27 January 2011

Siapa Musuh?

Seseorang bernama nur_sufi07 (klik profil beliau di sini) meninggalkan komen di bawah entri Siapa Memang Lebih Sesat Dari Siapa begini: "Akan muncul diakhir zaman satu golongan yg digelarkan Rafidhah(Syiah). Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. PERANGILAH mereka kerana mereka sebenarnya adalah golongan musyrikin" (Hadis riwayat Abu Ya'la, At-Tabarani dan Al-Bazzaar).

Empat kanak-kanak menjadi korban. Mereka adalah Syiah dari etnik Kurdish. Pada hari sabtu 5 November 2005 di Baqouba, Iraq, sebelas sekeluarga menjadi sasaran sekumpulan penembak yang menabur peluru ke arah minibus yang dinaiki mereka dengan mesingan. (Foto AP/Mohammed Adnan)

18 Disember 2009, 28 kanak-kanak Syiah dari etnik Houthi di Bakazam Abyan, Yaman diserang dengan bom dan tembakan pesawat gempur udara oleh satu operasi bersama tentera Arab Saudi, Yaman dan Amerika Syarikat. (Laporan Press TV)

1 September 2010 di Lahore, Pakistan 25 orang terbunuh termasuk kanak-kanak sementara 100 lagi cedera parah akibat pengeboman berani mati oleh seorang teroris. Dalam keadaan pengikutnya berlumuran darah, ulama Syiah di Lahore, Sheikh Abbas Kumaili, mengeluarkan kenyataan "They are our enemies, both Shiites and Sunnis should remain united and foil their evil designs." (klik sini)

11 Februari 1993, seribu Syiah etnik Hazara, Afghanistan di Afshar dan Karteh Sahe, Barat Kabul dibunuh. Perkampungan mereka diserang dari tiga penjuru. Syiah etnik Hazara dibakar, dirogol, dan disembelih. Sekurang-kurangnya seratus kanak-kanak Syiah diculik dan tidak ditemui. Setahun selepas itu, sebuah perkuburan besar ditemui mengandungi mayat 58 orang kanak-kanak. Badan pemantau Human Rights Watch melaporkan mayat penduduk Afshar kebanyakannya ditemui dalam keadaan leher mereka dilelas atau tangan dan kaki mereka dipotong. (Baca kisah menyayat hati wanita Syiah Hazara di atas, bagaimana wahabi memotong jarinya untuk mencuri cincin emas kemudian menembak anak lelaki dalam dakapan, klik sini)

Syiah di setiap penjuru dunia adalah mangsa. Mengapa yang dibunuh dipersalahkan sementara yang membunuh dipertahankan? Mengapakah saat Syiah dibunuh, dianiaya dan ditindas sebegini kalian masih tega menuduh mereka adalah pemangsa? Hukum logik manakah yang kalian, wahabi, gunakan? Jika mereka kafir atau sesat sekalipun hukum manakah yang kalian gunakan untuk menghalalkan darah mereka? Jika anak-anak mereka 'anak haram' sekali pun (Berita Harian 18 Disember 2010) hukum manakah yang membenarkan anak-anak ini disembelih?

Apakah bezanya kalian dengan Zionis yang membunuh bayi dan kanak-kanak di Qan'a Lubnan dan Gaza, Palestin? Apakah bezanya kalian dengan Zionis yang memutar belitkan fakta? Yang harus dipantau adalah nur_sufi07 dan rakan-rakannya. Mereka berpotensi untuk melakukan kekejian di atas.

Kepada mereka kita tanyakan: Islam jenis apakah kalian?


Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak

41 comments:

Dr Faisal Tehrani said...

Penyair Parsi, Saadi ada menulis:

Human beings are members of a whole,
in creation of one essence and soul.
If one member is afflicted with pain,
other members uneasy will remain.
If you've no sympathy for human pain,
the name of human you cannot retain!
Here, the life of people is dirt-cheap.

Fikir2kan. Wassalam

hellmy said...

PANTAU Wahabbisme dalam setiap Jabatan Agama di Malaysia!

Aba Zahra said...

Dr.,

Orang-orang durjana seperti mereka ini.
Apa lagi yg boleh kita katakan selain "La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim.
Benarlah firman Allah azza wajal, Bumi ini akan diwarisi oleh golongan tertindas. Bumi diwarisi oleh mereka yg tahan ujian.
Mereka menunggu dan kita pun menunggu. Tunggu. Tunggulah. "Mereka melihatnya jauh sedangkan kami melihatnya dekat".

