28 January 2011

Wahai Wahabi Jika Syiah Kafir Mengapa Kebumi di Jannatul Baqi?

Sheikh Mohammad Ali Al Amari, ulama Syiah dari kota Madinah pernah dipenjarakan oleh wahabi selama 45 tahun. Hanya dengan tekanan antarabangsa dan sedikit keterbukaan regim Arab Saudi yang ada sekarang membolehkan al-Marhum 'bernafas'. Awal minggu ini, ketika masyarakat Syiah menyambut hari ke 40 kesyahidan Saidina Husin, Sheikh Mohammad Ali Al Amari meninggal dunia di usia 100 tahun. Jenazah beliau dilawati dan disolat oleh beribu orang pelbagai mazhab dan lapisan masyarakat.










Kelmarin, pukul 7 pagi, jenazah al Marhum yang mulia dikebumikan di Jannatul Baqi (lihat foto kecil di kanan atas: saya sedang menanti foto yang lebih jelas dari teman di Arab Saudi), di sisi para Imam Syiah iaitu Saidina Hasan (cucu Rasulullah saw), Imam Ali Zainal Abidin (cicit Rasulullah saw), Imam Baqir (piut Rasulullah saw) dan Imam Sadiq (oneng Rasulullah saw). Jika Syiah difatwa dan diwartakan kafir dan sesat seperti Ayah Pin dan Rasul Kahar mengapakah pihak berkuasa wahabi di Madinah Munawwarah merelakan jenazahnya dikebumikan di Baqi?

Sumber di sini, di sini, dan di sini.

al Fatihah dan Solawat.


* Terdapat sekitar 40 ke 50 ribu Syiah Imamiyyah keturunan di kota Rasulullah saw sejak zaman berzaman.


** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

12 comments:

behlul said...

assalamualaikum..

semoga dia mendapat mendapat ganjaran
dari allah swt atas pergorbanan yang
tinggi..

mereka merancang allah pun merancang
jadi.. perancangan allah adalah yang
terbaik..

musuh-musuh allah yang hanya boleh
mengetap bibir aja..

rosley said...

Salam Dr FT,
Dulu semasa Imam Hasan a.s wafat jenazahnya telah ditegah oleh seseorang dari dikebumikan di sisi maqam datuknya. Dengan menaiki himar... Jenazah Uthman bin Affan juga dikebumikan di pinggir al-Baqi'. Jenazah pertama sahabat di al-Baqi' ialah Uthman bin Maz'un. Ada tak tanda kuburnya atau telah dibongkar semua oleh al....bi.

hellmy said...

AlFatihah & solawat!

pembaca buku said...

Al-Fatihah. Selawat.

Sekadar berkongsi daripada pembacaan saya:

"...dari sudut pandang al-Quran, erti kematian adalah masuk ke dalam penjagaan. Dengan kata lain, ketika mati manusia memasuki penjagaan autoriti ilahiah yang menerimanya tanpa batas.

Dari ungkapan ini dapat disimpulkan bahawa:
(i) Erti kematian bukanlah kesirnaan dan kemusnahan. Kematian hanyalah peralihan dari satu dunia ke dunia lain, dan dari satu tahap ke tahap kehidupan lain. Setelah kematian, kehidupan manusia berlanjut, meski bentuknya berbeza.

(ii) Yang membentuk manusia dan dirinya bukanlah tubuhnya serta sistem fisik dan penunjangnya, yang di dunia beransur-ansur mengalami kerosakan dan kehancuran. Yang sesungguhnya membentuk personaliti dan ego manusia adalah apa yang oleh al-Quran digambarkan sebagai 'diri' dan terkadang 'jiwa'.

(iii) Jiwa atau diri manusia merupakan kontituen sejati personalitinya. Manusia tidak mati, kerana jiwa atau rohnya tidak mati. Rohnya wujud di sebuah cakerawala yang letaknya di atas cakerawala materi dan hal-hal material. Meskipun ini merupakan hasil daripada evolusi esensi fenomena alam yang mengalami transformasi menjadi jiwa atau roh sebagai akibat daripada evolusinya, namun cakerawalanya mengalami perubahan dan menjadi sesuatu dari alam lain yang di luar alam semesta. Ketika mati, roh beralih ke kelas lain, iaitu kelas roh. Dengan kata lain, realiti di luar materi ini kini berada dalam penjagaan malaikat. Al-Quran mengemukakan poin bahawa manusia adalah sebuah realiti yang kelasnya di luar materi. Mengenai Adam as, manusia pertama, al-Quran mengatakan, "...Dan telah meniupkan ke dalamnya roh-(ciptaan)Ku. ..." (al-Hijr:29)

Soal roh dan kelangsungan hidupnya setelah mati merupakan salah satu ajaran pokok Islam. Separuh daripada ajaran Islam yang tidak dapat diingkari itu didasarkan pada doktrin bahawa roh tak bergantung pada tubuh, dan masih terus eksis meski manusia telah mati. Semua nilai manusiawi sejati didasarkan pada kebenaran ini. Tanpa kebenaran ini, nilai-nilai tersebut tidak lebih daripada imaginasi belaka." - Muthahhari.

