24 January 2011

Mereka Sesat?

Tahukah anda terdapat 300 000 umat Islam Syiah di Argentina? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Sheikh Abdul Karim Paz, selain itu terdapat tokoh lain Hujjatul Islam Feisal Morhell, Sheikh Abdallah Madina, Sheikh Ali Abdur Rahman Pohl dan Sheikh Mahmud Aid (kesemuanya orang asal Argentina).

Tahukah anda terdapat 25000 umat Islam Syiah di Jepun? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Ebrahim Sawada.

Tahukah anda terdapat 5 sehingga 10 juta umat Islam Syiah di Nigeria, khusus di wilayah Kano dan Sokoto? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Sheikh Sayyed Ibraheem Zakzaky.

Tahukah anda terdapat sekitar 7 hingga 11 juta umat Islam Syiah di Turki? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Selahattin Özgündüz

Tahukah anda terdapat sekitar 2 sehingga 5 juta umat Islam di Russia? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Allahshükür Hummat Pashazade yang dalam masa yang sama menjawat kedudukan sebagai Grand Mufti Azerbaijan (mufti pertama dari umat Islam Syiah dan dalam masa yang sama mewakili umat Islam Sunni)

Tahukah anda terdapat 2.5 sehingga 4 juta juta umat Islam Syiah di Arab Saudi, 50 ribu orang Syiah sejak zaman Saidina Ali masih menetap di kota suci Madinah? Tokoh mereka bernama Sheikh Mohammed Ali Al Amri (pernah dipenjara wahabi selama 45 tahun) meninggal dunia 10 pagi semalam di usia 100 tahun*. Al Fatihah dan Solawat. (Belasungkawa klik sini)

Tahukah anda terdapat sekitar 40 ribu umat Islam Syiah di Malaysia? Tokoh mereka bernama Hujjatul Islam Kamil Zuhairi.

15 peratus umat Islam di dunia ini ialah Syiah Imamiyyah (mazhab fikah: Ja'fari). Selain cebisan minoriti syiah di atas, umat Islam Syiah begitu dominan di Iraq, Iran, Bahrain, Afghanistan, Lubnan, dan Pakistan.

Jika mereka di atas sesat, Syiah adalah ajaran sesat paling berjaya di dunia sehingga mempunyai ratus ribu ulama, ratus ribu masjid, ratus ribu kitab dan tradisi turun temurun selama ribuan tahun.

Oleh kerana itu, peristiwa penahanan umat Islam Syiah di Selangor 17 Disember lalu telah menjadi perhatian internasional dan akan mengundang kontroversi untuk satu tempoh yang lama, lihat sini dan sini juga sini atau sini. Ia juga bertentangan dengan 'kesederhanaan Malaysia' dan pendapat ulama sunni tersohor, al Marhum Muhammed Sayyid Tantawi: ‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara, (klik sini) Buat pertama kali juga di dunia, seseorang akan diadili sebagai bersalah atau tidak menurut undang-undang semata-mata kerana ia bermazhab Syiah.

* Terdapat perbezaan pandangan tentang usia beliau dari berbagai sumber.


** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

42 comments:

hellmy said...

Solawat!

Ibnu Azmi said...

salam tuan, izin share..

Faiz As-Syirazi said...

Lagi entri yang mantap Dr. FT..

Mereka itu memang sesat seperti mana penyesatan yg diberikan oleh fir'aun kepada Musa AS, Kuffar Quraish kepada Rasulullah SAWAW..

Treat 'sesat' ini boleh juga didapati di sini (http://haidaralkarar.blogspot.com/2010/08/iran-sesat-hamas-syria-turki-bodoh.html)

Zuljanah said...

Salam,

Adalah teramat dangkal dan tidak warasnya pemikiran orang yang mengeluarkan fatwa atau menjatuh hukum dengan hanya berdasarkan beberapa hadis-hadis (entahkan daif entahkan palsu) dari sumber rujukan sesuatu madzhab tanpa terlebih dahulu mendapat pengesahan dan penjelasan daripada pemuka-pemuka madzhab tersebut.