Telah menjadi fitrah manusia akan menolak kebatilan. Tetapi mengapa ada manusia yg masih menerima kebatilan. Kerana kebatilan dicampur dengan kebenaran. Kebatilan menjadikan kebenaran sebagai tunggangan. Kebatilan ditegakan dengan menngunakan bumbuh 'hadith'. Lalu manusia jahil menerimanya secara buta tanpa sebarang pertanyaan.

amirul said...

Salam Dr Faisal, saya hanya rasa untuk menyimpulkan begini; video tentang tangisan seorang ayah kerana rumahnya diceroboh oleh puak2 syiah, anaknya dirogol didepan matanya sendiri hanya kerana bernama aisyah jelas terpampang di youtube. Perlakuan jahat ahli mana2 golongan tidak boleh disandarkan kepada akidah golongan tersebut. Orang yang mengaku Islam, terlibat dengan rogol & bunuh, tentunya kita tidak boleh mengatakan Islam sesat. Yang jelas sesat bukan, syiah, bukan sunni, tetapi golongan yang berkongsi selimut dengan musuh ALLAH!!

Wassalam

The Informist said...

Musuh kita sebenarnya adalah golongan wahabi. Yang mengatakan mereka wujud untuk membetulkan golongan-golongan yang ada ini iaitu syiah dan sunni. Mereka wujud di atas tangan MI6 dan CIA. Mereka wujud di atas sarung Freemason yang bertuhankan dajjal.

Siberkop said...

Melihat gambar-gambar di entri ini membuatkan saya risaukan keselamatan anak kesayangan saya. Moga selalulah dia dlm lindungan ALLAH.

Dalam masa yg sama saya sendiri kesal dengan apa yg terjadi kepada mereka yg malang tersebut. Mengapalah saya tidak ada cukup kekuatan utk membantu mereka. Atau sekurang-kurangnya punya kudrat untuk bertemu dengan sipelaku salah, utk beritahu pada mereka, "saudara, hentikanlah, sedarlah, bersatulah."

UmmAli said...

Pagi yang disambut dengan gambar-gambar yang menghiris perasaan.
Ya Sohibuz Zaman!
Solawat dan salaam.

Farid Albariti said...

Dr, saya semacam tidak percaya yang melakukan semua angkara di atas ialah puak wahabi, apalagi mereka masih saya hukumkan sebagai Islam.

Begitu juga saudara2 saya dari sebilangan syiah. Malah yang sunni, tapi tidak mengamalkan Islam sepenuhnya pun masih saya anggap saudara.

Bahkan ada di kalangan orang Islam di Malaysia yang secara terang-terangan menentang Islam, bagaimana boleh kita menghukum mereka?

Bukankah dengan menghukum mereka, kita melakukan dosa yang sama seperti mereka. Bagi saya, Penyelesaian dalam bentuk selain daripada hukuman yang diperlukan umat ketika ini...

Dr Faisal Tehrani said...

amirul,

'menyimpulkan?'

Nampaknya 'kesimpulan' saudara bertentangan dengan real politik dan kajian ahli akademik, atau jurnalis di lapangan, baik Iraq mahu pun Pakistan. Senangnya 'menyimpulkan' dengan video di youtube.

Sekiranya sdr duduk dan menekuni sebagai orang waras dan terpelajar sdr akan menemui wahabi adalah duri dalam daging.

Di Iraq mereka menyamar menjadi syiah dan membunuh sunni, dengan harapan sunni akan bangkit dan membunuh syiah. Pengeboman makam Imam Askari dan Imam Hadi Naqi di samarra telah mebongkar helah jahat mereka ini. Itu perangai wahabi.

Di Lubnan, Zionis membunuh Rafik Hariri seorang sunni, kemudian satu tribunal inisiatif Arab Saudi (wahabi) dan Amerika dipantakkan dengan laporan memberi indikasi bahawa Syiah (dengan kerjasama Syria) yang melakukan, dengan harapan Syiah dan Sunni akan berperangan. Itu perangai Zionis.

Ada persamaan?

