02 January 2011

Bekerjasama dan Elakkan Perselisihan Mazhab: Ali Larijani Kepada Duta Besar Malaysia

Pada pagi tahun baharu, 1 Januari 2011, Duta Besar Malaysia ke Tehran, Mohamad Sadik bin Kethergany 'bertemu' (dipanggil? courtesy call?) dengan Ketua Majlis Republik Islam Iran, Ali Larijani. Untuk makluman semua; di Iran, Larijani mempunyai pengaruh yang besar selaku Ketua Majlis dan melaporkan langsung kepada Ayatullah Ali Khamenei. Malah, kuasanya dilihat setanding Presiden.

Tentu perbincangan besar pada pagi tahun baharu itu ialah mengenai meningkatkan hubungan dagang Malaysia-Iran yang memang menguntungkan kedua-dua pihak (Iran adalah pembeli minyak sawit kita yang terbesar sekali, lihat sini) dan segala macam tit dan tat mengenai hubungan bilateral (owh mengapa mesti pada pagi tahun baharu?)

Selain hal-hal hubungan dua hala (entah mengapa Ali Larijani mengambil tugas Menteri Luar Iran?) pada pagi tahun baharu itu juga, ketika ramai dalam kalangan kita masih tidur ekoran penat bermain mercun malam sebelumnya; Ali Larijani juga mengingatkan Duta Besar Malaysia ke Iran, Mohamad Sadik bin Kethergany; bahawa dasar Barat sememangnya ingin menggoyahkan kestabilan di rantau yang diidami. Untuk itu, akan ada 'ejen' ditanam untuk menimbulkan bibit perpecahan sesama umat Islam. Saudara buatlah sedikit homework untuk mengetahui siapakah ejen yang dimaksudkan ini (mungkin pautan ini membantu, klik sini atau di sini).

Ali Larijani juga dilaporkan memberitahu Duta Besar Malaysia pada pagi tahun baharu, 'strategi Republik Islam Iran untuk berdepan dengan muslihat Barat itu ialah dengan mengekalkan perpaduan dalam kalangan negara umat Islam, meningkatkan hubungan dagang dan ekonomi, kebudayaan, dan menjalinkan kerjasama parlimentari sesama negara umat Islam, di samping menghindari pertikaian mazhab (avoiding sectarian strife). Lihat laporan Tehran Times di sini.

Ia selaras dengan kenyataan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur minggu lalu, bahawa apa yang harus diutamakan 'ialah prinsip amalan umat Islam berhubung kerjasama, persefahaman dan rundingan' (Sumber Bernama).

"Kami yakin prinsip ini lebih penting daripada berbalah mengenai perbezaan yang kecil," kata kenyataan itu yang dikeluarkan berikutan bantahan terhadap laporan media mengenai pengikut ajaran Islam tertentu.

Bernama seterusnya melaporkan, Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur berharap kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengikis kesan negatif daripada dakwaan terhadap ajaran itu dan mengelaknya daripada berulang.

Sungguh, di pagi tahun baharu, tidak pasal-pasal 'kita' terpaksa mendengar 'khutbah diplomatik' Ali Larijani (walaupun dia bukan Menteri Luar) tentang 'semua itu'.

** Fars News Agency yang rapat dengan Presiden Ahmadinejad nampaknya tidak berselindung tentang hal ini, lapor agensi tesebut: The Iranian parliament's Islamic Human Rights Commission sent a letter to the Malaysian officials over some recent reports on the violation of the rights of the country's Shiite population, klik sini. Buat mereka yang mesra bahasa Melayu, baca di sini sahaja: klik sini.

*** Nasib Sunni di Republik Islam Iran, klik sini.

**** Baca ini juga Why the Malaysian Islamic Authorities Act Against Islam?, klik sini.

***** Trivia: Ali Larijani adalah menantu Ayatullah Mutahhari.


* Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Diplomat atau bukan diplomat pun diundang mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.

20 comments:

Muntazhar said...

aisey...
kena panggil?
hmmmm...

mohammadislam said...

well down haj aggha faizal tehrani

harap semua ni akan tutup

and malaysia jadi taman bunga yang

selamat lg

happy new year without fitnah

pembaca buku said...

