabi....depa semua tolak Takwil....tak tahulah Nib ni dok dalam AHl Sunnah yang mana ni......Wahabi ada juga fatwa yang kata depa bukan dari Ahl Sunnah..betul ke....
Kalau tak dalam AHl Sunnnah depa dok dalam kelompok mana ya...?
Kena mencari dan terus berusaha mencari kebenaran......
Bacalah buku Imam Jaafar As Sodiq dengan Mazhab Empat..tu.....
Kita kena kurangkan bincang hal Sunni Syiah...tapi citelah hal ilmu supaya dapat menilai dan memberi keadilan kepada diri sendiri dalam memilih Siratal Mustaqim masing2.
Lihat kepada pertemuannya bukan perbezaannya. Diri kita sendiri pun berbeza dgnn org lain.....
Kan gitu....
cerpen menarik.tahniah !
jemput datang ke blog ana.
demi Mahabah Ahli Bait.
http://ustazmoden.wordpress.com/
Pegawai JAKIM menulis :
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/penyebaran-syiah-sememangnya-disekat-di.html
"Ya! Saya sudah perhatikan"
Menggigil dan meleleh airmata tatkala membaca cerpen Dr..sepatah pesan org tua..jika hilang di dalam usul..tilik balik pd yg asal..tapi bila dibentangkan kebenrana itu ,kenapa masih ramai yang menolaknya?Solli a'la muhammad wa aali muhammad,qod ha qodhiyallati idrikni ya rasulullah..
1) Alhamdulillah... jelas & padatnya penerangan diberi..mcm ni kalu selalu pensyarah mengajar mmg tak bfikirlah mahasiswa tu...
2) tapi kalu guru/cikgu mengajar anak murid mcm ni tak pe... sbb biasala .. budak sekolah mmg kena suap .. mrk lom berupaya bfikir..
3) Einstein tu hnya gunakan 20% (kalu tak silap sy dr pbacaan) dah jadi genius ttg teori relativiti..
4) kita ni org melayu kena rajin mbaca & bfikir spy kedua2 otak kiri & kanan dpt dijana & dipaksa bkerja...
5) jgn jadi mcm remaja skrg, dah la tak suka mbaca,kalu baca pun bhn yg ringan bab2 artis, dlm FB bckap yg sia2 & tak mcerminkan intelektual wpun sbg pelajar IPTA.. (boleh semak... semua ujung jari kite je..)
Salam,
Tuan-tuan ada terhidu 'duri dalam daging' yang sudah 'bernanah' di sini?
Kita ajak umat Islam saling melengkapi dan bersatu, ada yang mengadu domba.
Wassalam.
1)ustaz moden's weblog ~ apa ni?
2)di akhir zaman ~ yg betul dianggap salah, tg terang2 salah dianggap betul & dibiarkan...
3) pergi la tahan yg minum arak terang2an, pngakuan LBGT terang2an, racist terang2an & isu lain yg mgugat kselamatan/ kesejahteraan negara...
3)Dr MAZA ~ ujian yg Dr hadapi btimpa2 mungkin juga disebabkan kesilapan menuduh Dr FT syiah maka itulah Dr MAZA dituduh wahhabi....
4) sedih lihat melayu yg jauh ketinggalan dr segi ekonomi, penguasaan teknologi & skrg hampir hilang kuasa, tapi melatah pd pkara remeh temeh yg merugikan melayu sendiri....
5)"tidak sempurna iman salah seorang dr kamu sehingga ia mengasehi sdrnya yg lain spt mana ia kasihkan dirinya sendiri" ~ sy syg semua sdr melayu islam sy tanpa mpertikaikan adakah mrk syiah @ ASWJ dll....
Isu khalifah atau kepimpinan yang cuba dijadikan warisan keluarga Nabi s.a.w (Ahlul Bait) jika diterima akan menafikan sifat Islam sebagai agama yang tidak berteraskan nepotism atau kepentingan keluarga..
