04 January 2011

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Berdialog Dengan Syiah

Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur mengecam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh media tempatan terhadap Syiah. Ini adalah penyataan penuh yang tidak disiarkan oleh media di Malaysia. Konsul membantah fitnah dan penghinaan terhadap Syiah Imamiyah di Malaysia sambil menegaskan tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan tidak ada kaitan dengan pegangan sejumlah besar masyarakat Islam di dunia ini. Berikut adalah terjemahan pengumuman Konsul Kebudayaan tersebut:

بسم الله الرحمن الرحیم
« واعتصموا بحبل الله جمیعا و لاتفرقوا »

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan yang maha mengasihani

“Dan berpegang eratlah kalian semua dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah (Ali Imran: 103)”.

Berkenaan dengan penyebaran pernyataan tidak berasas dan penghinaan yang dikeluarkan oleh media Malaysia terhadap pegangan pengikut Ahlul Bait (a.s.) yang disusuli dengan banyak protes, Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran mengecam propaganda rapuh terhadap akidah yang menjadi pegangan sebuah masyarakat Islam yang amat besar ini, sambil menekankan bahawa tidak ada kaitan sama sekali tuduhan itu dengan akidah Syiah, ia dianggap sebagai pernyataan tidak logik yang digunakan oleh Zionism sedunia, musuh Islam dan sesiapa sahaja yang menentang perpaduan umat Islam, ia juga dianggap sebagai menentang kepentingan nasional anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia.

Jejak langkah penting untuk perpaduan, kesetiakawanan, kerjasama, perundingan dan kesefahaman antara antara umat Islam telah lama ditekan oleh para ulama dan pemimpin yang tulus daripada kalangan umat Islam. Kami percaya bahawa prinsip-prinsip umum yang ada di kalangan orang Islam adalah sangat penting, muktamad dan bernilai tinggi, yang menyebabkan kita tidak perlu berdebat dan berbalah tentang perselisihan kecil.

Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia memohon kerajaan Malaysia yang dihormati supaya mengambil langkah yang perlu untuk menyingkirkan kesan negatif hasil dari tuduhan-tuduhan tersebut dan mencegah propaganda yang sama berulang lagi. Kami juga meminta semua warga Iran yang tinggal di Malaysia mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan Malaysia yang juga saudara dan sahabat kita, serta melaksanakan kegiatan yang berasaskan perpaduan dan persaudaraan umat Islam - Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, sumber di sini.

Kenyataan Konsul Kebudayaan Iran tersebut telah 'ditulis semula' oleh agensi berita Bernama dan menjadi lunak, seperti klik sini. Nah, begitulah riwayat sejarah, sirah dan hadis mengalami tahrif (klik sini). Kerana itulah ketekunan diperlukan untuk saling membandingkan dan mengkaji lantas menggunakan kebijaksanaan akal yang Allah berikan.

Dalam perkembangan yang seterusnya, pemimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Syaikh Abdul Halim Abdul Qadir mengadakan dialog bersama Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi. Dialog ini diadakan ekoran pencabulan hak asasi minoriti Syiah yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dalam pertemuan tersebut, kedua belah pihak sebulat suara bahawa perpaduan pengikut mazhab-mazhab dalam Islam sangatlah penting ketika ini. Kedua-dua ulama tersebut juga yakin, kewujudan individu jahil (90marhalah) dan fanatik (well, you know guys!) dalam masyarakat yang berbilang kaum menjadi batu penghalang gagasan penyatuan ini; sumber berita yang tidak akan dimuatkan oleh media tempatan ini, klik di sini.

Klik juga interbiu Hujatul Islam Muhammad Hasan Vahedi, Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran dengan stesen tv antarabangsa, al Jazeera pada 29 Disember 2010, klik sini.

* Nasib masyarakat Sunni di Iran, klik sini. Fatwa halal tumpah darah, klik sini.


* Pengunjung dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Sila tekan punat seberapa yang anda mahu jika tidak puas mengkafirkan penganut Ja'fari lebih dari sekali.

32 comments:

Mardawiyyah said...

Dr,alfun syukran krn atas info2 yg sgt bernilai dan rasanya xkan dpt kita temui di mana2 media arus perdana...erm..dah jd mcm nih wonder juga..kenapa 90 marhalah terus menyepi...dia xrasa bersalahkah?

meor said...

assalamualaikum

duktur.yang kerajaan lain punya arahan nak pulak didengar.kerajaan sendiri punya arahan nak dilawan.dia punya kerajaan,dia punya polisi la.kita punya kerajaan,kita punya polisi la kan.

duktur.senang2,duduk sana je la.jadi rakyat sana.senang sikit.takda orang nak buat raid.takde nak komplen2.takde nak marah2.hidup aman damai je.

wassalam

chaples said...

assalamualaikum

duktur.yang kerajaan lain punya arahan nak pulak didengar.kerajaan sendiri punya arahan nak dilawan.dia punya kerajaan,dia punya polisi la.kita punya kerajaan,kita punya polisi la kan.

duktur.senang2,duduk sana je la.jadi rakyat sana.senang sikit.takda orang nak buat raid.takde nak komplen2.takde nak marah2.hidup aman damai je.

wassalam

Marhaen Kacak said...

laporan utusan terhadapa syiah di atas sudah melanggar etika penerbitan...

lihat kalimah 'Allah' di muka hadapan surat khabar...tidak patut utusan menyiarkan gambar tu di akhbar...

