14 January 2011

Siapa (Memang) Lebih Sesat Daripada Siapa?

Ada beberapa blog menerbitkan entri dengan maklumat ini: Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur Syiah di dalam tulisan-tulisan Faisal Tehrani.

Saya memang suka dengan perkataan 'sememangnya'. Macam memang-memanglah sesatnya.

Saya dan tulisan-tulisan saya selaku pihak yang diadili dan dinilai, sampai sekarang tidak pernah lihat laporan tersebut. Mungkin ia memang sulit. Maklumlah Faisal Tehrani kan memang berbahaya, klik sini (ada orang menyampaikan sejarah empunya blog ini di Bahagian Majalah DBP). Mungkin laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 ini menilai secara cetek pantun syiah yang saya petik dari buku pantun Kurik Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua, 2005 (klik sini). Kalau begitu yang syiah bukan saya, tetapi memanglah pengarang pantun itu. Mungkin memang banyak hujah-hujah lain. Tapi saya memang tidak tahu. Saya memang tiada salinan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 tersebut.

Saya memang rasa macam Paria dalam hal ini. Memang macam dikastakan. Saya rasa saya pun memang wajar dibela dan dipertahankan oleh Persatuan Penulis, tetapi, saya sudah memang lama tidak membayar yuran tahunan, mungkin kerana itu saya dipandang sebelah mata.

Sumber saya di JAKIM mengatakan "Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008" ini adalah usaha seorang Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od, klik sini untuk blog beliau. Betul ke tak masih dalam misteri. Dalam blognya dicatat begini: Blog ini hanyalah sebagai alternatif penulis dalam berdakwah bagi menangani pandangan @ ajaran yang menyeleweng @ meragukan di Malaysia. Sebarang komen boleh dibuat di ruangan ulasan @ emel penulis di abuhaseef@live.com.

Saudara, bolehkah kami emel secara mesra kepada saudara dan minta laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 itu?

Saya dan karya-karya saya masuk kategori 'menyeleweng dan meragukan' agaknya kerana entri-entri blog beliau memang suka menumpang blog saya dengan menjawab apa sahaja yang mungkin.

Akan tetapi saya juga difahamkan Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini juga ditanggapi segelintir orang lain pula sebagai 'menyeleweng dan meragukan'.

Pulak dah! Faisal Tehrani ini memang!

Maknanya si Aizam yang merupakan penilai dan pengkaji ajaran menyeleweng dan meragukan ini pun dinilai dan dikaji orang sebagai menyeleweng dan meragukan. Memang lucu juga.

Sebuah blog memaparkan gambar buku (sumber klik sini) yang menurut penulis blog tersebut sebagai bukti Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini memang seorang Wahabi. Saya tidak tuduh, orang lain tuduh. Klik di situ.


Memang Wahabi tidak diwartakan sesat seperti Syiah di Malaysia (tapi ada orang kata, cara Wahabi bersolat memang sesat, klik sini). Oleh kerana saya dituduh Syiah oleh segelintir orang maka saya nampaknya dinilai lebih sesat dari Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od. Pun, itu bermakna untuk orang yang tidak menganggap Syiah sesat dan menganggap Wahabi yang sesat, maka saya akan dinilai kurang sesat berbanding Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od (kenyataan JAKIM tentang wahabi, sini)

Atau adakah kami memang sama-sama sesat (klik sini)? Blog yang menyiarkan bukti Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini sesat; turut menuduh saya sesat (klik sini). Jadi maknanya ada orang lain pula yang mengatakan kami berdua sesat. Kemudian, seseorang yang lain memberitahu saya, blog yang menuduh saya dan Penyelidik JAKIM, bernama Mohd Aizam Mas'od ini sebagai sesat pun dianggap sesat juga, kerana ia (kononnya) memuji Abuya Ashaari (pengasas Arqam) yang difatwakan sesat di Malaysia 'sebagai orang saleh dan meninggal dunia dalam keadaan tersenyum ketika dikafankan', klik sini.

Ya Allah, kami bertiga memang sesat jika begitu!

Saya rasa kalau kita memang mencari senarai kesesatan orang lain, kita memang akan jumpa dan ia memang akan berpanjangan. Kita akan dapati semua dalam kalangan kita memang sesat. Kalau semua kita memang sesat; siapa nak tunjuk jalan pulang? Kita memang tidak ada pemimpin. Nabi Muhammad saw kan memang sudah wafat. Jadi siapa nak tunjuk jalan pulang?

Ada sesiapa boleh beritahu siapa yang memang dapat bantu kami (kita semua) mencari jalan pulang. Jalan lurus. Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Dalam kita saling tuduh menuduh sesat ini, ada orang lain memang seronok tengok. Tuan-tuan pun memang tahu siapa.

