19 January 2011

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia: Syiah Imamiyah Adalah Sebuah Mazhab

Ketika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak ke atas Syiah, pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) menegaskan Syiah Imamiyah dan Zaidiyah sudah diakui sebagai sebuah mazhab dan tidak ada sesiapa pun berhak mengkafirkan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan penindasan terhadap Syiah di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah mengadakan pertemuan bersama pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Abdul Ghani Shamsudin setelah Solat Jumaat (14-01-2010).

Hujjatul Islam Wahidi menerangkan harapan pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia daripada para ulama, pensyarah universiti dan cendiakawan ialah membendung tidakan yang membawa risiko perpecahan di kalangan umat Islam. Perpaduan antara Mazhab dalam Islam merupakan topik yang penting untuk diketengahkan kepada masyarakat umum hari ini.

Hujjatul Islam Wahidi berkata para ulama dan ahli Fiqh Syiah sudah memberikan penjelasan terhadap pendirian sebenar mazhab mereka dan tersebarnya fitnah-fitnah baru-baru ini disebabkan kurang informasi yang tepat serta kemunculan konspirasi yang ingin menghancurkan Islam.

Syaikh Abdul Ghani Shamsudin selaku pemimpin SHURA menerangkan memang sudah wujud perancangan musuh yang ingin memusnahkan Islam dari dalam adalah bertentangan dengan pandangan umat Islam di Malaysia. Beliau menambah, "Empat Mazhab iaitu Imamiyah, Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zahiriyah sudah diakui secara rasmi oleh umat Islam dan tidak ada sesiapa pun berhak mengkafirkan mereka".

Abdul Ghani berkata satu pendekatan dialog harus dilaksanakan supaya dapat membetulkan tanggapan umat Islam di waktu mendatang. Kata beliau lagi, "Memperbaharui pandangan dan meluruskan pendapat yang tidak sahih adalah satu kewajipan dalam agama".

"Iran merupakan sebuah negara yang sudah berjaya dalam perkara ini, dan ulama Iran tidak seperti di Malaysia, mereka ada pengaruh dan kekuatan yang sepatutnya di tengah masyarakat. Matlamat penjajah tidak mampu menghancurkan negara ini. Walau bagaimanapun ulama Islam di Malaysia membela Iran demi kekuatan agama ini dan penganutnya".

Pertemuan ini juga turut membincangkan kerjasama antara rakyat Iran dan Malaysia untuk mengasaskan sebuah institusi yang membincangkan masalah Tauhid dan Pendekatan Antara Mazhab. Mereka berdua turut bertukar-tukar fikiran tenang Seminar Perpaduan Umat Islam yang akan dianjurkan di Tehran nanti.

Sumber di sini. Nota saya: Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin tidak tahu ke selama ini ada pihak tertentu mengkafirkan Syiah? (klik sini)

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

49 comments:

Hafiz Zaine said...

kenapa seronok menghukum?. bila lah boleh belajar menerima?.

lalok said...

alamak..alamak..
menyusahkan mak bapak (kat dlm kubur)..
alamak..alamak..
kat sana hey..
kita pulak (kena seksa jugak)..
melody mcm laku niko..

freemalaysiakini said...

salam, sila layari www.freemalaysiakini.com ianya percuma.....sebarkan kepada pembaca blog anda ...sama-sama kita jayakan kempen berita percuma bagi pengguna internet Malaysia

matamata said...

semoga umat islam dapat bersatu semula...

pembaca buku said...

"Mereka [segelintir intelektual tertentu] tidak dapat membayangkan bahawa sebuah budaya, sebuah mazhab, sebuah ideologi, yang tujuannya adalah kebenaran, yang ditujukan kepada fitrah manusia, yang pesannya universal dan berorientasikan keadilan, kesucian, spiritual, cinta, kemurahan hati dan perjuangan melawan kezaliman, dapat melahirkan gerakan dan revolusi yang hebat - revolusi insaniah yang penuh dengan rahmat Allah, cahaya spiritual dan nilai-nilai manusiawi, sekalipun telah berulang kali menyaksikan contoh-contohnya dalam sejarah." - Muthahhari

Demikianlah.

rosley said...

Jumpalah dengan orang ada kuasa macam yang pergi ke Oman tu atau Pengerusi Barang Naik. Jgn dengan U sebab orang U kata Iran iktiraf kesungguhan U memertabatkan Islam di Malaysia ari ni. Habis Iran terpeleot.

yamanashi miyuki said...

Kadang2 ak tngok faisal tehrani ni berlebih2 mmbela syiah. Aku pun xfhm la. Apa motif sbrnar kau ya?

pembaca buku said...

Mr. Yamanashi,

You dont have to bother Faisal. You have the answer yourself.

I quote this from your profile:
"why do u live in this world? Becuz we have the same God to be worshipped. and becuz we have to live harmonically, and do our roles nicely without corruptions."

Thank you.

Dr Faisal Tehrani said...

Sdr Yamanashi

Saya ambil dan turunkan perenggan dari profil sdr sendiri:

"I am a Muslim living in a racist country. This blog is storing all info. on how this world should work according to me. Therefore, feel free to comment and speculate.

why do u live in this world? Becuz we have the same God to be worshipped. and becuz we have to live harmonically, and do our roles nicely without corruptions."

Sdr, You have put it nicely, why do you question me?

Zuljanah said...

La kan dah kantoi..

Macamtulah kebanyakan kita....
Bila bab berfalsafah ni hatta malaikat mukarrabin pun berasa segan dan tersipu :), tapi bila tiba bab sikap dan amalan, hmmm jauh panggangnya dari api. Sebabtu orang kata sering-seringlah 'mencermin diri' mudah-mudahan elokla sikit kelakuannya.

Saja bergurau jangan ambil hati, sebab saya tujukan ini khas untuk diri saya sendiri. :)

ali said...

Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah. (al-Quran 3:113)

Sesungguhnya ini adalah umat kamu; umat yang satu; dan Aku (Allah) adalah Rab (Tuhan)mu, maka sembahlah (Allah). (al-Quran 21:92)

Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi Dia menyesatkan siapa yang Dia mengkehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan sungguh, kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu telah buat. (al-Quran 16:93)

el-Zehra said...

Salam, saya sendiri buntu akan pendekatan bagaimana lagi boleh dilaksanakan supaya golongan Sunni boleh bersikap terbuka dengan minoriti Syi'ah? Kita mengajak mereka berdialog tapi mereka menolak disebabkan telah tertutupnya pintu perbincangan antara kita dengan mereka. Mengapa mereka lebih suka menghukum sebelum mendengar apa2 hujah dari kita. Ungkapan "dengan Wahabi tiada masalah kerana hanya perkara furu' namun dengan Syi'ah, perlu ditolak kerana masalah Usul" seolah2 sudah sebati dikalangan ilmuan dan ulama di negara kita.

"Jika mahu menjadi Sunni, jadilah Sunni yang baik seperti Dr. Ali Jum'ah, Mahmud Syaltut, Salim Bisri, Khaled Marshal dan bukan menjadi Sunni yang berperangai Wahabi yang lebih suka menghukum sebelum mendengar"

lalok said...

Apa motif sbrnar kau ya?

nak kasik kita di malaysia ni kembali duduk dlm kesesatan..sapa2 yg berminat untuk sesat..sila kenalpasti caranya..jika tersilap cara..anda masih belum layak untuk tergolong dalam kumpulan yg sesat..lebih byk ilmu2 berkenaan kesesatan yg berjaya diperolehi..lebih tinggi kredit yg akan anda dapat..rating manusia paling sesat ni ada ura2 akan dimasukan ke dlm hip tv (di tv9)..siapa individu paling sesat di malaysia hari ini..jgn tak tonton..mmg sudah jadi satu fitrah manusia akhir zaman ini untuk berlumba2 membuat perkara yg di larang tuhan..bukanlah satu perkara yg pelik bila solat itu menjadi hiasan badan..syak wasangka dgn kejadian Allah itu menjadi mainan hati..ilmu menjadi tatapan bukan untuk direnungkan..akal dikawal agama seolah2 agama tuhan ini mengongkong manusia..sedangkan agama itu fitrah dan mesti selari dengan apa yg akal pertimbangkan..nak lebih menarik lagi..nafsu membuak2 menghalalkan segalanya termasuk fatwa en hassan din yg secara saintifik terbukti tidak tepat..dan yg menariknya..selain dari pendapat saya adalah sesat..kalau anda semua berbeza pendapat dari saya..bermaksud anda semua telah sesat mengikut kayu ukur saya..kemungkinan anda akan diinterview oleh en richie rachman..haha..glamour beb jadi org sesat ni..

wardah munirah said...

Masalah menjadi besar apabila masyarakat mengamalkan sikap taasub / fanatik terhadap mazhab dan menidakkan segala bentuk aliran pemikiran untuk mempertahankan mazhab masing-masing?

Perbuatan sebegini hanya merencatkan perbincangan ilmiah dan penyebaran pengetahuan dengan berhemah.

rumiAmr said...

Bukalah segala pakaian hari-hari mu
baik sunni, baik shiah,
baik wahabi, atau apa saja gelar kau beri

Bukalah dengan mata hati mu
dengan pancaran aqal mu
dari tuhan memberi ajar

Kerna kita berkongsi niat
mahu dekat dengan pencipta
Iqra', sebagaimana seru Allah yang pertama..
'Bacalah'

ArepChePha said...

Apa la der,

Pandai2 aje cakap orang sesat, kalau mengaku sunni, jangan melabel orang sesat x tentu pasal, sebab kalau sunni th ASWJ, die x menyesatkan orang membuta-tuli, itu yang saya belajarlah.

Iniksan syiah, yang sama-sama mengucap dua kalimah syahadah yang sama baris perenggan dgn kite (mungkin ade yg lain, tpi itu minoriti, ade je yg label sunni, mengucap benda lain gak kan?)...

Janganlah jadi macam melayu jalanan, asal sentuh sensitiviti bangsa sikit aje, terus melantun melenting, padahal patutnya agama didahulukan. Kes-kes nh la yang jadik orang non-muslim masuk masjid pun salah, non-muslim baca quran pun salah kat malaysia padahal kat luar negara, benda nh x jadi pon...

Ape la der

kiaisepuh said...

mohon maaf ya ..ada sebuah buku kecil yang saya beli di kelantan lebih kurang tajuknya "Bagaimana aku menghancurkan Islam" catatan dr hamery..kalau dibaca buku ini memang dasyat begitu terperinci cara2 mereka ingin membelasah umat Islam. tapi apa yang menarik antara catatan itu apabila penyamar ini sampai diiraq kalau tidak salah saya ada catatanya dia mengatakan bahawa org sunni dan syiah disana sebenarnya hidup aman dan damai mereka masing2 menjadi sahabat antara satu sama lain...wlaupun terdapat perbezaan pandangan..maka katanya aku di tugaskan memikirkan kaedah bagaimana umat ini dapat di hancurkan...kalau saudara terjumpa buku ini bolehlah baca-baca...

Farihan said...

Bila kita pandai bermain perkataan, pasti kenyataan akan dikaburi niat. Kalau kita baca sebenar2nya apa yang dikata oleh Shiekh Shaltut itu sebenarnya berkenaan dengan ibadah bukannya akidah. Namun, kita lihat seolah-olah ada cubaan menipu oleh mereka2 yang berkata2 seolah2 Syiah itu diterima seluruhnya. Namun, hakikat yang nyata bahawa banyak lagi Ulama2 ASWJ lain yang menentang Syiah habis-habisan tak dinyatakan pula. Mungkin pada pandangan mereka yang Syiah di sini, kita yang ASWJ perlu mengikut ulama2 Sunni yang diluluskan oleh Faisal Tehrani. Jenaka hina apakah ini? Di Malaysia akidah Syiah tidak dapat terima. Sila balik Iran. Dan kepada mereka yang mengaku Sunni tetapi lagak seperti orang terbuka, masalah ini bukanlah masalah baru. Jawapan sudah ada. Di blog ini tidak ada apa2 tentang kajian Usul Syiah yang dibawa oleh FT, yang ada sekadar cubaan2 untuk kita pengikut2 ASWJ simpati dan terima gaya dan lagak Syiah. Itu sahaja. Kalau zaman sebelum Wahabbi muncul, penentang Syiah di label Nasibi, namun ketika ini semua penentangnya dipukul rata Wahabbi. Labelkan lah apa pun tetap ku tentang!

