24 January 2011

JAKIM Wajar Nasihati

Tentu kawan-kawan masih ingat dengan kunjungan Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi ketika beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Dakwah dan Pengurusan Islam) oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam tahun 2008.

Ketika berada di Kuala Lumpur, Sayyid Tantawi berkata, dalam hal perselisihan pendapat antara Ahli Sunah Wal Jamaah dan Syiah, selagi semua pihak berpegang kepada akidah yang sama, mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan semua nabi serta mengiktiraf sahabat-sahabat Rasulullah, perbezaan yang berlaku itu tidak harus menjadi punca perpecahan.

‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara,” demikian katanya (sumber klik sini.)

Nampaknya, nasihat Sayyid Tantawi tidak lagi berguna apabila beliau pulang ke rahmatullah (penting: klik sini). Ilmu yang kita teguk dari al-Marhum wajar diamalkan, bukan dikesampingkan. Itulah ilmu yang berkat.

Beginilah; seorang utusan penting datang membisikkan kepada saya supaya memberi ruang kepada 'hal-hal lain'. Supaya 'dikendurkan' apa yang 'tegang'. 'Kompromi' sedang dirundingkan. Utusan itu hadir membawa mesej seseorang yang sangat saya hormati, ia membisik dan membayangkan kepada saya, meminjam kata-kata utusan tersebut, 'semacam satu gencatan'.

Secara dasarnya saya bersetuju. Kita tidak dapat bergerak jika tersangkut hal-hal ranting begini. Kerja Islam kerja besar yang tidak seharusnya terlengah oleh hal-hal dungu. al Marhum Sayyid Tantawi pun berpandangan begitu ketika beliau masih hidup. Speaker Majlis Iran dalam pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Iran pun ada berpesan , tingkatkan hubungan dagang dan avoid sectarian strife klik sini.

Saya bersetuju, TETAPI, sekiranya mereka berikut dinasihati. Yang pertama; fitnah-fitnah seperti di sebelah yang merosakkan perpaduan ummah seperti mana ditekankan oleh Sayyid Tantawi eloklah jangan berulang. Konsulat Kebudayaan Iran dalam sebaran medianya pun sudah mengingatkan supaya perkara ini tidak berlaku lagi (klik sini). Akan tetapi nampaknya ia berterusan dalam majalah ini untuk edisi Februari 2011. Malahan ada fitnah, yang saya percaya akan mengeruhkan keadaan lagi iaitu kononnya penganut Syiah memiliki al-Quran sendiri, yang isinya lebih banyak dari al-Quran kita bernama al Quran Mushaf Fatimah. Adakah ini benar? Untuk jawapan klik di sini: Apakah Itu Mushaf Fatimah. Secara logik kita sendiri boleh berfikir, kalau Syiah ada al-Quran sendiri, ini bermakna Allah gagal mempertahankan kesucian kitab suci al-Quran dari diubah dan ditokok tambah. Dan ini adalah satu hal yang mustahil. Maha Suci Allah!

Kedua, eloklah dinasihati 'orang-orang yang tidak makan nasihat' seperti ini, klik sini dan sini. Kumpulan ini (sekadar contoh) boleh memburukkan keadaan, kerana memang bersifat duri dalam daging. Potensinya sudah kelihatan kerana guru dan bos berpesan lain, buatnya pula lain.

Maka saya pun memberitahu kepada utusan, supaya menyampaikan pula bahawa: 'Gencatan tidak boleh berlaku sebelah pihak. Ia memerlukan komitmen total pelbagai pihak.'


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

51 comments:

zuhair said...

salam alaikum dr

ulasan yang baik

namun saya terkilan, dengan tulisan yang bertanda merah "Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekal"

saya dahpun komen sebelum ni, dan saya ingin ulang di sini. makkah tak pernah ditutup untuk orang2 syiah selama 1400 tahun untuk menunaikan haji. fikir2kanlah

jangan menghukumi semua sunni sebegitu rupa, mungkin juga kalau bukan sunni.ketahuilah saya bukanlah dari kalangan tersebut, yang mengkafir2 kan orang.

saya tau, tak semua syiah radikal, dan boleh compromise

sekian terima kasih

pembaca buku said...

Gencatan senjata?

Betul-betul macam Muawiyah mengajak Ali menggencat senjata... Sedih!

hellmy said...

Dendam Bani Sufyan takkan pernah padam terhadap keturunan suci Muhammad s.a.w. yang lahir dari jalur keluarga Bani Hashim. Apa sahaja cara akan dihalalkan untuk capai kemenangan :-)

ali said...

Apa yang diserukan oleh komuniti syiah di mana jua mereka berada ialah perpaduan, mahabbah dan takrib baina mazahib wahai sang pembawa utusan. As simple as that.

Apakah yang lebih baik dari seruan itu?
Mengapa fitnah juga disebar-sebarkan wahai sang pembawa utusan?vi

Zuljanah said...

zuhair zuhair.. :)

Kehadiran mu mengingatkan kita pada si Farihan.. suka buat pernyataan atau sepanduk (meminjam kata si Farihan) malah tiada langsung sumber rujukan, nas2 atau dalil2 (selain drpd video Dr MAZAlah).

Saya sedia maklum kamu perisau orangnya :) Tetapi kamu kena bertanggugjawab bila mengutarakan pendapat dgn tidak membuat kenyataan2 'kosong' - yg tiada asas. Kamu buatkan kita jadi pusing dan pening kepala memikirkan logik dan teori konspirasi yg menyimpang jauh dari reality tu.

Saya nasihatkan kamu, supaya kamu 'calibrate' balik pemikiran kamu dgn fakta yg betul dan waras, kerana sejarah dunia Islam ni bukan sahaja orang Islam saja yg tahu, malahan lebih ramai lagi pakar2 sejarah dari kalangan yg bukan Islam (silalah tengok rujukan2 dlm wikipediatu). Bukan apa, takut nanti kamu jadi bahan ketawa bukan saja org Islam malahan org kafir pula.
(pinjam kata kamu) fikir2kanlah :)

Sultan of Full-Swing said...

Salam kepada jiwa-jiwa tenang yang dihormati sekalian...

aduhai zuhair, cuba fikir-fikirkanlah juga ya...

1. Memanglah seandainya benar MAKKAH tidak pernah ditutup untuk orang syiah selama lebih 1400 tahun untuk menunaikan haji, TETAPI PERSOALAN UTAMANYA DI SINI ADALAH MENGAPAKAH ADA SESETENGAH PIHAK YANG CUBA MENUTUP-NUTUP PINTU TERHADAP SYIAH SEPERTI YANG BERLAKU DI NEGARA INI?

2. Apakah negara Malaysia yang saudara katakan sebelumnya sebagai ditubuhkan oleh Freemason ini adalah lebih istimewa daripada kota Makkah hingga mahu menutup pintu kepada orang syiah tanpa sebab, hujjah dan fakta sah?

3. Juga kelihatan jelas, bahawa tiada ayat penghukuman terhadap mana-mana sunni pun berdasarkan undangan untuk mengundi yang ditinggalkan oleh pemilik laman blog ini iaitu Tn.Hj.Dr.FT.

Mungkin ianya lebih kepada perumpamaan siapa makan cili, dialah terasa akan pedasnya. jadi, sesiapa yang ligan emosinya gemar mengkafirkan syiah, maka ialah yang lebih terasa dengan ayat biasa undangan untuk mengundi tersebut.