Kembali kepada asas entri saya ini, Penyelidik JAKIM yang menuduh saya sesat dan dituduh sesat oleh seseorang yang lain, yang dituduh sesat pula oleh seseorang yang lain; antara lain menegaskan Malaysia 'menolak' hukum hak asasi yang diterima di peringkat antarabangsa, sumber klik sini. Saya rasa memang kenyataan ini bermasalah. Hujahnya pun memang rapuh. Kalau mengaku penyelidik, mesti tahu sejarah. Malah, kenyataan itu kalau dibuat atas kapasiti jawatan rasmi akan mendatangkan big trouble buat negara tercinta di kemudian hari. Seolah-olah Malaysia nak menyongsong arus melawan masyarakat antarabangsa. Kalau saya ada masa saya akan jawab tetapi buat masa sekarang memang saya rasa macam malas. Antara punca kemalasan saya ialah, dalam pada mengatakan Syiah sesat, masih ada yang makan-makan, suka-suka, gelak-ketawa, tepuk tampar (nasib baik tak cubit mencubit) dengan Syiah di London. Ya lah, di London siapa nampak kan (tak percaya, klik sini)?

Kalau saya memang menuntut keadilan, saya akan menghujahkan, Penyelidik JAKIM ini melakukan vonnis in absentia (menuduh tanpa kehadiran saya dan tidak memberi peluang saya menjawab). Sebab laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 ini memang tidak pernah saya baca apatah lagi tengok. Bukan apa, ada orang mendakwa penilaian beliau pun memang tergelincir, klik sini.

Apa salah beri saya baca Laporan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 itu? Tulisan saya yang mana ada unsur-unsur 'S' itu? Dalam Bahlut ada tak ustaz? Ustaz sudah baca Tiga Kali Seminggu? Kita tukar-tukar nak? Baru aci. Ke bagaimana tuan-tuan?

* By the way, you guys might want to read this, here or here. Ludicrous!

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.


Beli Tiga Kami Seminggu, klik sini.

47 comments:

hidayati said...

like

Faiz As-Syirazi said...

"Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk" (Al-Nahl : 125)

kuncisudu said...

akum,

pada pandangan saya yang terbaik untuk DrTH lakukan sekarang ialah untuk mendapatkan kesahihan akan kewujudan mesyuarat itu dari pihak yg independent dalam Jakim.

ini akan menjawab segala persoalan dan menyerlahkan segala kebenaran.

terima kasih

HEMY said...

wow...ambek kau. Incit FT kalau bersuara bukan hanya pakai madah bicara,tapi dengan bukti terang nyata =]

Kembar said...

salam

pada perkara ini, saya berpendapat saudara perlu di beri peluang untuk membela diri.

beri peluang kepada saudara utk bercakap. menghentam orang lain tanpa di hadiri empunya badan, adalah satu penganiayaan.Rasulullah s.a.w. kalau diminta keadilan pun akan memanggil kedua-dua belah pihak bagi membela diri masing-masing.

karya saudara yang ada unsur syiah itu perkara kedua, tapi yang penting cara keputusan itu dilaksanakan. Tapi kalau saudara rasa saudara benar, berdebat dan berbincanglah. jangan bila di beri tuduhan, saudara hanya "membebel" di dalam blog sendiri, jadi mana mungkin perkara pokok akan selesai.

sekadar pendapat.

callenish said...

assalamualaikum,

saya telah membaca hampir 80% karya Dr.FT (sejak 4 tahun lalu, malah masih ada buku yg belum dibuka balutannya kerana kesuntukan masa utk membaca). Adakah saya syiah? Bapa saya pengikut Sunni, adakah saya jadi derhaka?

mudah menuduh kan?

apahal pula dgn amalan membaca tahlil dan kenduri arwah yg dilakukan umat islam malaysia pada 3 hari selepas kematian, 40 hari selepas kematian dan 100 hari selepas kematian, dimana dalil dan kitabnya? (mungkin saya belum jumpa). Adakah ini yg diajar sunni?

maaflah, kesimpulan yg ingin saya katakan, jgn menuduh melulu, selidik dulu, paham dulu, jgn ingat kita saja yg betul, lain sikit semua sesat.

sekian..

levi said...

Good, jalan lurus kena tunggu Imam Mahadi muncul kot. Alamak, sesat kah aku ni ? Nak akhir zaman, memang sesama islam selalu tak sefahaman. Until Imam tu muncul ? Nak tengok lah siapa yang nak p jumpa dia ?

rumiAmr said...

Salam.

1. Kejadian dalam apa juga bentuk harus disusur dengan rasa kesyukuran.
2. Kita terima segala ketentuan sementara kita masih menyedut nafas percuma yg diberi Allah sang Pencipta.
3. Apa pun dalam perjalanan Iman, kita cuma sendiri. Sendiri berdepan tuhan, menuju mati, menuju pencipta.
4. Percayalah, tidak ada yang berhak ke atas kebenaran kerana kebenaran itu berdiri tunggal.
5. Antara 'aku' dan tuhan, punya rahsia tertutup, tidak siapa bisa cerobohi hatta raja atau pemerintah sekalipun, tiada berhak atas kebenaran yg tidak bermilik.

Ain said...

Haha. Nak tergelak aku baca blog azli shukri...

1)"mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ahlu sunnah wal jamaah"

#Adik nak tanya ni, ajaran Syiah bertentangan dgn Islam ke? Jawablah, adik & co. nak tahu..

