29 January 2011

Syiah di Malaysia, Beberapa Bukan Hal Yang Jadi Hal

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran, Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah melawat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya pada hari Khamis lalu (20 Januari 2011). Kedatangan beliau disambut Ketua Pengarah JAKIM Dato' Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz.

Di awal pertemuan ini, Hujjatul Islam Wahidi berkata: "Ini adalah pertemuan rasmi saya dengan anda di JAKIM buat pertama kali. Insyallah pertemuan ini akan memberikan manfaat. Beberapa perkara akan saya terangkan dalam pertemuan ini, saya berharap ia diberi perhatian dengan pendekatan ilmiah:

"Masalah pertama tentang peristiwa yang menimpa pengikut Ahlul Bait (a.s) dan mazhab Syiah di Malaysia. Kami berharap pihak yang bertanggung jawab dalam perkara ini dapat menyelesaikannya dengan baik. Semoga anda membawa perkara ini kepada pihak terbabit.

"Masalah yang lain, oleh kerana seluruh masjid di Malaysia, khutbah imam-imam di berbagai negeri dan ceramah di masjid berada di bawah pentadbiran JAKIM, saya memohon daripada anda selaku Ketua Pengarah jabatan ini dapat mengawal situasi dengan sewajarnya. Berikanlah penerangan kepada mereka tentang perpecahan umat Islam dan tuduhan tidak berasas kepada Tashayyu' supaya perpecahan dapat dicegah". (klik sini umat Islam Syiah di kedah buat laporan polis bantah ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar)

"Saya mempunyai beberapa perkara dan cadangan lain, yang turut berkaitan dengan kerjasama antara Konsul Kebudayaan Iran dan JAKIM. Semoga kerjasama ini dapat menghasilkan objektif dan ilmu yang bermanfaat.

"Cadangan pertama daripada kami ialah membentuk " کمیسیون مشترک فرهنگی ایران و مالزی " (Suruhanjaya Bersama Kebudaya Iran dan Malaysia) dari pihak JAKIM dan Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur. Suruhanjaya ini boleh bekerjasama dalam menyelidik dan mencari persamaan budaya antara kedua negara ini.

"Kami juga mempunyai cadangan membentuk "کمیته وحدت اسلامی ایران و مالزی " (Jawatankuasa Perpaduan Islam Iran dan Malaysia). Jawatankuasa ini dapat menyelidik masalah bersama tentang agama, mazhab dan pendekatan antara mazhab-mazhab Islam".

"Perkara yang lain ialah cadangan melaksanakan seminar-seminar anjuran Konsul Kebudayaan Iran dan JAKIM. Dalam sesi dua seminar kita dapat mengusulkan pembentukan Suruhanjaya dan Jawatankuasa tersebut.

"Pertama 'Seminar Mengkaji Persamaan Budaya Iran dan Malaysia', dan kedua 'Seminar Perpaduan Islam'.

"Kedua-dua seminar yang akan dianjurkan ini akan menghadirkan tokoh-tokoh pemikiran, ulama dan cendiakawan Iran serta Malaysia di Kuala Lumpur.

Tentang usulan kedua-dua Suruhanjaya dan Jawatankuasa tersebut kami ingin menambah, saya telah mengusulkan perkara ini kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi dalam satu pertemuan dua tahun lalu. Beliau ketika itu mengatakan kedua-dua usulan ini diterima beliau namun hendaklah dibawa ke perbincangan kabinet, kemudian barulah ia dilaksanakan. Usulan ini sudah lama berlalu dan pasti ada di dalam rekod Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Dato' Wan Mohamad, Ketua Pengarah JAKIM berkata, "Ini adalah pertemuan rasmi yang pertama antara saya dan pihak kedutaan Iran. Inilah juga kali pertama pihak JAKIM menerima kunjungan seperti ini dan kami menganggap ia adalah petanda yang baik.

"Menurut Syaikh Al-Qardawi, jikalau kita antara sesama Islam tidak mampu mengadakan hubungan baik, bagaimana kita dapat menganjurkan hubungan baik dengan agama lain?".

