
Ada seseorang yang tidak dikenali mengutusi saya salinan berita di atas. Memandangkan 'mereka' tidak mendapat liputan yang adil oleh media tempatan, maka saya berasa terpanggil untuk menyiarkan semula berita ini. Sinar Harian edisi utara hari ini menyiarkan berita mengenai pengikut Syiah di daerah Pendang, Kedah Darul Aman membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Pendang pada jam 10 pagi semalam. Ia adalah berkenaan penghinaan dan fitnah terhadap Syiah yang beredar dalam media Malaysia baru-baru ini. Untuk baca dengan jelas, klik pada gambar. Sila baca juga perihal berita ini di sini.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Orang Kedah mahupun luar Kedah dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Orang Kedah mahupun luar Kedah dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



43 comments:
oh mai cek mai...
rupanya macam orang normal aja...ingatkan macam manalah rupa orang Shiah Kedah. Cuma boleh nampak betapa asingnya kita dengan Shiah sehingga menyebabkan perbalahan. Terbukti diperenggan ke4 laporan tersebut..yang menyatakan Shiah orang Kedah itu daripada aliran Imam bernama Miah.
Penampan
punyalah orang kita jahil, wartawan nak eja syiah imamiyyah pun jadi imam kak miah. hahaha.
lagu ni budak2 sekarang depa reti ke ahlus sunnah wal jamaah tu menatang apa? itu yang jadi 90 marhalah tu.
ikhlas, saya tengok gambar mereka timbul rasa kasihan sangat dalam hati. mereka bukan kacau orang pun. tapi untuk dapat keuntungan dunia, ada orang fitnah mereka dengan sungguh dahsyat. moga-moga ia akan mengalami kerugian di akhirat kelak.
Ameen...
Salam Dr. FT,
Maafkan saya terlebih dahulu. Niat di hati sekadar ingin berkongsi. Moga-moga terserlahlah cahaya NYA nanti. Semacam kurang elok pula doa yang diukirkan itu, terasa macam ada dendam... Sekadar ingin berkongsi, barangkali boleh juga didoakan semoga mereka mendapat hidayah NYA...
Saya sememangnya peminat Dr. dan masih lagi berusaha mempelajari sesuatu di sini. Salam perkenalan.
Issy AbgBent,
Dia fitnah 400 juta orang tu...susah nak lepas tu. Kalau 200 orang tu bolehlah jugak pi mintak maaf sorang2. tapi kalau 400 juta, campur yang berjuta2 dah jadi arwah dan syuhada, campur juta2 yang akan datang; tak tahulah...
tambah2 dia pulak kata tak nak minta maaf.
Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam KERUGIAN. Kecuali mereka yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Kerugian adalah kedudukan seseorang bila ia melakukan sesuatu yang tidak memberi manafaat kepada diri sendiri dan meninggalkan amal soleh. Mereka tidak berpesan2 kepada kebaikan dan kesabaran malahan mencipta FITNAH dan menuduh mukmin lain seolah-olah tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya.
Apabila telah jelas dan terang akan tuduhan yang dikeluarkan itu bertentangan dengan kebenaran dan realiti seseorang atau perkumpulan maka sudah menjadi tanggungjawab yang mengeluarkan fitnah itu bersama guru2 mesti memohon maaf kerana FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh.
Oleh itu marilah bersama-sama kembali kepada ajaran Rasulullah s.a.w bukan Sunni dan bukan Syiii.
Kerugian satu fenomena
Kerugian satu bencana
Kerugian musuh diri
Kerugian adalah kelemahan
Kerugian rakan musuh ALLAH
Kerugian diakhiran kejayaan didunia
Kerugian ku kira kemudian
Kerugian rupanya Lemas
Kerugian ada wawasan
Kerugian ternyata digunakan
Kerugian masih berlawan
Kerugian mahu keuntungan
Senjata orang mukmin adalah doa dan tangisan....berdoa kepada Allah dan bertawasul kepada Ahlul Bait as semoga segala kesukaran yang dihadapi oleh para pengikutnya Rasulullah, Imam Ali, Hasan, Hussein, Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Jaafar al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali bin Musa, Muhammad ibn Ali, Ali Ibn Muhammad, Hasan ibn Ali al-askari, Muhammad ibn Hasan di seluruh dunia khususnya di Malaysia selamat dan cekal menghadapi segala mehnah. Mudah-mudahan Allah menimpakan laknat ke atas golongan nasibi (musuh-musuh ahlul bait) di atas segala fitnah dan pembohongan demi mencapai keuntungan dunia.