2)"..mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ahlu sunnah wal jamaah"

#Eh, kebanjiran filem barat yg jelas2 bertentangan Islam korang tak bimbang pula ye?

3)"Dan jangan lupa kaji juga novel kontroversinya berjudul Saatul Saatul."

#Nak eja tajuk novel Dr. pun tak pandai, pandai2 nak tuduh org sesat..

4)"Kerajaan akan terus memantau dan menyekat aktiviti ajaran Syiah daripada terus disebarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Menurutnya, konsep ajaran Syiah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana fahaman yang mereka anuti sangat berbahaya kepada masyarakat."

#Wooo..takutlah I. Recep Tayyip Erdogan cool je dgn Syiah kat Turkey, Susilo Bambang Yudhoyono cool je dgn Syiah yg berjuta di Indonesia, pelik aku negara ni..

5)"Menurutnya, jika fahaman itu terus dibiarkan berkembang tanpa disekat dikhuatiri akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan wujud pertelingkahan sesama orang Islam."

# Ke pertelingkahan antara sekular dgn pihak yg mengangkat syariat-Nya..

6)"Konsep yang diamalkan oleh pengikut Syiah dan Ahli Sunah Wal Jamaah sebenarnya adalah sama, tetapi pegangan pengikut Syiah yang terlampau ekstrem menyebabkan ajaran itu tidak sesuai diamalkan di sini."

#Ooo..kalau mcm tu nanti ada org Islam buat onar kita salahkan Islam lah ye, bukan pengikutnya.Kalau ada Kristian buat onar, kita salahkan agamanya, bukan pengikutnya. Kalau ada Ahlu-Sunnah wal Jamaah buat onar, kita salahkan mazhabya, bukan pengikutnya. Dan begitulah seterusnya..Macam tu eh?

ArepChePha said...

susah la macam nh Dr. FT

Saya baca blog saudara, dah macam baca blog politik :D Sebab saya tak tahu nak menilainya, dangkal ilmu. Bukan kerana Dr. Ft, kerana saya yang tak cukup ilmu.

Tapi, saya sokong aja Dr. FT :D Apa pun, saya nak baca aja karya-karya Dr. FT

Siapalah saya, nak menyesatkan orang. Saya sendiri pun x betul.

Paling penting, saya sokong aja, JAKIM ke, Dr FT, Syiah, Sunni, Wahabi, n ape2 aje lah. Siapalah saya nak mengkafirkan orang :D Semua pun saudara seislam.

Gogogogogo, Dr. FT!

Hang Nadim said...

salam tuan faisal..
berkenaan perdebatan syiah dan sunni hanya merugikan orang islam sendiri.. bagi saya, yang penting, selagi seseorang itu mengucapkan "tiada tuhan yang di sembah melainkan allah dan muhamad s.a.w. itu pesuruh allah" saya rasa tiada masalah umtuk syiah atau sunni bersatu. mungkin perbezaan budaya yang mengakibatkan perdebatan ini. sebagai contoh, adakah sunni di arab saudi atau mazhab lain di negara-negara islam yang lain mengamalkan "kenduri doa selamat"?

pembaca buku said...

Alahai Faisal, berapa punya banyak sesat daa...?

Prinsip saya mudah saja dalam hal ini: Jika kita terasa jalan kita ini benar tetapi terlalu memikirkan kesesatan orang lain, kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada perjalanan kita sendiri. Entahkan nanti kita akan termasuk simpang atau lorong yang salah, lalu kita pun sama sesat.

Ustaz Aizam tu? Pada saya dia sesat barat, iaitu "a. sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar; dan b. kelam-kabut dan tidak dpt menyelesaikan sesuatu masalah." (Kamus Dewan, 2005)

Sebabnya? Dah dia pun sesat, kata Ustaz Moden yang sesat tu. Kan?

1jja1912 said...

Salam Dr.FT..

Saya dah beli Kumpulan Cerpen 3x Seminggu. ^^.. agak susah nak cari, tapi akhirnya jumpa juga.

Saya juga hampir memiliki semua tulisan karya Dr.FT. Hampir seluruhnya.

Bukan sekali dua kawan-kawan yang menyuruh saya berhati-hati dengan karya Dr, mengulangi balik kata-kata mereka "Hati-hati dengan tulisan FT, dia tu Syiah" Pernah juga saya cuba berhenti membeli dan menaakul karya FT, namun saya tidak mampu berhenti untuk mencari setiap karya FT, seolah ada kehausan jiwa yang perlu dihilangkan.

Adakah saya Syiah? atau Sunni?

Saya tidak kisah orang nak label saya ini Syiah jika saya dilabelkan hanya kerana saya mengikuti setiap karya Dr. Saya tidak kisah, dan tidak akan kisah. Allah Maha tahu apa yang ada, tersembunyi disetiap jiwa dan hati manusia, cukup hanya Allah yang mengadilinya.

Bagi saya, pegangan mazhab adalah masalah Furu', selagi apa yang diamalkan itu tidak terkeluar dari akidah, saya menganggap mereka tetap saudara seislam saya.