ArepChePha said...

Salam,

Jadi saudara Farihan bersetujulah, di kalangan ulama' ASWJ, ada khilaf tentang penerimaan shiah nh?

So, adab dalam perkara nh, terimalah yang mana anda secara peribadi bersetuju, kan? Dan adabnya lagi, janganlah berlebih-lebihan bila ada khilaf nh, dan hormat pilihan orang lain, kan?

Ke macam mana ek? Saya tak pandai sangat. Sape2, boleh tolong jawab x?

Erti Kesenangan Dunia said...

salam....

hmmm.. kalau manusia cam Farihan x diciptakan-NYA. Susah juga saya nak belajar mengecam antara "Bijirin yang elok dan bijirin yang rosak". Bak Kata Luqman al-Hakim: "Aku belajar beradab dari orang yang tidak beradab."

Jadi, saya hormatilah Farihan sebagai penentang. Kalau satu masa ia jadi penyokong pula akan saya diamkan diri saya sahaja. Senyuman sahaja yg dapat dilemparkan kepada Farihan. Hanya senyuman.... Hanya senyuman....

wasalam

ArepChePha said...

Dalam hal nh, saya perlu lebih perincian,dan menasihatkan sahabat-sahabat saya yang sama juga.

Namun, pendirian saya masih sama, bahawa melayan syiah dengan kasar adalah tidak patut sama sekali, berdasarkan akal lojik dan hak-hak asasi manusia, dan pendirian-pendirian ulama ASWJ yg 'moderate'.

Dan lagi, rujukan saya dan juga rujukan kebanyakan ASWJ yang 'moderate', Tuan Guru Yusuf al-Qardawi juga sedemikian rupa. Boleh rujuk disini (http://www.shiitenews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2198:top-sunni-religious-cleric-shia-and-sunni-should-not-stand-against-each-other-&catid=65:rest-of-world&Itemid=70) tentang pandangan beliau berkenaan isu shiah-sunni di Lubnan.

Dan ini pula (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1221720332665&pagename=Zone-English-Living_Shariah%2FLSELayout) pendirian beliau secara umum tentang syiah.

Sekali lagi, perincian yang lebih diperlukan, untuk pemahaman semua.

Moga Allah sentiasa merahmati kita, insyallah. Syahadatul Haq

lalok said...

di blog ini tidak ada apa2 tentang kajian usul syiah yang dibawa oleh ft..

encik..syiah tu sesat encik..sekarang jalan encik itu adalah jalan terbaik..selain dari jalan encik adalah sesat..so tidak perlu membuang masa berhujah dengan manusia sesat..mereka ni otak tak dak..sembah saidina ali..tuhan depa saidina ali..apa yg keluar dari mulut dan kitab mereka semuanya tak boleh pakai..e..tak perlu buang masa..sebarang ulasan tentang mereka adalah taik..najis..nanah..peyakit..virus..negatif..kan bagus encik ulaskan ttg jalan yg encik yakini..jalan tu semua org berlumba2 nak tahu tau..sapa yg tak tahu jln tu bodoh sombong la..kasi tau la encik..kesian katdia orang..itulah jalan yg rasulullah tinggalkan untuk kita..kasik tau sikit intro dia..budak2 syiah ni bangga dengan tepuk dada dan sembang hujah tak logik depa..tunjuk sikit apa itu jalan yg benar..

ali said...

Nasibi bukan penentang syiah...istilah nasibi dirujuk kepada penentang ahlul bait as...(janganlah berterusan membuat fitnah...) tapi hairan mengapa anda berkekalan berasa diri anda sebagai nasibi?

Inilah contoh musuh kepada umat Islam yang bermati-matian membuat fitnah untuk menghancurkan perpaduan umat Islam. Awas..Siapakah sebenarnya spesis yang menyamar ini?

rihal said...

Farihan wrote:Kalau kita baca sebenar2nya apa yang dikata oleh Shiekh Shaltut itu sebenarnya berkenaan dengan ibadah bukannya akidah.
tolong jelaskan farihan tentang apa salahnya akidah syiah yang sentiasa diomong-omongkan ini !saya setuju dgn Lalok...gamaknya jika farihan buka blog spt Dr FT dan dikomen spt Farihan buat....cmna nak jawab....dgn emosi ke fakta.kaji le sikit cara Dr FT jawab tohmahan ...sentiasa dibekalkan fakta akademik,logik dan bukan emosi....So Lalok kita tunggu pencerahan daripada Farihan

Farihan said...

Arep. Apa yang aku buat disini ialah apa yang dipersetujui oleh Dr Yusuf Qardhawi. Lihat no 6 oleh Syeikh Yusuf Qardhawi. My Position on the Shiites and their Doctrine

Read more: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1221720332665&pagename=Zone-English-Living_Shariah%2FLSELayout#ixzz1BdVG4EKM

Lihat lagi disini kalau nak lebih faham.
http://www.youtube.com/watch?v=152vSPhpGX8

Cubaan2 untuk sebarkan syiah di negara Sunni tak boleh diterima oleh Dr Yusuf Qardhawi!

Dan Khilaf itu dari segi ibadat tak sampai Usul. Takde pun dalam tu suruh kita biar Syiah propagate ajaran mereka. Pokoknya penyebaran akidah Syiah di Negara Sunni harus ditentang dan dipersetujui oleh semua ulama ASWJ!