Freemason Pun Nak Kecoh!!! Loser!!!

Dr Faisal Tehrani said...

meor dan chaples
orang yang sama rupa-rupanya. come on, tentu saudara ada hujah yang lebih baik.

Saya ada hujah yang untuk apa yang saya lakukan bila membela minoriti syiah di Malaysia, istilah itu dalam undang2 antarabangsa ialah obligatio erga omnes.

marhaen kacak, sebab itu kita berasa sangsi dengan serbuan terhadap syiah ini. pokoknya bukan 'sesat atau tidak'. pokoknya ialah ia projek yang bermotivasikan politik. jadi 'etika' pun boleh langgar. bila jadi keresahan diplomatik baru gelabah. dan untuk makluman saudara, serbuan pada hari rabu, berita keluar di akhbar hari jumaat. sesuatu yang jarang terjadi!

AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI said...

syiah ternyata dari dulu dizalimi.
kesian sungguh. minoriti kan. mustadafin. Ali Shariati.
ada jugak manusia sunni kt tanah Melayu ni yg simpati.
memang sosiolog sejati.
tahniah2.
bagus2..
sokong2..

ternyata syiah yg ada hari ini lebih bijaksana dari sunni. Ada matlamat besar. punya perjuangan mendaulat islam. sensitiviti sosial yg tinggi. lebih lantang dan pemberani. lebih bijak membuat keputusan. islam digerun kerana syiah. siapa berani bantah?

brgkali sunni tengah asyik mendalami khazanah ilmu sunninya sehingga mengabai tanggungjawab sosial. mengabai nilai dan norma kehidupan.

Rugi la sunni mcm ni.
Rugi2..

tika syiah ajak bersatu, sunni pula skeptis.

rugi2..

Hidup kita ada matlamat la.
fikir2.

chaples said...

silap.saya ingat nama tu takde dalam google account.sebab selalu hantar komen tak keluar2 pun.baru teringat ada akaun lain.hantar la 2 kali.nak bagi komfem dapat hantar komen.

"The number of peremptory norms is considered limited but not exclusively catalogued. They are not listed or defined by any authoritative body, but arise out of case law and changing social and political attitudes. Generally included are prohibitions on waging aggressive war, crimes against humanity, war crimes, maritime piracy, genocide, apartheid, slavery, and torture. As an example, the world court has regarded the principle that it is impermissible for a State to acquire territory through war as a peremptory norm"-sumber pakcik wiki

sebelum tu

" peremptory norm (also called jus cogens or ius cogens, Latin for "compelling law", pronounced /ˌdʒʌs ˈkoʊdʒɛnz/,[1] or /ˌjʌs/) is a fundamental principle of international law which is accepted by the international community of states as a norm from which no derogation is ever permitted.
There is no clear agreement regarding precisely which norms are jus cogens nor how a norm reaches that status, but it is generally accepted that jus cogens includes the prohibition of genocide, maritime piracy, slaving in general (to include slavery as well as the slave trade), torture, and wars of aggression and territorial aggrandizement"-sumber sama.

takda pula cakap pasal religious oppression.

yang saya komen sebab kenapa perlu untuk guna pandangan kerajaan lain dalam urusan kerajaan sendiri.kita punya kerajaan sendiri.ada polisi sendiri.

duktur juga selalu salahkan wahabi sedangkan duktur nak menyatukan islam.adakah kerana wahabi menentang shi'a.kata mahukan perpaduan.

satu pertanyaan saya.agak musykil.kenapa orang syiah akan tampal nama hussein besar2 sedangkan ramai lagi ahlul bayt yang lain.dan kenapa nama muhammad s.a.w kurang.

lepas ni,harap2 lepas la komen2 saya sebab selalu je sangkut.

wassalam

Dr Faisal Tehrani said...

chaples, meor or whatever your name (profil pun tak ada):

1. obligatio erga omnes termasuklah penindasan agama. praktik contohnya apa? kalau undang2 negara lain dijadikan alasan untuk kita tidak membela orang tertindas maka saya kira saudara tidak perlu membela orang islam India yang masjid mereka, babri dirobohkan oleh pelampau Hindu dan beribu2 orang mati dibunuh sesudah kejadian itu?

lagi contoh, isu falun gong di china, penindasan sami Buddha di Tibet, dan penindasan umat Islam di xinjiang.

* isunya adalah penindasan. Islam bersama orang tertindas. orang asli tertindas pun saya bela, saya karang novel judulnya bahlut. sekarang sedang karang novel bela orang penan. jadi, kalau syiah tertindas sedang mereka pun islam takkan saya yang seniman dan ahli akademik ini nak diam?

2. kenapa saya menentang wahabi? sial baca novel saya Tuhan Manusia. a quick one - merekalah duri dalam daging untuk perpaduan ummah. semua hujah khusrin pada malam serbuan terhadap syiah adalah hujah wahabi yang sungguh ignorant dan angkuh.