Belum cukup rasanya untuk sdr faham, biar saya jelaskan keadaan di Pakistan. Ini kerana ramai wahabi ekstrim di sini ialah pengikut maulana tertentu.

* Sunni di sana adalah pengikut Hanafi. 5 persen dari seluruh populasi adalah ahli hadis aka wahabi.
* Sunni terbahagi kepada Barelvi dan Deobandi.
* Deobandi dan Wahabi anggap Barelvi kafir, kerana mereka melawat makam wali, bermain muzik sufi, puisi dan tari yang dapat membawa kepada Tuhan. Barelvi juga meyanjung Saidina Ali. Pemuzik sufi Nusrat Ali Fateh Khan adalah Barelvi. Lagu beliau paling terkenalialah Haq Ali Haq.
* Barelvi adalah 60 persen dari seluruh populasi. Deobandi dan Wahabi menjadi 20 persen.
* 15 persen di Pakistan ialah Syiah. Tentu mereka dianggap kafir dan sering dibom. Dua tiga hari lepas pun mereka dibom.
* Yang lain, lagilah dianggap kafir kerana mereka adalah Kristian, Ismailis, Hindu, Sikh, Parsi, Ahmadi, dll, yang meliputi populasi 5 persen.
* Jadi, 20 persen populasi Pakistan menganggap 80 persen yang lain kafir.

JADI TIDAKKAH WAHABI INI SATU ANCAMAN DAN HARUS DIPANTAU?

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Aku ada kenal seorang aku percaya dia syiah, aku ni kalu orang tu dok pot pet pot pet membesar dan keturunan dia (keturunan Muhammad + Raja Kepulauan Melayu)dan anggap orang lain anak perempuan syihir atau pelanggan bomoh, pelacur, itulah dia syiah. Kalu dia ngaku keturnan Raja jah, tapi tak mengata orang lain ahli sihir atau pelanggan kepada ahli sihir, pelacur aku ok. Dia ngaku keturunan baik-baik lepas tu dia asyik buat kerja dia, idakla sampai juta-juta, cukup nak tampung anak sekolah jadilah. Tak kisahlah depa nak set-up agency macam Alpha Epsilon, nak jaga keekskusifan dan sucian blood line dia, sukahatilahkan, cuma jangan sampai nak jaga suci sendiri dengan mengata orang lain goyiim, pelacur,barbaric udahle.


Yang aku tak suka, kerja tak seberapa, tapi asyik tuduh ada dalang nak perinaya dialah, tikam dari belakanglah. C'on la weh semua kita yang pergi berkerja memang berisiko orang tak suka. Kalau tak moh risiko tak payah kerja. Bila tak kerja duduk rumah aje jangan juga banyak mulut, jangan banyak komplen, buat apa yang patut, orang tak bangun lai, ko dah bangun. Bangun bukan nak duduk teleku kat tikar sembahyang sampai dhuha. Buat apa yang patut, buat sarapan, kemas rumah, nak sembahyang dhuha sembahyanglah... takkan sembahyang sampai tak buleh sampu sampah, masak2 kemas rumah? Nak tidur siang tidurlah lepas zohor. matahari tengah tegak ko membuta, memang patut kalu kena maki waima ko keturunan raja pun kan.


Adakah tugas macam itu "pariah", atau di"pariah"kan dek kerana mas kawen RM22. brapaa, saya pun tak tau? sedangkan itu rutin Fatema Azzahra?

MBP 2587 said...

T E R L A L U

M U D A H

U N T U K

M M B U A T

K E S I M P U L A N

B E R D A S A R K A N

Y O U T U B E . . . I S K . . I S K

test ZAF said...

Dato' Wan Mohammad mengatakan, "Iya, saya sendiri akan menyertai forum-forum pemikiran ini". Beliau menceritakan pula perkara lain sebagai berikut, "Ada juga golongan yang bertindak cuba mencetuskan kontroversi dengan menyiarkan perkara-perkara yang tidak benar di dalam laman web persendirian. Inilah yang menyebabkan isu sensitiviti bertambah. Lebih baik individu ini ditegur supaya ia tidak mengulanginya lagi".

adakah perkara-perkara yang dilontarkan adalah tidak benar? Ke, disebabkan ada pegawai2 yg panas hati, lalu mencucuk Dato' Wan?.

Zuljanah said...

INNALILLAH HIWAINNA ILAIHIRROJIUM!