Sebenarnya kalau diperhatikan betul2 diplomasi ulama Sunni ini hanyalah sekadar untuk supaya kita tak bergaduh dan lawan musuh yang sama. Sebab politik. Tetapi kalau berkaitan dengan akidah dan penyebaran akidah Syiah di Malaysia tak boleh diterima!

Zuljanah said...

Hmmm....Ada sedikit selingan :)

Kehadapan Farihan yg diingati, dengan ucapan "Harini sihat ke? Dah makan ke belum? Jagalah diri baik-baik, kalau memandu hati-hatilah, elakkan kemalangan dan sentiasa utamakan keselamatan diri ya, semoga berbahagialah selalu" hehe.

Kepada tuan/puan, janganlah diambil hati sangat dgn si Farihan. Dia tu budak 'geliga' tapi kurang stabil sikit. Kita pun takkanlah nak masuk lubang yang sama kedua kali kot :D

Bab hujah-menghujah ni mungkin guru dia dah 'kembali' ketika dia menuntut dulu, jadi tak sempatlah dia nak katam, hanya katam bab ulasan saja. Sebabtu bila u berhujah dgn dia, dia tak mampu nak berhujah-balas. Sudahnya dia hanya banyak buat pernyataan2 dan ulasan2 tulisan orang. Itupun pernyataan dia x semestinya bersambung maksud, ayat didepan dan ayat dibelakang x semestinya membawa poin yang sama. Sdr Ali kita menjadi saksi akan hal ini :D
Jadi sebaiknay kita layanlah 'sepanduk'ni selayaknya sebagai sepanduk.
Mengutip kata2 dia:
"Anggaplah kata2 ku ini umpama sepanduk. Ini hak Demokrasi yang paling asas",
"FT punya Blog ni pun penuh pernyataan dan hujah. Cuma aku ikut yang pertama!",
"Semua ayatku yg disebut itu ayat penyata yang TAK berkait dan bukannya bertujuan untuk buat rumusan kerana aku tak pernah pun buat perbincangan di sini sekadar membuat pernyataan. Hehehe",
"Untuk orang-orang Syiah tak perlu susun ayat untuk keluarkan hujah atau bidasan. Buat pernyataan cukup. Biar semua orang baca. Itu saja".

bersambung..

Zuljanah said...

bersambung..

Mungkin 'melayu mudah lupa' demikianlah kata Chedet. Segeliga pelandukpun ia selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.. eh sepanduk :)
Orang kata, penawar bisa ular ada pada ular tu sendiri. Jadi adalah molek dan waras, dengan mengikut sunnah si Farihan, "Common Arep. Kalau Arep dalam bidang Perubatan, pasti perlu ada kepakaran dalam membuat diagnosis, pasti juga Arep tahu bahawa landasan Ilmu perubatan ada method2 yang tertentu. Seperti juga dalam hal ini cuba buat kajian mengikut method yg betul dan mesti buat keputusan. Ingat, tak semestinya kena sakit dulu baru faham penyakit....Bila dapat pengetahuan nanti maka bertindaklah atas pengetahuan tersebut...", maka kita dgn 'mengikut method yang betul' dan setelah membuat jumlah 'diagnosis' yang 'valid'(pinjam dari Dr. Arep), kita telah mem'buat keputusan' sepertimana yang digubah indah oleh Erti Kesenangan Dunia,
"Senyuman sahaja yg dapat dilemparkan kepada Farihan. Hanya senyuman.... Hanya senyuman....".

So Farihan, harap janganla mare :) Saya ni semata-mata menurut nasihat Farihan, hanya buat pernyataan saja. Itukan hak demokrasi. Dan mcm Farihan jugak, jgn merumuskan pernyataan2 saya kerana ayat2 saya tidak semestinya bersangkutpaut diantara satu sama lain..bye

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman ,ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;" (Furqan:63)

Muntazhar said...

Salam....

FARIHAN :

Aku SYIAH...! So WHAT..?

Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

ArepChePha said...

Farihan,

Sebab itu saya lampirkan sekali, pandangan yusuf al-Qardawi tentang apa yang berlaku di Lubnan. Sebab, kalau saudara meneliti, Lubnan, bukan negara syiah. Dan saya yakin, pandangan yusuf al-Qardawi tidak akan lari jauh berbanding pandangannya di Lubnan, untuk apa yang berlaku di Malaysia.

Nak buat macam mana, macam mana saudara mahu mengelakkan penyebaran aliran dalam arus globalisasi ini? Yusuf al-Qardawi tidak akan menyarankan agar kumpulan syiah yang berkembang di suatu tempat untuk dicantas dan diiktiraf sesat.

Kalau saudara perhatikan lagi, artikel yang saudara rujuk itu, adalah maklum balas yusuf al-Qardawi, terhadap maklum balas ahli-ahli syiah terhadapnya(kumpulan ini memberi maklum balas yang berunsur salah faham terhadap ucapan yusf al-Qardawi). Kalau saudara mengkaji lebih lagi, pendapat yusuf al-Qardawi itu adalah supaya ulama ASWJ menerapkan kepada ahli-ahlinya nilai-nilai sewajarnya, untuk menahan penyebaran syiah dalam komuniti sunni.

Nah, itulah penyelesaian yang Yusuf al-Qardawi sarankan, untuk komuniti majoriti sunni, untuk menerapkan ilmu yang sepatutnya kepada ahli2 sunni supaya tidak terikut-ikut dengan syiah, bukan melabel syiah sesat sewenang-wenangnya. Saudara dapat tidak di situ?

Atau apa pula pendapat saudara tentang ini? Sila baca semula artikel2 itu, dengan hati2 dan terbuka...

ali said...

Baca deklarasi Amman ni. Baca ni kalau nak baca Farihan, Kembar dan makhluk yang seumpamanya....kalau tak nak baca jadilah macam kuda lumba yang ditutup kiri dan kanan matanya sampai ke garis penamat.
Baca
Deklarasi Amman.

Nota: Defisini sesat kenalah ikut definisi yang Nabi kata:
..."sekiranya kalian berpegang teguh kepada keduanya..kalian tidak akan tersesat selama-lamanya."