***It's in the matter of your personal point of view.

5. Seeloknya jika saudara berdiam diri, mungkin itu lebih baik buat saudara.

6. Jika masih rajin dan mahu, zuhair teruskanlah mendalami pelbagai teori konspirasi, juga rahsia-rahsia besar di sebalik tabir illuminati dan freemason bertahun-tahun pun tak apa, hingga sampai ke suatu tahap nanti, saudara akan berakhir seperti kebanyakan para pengomen tegar di blog ini yang saya pasti mereka lebih tenang dan merasa lebih selamat untuk tetap yakin dan berpegang kepada perancangan ALLAH SWT nan SATU.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

ezra said...

Assalamualaikum,

Nie yang susah ni. belajar tinggi2 pastu main ngan api. kononnya nak tunjukkan minda yang kritis pe semua..

Senangnya tuan bercakap.. ape ingat semua Ulamak tak kira dari Arab, Mesir, Indon, Malaysia semuanya maksum ke??.. nabi Muhammad jer yang maksum.. berbaik2 memanglah bagus, tapi mengiyakan kebenaran hanya kerana mereka ramai..hmmm sangat dangkal..

Aisyah R.A., Abu Bakar dan sahabat2 lain yg dah di confirmkan syurga dalam Al-Quran pun still Syiah nak nafikan??? Sunnah tak pernha membenci Ali, Muawiyah per semua.. kenapa reka cerika. Wahai org ISlam Malaysia, cukuplah Majlis Fatwa Kebangsaan & Negeri anda menkafirkan Syiah..Syiah bukannya Mazhab, Syiah nie ajaran seleweng.. tak payah nak main2 @ cuba2 nak kenal lagi.. jauhi je terus.

e.g, Al-Maunah dan Al Arqam ada ramai pengikut.. mereka masih lagi menyembah Allah tak macam Ayah Pin, so adakah mereka ini betul dan harus kita terima??? Soal Al-Quran..sy rasa Dr nie belajar bab lain kot, @ mungkin belajar tak habis..Allah nyatakan Islam rosak apabila tiada lagi Al-Quran di muka bumi.. kalau camtu, sejak dari zaman Sahabat lagilah ISlam nie pupus ee coz zaman tu Yahudi ada reka Surah Al-Iman yang tuhan tak wahyukan pun..

Senang cerita tengok klip nie..beli buku2 nie, kaji secara Ilmiah then buat bandingan ajaran Syiah korang.. dan utk Dr. mohon hentikan debat2 camni, sedar tak sedar Dr provoke rakyat dalam diam.. orang marhean cam saya dan kebanyakan tak dapat nak proses tampa emosi dan totally ilmiah..

* Sejarah camne boleh ada Syiah & Sunnah
http://www.youtube.com/watch?v=pzacPbW4JuU
http://www.youtube.com/watch?v=PUmqAP57Ut4
http://www.youtube.com/watch?v=RPKRoreYAyI
http://www.youtube.com/watch?v=uofMHwQgEI0

* fakta Islamic versi Syiah
http://www.youtube.com/watch?v=XxuqRean6t0
http://www.youtube.com/watch?v=o6mJ-H9_s5w
http://www.youtube.com/watch?v=1iqV2naKqPo
http://www.youtube.com/watch?v=DcICx9UDp8A
http://www.youtube.com/watch?v=PzS6OhQU0bg

Tak payah tengok @ cari jauh2.. Menangis2 di kubur Nabi dan sahabat, menambah2 @ mereka Ibadat baru..tengok Mutaah sudah. Kalau cakap bab nie, Syiah nie selalu jer nak mengelak..tak nak cakap la per semua.. camon la, kawin sejam, dua jam..pastu bayar dowri??? ape bezanya ngan melacur?? Islam ke benda2 nie semua..

Memang la org Syiah nie gie Makkah..sebab diorg dah terlalu ramai sekarang..susah nak kontrol..mahu tak berhaji seluruh dunia kalau Syiah buat gila kat makkah, mengamok org tak bagi gie haji..perang saudara jawabnya..pastu bolehlah semua Ahgama lain perlekehkan Islam..tu ker yang Dr nak tengok??? cam pengikut Ayah Pin la..sembanyang pakai niat, yang jahil2 nie dan sememang nya malas nak sembahyang, pe lagi bila ada org benarkan cara dia tu.. sokong terus ajer.. sama gak Syiah nie.. mostly semuanya kemaruk seks jer..bila dah ada yang cakap benda nie boleh buat legal di sisi agama, so ape lagi..sokonglah mereka semua..

Penduga Arus

pembaca buku said...

Ni budak ezra ni dah kenapa ni? Marah-marah tak tentu hala?

Orang dah berbuih mulut menjelaskan, dia masih nak ungkit-ungkit isu lapuk dan basi itu.

Orang sudah mula berjalan ke arah perpaduan kerana memahami antara satu sama lain; dia masih hendak memukul canang sini sana, buat tohmah bukan-bukan, buka youtube yang dah zaman-berzaman di tengok tu.

Betullah kata Saidina Ali, "Nak beri hujah pada orang jahil memang mudah; tapi untuk orang jahil nak terima, memang susah."

Cubalah duduk tenang-tenang, rancang pembacaan dan pengkajian (jika mahu), dan mulakan berfikir dengan hati yang jernih. Susah sangat ke?

hellmy, tak pasal-pasal saya angin...huh!

Zuljanah said...

ezra,

kalau kamu suka kafirkan syiah, silalah tekan punat yg Dr FT sediakan, no problem, kita orang tak marah. :)

Tapi bila kamu menyeleweng dan mendustakan kenyataan fatwa kebangsaan, itu yg merungsingkan kita :D.

" cukuplah Majlis Fatwa Kebangsaan & Negeri anda menkafirkan Syiah.."

Macam zuhair, baik kamu calibrate balik pemikiran kamu dgn fakta yg betul. Nanti kamu memberi malu pula pada JAKIM, sebab telah mengada2kan benda yg tidak disebut oleh mereka ..hehe

mohd said...

1) masyaallah, betullah hatinya yang buta bukan matanya yg buta....... sebab post Dr FT kali ni memang dah jelas & nyata ttg pokok pkara yg kita debatkan selama ini (debat siber?)...
2) tapi tup2 si zuhair & ezzra dtg bawak kita semula balik ke pangkal asal ....(di mana syiah sesat dan bla.. bla... bla...)
3) post yg jelas & senang utk difahami ni pun tak faham ke?

trueone said...

Sokong ezra...

email saya di sini: thinkhafiz@gmail.com

tengok karbala sudah cukup... macam thaipusam...

pembaca buku said...

Ini lagi sorang - trueone, or might i say - truant. Orang suruh membaca, memahami, mendengar penjelasan; dia ikut kepala dia juga.

Bukankah sudah Faisal jelaskan dalam entrinya, "Saya Akui Dalam Beberapa Hal, Segelintir Syiah Memang Sesat". Baca ke tidak? Ke masih tak puas hati?

Cuba tengok kita sendiri - dalam majlis kahwin, kita ikut cara Hindu - tepung-tepung tawar, tabur-tabur beras. Apa ke benda namanya itu? Tak nak ke panggil kita ni macam Hindu?

Itulah, orang suruh membaca semua entri di blog ini yang membincangkan syiah ini dari mula, trueone play truant. Jadinya, orang sudah sampai ke mana-mana, dia dok di takuk itu-itu jugak.

Sadis!

*huhu Faisal, seronok ke tengok darah saya meruap ni...?

ali said...

Nak menunjukkan kebodohan mamat EZRA ni:
"ape ingat semua Ulamak tak kira dari Arab, Mesir, Indon, Malaysia semuanya maksum ke??."

Apa fasal kamu berpendirian semua ulama ni maksum???? Kamu gila ke?

Lagi otak sewel:
"mahu tak berhaji seluruh dunia kalau Syiah buat gila kat makkah, mengamok org tak bagi gie haji."

