


Pada 18 Oktober 2008, pasukan bola sepak Korea Utara bertandang ke Tehran untuk menentang pasukan Iran dalam satu perlawanan bola sepak. Ada orang bertanyakan kepada saya apakah maksud 'syiah'? Ia bermaksud 'pengikut', 'golongan' atau 'kelompok'. Dalam Surah as-Saffat ayat 83-84, firman Allah yang bermaksud, "Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Jadi, jika anda peminat Maher Zain sebagai contoh, bolehlah anda mendakwa diri sebagai 'syiah Maher Zain'. Atau barang siapa yang suka membaca karya ustaz Zaid Akhtar sebagai contoh, boleh pula menyebut diri sebagai 'syiah Zaid Akhtar'.
Penganut Ja'fari adalah 'syiah Ali' kerana mereka percaya Allah dan Nabi Muhammad telah melantik Saidina Ali sebagai pengganti Rasulullah saw setelah wafat baginda. Setuju atau tidak pada kenyataan tersebut, masing-masing perlu membuat pilihan. Setiap 'kem' ada hujah. Kalau kita berdialog baru kita faham mengapa 'kem-kem ini' membuat ketetapan yang berbeza. Selepas mendengar dan membanding dengan adil barulah boleh kita selaku orang biasa ini 'memilih' untuk menjadi ahli 'kem' yang mana satu. Yang penting duduk bertukar pandangan bukan menfitnah ikut selera rugi.
Foto-foto di atas, berdasarkan definisi yang telah disebutkan, tentulah kita namakan sebagai 'syiah Korea Utara'.
Ketua Konsulat Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran, Hujatul Islam Muhammad Hasan Vahedi membantah fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh '90marhalah' terhadap Syiah menerusi satu wawancara dengan stesen TV al-Jazeera pada 29 Disember 2010, klik sini. Nampak gaya bukan sahaja MB Selangor tak mahukan '90marhalah', ada 400 juta umat Islam pun ikut membantah. Pun sungguh ajaib, syiah di Malaysia yang tidak berapa kerat dan dikatakan 'melahirkan anak haram' telah mendapat liputan dan simpati media asing sepanjang Muharram tahun ini.
* 'Syiah' mana pun dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Yang berkecuali dari menjadi 'apa-apa syiah' pun turut diundang mengundi, boleh tekan punat seberapa puas.
Jadi, jika anda peminat Maher Zain sebagai contoh, bolehlah anda mendakwa diri sebagai 'syiah Maher Zain'. Atau barang siapa yang suka membaca karya ustaz Zaid Akhtar sebagai contoh, boleh pula menyebut diri sebagai 'syiah Zaid Akhtar'.
Penganut Ja'fari adalah 'syiah Ali' kerana mereka percaya Allah dan Nabi Muhammad telah melantik Saidina Ali sebagai pengganti Rasulullah saw setelah wafat baginda. Setuju atau tidak pada kenyataan tersebut, masing-masing perlu membuat pilihan. Setiap 'kem' ada hujah. Kalau kita berdialog baru kita faham mengapa 'kem-kem ini' membuat ketetapan yang berbeza. Selepas mendengar dan membanding dengan adil barulah boleh kita selaku orang biasa ini 'memilih' untuk menjadi ahli 'kem' yang mana satu. Yang penting duduk bertukar pandangan bukan menfitnah ikut selera rugi.
Foto-foto di atas, berdasarkan definisi yang telah disebutkan, tentulah kita namakan sebagai 'syiah Korea Utara'.
Ketua Konsulat Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran, Hujatul Islam Muhammad Hasan Vahedi membantah fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh '90marhalah' terhadap Syiah menerusi satu wawancara dengan stesen TV al-Jazeera pada 29 Disember 2010, klik sini. Nampak gaya bukan sahaja MB Selangor tak mahukan '90marhalah', ada 400 juta umat Islam pun ikut membantah. Pun sungguh ajaib, syiah di Malaysia yang tidak berapa kerat dan dikatakan 'melahirkan anak haram' telah mendapat liputan dan simpati media asing sepanjang Muharram tahun ini.* 'Syiah' mana pun dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Yang berkecuali dari menjadi 'apa-apa syiah' pun turut diundang mengundi, boleh tekan punat seberapa puas.



9 comments:
waduh,
lho, apa kena-mengena dengan gue pulak?
assalamualaikum..
media sekarang dah jadi mangsa oleh pihak yang ada kepentingan
saya 'syiah' Dr. Faisal Tehrani..
boleh begitu? :)
sanah,
boleh. tapi kita mesti berhati2. takut dikatakan 'ajaran sesat' pula nanti.
kang zaid,
gue syiah lu!
Dan saya syiah kedua kamu dan karya kamu....
assalamualaikum..
sejak cinta dan hari-hari rusuhan
aku dah jadi syiah kau FT..
dlm sukan lagi banyak syiah tuan dr.!kebanyakan org malaysia menjadi 'syiah' manchester united!
Ya, saya juga adalah syiahnya Manchester United & Real Madrid! ;-)
Salam.
Saya baru saja register jadi syiar Dr FT.. :)
Post a Comment