Beliau menambah, "Mengenai peristiwa yang terjadi pada malam Asyura di Hawzah Ar-Ridha di Selangor, saya tidak bercakap banyak kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sudah berbicara... masalah-masalah Asyura ini telah mereka ketahui dan menurut pandangan saya ia telah beransur pulih dengan baik. Saya tidak berfikir bahawa perkara ini akan menjadi lebih buruk dan besar. Ini bukanlah masalah besar dan kami berharap ia akan selesai dengan baik". (klik sini laporan New York Times tentang peristiwa tersebut)

"Perkara kedua yang saya ingin katakan ialah berbalik kepada usulan Tuan Konsul untuk membentuk suruhanjaya bersama dan seminar-seminar. Ia hendaklah memberi perhatian kepada masalah kebudayaan yang dikongsi bersama.

Penganut Syiah terus ditindas dan dianiaya.


"Usulan saya ialah Tuan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran boleh memulakan kerja-kerja Suruhanjaya bersama itu. Namun ia hendaklah memberi fokus kepada masalah yang dikongsi oleh Syiah dan Sunni, bukan dalam masalah yang sensitif. Contohnya masalah membantu golongan mustad’afin (yang ditindas) di seluruh dunia, ini merupakan masalah bersama. Atau perpaduan umat Islam, kemungkinan di dalam masalah ekonomi Islam. Tetapi ekonomi bukanlah tanggung jawab kami.

"Kami menyambut baik cadangan positif anda dan sebenarnya memberikan lampu hijau. Masalah pertama dan utama ialah memberikan kefahaman Islam kepada orang bukan Islam. Namun hendaklah kita ikuti prosedur dan peraturannya seperti mana hubungan diplomatik antara dua negara, ia perlu dilalui secara berperingkat sehingga berjaya. Contohnya peringkat pertama kami hendaklah membawa usulan ini kepada Kementerian Luar dan mengambil pendapat mereka. Seterusnya pandangan kementerian-kementerian lain sehingga kami dapat memaklumkan kesepakatan yang dicapai".

Ketua Pengarah JAKIM berkata, "Sebenarnya tujuan penubuhan JAKIM juga adalah masalah bersama. Sekarang jika anda mempunyai program bersama Universiti, pihak JAKIM tidak ada apa-apa halangan kerana ia ada kaitan dengan masalah bersama. Namun jikalau ia bukan masalah bersama, kami sangat tidak senang. Yang penting di sini ialah masalah bersama. Jikalau ia berkaitan dengan mensyi‘ahkan rakyat Malaysia, maka ia bertentangan dengan JAKIM (klik sini, sebahagian Syiah di Malaysia adalah Syiah asal). Saya sendiri boleh memberikan usulan supaya ia akan menjadi masalah bersama, bukan perkara yang sensitif".

Hujjatul Islam Wahidi membalas, "Kami telah pun membentuk rangka perlaksanaan forum-forum pemikiran dan kebudayaan dengan menggabungkan cendiakawan dari kedua-dua negara. Ia bakal memberikan kesan positif yang besar".

Dato' Wan Mohammad mengatakan, "Iya, saya sendiri akan menyertai forum-forum pemikiran ini". Beliau menceritakan pula perkara lain sebagai berikut, "Ada juga golongan yang bertindak cuba mencetuskan kontroversi dengan menyiarkan perkara-perkara yang tidak benar di dalam laman web persendirian. Inilah yang menyebabkan isu sensitiviti bertambah. Lebih baik individu ini ditegur supaya ia tidak mengulanginya lagi" (sila baca tulisan pegawai JAKIM ini, klik sini).

Konsul Kebudayaan membalas, "Saya menghargai kata-kata anda, sudah 3 tahun setengah saya tinggal di Malaysia dan telah mengadakan banyak lawatan, mengunjungi ulama, imam jemaah Malaysia, universiti, para pensyarah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini Dato' Zahid Hamidi dan yang terkini Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, jabatan-jabatan kerajaan dan orang awam. Saya memaklumkan kapada JAKIM apa yang dilihat sebagai interaksi dan penghormatan yang tidak baik.