Adakah dengan menggunakan logik yg sama seperti fatwa Jakim itu, maka dibenarkan bagi pengikut madzhab Syiah menghukum pula mereka bermadzhab Sunnah sebagai sesat justeru terdapat hadis2 dari kitab Sahih pegangan Sunnah yang terang2 menghina Rasulullah saw. ? Lebih kritikal lagi ada ajaran telah menghina Allah dgn menyifatkan Allah swt sebagai berjasad dan berjisim, sangat bertentangan dengan surah Al-Ikhlas.

Mereka yg waras fikiran dan arif tentang hukum akan sedar bahawa menjatuhkan hukum terutamanya berkaitan aqidah sesuatu ikutan harus dibuat dengan penuh teliti, bukan hal mainan untuk disah, dibatal dan disahkan kembali mengikut suka sesiapa yang berada didlm jawatankuasa ketika itu. Sesat hukumnya dari zaman Nabi Adam as, maka sesatlah hingga ke akhir zaman.

Hak sesat/hidayah ini kepunyaan Allah swt, sepertimana kata2 Iblis "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat..." (7:36) Maka adalah wajar kita merujuk dan melihat kembali syarat2 yg telah ditetapkan oleh Al-Quran sebagai ukuran sesat/benarnya aqidah seseorang.

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita " (5:69)

Al-Quran menggariskan hanya 3 syarat sahaja sebagai benarnya pegangan seseorang iaitu, 1) beriman dengan Allah, 2)beriman dengan Hari Akhira 3) beramal soleh. Maka sekiranya kita berpegang dgn kenyataan bahawa mereka yg tidak berpegang dengan ASWJ sebagai sesat maka kita telah mendustakan perintah Allah swt.

Wassalam

el qevsem said...

40 ribu ?? yeke ?? majlis kemuncak pon 20-30 orang je... jgn memandai.. dan satu lagi untuk rujukan kita bersama sila buka enakmen jenayah syariah selangor Perkara 7(1):


Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara' atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.


sekarang malaysia ini ade mufti, selangor pon ade mufti. semua sepakat mengamalkan ahlu sunnah wal jamaah.

nah teruskanlah perjuangan sia-sia kamu semua. turunkanlah ajaran tu semua dekat anak2 saudara handai. " ulaika kal an ami bal hom adhal "

1jja1912 said...

Salam,

Dr.FT, Entri ini ringkas dan padat!

Kalau perkongsian mudah sebeginipun masih ada yang tak faham juga, tak tahulah saya.

Saya pasti kalau itu jumlahnya, mohon orang-orang yang melulu mengkafirkan Syiah, fikir semula, Sunni itu sebenarnya apa?

Fikir semula. Baca balik sejarah Islam dengan baik, fahami susur galurnya, dan jangan lupa tanyakan mereka yang Ahli dalam ilmu ini.

Hikmah perbezaan ini, supaya umat Islam berfikir dengan kritis, berfikir untuk menelaah ilmu baru. Ilmu itu luas, apa yang kita dapat dan tahu hanyalah setitis air di lautan yang tidak akan ada habisnya. Maha Suci Allah, yang menciptakan setiap sesuatu dengan KebijaksanaanNya, Maha Teliti setiap perancangannya.

Mengulangi kata-kata ini :
" Masyarakat secara fitrah adalah pengikut kebenaran. Akan ada yang setia kepada kebatilan, bukan kerana kebatilan itu bebenaran, tetapi kerana lebih antara jambak kebatilan itu, engkau cuba selitkan bunga kebenaran, dan ini namanya Fitnah. Dalam serba fitnah itu, siapa yang akan selamat?. Ada, ada yang akan selamat, orang yang sesuai dengan takdir Ilahi, percaya dengan kemahabijaksanaan Allah, orang ini akan menemukan kebenaran, dan bila dapat,mereka akan mengenggamnya dengan kemas." - Tuhan Manusia, M/S 240.

Kata Imam Ja'afar As-Sadiq :
"Ilmu takkan diperolehi hanya dengan belajar, kerana ilmu itu ialah sinar petunjuk. Untuk mendapatkan ilmu, haruslah terlebih dahulu memahami hakikat Ubuddiyah. Kalau orang yang menuntut ilmu itu mengamalkannya, barulah ilmu itu akan melekat & Allah akan memberikan pengertian."

