18 January 2011

Novel Faisal Tehrani Ke 21


Pengurus Sharifah Ezzati, Sharifah Diyanti memegang draf skrip. “Kita dah tengok skrip ni, menarik sebab Ezzati tak pernah berlakon dokumentari begini. Pasal batu pulak lagi. Kita sukalah jugak. Lagipun you nak bayar lumayan.”

“Tapi…tapi…” Sharifah Ezzati mencelah. “I nak beritahu I tak fasih bahasa Melayu tahu. Nampak macam I kena cakap bahasa Melayu kuno dalam doku-drama ini.”

Sharifah Diyanti angguk mengiyakan kenyataan artis dibawah pengurusannya. “Yes, sebab Ezzati ada darah Arab sikit, Inggeris sikit, Cina sikit, Jepun sikit, Mongolia sikit dan darah Jawalah yang paling, paling, paling sikit…di rumah pun dia berbual dengan moyangnya dalam bahasa Inggeris. Keluarga Ezzati ni moden sikitlah. Satu Malaysia lah.”

Syarifah mengangkat kening tanda meluat. Sofea menahan geram tetapi bertahan.

“Kalau Sharifah Ezzati betul berminat, kami boleh minta peguam Akademi Seni Islam sediakan kontrak.” Tutur Zulkifli penuh sabar.

“Eiiii…” Sharifah Ezzati menempik. “Nanti, jangan panggil I Sharifah, I tak berapa suka. You can call me Nono.”

Zulkifli terbelalak. “Nono…”

Sharifah Ezzati angguk, “Ada ke panggil I sharifah! Eiiii I sound uncivilizedkan……I am not going to act without knowing siapa hero. Tak aci tau.”

Sofea pula menarik nafas. “Pelakon lelaki yang sedang meningkat naik Azhan Kaya dan Fazid Kamil sudah menerima tawaran kami.”

Sharifah Ezzati meletakkan tangan di dada, “Uhhh…Azhan Kaya? He’s so good looking, I cant take my eyes off him. Berdebar masa I nampak dia di Pesta Filem baru-baru ni. Uhhh, finger licking good. Tapi emmm ada gosip kata dia ada teman wanita yang kewanitaannya diragui.”

Sofea menggenggam tangan di bawah meja, pahanya menyinggung paha Syarifah yang juga sedang menahan bengang.

Supporting?” Sharifah Diyanti mencelah.

“Amir Nin, Calvin Chong dan Betty Falak.” Syarifah bersuara.

“Bintang-bintang, you guys mesti banyak duit. I’m in!” Sharifah Ezzati tergedik. “I tak sabar pulak nak jumpa Azhan Kaya nanti. Fazid tu I tak taste sangat. Macam tak cerdik je. Lagipun teman wanitanya tu I rasa kawal sangat dia.”

Kontrak ditarik, dan dengan kenyit mata yang saling berbalas dengan Sharifah Diyanti, Sharifah Ezzati menandatangani kontrak.

“Nanti fakskan jadual pengambaran. Jangan lambat. Nono need that fast. Dia terpaksa berlakon di Sarawak juga tau. Dan lepas ini dia ada promosi filem Masin tentang keluarga Serani.” Perintah Sharifah Diyanti.

Shariah Diyanti dan Sharifah Ezzati bangun serentak. Zulkifli, Sofea dan Syarifah ikut bingkas. Sharifah Ezzati menghulurkan tangan kepada Zulkifli. Tetapi Zulkifli meletakkan tangannya di dada tanda tidak dapat bersalam.

Don’t tell me you pun macam budak Felda tu, tak nak salam dan pegang perempuan. We are not dogs you know. Bukan najis atau apa.” Sharifah Diyanti membebel.

“Euhhii sindrom Mawi si pocong tu dah menjangkit di mana-mana ke, so uncivilized. Pathetic. Okaylah whatever, hope we can work together.”

Sharifah Diyanti dan Sharifah Ezzati beredar.

* Akan menemui anda hujung Februari ini, Insya-Allah. Jangan bimbang, anda tidak perlu memahami apa itu Ahlus Sunnah wal Jamaah atau Syiah untuk membaca karya ini. Justeru ia 'halal' dibaca.


** Pembaca blog ini dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog.

20 comments:

XIX Dragunov said...

"anda tidak perlu memahami apa itu Ahlus Sunnah wal Jamaah atau Syiah untuk membaca karya ini. Justeru ia 'halal' dibaca."

nice one

Humaira' said...

ramai yang tidak membaca tulisan Dr dengan mata hati..**geram**

Faizal said...

gedik betul novel ni :-)

alina said...

salam....dimana saya boleh beli buku bertajuk karbala tu? mmg ada di semua kedai buku ke?

ikhsanroslan said...

salam abg faisal...
apa tajuk novel ni ya?
lagi 1, detektif indigo kembali (2009)sudah keluar atau belum sambungannya?kalau sudah, apa tajuk novel tu ya?tqvm

djambu puadovich said...

baca petikan ni saja dah cukup untuk menimbulkan jelak pada golongan sharifah dua ekor ni. grrrr....

Zaid Akhtar said...

Halalan Toyyiba?
:-)

Safa Soib said...

Wah, akan ada novel baru! Tak sabar nak beli!

nemesis3891 said...

kena mintak pos ke mesir ni...=)

pembaca buku said...

Air tidak dapat diempang jika puncanya terus terpancar. Apabila sudah penuh dan tekanan sudah memuncak, empang akan pecah dan air akan melimpah; walaupun akan mengambil masa berkurun tahun.

Inilah yang saya maksudkan dengan istiqamah dalam berkarya itu. Meski Faisal sudah tahu, saya tetap akan mengingatkan. Istiqamah saya juga.

DWEN RASID said...

tahniah ye Dr faisal...semoga berjaya

Zue said...

tak sabar nak tahu judul novel ini... =)

sanahfotog.com said...

saya cadangkan tajuknya

"Terpeleot Di Pentas"

p/s: Sekadar cadangan :)

behlul said...

assalamualaikum..

alamak.. bahlut lum baca.. tapi dah beli dah..

Hafiz Zaine said...

yezza!

kast said...

nampak cam ringan seperti ketupat cinta ...suka karya yang seimbang dan x berat ,( sesuai untuk bacaan santai ) ...membaca intronya sahaja membuatkan perasaan mahu tunggu hujung febuari nanti ( pemujian tahap gaban ,hahahaha)

izuan said...

menarik =) tak sabar menantikannya.

Ahyad said...

Akanku cari hingga dapat novel ini..tidak sanggup terlepas lagi seperti Bedar Sukma Bisu..di manakah ia?

Ain said...

Saja nak kongsi dgn pembaca blog Dr...

"To be a great leader, first you must become a great person"

"When you push yourself to the limit, you'll expand your limit"

"Breakdown comes before a breakthrough"

"When potential is unexpressed, it'll turn into a pain"


-Robin Sharma, author of 'The Monk Who Sold His Ferrari' & 'The Leader Who Had No Title'-

.helmi. said...

tak sabar mahu membeli...meneruskan momentum selepas ketupat cinta (bilakah musim kedua), tuhan manusia, bila tuhan berbicara. Bahlut masih samar-samar lagi..nanti beritahu ya tarikh jual dan tajuk nya.