Ibn Abi 'Umar telah memberitahukan aku. Sufyan talah memberitahu kepada kami daripada 'Abdul-Malik bin 'Umair daripada Jabir bin Samurah. Dia, berkata: Aku talah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sentiasa urusan manusia berlalu begitu sahaja selagi mereka tidak dipimpin oleh dua belas (12) lalaki". Kemudian Nabi s.a.w. bercakap kepadaku dengan perkataan yang perlahan. Maka aku pun bertanya bapaku: Apakah yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.? Maka dia berkata: Semua mereka adalah daripada Quraisy"
rujukan Sahih Muslim..
patutkah kita menerima hadis ini atau patutkah kita menolak hadis ini..nampak gaya hadis ini tidak sejalan dengan kenyataan di atas..atau mungkin kita patut ubahkan sedikit hadis ini supaya selari dengan kenyataan di atas..saya cadangkan kita padamkan hadis ini..kerana hadis ini agak tidak relevan..mungkin hadis ini palsu atau mungkin hadis ini telah terlepas pandang oleh imam muslim..diharapkan pihak jaik (kedah punya team) dapat memusnahkan kitab hadis yg terdapat di perpustakaan awam alor setar..hadis ini dicerap dari kitab hadis di sana..
Saudara Mohd.
Salah ke saya bertanya untuk kepastian. Soalan saya bukannya suka-suka untuk merepek.
Saya bertanya kerana saya rasakan FT ada sumber yang membuatkan beliau menulis begitu dan bukannya imaginasi semata. Cerpen memang ada unsur imaginasi saudara tapi bukan 100% imaginasi. Pasti ada maklumat yang tepat dan fakta. Cuma gaya penyampaian sahaja merupakan hasil imaginasi.
Saya bertanya kerana ingin tahu dan cuba mendapatkan sumber yang menjadi rujukan FT dalan cerpen Wikifiqh berkaitan persamaan tragedi yang menimpa Ahlul Bait dengan keluarga Nabi Zakaria kerana saya tidak pernah mendengar perkara ini...
'Nabi Zakaria berdoa mengenang musibah yang dihadapi keturunannya Nabi Muhammad SAW, "Ya Allah, apakah makhluk termulia-Mu dan kekasih-Mu, puteranya akan mengalami musibah seperti itu? Apakah musibah seperti ini yang bakal menimpa mereka? Apakah Ali dan Fatimah berduka cita seperti aku ini? Ya Allah, pohonku, kurniakan kepadaku seorang putera yang membahagiakan hatiku di masa tuaku, serta jadikan dia sebagai pewaris dan penggantiku. Setelah Engkau kurniakan anak itu kepadaku, timpakan kepadaku musibah sebagaimana yang dialami oleh kekasih-Mu Muhammad sehubungan dengan puteranya Husin.
Menariknya Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad ini adalah dalam surah Mariam. Mariam dipelihara oleh Nabi Zakaria dan mempunyai hubungan keluarga dengannya.
Mariam dan Fatimah Zahrah adalah wanita suci. Keduanya mempunyai nasib yang sama apabila kedua-dua putera mereka dikhianati oleh pengikutnya dan dibunuh oleh penguasa pada masa itu.
assalamualaikum..
satu karya FT yang begitu akademik..
bagi saya inilah cerpen yang benar-benar menguji minda dan seharusnya untuk mempertikaikan biarlah dengan ilmu bukan sekadar komen-komen memualkan, mengelikan atau meloyakan..
saya rasa dialog antara FT dan penulis besar tanahair lebih menambah rasa.. tak payahlah layan sangat orang yang hanya tahu membaca tapi tidak mahu mengambil tahu kandungan asal..
orang kita lebih gemar cerita sensasi atau majalah-majalah hiburan, novel cinta dari membeli nahkah yang ceritanya adalah mengajak kelumpuk pembaca berfikir sama untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan..
Ahl Bayt yg disucikan itu hanya 14 Ma'shumin, jadi keliru jika seluruh zuriat rasul dikira sandaran kebenaran.
Itrah nabi itu sifatnya ideologis sistemik, bukan biologis. Namun pada 12 Imam, itrah itu biologis sekaligus ideologis.
Pada hari ini, itrah adalah mekanisme mediasi pesan tuhan kepada manusia. Itrah itu ditandai oleh 'ulama dgn keilmuan yang dalam. Jadi, itrah ahl bayt saat ini ialah marja'iyyah.
Marjai'yyah tidak kena mengena dgn nasab. Kaum muslim syiah baik sayid atau ahwal semuanya hormat pada marja'. Marja' inilah yg di zaman ghaibah kubro menggantikan peran imamah ahl bayt, bukan syed atau syarifah.
Salam Dr. FT
Hari ini di facebook,status Dr MAZA berbunyi berikut:
..agak menghairankan UTUSAN (MINGGUAN) semalam menyiarkan cerpen bertajuk 'Wikifiqh' yang secara jelas mempunyai unsur Syiah dan merendahkan Saidina Abu Bakar serta membuat tafsiran berteraskan akidah Syiah mengenai Surah Maryam yang -bagi saya- amat menyeleweng..semalam mereka kata sesat..hari ini mereka sebarkan..