Bersabar sahajalah Dr, namun dalam masa yang sama sempurnakan ikhtiar. Redha itu datang selepas kita berusaha, bukan menyerah semata-mata. Syurga itu indah, maka ujianNya bukan calang-calang. Saya suka jika mengatakan 'ujian itu filter', tapisan untuk manusia-manusia yang berkualiti.

Allah Maha Tahu, Allah Maha Tahu. Yakinlah dengan keadilanNYA. Saya akan terus mendoakan Dr.Ft, selamat daripada fitnah yang membarah, moga keadaan ini tidak akan mematahkan semangat Dr.Ft untuk berkarya, menyuarakan kebenaran.

Moga terus Thabat, jangan pernah gentar, jangan pernah merasa 'futur'.

1jja1912 said...

“Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar Zarrah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah), niscaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-NYA.” (QS: An-Nisa:40).

“Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi ia berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu supaya kamu berterimakasih.” (QS:Al-Maidah: 6)

“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?”(QS: Al-Ankabut:2)

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (QS: Al- Insyirah: 5-6).

Ya Illahi Rabbi..
La haula walla quwwata illah billah
Hasbunallah wani’mal wakiil..
Ni’mal maula wani’man nashiir…

Teruslah kepakkan sayapmu, biarkan ujian dan cubaan itu membuatmu kuat,
biarkan jiwa-jiwa pemenang itu memenuhi hatimu, biarkan jiwa-jiwa sabar menjadi penyejuk bagimu,
Jangan putus asa dan lemah hati,
Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.

Wassalam.

Dr Faisal Tehrani said...

ijja1912

Terima kasih. Saya mula2 memang tak nak layan kumpulan ni. Tapi dah mereka tabuh 'tin kosong'; jadi saya nak tanya juga. Supaya keadilan dapat ditegakkan. Sia-sialah jadi ustaz ada ilmu agama tapi tak tegakkan keadilan.

Beli 3 Kali Seminggu di mana?

Wassalam.

yatthienuer said...

kerap yg amat
sa membaca penulisan Dr.FT
memuji syiah iran..
Saya tafsirkan pujian itu suatu yang bersifat baik
(bole jadi jg pujian itu sifatnya ancaman=tanya pak polisi persis bagaimana pujian jd ancaman)

soalnya kalau Dr.FT syiah
apakah jadi isu?
syiah itukan islam
sunni itu juga kan islam
tuhannya ALLAH swt
jadi kenapa mau diSESAT2kan

atau syiah itu mau terus di momokkan

nur_sufi07 said...

"Akan muncul diakhir zaman satu golongan yg digelarkan Rafidhah(Syiah). Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Perangilah mereka kerana mereka sebenarnya adalah golongan musyrikin"
(Hadis riwayat Abu Ya'la, At-Tabarani dan Al-Bazzaar)

Imam Az-Zahabi (w748H) dalam kitabnya "Mizan al-I'tidal(jilid 1 hal. 5-6)" berkata :-
Bid'ah terbahagi kepada dua:-
1. Bid'ah kecil spt fahaman Syiah yg tidak melampau (hanya melebihkan Ali berbanding Osman ibn Affan). Golongan ini ramai dikalangan tabi'in dan tabi' tabiin.
2. Bid'ah besar seperti fahaman Rafidhah (Syiah) dan terlalu memuja Ali dan merendahkan Abu Bakar dan Omar disamping menyeru org lain kepada fahaman mereka. Golongan Syiah spt ini tidak boleh dijadikan hujah dan tidak boleh dihormati apalagi hari ini saya tidak dapati seorang pun dari golongan ini yg benar dan boleh dipercayai kerana bohong telah menjadi syiar mereka, taqiyah dan nifaq menjadi selimut mereka.

Sebagai 'simpati Syiah', saya nasihatkan saudara tinggalkanlah rasa 'simpati Syiah' tu.

Marilah kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam,
'Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya' itu apa?

putrifarish87 said...

Mula2 masuk universiti dulu, ada kakak senior dulu suruh saya berhenti dari membaca tulisan2 dan novel Dr. Faisal Tehrani.. Menurut senior itu, agak kurang baik mebaca karya Dr. Faisal.

Saya tidak nampak di celah mana rasionalnya saya perlu mengikuti nasihat senior itu. Sebab saya sudah terhutang budi dengan DR. Faisal Tehrani melalui tulisan2 Dr. Faisal dari dewan siswa sejak di alam sek menengah lagi. (Email dari Faisal Tehrani) banyak nasihat yang berguna dan sgt bermanfaat. Jadi tiada alasan tulisan Dr. Faisal harus saya tinggalkan.

Saya kemudiannya meminjamkan beberapa novel karya Dr. FT kepada rakan2 senior itu (mahu beri baca pada senior, bulat2 ditolak)

Ironinya, 2, 3 bulan selepas itu rakan2 dan senior itu menemui saya untuk meminjam lagi novel Dr. F.T.

So, pointnya di sini, di mana sebenarnya 'bahayanya' DR. FT? Di mn sebenarnya kesesatan DR. FT? adakah pada sikap terbuka nya DR. FT pada syiah?