La'natullahi 'ala dhazlimin.
hahahaha...
so funny. kalau dah orang bahasa tu, kalau tersilap, memang habis la kena belasah. miah la, 90 marhalah la. so pathetic. tak ada hujah, jadi diburukkan-burukkan sebaik mungkin, walhal sekecil-kecil benda pun.
tidak dinafikan tang ejaan tu mmg agak aneh..untuk mereka yg volunteer buat aduan pada pihak berkuasa ni..tahniah sebab mereka menggunakan kaedah saluran yg paling tepat dalam keadaan Malaysia hari ini..kepada pihak berkuasa..terima kaseh sungguh2 atas kesudian menerima report mereka ini..atas layanan mesra mereka menampakkan tiada langsung diskriminasi untuk golongan sesat ini..di pihak media..juga berbanyak terima kaseh kerana sudi menerima material sebegini..pihak media mmg tidak mengecewakan langsung kerana meyalurkan semua maklumat dari jurucakap syiah kedah..pun begitu bukan semua manusia di kedah yg gembira dgn apa yg kalian lakukan..ada yg iri hari..ada yg benci..ada yg ingin ambil kesempatan atas apa yg sedang berlaku..mereka ini telah bertahun2 di label sesat..kesian kan..itulah jalan yg mereka terpaksa lalui disebabkan cinta tu..
Emm... yalah saya setuju. Lihat gambar mereka, 'muka kesian'. Kasihan lagi terhadap bebanan yang ditanggung bila dipandang serong oleh masyarakat gara-gara hal yang terjadi. Semoga Allah membela mereka.
pi mai pi mai tang tu jugak...! kita tumpang bangga kat orang2 islam syiah kat malaysia ni, no? pusing kut mana pun last2 jumpa jugak asai-usui keturunan kita no..? tok kita,tok wan kita,pak menakan kita dan keturunan kita rupa2nya asai dari syiah.. aku ingatkan macam sangkaan penampan asai dari 'al-wahabi'. mesti PENAMPAN ingat org2 syiah semua rupa mcm shahrukh khan dan salman khan..! akidah dan pegangan mereka tetap sama! walau dipisahkan oleh bangsa dan geografi negara mereka.saya pinjam satu ungkapan lagu 'malaysia berjaya'... "dari perlis sampailah ke sabah syiah sudah berjaya!!!!! ".
kembar you are so funny,
tentulah nak ambil kira semua. kalau awak belajar solat, benda pertama awak belajar ialah definisi, lughatan wa istilahan (bahasa dan istilahnya).
masalah budak-budak sekarang tak kuasai benda asas. jadi mereka tak tahu pun apa makna solat. mereka tak tahu pun yang makna solat ialah bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam. oleh kerana tak kuasai terminologi dan tak faham makna solat, mereka pun solat tak 'complete' dan jadi pathetic (macam kata awak). bila hal asas macam ni tak reti, itu yang keluar statement merapu i.e 90 marhalah tu (err berapa kilometer tu ya?)
Umat Islam akan berpecah pada 73 puak 1 masuk Syuga dan 72 masuk Neraka. 1 puak tu teramatlah sikit nilainya 1/73 yang banyak tu 72 sebab 72/73.Oleh itu mari kita lihat cara logik akal siapakah yang paling ramai di dunia ini.Puah Syiah atau Puak Sunni dan lain lain.Jawapan mudah tetulah puak sunni rakyatnya lebih dari satu billion dan syiah hanya lebih kurang 200 juta saja.Jadi siapa yang layak masuk syurga dalam hal ini.
Dr. Faisal, kalau selama ini Kerajaan UMNO tuduh puak2 syiah ni sesat Apa kata kalau Dr dan ahli syiah seluruh negara pi pakat ramai2 turun mengadap yang dipertuan Agung bawak sepanduk dan tuduh Tun Mahathir dan Najib sesat pulak..
Dua ekor Karbau Balau tu pernah menghina Sunnah Rasulullah dan Alul Bait dan mereka juga pernah mempersenda2kan hukum Allah...
Kalau benar puak2 Syiah ni jujur dalam menyintai Rasulullah adan Ahlul Bait terimalah saranan saya ni..
Tak guna berkoko dalam blog ni.. sebab sape2 pun boleh tulis..
Dr.. turunlah dan ajak puak2 siah beramai2 kalau berani sebab selama ni puak2 Ahli Sunnah sibuk dgn kecintaan mereka terhadap Rasullah tapi apa buktinya..???
Dr tengoklah sepanjang Tun Mahathir memerintah terlalu banyak penghinaan terhadap Rasulullah dan Hukum Allah yg beliau lakukan..
Kalau Dr tak berani turun buat demonstarsi saya rasa baik Dr tutup jer blog Dr ni.. cakap tak serupa bikin..
Apa bukti kecintaan Dr dan semua puak2 syiah dalam negara kita ni pada Rasulullah dan Ahlul bait kalau takut kena belasah dgn FRU.. wakaka...!!
Baik lagi peminpin2 Pakatan Rakyat yg sanggup turun buat demonstrasi bahkan golongan tua pun sanggup turun menetang dasar kerajaan UMNO yang korap walau pun kena sepak terajang dan diheret atas jalan raya oleh FRU.. jgn cerita lebihlah kalau berani turun padang...
Bawak memo jumpa agung.. sila bersihkan nama syiah di dalam negara Munafik kita ni..
Bawak sepanduk seruh Mahathir dan Najin minta maaf pada seluruh umat umat islam kerana menghina Rasulullah dan hukum Allah...
Ada bran ka..??
Jgn Berkoko je yang lebih..