Iaitu al-tsaqalain - al-Quran, dan ahlul bait.
Bukan ikut Yusuf Qardawi punya definisi...atau sesiapa juga punya definisi.

Farihan said...

Arep. Aku suka bila tertib susun kata mu itu tersusun lembut mampu menyejukkan hati agar menerima semuanya. Akan tetapi orang yang berhati-hati takkan terpedaya dengan semua itu.
Perenggan pertama, kau dengan cermatnya berdasarkan keyakinan mu sendiri menyimpulkan pendapat Shiekh Dr Qardhawi yang bahawa dia pasti setuju bahawa situasi di Lubnan sama dengan Malaysia. Lubnan dan Malaysia tak sama. Melaysia negara Sunni berdasarkan undang2. Kalau nak diikutkan dengan demogrphic Sunni dan Syiah di Malaysia juga jauh seperti langit dan bumi kalau dibanding dengan Lubnan. Apakah persamaan tersebut? Sekurang2nya berilah persaman itu. Jadi hujah kau itu hanyalah berdasarkan KEYAKINAN mu sendiri! Ingat kata2 Dr Qardhawi dalam video itu yg menyatakan bahawa beliau tidak akan menjadikan hujah beliau agar Sunni dan Syiah bersatu melawan musuh yang sama (Zionist dan Lain2) untuk menerima agar Syiah boleh diterima untuk berdakwah di Mesir. Tidak2 sekali-kali katanya! Dan makalah maya dari
laman Syiah yang kau beri itu tidak menceritakan sedikit pun tentang keredaan beliau samada terima atau tidak Syiah disebarkan dalam sebuah negara Sunni. Jelas videonya menunjukkan TIDAK!
Mungkin Arep tak tonton betul2 apa yang dikatakan oleh Dr Qardhawi awal2 video itu. Beliau kata Sunni tak terima akidah Syiah dan beliau beri beberapa contoh untuk menyokong pendapatnya! Panjang nak cerita tontonla sendiri. Jadi dengan itu nyata jika akidah Syiah ditolak beliau sesatla Syiah itu pada pandangannya. Jadi terang2 beliau kata Syiah sesat! Dan ingat lagi kata beliau dia akan tentang habis-habisan Syiah untuk disebarkan di Bumi Sunni. Lihat perenggan terakhir!
"However, I still maintain my stance concerning Shiite endeavors to infiltrate Sunni communities, and I say that we should resist such endeavors; otherwise, we will be betraying our trust and neglecting our responsibility toward the Ummah. As I warn of this invasion, I intend to raise the awareness of the Ummah of the dangers that may well befall it because of this irresponsible attitude. This is to protect it from any fitnah that, it is feared, may break out, thus destroying everything. The wise person is the one who avoids evil and prevents it from happening.

Read more: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1221720332665&pagename=Zone-English-Living_Shariah%2FLSELayout#ixzz1BhWIsWwd"
Dan Dengan itu Dr Arep! Ulama Sunni yang paling Glamour mengikut pandangan umat Islam itu jelas kata "We Should Resist Such endeavors". Apa makna resist? Bagaimana? Beritahu semua Sunni bahawa Syiah itu sesat dan halang penyebaran ajaran Syiah di bumi Sunni!
Semua cadangan Dr Yusuf Qardhawi agar Syiah dan Sunni bersatu hanya untuk lawan musuh yang sama.
Dalam article itu juga dia juga berkata kepada Syiah di Iran agar jangan sebarkan Syiah dibumi Sunni!
Dr Arep, mungkin simpati kamu itu telah menghilangkan makna!

mohd said...

1) mengikuti blog ini meningkatkan pemahaman sy ttg banyak pkara yg selama ini mjadi tandatanya & musykil...
2) smoga Allah berterusan memberi sy kefahaman ttg agama agar sy tidak mjadi spt FARIHAN & bersekutu dgnnya...
3) itulah sje statement yg boleh sy cakap... sy tak mau bnyk ckp mcm FARIHAN sbb lagi banyk ckp lagi banyak salah & lagi bnyk salah, ditakuti NERAKA lah tempatnya... nau zu billah...

Zuljanah said...

Seronok jugak melihatkan rasional si Farihan.

" Lubnan dan Malaysia tak sama. Melaysia negara Sunni berdasarkan undang2. Kalau nak diikutkan dengan demogrphic Sunni dan Syiah di Malaysia juga jauh seperti langit dan bumi kalau dibanding dengan Lubnan. Apakah persamaan tersebut? Sekurang2nya berilah persaman itu. "

Rupa-rupanya kebenaran itu bergantung pada tempat. Kalau di Lubnan sesuatu hal itu haq, bila beralih ke Malaysia ia boleh bertukar menjadi batil??

Very interesting. Mungkin saya belum sampai ke peringkat untuk memahami konsep ni lagi :D

ArepChePha said...

Masyallah,

Saudara Farihan, pandangan saya tidak pernah berdasarkan simpati.

Mungkin, perbezaan antara cara kita melihat ini, saudara melihatnya secara 'extreme', dan saya melihatnya secara 'moderate' sahaja.

Saudara Farihan,
Saudara boleh fokus kepada bahagian 'My Position on the Shiites and their Doctrine' untuk tahu selanjutnya tentang pandangan beliau. Ya, beliau tidak menerima sepenuhnya syiah, tetapi tidak mengkafirkan syiah, dan pula tidak menyesatkan syiah. Video yang saudara lampirkan, saya tengok sudah, bukan sahaja dari tahun 2007 bahkan ada potongan-potongannya. Insyallah, saya akan mencari video penuh. Kalau saudara mahu tahu lagi, jadilah seperti saya, yang akan membeli buku beliau 'Dhaherat al-Gholow fi al-Takfir - The Phenomenon of Going to Extremes in Ascribing Disbelief to Muslims' dan
"Principles over Dialogue and Rapprochement"

Tak perlulah pergi dalam tentang Lubnan, cukuplah pandangan beliau supaya Lubnan tidak berpecah, walau macam mana pun. Jadi, apa pula pendapat saudara, apa yang akan beliau kata tentang syiah yang bertapak di Malaysia? Di layan seperti layanan sekarangkah? Bagaimana pula perpaduan yang Yusuf al-Qardawi sarankan itu boleh berlaku, kalau layanan terhadap komuniti minoriti syiah di Malaysia adalah seperti sekarang, menampakkan imej buruk komuniti sunni, yang melanggar hak asasi manusia, dan kebebasan memilih aliran, dan sebagainya. Nah, di mana titik persetujuan antara syiah dan sunni, kalau begini? Mana keikhlasan dalam perpaduan yan diuar-uarkan kalau begini?