Dah tak pergi haji macam mana nak mengamuk kat Mekah? Bahalol punya budak?

Lagi terkehel:
"Aisyah R.A., Abu Bakar dan sahabat2 lain yg dah di confirmkan syurga dalam Al-Quran pun still Syiah nak nafikan???"

Tolong bagi ayat mana sahabat-sahabat ni diconfirm masuk syurga?

Lagi lembab punya otak:
"Senang cerita tengok klip nie.."

Tak kan mengaji Islam pakai tengok klip kat youtube?

Ni lagi sengal:
"Tak payah tengok @ cari jauh2.. Menangis2 di kubur Nabi dan sahabat, menambah2 @ mereka Ibadat baru."

Ni belajar kat mana ni menangis kat kubur jadi ibadat ni...?

Kenapalah begitu naifnya membuat kenyataan...??

rihal said...

ezra'
saya memahami ezra prihatin supaya ajaran sunni sahaja wujud di Malaysia ini dengan cara menghalang apa saja tentang syiah.
Tetapi percayalah kebenaran tetap unggul dan kebatilan akan musnah.
Jadi sekiranya kita sudah ada pendirian dan meyakini akan jalan yang kita pilih yakni utk ezra pastinya sunni maka berpegang teguhlah dengannya TETAPI jangan sekali kali merendah2kan ajaran syiah KERANA sebenarnya ezra TIDAK TAHU apa2 tentang syiah.
Segala maklumat tentang syiah yg ezra tulis itu TIDAK BENAR sama sekali dan sudah dinafikan berkali-kali oleh ulama'syiah.
Dan spt yang saya sebut tadi KALAU ezra yakin yang pegangan ezra benar maka jangan takut sebab "kenaran tetap unggul dan kebatilan akan musnah".
dan jika ezra rasa ter'provoked" dgn tulisan Dr Ft jgn lupa ada orang pulak yang rasa "enlightened'.
dan tak boleh tidak "emosi"perlu dikawal sebab itu nabi bersabda "jgn Marah, jgn marah , jgn Marah"

behlul said...

assalamualaikum..

emm..

hati tengah marah susah nak nampak
cahaya, baik tenangkan diri.. dan
lihat dan fahami..

apabila mencari kebenaran.. jadilah hakim pada diri.. baca kedua pihak
dan hujah.. jangan kita mendengar
dari orang tanpa ada selidik sendiri.. orang kita paling malas
dalam bab sejarah, takkan kita nak camtu gak..

janganlah cepat mengamuk kawan..
nanti kita sendiri menangis sendirian..

Ain said...

"Secara logik kita sendiri boleh berfikir, kalau Syiah ada al-Quran sendiri, ini bermakna Allah gagal mempertahankan kesucian kitab suci al-Quran dari diubah dan ditokok tambah. Dan ini adalah satu hal yang mustahil. Maha Suci Allah!"

Nah, hambik kau!! Pandai2 kata Syiah buat Quran sendiri..

burhan al-hilmi said...

salam perpaduan :)

rui said...

"KAMU MELIHAT DUNIA YG KAMI HASILKAN TADI KEMUDIAN
KAMU DATANG KEPADA AL-QURAN,KEMUDIAN KAMU BERKATA “ APA AYAT YG AKU NAK GUNA DAN TAMPAL BILA AKU BERHUJAH DI DEPAN ORANG NANTI?…AYAT NI BOLEH LA”

KAMU DATANG KEPADA DUNIA KEMUDIAN BERKATA “LIHAT DUNIA TELAH BERLAKU SEPERTI INI….SEPERTI ITU,CUBA RUJUK AYAT INI,,,,AYAT ITU…HADIS INI…..HADIS ITU…..”

KEMUDIAN KAMU DGN BANGGA BERKATA “ INILAH JANJI TUHAN YANG AYAT AL-QURAN DIJAMIN TIDAK AKAN BERUBAH”

PADAHAL KAMI SENGAJA MEMBIARKAN TULISAN TULISAN PADA KERTAS ITU KEKAL,KEMUDIAN KAMI BERPURA-PURA HENDAK MENGUBAH TULISAN DAN BERPURA-PURA GAGAL SUPAYA KAMU BERKATA “INILAH JANJI TUHAN YANG AYAT AL-QURAN DIJAMIN TIDAK AKAN BERUBAH”

SUNGGUH BIJAKSANA ORANG ISLAM….JANJI TUHAN DISANGKANYA TULISAN-TULISAN…. MEMBUATKAN RAJA MEREKA BERKUASA KE ATAS AGAMA DAN ADAT SAHAJA TELAH MENYEBABKAN RAKYATNYA BERHARAP PADA DAKWAT DAN PENA…DAN HARI INI MEREKA BERLAGA,DAKWAT SIAPA LAGI PEKAT…..PENA SIAPA LAGI BERKILAT

TERAMAT BESARLAH JASA ZAMAN PENJAJAHAN KEPADA TUANNYA..YANG TERAMAT MULIA PAUS"

salah satu petikan dlm blog bahterawawasan mengenai seorang telah berdialog dgn bishop..

http://bahterawawasan.blogspot.com/2010/02/dialog-aku-dan-bishop-ulang-siar.html

Muntazhar said...

salam...

ada yang bodoh
ada yang bangang
ada yang tercengang-cengang
ada yang terkengkang-kengkang

ingin membeli isi?
ayoh, kita siat kulit-kulitnya
hingga kita tak kenal apa tajuknya
bolehlah kita bersenda-senda
tertampar di muka sendiri

hiburan? oh tidak
ilmuan? oh tidak
agama? oh takut sesat katanya

belajar dari mana? dari siapa?
IKUT SUKA AJE LAAAAAAAAAAAAAAAAH

saudara? perpaduan?
HA HA HA HA HA HA HA HA HA
MIMPI MIMPI MIMPI MIMPI MIMPI
sedangkan hakikat lagi dibutakan
HA HA HA HA HA HA HA HA HA


Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

el-Zehra said...

Kenyataan yg bodoh pastinya lahir dari spesis yg bodoh sombong. Mereka ini mungkin antara agen CIA untuk sprate lagi umat Islam.

Fikirlah said...

Salam,
Nak bertanya pada Ezra.

1.Aisyah R.A., Abu Bakar dan sahabat2 lain yg dah di confirmkan syurga dalam Al-Quran pun still Syiah nak nafikan???

Di mana ayatnya? Tafsir rujukan anda?

2.Syiah bukannya Mazhab, Syiah nie ajaran seleweng.. tak payah nak main2 @ cuba2 nak kenal lagi.. jauhi je terus.

Jadi adakah syiah ini satu agama? Terminologi mazhab?

3.Allah nyatakan Islam rosak apabila tiada lagi Al-Quran di muka bumi..

Dimana ayat ini?

4.tengok Mutaah sudah. Kalau cakap bab nie, Syiah nie selalu jer nak mengelak..tak nak cakap la per semua.. camon la, kawin sejam, dua jam..pastu bayar dowri??? ape bezanya ngan melacur?? Islam ke benda2 nie semua..

Sertakan KAJIAN ANDA tentang Mutaah, setakat dalil aqal dan qalbu tidak semestinya benar. Kalau begitu kata kamu, nikah daim pun boleh buat begitu. Kahwin satu jam, janji la 200 juta lepas tu cerai. Nikah itu hak perempuan, contoh yang kamu beri tu kesalahannya terletak pada manusia. Bukan pada nikah itu. Mahu gunakan akal juga, nikah tak boleh ada cerai. Then takdelah istilah melacur dan sebagainya. Sebab lepas kahwin tak boleh cerai berai. Sekaligus menolak syariat.