Salam,
Di Malaysia 2 Marhalah bersamaan 84KM atau 85KM. Ikut Mazhab Hanafi lebih 90KM. Jadi jika di ambil 2 marhalah = 84KM di Malaysia, 1 marhalah = 42KM, Jika 90 marhalah = 42 x 90 = 3780KM tetapi jika 2 marhalah 90KM maka 90 marhalah = 90 x 45KM = 4050KM.
Jika yang mengucapkannya adalah KEMBAR saya tidak ada masalah untuk terlepas pandang tetapi jika seorang Pegawai Tinggi Agama, Pengarah Jabatan Agama Islam buat kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Beliau berkata 90 marhalah bukan 90KM, Ini menunjukkan beliau tidak tahu beza antara makna marhalah dengan istilah 'JARAK'. MARHALAH ADALAH KIRAAN UNTUK JARAK dan bukan 'jarak' itu sendiri macam hari ini kita pakai batu atau kilometer. Contohnya jarak antara KL ke Melaka ialah 147KM atau 3.26 Marhalah (jika 1 marlahah 45KM = 90 km = 2 marhalah)
Jika salah marhalah maka salah solat qasr (batal) dsb.
Orang awam boleh buat silap. Orang ada TAULIAH tak boleh buat silap, kalau silap kenalah buat pembetulan...jangan bersikap ego macam iblis. Jika satu perkara silap tidakkah nanti konsekuennya banyak perkara lain kebarangkaliannya buat silap?
Kembar
Eloklah belajar definisi daripada si ali tu. you are so funny kembar. agak2 sekarang reti?
hafzach,
ini lagi, you are so funny. Kau ni kenapa?
Aduhaiii~
Seronok eh baca blog2 tokoh ni. Macam-macam boleh jumpa. Tambah pulak Dr yang masih 'berjiwa muda'. macam2 la responnya. Hahaha...
Salam Juang.
Koko** lebih tak apa, Faisal, jangan kopi lebih. Nanti tak boleh tidur, meroyanlah pulak. Kah kah kah...
Manalah Hellmy ni, nak ajak minum kokolah pulak...
* tiba-tiba je mood pagi ni begini...
(lihat komen hafszach)
bawak sepanduk dan tuduh Tun Mahathir dan Najib sesat pulak..
saya dapat rasakan walaupun tun mahathir seorang sekular..tahap knowledge dia sangat tinggi untuk dibezakan dengan saya..saya memerlukan ilmu yg dia ada..maaf kawan..saya tak berminat untuk mengatakan tun mahathir itu sesat..saya lebih berminat untuk mengatakan dia juga dalam pencarian seperti kita..
untuk kes en najib pulak..sebenarnya saya tak pasti apa yg sedang en najib canangkan..dari butiran percakapan dia..saya tidak gembira dengan tahap pengetahuan yg dia ada..bukan itu tahap pengetahuan pemimpin untuk org seperti saya..senang ckp tak serasi la..
pemimpin saya mesti mempunyai knowledge yg lebih tinggi dari apa yg telah pemimpin saya sumbangkan untuk pendidikan rakyatnya..
Disiplin ilmu mereka memang begitu tidak ada ketertibannya, kebiasaannya hanya hentam keromo sahaja asalkan nampak logika. Sepertimana yang berlaku kepada mereka yang membencikan aqal dan ilmu logika sehinggakan bila dibincangkan melalui aqal dan kesimpulan yang dibuat melalui aqal seawal bunyinya telah ditolak. Apa yang lebih jelik terus dinobatkan mereka itu bertuhankan aqal dan dikaitkann dengan Mu'tazilah dan yang seangkatan dengannya.
Ibn Taimiyyah adalah di antara mereka yang memusuhi ilmu LOGIK sehingga mengarang buku berkaitan dengannya.
Adakah dia mampu menolak logika? Apa pula bentuk Logika yang digunakannya ketika menolak Logika lain? Itulah....hakikat manusia yang ingin menolak orang lain tetapi akhirnya terpaksa menolak diri sendiri.....Ini adalah salah satu Falasi dalam berfikir.
Salam pembaca buku,
Ada ni...Hehe. Jgn minum koko,nanti mengantuk!
:-)
hafszach
Tun Dr. Mahathir tu sesat? Ya kot! Malahan,anda perlu ingat bahawa Tun Dr. Mahathir pernah mengumumkan pada tahun 90-an yang Kuala Lumpur adalah bandaraya berkembar dengan Isfahan (tahu di mana? Di Iran! - Tempat Mistis kata majoriti Yahudi Zionis diami di situ). Sehingga menukar nama jalan (lokasi : sebelah Kompleks Sogo) ke Jalan Isfahan.
Bila Proton hampir lumpuh tak tahu cari jalan keluar, Iran datang selamatkan syarikat nasional ini dgn membenarkan kereta buatan nasional ini dipasarkan di sana.
Rupa2nya kita memang selama ni bekerjasama & bergantung harap pada orang2 kafir & sesat ni utk bantu kita!
Laa...baru nak tahu ke? Haha!
hafszach said...
Nama tuan pun tak tahu nama Muslim, Mukmin atau Bukan Muslim.