Keterbukaan, orang2 tertentu pada hiburan dan bermacam perkara lagha dar barat tidak pula dipertikaikan? Hairan.

Untuk DR. Faisal : Terima kasih. Dan kerana tulisan bertajuk 'Pelajar Dari syurga' yang dikeluarkan dalam dewan sisiwa, saya lebih bermotivasi untuk menjadi seperti pelajar Dr seperti dalam tulisan itu. TERIMA KASIH.

Ariffah9 said...

Haa. bicara bkn sebarang. Terselit bukti. Oho.

saya baca siri ketiga-tiga Detektif Indigo, Tuhan Manusia, Bila Tuhan Berbicara. Tunggu Teduh Dulu, Maaf dari Sorga... (sudah beli Karbala, belum sempat baca)

wpun saya pljr menengah, saya tak jadi syiah. takde lagi orang kata, pemikiran dan amalan saya lain semacam jer.

er, ada ke pembaca lain jadi Syiah?

macam-macam andaian (or fitnah) sekarang.

kurang fikir atau kurang zikir?

zahra said...

Salam.

Imam Ali a.s. berkata, "Penyabar tidak akan kehilangan kemenangan meski ia memerlukan waktu yang lama untuk meraihnya."

Faisal, bersabarlah.

Wassalam.

ali said...

Manusia seperti ustaz aizam ni sama taraf pemikiran dengan Asri Yusuf, Khusrin Manawi dan yang seumpamanya. Dia suka beri makna ikut selera dia sendiri. A dia kata B. B dia kata C. Kemudian dia buat bodoh-bodoh alang. Tetapi yang hairannya macam mana manusia macam ni boleh jadi penyelidik JAKIM? Tak ada lagi ke orang pandai agama kat Malaysia ni?

Dia kata syiah kafirkan dan halalkan darah sunni. Mana dia dapat statement ni? Dia petik hadith dari kitab syiah. Lepas tu dia main hentam je. Syiah tulis nasibi. Dia bagi makna nasibi adalah ahlul sunni. Walhal dalam syiah nasibi adalah orang yang memusuhi ahlul bait. Senang contoh zaman ni macam Salman Rushdie. Sebab tu dia kena fatwa mati oleh Almarhum Imam Khomeini.
Tapi apa fasal dia bagi makna nasibi = sunni? Dia ni sama ada bodoh bengap atau sengaja menyelewengkan makna untuk menjahamkan perpaduan umat.
Orang macam ni sering berlagak pandai tetapi sebenarnya dungu dan bebal.
Zaman ni yang takut dengan syiah ialah Amerika dan Israel. Apakah orang macam ni satu kapal dengan dua kuasa itu? Kenalah baca sejarah Wahabi itu sendiri.

rosley said...

Salam.
Macam Dr FT juga, sapa Ahli Sunnah WalJamaah yang sebenar wahai Nur Sufi07. Adakah anda termasuk dalamnya. Sapa pengasasnya dan mana kitab pegangannya. Mana penganutnya.dll lagilah sekadar nak tanyanya. Salam.

ali said...

nur_sufi07 - anda PATUT BANYAK MEMBACA DAN MEMBUAT KAJIA TENTANG SYIAH. BACA DAN PAKAI OTAK ANDA YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH UNTUK BERFIKIR. J

Perkara syiah ni BUKAN PERKARA KECIL DAN LEVEL SEKOLAH MENENGAH. PERKARA SYIAH NI PERKARA AKADEMIK YANG TINGGI. Kalau sekadar baca satu hadith mula nak bagi nasihat kat orang lain. NAK BAGI NASIHAT PULAK KAT ORANG YANG ADA PHD. TAK MALU KE NAK TUNJUK PANDAI KAT ORANG LAIN YANG LEBIH PANDAI!!!!?

label syiah bukan islam ni label yang di bagi oleh orang JAHIL DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.

mohd said...

1) selama ni sy difahamkan & dipaksa faham bahawa org islam Msia adalah mazhab ASWJ
2) tapi smpai skrg sy tak faham apa sebenarnya ASWJ tu...
3) sy difahamkan sbg ASWJ kena kasih syg pada nabi & kaluarganya...
4) tapi pengamalan org islam Msia yg ASWJ ni tak pulak tunjuk cinta & kaseh pd keturunan Rasullullah..
5) malahan skrg (akibat bnyak sumber dr blog ~ syukur & time kasih pd yg mcipta kmudahan internet ni)hasil dr pembacaan sy nampak org Syiah yg sebenarnya kasih & syg pd Rasullullah & keturunannya...
6) sy btambah keliru sebab selama sy idup dMsia, sy di fahamkan bahawa syiah itu sesat...
7) sapa yg sesat sebenarnya...? Ya Rasullullah... sesungguhnya aku rindu padamu...

1jja1912 said...

Salam,

Tiga Kali Seminggu, saya beli di MPH, One Utama.

Betul, memang kita berhak mempertahankan diri Dr.FT, sebab itulah saya katakan :

Bersabar sahajalah Dr, namun dalam masa yang sama sempurnakan ikhtiar. Redha itu datang selepas kita berusaha, bukan menyerah semata-mata. Syurga itu indah, maka ujianNya bukan calang-calang. Saya suka jika mengatakan 'ujian itu filter', tapisan untuk manusia-manusia yang berkualiti.