Saudara,
Kalau saudara bersetuju dengan persatuan sunni syiah, saudara rasa boleh jadikah dengan hanya persatuan yang luaran tanpa persefahaman dan pemahaman terhadap satu sama lain?

Saudara,
Perbincangan kita, bukan memerima akidah syiah pun sebenarnya. Perbincangan kita adalah menerima syiah sebagai Islam dan memberikan layanan yang sewajarnya. Baiklah, kalau pun saudara tidak mahu mengiktiraf akidah syiah, adakah saudara mengiktiraf syiah sebagai Islam seperti Yusuf al-Qardawi?

Saudara,
Moga diberkati Allah, dan saya cukup senang, saudara senang dengan bahasa saya dan moga ia menenangkan saudara dan saudara juga boleh berbuat demikian.

ArepChePha said...

p/s: Sebenarnya, saya sebagai seorang yang bukan syiah, dan tidak tahu banyak tentang ASWJ, menerima sepenuhnya apa-apa mazhab di dunia, yang mengucap dua kalimah syahadah, dan menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan. Kalau ada tambahan rujukan, apa kisah, yang penting al-Quran dan Hadis yang utama.

Kalau nak ikutkan Malaysia, aliran sufism pun nak dilabel sesat, padahal mereka inilah yang menggunakan pendekatan secara emosi dan mistik dalam beragama. Tengok orang berzikir terhinjut-hinjut melompat-lompat , mulalah nak ditahan dilokapkan, padahal, kita tak pernah pun rasa nikmat berzikir dengan mendalam.

Yang makyong, tarian puteri yang bersangkut-sangkut dengan jin, diiktiraf pula sebagai kebudayaan melayu Islam.

Menjadi rakyat Malaysia, yang ingin terbuka dalam komuniti yang ditutup kerajaan, adalah dengan berfikir di luar kotak Malaysia, cuma jangan pula keluar dari ruang lingkup Islam yang luas.

Mengaku ajalah, antara kita-kita ini, xbanyak pun ilmu, nak mengkafirkan orang itu ini. Belajarlah semua. Ayuh, tingkatkan ilmu.

Annabilah said...

adeh Farihan, pendapat peribadi Sh. Qardhawi bukannye fatwa..cer tgk pndgn die terhadap Iran:

"They (shiites) are more organized than us, & they were able to confront the US. I hv often said dat i'm against the 'shiization' of suni communities, but dat i defend Iran's right to possess nuke power 4 peaceful purposes. Afterall, Iran is an Islamic country, & we r hapy dat it is strong."

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=il5xam68ams

Baca sini:

Syeikh Agung al-Azhar, Mesir, Prof Dr Ahmad al-Tayyeb menegaskan bahwa pertumbuhan populasi Syiah tidak berbahaya. Menurutnya, bahaya yang sesungguhnya adalah intervensi asing dan contohnya dapat disaksikan di Irak.

http://www.taghrib.ir/indonesia/index.php?option=com_content&view=article&id=560:syeikh-al-azhar-pertumbuhan-syiah-tidak-berbahaya&catid=40:akhbaremagma&Itemid=96

Farihan said...

Ali oh Ali! Amman Message tu tahun berapa? 9 November 2004. Yusuf Qardhawi itu pun tandatangan Amman Message tu. Tetapi article dan video itu lebih terkini tahun 2008 dan 2006. Jadi pandangannya tetap sama penyebaran Syiah di Bumi Sunni tak boleh diterima! Dan Amman Message itu bukanlah deklarasi agama. Kalau nak diikutkanpun tak ada disitu berkata tentang Negara sunni patut terima penyebaran Syiah.

Kalau berkenaan hadis itu wahai Ali, benarlah hadis sperti itu ada. Namun Ali, makna AhlulBait dan takap mana penerimaan Hadith itu Ali berbeza antara kami ASWJ dan Syiah! Dan ALi, kamu pula tak tunjukkan pun keseluruhan hadith itu!


Kalau setakat quote separuh2 saja hadith Sunni sahaja tak cukup kerana mengikut Ahli Hadith Sunni Hadith itu separuh sahaja.
Sila lihat ulasan ini.

http://www.ahlelbayt.com/articles/ahlel-bayt/arqam

Kami Sunni hormat Ahlul Bait, namun kami sedar bahawa Ahlul-Bait bukanlah maksum mahupun kita perlu dewa2kan mereka. Kalaupun kecelakaan yang menimpa ahlul-bait itu pun bukanlah hasil suruhan doktrin Sunni.

Farihan said...

Kepada semua orang. Cuba cari dimana ada aku kafirkan Syiah? Tak pernah. Hanya aku katakan mereka sesat mengikut ulama Sunni. Kalau tak sesat sudah tentu Arep juga Syiah. Alhamdullilah. Namun yang menjadi persoalan adakah patut Malaysia membenarkan Syiah berkembang? Tidak kata Ulama Sunni seperti Dr Qardhawi!

Dan Zuljanah
Kebenaran adalah satu. Apa yang dikatakan oleh Dr Qardhawi itu ialah tentang tindakan. Mesir dan Lubnan tak sama, jadi tindakan harus berbeza. Di Mesir yang sama dengan Malaysia di mana Syiah minority, jadi tindakanya ialah penyebaran Syiah mesti di tentang katanya! Mahu tahu apa kebenarannya? Syiah sesat menurut Ulama Sunni!