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Al-Maaidah:32)

Mohd Iswazi said...

Salam wa rahmah...

Hadith 1

Dari Abdullah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Memaki orang Muslim itu fasiq dan membunuhnya KAFIR."

(Hadith no. 40, bab Iman, Sahih Bukhari jilid I, terbitan Klang Book Centre)

Hadith 2

Dari Abdullah r.a: Nabi saw bersabda: "Mencaci orang Islam itu suatu kejahatan, dan membunuhnya adalah KEKAFIRAN."

Hadith 3

Dari Ibn Umar r.a bhw dia mendengar Rasul saw bersabda:
"Sepeninggalanku janganlah kamu menjadi KAFIR: yang satu memenggal leher yang lain."

(Hadith no. 1868 dan 1869, bab Kekacaun,Sahih Bukhari jilid IV, terbitan Klang Book Centre)

Kesimpulan mudah yg pi bunuh2 orang Muslim tak tentu pasal nih sebenarnya KAFIR.

Standard minimum orang Muslim digariskan dalam al Quran pada surah al Hujurat :

Ayat 14:

"Berkata orang2 Arab Baduwi: Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: Kami telah Islam dan belumlah masuk keimanan ke dalam hatimu. Jika kamu mengikut Allah dan RasulNya, tidaklah kurang amalanmu sedikit pun. Sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang."

Agaknya golongan suka bunuh2 nih adalah spt yang pernah dikatakan spt di bawah:

Dari Ali r.a katanya: Saya mendengar Rasulallah saw bersabda: "Nanti di akhir zaman akan lahir suatu kaum, muda umurnya, singkat akalnya dan pandai mengucapkan perkataan orang2 yang amat baik, tetapi keimanan mereka tidak sampai melampaui kerongkonganya. Mereka lepas dari agama sebagai anak panah lepas dari busurnya. Sebab itu, di mana sahaja kamu menemui mereka, BUNUHLAH, kerana dengan MEMBUNUH mereka, PEMBUNUHNYA akan mendapat pahala di hari Kiamat."

Disebabkan mereka arif bahawa mereka yang dimaksudkan pada hadith di atas, maka sebelum mereka dibunuh maka dia bunuh orang lain dulu...he3x.

Faiz As-Syirazi said...

Subhanallah..

Tergamam melihat realiti yang berlaku. Perangai Wahabi tidak ubah seperti Umayyah abad moden.

ezra said...

Assalamualaikum..

I do believe action speaks louder than words. yes, Youtube might not reveal the whole truth but part of it represent what it is all about. And easy for us to judge and put a blame on anyone/group that we disagreed with. Eg Wahabi, Sunni, Shia, tarekat etc.

Same think goes for writing. Dr FT swear he is not Syiah but part of his words shown us he is definitely sympathizer of 'em. and yes not all syiah sesat. and yes that is not make him wrong at all. in his heart, perhaps Dr just want to enlighten us different type of Syiah etc and hope us not make a big fuss and instant judge on them.

I do believe the whole concept your God and my God and everyone bow down to the One God has gone too far in this blog. im afraid we're making sins in between the line. No Muslim should label on others Murtad unless he/she clearly shown it them self. What make 'em different doesn't meant they were wrong but there are limit in Islam as well. Example, what if in some place, peoples decided to stop 5 time fardu praying because they believe Makam/their faith had been closer to God (and yes this do happened in Malaysia!!). Does it make it right even though they still believe in the same One God as us (even Rasulullah never stop praying, more than us i believe!!)??

And Dr im sure u noticed, everyone tend to respond even though they know not what they were supposed to say in this issues. since you are good in writing and research. maybe you could make an article within a table regards to wahabi, syiah, sunni and all it's right @ wrong branches/mazhab. where we can easily differentiate them and show us this one is ok, this on is not ok.. and once and for all i hope we can clear the air and agree to disagree.

szack12 said...

maka bersaksilah wahai manusia, sesungguhnya peristiwa hitam Karbala akan sentiasa datang dalam setiap masa dan zaman mengikut versinya tersendiri

perilaku kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuh Al-Hussein ibn Ali A.S dan musuh para Ahlulbait akan sentiasa dapat kita lihat pada setiap masa dan tempat. Sejarah tidak dapat dibohongi walaupun cuba ditutupi.