Tuan Hafszach mungkin juling air kerana yang menuduh puak2 Syiah ni sesat adalah Jabatan Agama dan Majlis Fatwa. Mereka semua ada ustaz2 dan ustazah2 atau mereka yang berlatar belakang agama. Umno sebagai parti dan Kerajaan UMNO mana ada, apa yang ada Kerajaan Barisan Nasional lah......mcmmana nak berbincang...kalau kerajaan dan parti pun gagal membezakan.
Bukan menjadi amalan dan akhlak pengikut Ahl Bait untuk membalas dendam atas apa yang berlaku. Lainlah kalau saudara dan rakan2 musuh Pengikut Ali mempunyai fikiran dan hati yang sebegitu.
Adab dan akhlak mereka ini seperti Hussein sehingga ke titisan darah terakhirpun masih lagi menasihati mereka supaya kembali kepada ajaran Muhammmad s.a.w, namun sifat madang dan degil itu membuat mereka semakin berani seolah-olah mengambil dadah sintetik yang hilang rasa malu dan takut...sehinggakan ada hati untuk membunuh Ali Akbar, Ali Asghar, Qasim yang masih kecil.....itulah logika mereka yang bersama dengan musuh2 Ahl Bait sejak berzaman sehinggalah kezuhuran Imam Mehdi a.s. nanti.
Jabatan Agama yang mengeluarkan fatwa sesat mengapa nak serang dan hentam Perdana Menteri. Bawa sepanduk untuk menuduh mereka sesat adalah kerja Pencinta Salman Rushdie yang kononnya "prolific writer", asalkan jadi isu jadilah demonstrasi.
Mempersenda hukum Allah dan mempersoalkan metodologinya adalah dua perkara berbeza. Seperti soalan "Allah di mana?", "Apakah Allah berkuasa?", "Jika berkuasa kenapa Allah perlukan Malaikat Jibrail untuk menghantar wahyu kepada Muhammad?" "Tak bolehkan Allah terus aje berikan wahyu kepada Muhammad secara terus tanpa perantaraan?".."Kalau begitu benarlah. bahawa dalam Islam pun ada "idea triniti (tiga) ni?"- (Jgn salah tafsir). Adakah bentuk persoalan seperti ini dikira kafir....kurang ajar..atau..bagaimana....
"Tak guna berkoko dalam blog ni.. sebab sape2 pun boleh tulis.."
Kenyataan di atas adalah dari hati yang sedang dibina najisnya kerana hanya sorang Faisal Tehrani empunya blog disini. Kita sendiri mahu melihat saudara menulis seperti Dr Tehrani ni....silalah...tunjukkkan bakat dan jiwa kamu.....tu...jgn....seperti seorang yang terpaksa menjilat ludahnya kembali atau...ludah dilangit...akhirnya jatuh ke muka sendiri.
Setakat demonstrasi jalanan begitu...di Malaysia..ni....tak lah pergi kemana pun...Reformasi pun dah khatam.....tinggal ketuanya aje belum khatam.....kerana terpaksa melalui fasa-fasa sejarah "Liwat" yang amat memalukan.
Allah Taala membenci sesiapa yang membenci Ahl Bait dan pengikutnya....Karma Samsara Cycle dan sebab musabbab ini tetap akan Allah kotakan kepada mereka yang memusuhi dan membenci Ahl Bait sehingga khiamat.
Berani hanya sekadar berhadapan dengan FRU aje buat apa kalau prinsipalnya tu macam "Baboy" binatang yang haram menyodong aje muka nya kesemua arah dan hanya mengutamakan hawa nafsu sahaja.
UMNO lebih baik dan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menghalalkan cara untuk mendapat kan END nya..iaitu memerintah negara...cita2 yang utopian. PAS sanggup membela DAP daripada UMNO...hehehe...tak tahulah,..kalau daam qubur bila ditanya malaikat..siapa saudara kamu...maka org PAS akan menjawab..."DAP saudara kami".....Bammmmmmmmmmmmmmm malaikat bagi award....
Sungguh memalukanlah mengatakan Malaysia (Negara Munafik)....Negara bukan hidup atau mati.....negara tak boleh munafik....orangnya yang munafik atau tidak....ehheheheheh
Duduk semeja PKR dengan DAP, PAS dan Keadilan tu.....adakah tidak ada unsur munafik..di dalamnya...contohnya....
Ada berani ke Anwar bersumpah dengan Quran depan PKR?
Ada berani ke Anwar bersumpah dia tak pernah "meliwat" sesiapa?
Ada berani ke Anwar tak pernah dibantu oleh Amerika dan kuncu2nya secara peribadi?
Ada beranikah saudara sendiri mengatakan dengan jelas bahawa "Syiah itu sesat dan keluar Islam"
Ada berani ka?
Ada berani ye?
Ada berani ya?
terima kasih kepada Ali yang sudi menerangkan maksud marhalah tu.