"Saya seorang agamawan Syiah Iran yang tinggal di Malaysia hampir 3 tahun setengah. Banyak kegiatan kebudayaan yang telah saya laksanakan termasuklah kerjasama dengan Pusat Terjemah Negara. Buku Pengurusan Masa Perdana Menteri Najib Tun Razak juga telah kami terjemahkan ke bahasa Parsi.

"Kegiatan saling menterjemah kitab-kitab, mengadakan seminar ilmu dan mengadakan kegiatan kebudayaan bersama menunjukkan bertambahnya penghormatan antara budaya kedua-dua negara".

Sumber di sini.

Ulasan saya: Ada baiknya JAKIM bertemu dengan Syiah asal di Malaysia. Konsulat Kebudayaan Iran bukan wakil mereka dan tidak dapat membawa suara mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mengunjungi Ketua Majlis Republik Islam Iran, Ali Larijani di Tehran. Ketika berada di sana, Ali Larijani telah memberitahu (menegur?) Malaysia: "Extremism ruins Islam's face amongst nations, and this is what the enemies of Islam want." (Sumber di sini)

Dalam usaha memperbaiki hubungan kedua-dua buah negara, Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mengatakan, "Iran's scientific and technological progress is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim nations." (Sumber lain di sini)

Saya ulangi, meminjam kata-kata Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Iran adalah "pride for Muslims and belongs to all Muslim nations."

Ulasan saya:
Issyy, tiba-tiba saya pula berasa malu! Keliru pun ada. Apakah kenyataan ini selaras dengan fatwa yang ada? Adakah maknanya ketika melakukan urusan dagang, Syiah menjadi Muslim pula?

Juga, tahukah anda, siapakah musuh Islam yang disebut oleh Ali Larijani, baca entri saya, 'Siapa Musuh?', klik sini.

Juga, pengikut Syiah Imamiyah di Kedah sekali lagi tampil membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan ceramah Alaudin bin Dato' Abu Bakar yang boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap pengikut mazhab ini, klik sini.

Ulasan saya: Saya percaya JAKIM tahu sekarang, siapa yang mula ganggu siapa?


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

12 comments:

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Tak dalam kes aku budak syiah tu yang ganggu aku dulu. Aku cuma suruh dia berbaik semula dengan mak we dia aje yang aku "lihat" dah macam perempuan separuh gila. Tapi dia tetap tak mau dan tuduh aku pulak gila. hah!

Lelaki amcam tu nak jadi Perdana Menteri Malaysia. Salam hormat takzim pada Nabi Muhammad, awatlah dapat cucu-cicit macam itu, dah usung anak dara orang kulu kilir,dah muak tuduh orang pulak paranoid. Paranoid apanya, bukan aku sorang nampak dia berkepit kulu kilir. Ramai lai yang nampak macam itu, macam belangkas. Muhamamad ada ajar tak payah nikah boleh usung anak dara orang kulu kilir? kalau ko tak nak orang usung anak dara ko tanpa nikah,jangan sesekali memulakan bereksperimen dengan anak dara orang waima anak dara pelacur pun, tahu!

Lain kali kalu nak ngaku keturunan nabi baca surah Al azhab ayat 33 dari mula sampai habis, bukan baca sekerat hok bawah aje, yang atas tu tinggalkan. Kalu baca sekerat aje, itu yang datang fitna pada tok nenek moyang sendiri.

Dan sapa yg ngaja baca suruh Al Ahzab sekerat2 kalau bukan ko juga?

UmmAli said...

Solawat dan Salaam:
Dari pengertian saya, KP JAKIM dalam maklumbalas kepada cadangan Hujjatul Islam, seperti tidak mahu menyentuh tentang masalah penyerbuan Hauzah Ar-Ridha ataupun apa-apa sahaja yang ada kena-mengena dengan penduduk Malaysia yg mengikuti Fiqh Ja'afari. (no clear answer to the first 'usul' brought forth by the Hujjatul Islam)

His final stance sounded like Malaysians Muslims are not allowed to practise the Ja'afari Fiqh.

