Ada anak-anak muda yang anti Syiah dengan penuh emosi pun menghantar mesej kepada saya, "Konon shiah nak tolong palestine? mana syiah di palestine? kami sunni je yang buat keje."Saya menggeleng-geleng kepala membaca kenyataan tersebut. Saya tidak tahu samada adik ini waras atau tidak. Mungkin dia spesis kerugian.







Entahlah penyakit apa yang melanda generasi muda hari ini. Bercakap selalu main bedal. Menghormati orang tua jauh sekali. Begini, sehari dua ini sebuah kapal bantuan sepertinya Mavi Marmara baru sahaja melunasi misi untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Nama kapal itu MV Salam. Ia disewa oleh aktivis 'Konvoi Asia Untuk Gaza' dengan macam-macam barangan bernilai dua juta dolar US. Tentu kita membayangkan bantuan tersebut terdiri dari makanan, ubatan, alatan perubatan, khabaranya ada 4 buah ambulan, dan bertan-tan susu bayi. Pada mulanya rombongan ini dihalang selama 6 jam di lapangan terbang Al-Arish. Kerajaan Mesir yang mesra Zionis akhirnya tunduk dengan kenekadan mereka lalu mengizinkan sebahagian aktivis untuk masuk melalui pintu Rafah, kecuali aktivis dari Iran. Ya lah, mana mungkin Mesir memberi laluan kepada aktivis Iran masuk ke Gaza!
Sebenarnya rombongan aktivis kemanusiaan untuk Gaza dalam konvoi kapal MV Salam ini terdiri dari 60 warga India, 32 dari Jordan, 32 dari Iran, 13 dari Indonesia, 10 dari Lubnan, 9 dari Pakistan, 6 dari Turki, 4 dari Bahrain, 3 dari Malaysia, 2 dari Jepun, 2 dari Bangladesh dan masing masing seorang dari Syria, Azerbaijan dan Tajikistan.
Hampir mustahil untuk aktivis Iran melakukan sebarang usaha kebajikan buat Palestina. Kegiatan mereka dihadkan oleh sekatan antarabangsa yang tidak adil sejak tahun 1979. Dan makin ketat tahun lepas ekoran isu nuklear. Pun sumbangan besar segi kewangan dari Iran (Syiah) buat Hamas (Sunni) sentiasa dimaklumi ramai. Iran menyumbang 30 juta US dollar setiap tahun dari 1993 – 2006 kepada Hamas. Dan dana dari Iran dikatakan terus menokok antara 2006-2009 kepada jutaan Euros secara tahunan sejak Hamas mentadbir Gaza, klik sini.
Memang syiah dari Iran tidak lepas masuk ke Gaza kerana Mesir selaku hamba Zionis tidak akan berkompromi dalam hal ini. Akan tetapi saudara-saudara seagama, Sunni tidak membiarkan harapan dan niat mulus penganut Syiah tertahan di sempadan. Semangat Ya Husain sempat menerobos masuk ke Gaza, bersekali dengan poster Ayatullah Ali Khamenei. Dan tentu, bendera Republik Islam Iran.






MV Salam membawa aktivis kemanusiaan. Muslim Sunni dan Syiah. Bersatu untuk satu tujuan. Henti-hentilah berprasangka buruk. Henti-hentilah menebar fitnah. Bekerja yang tidak nampak lebih sukar dari bekerja yang nampak.
Siapa dapat menafikan kerja-kerja Hezbullah (Syiah) dan Hamas (Sunni) dalam menentang kezaliman Zionis. Saya ingin menurunkan satu petikan tentang bagaimana mulanya, peperangan Musim Panas 2006 yang mana Israel telah menyerang Lubnan. Kesetiakawanan Syiah (Hezbullah) terhadap Sunni (Hamas) lah yang menyebabkan Israel (dan kuncunya Mesir) gerun dengan Islam. Petikan tersebut:
In all the focus on Lebanon by the media in July 2006 many have overlooked the fact that the original trigger for the escalation to a new war was the shelling of a beach in Gaza by the Israelis which killed seven members of a Palestinian family.
