22 January 2011

Latar






Berikut adalah petikan Latar dari Tiga Kali Seminggu. Dapatkan di kedai buku berdekatan:

Aku angguk. Tuduhan dan dakwaan yang menimpaku saat ingin menjambatani antara pelbagai sekolah pemikiran dalam Islam amat perit.

Namun aku sudah terlanjur mengharungi. Aku tidak akan
berpatah balik. Dunia Islam pernah belajar banyak daripada seorang tokoh syiah. Namanya Jamaluddin el-Afghani. Dan terlalu ramai muridnya el-Afghani dalam kalangan sunni. Persamaannya dengan Imam Khomeini ialah mereka berdua menolak imperalisme Barat. Dua perjuangan lain latar zaman dengan satu tema; menolak kekerasan.

“El-Afghani – pada masa mudanya ia mendapat pendidikan di Iran, dan di beberapa kota suci syiah di Iraq dengan minat mendalam terhadap falsafah Islam. Juga penelitian khasnya dalam syiah jurusan syaikhi, yang merupakan ragam syiah yang sangat filosofikal pada abad ke-18 dan ke-19. Saat itu di dunia Arab dan Turki, falsafah telah dijauhi oleh umat kerana dianggap menyimpang dari Islam. Ini tidak terjadi di Iran bahkan tradisi pengajian falsafah terus berlangsung. Kitab karya Ibn Sina misalnya tidak basi dan diajarkan di sekolah keagamaan.”

Kami berjalan santai. Medan Tajrish masih sunyi.

Fikiranku
mengelamun. Ketika Afghani ke Istanbul, antara tahun-tahun 1869dan 1870, dia telah mengemukakan gagasan yang berasal dari falsafah inilah. Saat berada di Mesir pada 1870-an, dia mengajar murid-murid mudanya tentang ajaran falsafah yang pernah digalinya di Iran. Aku ingin belajar daripada Imam Khomeini. Seperti mana aku ingin mempelajari daripada el-Afghani.A ku ingin melawan kekerasan seperti yang mereka pernah tunjukkan. Seperti yang mereka pernah terokai. Dan kalau ada seorang dua ulama garis keras melawanku, itu sudah dijangka tentu. Banyak yang harus dipelajari.

Aku tiba-tiba berbicara semacam mengeluh sendirian, “Kembara panjang dalam hidup Afghani dilalui dengan berdakwah di pelbagai negara. Dalam usia 20 tahun, Afghani sudah ke India menyebar api supaya umat Islam bangun berjuang untuk mengusir pemerintahan Inggeris dari bumi India. Di mana sahaja ia beradaia membangkitkan pertanyaan, mengajak manusia kembali berfikir untuk kembali kepada Islam sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi kita.

Setelah meninggalkan India, Afghani mengerjakan haji di Makkah, sambil melintasi kota-kota suci syiah. Beliau turut ke Afghanistan menerusi Iran. Di Afghanistan dia kekal menyalakan api, serbuk bedilnya sungguh panas. Dia diusir Inggeris pada Disember 1868.

“Pada tahun 1870, Afghani telah dilantik mengetuai Dewan Pendidikan Kerajaan Utsmaniah dan dia menyebarkan idea perpaduan dari sini. Idea menentang penjajah. Sayang, orang keras yang merasa benar lebih ramai. Kuliah-kuliah umum el-Afghani menimbulkan bantahan keras para mufti, kerana dia dianggap menyimpang dari agama. Akibatnya Afghani diusir dari Istanbul.”

Tse hanya diam, mungkin lebih enak mendengar.“ Setelah itu Afghani ke Kaherah. Di sini dia menubuhkan media yang membahas isu-isu politik semasa. Dan seperti yang kita tahu, Mesir di bawah pemerintahan yang pro-Inggeris berasa bahangnya lantas Afghani akhirnya diusir dari Mesir. Bagai sudah nasibnya, dia kembali ke India, kali ini di Hyderabad di mana dia turut diusir. Dari sini Afghani langsung ke London, dan kemudian pada tahun 1883 berada di Paris. Di Paris inilah Afghani bersama dengan Muhammad Abduh, muridnya, seorang sunni. Mereka berdua menerbitkan akhbar berbahasa Arab, Al-Urwah Al-Wutaqa yang mendapat tajaan dari sejumlah pengkagum. Sebelum meninggal pada tahun 1887 di Iran, Afghani sempat juga pergi ke Rusia, Eropah dan Iraq. Ke mana sahaja dia pergi, jejaknya melawan kekerasan bertebaran.”

Tse menggetap bibir, cuba memahami resahku. Gelisah yang menyesakku selama ini. Ombak dalam dadaku yang kurang difahami orang jahil atau mereka yang suka menghukum. Terlalu ramai yang melompat untuk melabel.