Tapi cubalah fikir2kan. secara umum pegangan orang Islam kita di Malaysia menjadikan jarak 90km sebagai tanda aras utk melakukan solat jamak dan qasar. Tapi mengikut hukum fiqh menggunakan ukuran marhalah bukannya km. Yalah, orang Malaysia mana la guna sangat perkataan marhalah tu. Tapi kalau tersasul sebut 90 marhalah pun kita tahu yang dia nak sebut 2 marhalah itu lebih kurang 90km. Tak tau la kot ada budak2 yang selama ni memegang 90km utk solat jamak dan qasar terus membuang terus pegangan itu selepas terdengar Pegawai Jais itu tersasul sebut 90 marhalah.
Make it sense la. budak sekolah tak habis PMR pun bleh fikir, apatah lagi yang ada PHd. Takkan saudara semua terus biol lepas dgr perkataan 90 marhalah tu kot.
Saya bukannya suka pun kat Khusrin tu, tapi takkanlah disebabkan kebencian menyebabkan kita tidak berlaku adil kpd seseorang?
Eh, Dr FT ni tak tau eh kenapa Salahuddin Al-Ayyubi cantas dulu syiah baru nak lawan musuh yang nak datang menyerang? Saudara ingat dia bleh menang ke lawan musuh kalo ada musuh dlm selimut? tapi nasib baik idola saya tu bijakk.
Allumma solli ala saidina Muhammad, wa ala alihi wasahbihi ajmaeen
1) Dr FT ~ tqvm krn blog ini memberi penerangan & mencerahkan sy ttg apa, siapa, dimana, knp ujudnya, bila bermula & bagaimana pkembangan ttg SYIAH...
2) bgitu juga dgn DR MAZA, krn dia sy jadi faham 5W1H ttg wahhabi...
3) Dr MAZA (Minda Tajdid) & Dr FT serta Tun Dr M (Chedet)juga Srikandi7 (Ummi Hafilda) adalah antara blog yg mesti sy baca setiap hari....
4) Sy setuju kedua2 pandangan Dr MAZA & Dr FT... jadi harapnya jgnlah kedua2 nya bergaduh ye..
5) melayu sudah lama "kerugian" dgn UMNO, PAS & PKR yg sanggup putus saudara sampai mati, kita tak mahu sarjana spt Dr FT & Dr MAZA mjadi mangsa fitnah yg dimulakan oleh melayu sndiri...
You are sp funny Kembar; tak suka tapi tetap merasakan 90marhalah itu seorang yang adil.
Juga saya cuma ingin beritahu begini kepada saudara, Salahuddin al Ayubi adalah orang yang bertanggungjawab merayakan hari asyura bagaikan pesta (i.e bubur2 lauk-pauk) sedangkan sebelumnya umat Islam berkabung setiap kali tiba 10 Muharram.
Tentu saudara dan idola saudara itu, perlu menjawab kepada idola saya dan idola Rasulullah saw iaitu Fatimah Zahra, jawablah kepada bonda saya itu kalau ia bertanyakan, 'Saat aku menangisi pemergian Husain, engkau kembar dan idolamu merayakannya?'
Kalau2 saudara rasa ada jawapan untuk diberi kepada Fatimah Zahra eloklah.
Barang diingat, kesukaan Fatimah adalah kesukaan Rasulullah, kedukaan Fatimah adalah kedukaan Rasulullah.
Khoda hafez.
Ya, kenapa? Kami memang berhak utk bergembira pada hari tersebut kerana sempena menyambut sunnah Rasulullah s.a.w.
“Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan perbuatan syiah meratap pada 10 Muharram sempena kesyahidan cucuanda Rasulullah, Saidina Husain merupakan satu bidaah yang ternyata jauh dari Nur Islam yang sebenar. Tiada hadis Rasulullah s.a.w. yang mampu menyokong perlakuan ini kecuali ianya diada-adakan oleh musuh-musuh Islam.
Lagipun Saidina Husain adalah syahid, bukannya mati secara sia-sia. Firman Allah, "Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." (Ali-Imran: 169)
nak lagi? cuba belek kitab syiah. Dalam Al-Ihtijaj 'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal. 306).
Oh, betapa bersyukurnya saya menjadi seorang Ahlul Sunnah. Kami berlepas dari segala perbuatan yang dilakukan oleh Nawasib terhadap ahlul bayt. Dan ternyata Nawasib yang dituduhkan kepada kami ahlul sunnah sebenar adalah puak syiah itu sendiri.
Allahumma solli ala saidina Muhammad waala alihi wasahbihi ajmaen
Itulah kena faham apa yang saya maksudkan...
saya akan terlepas pandang (maksudnya saya tak kisah kerana saya tahu sama ada dia tesasul atau tak tahu kalau yang bercakap budak sekolah tadika atau sekolah rendah atau orang awam(budak sekolah menengah tak cakap 90 marhalah) tapi kalau yang bercakap seorang Pegawai Tinggi Agama dan dia tidak pula membetulkan kenyataannya maka itu tidak boleh dimaafkan. Sebagaimana dia buat kenyataan solat jamak sampai ke solat subuh. Ini bermakna dia selalu dalam kebarangkalian membuat kesilapan dalam kenyataannya atau tindakannya.
Seorang Pegawai Tinggi Agama wajib berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana orang yang mendengar akan menilai personalitinya baik ke ..adil ke ...penipu ke temberang ke.