Hamas, which had defeated Fatah in the Palestinian elections in January 2006, and which had observed a military truce with Israel since March 2005, called off its ceasefire in response to the shelling of the Gaza beach. On 13 June a Palestinian family of nine was killed in an Israeli missile strike on Gaza. This was the context in which Palestinian militants mounted a cross-border raid into Israel, kidnapping an Israeli soldier and killing two others. When the Palestinian militants refused to release the Israeli soldier, Israel took draconian action, bombarding Gaza from the air and detaining Hamas cabinet members and legislators. Hezbollah, which has long made common cause with the Palestinians against Israel, then provoked conflict with Israel on the Northern front by capturing two Israeli soldiers and killing eight others...(Paul Wilkinson, International Relations, Oxford University Press, 2007: hlm 7-8)
...dan begitulah bermulanya perang Hezbullah (Islam)-Israel (Zionis) 2006. Untuk Zionis, musuh Islam; Sunni atau Syiah sama sahaja kerana kedua-duanya harus diperangi.
Sebenarnya, saya hanya ada satu poin sahaja di sini. Hari ini, Sunni dan Syiah, memang saling memerlukan dan saling melengkapi. Hari ini, jika tidak ada Syiah, Sunni telah lama binasa. Mujurlah kedua-duanya Islam.
Kita, Sunni dan Syiah sama-sama bekerja melawan musuh. Akan tetapi ada spesis duri dalam daging. Juga ada spesis 'anjing' seperti Shimr Ibn Thil-Jawshan dan spesis pembelot seperti Ahli Kufah. Kerana itulah seorang teman saya berbangsa Jerman dalam chat room, yang kecewa membaca tentang berita-berita pencabulan hak asasi minoriti Syiah di Malaysia dengan deras mengatakan begini:
'Bagaimanakah tuduhan menghalalkan darah Sunni ini dikeluarkan dan kalian diamkan? Ia sungguh-sungguh jahat dan memalukan!'
Seorang lain dalam chat room yang sama mencelah: 'Memang jahat dan muka tak tahu malu!'
* Pengunjung dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat seberapa yang anda mahu jika tidak puas mengkafirkan penganut Ja'fari lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
** Kalau ada temui blog, forum, chat room, face book yang bertujuan untuk menggalakkan perpecahan Sunni-Syiah sebagai umat Islam yang satu, gunakan hujah-hujah di atas atau tampal sahaja SELURUH entri ini di situ.
Siapa dapat menafikan kerja-kerja Hezbullah (Syiah) dan Hamas (Sunni) dalam menentang kezaliman Zionis. Saya ingin menurunkan satu petikan tentang bagaimana mulanya, peperangan Musim Panas 2006 yang mana Israel telah menyerang Lubnan. Kesetiakawanan Syiah (Hezbullah) terhadap Sunni (Hamas) lah yang menyebabkan Israel (dan kuncunya Mesir) gerun dengan Islam. Petikan tersebut:
In all the focus on Lebanon by the media in July 2006 many have overlooked the fact that the original trigger for the escalation to a new war was the shelling of a beach in Gaza by the Israelis which killed seven members of a Palestinian family.
Hamas, which had defeated Fatah in the Palestinian elections in January 2006, and which had observed a military truce with Israel since March 2005, called off its ceasefire in response to the shelling of the Gaza beach. On 13 June a Palestinian family of nine was killed in an Israeli missile strike on Gaza. This was the context in which Palestinian militants mounted a cross-border raid into Israel, kidnapping an Israeli soldier and killing two others. When the Palestinian militants refused to release the Israeli soldier, Israel took draconian action, bombarding Gaza from the air and detaining Hamas cabinet members and legislators. Hezbollah, which has long made common cause with the Palestinians against Israel, then provoked conflict with Israel on the Northern front by capturing two Israeli soldiers and killing eight others...(Paul Wilkinson, International Relations, Oxford University Press, 2007: hlm 7-8)
...dan begitulah bermulanya perang Hezbullah (Islam)-Israel (Zionis) 2006. Untuk Zionis, musuh Islam; Sunni atau Syiah sama sahaja kerana kedua-duanya harus diperangi.
Sebenarnya, saya hanya ada satu poin sahaja di sini. Hari ini, Sunni dan Syiah, memang saling memerlukan dan saling melengkapi. Hari ini, jika tidak ada Syiah, Sunni telah lama binasa. Mujurlah kedua-duanya Islam.Kita, Sunni dan Syiah sama-sama bekerja melawan musuh. Akan tetapi ada spesis duri dalam daging. Juga ada spesis 'anjing' seperti Shimr Ibn Thil-Jawshan dan spesis pembelot seperti Ahli Kufah. Kerana itulah seorang teman saya berbangsa Jerman dalam chat room, yang kecewa membaca tentang berita-berita pencabulan hak asasi minoriti Syiah di Malaysia dengan deras mengatakan begini:
'Bagaimanakah tuduhan menghalalkan darah Sunni ini dikeluarkan dan kalian diamkan? Ia sungguh-sungguh jahat dan memalukan!'