Marilah kita bersatu wahai pengikut Sunni dan Syiah demi kehormatan dan kemuliaan Agama Muhammad S.A.W

'Kullu Yaumin Asyura, Wa Kullu Ardin Karbala" - Setiap Hari Adalah Asyura dan Setiap Tempat Adalah Karbala.

Labbaika Ya Hussain ! Labbaika Ya Hussain

aat @ paat said...

Askum Dr,
sy pelajar Malaysia yg sedang berada di Mesir, harap Dr dpt ulas perkembangan rusuhan yg berlaku di Mesir sebagai pengajaran kepada pmimpin2 di Malaysia sebelum ujian kenikmatan itu ditarik balik..
di bwh sy sertakn video sbg tatapan..

http://www.youtube.com/watch?v=vo5Fn1-2E8o&feature=player_embedded

Muhamad Hafizuddin bin Ali said...

Membunuh orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang lemah bukanlah kerja orang-orang Islam...

Jika benar-benar Islam, jadilah manusia yang orang lain merasakan darinya 'sejahtera, aman, dan harmoni'. Seperti maksud 'Islam' itu sendiri...

lalok said...

I do believe action speaks louder than words. yes, Youtube might not reveal the whole truth but part of it represent what it is all about. And easy for us to judge and put a blame on anyone/group that we disagreed with. Eg Wahabi, Sunni, Shia, tarekat etc.

lauren booth sekali lagi disentuh di dalam utusan malaysia hari ni..dia pernah masuk ke gaza..convert ke islam setelah membuat lawatan ke iran..kenapa mesti iran..di u.k sendiri ramai muslim..siapa yg beri info kat dia sampai dia cuba tgk dgn mata kepala dia sendiri budaya iran..penulis barat tersentuh dengan idealogi syiah iran..pikiaq tgk berapa agungnya idealogi barat yg dia dan kita pernah baca..mmg terdetik kita bila dibuka youtube..pasti syiah dikaitkan dengan kezaliman..tapi kenyataan adalah kenyataan..lauren booth convert ke syiah selepas lawatan ke iran..KENAPA?

mohd_kedah29 said...

Nmpknya brtmbah bnyk la hadis2 yg diragui kesahihannya wujud utk membantai mazhab Ahlul Bait Rasul saw.Fitnah2 ini akan sentiasa berkumandang hingga zuhurnya Imam Mahdi yg menjadi penegak keadilan sejagat....Pergiatkan lg usaha anda Dr Ft dlm menyebarkan risalah perpaduan agama islam ini.

Zuljanah said...

Telah jelas bahawa ini adalah angkara orang-orang yg tidak beragama. Agama bagi mereka hanya terletak pada nama dan setakat Islam dimulut sahaja.
Tidak mungkin pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak, golongan wanita dan orang awam yg tidak berdosa sebegitu dibuat atas perintah Allah Yg Maha Pemurah dan menurut sunnah Rasul saw, selaku rahmat bagi seluruh alam. Sesungguhnya Allah swt amat membenci kepada kezaliman & mereka yg melakukan kerosakan dimuka bumi manakala RasulNya pula, sebaik-baik suri tauldan, sentiasa menunjukkan sifat pemimpin yg pemaaf dan tidak berdendam.
Mereka sebenarnya tidak pernah beriman kepada Allah swt dan hari pembalasan. Pahala dan dosa tiada membawa erti apa2 pun kepada mereka. Sesungguhnya mereka inilah sebenarnya syaitan-syaitan yg berwajah manusia ! Semoga laknat Allah ditimpa keatas mereka.

Arjuna said...

tidak elok menyiarkan gambar sebegitu..
just my 2cent opinion

Fikirlah said...

Arjuna
cadangan saudara, apa yang lebih elok?

1jja1912 said...

Salam,

Melihat gambar yang mungkin baru sedikit ini, yang mungkin hanya sebahagiannya terbongkar, membuat perasaan saya sarat dengan rasa pilu tanpa takrifan.

Khali setagal..

Siapa Musuh Siapa?

Kita diserang dari semua penjuru. Seolah dalam kumpulan, ada kumpulan, dalam kumpulan, ada kumpulan lagi.. hingga kita terperangkap untuk betul-betul pasti siapa musuh, siapa sekutu, siapa kawan, siapa lawan.