Wassalam.

el-Zehra said...

Masih ada lagi yang tersesat di sini, sibuk mengkondem org sesat walhal dia lagi sesat. Sunnah Nabi dihina, haram dihalalkan. Syiah xpernah fatwa Sunni sesat walaupun mereka boleh berbuat demikian cth dlm mazhab fiqh Sunni yg menghalalkan perkahwinan antara anak luar nikah dgn bapa kandungnya, bolehnya berwudhu' dgn arak, sah solat walaupun membaca al-Fatihah dlm bahasa Parsi dsb..

Saya cukup kasihan dgn golongan yg masih sesat di dalam cahaya.

Hafiz Zaine said...

saya baru tahu.

hellmy said...

Dahhhh...datang dah lagi sorang haha. Itu hari ada Farihan, lepas tu Zuhair. Sebelum ini Fulisiakantora dengan Mistis. Sekarang el qevsem pula. Macam 1 pusingan yang lengkap haha :-)

Fikirlah said...

undang-undang yang disebut kamu itu hanya digunapakai setelah undang-undang itu dibuat. Bagaimana pula mereka yang MEMANG mengamalkan Jafari sedari awal lagi, iaitu sebelum undang-undang itu ditulis?

Sebagai contoh, agama Hindu dan Buddha, oleh kerana mereka, MEMANG telah mengamalkan agama itu awal sebelum pembukaan Malaysia lagi, dan mereka diiktiraf sebagai warganegara, jadi undang-undang yang digunapakai ialah BEBAS untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Tidak ada paksaan dalam agama , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Al-Baqarah:256

Undang-undang buatan manusia tak sempurna. Ada cacat celanya. Keadilan bukan terletak pada manusia, itu hak Allah. Takutlah kamu pada keadilanNya.

Tak pernah pula tengok "tabligh Syiah" berkeliaran nak rekrut.

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Al-Baqarah:272

hellmy said...

"apakah itu satu ruang ??

apakah kegunaan ruang tersebut ??"

>>>Ruang untuk ditimbus! Kasi tutup terus! Hahaha!

;-)

1jja1912 said...

Salam,

Biasalah tu Sdr.Hellmy, ada pro & Con. Baru lengkap satu pusingan. Round table kata orang.

Kita berlapang dada dengan perbezaan pendapat, yang penting kita ni tak melulu menggantikan Tuhan nak mengkafirkan orang lain kan.^^

hellmy said...

1jja1912,

Ya. Daripada beberapa orang yang saya sebutkan tu, Mistis antara tahap yang bagus untuk berdiskus ilmiah. Itupun dia suka sangat 'copy & paste' jawapan saya & ulas. Bukan jawab.

Yang paling rendah tahap dewa sudah tentu Fulisiakantora yang x bermazhab tu. Haha, geng Astora Jabat.

Hahaha! ;-)

ZahraHussainy said...

Yang kena tangkap tempoh hari pun dah cecah 200 orang.. Baru satu tempat.. Mana fakta 20-30 plak nih ?? Ko ni tak baik tau pandai2..

“Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”. (An-Najmi:28)

ali said...

el qevsem said...

"melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara' atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini."

Syiah tak bertentangan pun dengan hukum syarak....kalau tidak mana datang fatwa S. Shaltut (dulu) - boleh beramal dengan mazhab Imamiyyah atau S. Tantawi tentang persamaan dan persaudaraan syiah - sunnah.

Tak kan mufti Selangor lebih pandai dari Sheikhul Azhar atau Sheikhul Azhar lebih malap ilmu pengetahuannya dari mufti Selangor?

Lagipun fatwa tu kan untuk Islam sunni yang bertentangan dengan ASWJ!!! Syiah bukan sunni...so fatwa tu tak kena le kat syiah!!!!

Kalau nak kenakan syiah dengan fatwa tu kena lah berhujah siapa yang sesat dan dan bertentangan dengan Islam mengikut ukuran al-Quran dan Hadith Nabi SAWAW.