Seorang lain dalam chat room yang sama mencelah: 'Memang jahat dan muka tak tahu malu!'
* Pengunjung dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat seberapa yang anda mahu jika tidak puas mengkafirkan penganut Ja'fari lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
** Kalau ada temui blog, forum, chat room, face book yang bertujuan untuk menggalakkan perpecahan Sunni-Syiah sebagai umat Islam yang satu, gunakan hujah-hujah di atas atau tampal sahaja SELURUH entri ini di situ.



32 comments:
xkesah sunni atau syi'ah. yg penting Islam.
kami sunni je yang buat keje..
alhamdulillah..semoga Allah memberkati segala usaha kalian atas pengorbanan yg dibuat..
Salam
Ya, rasanya tidak perlulah saudara melayani karenah keanak-anakan setengah pembaca. Tahap debat sebegitu harap dihindarkan dalan blog seperti ini.
Membuka balik sejarah lepas, buat kita sedar kelompok yg sebenarnya teraniaya hampir di setiap zaman. Malang bagi generasi seterusnya yg terus prejudis tanpa usul periksa.
Satu pesan besar dari Al-Quran.. Iqra', maka bacalah..
salam
insya Allah para pengaman antara syiah-sunni akan gunakan hujah-hujah bernas di atas...semoga ianya berhasil untuk menyatukan antara sesama muslim..
=)
Salam. Pagi tadi, sampai ke meja pejabat terus on PC untuk baca berita. Entah macammana boleh terbuka blog yang mengutuk masyarakat syiah di Iran. Bagi saya, 'mereka' yang tidak habis-habis mengutuk saudara syiah ini adalah 'mereka-mereka' yang malas untuk membaca dan sangat MALAS untuk mencari kebenaran. Lebih suka mendengar sepatah maklumat dan melenting seolah-olah tahu segala-galanya. Nasihat saya, kumpul duit, kemudian pergi ke Iran untuk menyaksikan bumi indah itu.
setuju,ramai betul manusia kurang ajar sekarang ni
pagi tadi sempat menonton Motivasi Pagi Dr FT "Indahnya Budaya",ingat2 lupa tajuk
"Konon shiah nak tolong palestine? mana syiah di palestine? kami sunni je yang buat keje."
Memang satu kenyataan yang sungguh jahat lagi sungguh memalukan.
Dr. adik-adik seperti mereka inilah yang selalu dirampas daripada kebenaran yang kemudiannya dipesongkan supaya jadi pelapis kepada 'geng duri dalam daging'.
Salam hormat pada saudara rumiAmr, maaf saya menyampok. Saya kurang setuju dengan pandangan saudara yang mengajak supaya tidak melayani karenah keanak-anakan setengah pembaca.
Anak-anak sebegini harus didekati dan bukannya kita jauhi apatah lagi tidak mendengar sehingga membuang mereka jauh.
Kerana itu kita ucap terima kasih banyak kepada seorang seniman, seorang pendidik dan seorang intelek seperti Dr. Faisal Tehrani ini, kerana beliau sejak dari dahulu lagi memang mendekati dan mendalami. Kerana itulah yang dicontohkan Baginda Nabi. Dan dengan cara itu sajalah kebenaran itu boleh dimenangkan.
"Sebenarnya, saya hanya ada satu poin sahaja di sini. Hari ini, Sunni dan Syiah, memang saling memerlukan dan saling melengkapi. Hari ini, jika tidak ada Syiah, Sunni telah lama binasa. Mujurlah kedua-duanya Islam"
Setuju. Sangat2 setuju.
"hari ini, jika tidak ada Syiah, Sunni telah lama binasa."
saya tertarik dgn ungkapan diatas.
Sejak bila pula syiah jadi hero umat Islam? Sewaktu perang salib mana hero syiah ketika itu?
sandiwara syiah semakin berleluasa saat ini. Mereka yg tiada maklumat mengenai syiah boleh tertipu dgn ungkapan diatas.
Jika duktur ikhlas sila siarkan komen saya ini.
ASWJ mengiktiraf syiah. tapi Puak wahabi terus-terusan dgn domba ,dengki dan khianat cuba untuk kelirukan umat..apatah lagi dabik dada mengaku "Sunni"...
iya mereka cuba selindung atas nama Sunni..harap umat tidak keliru..