Tapi kalau orang awam yang jahil cakap hal yang sama sesiapa pun tidak akan ambil peduli.
Kata Imam Ali as: berfikir dulu sebelum bercakap.
Salam.
Kembar...anda patut berfikir dulu sebelum bercakap.....
sesiapa yang meinggalkan Imam Hussein sudah pasti terlepas daripada menjadi syiah beliau. Mereka yang tertarik dengan habuan dunia dari Yazid laknatullah alaihi dan sanggup membelakangkan Imam Hussein akan mendapat balasan di akhirat kelak. Orang Kufah bukan semuanya syiah. Mungkin anda boleh buat bancian ke atas penduduk Kufah pada waktu itu. Jika tidak tidaklah patut anda dengan mudah menuduh semua penduduk Kufah adalah syiah. Ini kenyataan tidak adil. Imam Abu Hanifah misalnya juga seorang Kufah tetapi sebagaimana yang kita tahu adalah pengasas mazhab Hanafi.
Mereka yang murtad pada zaman Nabi SAWAW - tidak akan anda iktiraf sebagai sahabat Nabi lagi. Jadi istilah syiah Hussein ketika itu sepatutnya ditujukan kepada mereka yang ketika itu sama-sama terbunuh di medan Karbala. Mereka yang murtad atau berpaling tidak wajar di panggil syiah Hussein seperti mana sahabat Nabi yang murtad tidak wajar dipanggil sahabat Nabi.
Rasulullah bersabda: “Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku, lalu dia berfirman: Sesungguhnya Engkau tidak mengetahuai apa yang telah mereka lakukan sepeninggalmu. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang (inna-hum irtadduu ‘ala a’qabi-him al-Qahqariy)”.
ini menunjukkan mereka yang murtad bukan lagi tergolong dalam kategori sahabat apatah lagi pengikut.
Sibuk-sibuk tentang syiah Kufah tetapi di mana puak puak sunni? Adakah mereka berada di belakang Yazid?
salam.
ali
si 90 marhalah tu tak belajar agama pun. dia belajar ekonomi. dia pta yang ditukar skim jadi ptd. sebab itu 'serba boleh'.
tapi semua itu tak penting. sebab lagi tinggi jawatan patutnya lagi tinggi common sense. bukan bercakap macam budak kaki lima pasar malam.
dari karbala..mereka menuju ke madinah..sampai di madinah..mereka disambut oleh ummu salamah..dan ucapan ummu salamah masa tu..bersyukur sebab masih ada lagi pewaris ilmu dari keluarga rasulullah..iaitu imam ali zainal abidin dan imam baqir..kalau tanya mamat syiah..depa mmg familiar la nama nih..terus depa p ke makam rasulullah..pakat dok berimpun di situ la semua..untuk pengetahuan semua..di sini maktam first yg dibuat..depa ceritakan apa yg manusia lain buat kat keluarga rasulullah ni..depa mai mengadu kepada rasulullah..dan kumpulan pertama yg akan Allah kumpulkan ke syurga adalah mereka ini lah..diulang di syurga..bukan di neraka..
adakah rasulullah tinggal sebarang harta untuk anak cucu dia..adakah rasulullah berwasiat untuk anak cucu dia..
agama islam yg tulen ini untuk anak cucu dia..wasiat dia adalah agama islam yg tulen ini..dan wasiat ini dipelihara dari satu generasi ke satu generasi hingga ke hari kiamat..kita ni tumpang dari ehsan keluarga dia yg sedia berkongsi ilmu..rasulullah tak kaya..rasulullah tak pernah berangan2 nak hidup senang..rasulullah tak pernah pulun cari wang ringgit untuk masa depan anak cucu dia..kesian kat rasulullah kan..kesian tak kawan2..jgn la buat macam ni kat keluarga dia..kesian la kat depa..ingat tak masa rasulullah mula berdakwah secara terbuka..tekanan yg dia terima..kesian kat dia kawan2..ingat tak masa tekanan tu depa buat kepada semua keluarga hashim..ingat tak kawan2..kesian kat depa..org label depa sesat kawan2..org label depa org gila kawan2..kesian tak kat rasulullah..jgn la bagi rasulullah sedih..tolong la kawan2..kalau manusia biasa dah lama jadi gila sebabkan tekanan mcm ni..fikirlah kawan2..
apa pilihan yg kita ambil jika kita berada pada tika itu..
a.biarkan hussein itu berjuang dengan geng2nya..
b.lawan dengan hussein dan gengnya..
c.join sekali geng hussein dan terbunuh..
d.join sekali geng hussein tetapi tidak terbunuh..
a.kita cuma melihat dan membiarkan si dia berlalu..kita pasti akan menyesal sepanjang hayat..
b.kita membuat keputusan paling silap..kita sedang menganggotai satu persatuan membunuh ketua pemuda syurga..
c.alhamdulillah..syuhada..
d.juga menyesal sepanjang hayat kerana si dia sudah tidak bersama kita lagi..penderitaan kerana si dia telah meninggalkan kita..
pada tahun 2011..