Bro Jinggo said...

Salam...

Blog sahabat telah saya linkkan di laman blog www.politikharian.blogspot.com , pohon jasabaik sahabat linkkan laman portal www.politikharian.com ke laman blog sahabat untuk mendapatkan informasi berita politik terkini. Terima kasih.

Salam Perjuangan.

zuhair said...

salam

saya memang dah lama konfius dengan syiah ni. kiranya saya harap sahabat2 syiah saya dapat menjawab bbrapa persoalan. minta maaf andai kata saya lambat sikit dalam perbincangan ni

saya cuma nak pastikan sendiri, kiranya syiah yang anda semua bawa, adalah yang boleh compromise lagi

1)adakah anda semua mencaci dan mencela abu bakar, umar n utsman?

2)benarkah syiah ada mereka2 cerita tentang pembunuhan fatimah oleh umar?

3)adakah anda semua akan mencederakan badan semasa hari asyura?

4)tentang kahwin mutaah, adakah anda semua menerima pakai hukum tu?

tu saja. kalau betul, jawab ya dan kalau salah jawab tidak. saya cuma nak tau je. tak payah pusing jauh2

terima kasih atas kesudian membaca komen saya :)

Mardawiyyah said...

Aduhai Ezra,Zuhair,Sultan of Full swing..

amendelaaaa dok merepek2..xmalu ke menunjukkan betapa dangkalnya ilmu dan bagaimana lemahnya hujjah anda bila berbicara tatkala ammmarah menguasai diri..selawat byk2..allahumma solli ala muhammad wa aali muhammad..mintak syafaat rasullullah dan ahl bayt baginda yang suci,biar lebih tenang dan bijak sket.biar mudah sket nak terima ilmu dan berhujjah tanpa memalukan diri..dah tertinggal keretapi lah kalian nih..cuba selami betul apa Dr FT nak sampaikan?Tolak ketepi soal sunni syiah..kita berbicara soal keadilan sejagat dan bagaimana mencari kesatuan kan?Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada akal pakai..

putrifarish87 said...

Salam, post yg sepatutnya mudah difahami ni pun En/Pn/Cik Ezra, Zuhair dan trueone susah nak faham. Sebabnya mudah, diaorg terus terjah kat tengah-tengah. Tak mau mula dari awal. Baca Tuhan Manusia balik ye kalian bertiga

Sultan of Full-Swing said...

1. Terima kasih, Mardawiyyah yang pastinya tinggi ilmu serta pandai berbudi bahasa. Saya tidak pasti saudari ini seorang syiah atau sunni, tiadalah penting sangat bagi saya. Selagi saya dapat pastikan saudari bukan firauni atau wahabi, selagi itu saya berlapang hati.

2. Sekali lagi, saya tegaskan seperti komen terdahulu yang sebenarnya ditujukan khas kepada zuhair,"It's in the matter of your personal point of view." Suka juga saya untuk memetik semula apa yang saudari tuliskan lalu saya tujukan kembali kepada saudari,"Ada mata lihat,ada telinga dengar,ada akal pakai".

P.S.: Memang jelas sangatlah berbeza di antara mereka yang menulis dalam keadaan marah dan dangkal ilmu, dengan mereka yang menulis dalam keadaan tenang dan berlapang dada. ;-)

***Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad, wa 'ajjil farajahum...

1jja1912 said...

Salam,

Saya perasan satu benda, selalu tukang-tukang komen yang konon 'anti syiah' dan mengaku pro Sunni, suka sangat komen mengikut emosi, marah-marah, dan 'one way'. Paling teruk, kebanyakkan mereka ni, bila saya klik nama, dan membawa pautan ke blog mereka hanya akan tertera : Profile not available.

Pautan video dari sdr,Ezra juga saya sudah tengok sebelum ni, saya tidak terpengaruh. Saya menontonnya dengan rasa sedih.

Sedang ramai yang menuduh Dr.FT Syiahla, sesatla, mungkin mereka jarang mengikut hasil tulisan Dr. Untuk faham sesuatu isu, dekati dengan pelbagai bahan bacaan, tanyakan kepada ustaz-ustaz yang diakui ilmunya, bukan main cedok, ambil mana yang disuka, padam dan buang yang mana tak ‘ngam’ dengan nafsu. Mereka yang menuduh ni mungkin terlupa , Allah yang Maha Kaya Ilmu itu, memberikan kefahaman dan pertimbangan yang berbeza kepada manusia-manusia yang berbeza. Fikir sejenak, penentangan antara pandangan bukan sahaja berlaku antara manusia yang berbilang-bilang, antara mazhab, malah dalam diri kita sendiri juga kerap berlaku penentangan dan khilaf antara pandangan kita sendiri.

Sdr. Ezra, terlupa untuk memahami dengan akrab, Allah sudah berfirman dalam surah Al-Hijr, Ayat : 9 “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Saya sependapat dengan pembaca buku : “Orang dah berbuih mulut menjelaskan, dia masih nak ungkit-ungkit isu lapuk dan basi itu.
Orang sudah mula berjalan ke arah perpaduan kerana memahami antara satu sama lain".
Setuju dengan persoalan yang dikatakan oleh Sultan of Full-Swing, Sultan, kadang-kadang tu la, depa ni kadang baca apa-apa bahan main tafsir apa yang didepan, bukan isi tersirat dan intipati ayat tu, tu yang tafsiran jadi lain. (^^,), penat nak terangkan kat orang-orang yang malas nak merenung dan fikir sendiri hasil dapatan dari pembacaan, dah dapat ilmu tu, kalau tak yakin, tanyalah kepada mereka yang memang ahli dalam bidang tu, jangan salah tanya orang, nanti lagi berselirat kefahaman.
Penat sangat nak tulis, Mazhab, perbezaan pendapat ni, masalah furu’ [Masalah cabang dalam agama] yang tidak perlu dibesar-besarkan. Kadang saya terfikir mereka yang suka sangat melabel ni, sedar tak apa yang mereka sedang buat ni. Mereka faham tak akar tunjang agama, sebelum nak berkokok juga tentang isu besar yang lain? Bagaimana mungkin seseorang itu faham dengan baik, jika punca sesuatu isu itu ditinggalkan dan tidak dengan kefahamn yang betul.

Berbeza pendapat tu, bukanlah sesuatu yang pelik, Ia adalah fitrah dan sunnah alam. Namun perbezaan yang berlaku sesama kita ini perlulah dikawal dengan ketentuan syarak. Asas & Prinsip perbezaan yang dibenarkan dalam syariat, perlu juga diperhatikan, dan difahami dengan betul. Ini belum termasuk lagi dengan adab-adab apabila berselisihan pendapat / pandangan yang diajar oleh syariat. Terlalu panjang untuk dibahaskan diruangan ini.

Renung-renungkan kata Imam Syafie : “Pandangan aku betul, tetapi berkemungkinan salah. Pandangan mereka (selain mazhabku) salah, tetapi berkemungkinan betul”. Hal ini berputar dalam urusan siapa mendapat dua pahala dan siapa pula mendapat satu pahala.

Ingatlah bahawa, Islam ini adalah agama Allah, dan nabinya satu iaitu Muhammad S.A.W, dan setiap kalam pada agama ini menjadi tanggungjawab dan amanah yang digantung di setiap leher pembicaranya. Maka berhati-hatilah.
Jika disangka, pembicara bebas berbicara apa yang difikirkan, maka ingatlah bahawa kebebasan itu bukannya hak kita yang mutlak. Kita akan dipersoalkan nanti tentang kesahihan setiap kata-kata itu dan kita turut bertanggungjawab terhadap kesan yang ditinggalkan dari setiap pandangan kita tadi.