Bukan ikut ukuran sunni yang empat...yang bertentangan antara keempat-empatnya walaupun sepakat berkata satu sunni wal jamai.

Malaysia pun ada perlembagaan persekutuan Perkara 11(1) tentang kebebasan beragama. Undang-udang negeri yang bertentangan dengan Undang-undang persekutuan akan terbatal dengan sendirinya. Sebab tu Kelantan tak boleh buat Undang-undang Hudud.

Ajaran syiah tak sia-sia kerana satu dunia ada berjuta-juta umat syiah yang istiqamah memperjuangkan kepentingan umat Islam - perpaduan umat Islam contoh bagaimana Imam Khomeini mengisytiharkan Hari al-Quds iaitu hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan berbanding sunni extreme/Wahabi yang sering meletupkan orang awam - satu tindakan ala Khawarij.

al-Quran sebut:
"Berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah."

Cuba fikir pakai otak kat kepala kamu mana lebih baik dan berfaedah - seruan untuk perpaduan umat atau fitnah yang sengaja dibuat-buat untuk menghancurkan umat seperti mana yang kamu lakukan (sebenarnya inilah konspirasi yang halus cuba melemahkan umat Islam).

Panglima Perang Cyber said...

err tuan blog terlupa ke nak tulis berapa ratus juta penganut Kristian dan Yahudi ?

Errr lupa saya.


boleh terangkan tak berapa ratus juta ?

ke bilion ?


maaf berjuta juta pun tak semestinya benar.


seorang diri pun tak semestinya sesat.


maaf ganggu !

link di bawah kata penganut Kristian 2.1 bilion.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kristian



ingat, tu tak termasuk Yahudi...


:) hehehe

Dr Faisal Tehrani said...

Salam,
al Marhum Muhammed Sayyid Tantawi mengatakan: ‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara."

Berdasarkan fatwa, ijtihad, ijma', pandangan (what ever it can be called) tersebut: Jika saudara cuba secara berkias mengkafirkan 500 juta umat Islam Syiah dengan menyamakan mereka dengan Kristian dan Yahudi, bersaksilah saudara perlu mencari 500 juta umat manusia ini di akhirat kelak. Ini termasuk umat Syiah terdahulu dan sekarang. Tuduhan kafir adalah amat berat dan saya yakin akan mendapat balasan dunia lambat laun.

Selamat berjaya memohon maaf daripada mereka seorang demi seorang. Jika ada seorang Syiah di ruang blog ini tidak memaafkan saudara maka bersaksilah mulai sekarang nasib malang saudara dunia akhirat.

Saya tidak akan memberi lagi ruang untuk orang yang mengkafirkan umat Islam yang lain di sini.

Abu Hunaif said...

sebab tu la mafhum hadith " 73 golongan, hanya satu masuk syurga".
Tak sampai pun 2% yg tidak sesat.

Hadith lain " daripad 2000 seorang akan masuk syurga yang lain masuk neraka.

Memang ramai yg sesat lebih2 lagi akhir zaman ni.:-)

hellmy said...

"Sheikh Mohammed Ali Al Amri meninggal dunia 10 pagi semalam di usia 120 tahun"

>>> Ini bermakna beliau lahir dalam tahun 1890, sama tahun dgn arwah datuk saya lahir.

Haris Hauzah said...

el qevsem,

Nasib baik la zaman kesultanan tanah melayu dahulu tiada mana-mana Sultan daripada mana-mana negeri pun yang terima pakai undang-undang serupa 'enakmen jenayah syariah selangor Perkara 7(1):' yang saudara banggakan ini.

Kalau tidak memang pakat ramai-ramai la kita semua tunai niat di Batu Caves tempoh hari, manakan tidak... kalau tidak pasti saudara, saya dan sekelian penduduk tanah melayu ni hindu belaka semua.

Tak begitu saudara ?

hellmy said...

Eh, sekejap. Umurnya 100 atau 120 tahun? Kerana dikatakan beliau lahir pada tahun 1911. Jika 120 tahun, maknanya beliau lahir dalam lingkungan 1890 atau 1891.