Allah menyuruh kita berikhtiar, kerana ia sebahagian daripada amal soleh. Allah melarang kita bergantung pada ikhtiar, kerana hanya pada Allah yempat kita bergantung.

Wassalam, terima kasih.

Muntazhar said...

salam...

nah..! kita lihat :

http://almawaddah.110mb.com/download5/index.php?file=18&sort=1

sunah apa? sunnah abu bakar? sunnah umar? sunnah uthman? atau sunnah rasulullah s.a.w.?

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

lalok said...

taqiyah dan nifaq menjadi selimut mereka..

hadis riwayat SAHIH bukhari ini dicerap dari pustakaan awam alor setar..

bab nabi s.a.w dan orang2 meninggalkan (tidak menganggu) seorang badui sampai dia menyelesaikan kencing di masjid..hadis no 217..m.s..159..

dari hudzaifah r.a..ia berkata : rasulullah saw datang pada sekelompok kaum, lalu beliau kencing sambil berdiri kemudian beliau minta diambilkan air. maka saya datang kepada beliau membawa air lalu beliau wudlu..

penulis karya Mizan al-I'tidal pasti seorang yg kencing berdiri..sebagai seorang ulamak yg mengikut sunnah rasulullah..

Muntazhar said...

come on...

sunnah apa?

sunah apa? sunnah abu bakar? sunnah umar? sunnah uthman? atau sunnah rasulullah s.a.w.?

baca ni....

http://almawaddah.110mb.com/download5/index.php?file=18&sort=1

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Dr Faisal Tehrani said...

Salam,
Tuan2 pengulas yang bermazhab syiah (sekadar andaian mereka syiah) encik nursufi07 menurunkan sebuah 'hadis' yang saya secara peribadi baru pertama kali dengar. kalau rajin nanti saya cari lanjut matannya. hadis itu berbunyi:

"Akan muncul diakhir zaman satu golongan yg digelarkan Rafidhah(Syiah). Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Perangilah mereka kerana mereka sebenarnya adalah golongan musyrikin"
(Hadis riwayat Abu Ya'la, At-Tabarani dan Al-Bazzaar)

Soalan saya, adakah itu bermaksud ahlus sunnah 'menghalalkan untuk menumpah sarah syiah'? lihat pekataan 'perangi'.

Saya sangat ngeri dengan perkara ini. jadi jangan main-main.

jika hadis itu sahih dan betul ada; adakah ini bermakna 90marhalah telah tersilap tuduh?

saya masih tergamam dan terperanjat ni!

lalok said...

http://almawaddah.110mb.com/download5/index.php?file=18&sort=1

sorry bro..link tu bermasalah..ada link lain yg tak bermasalah bro..

faroki said...

salam..

syiah pun ado gak kelemahan, aswj pun ado kelemahan...

Baginda Nabi Muhammad saw seorang raja, Kalau raja wafat ,mestilah keturunannya yg dilantik menjadi raja..

tapi di Iran tiada raja..raja dah digulingkan.. di Malaysia pun sama gak.. dulu di Tanah jawa ada 9 para sunan, hilang di sana muncul 9 raja di tanah melayu..., raja kan ketua ugama..

kata ikut sunnah nabi saw, tapi di masjid hadiah fatihah tak sebut (..zuriatihi..) terus wasohbihi...".. ila hadrotin...zuriatihi wasohbihi..."
cari zuriatihi Nabi saw baru sahabat...

Islam MESTI ada raja, tiada raja tiada sejarah dunia..surah An-Nas, surah AlFatihah...

Manusia pilihan itu pasti seorang berdarah raja...tetapi Al-quran menceritakan penentangan pasti berlaku..(dituduh org gila,sesat etc..)


Bila seorang raja, pasti ada bukti-bukti nyata,(al bayyinah)...

jadi siapa yg boleh bongkar kitab suci? harta pusaka mestilah jatuh kepada zuriati baginda..

jaman ni, bila sebut Sy Ali krw ,dah dituduh bukan2....pelik org zaman skrg.., harus mengerti
siapa :-
1)Baginda saidina Ali karomah wjh
2)aliyul azim

begitu juga siapa Nabi Isa as dgn Isarohullah...

ISLAM mesti mahu ada 'RAJA"....
rujuklah AL-quran..

Lembah Kelang

Sultan of Full-Swing said...

Salam kepada tuan empunya laman dan para pengunjung serta pihak pemantau blog ini (yang baik-baik sahaja, bagi yang tidak baik atau jahat, sila ke tepi)...

Izinkan saya mengomen dan bertanya sedikit-sebanyak dengan gaya snippets ala Tun Dr. MM.

1. Walaupun dihambur dengan pelbagai tuduhan dan juga "kaji-kajian" berbaur penghukuman dan penyesatan ala mufti-mufti, namun selama ini ramai yang mampu menilai bahawa Tn.Hj.Dr.FT cuma akan buat entri berbentuk pertanyaan kembali dan tidak pula membalas semula perbuatan tersebut kepada mereka.