3. Jika saudara baca press release masyarakat syiah, saudara akan dapati mereka terima ammanmessage. dan deklarasi itu turut memasukkan wahabi dalam salah satu 8 mazhab yang diiktiraf. saudara perlu tahu sebelum imam khomeini, orang syiah pergi haji sembahyang sendiri2 tak mahu solat belakang imam wahabi masjidil haram. bila datang imam khomeini, beliau mengeluarkan ijtihad (dalam syiah ijtihad tidak ditutup), mesti solat belakang imam masjidil haram hatta wahabi. saudara tidak dengar audio ustaz abdul hadi awang yang saya bekalkan dalam entri syiah: fatwa haji hadi? dengarlah dulu. kemudian guna akal yang ada.

4 kenapa nama husin besar2? dah serbuan itu berlaku ketika hari asyura tentulah nama husin yang menjadi fokus. kalau serbuan itu ketika maulid nabi, maka tentu kita akan lihat sepanduk dengan nama nabi muhammad besar2.

* sekarang saudara tahu kenapa kadang2 komen sdr ditapis oleh Luqman?

chaples said...

terima kasih untuk penjelasan.

1)terima kasih kerana memahamkan saya.ye lah.kurang ilmu.bila salah,tak salah untuk diperbetulkan ya.terima kasih sekali lagi.

2)bagaimana duktur nak katakan yang hujah syiah betul.sedangkan duktur seorang simpatisan syiah.semestinya duktur memihak kepada syiah.sebab itu duktur katakan yang wahabi itulah punca perpecahan.sedangkan di pihak wahabi,mereka mengatakan syiah punca perpecahan.so,mana satu yang betul?kalau lah salah satu salah,kenapa duktur tidak berminat terhadap penyatuan dengan wahabi.mereka juga islam

3)duktur mengakui sendiri dalam ammanmessage wahabi diterima sebagai mazhab.tetapi kenapa duktur seakan-akan tak boleh terima wahabi.dan katakan wahabi itu punca perpecahan.

4)duktur.saya biasa tengok orang syiah ni.mana2 pun usung nama saidina hussein.pergi demo bantah kartun nabi terpampang nama saidina hussein.gambar2 imam.mana nabi nya.saya tak cakap pasal serbuan saja.apa2 saja semua saidina hussein.mana ahlul bayt yang lain.mana sendiri nama muhammad s.a.w.jangan menggunakan nama ahlul bayt untuk kepentingan fahaman sendiri.

jangan pula menuduh orang2 yang menentang syiah ni menentang ahlul bayt.orang menentang syiah pun solat.berdoa dan berselawat ke atas ahlul bayt.

saya pun tak sokong khusrin dalam banyak hal.tapi dalam video harian metro nya,dia tak la cakap semua syiah ni halalkan darah sunni.dia cakap setengah yang fanatik.mungkin betul kan?kemudian,duktur habis2an cerita dia cakap darah sunni halal.pasal 90 marhalah tu,semua orang silap sebut.biasolah tu

*saya baca buku duktur dulu2 lagi zaman belajar.masih lagi baca.tak la semua kan.mana mampu

*apa sebab komen saya ditapis?xde penjelasan.nampak sebab saya ni kurang ilmu dari duktur.tu je

ali said...

Nabi pun kata, Hussein minni wa ana min hussein...

Nabi suruh besarkan martabat hussein...sebut hussein adalah dekat kepada Nabi...macam mana Allah suruh iblis sujud kepada Adam...kita tak tanya pun apa pasal lak sujud kat Adam lak... tak syirik ke?....sujud kat situ tanda hormat dan tanda taat kepada Allah...
Maka sesiapa sayangkan Nabi kena besarkan martabat ahlul bait Ali, Hasan Hussein, Fatimah dst..
Sebab tu kenal ahlul bait akan kenal nabi dan kenal Allah...tak kenal ahlul bait tak kenal nabi dan tak kenal Allah...

pembaca buku said...

Biasalah, Faisal. Tengoklah dalang yang ada di belakang setiap akhbar, atau setiap organisasi, atau institusi. Yang menulis berita atau menterjemah berita mungkin betul tulis dan terjemahnya, tapi apabila sampai pada orang atas, lain pula lenggok bunyinya. Tambah lagi jika ada bunyi-bunyi macam guruh datang dari 'langit', lagi kecutlah suku sakat yang di bawah, ikut sahaja kehendak. Saya tahu sebab saya pernah berada dalam industri kewartawanan ini.

Ok. Tentang tahrif itu. Saya sudah memulakan 'penyelongkaran' isi al-Quran melalui terjemahan dan tafsir oleh Maulana Abdullah Yusuf Ali, terjemahan Uthman el-Muhammady terbitan DBP. Tetapi terpaksa bertangguh kerana ada 'tugas lain' yang mendesak.

Memang saya menyedari tentang pergeseran tafsiran Maulana tersebut seperti yang terdapat pada link yang diberikan itu. Saya pernah membaca dan pernah diberitahu oleh seseorang tentang perkara ini sebelum saya memulakan 'penyelongkaran' tafsir ini. Hanya, saya belum benar-benar berkesempatan untuk membuat perbandingan antarteks dan interteks.

