
Dua tiga hari lepas, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Regim Zine el-Abidine Ben Ali di Tunisia jatuh menyembah bumi.
Mengapakah regim 23 tahun tersebut rebah mendadak?
Khabarnya, salah satu sebab tersungkurnya regim penindas tersebut ialah ekoran ketamakan dan kemewahan isteri Ben Ali: Leila Trabelsi.
Di dunia Arab, Leila digelar Imelda Marcos Arab. Kisah yang meniti di bibir ramai ialah beliau adalah seorang pendandan rambut sebelum berkahwin dengan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kegemaran beliau kepada kemewahan memang tidak dapat disangkal lagi.
Meski berasal dari keluarga melarat, kegelojohan Leila di belakang kuasa suaminya iaitu Presiden Tunisia menyebabkan beliau dinamakan sebagai "The Regent of Carthage'. Carthage adalah sebuah kerajaan purba tidak jauh dari Tunis hari ini. Ia adalah kerajaan Phoenician pada pertengahan abad ke 9 sebelum masehi; seperti kerajaan-kerajaan agung lain ia hancur pada tahun 146 sebelum masehi. Laporan media menyebut Leila adalah kuasa di belakang Presiden Tunisia dan kegilaannya kepada kuasa, wang, kereta dan kediaman mewah mendorong kebencian rakyat Tunisia.
Keluarga Presiden digelar oleh rakyat sebagai 'The Mafia'. Hari ini setelah keluarga Presiden terbirit melarikan diri dan dilindungi oleh satu lagi regim (Arab Saudi), rakyat masuk ke dalam kediaman mewah Presiden lalu menghancurkan kereta-kereta mewah tersebut.
Nesrine Ben Ali, 24, dan kakaknya Cyrine (dua anak perempuan Ali dan Leila) terbang melarikan diri ke Paris serta menginap di Disneyland Hotel, Paris. Di sana mereka mendiami VIP suites dengan harga lebih 300 euro semalam.
Adalah dipercayai kekayaan keluarga Ben Ali berjumlah 3.5 bilion euro dan kebanyakannya dilonggokkan di Perancis. Bukan itu sahaja, akhbar Le Monde melaporkan keluarga Ben Ali berjaya melepaskan diri dari kebangkitan rakyat dengan membawa sama keluar harta berbentuk 1.5 tan emas.
Hari ini, dalam satu sidang akhbar, pemimpin sementara Tunisia ditanyai wartawan, 'Benarkah Leila Trabelsi yang berkuasa dan bukan Presiden Ben Ali?'
Perdana Menteri sementara, Mohammed Ghannouchi menjawab: "We have that impression." (klik sini)
Ada orang mengatakan, di sebalik seorang lelaki (dalam hal ini kehancuran, bukan kejayaan) pasti ada seorang wanita. Sumber di sini. Melihat pada foto-fotonya mungkin entri ini sepatutnya berbunyi 'Garang-Garang Leila.'
Mengapakah regim 23 tahun tersebut rebah mendadak?
Khabarnya, salah satu sebab tersungkurnya regim penindas tersebut ialah ekoran ketamakan dan kemewahan isteri Ben Ali: Leila Trabelsi.
Di dunia Arab, Leila digelar Imelda Marcos Arab. Kisah yang meniti di bibir ramai ialah beliau adalah seorang pendandan rambut sebelum berkahwin dengan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kegemaran beliau kepada kemewahan memang tidak dapat disangkal lagi. Meski berasal dari keluarga melarat, kegelojohan Leila di belakang kuasa suaminya iaitu Presiden Tunisia menyebabkan beliau dinamakan sebagai "The Regent of Carthage'. Carthage adalah sebuah kerajaan purba tidak jauh dari Tunis hari ini. Ia adalah kerajaan Phoenician pada pertengahan abad ke 9 sebelum masehi; seperti kerajaan-kerajaan agung lain ia hancur pada tahun 146 sebelum masehi. Laporan media menyebut Leila adalah kuasa di belakang Presiden Tunisia dan kegilaannya kepada kuasa, wang, kereta dan kediaman mewah mendorong kebencian rakyat Tunisia.