2. Saya pernah cuba untuk duduk di pihak pembenci dan pengeji karya-karya serta peribadi Tn.Hj.Dr.FT namun eksperimen saya itu gagal sama sekali setelah berkenalan sendiri dengan pemuka-pemuka atau tokoh-tokoh pihak pembenci itu. Kenapa?Tak percaya? Jika ada masa, saya sarankan kalian silalah cuba sendiri bergaul dan melepak bersama para pembenci dan pengeji karya-karya serta peribadi Tn.Hj.Dr.FT dan seangkatan dengannya. Saya jamin tak sampai sehari, kalian akan berasa mual dan tidak sedap perut menahan ketawa.

*** walaupun tidak akan bersekongkol dengan sebarang bentuk kebencian anti-kebenaran, tidaklah pula kita perlu terlalu menjilat sesiapa melainkan "14 & 12 yang suci-suci" belaka, insya-Allah.

3. Tn.Hj.Dr.FT tulis: "Sia-sialah jadi ustaz ada ilmu agama tapi tak tegakkan keadilan."
Komen saya: **EPIK! & SENTAP!**

4. Sana sesat, sini sesat, situ sesat, di mana-mana pun pihak pendamba populariti murahan ala mufti-mufti pencen hanya teruja dengan terma sesat, menyesatkan dan serba kesesatan, seolah-olah mereka SEMEMANGNYA selesa bergelumang dengan kesesatan.

5. Jadi di manakah pula letaknya kebenaran serta wakil-wakilnya di muka bumi bagi mereka itu? Apakah kebenaran tafsiran mereka itu tersembunyi di dalam gua retorik ala Osama Laden? Atau telah terkubur bersama Saddam yang zalim dan kejam? Atau mereka tidak peduli pun tentang kebenaran kerana terlalu taksub dengan kesesatan orang lain?

6. Mungkin metafora di bawah ini sesuai ditampal ke dahi para pembenci/pengeji dan para ilmuan di bidang kesesatan tersebut:

"Hell is other people".

Atau terjemahannya,"Neraka adalah orang lain."

(dipetik dari naskah drama No Exit oleh Jean-Paul Sartre, tokoh persuratan dan eksistensialisme Perancis yang juga pengkagum Syiah dan bersahabat baik dengan tokoh falsafah di sebalik idea-idea awal Revolusi Islam Iran, as-Syahid Dr. Ali Shariati)

Wassalam.

Muntazhar said...

salam...

pada pendapat saya, golongan sedemikian haruslah buka sedikit tingkap kamar minda kalian supaya hidayah dapat menyusup masuk...

tapi janganlah sombong & bodoh pula.

kalau kalian ingin menumpahkan darah kami, cubalah kalau kalian mampu. kami bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. & Ahlul Baitnya.

KAMI TIDAK GENTAR KEPADA AJAL..!!!
KAMI RINDU INGIN BERTEMU RASULULLAH & AHLUL BAITNYA..!!!
CUBALAH KALAU KALIAN MAMPU..!!!

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Mohamed said...

kalau doktor benar pergi saman jee lah. dari hari tu nak saman. saman jee. apa lagi..saman...saman 100 juta...saman...saman...jangan takut...saman..

kah kah kah

pembaca buku said...

Bukankah sudah saya katakan, ada dalang yang suka sangat melaga-lagakan orang lain. Kemudian dia duduk tercongok gelak kah kah kah, kerana seronok tengok orang berbalah-balah.

Orang seperti ini tiada prinsip, tiada pendirian, tiada pegangan, dan tiada matlamat hidup. Sampah masyarakat.

el-Zehra said...

Shi'ism in Malaysia: In the Crosshairs of Regional and Imperial Agendas

http://elzehra.blogspot.com/2011/01/shiism-in-malaysia-in-crosshairs-of.html

Salawat!

lalok said...

setiap hari di sini ada pertembungan dan pertemuan di antara ilmuwan sunni dan syiah..alhamdulillah..banyak ilmu yg kita boleh nampak di sini..masing2 mengketengahkan pengetahuan masing2..tetapi tahukah kita hakikatnya..kita di sunni sedang mengalami krisis perpaduan yg berat..dengan masalah politiknya..masalah akidahnya..perebutan kuasa..gangguan dari pihak yg iri hati..ini semua mengganggu institusi ilmu di malaysia ni..sebilangan kita memilih pondok2 kerana pondok2 agak bebas dari masalah seperti itu..silibus sekolah kerajaan agak meringankan perihal agama..banyak perkara basic yg diketengahkan..ilmu2 yg lebih dalam tidak dihuraikan..so lepasan pondok dan lepasan sekolah kerajaan mendapat pandangan ilmu yg berbeza..bagaimana pula dengan kita di syiah..permasalahan yg sama juga timbul..masing2 ingin menjuarai yg lain..apa yg berlaku dlm masyarakat sunni untuk pengetahuan kawan2 juga berlaku dlm masyarakat syiah..logiknya disebabkan sifat kita manusia itu sendiri..masing2 boleh menuding jari salahkan pihak lain..tapi dakwah rasulullah bukan berjaya dengan menuding jari ke pihak lain..tidak berjaya dengan mencemuh rakan lain..tidak berjaya dengan meminggirkan kawan2 yg lain..ingat tak cerita bani aus dan khadraj..kenapa agaknya rasulullah berminat untuk satukan bani ini..tahun 2011 agama kita masih dalam dilema..kita penganut islam yg dikatakan islam perlu memahami apa keperluan terbaik untuk agama kita untuk tahun 2011 ni..agak merugikan jika kita cuba mengulangi kesilapan yg telah kita lakukan pada tahun 2010..fikir2kanlah kawan2..