Tse bersuara, “Afghani merupakan tokoh besar dalam sejarah moden dunia Islam. Dia meminta kita kembali kepada Islam sebagai kekuatan yang sangat penting untuk mendepani Barat. Sambil itu dia bekerja keras meningkatkan perpaduan kaum Muslimin.”

Aku melayani fikiran sendiri. Kedai-kedai di Tajrish kembali dibuka. Dalam benakku menimbang-nimbang persamaan seruan Imam Khomeini dan Jamaluddin el-Afghani; supaya ada pembaharuan dan perubahan di dalam sistem politik negara umat Islam. Juga kritikan keras el-Afghani terhadap mereka yang memihak imperialisme Barat dan kumpulan yang memecah-belahkan umat Islam.

“Enta , err… enta O.K?” Tanya Tse melihat aku bagai dirundung duka.

Aku geleng. Mungkin aku patut mengangguk. Musuh Islam begitu ramai, termasuk mereka yang tidak menyangka dirinya sedang memusuhi Islam kerana ditutup ilmu yang tidak diamalkan.

“Mungkin O.K, mungkin tidak O.K. Tse, laluan jauh dan penuh kerikil ditempuh dua tokoh inilah yang ingin ana pelajari. Dengan rendah diri ana belajar dari latar. Kerana latar dapat mengajar.”

Tse menepuk bahuku, “Ana bersama enta. Dan ramai lagi akan menyertai. Tentu kita akan dimusuhi dari dalam, itu sudah dirasai oleh el-Afghani, bukan? Waktu enta bermula enta sudah tahu ini akan ditempuhi, bukan?”

Aku tidak membalas pertanyaan.

Latar turut dimuatkan dalam Tiga Kali Seminggu.

** Foto-foto di atas, kelmarin darah Syiah terus dihalalkan oleh mereka, nak tahu siapa duri dalam daging tersebut?
Klik sini dan sini.


*** Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog.

18 comments:

Ahyad said...

nama Tse mengingatkan saya seorang watak lelaki cina di dalam novel Dr, Tuhan Manusia..

Helmi Mohd Foad said...

Hairan pulak. semasa iraq di bawah saddam, syiah kena tindas. zaman depa jadi kerajaan, geng depa juga kena bunuh.

Siapa tangan2 di belakang tu.

Bodohkah orang syiah sengaja memangsakan diri mereka semata-mata bagi menjayakan perancangan freemason.illuminati dan dajjal?

Saudara Tehrani perlu bongkar berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan hujah sebegini datangnya dari kumpulan mana? dan kebanyakanya termakan dengan klip-klip video yang dipotong2. Hasil carian saya didapati klip2 termasuk banyak datang dari pemimpin alqaeda e.g ucapan rafsanjani kononya AS tidak akan berjaya masuk afghan tanpa pertolongan iran. (yang saya percaya difahami di luar konteks).
fahaman mengkafirkan dan menyesatkan syiah ini tidak datang daripada aliran sebenar sunnah melainkan ia lahir daripada fahaman ekstrem dibawa kelompok pembidaah.

Muntazhar said...

ada yang bodoh
ada yang bangang
ada yang tercengang-cengang
ada yang terkengkang-kengkang

ingin membeli isi?
ayoh, kita siat kulit-kulitnya
hingga kita tak kenal apa tajuknya
bolehlah kita bersenda-senda
tertampar di muka sendiri

hiburan? oh tidak
ilmuan? oh tidak
agama? oh takut sesat katanya

belajar dari mana? dari siapa?
IKUT SUKA AJE LAAAAAAAAAAAAAAAAH

Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Islam said...

Salam.

Persatuan dan Persaudaraan Antara Muslim.

Dan telah diriwayatkan dari Rasulullah SAW:

Sesungguhnya yang terdekat — di antara kamu — tempat duduknya dari sisiku ialah orang-orang yang terbaik budi pekertinya, yang senantiasa merendah, saling menyayangi dan disayangi.

Seorang Mukmin itu senantiasa menyayang dan disayang. Maka tidak ada kebaikan dalam diri siapa saja yang tidak menyayang dan disayang.

Sesungguhnya orang-orang yang paling dicintai oleh Allah — di antara kamu — ialah mereka yang saling sayang-menyayangi. Dan yang paling dibenci oleh Allah adalah mereka yang gemar menyebarkan fitnah dan memecah-belah di antara sesama saudara.