Malang sungguh mereka.
Kembara alam maya~
Saya tertarik dengan kenyataan ini,
"Entahlah penyakit apa yang melanda generasi muda hari ini. Bercakap selalu main bedal. Menghormati orang tua jauh sekali."
Terasa dan terkilan... Itulah... gopoh dan tidak cermat dengan saluran maklumat. Hakikatnya, saya sendiri terkelompok dalam generasi muda. Teringat teguran oleh seorang dua tokoh motivasi dalam FB juga dalam blog, generasi muda kini sudah hilang 'common sense'.
Entah... Sabar je lah Dr. Sabar dalam mendidik anak bangsa~
Salam Juang.
menambah komen...
Baru saya faham apa yang Dr FT maksudkan dalam Dewan Siswa, April 2010 di birai kanan blog ini.....
Owh~~~
Jikau tuhannya ALLAH yang esa,
apa masalahnya dengan sunni atau syiah..
Sungguh sy tak faham kenapa dibiar rasa benci tertanam berakar berumbi.
Syurga neraka mereka kan pada takwa.
(sungguh memualkan...)
sekilas pandang..
kenapa hari al-quds jatuh pada setiap jumaat minggu terakhir ramadhan..siapakah yg telah mengazetkan hari itu sebagai hari al-quds..apa sesuatu kezaliman boleh dihancurkan dengan laungan2 manusia ka..kalau tunku abdul rahman melaungkan merdeka..merdeka..merdeka..untuk tanah air tercinta..bagaimana pula dengan al-quds..adakah laungan al-quds boleh dinilai sebagai menuntut kemerdekaan untuk umat islam sedunia khususnya di palestine..fikir2kanlah..jadilah penganalisis yg baik..jgn cenderung untuk mengikut arus perdana..kerana arus perdana sentiasa dimainkan oleh satu pihak berkepentingan..
kita lebih teruja mencari perbezaan dari menuntut kesamaan....
tak kira sunni ke syiah, semuanya membantu sesama islam...
Inilah masalah masalah spesis yang kadang-kadang kita sukar memahami bagaimana mereka ini boleh berfikiran demikian tetapi boleh agaknya dibuat rumusan:
1. Mereka tidak mahu (takut) membaca semua sumber. (Quran surah baca)
2. Mereka tidak mahu berfikir secara adil. (Quran surah berfikir)
3. Mereka mengukur kebenaran dari kaca mata mereka sendiri (ukurlah kebenaran dengan kebenaran). (Imam Ali kata: ukurlah kebenaran dengan kebenaran)
4. Mereka mempunyai ego yang terlampau (macam iblis - aba wastakbara wa kana minal kafirin).
5. Mereka ini jahil.(manusia menjadi musuh apa yang ia jahil)
6. Hati mereka ada penyakit (mereka ada mata tidak melihat, ada telinga tidak mendengar, ada hati/akal tidak mahu memahami)
Yang ke-4 adalah faktor yang amat dominan bagi golongan yang berasa diri mereka bijak bestari, ada kelulusan akademik yang tinggi, ada kekayaan, ada kelas politik dst. Bayangkan kalau orang ada phd belajar syiah.... dia kena belajar ABC teologi syiah...Islam menurut pandangan ahlul bait...dia akan jadi kerdil dibandingkan dengan apa yang dia ada sekarang...tetapi sesiapa yang mukhlis akan berasa kerdil di hadapan Allah di akhirat kelak.
namaakudin
Saya telah pun menyiarkan komen saudara dalam entri Saya Akui Dalam Beberapa Hal, Segelintir Syiah Memang Sesat. Saya juga telah jawab. Nampaknya saudara ini samada buta, atau malas, atau ignorant, atau tukang buat kacau, atau bangkrap modal (meminjam ungkapan 'orang itu'). Tapi tak apa lah, saudara 'budak' lagi, jadi saya nak mendidik, kenalah buat bagi betul. Saya ulanglah menjawab:
1. Syiah tidak terlibat dalam perang salib? Betul. sebab Salahuddin al Ayubi dah tebas orang syiah sampai habis di Mesir (kerajaan Fatimiyyah). Juga, ketika perang salib, orang syiah sedang ditebas kepala mereka oleh kerajaan Uthmaniyyah; mereka nak sertai perang salib macam mana kalau pada waktu itu mereka sendiri dianggap kafir? Dalam keadaan orang macam sdr anggap syiah kafir pun mereka dah tolong Hamas, Alhamdulillah. Saudara buat apa? Nyanyi 'Insya-Allah' saja lah ya?