Muntazhar said...

salam...

Sdra Lalok :

www.almawaddah.cjb.net
www.almawaddah.110mb.net

ada puluhan buku di situ. bukalah satu persatu. kalau link ada masalah, sila hubungi saya :

muntazhar.muhammad@gmail.com

Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Annabilah said...

saya fikir, NurSufi07..hanya mampu 'kopipes' (copy & paste) hadis...dan tafsir ISA (ikut suka aku) sahaja....

sile dengar penjelasan terbaik dar Yusuf Estes tentang penggunaan istilah 'sunni' atau ASWJ

http://www.youtube.com/watch?hl=en-GB&v=EB6brUuaaKI

Pesanan Yusuf Estes kpd mereka2 yg x kenal syiah:

"If u are a 'sunni' muslim, & u're looking at syiah muslim as being wrong, n they're doing d same thing (solat, puasa, haji)..all u gonna do is get a headache."

1. Learn Arabic
2. Let the scholars handle it.

mohd said...

ASWJ yg sebenar pun tak berapa faham, syiah dituduh sesat, Wahhabi mengambil peluang menaguk di air keruh manakala fahaman "pluralisme" dibiarkan melanda.... semuanya merugikan org islam & melayu diMsia, sdgkan bangsa lain seronok tgk perpecahan di kalangan umat Melayu islam ini...

asrar sufi said...

salam Dr.FT, jap nak kuar konteks,
selain kedai-kedai buku, nak cari mn 3 kali seminggu,..tak jumpa lagi..interlok pun kena order..huhu..

kiaisepuh said...

pada DrFT cuma nak berkongsi ilmu...bukan nak mengajar..sebenarnya ada kitab jawi lama yang menceritakan mengenai saiyidina Ali kitab ni pun saya terjumpa tajuk: wawasan pemikiran islam ulama asia tenggara oleh hj wan mohd shaghir abdullah jilid 7...

Dr Faisal Tehrani said...

kiaisepuh
terima kasih. memang ada. saya peminat kerja2 al marhum ust wan saghir. seorang ulama sunni yang menghormati syiah dan menolak wahabi.
wassalam.

wardah munirah said...

Dahulu, saya menjauhi karya-karya Dr. kerana terpengaruh dengan gosip-gosip mengenai Dr. Memang sangat kejam apabila saya membelakangkan karya-karya Dr. hanya kerana itu. Setelah mahu mengenali Dr., saya membaca karya-karya Dr. Peliknya, sukar untuk saya temui sesuatu yang merunsingkan. Malah, watak-watak dalam karya Dr. menaikkan semangat. Wacana dalam karya-karya Dr. memberi banyak manfaat dan pencerahan.

Mengikuti kursus bimbingan Dr, tidak pernah sekali pun Dr. mempromosikan syiah kepada kami. Memujuk kami mencintai syiah atau menghina dan menyesatkan sesiapa. Pernah Dr memberi beberapa kenyataan yang samar bagi kami, namun penjelasan Dr. menyelamatkan fikiran saya daripada salah tafsiran.

Terima kasih atas pengajaran dan ilmu yang diberikan. Karya-karya Dr. tidak pernah membuatkan saya tekad meninggalkan sunni dan mengagungkan syiah. Akan tetapi, karya-karya dan entri-entri Dr. di sini memberi ruang untuk saya lebih memahami syiah dan berfikir secara lebih kritikal.

Saya pernah mengikuti kursus bersama Dr. selama dua semester maka adakah saya seorang syiah sedangkan saya masih menunaikan solat mengikut tatacara yang ada dalam mazhab shafie?

wallahua'alam

Dr Faisal Tehrani said...

wardah
terima kasih. kiranya kalau saya ini seorang syiah tentu saya akan 'menyebar' kepada pelajar saya. akan tetapi pelajar saya di sini telah memperakukan siapa saya sebenarnya.
wassalam.

Cik Nurul said...

Syllabus agama di tempat saya turut menyelitkan satu bab khas berkenaan Syiah ini... diterangkan bahwa Syiah ini sebegini dan sebegini.. dan setelah bab syiah , bab Ahli sunnah waljamaah menyusul.

Setelah sekian lama membaca Blog Dr. FT , saya lebih meyakini bahawa hanya sesetengah Syiah sahaja bersifat sedemikian. Tetapi saya kesal kerana rasa benci terhadap saudara syiah ini seperti disemai dari dunia sekolah