Fikirlah said...

Setuju dengan saudara pembaca buku. Manusia wafat, wafat bermaksud selesailah tugasan kita di muka bumi ini. Selepas wafat itulah kehidupan sebenarnya, yang kekal abadi :)

Mohd Iswazi said...

Salam wa rahmah...

Imam al Shadiq as berkata, "Tidak ada seorang mukmin yang mencintai kami kecuali bahawa dia adalah seorang hamba yang diuji Allah.

Dan tidak ada seorang hamba yang membenci kami, kecuali bahawa dia telah mendapatkan murka Allah.

Kecintaan dan kebencian terhadap kami tidak akan berkumpul di satu hati, kerana pencinta kami akan masuk syurga dan pembenci kami akan masuk neraka."

(Syarh al Akbar, hadith 1430)

Al fatihah kita hadiahkan kepada almarhum.

1jja1912 said...

SubhanAllah..

Maha Suci Allah..

Islam said...

Salam.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama dengan roh para solihin. Sesungguhnya kematian adalah jambatan seseorang insan bertemu dengan Kekasihnya.

Hakikat penghidupan adalah perjalanan roh bertemu Tuhannya. Dan semoga roh kita juga tetap terus “segar” berhubung dengan Allah SWT, Rasulullah dan Ahlul Baitnya.

Ada 4 golongan Perosak Citra Syiah :
Golongan Pertama - sekelompok “ulamak” yang dengan sengaja ingin “menjilat” dan mendekatkan diri kepada pemerentah Bani Umayah dan Bani Abbas yang bertindak lewat batas dalam “menghitamkan’ citra Syiah dan melekatkan segala kenistaan pada kaum Syiah. Semua ini bertujuan menjelek-jelekkan fahaman kaum Syiah, di samping membenarkan segala kekejian yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Golongan Kedua - sekelompok “ulamak” yang dengan senaja memburuk-burukkan citra kaum Syiah, semata-mata kerana terdorong oleh ketakutan akan timbulnya simpati rakyat banyak kepada mereka, serta berkecenderungan untuk mengikuti jalan mereka. Dengan itu, mereka telah menghalalkan segala cara demi menjauhkan rakyat dari kaum Syiah.

Golongan Ketiga - sekelompok orang yang terkacau pengetahuannya tentang Syiah. Sebab “Syiah” tidak hanya khusus digunakan untuk kaum Imamiyah saja, tetapi juga untuk berbagai kelompok lainnya. Ditambah lagi oleh kebencian yang memang telah tertanam dalam hati orang-orang tertsebut sehingga menghalangi mereka untuk berhati-hati dan memastikan terlebih dahulu tentang apa saja yang akan dikutip itu berkaitan dengan kaun Syiah.

Golongan Keempat - sekelompok manusia yang telah mengutip semua fitnahan keji berkaitan dengan kaum Syiah berdasarkan keterangan-keterangan yang berasal dari kaum pendahulu mereka yang merupakan musuh-musuh Syiah yang tak henti-henti mengucapkan kebohongan, hasutan, fitnah dan kepalsuan yang menyesatkan. Sepatutnya mereka meneliti ucapan-ucapan ulamak Syiah sendiri, dalam bab ushul maupun furu’ untuk memahami Syiah.

Sesungguhnya, agama ini amat dalam maka selamilah dengan kehati-hatian.

mohd_kedah29 said...

Wahabi sedang tertekan dgn peranan yg dimainkan Syiah seluruh dunia.Syiah&Sunni sentiasa bersaudara ttp wahabilah yg tdk senang dgn persaudaraan ini...Takziah buat keluarga Syeikh Al-Amri.Inilah ganjaran buat pejuang Ahlul Bait suci nabi...Solawat

mee said...

tak silap saya yahudi pun sama kebumikan jenazah mereka.. betulkan saya kalau saya silap.. tq

feiruz said...

Assalamualaikum.

Kalau Shia itu begitu penting dan betul kepada Islam,kenapa tidak sekali ia disebut dalam Quran,dan juga Saydina Ali begitu penting kenapa tidak sekali namanya disebut dalam Quran.Saya berkata begini kerana ketaksuban syiah kepada pemimpin mereka keterlaluan dan kebencian Syiah kepada sahabah juga keterlaluan.Bagi saya,siapa saja bila mengajar tentang kebencian itu sudah lari dari Islam.

Ain said...

Sedih mengenangkan nasib Syiah. Gembira mengenangkan dunia dlm menuju pembaharuan. Mula2, Iran. Kemudian, Tunisia. Sekarang, Mesir. Selepas ini..Ya, mari kita sama2 menunggu kejatuhan pemimpin zalim seterusnya..