*puzzled

ali said...

shiah: 120 juta
sunnah: 940 juta

Sumber:Statistik Sunni dan shiah.
Lain-lain agama:
Bilangan Lain-lain agama

Kalau bandingkan sunni lebih ramai dari shiah. Jadi berjuta-juta pun tak semestinya benar. Seorang diripun tak semestinya sesat. Betul tu. Macam Nabi Nuh a.s berdakwah seorang diri selama 950 tahun.

Ikut pemberatnya logik anda sedikit walaupun berjuta lebih benar daripada bilangan yang ramai yang berjuta-juta. Jika dibandingkan antara sunni dan shiah, anda boleh buat kesimpulan siapa yang benar..he..he..he. Tetapi adakah ramainya sunni itu menandakan mereka tidak mungkin tidak benar? Begitu juga shiah adakah mungkin mereka tidak mungkin salah?



Tapi logik demikian tidak benar. Yang benar adalah apa yang benar bagi Allah dan RasulNya.

Yang benar ialah yang tidak mengikut jalan kesesatan sebagaimana hadith al-Tsaqalain iatu barang siapa yang berpegang teguh kepada keduanya (al-quran dan ahlul bait) tidak akan tersesat selama-lamanya.

Nota: Dr. Faisal telah juga mengemukakan hadith ini dalam blog ini. Harap anda semak kembali.
Jadi bilangan yang ramai yang dikemukakan oleh beliau bukan sebagai ukuran kebenaran tetapi menunjukkan kebenaran jalan shiah itu yang mengikuti hadith al-Tsaqalain telah dicapai oleh berjuta orang di dunia. Jadi adakah sesiapa akan menafikan hal ini?

Saya ingin tahu sama ada anda mengikut jalan itu atau anda boleh tertawa terbahak-bahak di akhirat kelak.

sebutirbatu said...

Bismillah,

Firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat”. (al-Hasyr: 10)

>s'moga ummah m'hayati firman Allah s.w.t. ini.Insya Allah

Fikirlah said...

sebab tu la mafhum hadith " 73 golongan, hanya satu masuk syurga".
Tak sampai pun 2% yg tidak sesat.

Hadith lain " daripad 2000 seorang akan masuk syurga yang lain masuk neraka.

Memang ramai yg sesat lebih2 lagi akhir zaman ni.:-)

tuan abu hunaif, nampaknya tuan SEMEMANGNYA berada di jalan yang benar. Saya mahu tergolong dalam 2% plus minus yang tak sesat tu. Hebat sungguh tuan.

Abu Hunaif said...

statement itu bkn utk saya, saya doa & harap tergolong dalam golongan yang satu itu... Dr FT mengaitkan syiah dengan angka, seolah2 angka yg banyak sbg satu dalil yg mengesahkan kesahihan aqidah syiah. Jd itu hanya jawapan utk Dr bukan berkaitan diri saya.

Takkanlah "Fikirlah" tak boleh guna fikiran dgn betul?

red said...

salam Dr FT...

Tak habis2 lagi ker entry pasal sesat ni?? Kalau boleh, saya nak baca aktiviti dan hasil karya Dr didalam blog ini... I am one of ur fan

Fikirlah said...

Terima kasih kerana membalas. Berkaitan FT SEOLAH-OLAH mensahihkan aqidah Syiah dengan angka itu tidak benar.

Jika dibaca semula, entri ni bertujuan untuk menanyakan kepada orang-orang yang menyatakan Syiah itu kafir, kerana sekiranya mereka tidak kafir atau sesat, yang memfitnah perlu meminta maaf kepada entah berapa juta orang berfahaman Syiah di dunia ni. Seperti saudara katakan, saudara pun masih tak confirm dengan aqidah saudara sendiri, seperti kata saudara harap dan berdoa supaya tergolong dalam satu yang benar itu.

Tak lengkap hadith yang saudara tuliskan itu.

Dari Muawiyah bin Abi Sufyan bahwa Rasulullah SAW bersabda,? Umat sebelummu dari ahli kitab terpecah menjadi 72 millah (aliran). Dan agama ini (Islam) terpecah menjadi 73. 72 diantaranya di neraka dan satu di surga. Yaitu Al-Jamaah. (HR. Abu Daud)

Pada pendapat saudara siapakah Al-Jamaah itu? Adakah ASWJ?