Huhu...pada awal pagi tahun baru 2011, saya tidak tidur atau bermain mercun, tetapi sibuk dengan kerja-kerja merungkai misteri...huhu

lalok said...

disebabkan org syiah yg sesat tu tak jawab persoalan tuan..
biarlah saya cuba rungkaikan persoalan tu dgn keadaan naifnya pengetahuan saya..
upacara pemujaan terus terang adalah syirik..perkara yg syirik ini bermaksud menduakan tuhan atau mensetarakan sesuatu dengan tuhan.. jika individu yg meratap, meraung, cederakan batang tubuh dgn sengaja itu mempunyai maksud untuk menduakan tuhan atau mensetarakan sesuatu dengan tuhan..maka jelaskan ianya syirik..
mengutuk sesuatu ikon samada secara direct atau tidak direct adalah tidak dibenarkan sama sekali kerana ia akan mengganggu ikon agama lain..perkara ini jelas meyimpang dari kaedah dakwah muhammad..ini kerana dakwah agama muhammad ini diasaskan dari pengenalan ketauhidan Allah yg maha esa..bukan dengan menganggu ikon2 suci yg terdapat di dalam agama yg lain..sujud adalah posisi terdekat antara hamba dan tuhan..seorang raja akan berjalan di atas karpet kuning sesuai dengan lambang seorang raja..ya lambang..lambang seorg hamba ialah tanah kerana manusia dijadikan dari tanah..muhammad juga sujud di atas tanah..masjid dulu bukan seperti sekarang..dulu masjid berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit..

behlul said...

assalamualaikum..

emm.. hubungan malaysia dengan iran memang akrab.. sudah tentu malaysia negara tercinta ini tidak mahu perbalahan ini dirosakkan oleh anasir-anasir yang ingin menjatuhkan perpaduan antara mazhab ini..

saya ada dengar bahawa majmak ahlul bait sedunia sudah mengeluarkan kenyataan mereka dan menjelaskan sikap mereka tentang perkara ini.. takkan mahu burukkan keadaan dalam masa iran sudah mula mahu berunding mengenai ekonomi malaysia.. rugi rasanya kalau ia terhenti begitu sahaja..

mohd ihsam zainuddin said...

ejen itu adalah dot.... dot... dot... iaitu wahabi !!!!!!!!!!!!!!!

dhiyaulhaq85 said...

berhentilah dari menulis tentang syiah,gunakan kepandaian yg ALLAH bagi untuk kebaikan ummat,cukup2lah dengan tulisan tentang syiah.

Dr Faisal Tehrani said...

dhiyaulhaq,

1. Ini blog saya, jika saudara tidak gemar tiada siapa jemput sdr ke sini.

2. Kepandaian yang Allah bagi kepada saya memang sedang saya curahkan untuk ummat Insya-Allah, menyeru perpaduan umat Islam bukan amal soleh ke?

3. Takkanlah saudara dah penat?

\(~,^)/ said...

salam tn.hj.dr.ft dan para pengomen,

nampaknya susunan plot oleh musuh-musuh perpaduan 1Ummah dalam episod hikayat kambing hitam kali ni semakin berterabur dan semakin hilang arah.

para perancang utama di sebalik tabir juga khabarnya sudah melepaskan tangan masing-masing dan akan membiarkan mereka yang terlibat dalam serbuan itu untuk bertanggungjawab sendirian terkontang-kanting.

ke manakah kalian akan larikan diri apabila tiba pula giliran kalian diserbu nanti?

khabarnya ada antara penguatkuasa yang turut serta dalam serbuan di hauzah itu sedang dirundung malang tak sudah yang bertimpa-timpa. inilah akibat buruk yang menimpa apabila kalian cuba memfitnah kesucian Ahlul Bait Rasulullah SAWW.

ada pula penguatkuasa yang sudah 2 minggu tak hadir bekerja, terlantar tak berdaya di rumah lagaknya. benarlah KERUGIAN sedang mendampingi mereka dan takkan pernah meninggalkan mereka lagi. SUBHANALLAH!

tidakkah mereka tahu, bahwa apa sahaja yang dilakukan bertunjangkan nafsu nan songsang itu akhirnya akan menimpa diri mereka sendiri?

tanyakan kepada Anwar Ibrahim, Hadi Awang, MAZA, Salman Rushdie dan ramai lagi seumpama mereka yang pernah melalui situasi yang sama setelah mereka cuba memfitnah kesucian Ahlul Bait Rasulullah SAWW. ada antaranya yang kini sudah pun meninggal dunia, entahlah sempat bertaubat atau tidak. wallahu'alam.

