17 January 2011

Ini Foto Arab Mana Pula?

"Shia is an Iranian sect," said leading cleric Harussani Zakaria,
a member of the National Fatwa Council (Sumber di sini)



Kita sudah banyak sangat membaca kenyataan dari pelbagai orang. Kenyataan di atas bukan setakat tergelincir, ia adalah kenyataan jahil. Kenyataan tersebut adalah setaraf dengan kenyataan 'Islam agama Melayu', atau kenyataan terpeleot George Bush:
'Islam agama orang Arab'.

Memang sangat meleset kenyataan di atas. Setahu saya penganut Syiah Imamiyyah ada dua belas orang Imam, semua dua belas itu bukan orang Iran tetapi orang Arab.

Sehingga sekarang ada Syiah di Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi. Mereka ini Syiah keturunan sejak zaman Saidina Ali agaknya. Baru-baru ini Amir wilayah Madinah, Abdul Aziz bin Majid membuat inisiatif menemukan tokoh-tokoh Sunni dan Syiah di kota Rasulullah saw, di Madinah al Munawwarah. Sheikh Tahir Abdul Mun'im al-Hajuj dan Sheikh Soleh al-Jud'an daripada pihak Syiah Madinah hadir dengan kumpulan Ahlusunnah pula diwakili oleh Faisal Abu Rab'ah dan Sheikh Sulaiman bin Ghamid al-Sa'idi dari wilayah al-'Ashbah (klik sini). Mereka berikrar untuk menjaga keamanan ekoran terdapatnya sekumpulan budak-budak wahabi jalanan melaga-lagakan penduduk Syiah dan Sunni setempat Muharram lepas. Inilah gambar-gambar Syiah Arab. Mengapa kita tidak tahu kewujudan Syiah di Madinah selama ini? Tak pernah dengar pun Syiah Madinah hiris badan dengan pedang? Serupa seperti Syiah Melayu; mereka tidak kacau orang jadi mereka pun halimunan. Juga kerana tiada sarjana ingin mengkaji perihal Syiah Madinah kerana tabu.

Di Masjidil Nabawi, di bawah dataran kubah mekanikal kedua; nama-nama Imam Syiah Dua Belas melekap dengan cantiknya pada dinding masjid. Ia telah berada di situ dengan penuh gaya menemani tok-tok haji. Kalau tuan-tuan berpeluang menunaikan umrah atau haji, silalah ke Masjid Nabi (Raudhah) pada waktu dhuha. Boleh lihat kelibat mereka (Syiah Madinah). Mereka ini kebanyakannya penanam tamar nabi. Ya, khabarnya, tamar nabi yang kita beli berkilo-kilo untuk dibawa pulang ke Malaysia ini kebanyakannya ditanam orang-orang Syiah di Madinah. Tak apalah kan, limau mandarin pun kita makan.

Ini pula foto pertemuan tokoh Syiah di Qatif, Arab Saudi yang diwakili oleh Sheikh Hassan Al-Saffar dengan sejumlah masyarakat Sunni. Jika tidak silap saya, di Qatif, Syiah adalah majoriti sementara Sunni yang minoriti. Beliau mengeluarkan kenyataan, "Enemies of Islam have been always trying to incite discord and divisions in the Islamic Ummah. It is our duty to maintain our unity in this critical period." (Klik sini)

Tiba-tiba adalah kenyataan, "We don't want any religious differences. They are a threat to Muslim unity in Malaysia."

Hairannya di negara berbenih Wahabi pun Syiah boleh tanam dan tuai kurma serta berpakat-pakat elok dengan Sunni. Bukan setakat tanam kurma, mereka boleh buat konferens di kota Mekah al Mukarramah tanpa diserbu.




Lihat foto-foto di atas. Gamaknya begitulah mengeluarkan 'fatwa', tak sempat analisis betul-betul; main bedal keluar kenyataan!

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.

13 comments:

ArepChePha said...

I like :D

nur_sufi07 said...

Hujah atas dalil.

el-Zehra said...

Salam,

Pada pemerhatian saya,Dr. FT begitu istiqamah dalam memperjuangkan isu ini & itulah yang sewajarnya. Masa untuk masyarakat kita membuka minda sudah tiba walaupun agak terlewat berbanding dengan negara lain.

Saya sebenarnya mengidamkan adanya dialog antara kedua-dua belah pihak diwujudkan namun suasana seolah-olah tidak menyebelahi saya untuk menetengahkan perkara tersebut atas alasan Syi'ah sudah sesat dan tidak perlu lagi kita berbahas dengan mereka..sampai hari kiamat pun tidak habis..