Maaf jika saya tidak berfikir dengan betul.

Zuljanah said...

Salam,

Agak sulit untuk kita memahami persoalan sesat ini, lebih2 lagi dan secara logiknya, apabila kita melihat dan mengukurnya berdasarkan akidah khususnya berdasarkan madzhab2 di dalam Islam. Berdasarkan ukuran ini maka kita mendapati bahawa bilangan yang ’qualified’ sebagai benar berdasarkan sesuatu akidah itu menjadi terlampau ramai, menyalahi pula maksud hadis Nabi saw bahawa hanya 1 daripada 73 golongan umat Islam yg masuk syurga. Dan masing2 madzhab pula menganggap bahwa golongan merekalah menjadi golongan yg terpilih. :)

Jelas sekali kita memerlukan satu topik perbahasan yg lain bagi membincangkan hal ’sesat’ ini. Tambahan pula telah berulang-ulang kali ditekankan di dalam Al-Quran bahawasanya pengetahuan dan hak menyesat/memberi hidayah ini berada disisi Allah swt.
"...Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk..." (An'aam:117).

Bukanlah kita dilarang membahas dan memikirkan hal itu, akan tetapi adalah lebih afdal sekiranya kita mementingkan isu perpaduan /wahdah umat Islam dan menerima mereka yg mengucap 2 kalimah syahadah sebagai Muslim. Kita memerlukan wahdah umat Islam kerana banyak rancangan untuk majukan umat Islam masih belum terlaksana.
Isu perpaduan inilah yg menjadi teras puluhan entry hasil usaha tanpa jemu oleh yg empunya blog, Dr FT, semoga diberkati Allah segala usahanya.

" Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. " (Al-Maidah:48)

" Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? " (An-Nisaa':122)

Bukankah Al-Quran telah menggariskan dengan jelas ciri2 mereka yg dijamin masuk syurga ? Dan siapakah yg lebih benar perkataannya daripada Allah ?

Wassalam.

Huda Afiqah Hashim said...

Assalamualaikum.

'Seronok' menyinggah lalu di blog ini.
Cantek header baru, Dr. :)

Salam Juang.

Fikirlah said...

Zuljanah
Terima kasih atas pencerahan. Saya sependapat dengan kamu. Firman Allah:

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Sad:29)

Di mana logiknya hadis ini? Mengikut statistik: http://en.wikipedia.org/wiki/Shi%27a%E2%80%93Sunni_relations

Ramai sungguh, malah mungkin melebihi 73. Juga tidak diketahui sama ada 73 itu mazhab fikah, fahaman, organisasi atau sebagainya? Jadi jika Al-Jamaah yang dimaksudkan adalah ASWJ, mungkin tidak logik.

Mengikut ulama Ahlus Sunnah, syiah dan sunni masih bersaudara.
‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara,” katanya lagi.
Syeikh Shaltut.

Refer juga pada komen Zuljanah Selasa, 25 Januari.

Jikalau hadis ini benar, pada pendapat saya, yang dimaksudkan Jamaah itu ialah:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Ali-Imran:103)

dan juga,

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah berceri-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
(Ali-Imran:105)

Zuljanah said...

Salam

Fikirlah, alhamdulillah atas penerangan yang sangat baik.

Tidak susah sebenarnya dengan hanya merujuk kepada keterangan ayat2 Al-Quran untuk kita mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang benar. Apa yang saya temui di dalam Al-Quran, seringkali ayat2 yang berligar sekeliling isu kesesatan menyentuh perihal sikap dan perangai buruk sesuatu kaum/bangsa.

Kisah Iblis lankantullah adalah permulaan cerita berkaitan hal ini...