Bila lagi semua ini akan berakhir? Sedang kita sibuk kafir-mengkafirkan, si duri dalam daging terus mencelah diantaranya. Memang mereka lebih mengimani Hadis Rasulullah, tentang tiga permohonan doa baginda, yang mana Allah menolak doa Nabi yang mahukan umat Islam ini tidak berpecah.

Nampak terang dan nyata, mereka lebih mengimani Hadis itu, lebih dari kita sendiri. Mereka percaya situlah kelemahan kita, situlah pintu untuk menghancurkan Umat Islam tanpa perlu mereka berbuat apa-apapun, kita mati ditangan saudara se-Islam kita, saling berbunuh-bunuhan, berpecah, hanya kerana kita berbeza mazhab, berbeza pendapat. Fitnah Akhir Zaman.

Hanya Allah yang layak menghukum. Sudah-sudahlah mendoktrinkan Syiah itu Bahaya, Kafir, dan Sesat. Cukup-cukuplah.

Wassalam.

P/S : Profile Sufi? Not Available.. Saya mencari sumber hadith itu, tapi tidak berjumpa.

Kembar said...

syiah sangat takut sebenarnya dengan wahabi.

Sampaikan Salahuddin Al-Ayyubi pun di gelar wahabi kerana memerangi syiah.

padahal Salahuddin hidup lebih awal dari Muhammad bin Abdul Wahab.

Kebodohan orang syiah memang menonjol bila saja orang yang memerangi mereka, maka digelar wahabi. kadang-kadang yang menyedihkan, yang berpelajaran tinggi pun, bila bercakap tentang syiah, menuduh orang macam budak baru masuk darjah 1.

Itulah bila Islam agama yang indah direndah-rendahkan oleh golongan syiah ini. Menuduh wahabi sesat sebab menyamakan Allah dgn makhluk tanpa bukti yg sahih. Walhal mereka hanya tidak mentafsirkan ayat2 mutasyabihat. menyuruh orang lain menuju ke arah kebenaran, tetapi mereka sendiri hidup dalam kepura-puraan.

el qevsem said...

Salam,

kepada penulis dan pembaca blog semua, salam sejahtera saya ucapkan. saya ingin menggunakan ruang ini untuk melontarkan sedikit pendapat sahaja. bagi saya kita tidak perlu menghangatkan suasana yang telah hangat. Ini hanya akan membawa kepada kemudaratan kepada diri kita serta insan yang kita cintai terutama sekali shabat handai, sanak saudara dan kaum keluarga yang terdekat.

Janganlah kita dipermainkan dengan mainan musuh-musuh kita yang sejak azali lagi.

Bangkitlah, dan pohonlah cahaya hidayah dan rahmat ilahi...

semoga ilmu menerangi alam.

wsalam.

mohd said...

1) tq siarkan gambar & angka2... baru tau ada manusia begitu keji sekali membunuh kanak2 yg tidak berdosa...& mnuduh org lain yg melakukan.. baling pisau/batu sembunyi tgn..
2) tidak mengapa... itulah sebab Allah cipta syurga & neraka..
3) tidak guna juga bbangga kononnya ASWJ yg benar & menuduh syiah sesat.. brp ramai manusia mengaku beriman tp tindakan & amalan spt penghuni neraka?
4) pengakuan iman bkn boleh dibuktikan dgn hanya di atas lidah @ tulisan diblog, siapa yg tau apa dlm hati anda? tidak guna berbalah..
5) bukti2 (gambar, angka, hujah ilmiah etc) yg dipaparkan dlm blog ini hanya mampu mencerahkan hati mrk yg "tidak buta" sahaja...
6) nmpaknya musuh sebenar org islam bkn yg jelas kekafirannya, ttapi adalah golongan munafik di kalangan islam sendiri..(golongan disebut Wahabi)...
7) emmm... bnyknya info baru yg sy pelajari... maklumlah sy ni dulu pelajar sains.. semua ni dulu tak jumpa ... apa itu ASWJ yg sebenar pun tak berapa faham...tapi nampaknya sy lebih memahami apa itu Syiah sebenar...& kesimpulan sy , sy tak nampak mrk sesat...