kita telah mengetahui cerita bagaimana kematian hussein..
a.duduk releks..
b.bersedih hati..
c.bergembira..
d.buat tahlil..
a.kalau pak hang meninggai hang dok rileks jugak ka..
b.hang sedih buat apa..kawan tu mati dah pun..sedih sebab betapa ironisnya kematian si dia..tanda simpati atas apa yg berlaku kepada si dia..
c.cina main gendang..tapi masih berkabung..biasanya org yg bergembira ni bila si mati adalah musuh ketat dia..
d.yg ni the best..hadiah untuk si mati..tanda hati dari kita yg masih hidup nih..anak teringat kat mak..bagi tahlil kat mak dia..buat sorang2 pun boleh..satu keluarga pun boleh..satu kampung pun boleh..depa sentiasa tertunggu hadiah dari kita yg masih hidup nih..adakah sampai hadiah kita kepada mereka..kalau kita selawat..sampai selawat tu kepada rasulullah dan keluarganya..kalau kat manusia yg confirm masuk syurga boleh sampai..kat kita yg tak tahuan hala samada masuk syurga atau tak agak2 boleh tak..
assalamualaikum..
sedar tak sedar kembar anda mengambil keputusan yang sebenar bukan dari pengetahuan anda dan ilmu yang saudara miliki, melaikan dengan emosi yang tak terkawal dan tidak memikirkan apakah kenyataaan saudara itu dipengaruhi kemarahan atau diluar pengetahuan saudara..
saya ingin bertanya.. apakah saudara umat terdahulu atau umat nabi muhammad.. andai umatnya mengapa perlu mengambil umat nabi lain, sedangkan kita akan dihitung dengan umat nabi masing-masing.. dan sekiranya umat nabi musa meraikan asyura.. kenapa saudara tak ceritakan umat nabi yunus, nabi adam dan lain-lain lagi.. asyura bermakna 10, dan peristiwa yang berlaku terjadi adalah 10 muharram tahun 61 hijrah yang mana semua mazhab mengakui peristiwa itu.. apakah saudara turut menafikan.. ?
sudah tentu saudara tahu rasul itu adalah penghulu sekalian nabi.. mengapa perlu dia mengambil sunnahnya nabi musa dan meraikannya.. bukankah nabi sendiri menangisi saat imam husein , saat orang bertanya mengapa rasulullah menangis.. kata baginda saw..
‘jibrail datang memberitahu aku, bahawa putra aku ini akan dibunuh oleh umat aku ini, dan mereka tidak akan mendapat syaafatku di akhirat nanti’ riwata al- khawarizmi dengan sanad dari asma binti abu umais serta hakim naishaburi dari sanad dari ummul fadhl binti harits..
umar bin khudr yang dikenali sebagai mallb diriwayatkann dari ummu salamah telah melihat nabi nabi saww menangis ketika melihat husein bin Ali as dan mengusap kepalanya, lalu bertanya apa yang membuatkannya menangis kata nabi..
‘sesungguhnya jibril memberitahuku bahwa anaku ini akan terbunuh di tanah Irak yang disebut Karbala” lalu nabi memberiku segenggam tanah merah dan berkata, ‘ini adalah tanah dimana huseinku dibunuh, jika dia menjadi darah ketahuilah bahwa dia telah terbunuh” kemudian ummu menyimpan tanah itu dalam botol dan berkata bahwa hari ketika tanah ini berubah (imam husein terbunuh) menjadi darah adalah hari yang sangat dahsyat.
Apakah ini dinamakan kegembiraan.. saat kesayangan rasulullah dibunuh kita mengadakan pesta kerana kegembiraan, di sini kita buat asyura.. masih ramai orang kita tidak mengetahui untuk tujuan apa asyura itu disambut, apakh saudara lupa bagaimana kaabah dijanik, perkosaan dibiarkan selama 3 hari ( sebahagian berpendapat 7 hari berlakunya pemerkosaan).. apakah ini agama, firman allah..
‘ orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan allah dan kepada allah jualah kami kembali.’ Al-baqarah 156
dan berapa ramai yang memahami dan mahu memahaminya..
assalamualaikum..
sedar tak sedar kembar anda mengambil keputusan yang sebenar bukan dari pengetahuan anda dan ilmu yang saudara miliki, melaikan dengan emosi yang tak terkawal dan tidak memikirkan apakah kenyataaan saudara itu dipengaruhi kemarahan atau diluar pengetahuan saudara..
saya ingin bertanya.. apakah saudara umat terdahulu atau umat nabi muhammad.. andai umatnya mengapa perlu mengambil umat nabi lain, sedangkan kita akan dihitung dengan umat nabi masing-masing.. dan sekiranya umat nabi musa meraikan asyura.. kenapa saudara tak ceritakan umat nabi yunus, nabi adam dan lain-lain lagi.. asyura bermakna 10, dan peristiwa yang berlaku terjadi adalah 10 muharram tahun 61 hijrah yang mana semua mazhab mengakui peristiwa itu.. apakah saudara turut menafikan.. ?
sudah tentu saudara tahu rasul itu adalah penghulu sekalian nabi.. mengapa perlu dia mengambil sunnahnya nabi musa dan meraikannya.. bukankah nabi sendiri menangisi saat imam husein , saat orang bertanya mengapa rasulullah menangis.. kata baginda saw..