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". (Al-A'raaf: 12-13)

Iblis bersifat sombong dan bangga diri dan lantaran itu dia disingkirkan daripada syurga dan dihukum sebagai sesat sepertimana yg diterangkan oleh ayat berikut;

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (Al-A'raaf:16)

Jikalau kita memiliki sifat syaitani iaitu bersikap sombong dan bangga diri tanpa mengira apa pun jua madzhab pegangan kita, adakah berkemungkinan besar kita akan berada dikalangan mereka yang layak masuk syurga ? Adakah sifat2 seperti suka mengkafir dan menyesatkan orang ciri2 orang yg layak masuk syurga ? :)

Fikirlah boleh meneruskan kajian lanjut terhadap sifat2 dan ciri2 lain sesat yg terdapat di dlm kisah Firaun, Hamman, Pemuka-pemuka kaum para Nabi, Pendita2 Yahudi dan Nasara yg telah dikaitkan dengan kesesatan.
Dan mengkaji juga sifat2 mereka yang dijanjikan Allah syurga dan ganjaran pahala.

Dengan mencantumkan penjelasan2 al-Quran dan al-Hadis, maka saya menyimpulkan mereka2 yang berlumba-lumba dalam kebaikan, beriman dan beramal soleh, yg telah dijanjikan Allah swt syurga, sudah barang pasti adalah diskripsi al-JAMAAH, iaitu 1 golongan daripada 73 golongan yg dijamin masuk syurga.

Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Wassalam.

Abu Hunaif said...

Cuba buka blog saya. Teliti betul2 apa yg ingin di sampaikan...

http://musafirasing.blogspot.com/2011/01/muzakarah-tentang-betapa-bahaya-syiah.html
Aqidah tidak semestinya satu. Yg pasti Allah itu satu. Percaya Allah shj yg satu masih tk cukup syeikh.. Rukun Iman ada enam bukan satu. kalau tolak iman kpd alquran( percaya quran telah dikurangi, ditambah)samalah menolak quran. Ini pun aqidah..

Kalau Abu Bakar r.a pun perangi orang yg masih beriman kpd Allah dan nabi, solat tapi tak nak keluarkan zakat( walaupun tak jd perang kerana mereka bertaubat).

Kalau Salehudin alyubi perangi kerajaan fatimiah mesir kerana fahaman syiah.
Bagaimana mungkin tidak aku perangi kalian dengan hujah dan pena..?

Dr Faisal Tehrani said...

Salam,

I smell wahabi's filth here:

1. 'Percaya Allah shj yg satu masih tk cukup syeikh.'

Ini menunjukkan apa barang dia hujahkan pun dia tak faham.

2. 'percaya quran telah dikurangi, ditambah)samalah menolak quran. Ini pun aqidah.'

Ini menunjukkan apa barang dia hujahkan pun dia tak faham.

3. 'Kalau Abu Bakar r.a pun perangi orang yg masih beriman kpd Allah dan nabi, solat tapi tak nak keluarkan zakat( walaupun tak jd perang kerana mereka bertaubat).'

Ini menunjukkan apa barang dia hujahkan pun dia tak faham.

4. 'Kalau Salehudin alyubi perangi kerajaan fatimiah mesir kerana fahaman syiah.'

Ini menunjukkan apa barang dia hujahkan pun dia tak faham.

5. 'Bagaimana mungkin tidak aku perangi kalian dengan hujah dan pena.'

Saudara, kalau inilah hujah-hujah saudara, saya kasihan dengan saudara. Simpan kedunguan saudara untuk diri saudara.

Jangan promosi barang palsu dan tidak benar di blog ini.

Saudara DILARANG di blog ini selepas ini. Saudara boleh terpekik di tempat lain.

hellmy said...

hak hak hak...berbulu je kena sound tepat ;-)

Fikirlah said...

Salam,
terima kasih atas nasihat dan penjelasan anda. Ya, Al-Quran mempunyai jawapan untuk soalan-soalan ini. tidak mungkin hadis itu boleh diterima jika tidak selaras dengan Al-Quran. dan tidak mungkin Al-Quran itu tidak selaras dengan fitrah manusia. Saya bukan ahli dalam bidang hadis, jadi jika sesiapa boleh memberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang hadis itu amat saya berterima kasih. Sebarang cadangan pembacaan tentang ahlul bait boleh email kepada saya. Setakat ini saya buat reference di anwsering-ansar.org.