Berdoa selalu, dikurniakan kefahaman dalam beragama. Kata seorang guru, Orang yang Mukmin itu, Diamnya Fikir, Kata-katanya Zikir.

Wassalam.

Yudi Helfi said...

@Zuhair

Sekiranya anda hendak mempelajari Syiah dengan betul karena hendak mencari kebenaran, hendaknya anda tidak membicarakan isu sampingan.

Masalah Abu Bakr, Umar, Mut'ah, menyiksa diri itu semua hanyalah hal-hal kecil yang tak masuk dalam kerangka beragama dalam ajaran Islam. Dalam bahasa sederhana, ini hanyalah hal furu' bahkan lebih furu' dari pada furu' sekalipun.

Orang syiah yang saleh itu dah terlalu mencintai Allah, Rasul dan para A'immah sehingga tak ada lagi kesempatan di jiwanya membicarakan tentang Abu Bakr,Umar, apalagi Mut'ah. Cinta telah meliputi diri mereka hingga benci hanyalah bentuk lain dari cinta.

Jika anda benar-benar dengan hati yang lapang nak mengkaji, maka kajilah hal-hal ushul (ushuluddin) dalam syiah yakni :

1. Tauhid
2. 'Adalah
3. Nubuwwah
4. Imamah
5. Ma'ad

Selepas tu, kajilah :

1. Mahdawiyyah
2. Ghaibah
3. Marja'iyyah

Selepas tu barulah masuk pada furu'uddin :

1. Shalat
2. Puasa
3. Haji
4. Zakat
5. Khums
6. Amr Ma'ruf
7. Nahi Munkar
8. Jihad
9. Tawalli
10. Tabarri

Jika anda belajar dengan terstruktur seperti itu, barulah anda disebut mengkaji syiah. Tentunya hanya hati yang lapang yang sabar mengkaji perkara-perkara berat itu.

Nah, anda telah lihat, bahwa perkara Shahabat, Mut'ah, dan menyiksa diri tidaklah menjadi hal yang penting dalam mazhab syiah. Mereka tak ada waktu untuk membicarakan hal-hal kecil.

Orang Syiah telah jauh terbang maju dari pada issu-issu yang saudara tanyakan itu. Mereka mempunyai diskursus yang tinggi. Dalam esoterisme Islam, mereka telah sampai pada Hikmah Mutaalliyah yang merupakan sintesis antara peripatetisme aritotelian, isyraqiyyah suhrawardi, gnosisme Ibn Arabi, dan sufisme Thusi.

Dalam issu falsafah, anda lihat mereka punya Muthahhari. Membaca "Adalah al Ilahi" saja akan membuat kita terkagum akan kejernihan Muthahhari.

Dalam Issu politik, Syiah telah sangat dalam. Membaca Syariati anda akan temukan sintesis marxisme dan Islam, selanjutnya ada Ayatullah Khomeini dengan Wilayatul Faqih yang merupakan sintesis Demokrasi dan Islam dalam kerangka Wilayah Allah Ta'ala.

Baqir Shadr akan membuat anda semakin berdecak kagum dengan Falsafatunanya. Kalau anda open kaji ekonomi Islam, maka anda tak boleh meninggalkan Iqtishaduna dari Baqir Shadr ini. Oleh karena ketajaman pikirannya, ia dibunuh oleh Saddam dan tentunya dengan restu Amerika.

Nah, dengan ketinggian peradaban ilmu orang Islam Mazhab Syiah, semestinya seluruh umat Islam menerimanya sebagai khazanah kekayaan intelektual Islam. Bukan menolaknya apalagi dengan pertanyaan-pertanyaan yang tak sebanding dengan khazanah intelektual mereka.

salam

Annabilah said...

alahai zuhair..anda kan pandai men'google' dan mencari info dari youtube...dan internet, yg pasal cederakan badan, saya pasti ramai klgn non-syiah yg tahu melalui internet/youtube...takkan tak jumpe fatwa2 dari ulama syiah pasal mencederakan diri ni kat internet gak kot?...

byk ni haa:

1. Ni fatwa ulama2 syiah
http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=217009

2. sini plak kalangan komuniti shiah punya diskusi
http://www.shiachat.com/forum/index.php?/topic/82885-the-founder-of-zanjeer-and-qame-zani/

3. Sini plak pandangan ulama syiah tentang sahabat:
http://www.youtube.com/watch?v=x6FxPi2tr8o

4. In plak pandangn TG Hadi Awang (yg telibat langsung dgn majlis taqrib sunni-syiah, sumber primer ni, autentikasi tinggi)

"Saya diberitahu oleh Ulamak dari Iran dalam muzakarah saya, mereka tidak menggalakkan nikah Mut;ah, Dalam Ahli Sunnah pun ada persoalan, seperti nikah Misyiar dalam sunni yang di bolehkan tidak di galakkan dan juga Nikah Cina Buta yang di halalkan oleh mahhab Ahli Sunnah dan setengahnya mengharamkan....."

-amek kat blog FT jugak
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/syiah-fatwa-haji-abdul-hadi-awang.html

so, sebenanye...anda zuhair, bukan x boleh mencari penjelasan2 semua ni...tapi seolahnya anda mahu men'generalisasi'kan kesemua syiah=sesat, dgn mengutarakan soalan yg berbentuk 'Ya/Tidak'...

"tu saja. kalau betul, jawab ya dan kalau salah jawab tidak. saya cuma nak tau je. tak payah pusing jauh2"

(mcm survey utk wat statistik kajian tersendiri, n mengukuhkan teori sukahati sendiri je)....

sudahla...menidakkan pandangan ulama2 sohor, tapi mencari2 jawapan di kalangan marhaen syiah...alahai 'research methodology' yg tunggang-langgang...

ZahraHussainy said...

Ezra.. Ko ni sengal tahu tak ??!! Betul2 sengal !! Ko sedar tak apa ko cakap nih..

"..tengok Mutaah sudah. Kalau cakap bab nie, Syiah nie selalu jer nak mengelak..tak nak cakap la per semua.. camon la, kawin sejam, dua jam..pastu bayar dowri??? ape bezanya ngan melacur?? Islam ke benda2 nie semua.." - Ezra

Pokok paling penting senang jer, KATAKANLAH mutaah tu HARAM walaupun belum ada dalil ayat al-Quran yang mengharamkan nikah tersebut, ini bermaksud Allah swt telah turunkan satu hukum UNTUK MEMBOLEHKAN MANUSIA MELACUR KETIKA TU??!!! Atau.. ALLAH swt silap turun hukum ??!!

Apa dalil al_Quran yang MENGHARAMKAN MUTAAH ??!! Ok kami nak bercakap bab ni, TAKDENYA SYIAH NAK MENGELAK untuk b'cakap bab nih.. Syiah mane ko sembang ?? Tah ke ko je sembang mcm si MAZA tu..

Jadi saper Maha Bijaksana ni.. Ko ke Allah ?? Ko nak jadi Firaun gak ker.. Tak pun tok guru tu lah yang ko anggap paling bijak..??

Dr Faisal Tehrani said...

Salam Yudi
terima kasih kerana menulis sepanjang itu.

Zuljanah said...

Mardawiyyah,
Hati2 agar tidak tertembak rakan sendiri.. Kelihatannya kamu sudah ter'serkap jarang' Sultan of FullSwing. Mujurlah SoFS tidak berkecil hati. :)

Yudi Helfi,
Percuma aja diterangkan pada si @zuhair hal2 yg tidak mampu difahami dia. Sekarang dia ibarat layang2 yg sudah terbelit diranting2 pohon permusuhan... Adalah satu keajaiban jikalau dia bisa terbang kembali dan buat permulaan ini dapat membaca habis terjemahan AlQuran dahulu sebelum mula mengkaji hal2 lainnya:D

1jja1912 said...