Terima kasih kerana memberi info ini untuk saya tag untuk 'penyelongkaran' seterusnya.

Satu soalan, a quick one in my head, siapa dan mengapa mereka melakukan semua itu? Any answer?

Dr Faisal Tehrani said...

chaples, meor, mistis, fulisakantora whatever:

1. Saya ulang, isunya adalah penindasan. Islam bersama orang tertindas. orang asli tertindas pun saya bela, saya karang novel judulnya bahlut. sekarang sedang karang novel bela orang penan. jadi, kalau syiah tertindas sedang mereka pun islam takkan saya yang seniman dan ahli akademik ini nak diam?

Note: kalau wahabi tertindas pun saya bela.ada orang kata maza ini wahabi, saya pun tak tahu ya tak.saya terima penafiannya. dia yang pernah fitnah saya syiah dan hantar surat sana sini supaya ban karya saya pun saya bela bila dia kena tangkap dengan si rugi tu.nah, kalau wahabi kena tindas pun saya bela. soalnya, wahabi ini tak ditindas, tetapi lebih banyak menindas (kerja rumah untuk saudara)

2. lain-lain isu berkenaan syiah biarlah orang syiah yang jawab. saya tak ada hujah sebab orang syiah mereka mengaji 8 ke 9 tahun di QWom atau najaf baru boleh keluar 'hukum'. bukan macam mazhab lain.

* note: pada hemat saya pengomentar bernama ali ini syiah orangnya. dan dia dah jawab pun untuk saudara.

\(~,^)/ said...

selain Ustaz Kamil Zuhairi tu, di manakah pemuka-pemuka lain yang mungkin mewakili para pencinta Ahlul Bait di Malaysia ini?

Kununnya ada 40ribu orang, kunun lagi satu pula katanya ada 500ribu orang syiah di seluruh Malaysia.

Jadi, takkanlah Ustaz Kamil Zuhairi itu sahaja yang mendepani isu ini bersendirian? Dibela pula oleh simpatisan syiah yang popular, Tn.Hj.Dr. Faisal Tehrani.

Setakat seorang ustaz ini saja bersama simpatisan yang juga bersendirian menghadapi serangan di blogosfera atau alam maya, kalau Mahkamah Syariah buang kes sekalipun dan kes ini senyap pula dari liputan media, siapakah yang rugi dan malu besar di akhir nanti? Yang memang namanya rugi tu dah tentulah tetap rugi sampai mati.

Kepada para pemuka pencinta Ahlul Bait di Malaysia ini SELAIN Ustaz Kamil Zuhairi dan 200 orang syiah itu, di manakah muka kalian ketika Amir Muhammad yang diketahui umum selaku seorang pembela seksualiti tertindas juga bersuara tentang isu syiah ini.

DI MANA? DI MANA? DI MANAKAH KALIAN?

Muntazhar said...

Salam...

Semoga link-link di bawah berguna kepada mereka ynag ingin melebarkan ilmu :

100 Soalan :
http://www.answering-ansar.org/challenges/100questions/en/chap2.php

Lagi 20 Soalan :
http://www.answering-ansar.org/challenges/20questions/en/index.php

Allahumma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

chaples said...

satu lagi nak tanya.kenapa lambang negara iran pun ada time serbuan tu.10 muharram ada kena mengena dengan negara iran?bukan ke pasal saidina hussein?

Kembar said...

salam

saya sebenarnya kesian kat saudara. kalau saudara nak nafi saudara ni syiah, itu saudara punya pasal. Tapi dari segi tulisan, sapalah nak percayakan?

Dekatkanlah dengan Al-Qurán. Baca dgn hati yang ikhlas utk mengenal Allah dan RasulNya. Nak kasihankan syiah, banyak lagi fahaman yang lain yang diharamkan. Qadiani, Al-Arqam, Ayah Pin. ha, perjuangkan sekali.

Tapi anda syiah jadi2an. watpe nak bela yang lain2 tu kan? Saudara budak KIK, saya respect, pasal saya pun skolah kat situ. Tapi KIK mengajar saya Islam itu agama yang logik, waras serta mudah, tapi anda seperti menjadikan Islam itu sebaliknya.

Kasihan lagi kasihan

behlul said...

assalamualaikum..

tak kenal maka tak cinta..
ayat yang biasa tapi kenyaataan
itu masih boleh diguna pakai..

tertarik dengan perbalahan ini..
saudar meor adakah ada simpati
dengan wahabi.. kerana nampak saudara
lebih cenderung ke arah situ.. untuk
pengetahuan saudara meor.. wahabi
baru muncul sekitar 300 tahun sedang
syiah ini sudah berada lebih 1400
tahun.. iaitu semenjak rasulullah
lagi di mana syiah (pengikut) ali
sudah ada lagi..
saya tak nak ulas panjang sangat.. cuma nak saudara cari buku sejarah.. cari kenapa imam hussin
syahid di karbala.. dan mengapa rasulullah sendiri menangis saat
imam hussindilahirkan.. moga
saudara orang boleh memahami
dengan pembacaa bukan dengan
dengar cerita satu pihak aja..

abu mohsein said...