Orang-orang yang saling mencintai karena Allah, akan berkedudukan di bagian teratas bangunan yang terbuat dari batu permata merah delima. Di puncak bangunan itu terdapat tujuh puluh ribu kamar; dari sana mereka memandang ke arah surga di bawah. Wajah-wajah mereka bersinar-sinar bagaikan cahaya mentari. Mereka mengenakan pakaian yang terbuat dari kain sutera berwarna hijau, di atas dahi-dahi mereka tertulis: 'lnilah orang-orang yang saling mencintai karena Allah.'

Di Hari Kiamat kelak, akan disediakan kursi-kursi di sekitar 'Arsy untuk sekelompok manusia. Wajah-wajah mereka laksana sinar bulan purnama di malam hari. Manusia dalam suasana ketakutan, namun mereka tenang-tenang saja. Mereka itu adalah wali-wali Allah yang tiada ketakutan atas diri mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Para sahabat bertanya: Siapakah gerangan mereka itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi SAW: Mereka itu adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah.

Sungguh telah berfirman Allah SWT: "Pastilah kasih-sayang-Ku tercurah atas diri mereka yang saling rnengunjungi karena Aku. Pastilah kasih-sayang-Ku tercurah atas diri mereka yang saling memberi karena Aku. Dan pastilah kasih-sayang-Ku tercurah atas diri mereka yang saling menolong karena Aku."

Dan telah bersabda Rasulullah SAW:

Pada Hari Kiamat kelak, Allah SWTakan berfirman: "Di manakah orang-orang yang saling mengasihi demi keagungan-Ku? Kini akan Kunaungi mereka di bawah naungan-Ku!"

Hal ini cukup bagi siapa saja yang beroleh hidayah Allah SWT.

~ciknura~ said...

Allah bersama orang yang sabar dan benar. Adat perjuangan di gelanggang masa kini, memang akan jadi terasing.

ArenaMalaya said...

Thaipusam diraikan tp saudara kita yang dihambat pd 9 Muharram masih tiada pembelaan. tweet @NajibRazak #tanyanajib - masih belum dijawab. Busy? tp jawab dlm tv tuh.

nak tweet kt 'orang itu' lagi hamlau.

Ali ridha said...

ternyata umat islam diluar negara hidup lebih susah dari kita.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#

Ali ridha said...

habis satu.datang pula satu bencana melanda umat islam.bila ni bergembira saja ke.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#

Ali ridha said...

bukan nak menuduh parti politik mana.ini adalah hal umat islam.jangan nak pandang remeh pula.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#

Ali ridha said...

manusia ni tak perlu la nak gilakan kuasa....lupakan segala perbalahan.mari kita bersatu.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#

DWEN RASID said...

apa la nak jadi dunia skrg ni,hanya semata mata nakkan kuasa,membunuh hanya perkara biasa

karl said...

mohon link ke http://wicararumi.blospot.com

areistida89 said...

assalamualaikum Dr FT.

saya memohon izin untuk melakukan salin tampal (copy paste) untuk beberapa gambar Mahmoud Ahmadinejad dari blog Dr.
atas tujuan assingment dan presentation...harap2 tidak dikira penceroboh seperti 'kerana manisnya epal'

mohd ihsam zainuddin said...

nak hairan macam mana? golongan munafik sentiasa ada dalam masyarakat islam dari zaman nabi hinggalah kini dan sampai hari kiamat!!cuma bezanya munafik sekarang berselindung atas nama pejuang islam hingga sanggup membunuh sesama islam.amerika dan yahudilah yg menjadi penyumbang terhadap usaha2 yg dilakukan oleh munafik2 ini.. mereka tidak akan bagi pewaris2 ahlul bait memerintah dunia ini hingga hari kiamat!

el-Zehra said...

Lumrah perjuangan ahl Bayt dan mereka yg memperjuangkan mereka..
Pastinya tidak sunyi dari pancaroba..
Bemula dari lima keluarga suci..
sehinggalah ke 12 keturunan mereka..
semata2 mendapat redha Ilahi..
Namun apakah kita yg hanya tiada apa2 ini mahu dibelai, diangkat dan disanjung oleh tirani? Pastinya tidak melainkan yg terpedaya dgn diri mereka sendiri sahaja..

behlul said...

assalamualaikum..

banyak perkara yang tak mampu dibongkar.. selalu tertutup dan
ditutupkan.. darah terus mengalir
tanpa ada pihak mahu mengaku.. yang
kena mereka yang selalu menerima
sejak peristiwa pahit karbala..
mungkin inilah kita yang tak ingin membaca sejarah..

hidayati said...

3x seminggu dh ada dlm tgn! :)
suka semua karya Dr!

Humaira' said...

alhamdulillah.. semalam (29 Jan) ayah ada duit lebih untuk belikan Tiga Kali Seminggu!!!