Satu penerangan yang baik dari saudara Yudi. Terima kasih.

Pencerahan buat golongan yang melulu dalam mencari kebenaran. Satu kronologi untuk lebih memahami perbandingan Mazhab.

Harap golongan tu, dapat sampai apa yang cuba diterangkan beliau.

ezra said...

Assalamualaikum,

Wow ramainya komen. mohon maaf jika kalian terasa tergigit lada. saya tidak emosi, saya hanya beri pandangan saya sebagai org Islam.

saya agak pelik andainya Syiah ni sayangkan keluarga rasul & para sahabat, kenapa dipilih2..berkenaan Abu Bakar n sahabat lain confirm syurga..banyak..salah satunya Hadis Sahih

“Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam syurga, Usman dalam syurga, Ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad dalam syurga, Said dalam syurga, dan Abu Ubaidah bin al-Jarah dalam syurga”. [al-Tarmizi, sahih].

ataupun yang nie

“dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”
(surah al-Taubah ayat 100)

ataupun yang nie

“Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana jika kamu salah seorang kamu bersedekah emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama (pahalanya) dengan sedekah sahabatku sebanyak secupak dan tidak pula setengahnya”. [al-Bukhari & Muslim].

dan banyak lagi.. dan Hadis di atas adalah Hadis sahih yang ada nasabnya dari Nabi kepada prawi terakhirnya..

berkenaan Fatwa Syiah yang menyimpang..contohnya :

orang tanya Ayatullah Sistani tentang kawin antara sunni n shia, "We are a Shia family. A Sunni gentleman has asked for my sister’s hand in marriage. He is a very good and descent man. He is a good Muslim. We would like to know if there is anything in the Shia faith that prevents such a marriage. (That makes it haram)?? Plus is it ok if a Sunni Sheikh performs the wedding contract?? Is it ok if a Shia Sheikh performs the contract?

A17) There is no objection with regards to Sunni Sheikh’s reading of the contract. But it is not permissible for a Shia girl to marry a Sunni man, if she fears being misled by him. - so skrg korang cakap pasal perpaduan bendanya..bukan sunnah je, shia pun tak anggap org sunnah nie ajaran betul..

Mohd Iswazi said...

Salam wa rahmah...

Memahami Syiah spt yg dianjurkan Yudi akan menemukan kita kepada PAUL dlm Islam...persis Paul yg merobek ajaran asal Isa al masih a.s.

Best sgt2 apabila beragama dgn haqqul yaqin.

Yudi Helfi said...

Apa yang saya cadangkan sebagai cara memahami Syiah adalah sebuah method yang diperkenalkan Allahuyarham Kuntowijoyo, seorang intelektual muslim genuine dari Yogyakarta. Method ini ia namakan strukturalisme transedental.

Saya cadangkan membaca "Muslim tanpa Masjid" dari penerbit Mizan.

Kerana Kuntowijoyo adalah seorang sunni, maka method strukturalisme transedental ia terapkan berdasarkan struktur berpikir kaum sunni. Agar adil, untuk memahami syiah, gunakan pula mothod ini dengan sudut pandang Syiah pula.

Mengkaji Syiah dengan kepala dingin dan menggunakan method strukturalisme transedental bukan berarti kita harus menjadi Syiah selepas itu. Method ini hanya berarti bahwa kita bisa menuju pada satu pemahaman akan keragaman sudut pandang sehingga akan muncul pandangan yang objektif. Bukan emosional, dogmatis, penuh ketakutan dan kecurigaan.

Memahami agama itu harus terbuka kerana agama bukanlah milik kita. Ia adalah milik Tuhan. Yang kita lakukan hanyalah usaha untuk sejalan dengan maksud Tuhan. Namun perlu disadari kerana ketakterbatasan Tuhan dan keterbatasan manusia, maka manusia tidak akan mencapai kebenaran mutlak. Oleh karena itu kita harus bisa menghormati cara beragama orang lain karena cara beragama kita pun bukan mutlaq benar.

Inilah cara agama hanif yang lapang. Agama yang tidak dianut dengan sikap seorang psikopat yang paranoid, penuh curiga, bukan kedamaian.

salam

Fikirlah said...

Salam
Boleh saya belajar dengan saudara Iswazi? Dari kata-kata anda sepertinya anda sudah mengkaji mengikut method yang Yudi berikan sehingga anda sudah TAHU yang Islam ini dah "dirobek" oleh Syiah. Mohon dibantu.

ali said...

Ezra menulis:
"“Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam syurga, Usman dalam syurga, Ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad dalam syurga, Said dalam syurga, dan Abu Ubaidah bin al-Jarah dalam syurga”. [al-Tarmizi, sahih]."

Hadith 10 sahabat secara panjang lebarnya seperti ini:
“ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 )

Hadith ini diriwayat oleh Abd Rahman bin Hamid daripada bapanya al-Zuhri yang mendengarnya dari Abd Rahman bin Auf. Hadith ini palsu kerana al-Zuhri lahir pada 31H manakala Abd Rahman bin Auf wafat pada 31H/32H. Jadi macam mana bapa Abd Rahman bin Auf boleh berjumpa dan menghafal hadith dari Abd Rahman bin Auf sedangkan ketika itu beliau belum lahir atau hanya baru berumur 1 tahun?

Malahan Imam Ali berkata kepada al-Zubair:”Jika aku mengakui anda ahli syurga, aku tidak akan memerangi anda.” Tentang kesalahan al-Zubair dalam peperangan Jamal, lihat al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 103, Kitab Sulaim, hlm. 211.

Malahan Umar al-Khattab juga tidak pasti beliau masuk syurga atau tidak:
Umar pernah berkata, "Jika ada datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk syurga kecuali seorang yang akan masuk neraka', maka aku takut itu adalah aku. Dan jika datang suara dari langit mengatakan 'Semua orang akan masuk neraka kecuali seorang yang akan masuk syurga', maka aku mengharap itu adalah aku".

Hadith sahabat murtad riwayat dalam Sahih Bukhari:
“Akan (datang) di hadapanku kelak sekelompok sahabatku, tapi kemudian mereka dihalau. Aku bertanya, wahai Tuhanku, mereka adalah sahabat-sahabatku. Lalu dikatakan: ‘Kamu tidak mengetahui apa yang mereka perbuat sepeninggalmu. Sesungguhnya mereka murtad dan berpaling (dari agama)."

Kisah sahabat dan penulis wahyu bernama Abdullah bin Abi Sarh telah murtad (Sunan Abu Daud hadith 4346)

Hadis : 2916 diriwayatkan oleh dalam Sahih Muslim di mana Rasulullah bersabda kepada ‘Ammar bin Yasir :“Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.” Diketahui Ammar dibunuh oleh tentera Muawiyah dalam Perang Siffin. Maksudnya pasukan tentera itu diketuai oleh Muawiyah seorang sahabat Nabi.

Muawiyah memulakan cercaan ke atas Imam Ali di atas mimbar sehingga pada zaman Umar bin Abd Aziz dimansuhkan. Muawiyah memerangi Imam Ali dalam Perang Siffin.

Perbahasan tentang perkara ini akan memakan ruang yang panjang. Di harap yang sedikit ini sekurang-kurang boleh membuat otak anda berfikir.

Anda boleh membaca di link ini untuk lebih perbahasan lebih lanjut:
http://syiahali.wordpress.com/2010/09/06/10-sahabat-dijamin-surga-kebohongan-yang-terkuak-sunni-gigit-jari/

Zuljanah said...