Keluarga Presiden digelar oleh rakyat sebagai 'The Mafia'. Hari ini setelah keluarga Presiden terbirit melarikan diri dan dilindungi oleh satu lagi regim (Arab Saudi), rakyat masuk ke dalam kediaman mewah Presiden lalu menghancurkan kereta-kereta mewah tersebut.
Nesrine Ben Ali, 24, dan kakaknya Cyrine (dua anak perempuan Ali dan Leila) terbang melarikan diri ke Paris serta menginap di Disneyland Hotel, Paris. Di sana mereka mendiami VIP suites dengan harga lebih 300 euro semalam.Adalah dipercayai kekayaan keluarga Ben Ali berjumlah 3.5 bilion euro dan kebanyakannya dilonggokkan di Perancis. Bukan itu sahaja, akhbar Le Monde melaporkan keluarga Ben Ali berjaya melepaskan diri dari kebangkitan rakyat dengan membawa sama keluar harta berbentuk 1.5 tan emas.
Hari ini, dalam satu sidang akhbar, pemimpin sementara Tunisia ditanyai wartawan, 'Benarkah Leila Trabelsi yang berkuasa dan bukan Presiden Ben Ali?'
Perdana Menteri sementara, Mohammed Ghannouchi menjawab: "We have that impression." (klik sini)
Ada orang mengatakan, di sebalik seorang lelaki (dalam hal ini kehancuran, bukan kejayaan) pasti ada seorang wanita. Sumber di sini. Melihat pada foto-fotonya mungkin entri ini sepatutnya berbunyi 'Garang-Garang Leila.'
Ini tidak ada kena mengena dengan Leila.Bilalah kita nak menghargai orang lain, seperti kaum minoriti?
Klik sini.
** Pembaca blog ini dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog.



13 comments:
Haha...inilah baru dinamakan tangan yang menghayun buaian boleh menggoncangkan dunia (tanpa mengira goncangan yang positif atau negatif).
Pada saya, isunya ialah keupayaan mentadbir. Jika seorang suami tidak dapat 'mentadbir' isterinya atau rumah tangganya, bagaimana mungkin dia dapat mentadbir masyarakat atau negaranya?
Kan?
Nak komen panjang pun rasanya malas la pulak.. Tapi kira komen jugakla ni... Hmmm tapi rasa malaslah pulak. Takut "kena bom"... muekekekekekek!!!
sinis-sinis manis gitu :D
Moga jadi pengajaran, pemimpian dalam negara lah yer :D
peringatan buat pemimpin2 di malaysia.............!
sama-samalah berfikir..hehe
siapa mkn cili padi byk sangat,dialah yg terasa pedasnya:)
http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&Id=221668
sungguh ku tak mampu..menahan malu..ah..ah..
pabila dirimu..kata begitu..
(melody mcm lagu amelina)
selagi en hassan din tidak membuat permohonan maaf terbuka sebagaimana sebelum ini membuat kenyataan terbuka..selagi itulah masyarakat kampung saya ni dok nyanyi lagu ni sambil dok menarah rumput kat bendang yg sikit hari lagi boleh ambik padi dah tu..
Nah..... Ingat-ingat yang ada 'bini' suka bermewah-mewahan....Tak pasal-pasal kereta kena bom.
Peringatan buat 'seseorang' di Malaysia,"Cukup-cukuplah dengan mendandan rambut tu!". Simpan2 sikit duit tu dari asyik menghabiskannya untuk beli spray rambut ;-)
If Tomorrow Never Comesssss hahaha!~
Ermmm.. Nak kata apa tah..?!!
Ha Dr !! Si laila ni mazhab apa eh..?!! Kalo dr tau la.. Tak paksa hehehe..
@helmy
Your statement,
I like!
Mana ada mazhab Zahra...she devoted & sold her soul to the devil :-)
Yang digilakannya emas,kereta,rumah agam mewah (spray rambut sy x tahu la..hehe). Jadi itulah taghut yang disembahnya.
Barang jangan dilupai cerita Qarun di dalam alQuran. Dan ini semua hanyalah 'repetition'. Pengulangan semula sejarah.
Slwt!
bila isteri boros jadi PM .. dah terasa bahangnya
Post a Comment