
Ada satu yang menghairankan saya, orang Syiah di Malaysia ini nampaknya tidak lagi segan dituduh Syiah meskipun ada dakwaan Syiah itu sesat, kafir, ekstrim, anak haram dan bermacam-macam lagi. Mereka percaya mereka 'benar' meskipun ditindas dan dimangsai. Iyalah, kalau memang tidak buat semua itu tidak ada sebab untuk mereka berasa gusar. Semacam mereka berbangga menjadi pencinta Ahlul Bait Nabi Muhammad saw. Sekadar perbandingan menurut pandangan saya, sehingga kini belum ada orang yang bangga dituduh Wahabi. Mungkin kerana istilah Wahabi itu kurang lemak didengar. Iyalah, dalam solat pun mereka dituduh (bukan saya tuduh) minum, berjalan dan menimang anak (klik sini).
Ini ada berita yang masih segar, orang Syiah hendak menyaman seseorang. Siapakah orang tersebut?
Baca di sini:
“Kami menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Khusrin di bawah peruntukan undang-undang Malaysia kerana menghina, menghasut dan memfitnah.
“Kami juga menuntut pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Khusrin yang berniat jahat untuk menghuru-hara ketenteraman awam di Malaysia dan negara-negara Islam seluruh dunia.
“Selain itu, kami juga menuntut tindakan terhadap Mohd Khusrin kerana ia mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Malaysia yang mengamalkan kebebasan beragama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.
Tambah Kamil Zuhairi, perkara tersebut akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat selepas mengadakan pertemuan dengan peguam.
Untuk berita lanjut klik TheMalaysianInsider, di sini atau Ahlul bayt News Agency, klik di sini atau Malaysiakini, klik sini.
* Ini ada sesuatu yang mengelirukan, bekas Mufti Perlis 'didakwa tokoh Syiah' dalam satu laporan berita asing: “Malaysia sepertinya akan menjadi sebuah negara ala Taliban yang hanya memperbolehkan satu aliran pemikiran,” ujar Asri Zainul Abidin, seorang tokoh Syi’ah seperti dilansir Associated Press, Jumat (14/1/2011) klik sini. Agamawan yang terkenal itu pernah sebelum ini mengeluarkan kenyataan: "Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi." (klik sini).
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
* Foto diemel oleh seseorang yang tidak saya kenali.
Ini ada berita yang masih segar, orang Syiah hendak menyaman seseorang. Siapakah orang tersebut?
Baca di sini:
“Kami menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Khusrin di bawah peruntukan undang-undang Malaysia kerana menghina, menghasut dan memfitnah.“Kami juga menuntut pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Khusrin yang berniat jahat untuk menghuru-hara ketenteraman awam di Malaysia dan negara-negara Islam seluruh dunia.
“Selain itu, kami juga menuntut tindakan terhadap Mohd Khusrin kerana ia mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Malaysia yang mengamalkan kebebasan beragama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.
Tambah Kamil Zuhairi, perkara tersebut akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat selepas mengadakan pertemuan dengan peguam.
Untuk berita lanjut klik TheMalaysianInsider, di sini atau Ahlul bayt News Agency, klik di sini atau Malaysiakini, klik sini.* Ini ada sesuatu yang mengelirukan, bekas Mufti Perlis 'didakwa tokoh Syiah' dalam satu laporan berita asing: “Malaysia sepertinya akan menjadi sebuah negara ala Taliban yang hanya memperbolehkan satu aliran pemikiran,” ujar Asri Zainul Abidin, seorang tokoh Syi’ah seperti dilansir Associated Press, Jumat (14/1/2011) klik sini. Agamawan yang terkenal itu pernah sebelum ini mengeluarkan kenyataan: "Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi." (klik sini).
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
* Foto diemel oleh seseorang yang tidak saya kenali.



10 comments:
Shalawat..!
Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad
dr, nk juga dgr komen dr ttg isu interlok..
cuba bayangkan kalau benar syiah itu adalah agama yg sah..mana en hassan din nak letak selipar kat masjid lepas nih..agak mustahil mereka syiah akan mendapat hak mereka di mahkamah..tetapi tak mustahil mereka mendapat hak mereka di dalam masyarakat..sekurang2 kita rasa tak janggal tolong angkat mayat mereka bila mereka meninggal dunia..sekurang2nya kita tak janggal derma sedekah bila mereka menggoncang2 cawan besi mereka di tepi2 jalan..sekurang2 kita tak janggal bila depa tanya apa maksud perkataan kalalah..sekurang2 kita tak janggal bila anak2 mereka dok perati anak2 kita dok mengisi perut di kantin2 sekolah..sekurang2nya kawan2..sekurang2nya..berilah sedikit untuk mereka2 yg kureng tu..berilah..
Walaupun kelihatan agak kerdil untuk melawan si gergasi apatah lagi melibatkan orang penting kerajaan,namun bagi mereka ada Imam yang sentiasa akan membantu perjuangan mereka dengan inayah dari Allah.
lalok,
Pergi tolong adik dia pindahkan jin & makhluk jahat sahajalah hahaha!
SOLAWAT!
Salam,
setiap puak
dengan puak mereka-Bangga
setiap puak
mengaku puak mereka - Betul
(mungkin)
gagak pun mengaku mereka puak no.1
oleh itu apa nak dihairankan
-ada-tahu-terang-pandang
+-+-+-+-
kecuali
-diam-
Kita tidak akan terlepas dari ‘mengguna’ atau ‘diperguna’ dan 'mengata' atau 'diperkata'(mengambil faedah/peluang)sengaja atau tidak.
Kerana itulah kehidupan bergerak
Sebenarnya kita tidak sempurna di sebalik kesempurnaan Perbuatan -Nya.Kepelbagaian menzahirkan Kesempurnaan-Nya.
akhirnya kebenaran pendokong2 ahlul bait akan sentiasa nampak dan ia semakin berkembang sehinggalah turunnya imam mahdi sbg penamat segala kehidupan di dunia ini.....
HAHAHA!
Dr Asri dah jadi syiah!!
kelakar sungguh bila berita asal diterjemahkan dan salah pula..
HAHAHA!!
Kita boleh sahaja gelakkan Dr. Asri.
Tapi mana tahu dia punyai potensi untuk menjadi seperti Al-Hurr?
Kuasa Allah swt menentukan segala-galanya.
Bukankah dia ada PhD dalam bidang hadis? Hehe :-)
Saya juga mencintai ahlul bait Rasulullah SAW... tetapi saya bukan Syiah...
saya mencintai Rasulullah SAW, 4 Khalifah, ahlul bait baginda, dan para wali Allah di Bumi ini...
saya adalah ahlu-sunnah waljamaah...
saya menyayangi semua manusia yang mengakui allah itu Tuhan seluruh alam dan Muhamamd itu pesuruh-Nya ke seluruh alam ini..
-Biarlah apa yang mereka fikir betul- masing-masing punya amalan- esok di akhirat sendiri tanggunglah!
Post a Comment