Kalau si Farihan, menuduh berlaku penggerejaan di dlm Islam... manakala Si Mohd Iswazi pula menemukan PAUL dalam Islam.
2X5.
Walau dgn berlainan nama, skrip 'pernyataan' dan sepanduk dia tetap sama. hehe :D

ali said...

Surah al-Taubah: 101 pulak menyatakan:
“Dan di antara orang-orang badui di sekelilingmu, ada orang munafik, dan juga di antara penduduk Madinah. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka. Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan siksa mereka dua kali kemudian mereka akan diberikan azab yang besar”.(al-Taubah:101)

Surah: An-Nahl [106] Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Surah at-Taubah;100:
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),

Ayat ini menjelaskan as-sabiqunal awalun diletakkan syarat "menurut jejak mereka dengan kebaikan." Iaitu dengan amal yang baik. Maka pujian Allah pada ketika itu untuk mereka kerana perbuatan mereka ketika itu tetapi jika mereka berpaling tadah maka ia dinyatakan dalam Surah Ali Imran:
3-76: Bahkan, sesiapa menunaikan janjinya dan dia bertakwa, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertakwa.
3-77: Sesungguhnya orang yang menukar janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit, itulah orang yang tidak akan mendapat bahagian di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka di hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka, dan bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya."

Maka pujian ke atas seseorang kerana amal yang dilakukan begitu juga laknat kerana amal buruk yang dilakukan ketika itu tetapi apabila sipelaku berubah maka pujian atau laknat turut berubah. Justeru ada hadith sahabat murtad digiring ke neraka kerana mereka telah melakukan perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya.

Misalnya jika pelaku dosa bertaubat maka laknat Allah diangkat darinya tetapi jika dia berterusan laknat pun turut berterusan.

Nilai mulia dan hina di sisi Allah adalah taqwa iaitu ditunjukkan dengan amal perbuatannya begitu juga sebaliknya.

Jika anda baca al-Quran, anda lihat sesiapa sahaja - hatta anak dan isteri Nabi turut menerima laknat Allah kerana hilangnya taqwa dari mereka seperti isteri dan anak Nabi Nuh a.s.

hellmy said...

Zuljanah, relaks. Saudara Mohd Iswazi adalah seorang yang kita boleh anggap cendikiawan. Lapangkan dada dan minda, insyaAllah kita boleh memahami 'ayat 2 lapisnya' itu.

:-)

ali said...

RALAT lagi:
"Jadi macam mana bapa Abd Rahman bin Auf boleh berjumpa dan menghafal hadith dari Abd Rahman bin Auf sedangkan ketika itu beliau belum lahir atau hanya baru berumur 1 tahun?."

Maaf kesilapan menaip..Bapa Abdul Rahman bin Hamid iaitu al-Zuhri boleh berjumpa dengan Abd Rahman bin Auf sedangkan ketika itu beliau belum atau hanya berumur 1 tahun? (dilahirkan pada 31H sedangkan Abd Rahman bin Auf wafat pada 31/32H.)

zuhair said...

assalamualaikum

terima kasih kepada saudara yudi atas penjelasan tersebut. terus terang itu bukanlah jawapan yang saya cari

saya tak mahu menambah komuniti syiah, jauh sekali memahami. saya selesa dengan sunnah dan saya nak tahu andai kamu semua ni boleh di'compromise' atau tak

saya disuap oleh masyarakat tentang syiah yang mencaci sahabat nabi

saya cuma ingin pandangan daripada saudara2 semua. tak adillah kalau saya cuma dengar dari sebelah pihak.

saya bukan mahu jawapan dari tokoh2 ulama, tapi saya mahu jawapan dari diri kamu semua sendiri. adakah ada yang mencerca sahabat2? tu je

tak kisah la sahabat tu maksum ke tak, isunya caci atau tak

yang mutaah tu saya tak kisah sangat pun. kalau yang libas2 badan pun tak kisah

jika tak ada yang nak bagi jawapan dengan lebih padat tanpa pusing2, saya lebih suka dengan pandangan syiah ni memang telah mencaci abu bakar, umar dan usman

minta tolong sesiapa tolong nafikan

lagi sekali saya ulang, saya cuma nak jawapan. tu saja. setakat ni tak ada yang menjawab soalan

sekian terima kasih :)

Dr Faisal Tehrani said...

zuhair

Seperti yang saudara lihat aya tidak terkesan, Alhamdulillah, apabila saudara berhenti membaca karya saya. Alhamdulillah dan Insya-Allah akan dan masih ada pembaca yang mengikuti saya. Kumpulan cerpen saya Tiga Kali Seminggu hampir habis (cetakan pertama) di jual setelah sebulan berada di rak kedai.

Yang kedua, saudara bertanya pendirian tentang sahabat. Saya tidak dapat menjawab bagi pihak orang lain. Kalau mereka tidak mahu menjawab saudara tidak boleh paksa.Pada pemerhatian saya, mereka telah pun menjawabnya cuma hati saudara tertutup untuk menerima. Hormatilah orang yang berbeza dengan kita. Saya tidak fikir kem pro syiah dalam blog ini mengajak sdr masuk syiah, mereka cuma menerangkan apabila saudara melakukan provokasi.

Yang ketiga, pendirian saya tentang sahabat telah saya nyatakan berkali-kali, pendirian saya ialah pendirian Abu ala al Maududi. Beliau adalah tokoh gerakan Islam, Jamiat Islam di Pakistan. Seorang Sunni Hanafi. Beliau menulis sebuah buku yang sangat bagus. Khilafah wal Mulk. Pendirian beliau adalah pendirian saya.

Sebenarnya saudara ingin mencari jawapan untuk memusuhi bukan untuk mengenali dan memahami. Kerana itulah saudara masih terpekik terlolong di sana sini. Orang seperti sdr lah yang Dr Siddiq Fadzil katakan: 'Teroris Pemikiran'.

ali said...

Zuhair menulis:

"saya bukan mahu jawapan dari tokoh2 ulama, tapi saya mahu jawapan dari diri kamu semua sendiri. adakah ada yang mencerca sahabat2? tu je."


Standard pemikiran sesuatu mazhab atau agama sekalipun adalah apa yang difatwakan oleh ulama atau Nabi SAWAW dan juga kitab suci.

Jika anda hendak memahami mazhab Syafie tentulah anda membaca kitab Imam Syafie misalnya Kitab al-Umm.
Begitu juga mazhab syiah, anda patut membaca fatwa Imam Ali Khamenei - yang mengharamkan perbuatan mencederakan diri dan melarang cacian ke atas ikon-ikon sunni.

Mengapa sengaja mengelakkan membaca fatwa ulama?

Yudi Helfi said...

@ Zuhair
Seorang cendikiawan, seorang muslim yang cerdas dan berakal harus berani membuka minda, mengkaji dalam baru membuat simpulan. Kalau tak berani mengkaji dalam, saudara telah berani membuat simpulan bahwa tak mau mengkaji kerana tak nak menjadi syiah, maka sungguh lemah logikanya.

Inilah beragama cara paranoid, beragama dengan rasa takut. Bukan takut pada kesalahan, tapi takut jika dalam mengkaji akan menemukan kebenaran lain. Aduhai kasihan jika melihat orang takut kepada kebenaran. Inilah yang dicerca bertahun-tahun yang lalu oleh Al-Afghani, Abduh, dll sebagai kejumudan.

Saudara bertanya tentang Syiah, tapi menggunakan standard Sunni. ini tidak akan dapat menghasilkan simpulan yang baik. Hal ini sama dengan menggunakan logika-logika Windows untuk menjudge perilaku Linux, kerana keduanya memiliki epistemologinya sendiri.