Dr. Faisal Musawi,

Sedikit pembetulan, dalam tradisi pembelajaran di Qom atau mana-mana Howzah masa yang diambil selama 8-9 tahun masih lagi belum boleh mengeluarkan hukum atau ijtihad. Sebenarnya mereka hanya baru tamat peringkat awal sahaja dalam kerangka membentuk diri sebagai ahli ilmu dan masih lagi pelajar.

Tamat pembelajaran tersebut mereka di anugerahkan "Serban" tanda gelaran Hujjatul Islam tidak seperti masyarakat kita memakai serban tanpa "Nilai" dan "Virtue: tertentu walau pun baru satu hari kenal Islam.

Untuk menjadi mujtahid (Ayatullah) ada yang memerlukan 15 tahun -30 tahun....Ada juga yang telah bergelar Ayatullah, tapi masih lagi mengistilah diri sebagai pelajar dan menjadi pelajar kepada Ayatullah Uzma lain atau yang menjadi "Marji'". Di sinilah gist ilmu dan penghormatan mereka kepada ilmu dan kedalaman mereka dalam memperincikan ilmu disamping pendidikan akhlak rohani dan jismani yang tinggi yang lahir dalam Irfan yang menguasai mereka.

Rakan saya seorang Filipino pernah belajar dengan seorang Ayatullah yang menjadi murid kepada Ayatullah Montazeri yang ketika itu berumur 70 tahun setelah selesai mengajar beliau masih mengikuti kelas dan kuliah ulama lain yang lebih tinggi kedudukannya dalam bidang masing-masing.

Budaya ilmu masyarakat Syiah amatlah dikagumi oleh kawan dan lawan. Lihat saja tulisan-Henri Corbin yang tenggelam dengan keilmuan dan penghayatan ilmu yang fitri yagn berjaya disampaikan olehnya kepada Barat.

8-9 tahun belajar dalam dunia Syiah hanyalah asas sahaja dalam tradisi ilmu Ahl Bait. Walau pun begitu tahap keilmuan dan keupayaan mereka mengkaji dan memahami Islam amatlah terpuji oleh lawan dan kawan.

Oleh itu ambillah hikmah itu..walau pun dari musuh kita sekalipun.

Tabula Rasa

mohd ihsam zainuddin said...

buat meor,chaples dan sama waktu dgnnya.....

masaalah saudara sama lah seperti solan berikut:

1.kenapa kerajaan malaysia sibuk mengatakan amerika sbg "polis dunia".lantak dia lah apa dia nak buat.hal negara dia, bukan hal negara kita!

2.buat apa nak sibuk2 memperjuangkan rakyat palestin? biarlah rakyat palestin yg selesaikan.buat apa kita nak sibuk2 tolong palestin! itu bukan urusan negara kita!

3.kenapa malaysia nak marah sangat dengan israel! biarlah israel dgn hal dia dan kita dgn hal kita!

4.buat apa kita sibuk dgn demokrasi di myanmar! biarlah dia dgn hal negara dia, kita dgn hal negara kita! negara kita pun kadang2 tak de demokrasi!

pesanan saya, jgn buat tuduhan melulu.beranikanlah diri mengkaji dan mempelajari apa itu syiah imamiah! tak rugi bagi org yg benar2 yakin terhadap pegangannya terhadap kebenaran! jumpa org2 tua kita yg lebih dahulu mengenali hussin drp kita! spt dlm berzanji selalu didodoikan kpd anak2 kecil : marhaban ya hussaini!

abu mohsein said...

Komentar,

Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sengaja atau tidak atau keraa kejahilan seseorang maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semua sistem dan tatacara pelantikan dan penempatan pegawai terutamanya PTD yang menguasai hampir semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan termasuk bidang-bidang yang bukan kemahiran mereka.

Bagi jawatan Pengarah Jabatan Agama, walau pun nak diletakkan PTD (M) padahal sepatut ustaz2 (S) yang layak, hantarlah PTD yang mempunyai latar belakang agama. Ramai juga pegawai PTD yang berlatar belakang agama yang mampu untuk mentadbir dan mengetuai Jabatan Agama.

Kita melihat bekan Pengarah Jais bukan lah berlatar belakangkan agama dan tak tahu pulak Pengarah baru dilantik tu adakah mempunyai latar belakang agama atau tidak.

Sebaiknya berilah peluang kepada Ustaz2 di Jabatan Agama itu untuk mengetuai Jabatan Agama supaya hal berkaitan dengan agama dapat ditangani dengan lebih baik dan tidak menimbulkan fitnah dan memburukkan nama penjawat awam khususnya PTD ketika memberi komen kepada pihak media yang juga "ba ya nga wau nga" dan "murakkab".

PTD yang generalist itu perlu berada dalam kerangka 8 bidang sahaja. Bila berkaitan dengan agama maka kembalikan orang agama mengetuainya dan bukan PTD yang mencacatkan Jabatan Agama dan Agama keseluruhannya. Jelas ianya menampakkan kejahilan PTD dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah JAIS dan seterusnya memalukan perkhidmatan awam keseluruhannya kerana telah menjadi berita antarabangsa.