Dr Faisal Tehrani said...

kembar,
1. yang menyiarkan video wahabi solat sambil dukung anak, berjalan dalam solat, dan minum air mineral tu (ini wahabi malaysia) syiah ke?
2. wahabi ada setiap zaman. yang dirujuk sifatnya. macam khawarij ada setiap zaman. yang dirujuk tindak-tanduknya. wahabi dan khawarij mana ada perbezaan.
3. sekarang siapa bodoh?

hellmy said...

Kembar lah yang bodoh! Hehe :-)

Maaf Dr. FT atas 'kekasaran' bahasa

hassan said...

kembar tu dia tahu ke tak sape khawarij tu...

ZahraHussainy said...

Betul lah tu.. Memang bodoh

rihal said...

salam,
"kadang-kadang yang menyedihkan, yang berpelajaran tinggi pun, bila bercakap tentang syiah, menuduh orang macam budak baru masuk darjah 1."................................
saya setuju betul le tu....tapi sebegini ,ada cerdik pandai di Malaysia telah buktikan melalui kenyataan masing-masing di kaca TV tatkala bercakap tentang syiah ,membuat tuduhan melulu macam budak tadika.
Hmm saya harap kembar x lah sebegitu kan...kan....kan.
As for ezra I suggest u do some serious research
yourself instead of burdening Dr FT with all those "tables" .Believe me as every scholar will tell u, one's own effort to study........read....ponder.....and THINK.......not forgetting discuss when necessary will upgrade one's knowledge.In this way u can see the similarities and differences .
But from my experience, sad to say MANY people refuse to read books about syiah written by syiah scholars because they are TOO AFRAID to do so less they will be "influenced".
And if you are sincere in your search for the truth...then Allah will show u the way.
I like to say that to me Dr FT, is a great teacher becoz like All great teachers.........They open our hearts and minds towards something new but they
let us roam on our own without forcing us to accept blindly.
In this way we will grow up to be someone with confidence and dignity.

Islam said...

Salam.

Kaum Muslimin akan diuji dengan adanya ‘manusia-manusia’ yang tekadnya hanya memecah belah dan kegemarannya hanya menyebar permusuhan. ‘Manusia-manusia’ tersebut adalah golongan yang muflis di dunia dan akhirat.

. . . mereka menduga bahwa yang dilakukannya itu adalah perbuatan baik . . . [Al-Kahfi: 104].

. . . akan tetapi sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang berbuat kerusakan, namun mereka tidak menyadarinya ... [Al-Baqarah: 12]).

Fikirlah said...

Tak perlu layan orang yang mahu menyesatkan tanpa mengkaji ni. Semua benda mahu cari yang negatif, mana positifnya? Mindset pada syiah dah negatif, mana mungkin ada yang positif. Buatlah sebaik mana pun, takkan mereka guna aqal sebaik2nya.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?” Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling – ingkar.
(Al-An'am:46)

Mengapa ada orang yang seperti confirm (seperti Allah pernah bisikkan pada telina dia) yang dia berada di atas jalan yang benar, sebenar-benarnya?

Bukankah syurga dan neraka itu milik Allah? Dia berhak ke atas segala sesuatu, Yang mencipta dan menghapus, Yang berikan hidayah dan kesesatan. Tidakkah kamu mengambil iktibar dari Al-Quran?

[213]
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
[214]
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah:213-214)

Zuljanah said...

Salam

Kembar kembar,

Mari kita lihat kata2 kamu daripada seorang yg 'bijakpandai':)

" Itulah bila Islam agama yang indah direndah-rendahkan oleh golongan syiah ini. Menuduh wahabi sesat sebab menyamakan Allah dgn makhluk tanpa bukti yg sahih. Walhal mereka hanya tidak mentafsirkan ayat2 mutasyabihat."

"...menyamakan Allah dgn makhluk... walhal mereka hanya tidak mentafsirkan ayat2 mutasyabihat" ??
Kelihatannya kamu ini sebenarnya ingin merendah2kan pula agama Islam yg indah sebagaimana tuduhan yg kamu lemparkan kpd golongan syiah ? :)

Apabila kamu tidak mahu mentafsirkan ayat2 mutasyabihat (apatah lagi yg melibatkan Zat Yg Maha Agung) dan kemudian melihat pula maksud ayat secara harfiah (bukankah ini satu bentuk penafsiran), maka kamu sebenarnya telah pun mentafsirkan ayat2 tersebut sebagai muhkamat!!
Dengan erti lain, kamu sebenarnya telah menyamakan ayat2 mutasyabihat dgn ayat2 muhkamat, ataupun secara tidak langsung menafikan kewujudan ayat2 mutasyabihat ! (Sila rujuk kembali Ali-Imran, ayat 7)