Saya mula terfikir bagaimana, kedua-dua aliran ini akan boleh duduk semeja dan berdebat secara ilmiah tentang aliran SYIAH dan SUNNAH. Setakat ini belum nampak lagi kedua-dua aliran ini akan bersatu padu untuk menguatkan ummah.
Faizal,
Saya kira tidak ada bezanya beliau dengan 100 orang India yang membakar novel Interlok di Kelang dalam isu perkataan (maaf) Par**.
Penjelasan saya, sama seperti yang telah saya jelaskan kepada NIB. Mesej saya dalam karya sastera itu jelas; 'kita' tidak sempurna tanpa 'mereka'. Dan 'mereka' juga memerlukan 'kita'. Kenapa 'kita' hendak takut mengambil daripada 'mereka'. Itulah fenomena hari ini. Kita perlu bersatu. Sejarah dahulu tidak dapat diputar kembali. Yang penting proses untuk masa hadapan.
Kalau dia memilih untuk jadi 'taliban dalam pemikiran' kita tidak dapat buat apa.
Gerakan bekerjasama sunni dan Syiah berlangsung dengan hebat di seluruh dunia. JAKIM sendiri belajar dari Syiah. Tetapi ada satu fraksi yang nampaknya tidak senang dengan usaha perpaduan ini. Nama fraksi itu wahabi. Sunni dan Syiah saling mengatakan mereka Islam. Datang Wahabi menidakkan kedua-duanya.
Mungkin beliau patut cermin kata-kata beliau hujung tahun lepas: “Even though I personally don’t agree with Shi’a teachings and even frequently criticise and debate with them, I cannot accept the approach of the allegedly democratic Malaysian government in denying the people’s right to practice their faith, so long as it does not endanger public safety.”
Petikan itu saya petik dari http://rantingsbymm.blogspot.com/
Juga kenyataan beliau lepas kena tangkap dengan JAIS: "Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan. Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik."
Ini dalam mstar.com.my, 3 November 2009.
Kita boleh nilai jenis macam mana dia.
Wassalam.
Dr. Faisal,
Sedangkan beribu-ribu perkataan di dalam AlQuran yang membentuk makna-makna yang amat jelas pada pemahaman manusia pun,ada orang yang tidak faham lantas bergembira dengan segala bidaah dan kesesatan,bagaimana kah kita terhegeh-hegeh mahu memaksa diri mencari makna Kaf Ha Ya Ain Shad?
:D
Di sini pun kita tahu hikmah Allah s.w.t letakkan 5 huruf itu.Yang sudah jelas beribu-ribu huruf tidak mahu kaji.Yang 5 huruf itu juga yang mahu dikaji.
;>
p/s:tidak rugi kembali ke pangkuan Islam dan cara nabi s.a.w.Agama Allah bukan semata-mata tangisan untuk Saidina Hussein.
-Saudara SeIslammu
(moga Allah s.w.t beri hidayat kpd Dr. Faisal.Jauhkan dirinya dari kerugian dunia akhirat)
mistis
Terima kasih, moga2 doa saudara makbul dan saya terus berada di jalan yang lurus iaitu untuk menyatukan umat Islam.
Dr.FT,
Saya mohon izin Dr untuk tampal semula jawapan pertanyaan saya di wall Dr. MAZA.
Mudah-mudahan kita dapat bersatu dan memeluk agama ajaran Nabi Muhammad ini dengan lebih teguh.
Fenomena Zaman,
Yudi Helfi sudah tolong jawabkan.
Wassalam.
Salam Dr. FT,
Wah! memang indah Wikifiqh itu. Ada kerdipan ilmu. Tafsiran begitu sama ada Benar atau Palsu, tiada siapa yang tahu kerana antara sifat ilmu memang begitu...
Apapun, saya lebih tertarik pada penutup cerpennya iaitu,
"Dan kesesatan mungkin sahaja berpanjangan untuk satu tempoh yang entah berapa lama. Sehingga ada hidayah dan petunjuk datang daripada-Nya."
Dalam doa Kumayl Imam Ali disebutkan bahawa senjata orang-orang mukmin ialah tangisan (wa silahuhu bukaa.)..menangisi Imam Hussein memperbaharui tekad perjuangan amar maaruf nahi mungkar perjuangan datuknya Rasulullah SAWAW. Tapi kalau hati banyak kerak maka bukan senang nak menangis..