Dr Arep,
Aku sepanjang ini tenang sahaja. Menulis ini pun bukanlah kerjaku. Aku berasa bahagia bila menulis di sini. Sekurang2nya aku rasa ada juga orang yang tak semestinya setuju dengan FT.
Ye Arip Makyong dan lain2 tu maksiat. Mari kita tentang juga. Yang aku tentang ni lebih bahaya iaitu Syiah yang sesat!
Dan lagi Dr Arep, nak faham apa lagi tentang Syiah? Sah sesat. Tentang perkara2 lain sama sahaja dengan kita, mereka manusia juga. Tak perlu kita tunggu mereka menjadi bnyak di Malaysia baru kita faham. Yang penting penyebaran Syiah di Malaysia harus ditentang!
Ya Dr Arep, saya terima cadangan buku2 itu.
Dan juga Dr Arep, kita boleh bersatu untuk melawan musuh yang sama! Mungkin juga ekonomi dan kebudayaan. Setakat itu sahaja.
Ya Arep terbukalah kamu sambil memudaratkan yang lain. Penyebaran Syiah di Malaysia harus ditentang!

Selasa said...

Salam semua,

Aku dengar anak Yusuf Qardawi dah terima Syiah....betul ke....boleh sapa2 bagi infonya...

Annabilah said...

@Farihan:
pndgn Qardhawi bersifat peribad (bukan fatwa pon, ini berita latest, Januari 2011 lagi.

Syeikh al-Azhar: Pertumbuhan Syiah tidak Berbahaya
Senin, 03 Januari 2011 19:34

Syeikh Agung al-Azhar, Mesir, Prof Dr Ahmad al-Tayyeb menegaskan bahwa pertumbuhan populasi Syiah tidak berbahaya. Menurutnya, bahaya yang sesungguhnya adalah intervensi asing dan contohnya dapat disaksikan di Irak.

Kantor berita taghrib mengutip situs al-Jiwar melaporkan, dalam menjawab sebuah pertanyaan apakah berbahaya pertumbuhan populasi Syiah di Timur Tengah? Syeikh Ahmad al-Tayyeb menuturkan, bahaya nyata bersumber pada campur tangan asing dan argumentasi saya dapat dilihat pada apa yang terjadi di Irak.

“Amerika Serikat telah menduduki Irak dan membiarkannya begitu saja. Sebagian warga Irak terlibat konflik sektarian, mazhab, agama dan etnis. Padahal sebelum ini tidak pernah terjadi hal demikian. Pertikaian itu tidak menguntungkan Syiah dan tidak juga memberi manfaat bagi Ahlu Sunnah."

Berbicara tentang transformasi politik Mesir, Syeikh Ahmad al-Tayyeb mengatakan, Ikhwanul Muslimin terlibat dalam kegiatan politik, sementara Universitas al-Azhar hanya sebuah organisasi keilmuan.

“Saya secara pribadi tidak tertarik dengan masalah politik dan juga merasa tidak perlu mengambil sikap politik serta membela sebuah gerakan atau kelompok,” tegasnya.

“Saya lebih memfokuskan pendidikan, ilmu pengetahuan dan Islam dari segi budaya dan pemikiran. Bila ada yang keluar dari garis ini, saya akan bangkit menghadapinya dengan ilmu dan dialog,” ujar tokoh berpengaruh itu.[FIPMI/RD]

http://www.taghrib.ir/indonesia/index.php?option=com_content&view=article&id=560:syeikh-al-azhar-pertumbuhan-syiah-tidak-berbahaya&catid=40:akhbaremagma&Itemid=96

Zuljanah said...

Oh ade pencerahan dari yg diingati Farihan rupenye.. :)

" Kebenaran adalah satu. Apa yang dikatakan oleh Dr Qardhawi itu ialah tentang tindakan. Mesir dan Lubnan tak sama, jadi tindakan harus berbeza. Di Mesir yang sama dengan Malaysia di mana Syiah minority, jadi tindakanya ialah penyebaran Syiah mesti di tentang katanya! Mahu tahu apa kebenarannya? Syiah sesat menurut Ulama Sunni! "

Saya sedia terima seadanya pernyataan/ sepanduk kamu ini dan kenyataan/fatwa Dr Yusof Qardhawi (pada pendapat saya, dia seorang ulamak yg jujur, berterus-terang dan baik).
No problem bagi saya juga untuk menerima kenyataan bahawa jikalau seluruh ulamak Sunni telah sepakat bahawa madzhab Syiah penuh dgn bidaah dan sesat & 'vice versa'.
Ini biasalah, lumrah kebanyakan manusia, baik yg Islam mahupun yg bukan Islam. Normal. :)

Namun begitu, sekiranya kamu bersungguh-sungguh dan benar-benar 'mahu tahu apa kebenarannya' (meminjam kata kamu) maka boleh saja kita (semua disini) adakan academic discussion berkaitan isu Sesat ini secara rasional, 'merdeka' dengan berlandaskan Al-Quran dan Hadis (yg disepakati sudah tentu) tanpa dipengaruhi oleh emosi, tanpa terikat dgn pegangan madzhab masing2 dan juga kenyataan/fatwa2 ulama baik dari sebelah Sunni mahupun Syiah. :)

Adakah kamu bersetuju ?
Meminjam kata Matrix, " This is your last chance. After this, there is no turning back. You take the blue pill - the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe. You take the red pill - you stay in Wonderland and I show you how deep the rabbit-hole goes". :D

Amacam Firhan, pil merah atau pil biru ? :)

Annabilah said...

The [Shiites] are more organized than us, and they were able to confront the US. They did so when they took hostages in the US embassy [in Tehran], and again with their [uranium] enriching capabilities.

I have often said that I am against the Shiization of Sunni communities, but that I defend Iran's right to possess nuclear power for peaceful purposes, and that I will fight anyone who fights it.
(itu pandangan peribadi, bukan fatwa pon, kene terima bulat2)

After all, Iran is an Islamic country, and we are happy that it is strong. It should reassure its neighbors, as we have often heard it say that its power is not directed against the Arabs.