Lebih memalukan pihak media tempatan yang telah mem "blackout" berita dan melaporkan apa yang hendak dilaporkan sahaja sesuai dengan kehendak 'stakeholder atau pemilik' masing-masing dan MENGORBANKAN nilai kebenaran dan demokrasi dalam mengutarakan sesuatu sebagai seoang rakyat dan manusia.

abu mohsein said...

Membela mustadafin dan menentang mustakbirin adalah sunnah para anbiya dalam sejarah kewujudan manusia.

Keseluruhan ajaran Islam mengajarnya tak kira apa mazhab tak kira siapa. Selagi mereka itu tertindas maka menjadi tanggungjawab Muslim untuk membela dan mempertahankan dengan kekuatan yang ada. Inilah keadilan yang wujud dalam ajaran Ahl Bait.

Lihat saja bagaimana Ali ketika ditetak kepalanya oleh Ibn Muljam, para sahabat menagkap dan mengikat tangannya dengan kuat sehingga berdarah, namun ALi mengarahkan supaya dilonggarkan ikatannya. Pelaksanaan keadilan dan penghayatannya sama sekali tidak ditinggalkan walaupun dalam keadaan kritikal. Itulah Ali k.w.

Benar kata Dr. Faisal Musawi Tehrani iaitu asasnya adalah penindasan bukan mazhab , bangsa atau agama. Hatta jika penindasan dilakukan keatas binatang dan tumbuh-tumbuhan sekalipun ajaran Islam menghendaki kita mempertahankannya.

Argumen Meor dan rakan taulannya itu tidak berpijak di atas nalar pemikiran yang betul malahan barada dalam keadaan aqal yang kurang sihat dan memerlukan pembersihan dan pemograman semula kerana jika begini caranya mereka membincangkan sesuatu perkara maka natijahnya tidak akan tercapai. Kepalsuan, kesombongan dengan kebencian akan timbul dan mengundang permusuhan yang berpanjangan.

Defragmentasi pemikiran mereka seperti ini perlu disegerakan agar tidak membunuh aqal dan hati orang lain yang membawa kepada terarah kejalan yang mendapat keMurkaan Allah s.w.t.

"La Dina Li Man La Aqlahu"

Itulah neraca sebenar dalam BerAgama.

Dr Faisal Tehrani said...

abu mohsein

terima kasih atas penjelasan dan pembetulan. moga ada manusia (manusia bukan insan) seperti kembar boleh memahami.

chaples

ketika piala dunia, orang yang bukan dari argentina, ghana, jepun dan segala negara lain pun mengenakan jersi negara2 yang tidak ada kena mengena kerana suka (cinta). tambah2 Rasulullah saw pun mencintai Iran:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..."

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).

ali said...

Kembar menulis:
"Baca dgn hati yang ikhlas utk mengenal Allah dan RasulNya. "

Mungkin beliau boleh mengikhlaskan hati membaca ayat ini:

Surah Hud: (113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Dalam ayat ini disebut "wala tarkanu" (cenderung) atau secara mudah dalam hati ada perasaan simpati kepada orang yang berbuat zalim bermakna dalam hati mesti ada perasaan tidak suka ..tidak simpati ..dan hendaklah ada perasaan berada dekat ..ingin membela golongan yang dizalimi..atau dengan bertindak membantu golongan yang dizalimi...

Tidak boleh duduk diam sehingga tidak menghiraukan umat Islam yang ditindas..kerana sekecil-kecil iman ialah dalam hati mesti ada perasaan tetapi kalau dah tak ada perasaan peduli kepada permasalahan umat Islam..itu sudah tergelincir jauh dari keimanan.

Baca sejarah apa yang berlaku kepada Saad bin Abi Waqas...apabila beliau menjauhkan diri dari permasalahan yang berlaku pada zaman Imam Ali...tidak memihak..akhirnya anaknya Umar bin Saad menjadi keolompok yang membunuh Imam Hussein as..anak tidak kenal pihak yang benar dan salah...akibat bapa tidak menunjukkan sikap memihak kepada kebenaran.



Tetapi kalau buat tak tahu itua tidak

Saiful Anuar said...

Assalaamu'alaikum warahmatullah..

Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berkata kepada saudaranya, ‘Hai Kafir!’ maka ucapan itu kembali kepada salah seorang antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan.” (0049) Sahih Muslim

Berhati-hati apabila menuduh orang membuta tuli. Syiah tidak kafir, Wahabi tidak kafir, Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak kafir.

Tuduhan kafir adalah tuduhan yang serius yang membolehkan orang yang menuduh (jika tidak benar) dimasukkan ke dalam neraka.

Begitu juga para sahabat yang dijamin masuk syurga antaranya Abu Bakar r.a, Umar al-Kaththab r.a, Uthman r.a, Ali r.a, Abdurrahman bin Auf r.a dan sahabat yang lain tidaklah kafir.

Menuduh secara membuta tuli tanpa hujah ilmiah yang benar dan dari jalan yang salah adalah nyata satu kesesatan dan kesalahan yang besar.