KP JAKIM berkata: "Jikalau ia berkaitan dengan mensyi‘ahkan rakyat Malaysia, maka ia bertentangan dengan JAKIM".

Persoalan saya, jika 'pensyi'ahan' (this is really a hilarious term) rakyat Malaysia bertentangan dengan JAKIM (whatever that means!), bagaimana pulak dengan rakyat Malaysia (yang celik mata dan hati) yang asalnya mengikut ASWJ kemudian pula menyelami Fiqh Ja'afari melalui bahan bacaan (which is freely available on the internet in many languages)dan akhirnya menerima fiqh ini dengan penuh redha, tanpa kegiatan pensyi'ahan oleh mana-mana pihak, tetapi akibat pencerahan ilmu; juga bertentangan dengan pihak JAKIM, atau pihak JAKIM akan menentang mereka? Is that what he means?

To the Malaysian Muslim who wishes to make full use of his thinking faculty, these vague and wishy-washy answers will leave him somewhat wanting. Absolutely disappointing but certainly NOT unexpected of JAKIM.

Fi Amanillah

pembaca buku said...

Saya tidak tahu sama ada mahu bersikap optimistik atau pesimistik dalam hal ini -'kerjasama' dua pihak ini untuk mengadakan siri perbincangan dalam bentuk seminar dan sebagainya.

Sehingga kini belum ada tanda sebenar pihak JAKIM atau pihak lain yang berkenaan untuk memperkatakan pendirian kerajaan secara terbuka. Semua berita tentang pertemuan dan kunjungan dua pihak pula hanya diketahui melalui blog ini dan laman-laman berita siber.

Bagaimana dengan akhbar arus perdana? Apakah mereka tidak menuliskannya kerana 'tidak berminat' dengan kerjasama ini; atau malu-malu alah dengan pemberitaan terlampau mereka tempoh hari? Atau usaha kerjasama ini tidak dimuatkan, atas pendirian sebenar kerajaan yang disenyapkan?

Selain itu, saya lihat untuk 'memberi kefahaman' itu datangnya daripada pihak syiah kepada pihak sunni. Tidak pula nampak usaha pihak sunni di sini untuk 'menjernihkan' perbuatan mereka kepada pihak syiah.

Saya bersikap tunggu dan lihat. Tetapi masih berharap agar usaha memahamkan masyarakat dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan antarmazhab akan dapat berlangsung, walaupun memakan masa yang lama.

Pada saya, ada banyak ilmu yang menjadi sirr dalam mazhab syiah yang harus dipugar untuk mengayakan pemikiran kita di sini dalam usaha memantapkan jati diri Islam kita untuk berhadapan dengan musuh sebenar.

Islam said...

Salam.

Kaum Muslimin sangat mengharapkan agar kedua kelompok Ahlul Sunnah dan Syiah dapat mengenal dan memahami kedua mazhab, yang kadang-kadangnya berbeza dalam penafsiran dan penetapan hukum-hukumnya tetapi jangan sampai menimbulkan sikap saling membenci, memperolok, mencaci maki, memfitnah bahkan mengkafirkan.

Dialog, pendekatan mazhab atau seumpamanya secara ilmiah dapat mengetahui dan memahami latar belakang serta dalil-dalil yang menjadi pegangan pihak lain, yang kemudiannya boleh menimbulkan tolenransi serta terjalinnya rasa kebersamaan di antara kelompok kaum Muslimin, yang sama-sama berikral dan bersaksi Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Bahwa Nabi Muhammad Adalah Persuruh Allah!

Masih adakah lagi individu atau kelompok selepas ini yang masih menganggap kebenaran adalah monopoli mazhabnya dan kefahamannya sahaja yang benar? Masih adakah lagi pada diri kita kesan-kesan ‘ashabiyyah lama yang membela sesuatu mazhab tertentu tanpa dilandasi oleh kebenaran?