---------------

yg ni lagi latest, December 17, 2010

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=il5xam68ams

http://m.memri.org/14500/show/6c58c6c7bb29d8e85deae13d0a46d26a&t=20320d97cb30b6845cb6422bedb5dfbe

Yudi Helfi said...

Rantau melayu ini adalah negeri Hindu dulunya. Bahkan lebih jauh lagi, tanah melayu ini adalah tanah Animisme. Siapa yang mengklaim ini tanah Islam atau tanah Sunni?

Semestinya Islam tak boleh masuk ke Tanah Hindu dan bahkan Hindu pun tak boleh masuk ke Tanah Animisme ini.

Suruh saja orang-orang Islam balik ke Arab dan orang-orang Hindu balik ke India. Ini tanah Animisme.

Komen ini menerusi logika Farihan.

Enoch DreamWalker said...

Salam Dr,
kempen membantai syiah di IPT-IPT tempatan agaknya dah kembali. Baru2 ni sepupu yg masih belajar beritahu, tajuk topik assignment yg diberi kepadanya adalah '"Kesesatan yang dibawa oleh ajaran Syiah berbanding Ahlu Sunnah wal Jamaah dan kesannya kepada akidah Islam". Brainwashing...

ali said...

wah.wah.wah..Farihan masih membuat pernyataan ya..pernyataan saja...syiah sesat...anda menolak Deklarasi Amman yang menerima mazhab syiah kerana anda kata sudah outdate...Malahan S. Shaltut pun anda reject kerana sudah outdate fatwanya..
Anda boleh berfikir atau nggak?

Jika anda menuduh syiah sesat bermakna sesiapa yang memberikan fatwa harusnya bermazhab syiah seperti S. Shaltut juga sesat tidak kira pada tahun bila dikeluarkan. Beliau berfatwa:
Mazhab Ja’fari yang dikenal dengan mazhab Syiah Imamiyah Istna ‘Asyariyah adalah mazhab yang boleh diikuti secara syar’i seperti segenap mazhab Islam.

Ini bermakna ramailah ulama sunni yang sesat kerana mengharuskan beramal dengan mazhab syiah yang sesat atau mengislamkan syiah yang sesat. Ust. Ghani Samsuddin sesat? Hadi Awang sesat? Nik Aziz sesat? Persatuan Ulama Malaysia sesat? Selangor sesat sebelum 1985? dan lebih 200 pemuka islam yang menandatangani Deklarasi Amman tersesat. Ini fatwa bukan soal harus dan makruh tetapi soal sesat atau tidak. Dahsyat tu!!!!!


Hadith saya sebutkan saya kira umum sudah tahu. hadith al-tsaqalain hadith yang mashyur dan sahih. Jika ada orang yang tidak tahu saya kira orang ini agak kurang pengetahuannya.Tetapi jika puak wahabi tidak mahu terima pengertian ahlul bait dan memasukkan isteri-isterinya Nabi saya kira dia ni pun jahil tentang kitabnya sendiri. Sila lihat Sahih Muslim bab ahlul bait hadith kisa. Di situ Nabi sebutkan ahlul bait siapa dan tidak mengizinkan Umm Salamah masuk ke dalam selimut berdasarkan ayat 33:33. Silalah check sendiri. Silalah ikut definisi yang Nabi buat sendiri..jangan ikut takwil sendiri.

kalau pun anda memasukkan isteri-isteri Nabi..so sila terangkan bagaimana anda mengikut hadith ini supaya anda tidak tersesat...? Bagaimana anda mengikut isteri Nabi seperti saidatina Aisyah (dalam ayat 33:33 telah disucikan sebersih-bersihnya) tetapi memerangi Ali...
Sebenarnya anda tidak mengikut pun hadith ini...tapi anda mengikut selera anda sendiri...itulah masalahnya..
Anda pun tidak mengijinkan akal kamu berfikir...

Eh..eh.eh....itu kan kenyataan....hantam sajalah Farihan ...
Tapi kata Nabi: Ali wa shiatihi humul faizun.

ali said...

Ini pendirian S. Tantawi ketika melawat Malaysia pada bulan Mac 2008:
Utusan Malaysia:: 11 Mac 2008 / 3 Rabiul Awal 1429 / Laporan MARHAINI KAMARUDDIN, SAIFULIZAM MOHAMAD dan WAN SYAMSUL AMLY
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Dunia Islam tidak harus terlalu mudah menghukum semua masyarakat Barat membenci Islam kerana masih terdapat sebahagian daripada mereka menghormati agama suci itu.

Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi berkata, tuduhan seumpama itu tidak adil kerana sifatnya berat sebelah, sekali gus tidak menggambarkan keadaan yang sebenar khususnya kepada mereka yang pro-Islam.(saya potong dan ambil saja ulasan beliau tentang syiah ya...)
.......‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara,” katanya lagi.

Itu Tahun 2008...bukan 2004 bukan 2006...

Saya rasa ulama-ulama sunni ini jujur dengan fatwa berkaitan umat Islam tetapi kamu seolah menggambarkan mereka ini tidak boleh dipercayai.

Ya...hantam saja la labu..

ali said...

Ini linknya kenyataan S. Tantawi pada tahun 2008 ketika melawat Malaysia tentang syiah:
"‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara,” katanya lagi."
Di bawah ini ya linknya:
Anti-Islam: Jangan mudah hukum Barat

ali said...

Ralat:
"Ini pendirian S. Tantawi ketika melawat Malaysia pada bulan Mac 2008:"

Sebenarnya pada bulan Februari 2008.

hellmy said...

Farihan dipetik sebagai berkata (macam Utusan Malaysia pula haha),"Dr Arep,Aku sepanjang ini tenang sahaja. Menulis ini pun bukanlah kerjaku".

Awak bukan tulis pun, hanya menaip :-) Berhenti saja dari menaip. Tak perlu bazir tenaga.

*keh keh keh...