‘jibrail datang memberitahu aku, bahawa putra aku ini akan dibunuh oleh umat aku ini, dan mereka tidak akan mendapat syaafatku di akhirat nanti’ riwata al- khawarizmi dengan sanad dari asma binti abu umais serta hakim naishaburi dari sanad dari ummul fadhl binti harits..
umar bin khudr yang dikenali sebagai mallb diriwayatkann dari ummu salamah telah melihat nabi nabi saww menangis ketika melihat husein bin Ali as dan mengusap kepalanya, lalu bertanya apa yang membuatkannya menangis kata nabi..
‘sesungguhnya jibril memberitahuku bahwa anaku ini akan terbunuh di tanah Irak yang disebut Karbala” lalu nabi memberiku segenggam tanah merah dan berkata, ‘ini adalah tanah dimana huseinku dibunuh, jika dia menjadi darah ketahuilah bahwa dia telah terbunuh” kemudian ummu menyimpan tanah itu dalam botol dan berkata bahwa hari ketika tanah ini berubah (imam husein terbunuh) menjadi darah adalah hari yang sangat dahsyat.
Apakah ini dinamakan kegembiraan.. saat kesayangan rasulullah dibunuh kita mengadakan pesta kerana kegembiraan, di sini kita buat asyura.. masih ramai orang kita tidak mengetahui untuk tujuan apa asyura itu disambut, apakh saudara lupa bagaimana kaabah dijanik, perkosaan dibiarkan selama 3 hari ( sebahagian berpendapat 7 hari berlakunya pemerkosaan).. apakah ini agama, firman allah..
‘ orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan allah dan kepada allah jualah kami kembali.’ Al-baqarah 156
dan berapa ramai yang memahami dan mahu memahaminya..
Salam Dr. Faisal,
Terdahulu Dr. telah 'memaksakan' kata-kata rekaan saudara kepada bunda Fatimah Az-Zahra.Kini saudara 'memaksakan' pula kata-kata rekaan saudara ke atas Pencipta saudara sendiri.
Dalam cerpen saudara:
"Maka Allah pun menyebutkan huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Adalah Kaf itu Karbala, Ha itu adalah Halakal 'ithrah iaitu terbantainya keluarga suci Nabi SAW, ia itu Yazid, adapun Ain itu adalah 'Athsyal Husin atau dahaganya al-Husin di Karbala sementara Shad bermaksud Shabruhu iaitu kesabarannya al-Husin."
Mana sumbernya kata-kata ini saudara?Di mana Allah menyebutkannya?Sebab ulama tidak menafsirnya,bukanlah tiket untuk kita mereka-reka sendiri maksudnya demi menegakkan benang basah kita.Ini AlQuran saudara.Selepas kewafatan Nabi s.a.w,rupanya kita boleh menafsirkan kitabullah sesukahati,sesedap rasa.
Hidup ini terlalu pendek untuk bermain-main dan meraikan segala bidaah dan perkara yang direka-reka dalam agama.
Terlalu pendek saudara...
:)
-Saudara SeIslammu
(p/s:fikir-fikirkan ketika mendelete komen ini)
mistis
Seperti yang saya beritahu dahulu, saya menikmati kebijaksanaan dan kejahilan siapa pun dalam pelbagai isu.
"Selepas kewafatan Nabi s.a.w,rupanya kita boleh menafsirkan kitabullah sesukahati,sesedap rasa."
Saya teringat 100 orang di Kelang yang membakar novel Interlok, seperti itulah saudara nampaknya.
Wassalam.
Setuju Dr. FT...
mistis.... mistis....
saya sebenarnya malas nak tulis. takut tak ada orang yang baca reply saya ni. tapi kebenaran takkan perlu dipendam. betulkah pembunuh Saidina Husain itu bukan syiah?
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama ( lebih kurang 4 atau 5 tahun ) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang - orang Syiah mengumpulkan orang - orang Syiah dan berkata , " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya , kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang - orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". ( Al Baqarah :54 ). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".
hai, lagipun siapalah saya ni nak berdebat dengan tuan2. tapi sekurang-kurangnya tak adalah saya pandai2 nak kaitkan dlm cerpen kita dgn rekaan dan bidaah yang memalukan itu.
Hehe,
Mistis mmg begitu Muntazhar. Dia kan berilmu orangnya :-)
Ya lah, lagipun ahlulbait tu kan isteri2 nabi s.a.w saja.
Saya x bertanggungjawab, ini Mistis cakap :-)
Salam kembara~
Dr., saya pautkan link ini ke blog saya ya. Syukron jazilan.
Salam Juang.
Ketika sedang mula membaca 'Karbala' suka-suka mencampur 10(Asyura)dengan 01(Muharram) ditambah 61(Tahun Hijrah). Kebetulan jumlah 72 keluarga yang syahid di situ. Benar dalam kebetulan saya lihat.
Post a Comment