Salam
Mistis.. Aku kesian la tgk ko ni, samada ko sedar atau pun tidak, ko skrg tgh dipengaruhi emosi tahu tak? Kurang pengetahuan tentang tu, banyak untuk berbalah dari menjadi adil.. Nampak mcm bijak tapi diliputi taksub..
Bab 5 huruf tu pun SAMPAI KO NAK KENA KAJI KE? Dalam Ahlul Bayt bab 5 HURUF tu dah selesai sejak dari zaman Rasul saw lagi !! Sejak dari wahyu diturunkan lagi !! Tak tahu lah aku kalo ko baru tahu !! Kesian aku kat ko.. Dah le kurenggg sombong plak tu..
Wassalam
Saya baru habis membaca mengenai siapa ahli bayt (google dlm intenet)..sungguh saya tak sangka rupanya ada kt dlm internet tentang perbahasan yg sungguh panjang mengenai siapa ahli bayt yg sebenarnya..saya ingatkan sapa2 yg ada nama syed dan syarifah tu ahli bayt rupa2nya itu cuma satu pendapat dari banyak pendapat yg lain...Yg saya masih tak dapat ialah signifikan nama Yaakub kepada tukang sapu buta. Cerita pasal nabi Yaakub ker? apa kena mengena dengan k-h-y-a-s ke? kat mana maksud tersembunyinya? Saya google lagi kot2 ada org nama Yaakub yang mahir menyapu sampah atau cekap membersihkan pejabat walaupun matanya buta tapi tak jumpa...
telah baca wikifiqh dr itu, alangkah bagus kalau dapat direalisasikan, repository setempat untuk rujukan umat Islam, supaya tidak tersesat, supaya kesatuan itu dapat difahami dan bukan perbezaan yang menjadi taruhan. Saya sentiasa mendapat ilmu yang baru ketika membaca karya Dr.
tetapi selepas itu DR MAZA menulis dlm FBbnya:
....upacara membakar novel Interlok yang melibat sekumpulan kaum India dan pemimpin politik amat mendukacitakan..upacara pembakaran buku amat tidak bertamadun..melainkan buku itu sarat dengan maklumat palsu dan khianat..saya mungkin boleh bersetuju untuk mencari buku lain sebagai sukatan..tetapi tindakan membakar karangan ilmuwan adalah tindakan provokatif melampau..
??????????? ....
ali,
Tiada gunanya kita menerangkan apa-apapun kepada mistis tu. Nanti dia kata Doa Kumayl tu ciptaan orang2 Syiah shj. Terang & jelas dia dah selalu cakap begitu. Orang kalau hati dah gelap mmg mcm tu. Sampaikan ahlulbait pun dikatanya hanya isteri2 Nabi s.a.w shj. Bertegang urat dgn dia tiada gunanya. Hormati shj pendirian dia :-)
Sedangkan ali cuba terangkan isu uslub bahasa arab syair Imam Shafie tu pun dia x boleh terima, inikan pula Doa Kumayl. Lagi dia x terima!
Sekian :-)
Salam
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
So Mistis.. Patut la ko mcm tu pun.. Krn ko terima al-Quran tak cukup DOS !! So nak hilangkan penyakit tu mudah ja.. Terima al-Quran ikut dos yang disyorkan yakni SEMUA AYAT..
So bersama-samalah TERHEGEH HEGEH kearah MEMAHAMI SEMUA AYAT.. BUKAN TERHEGEH_HEGEH TINGGALKAN kaf ha ya 'ain sod..!!
Tak tau la kot ko faham Allah letak Kaf Ha Ya tu just untuk manusia belajar Alif Ba Ta saja..
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)
MISTIS.. JANGAN TERHEGEH-HEGEH KEJAR BERIBU AYAT SAMPAI PUNCA AYAT PUN TAK TAHU :D
kita semua dah ada pegangan masing - masing..
ulama2 yg dasyat2 al imam yg dasyat2 yang dah kaji islam sedalam2nya seumur hidup lepa sblum ni..
setakat kita yg hanya doktor,hanya prof yg belajaq setahun jagung nk mempertikaikan lepa pulak ka?.sapa ja kita ni?. memandai ka?.kita dah pegang apa yg lepa pegang,thats all..
tolong la jgn nk provoke menda ni,ni siap masuk paper lg..aku takot habih org terpengaruh..
p/s : tuhan sahaja yg taw
sayonz
samalah alasan tuan dengan alasan orang mekah bila nabi dakwah kepada mereka tentang Islam. alasan mereka ialah 'kita kan dah ada agama tok nenek dulu2, kamu datang nak ubah buat apa?'