Moga Allah yang Maha Penyayang menyatukan umat Nabi Muhammad saw berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

lalok said...

bukan masalah syiah atau wahabi..tapi masalah pemikiran manusia itu samada sedia untuk mendalami sesuatu ilmu yg berada di luar sempadan..kita hukum agama buddha adalah sesat berpandukan Al-Quran..sampai mati pun penganut buddha tak akan percaya..tapi kalau kita hukum berpandukan kitab2 buddha..seorang buddha yg berakal akan terima pendapat itu kerana semua manusia menggunakan bahasa logik yg sama..nak memahami wahabi itu apa..dapatkan ilmiah2 dari penulis2 wahabi..nak memahami syiah itu apa..dapatkan ilmiah dari penulis2 syiah..ilmiah bermaksud penulisan saintifik..bukan penulisan hantam kromo..agak bodoh org yg tiada kelebihan ilmu berbicara dengan menggunakan retorik kosong..seolah2 semua manusia yg akan memahami penulisannya tidak mampu berfikir sebaik lembu..fikir2kanlah..

Zuljanah said...

Salam,

Sekadar renungan...

Kalaulah kita ini menjunjung tinggi Al-Quran dan benar2 berpegang dengannya, maka apakah pendapat tuan sekelian berkenaan dengan ayat wahdah berikut ?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah". Kemudian jika mereka barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (3:64)

Al-Quran menganjurkan kita untuk bersatu dengan Ahlul Kitab (yang sudah terang2 tidak beriman dengan Muhammad saw dan Al-Quran) atas dasar Allah yang Esa, maka adakah anjuran ini merangkumi sesama umat Islam sendiri ? Jika tidak, kenapa dan apa syarat2 selainnya. Jika ya, bolehkah kita menerima mereka yang mengucap 2 kalimah Syahadah sebagai muslim dan kita adalah bersaudara ?

Wasallam.

chaples said...

salam alaikum

duktur.buat kesekian kali nya komen saya tidak dipaparkan.saya tahu ni rumah duktur.tapi apa salahnya kalau kita berbincang.sedangkan dalam komentar saya tu,saya buat kerja rumah seperti apa yang duktur buat.saya bawakan entri duktur sebelum ni.kalau beterusan macam ni,bukan ke boleh jadi fitnah ke atas saya.

kepada mohd isham,behlul dan juga ali.
kemungkinan saudara2 terlepas pandang komen saya.saya sudah mengakui kekurangan ilmu saya dan juga berterima kasih di atas pencerahan duktur.adakah saya masih lagi berbicara mengenai penindasan.fokus pada isu.ada juga komen saya tidak disiar.so,maybe orang tak faham apa yang saya maksudkan.

kepada abu mohsein.bagaimana saya punya argumen dikatakan tidak berpijak pada nalar pemikiran sedangkan saya sudah mengakui kesalahan akibat kekurangan ilmu.salahkah saya mengaku salah.salahkah saya mendapat pencerahan dari duktur.mungkin sebab duktur terus berkata mengenai isu penindasan walaupun sudah diterima maksud sebenar.

duktur.nampaknya duktur terlalu mengagungkan iran.sedangkan hadith nabi itu ditujukan kepada salman al-farisi.seorang yang datang beribu batu jauhnya untuk beriman dengan nabi.bukannya nabi maksudkan kepada tanah parsi.dan juga tanah parsi itu tersangat lah luas.6x ganda besar daripada iran.

prihatin said...

Assalamualaikum Dr Faisal Tehrani,

“yang kerajaan lain punya arahan nak pulak didengar.kerajaan sendiri punya arahan nak dilawan.dia punya kerajaan,dia punya polisi la.kita punya kerajaan,kita punya polisi la kan.senang2,duduk sana je la.jadi rakyat sana.senang sikit.takda orang nak buat raid.takde nak komplen2.takde nak marah2.hidup aman damai je.kalau nak jd syiah biarlah kat negara iran dn jangan di Malaysia”.(Kata-kata Meor)

Islam dan keimanan bukannya terletak pada negara ttp Islam dan keimanan itu terletak pd individu dan kalau Islam dan keimanan itu terletak pd negara Rasul tidak perlu menyampaikan dakwah Islam hingga sampai kepada kita hari ini yang mana telah diteruskan oleh sahabat yang setia pada baginda samada dengan peperangan atau jalan damai.

Persoalannya di sini adakah kita lebih hebat daripada Rasul sehingga jikalau sesiapa saja nak masuk Islam di Malaysia syaratnya adalah Islam Ahlul Sunnah dan Mazhab Shafie.

2. Penindasan
“Membela mustadafin dan menentang mustakbirin adalah sunnah para anbiya dalam sejarah kewujudan manusia”. (meminjam kata-kata abu mohsein).

Jelas sekali isu di sini adalah penindasan dan penindasan yang pastinya bukan berlandaskan mazhab, agama. Sesiapa saja yang ditindas kita wajib membelanya.

Islam mengajar supaya sentiasa membela golongan mustadafin dan menentang golongan mustakbirin.

Semasa peperangan Teluk pada awal tahun 90an apabila Kuwait di ratah oleh Iraq, cuba perhatikan golongan syiah berganding bahu dengan ahlus sunnah dalam mempertahankan Kuwait dan akhirnya kerajaan Kuwait sedar yang syiah akan setia dalam mempertahankan Negara.