Dan FT, saya ada menghantar email pada chefhisyam@gmail.com tapi tidak berbalas lagi, mungkin FT sibuk dengan kerja. Saya akan tunggu reply dari anda.

email saya
malik_crooky(at)rocketmail(dot)com

Terima kasih semua.

cintasusyi said...

Benarlah kata-kata & pendapat Prof. Haji Jalaluddin Rakhmat tentang virus 'Khwarijisme' yg masih membiak diikuti zaman dalam satu artikel yg pernah saya baca dalam bukunya 'Islam Aktual'.. Buktinya mmg terserlah dalam komentar2 dr puak 'Ultra Puritan' di laman blog ini..

Ayuh saudara, Dahulukanlah Akhlak di atas semua perkara..Salam Damai.

mohd_kedah29 said...

dr ft,abu hunaif ni antara org yg rasa diorg jaguh tp penakut...jika mereka ini diajak berdialog maka kecutlah mereka seperti tokoh2 mereka yg lain(cth:maulana asri yusuf).Satu blog yg sering menjawab entry dr ft di blognya adlh blog ustaz love...Benci betul dia dgn syiah&dr ft sendiri.

mohd_kedah29 said...

slm,tahniah dan syabas pada dr Faisal atas info yg disiarkan,pasti tiada siapa yg tahu ttg wujudnya wakil syiah di Malaysia yg punya gelaran hujattul islam......Buat el qevsem,slalu dtg majlis syiah ke smpai leh tau brp kehadiran dlm majlis kemuncak?Agaknya malaysia ni ngra kartun ye,sain deklarasi amman tp xnak patuhi plak...

behlul said...

assalamualaikum

tahukah mereka bahawa umat syiah sebenarnya semakin dipandang kerana isu ini..?

1jja1912 said...

Salam.

@Hunaif

Saya quote semula : 'Aqidah tidak semestinya satu. Yg pasti Allah itu satu. Percaya Allah shj yg satu masih tk cukup syeikh.. Rukun Iman ada enam bukan satu'.

Berselirat untuk saya fahami. Aqidah tidak semestinya satu? yang Pasti Allah satu?

Istighfar.. istighfar.. Adakah anda sedang mengakui akidah yang satu itu terpecah-pecah? Atau boleh disimpulkan kita beriman kepada tuhan yang lain selain Allah SWT, itu dibolehkan?

Percaya pada Allah sahaja yang satu masih tak Cukup?

Adakah Allah yang lain selain DIA?
Istighfar..istighfar..AllahuRabbi, aku mohon pemeliharaanMu atas keimananku kepadaMu agar tidak terpesong hatiku dengan sesuatu yang akan mendatangkan kemurkaanMu.

Akidah itu kerja hati, apabila hati itu yakin dengan sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat yang mustahil bagiNya, akidah tadilah yang akan menggerakkan seorang Muslim untuk melaksanakan perintah Allah lahir dan batin. Rukun Iman yang enam itu bertunjangkan kepada akidah yang satu tadi.

Buat pening jelah.. adoih..@@

Wassalam

Fikirlah said...

Aqidah Islam - iman yang utuh dan penerimaan total tanpa was-was kepada Allah SWT.

Mungkin aqidah yang dimaksudkan saudara abu hunaif itu aqidah secara general, bukan aqidah Islam sahaja.

Mungkin maksud saudara abu hunaif jika mengambil salah satu sahaja dari rukun iman itu tak sempurnalah iman itu.

Mungkin itu yang dia faham. Andaian saya sahaja, jika salah tolong betulkan.

Ya, aqidah itu kerja hati. Seperti orang yang bekerja, adakah ikhlas kerja itu kalau harapkan balasan?

Seperti menolong orang buta melintas jalan, adakah kita meminta wang pada dia? Sungguh tidak beradab kalau begitu.

Jadi, kalau bekerja dengan hati yang ikhlas, gaji pun diterima dengan ikhlas.

Duit gaji tu untuk memenuhi keperluan fizikal orang itu.

Work hard to get smart,
work sincerely to get both, and all. :)

otto said...

Selalunya topik2 sebeginilah yang buat orang tak selesa dengan Islam walhal Islam tu ajarannya memudahkan.

Cukuplah Allah bagiku.