Sampai bilakah persatuan umat ini akan terus begini? Tidakkah kita bersedia mengamalkan firman Allah SWT dalam surah al-Fath 29:

“… Muhammad itu adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaanNya…”

Nafiri said...

Golongan ahli sunnah wal jamaah yang beraliran sekular dan kapitalis bersepah di sana sini..kah kah kah

ali said...

Pengarah Jakim berkata:

"Jikalau ia berkaitan dengan mensyi‘ahkan rakyat Malaysia, maka ia bertentangan dengan JAKIM."

Saya bertanya: Jikalau seseorang itu memilih syiah sebagai mazhabnya, apakah ia juga ditakrifkan sebagai "mensyiahkan rakyat Malaysia"?

Mohamadazhan hjDesa said...

bejuang menegak benang yang basah.mungkin tidak memberikan kesan apa2. sekadar kepuasan hati.

Nabilah said...

KASIHAN DR FT. BERUSAHA KERAS MEMPERTAHANKAN SYIAH, MEMPERTAHANKAN KEBENARAN DAN MEMAHAMKAN AWAM BAGI MENYATUKAN UMAT ISLAM KEMBALI. SUDAH-SUDAHLAH SERANG SYIAH. JANGAN CARI KEBURUKAN ORANG LAIN DAH. PERBAIKILAH DIRI DAN KUALITI DIRI KITA AGAR MENJADI SEBAIK-BAIK UMAT KEMBALI. JADILAH PENJUAL PRODUK YANG TIDAK MELECEHKAN PRODUK ORANG LAIN. FASTABIQUL KHAIROT

Ain said...

Hah! Dr. dah tengok ruangan tinta editor isu Januari 2011 majalah InTrend? Ada seseorang ingin berjumpa Dr. Terbeliak mata saya bila nama Dr. terpampang disitu..
Terungkai persoalan saya berkenaan mcm mana gaya bahasa majalah fesyen berbahasa melayu boleh jadi sangat klasik dan menarik pada hemat saya. Rupanya si editornya juga berpengalaman dlm kesusasteraan..

ali said...

Blogger Mohamadazhan hjDesa said...

"bejuang menegak benang yang basah.mungkin tidak memberikan kesan apa2. sekadar kepuasan hati."

ADA GAK ORANG YANG FIKIR BOLEH TEGAKKAN BENANG BASAH...

Islam Muhammadi said...

Salam.

Masih mahukah kita hidup di atas timbunan kebodohan dan pembodohan sepanjang hidup kita. Masih mahukah kita berjalan di dalam lingkungan masyarakat kita tanpa bertanya, apakah agama yang ada di sisi kita ini adalah agama yang dikehendaki oleh Allah SWT, yaitu Islam?

Apakah kefahaman kita tentang Agama Allah ini dari kita sendiri atau dari Allah? Keredhoan siapakah yang kita cari? Syafaat siapakah yang ingin kita perolehi?

Al-haq itu wajib dicari. Kebenaran Islam tidak akan datang dan tidak akan dipastikan kebenarannya dengan hanya bertaklid kepada ibu bapa atau keturunan. Jangan kita tergolong dalam kumpulan umat yang ‘buta’ dan keras hati demi mempertahankan kepercayaan nenek moyang.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah 170 :

“dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutlah apa yang diturun Allah!” Mereka menjaab: “ (Tidak! ) bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami warisi dari nenek moyang kami”. ( Apakah mereka tetap akan mengikuti juga ) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Maidah 104 :

“Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan Allah dan mengikuti Rasul!” Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami warisi dari nenek moyang kami!” ( Apakah mereka tetap akan mengikuti juga ) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?!”

Kenalilah selepas ini siapakah musuh yang mahu memporak-perandakan persatuan umat ini. Dan sesungguhnya, agama ini amat dalam maka selamilah dengan kehati-hatian!

Fikirlah said...

Kalau duit dah jadi Tuhan...