Jikalau saudara bertanya masalah Shahabat, ada satu hal yang saudara lupakan. Sebelum kita masuk ke ranah "bagaimana memperlakukan sahabat" saudara harus mengkaji dulu "ke-apa-an" shahabat.

Gunakan dulu terminologi yang tepat untuk memahami 'apa' shahabat, lalu baru masuk ke 'kedudukan' shahabat, lepas tu baru 'apa perlakuan terhadap shahabat' berulah kita masuk pada 'siapa saja yang tergolong shahabat' lepas tu barulah kita masuk kepada siapa Abu Bakr, Umar, Othman, Ali, Zubair, dll. Ini menuntut kajian yang panjang dantidak sederhana, saudara (jikalah saudara memang ingin mendapatkan simpulan yang kokoh).

salam

ali said...

Seperti kata saudara Yudi Helfi tentang epistemologi yang wajib difahami dulu. Kajian wajib bersistematis jika ingin mendapatkan kesimpulan yang benar.

Maka anda perlu memahami definisi sahabat, apakah yang dimaksudkan dengan "cacian" atau cercaan. Laknat atau pujian.
Apakah kutukan dan pujian itu ada dalam ajaran Islam?

Mungkin satu contoh disini:
Menceritakan kelakuan sahabat yang bertentangan dengan kehendak Allah dan RasulNya bukanlah mencaci. Sebagai contoh kelakuan sahabat yang seperti apa yang Nabi katakan kepada Khalid al-Walid seperti riwayat ini:
Rasulullah Saw telah menghantar pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid kepada Bani Juzaimah. Lalu mereka diajak kepada Islam. Mereka tidak dapat berkata dengan baik, ‘Kami masuk Islam’, tetapi mereka berkata, ‘Kami meninggalkan agama (yang dahulu)’. Lalu Khalid membunuh dan menawan di kalangan mereka dan diserahkan tawanan itu kepada setiap orang. Lalu saya berkata, ‘Demi Allah saya tidak membunuh tawanan yang ada pada saya, begitu juga kawan-kawan saya tidak membunuh tawanan masing-masing.’ Sehingga kami tiba bertemu dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba Rasulullah menadah tangan dan bersabda, ‘Wahai Tuhanku, aku berlepas diri daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (diulangi dua kali). (Riwayat Imam Bukhari)

Bermakna perbuatan Khalid itu Nabi tidak restui (salah di sisi Islam). Contoh lain sahabat lari dari Perang Hunain. Sahabat sibuk berjuak-beli pada ketika imam sedang membaca khutbah. Sahabat minum arak. Sahabat mencaci sahabat. Sahabat memerangi sahabat. Sahabat murtad. Perlakuan-perlakuan ini tentu tidak boleh di ”ya” kan hanya kerana sipelaku adalah terdiri daripada seorang ”sahabat.” Sedangkan Nabi sendiri berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Khalid seperti peristiwa di atas. Nabi tak kata: ”Oh tak pe. Kamu sahabat. Kamu ahli syurga. Kamu dimaafkan.

Perlulah dibezakan hal ini dengan memaki hamun tanpa usul periksa apatah lagi fitnah.

hellmy said...

Dr. FT, Yudi, Ali...

Sia-sia sahaja bagi jawapan panjang-panjang pada Zuhair tu. Dia memang takkan faham punya. Ini sama kes dgn Fulisiakantora. Dia pakai emosi bukan hati :-)

Zharif Alimin said...

islam akan terbahagi kepada 73. tapi 1 je yang akan masuk syurga.. saya x cakap saya betul. saya x cakap juga yang saudara betul. tapi yang slah dan betul takkan dapat disatukan.

harap saudara tambahkan dalil dalam artikel saudara.

Dr Faisal Tehrani said...

Dalil, apa itu dalil?
Pergi belajar balik saudara. Terminologi pun tak kuasai.
Kalau yang saudara maksudkan dalil naqli, maka banyak buku dan site lain telah pun memberi dalil tersebut. Akan tetapi sdr tidak berminat untuk memahami. Sdr hanya berminat untuk menyalahkan, menghukum dan 'membunuh'.

1jja1912 said...

Salam,

Dr.FT, Sdr.Yudi, Sdr.Ali, dan saudara yang lain memberikan jawapan yang agak panjang kepada Sdr.Zuhair.

Apa yang dicari sebenarnya? Sdr.Zuhair mahukan jawapan pembaca blog yang lain, bagaimanakah kami menyikapi para sahabat Nabi?

Membaca tulisan Sdr.Yudi juga adalah satu jawapan untuk setiap persoalan sdr Zuhair. Ilmu itu dicari, bukan menunggu untuk disuap. Perlu faham dimana puncanya, baru tahu apa permulaannya, di pertengahannya, dan apa dihujungnya.

Seorang doktor, sebelum memberikan keputusan diagnosis penyakit, dia perlu tahu apa simptom sakitnya, dimana terasa sakitnya, bagaimana rasa sakitnya, baru selepas itu membuat diagnosis berdasarkan ilmu, dan pengalamannya.

Adakah dengan kenyataan sdr.Zuhair 'saya tak mahu menambah komuniti syiah, jauh sekali memahami. saya selesa dengan sunnah dan saya nak tahu andai kamu semua ni boleh di'compromise' atau tak.'

Adakah sdr. sedang melabelkan kami disini sebagai Syiah yang masyarakat hari ini kafirkan?
Kalau sdr tidak mahu belajar memahami, maka bagaimana ilmu itu akan anda fahami? Apa yang anda cari sebenarnya?

Ilmu itu luas saudara, apa yang kita tahu, hanyalah setitis daripada air dilautan. Tidak akan dan pernah habis untuk difikirkan dan diterokai. Semakin banyak yang mungkin kita fahami, tetapi akan diikuti lagi dengan perkara yang tidak difahami dan menuntut kita untuk mencari jawapan demi jawapan. Kadang ilmu itu ditemui orang lain, tidak pada kita, kadang kita menemuinya tapi orang lain tidak mengiktirafnya. Kerana bagi mereka, ilmu itu bernoktah. Selagi ilmu itu tidak memesongkan akidah yang kita pegang, ilmu itu adalah dibenarkan.

Saya ulangi kata-kata al Marhum Muhammed Sayyid Tantawi mengatakan: ‘‘Bagi saya tiada bezanya antara Ahli Sunah dan Syiah kerana kedua-duanya masih berpegang kepada akidah yang satu dan kita semua tetap bersaudara."

Perpecahan umat Islam dalam perkara akidah merupakan sesuatu yang rumit dan kompleks. Budaya taksub dan fanatik kepada tokoh dan mazhab berkembang dan membarah. Akibatnya umat Islam hari ini bermusuhan sesama sendiri demi menegakkan mazhab / aliran masing-masing. Kita dengan sengaja memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umat Islam.

Sungguh saya sedih, saya takut jika Allah memesongkan hati saya, atau menarik segala kefahaman yang dipinjamkan. Moga saudara temukan jawapan, kebenaran, dan kefahaman. Sesekali jangan katakan apa yang tidak kita ketahui, kerana kedunguan kita tadi jika disebarkan akan mendungukan orang lain.

Ubat jahil adalah dengan mencari ilmu, berguru, memikirkan, dan memerhatikan. Lihatlah dengan mata hati, bukan memenangkan nafsu dan menutup kebenaran lain. Bukalah hati untuk menerima, berlapang dadalah, anda pasti tenang.

Kata Seorang Guru Tua Saya:
"Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.

Wassalam.