Islam akan terus bergerak zaman ke zaman. tuan suka atau tidak, tuan tertinggal atau ikut sekali.
Wassalam.
Ali dan Hellmy,
Anda salah.
:D
Doa Kumayl saya raikan.Doa ini mengajak pembacanya menangisi akan dosa-dosa yang kita lakukan,azab neraka dan seputar pengharapan kita kepada Maha Pengampun.(tiada pula suruhan menangisi orang lain)
Inilah yang sepatutnya anda berdua lakukan,menangisi diri sendiri yang jauh dari sunnah Rasulullah s.a.w.
Kita boleh menangis kerana sedih dengan pembunuhan Saidina Hussein,namun itu bukan alasan untuk menjadikan Islam sebagai 'agama menangisi Saidina Hussein'.
Saya nak tanya satu soalan.Ketika di Iran dahulu,saya pernah melihat orang Syiah menjual foto-foto para Imam malah foto Nabi Muhammad s.a.w sendiri.Mereka tampal di makam-makam malah di tempat solat.Sila berikan dalil dari Imam Ali a.s jika tidak mampu beri dalil dari Nabi Muhammad s.a.w.
:)
-Saudara SeIslammu
(Semoga Allah s.a.w turunkan hidayat kepada Ali dan Helmy ikut cara nabi s.a.w)
"Saya nak tanya satu soalan.Ketika di Iran dahulu,saya pernah melihat orang Syiah menjual foto-foto para Imam malah foto Nabi Muhammad s.a.w sendiri.Mereka tampal di makam-makam malah di tempat solat.Sila berikan dalil dari Imam Ali a.s jika tidak mampu beri dalil dari Nabi Muhammad s.a.w."
* Sdr, ini adalah satu penipuan. Jika saudara benar pernah ke Iran saudara tidak akan keluarkan kenyataan di atas. Ternyata saudara berbohong untuk menegakkan apa sahaja hujah.
Sebenarnya saya mahu tanya pada Ali dan Hellmy.Terima kasihlah tuan jawab.
:D
Kedai itu memang ada di Iran.Tak tahulah sekarang ada lagi.Mungkin saya telah pergi ke kawasan Syiah 'sesat'.
:D
-Saudara SeIslammu
Ada orang menulis:
"Kita boleh menangis kerana sedih dengan pembunuhan Saidina Hussein,namun itu bukan alasan untuk menjadikan Islam sebagai 'agama menangisi Saidina Hussein."
Kita boleh menangis kerana sedih dengan pembunuhan Imam Hussein? oh...
OK LAH TU!
Namun bukan alasan untuk menjadikan Islam agama menangisi Saidina Hussein? Oh..TIDAK SYIAH BUKAN AGAMA YANG ANDA MAKSUDKAN!!!
"Semoga Allah s.a.w turunkan hidayat kepada Ali dan Helmy ikut cara nabi s.a.w".
Tima kasih..jangan lupa ye doakan saya dan Helmi setiap kali lepas solat dan lepas baca doa Kumail.
Tanda doa saudara makbul ialah:
APABILA SAUDARA MENGESAN SAYA DAN HELMI TETAP KUKUH - UTUH - MEMBARA DENGAN AQIDAH AHLUL BAIT AS.
SALAWAT.
kata orang sastera:
"Kenang daku dalam doamu..."
Hahaha! PEMBOHONG!
Di Iran hanya ada makam seorang imam Syiah sahaja. Imam Ridha a.s. Itupun ketat kawalannya. Bukan sahaja gambar tak boleh bawa masuk, kamera pun kena tinggalkan di luar. So, what nonsense are you talking 'bout?
Ohh, rupanya mistis meraikan Doa Kumayl hehe
Ya lah, buat apa nak tangisi Saidina Husain kan? Ahlubait tu kan isteri2 nabi s.a.w. (Bukan saya cakap, mistis yang cakap!) Hehe
Sedang Nabi s.a.w pun menangisi Husain apabila diberitahu oleh Jibril akan kesyahidan cucunda kesayangannya itu di masa akan dtg, apa lagi utk manusia biasa seperti kita. Oh lupa, Husain orang biasa, tak maksum kan (bukan saya cakap, mistis yang cakap!) Hehe
Ooopss, x boleh. Itu cerita2 rekaan Syiah semata2! Hehe.