Zaman kezuhuran Imam semakin jelas kelihatan di abad ini dan antara golongan yang akan diperangi oleh baginda AS adalah golongan al-Sufyani.

Saya nak tanya pendapat Dr brkenaan dgn golongan tersebut, adakah ianya merujuk kepada golongan Wahabi?

Oh ya, perihal Syi'ah, kata Abu Hasan al-Asy'ari di dalam Maqalat al-Islamiyyin :

إنما قيل لهم الشيعة لأنهم شيعوا علياً رضوان الله عليه ويقدمونه على سائر أصحاب رسول الله صلى الله عليه

"Sesungguhnya mereka dikatakan syi'ah, karena mereka mengikuti (syaaya'u) Ali, dan mereka mengutamakan beliau dari seluruh sahabat Rasulullah SAW"

Syi'ah = Iran @ Syi'ah = Ali?

Lalu bagaimana boleh timbul isu Syi'ah itu adalah mazhab orang Iran walhal dari sudut takrif kebanyakan Ulama Salaf dan sejarawan sendiri memberi pengertian yang berbeza dengan apa yang diungkapkan oleh Harunsani?

Itu hanyalah sekadar pandangan beliau sahaja yang saya sendiri tidak pernah jumpa dari mana yang dia sandarkannya.

nursalamah said...

itulah buat malu lah malaysia ni. Shia diterima di haramain.
berlapang lah dada.
tunggu imam mahdi nanti semua dapat disatukan.

ali said...

"Enemies of Islam have been always trying to incite discord and divisions in the Islamic Ummah."

Yang mengeluarkan fatwa dan kenyataan jahil berkilo-kilo tentang syiah sebenarnya adalah terangkum dalam kenyataan di atas.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam

Puan Nur Sufi07, dalam entri 'Siapa (memang) Lebih Sesat Daripada Siapa' meninggalkan komen ini:

"Akan muncul diakhir zaman satu golongan yg digelarkan Rafidhah(Syiah). Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Perangilah mereka kerana mereka sebenarnya adalah golongan musyrikin"(Hadis riwayat Abu Ya'la, At-Tabarani dan Al-Bazzaar)

Nampaknya, inilah manusia yang dicari-cari 90 marhalah. Sungguh militan sekali: siap nak berperang.

unggaspagi said...

Assalamualaikum, Iran menerima Syiah di pertengahan abad ke 17 iaitu di zaman Safavi. Sebelum itu mereka bermazhab Ahlusunnah Wal Jamaah.

Pernyataan Shia is an Iranian sect adalah tidak benar dan mereka harus lebih tekun membaca.

pembaca buku said...

Alahai Faisal, anak saya yang kecil pun tahu yang Syiah ini bukan dipunyai oleh sesiapa atau mana-mana pihak pun. Begitu juga empat mazhab lain dalam Sunni.

Dari kecil lagi dia sudah tahu bahawa di mana-mana pun, Islam itu kepunyaan semua, bukan sahaja kepunyaan mana-mana bangsa atau bukan kepunyaan mana-mana negara; dan dalam Islam ada pelbagai mazhab.

Yang demikian, tentulah perkembangan mazhab berlegar tidak mengikut sempadan geografi atau politik kerana ia adalah urusan kemanusiaan yang berpaksikan pemahaman dan pemikiran manusia Islam itu sendiri.

As simple as that.

*FYI, dia kenal Rahbar orang Syiah, dan tahu apa peranan dan tanggungjawab Rahbar pun, langsung bertanya pada saya, "Kita ada orang macam Rahbar tak?"

Ada tak, Faisal?

nurhafizah said...
This comment has been removed by the author.
hellmy said...

Ulama' yang bercakap mcm tu ulama' terompah :-)

Farihan said...

Itu Foto Arab Syiah yang takut dengan pemerintah.

Muntazhar said...

salam, nurhafizah...

buka link di bawah. ada puluhan buku dalam bahasa maelayu tentang syiah.

www.almawaddah.cjb.net
www.almawaddah.110mb.com

Allahuma Solli 'Aala Muhammad Wa 'Aali Muhammad

Erti Kesenangan Dunia said...

salam

nurhafizah mahu buat "presentation" dalam kelas berkaitan syiah disebabkan apa?

Apakah disebabkan "RAHMAT" ataupun "KEADILAN" ataupun "KEJAYAAN" ataupun "IHSAN" ?

wassalam