2. Adakah syiah terlibat melawan perang di lubnan? itulah yang saya malas nak layan adik-adik ni. sila baca Robert Fisk; The Great War For Civilization, 800 lebih halaman. Budak-budak sekarang membaca malas, nak mengkaji lagilah malas. kalau ada forum tipu mereka, ditelan bulat2.
3. perbuatan memaki hamun sahabat besar. saudara nampaknya tidak pergi pun kepada link2 yang saya sediakan dalam entri Saya Akui Dalam Beberapa Hal, Segelintir Syiah Memang Sesat. bukankah link tersebut, para ulama syiah dengan jelas menolak perbuatan tersebut demi menjaga perpaduan?
dengan sopannya, saya minta bacalah dulu sebelum membuka mulut. kemudian guna akal yang waras. istighfar dan solawat untuk dapat petunjuk. nama saudara din, nama tu dah elok, tapi perangai mesti bagi elok juga.
kepada nama aku din..
1.baca buku dari semua sumber.jgn baca buku dari satu sumber saja.
2.rajin2 lah membuat perbandingan terhadap apa yg berlaku di kalangan umat islam dari dulu sehingga sekarang.
3.jgn gunakan emosi untuk memberi hujah tetapi gunakanlah rasional dlm memberi hujah.
4.jgn takut untuk mengakui kebaikan yg telah dilakukan oleh 'pihak lain', takut2 nanti emosi anda senada dgn zionis yahudi.
5.kalau malas sangat pun membaca jgn tutup pintu hati anda terhadap perbahasan/komen terbuka seperti ini.insya allah ramai teman2 akan membantu anda memberikan input2 yg berguna.saya berdoa agar allah membuka pintu hati anda terhadap perbincangan spt ini.....
salam....
untuk memaut kasih sayang, carilah persamaan.
untuk menyemarakkan perceraian, carilah perbezaan.
kenapa harus kita terlalu sombong pada ilmu? syaitanlah punya angkara.....
sebahagian bahan bacaan untuk melebarkan sayap ilmu :
www.almawaddah.110mb.com
Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad
Orang alim ttg ajaran kristian telah menukilkan bahawa selain 4 kitab Injil yang menjadi pegangan arus perdana gereja...terdapat puluhan lagi injil-injil lain yang ditulis. Injil-injil ini ada mencatatkan lebih banyak informasi tentang ucapan2 dan ajaran2 al Masih as.
Namun injil-injil ini tidak diterima oleh kalangan gereja pada abad ke 3 dan ke 4. Akibatnya, sebahagian besar injil-injil ini telah lenyap dan yang tersisa telah diabaikan.
Alasan pihak gereja adalah:
INJIL-INJIL INI BERTENTANGAN DENGAN AJARAN GEREJA.
Oleh itu warisan besar ini telah lenyap ditelan zaman. Walhal isi kandungannya mungkin lebih utama dan sempurna.
Kelihatannya, agama Islam seperti menuruti luka yang dialami dalam ajaran Kristian.
Saksikanlah sendiri tangan2 sebahagian para alim ASWJ yg bertindak meminggirkan karya2 besar Islam yg tidak cocok dengan doktrin ASWJ.
Bukankah mereka juga menggunakan alasan yang sama untuk menolak, iaitu :
IA TIDAK SAMA DENGAN AJARAN ASWJ!
Walhal, karya2 besar ini amat bernilai dan berharga di dalam dunia Islam.
Sama2 fikirkan...
assalamualaikum..
namaakudin : saudara tak tenang
ketika baca post orang.. kalau saudara orang baru di sini.. tenguk
entri-enyti terdahulu, baru boleh
faham senario semua ini..
soalan saya satu aja.. bagi satu satu nama pemimpin besar negara yang berani melawan amerika dan israel.. tak perlu la nak buat hikayat bodoh kat sini.. alquds sendiri di ilhamkan oleh almarhum imam khomeini..
dari jawapan pihak tuan seolah2 Salehuddin bersalah dlm hal ini. Apakah org sebesar itu tak ada pertimbangan sehingga menebas suma syiah. Maknanya Salehhudin perlu bertanggungjawab sbb syiah tidak memerangi kaum kafir ketika perang berlaku. waduh ini sudah bikin fening......