Hmmm :-)
Aduhai, kesian aku tengok Dr. berulang-alik menjawab komentar pembaca. Apalah susah sangat nak faham, memang ada sikit perbezaan antara Syiah dan Sunni tapi ianya bersifat luaran. Aduhai, susahnya mereka nak faham. Dr. bukan nya nak mengkafirkan Sunni atau menambahkan pengikut Syiah (buat apa, sunni pun islam, syiah pun islam, lain lah kalau nak tarik bukan islam kepada islam,itu baru bermanfaat). Tapi Dr. cuma nak menyatukan Syiah dan Sunni dibawah sayu payung (Islam) dgn cara membawa Sunni mengenali Syiah yg mana akidahnya sama je dengan kita. Sebab apa? Sebabnya ramai Sunni yg salah faham dgn Syiah. Noktah.
Perkara pasal Syiah melebihkan ahlul-bayt tu, lantak merekalah. Mereka tak menyalahi akidah. Mereka bukannya mengangkat ahlul-bayt setaraf Nabi Muhammad cuma mereka cintakan ahlul-bayt. Tak ada nay mereka masukkan nama Ali dalam lafaz syahadah mcm sesetengah ajaran sesat. Lagipun, cuba banding, antara melebihkan WonderGiils ataupun Michael Jackson dengan melebihkan ahlul-bayt, mana lebih bermanfaat?Haiyo..ada otak tak mau guna ka..
Nips! Oopps maaf itu kacang bersalut coklat - rasanya.
Nib,
Apalah nak dihairankan sangat dengan tukang sapu bernama Yaakub yang buta tapi boleh menyapu sampah dan anda katakan cekap membersihkan pejabat itu. Pernah tak dengar 'biar buta mata tapi celik hati'. Hati yang celik dapat memandu mata yang buta- rasanya!
'Sesuatu yang Allah katakan jadi, maka jadilah ia'. Itu dalam Surah Yasin (diberi jolokan sebagai hati Al-Quran). Apa nak hairan. Dia boleh sahaja jadi buta sejak lahir dan sudah sebati dengan kebutaannya. Bukan baru buta dan perlu berlatih dengan kebutaan itu. Mendapat kerja kerana ihsan dan sudah 'expert' dengan kerja tersebut. Umur pun lanjut sudah rasanya.
Apa pun cerpen adalah cerpen. Penulis pasti ada mesej nak disampaikan. Relakslah sampai menggoogle sana sini. Bawa-bawa berehat. Takut jatuh rabun dan berakhir macam Yaakub si tukang sapu.
@Adilla...betul3x...nama pun cerpen kan..nilai kreatif tu ade...
apala sgt org nuta yg jd tukang sapu,
kalo nak ikut citer Harry Potter naik penyapu terbang, karya J.K Rowling....'idiocy' begini dikagumi plak...wah wah wah lagi....
Salam,
Menemui kembali Sdr Mistis :),
Sebenarnya telah banyak jawapan diberi berkaitan kenyataan sdr " ..bukan alasan untuk menjadikan Islam sebagai 'agama menangisi Saidina Hussein' "
Samada menerusi saluran hadis mahupun menerusi ayat-ayat Al-Quran.
Hujah yang sdr berikan mengingatkan saya kembali kata-kata anak-anak Nabi Yaakob as dalam Surah Yusof, yang beranggapan bahawa tindakan menagisi seseorang yang telah tiada, apatah lagi jika dibuat berlebih-lebih seperti halnya Nabi Yaakob as terhadap Nabi Yusof as, adalah satu perbuatan yang melampau dan dan sia-sia sahaja; " Mereka berkata: "Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah menjadi sakit merana, atau menjadi dari orang-orang yang binasa". (12:85)
Dan mereka menuduh pula bahawa Nabi Yaakob as telah berlaku tidak adil; "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (12:8)
Mungkin juga Nabi Yaakob as ini telah melakukan kesilapan dan seterusnya tergolong di kalangan mereka yang menganuti fahaman agama yang suka menagisi seseorang..... :) ?
Silalah hayati kembali Surah Yusof semoga dengan hati yang ikhlas, kita bisa memperoleh pertunjuk dariNya, insha Allah.
" Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini..."(12:3)dan
" Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran". (12:111)
Wasallam.
Iran launches
Wikifiqh encyclopedia news on Sat Jan 29, 2011
Post a Comment