Kalau sesetengah manusia merasakan bahawa bukan tanggungjawab untuk mempertahankan golongan mustadafin dan golongan tertindas maka janganlah mendabik dada dan berkata kami adalah Ahlussunnah Wal Jamaah kerana jikalau kalian pengikut sunnah Rasul yang sebenar kalian tidak akan berfikiran sedemikian.

Saya seorang simpatisan pada syiah dan mereka yang tertindas dan orang asli tertindas pun saya bela (meminjam kata-kata dr.).

Apabila seseorang itu menjadi simpatisan kepada sesuatu golongan atau masyarakat adakah orang tersebut akan menjadi sebahagian daripada golongan itu juga?.

Mereka yang beranggapan hidup ini sebagai satu perjuangan akan sentiasa berjuang untuk mempertahankan hak-hak golongan yang tertindas. Itulah keindahan Agama Islam, Agama Ilahi yang sentiasa perihatin terhadap saudara sesama Islam.


Wassalam

prihatin said...

Saidina Ali dalam suratnya kepada Malik Asytar Gabenor Mesir menulis:
“Di saat kamu dilantik menjadi gabenor janganlah sesekali kamu bertindak seperti seekor binatang buas yang hanya tahu mengambil kesempatan untuk peribadi tetapi rakyat diabaikan dan ditindas. Berlakulah adil kepada rakyat kamu kerana rakyat kamu samada mereka adalah saudara seIslam kamu atau pun saudara sepenciptaan kamu”
Malangnya , manusia cukup rakus, durjana, hipokrit dan munafik, apabila ingin mengejar sesuatu jawatan dunia sesetengah daripada mereka sanggup memperjudikan maruah diri dengan menggunakan alasan agama semata-mata inginkan jawatan tersebut sehinggakan sanggup melakukan penindasan dan menaburkan fitnah...

Inilah sendiwara sesetengah umat manusia yang mengaku diri mereka Islam dan penguatkuasa jabatan Agama Islam tetapi apabila ada golongan yang memperingati kesyahidan putra Rasul yang dikenali oleh umat Islam mahupun bukan Islam di karbala, mereka di fitnah, di kecam dan di hina semata-mata untuk kepentingan jawatan dan kebahagian dunia.

Inilah satu kesilapan yang besar apabila meletakkan yang bukan ahli pada tempatnya…. Templaknya dirasai oleh PTD… Lepas menghina dan menaburkan fitnah dia pun “cha alif boot”…

Wassalam…

ali said...

chaples said...
"duktur.nampaknya duktur terlalu mengagungkan iran.sedangkan hadith nabi itu ditujukan kepada salman al-farisi.seorang yang datang beribu batu jauhnya untuk beriman dengan nabi.bukannya nabi maksudkan kepada tanah parsi.dan juga tanah parsi itu tersangat lah luas.6x ganda besar daripada iran."

INI SATU CONTOH PERCUBAAN UNTUK MENTAKWIL DAN MENGALIH MAKSUD MENGIKUT SELERA SENDIRI. SAMA SEPERTI PUAK-PUAK ANTI SYIAH DI MANA JUA MEREKA BERADA SAMA...

Apabila Nabi SAWA menunjuk Salman dan menyatakan sifatnya orang yang bernama Salman yang berbangsa Parsi. Yang dihighlightkan ialah sifatnya seorang yang berbangsa Parsi yang bernama Salman. Tidak kira di mana juga mereka berada...seorang Parsi sanggup mendapatkan Islam walau jika ia berada di bintang suria. Adakah patut anda mengatakan Nabi tidak tujukan kepada tanah Parsi...sudah pasti Nabi tujukan kepada seorang individu Parsi yang mempunyai sifat sedemikian..tanah tidak boleh buat apa-apa...tanah melayu tapi pada masa ini bukan lagi semua penduduknya orang Melayu...sebab tu nabi sebutkan sifatnya seorang yang bernama Salman berbangsa Parsi. Maknanya orang Parsi mempunyai waktu sedemikian...Negara Iran negara orang Parsi pada masa ini. Tapi jika orang Parsi duduk kat Malaysia..dapat warganegara dan mempunyai majoriri...maka Malaysia akan jadi negara orang Parsi pulak.

Hal-hal yang mudah seperti kenyataan Nabi ni...tetapi jika anda cuba memesongkan maksud dan mentakwil mengikut selera anda ...maka kajian ini saya rasa tidak perlu bagi anda.

Ain said...

Hmm..ada sesiapa perasan tak, dlm ggambar tu janggut wakil Malaysia sangatlah putih & janggut wakil Iran tu sangatlah hitam. Ada kemunkinan guna bleach atau pewarna rambut tak??

Hehe. Gurau je. Macam tu lah Sunni dan Syiah. Perbezaan nya sekadar luaran, tapi akidahnya masih sama. Warna janggutnya lain2 tapi dua-dua mangikut sunnah Rasullullah yg menyimpan janggut..oh dan kedua-duanya Islam.

Cherstina said...

ada tak orang Islam yang tak bermazhab.. mungkin mazhab tu pun ada yang tak tau maknanya.. tapi Islam yang ini semua Rukun Iman & Rukun diimani dan buat.. So macamana nak klsifikasikan orang Islam macam ni ye...DR FT tolong jawab... baik.