namaakudin
Rajin2lah membaca buku, rujuk bahan bersilang. jangan dari satu jurus. dulu pun macam hari ini juga, kalau pergi blog umno depan kata pr bangang, kalau pergi blog pr depa kata umno pulak bangang. sebab itu kena memerhati dan gunakan akal yang ada. itulah cara orang pandai2 dahulu kala. sekian dahulu.
salam..
selalu tgk komen2 yg menyatakan 'wahabi berselindung di sebalik ahli-sunnah', wahabi memfitnah syiah...
kenapa mempersalahkan wahabi?
dan kemudian buat sedikit rujukan dan bacaan..rasenye bahan bacaan dr Sh. Imran Nazar Hossein ni bagus utk menghuraikan dogma 'wahabi' dlm konflik sunni-syiah...
"The Caliphate, The Hejaz and the Saudi-Wahhabi Nation-State." by Sh. Imran Hossein. (e-book)
http://www.maktabah.org/islam/88-politics/574-the-caliphate-the-hejaz-and-the-saudi-wahhabi-nation-state.html
ulasan buku:
Best book about the history of the destruction of Islamic Caliphate and the establishment of Saudi-Wahhabi state by the British forces..
@Namakuddin
Jika membaca berbagai referensi, maka anda akan lihat bahwa perang salib bukanlah sesuatu yang besar dalam dunia Islam masa itu. Pihak Kerajaan Abbasiyah di Baghdad hanya melihat perang salib hanya sebagai insiden perbatasan di daerah syam dan sekitarnya. Tak ada bantuan daripada baghdad. Kalau Baghdad saja yang berkuasa tak peduli, apatah lagi kaum syiah yang sedang dikejar-kejar?
Orang Islam sebelum ini tak banyak cakap pasal perang salib. Mereka lebih banyak bicara tentang Nuruddin Zanki berbanding Salahuddin. Kisah perang salib baru menjadi penting setelah umat Islam menyadari dirinya dijajah kolonial (Inggris, Prancis, Spanyol, Belanda, dll). Baru di saat itu pulalah Salahuddin diingat-ingat.
Siapa Salahuddin? jelas orang syiah punya catatan yang berbeda. Dalam sejaran, Salahuddin tercatat sebagai oraqng di belakang pembunuhan Suhrawardi Al Maqtul. Siapa Suhrawardi? ia adalah seorang arif yang mengasaskan ajaran Hikmah Al-Israqiyyah dan ia sangat dihormati oleh kalangan Syiah. Arif termasyhur Syiah yang bernama Mulla Shadra mengatakan bahwa Hikmah Mutaaliyyah yang ia bina diasaskan salah satunya kepada Hikmah Al-Isyraqiyyah
Syiah juga dihancurkan oleh Salahuddin di Mesir melalui penyerangan terhadap Dinasti Fathimiyyah di Mesir Walaupun Fathimyyah adalah Syiah Isma'iliyyah (bukan Itsna Asyariyyah) namun ia adalah Syiah juga.
Yudi,
usah bicara al Hikmah Mutaaliyah dengan anak-anak ini. Mereka tertinggal jauh. Sejarah penubuhan ahlus sunnah wal jamaah pun mereka gak ngerti!
Aduh Pak Yudi,
Hikmah al-Israqi saya baca sebagai bacaan tambahan untuk disertasi saya. Tapi benar-benar pak, saya tidak tahu, Suhrawardi ini dibunuh oleh Salahuddin al-Ayubi. Sungguh!
Terima kasih info ini. Ia memberi kesan baru pada pemetaan sejarah sunni-syiah yang sedang saya lakukan sendirian secara perlahan-lahan.
Faisal, saya anggap perli anda itu satu cabaran!
Ya. Itulah Islam yang benar. Sentiasa bersatu di bawah panji Syahadah dan mempertahankan sesama Islam. Bukan menikam sesama sendiri. Itu selayaknya perbuatan musuh. Sahabat dibela, musuh ditentang.
Gembira membaca entri ini.
"Entahlah penyakit apa yang melanda generasi muda hari ini. Bercakap selalu main bedal. Menghormati orang tua jauh sekali."
Hehe.Siapa makan cili, dialah yg terasa pedasnya..
Saudara2 sekalian,
Saya bagi link ini :
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=2093425082582904334&postID=6540710764865795864
Lihat bagaimana Mistis memutarbelit fakta yang saya tulis. Rupanya kalau nak menang,senang saja. Jawapannya ialah putar belitkan saja fakta yang orang lain taip. Habis cerita ;-)
Post a Comment