Maka sia-sia sajalah Al-Alim Al-Hakim menganugerahkan kamu akal fikiran dan al-Quran sebagai mukjizat yg mengandungi ajaran agama yg sempurna, yg akhirnya kamu menyifatkan Allah swt Zat yg memiliki tangan, tubuh dan badan sama seperti berhala2 sembahan kaum musyrikin walhal surah Al-Ikhlas telah dgn jelas menerangkan akan hal ini.

Adakah pada perkiraan kamu Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada umat manusia yg rata2 tahap pemikirannya budak2 sekolah rendah (seperti yg kamu kata2) yg mana mereka itu hanya memahami ayat2 secara 'literal'? Bagaimanakah cara kamu berfikir ?
Pertama; kamu mengambil makna ayat2 mutasyabihat secara harfiah yg menyebabkan Allah swt tertakluk kepada ruang dan masa. Kedua kamu telah menghina dan merendah2kan akal fikiran anugerah Allah dgn mendakwa fakulti ini hanya mampu mencapai maksud ayat2 mutasyabihat secara harfiah.
" Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. " (Surah 3:7)

Terus terang saya mengatakan, walaupun dgn berat hati :) bahawasanya saya tidak menemukan jawapan yg paling tepat kpd soalan Dr FT itu melainkan jawapan yg telah diberi oleh sdr Helmi :) Mohon banyak kemaafan atas kenyataan ini dan kata2 yg menguris hati. :D

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf:179)

Wassalam.

mohd_kedah29 said...

Buat kembar,kekuatan wahabi hanya pada Amerika yg sentiasa berada di kalangan pemimpin saudi.Apakah Islam yg sebenar bersekongkol dgn sekutu yahudi?Fikirkanlah wahai kembar...

mohd_kedah29 said...

Tiada apa yg nak ditakutkan dgn wahabi yg slalu menaja keganasan di seluruh dunia melalui Al-Qaeda,Taleban&JI.Tiada satu kejayaan yg cemerlang yg dilakar oleh puak2 ini melainkan semuanya menunjukkan keganasan Islam yg direka oleh mereka.

ezra said...

I did my reading and i'm fully agreed with Majlis Fatwa. Not every shia is wrong, but some of them still can be question and for a laymen, this is quit confusing. every group tried to stand by their faith and i believe that's up to Ulama & Scholar like Dr FT to enlighten us.

Well, although right now some people say, do not listen to Dr FT anymore coz he is not neutral in his opinions but i still believe he is good enough to elaborate this issues and conclude it into simple fact for our guidance. And yes, Dr FT just like any Ulama & scholar in this world, they are not Maksum and it's okay for us to disagree in certain issues as long as we're discuss it on the right track.

Recently, Dr FT tend to write against the current by jotted down ? title and leave us to decide Shia @ Sunni @ Wahabi - right or wrong. What do i know, but lets say i do agree with his thought, should i leave Sunni and convert to Shia since it is so innocence and pure..and disobey enshrined Malaysian Fatwa??? As a scholar i do agree if he promote us to read more, search more and concluded with fact but when we're talking bout Islam and faith, hmm we need more that this.

p/s : i wish to see a debate between Dr Maza & Dr FT @ any Syiah scholar in Malaysia..hehehe

Johari Johar said...

ezra,

Saya cadangkan tuan/puan menulis dalam Bahasa Melayu supaya mudah difahami oleh pembaca dalam blog ini. Menulis dalam Bahasa Inggeris tiada masalahnya jika betul 'grammar'nya.

Setiap kali saya baca tulisan tuan/puan, saya terganggu oleh kesalahan grammar yang sangat ketara spt. penggunaan tenses dan verb-agreement yg salah. Saya tiada 'doubt' yg tuan/puan boleh bercakap dlm BI, tp menulis dalam BI perlukan lebih dari hanya menyusun ayat.

Sorry mencelah... no hard feelings ok.

Ain said...

Lawak, lawak...

Bila tengok profil nur_sufi07, yang ada cuma nama je. Seolah-olahnya, namanya didaftarkan semata2 utk menembak blog org lain..

Lawak, lawak..