kita tunggu dan saksikan pula apa kesudahannya plot ini terhadap beberapa nama tersohor yang kelihatan sudah terlajak kata, janganlah disebabkan kebobrokan tindakan mereka dan sombong pula tak mahu tunduk insaf, akhirnya robohlah sebuah kerajaan yang mempunyai sokongan kuat di PRU akan datang sebagai tanda laknat daripada Allah SWT ke atas segenap lapisan rakyat.

al-Quran sudah beberapa kali memberi amaran tentang kerajaan-kerajaan hebat di masa lampau yang akhirnya tumbang dek kerana kerakusan mereka menafikan haq dan mendustakan kesucian utusan Allah SWT, siratal mustaqim.

berhati-hatilah sesama kita yang dambakan kebenaran, mereka yang perlu bertanggungjawab itu bukan hanya berhadapan dengan 200 orang syiah ini sahaja, sebaliknya mereka berhadapan dengan sesuatu yang ghaib dan tidak kelihatan di mata.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam

Saudara pengomentar di atas, saudara menulis:

'khabarnya ada antara penguatkuasa yang turut serta dalam serbuan di hauzah itu sedang dirundung malang tak sudah yang bertimpa-timpa. inilah akibat buruk yang menimpa apabila kalian cuba memfitnah kesucian Ahlul Bait Rasulullah SAWW.

ada pula penguatkuasa yang sudah 2 minggu tak hadir bekerja, terlantar tak berdaya di rumah lagaknya. benarlah KERUGIAN sedang mendampingi mereka dan takkan pernah meninggalkan mereka lagi. SUBHANALLAH!'

Saya tidak menolak hal-hal metafizik boleh berlaku. Malah saya sedari beberapa kali mengalami keberkesanan doa-doa yang ada dalam Islam.

Namun, saya tertanya2, dari manakah sumber saudara, menulis di sini bahawa ada yang 'sedang dirundung malang tak sudah yang bertimpa-timpa'.

Apakah maksudnya di sini?

* Ini bukan pertanyaan provokasi, saya benar-benar ingin tahu.

Wassalam.

ali said...

Ya..betul saya pun ingin tahu sumbernya...atau penjelasannya supaya nanti tidak ditertawakan oleh musuh-musuh Islam...

remizati said...

salam dr faisal..saya amat meminati karya-karya saudara..TAPI saya byk tak setuju pasal 'syiah' dan 'wahabi' ..yerlah, tapi saya ada satu pegangan , jika benar kita membaca al-fatihah dengan betul dan dengan ikhlas, insyaALLAH kita tak tersesat..sebab sedara mara nabi pun ada keturunannya 'rosak'..cthnya org yg ada'nama' di depannya..TAPI kalau cintakan nabi Muhammad s.a.w..kita mesti cintakan islam , kita mesti cintakan kedamaian dan kita mesti cintakan kebenaran..walaupun ianya agak pahit..baru tadi saya dapat cerita , org syiah, solat tiga waktu (melewatkan solat zohor, asar,magrib dan isyak)..hahahaha, sayapun macam tuh, lagi-lagi keja kat opis...sesungguhnya kalau benar kita cintakan islam, cintakan ALLAH s.w.t ,haruslah kita berhijrah...apapun saya suka sangat dengan ketupat cinta..lagi-lagi citer pasal isteri sultan pandai memasak, cuma dia katek sikit..sinis betul..dalam manikam kalbu, paling tak boleh lupa, pasal cikgu yang suka pakai baju berbusana tradisional..sampai lepas tuh, terus saya kumpul kain songket..sampai bercita-cita nak pergi bukit tinggi..tanah minang tuh..

Delam Mige said...

salam wa rahmah..
....'MELEWATKAN'solat zohor, asar,magrib dan isyak....

fikir..fikir..fikir. Benarkah?

ali said...

abu jahal, abu lahab pun pak sedara nabi lagi dekat...nampak nabi lagi...keturunan nabi zaman sekarang ada yang baik dan sebaliknya...yang dimaksudkan ahlul bait adalah 5 Nabi, Fatimah, Ali, Hasan dan Hussein secara khusus dan selepas Hussein, Ali Zainal Abidin sampai ke Imam Mahdi. Mereka dari Imam Ali hingga Imam Mahdi berjumlah 12 orang. Mereka inilah pemimpin ahlul bait yang dalam hadith sahih muslim disebutkan bilangannya 12 khalifah.

Syiah lewatkan solat? Sebalik solat pada awal waktu amat digalakkan. Solat 3 waktu.. 5 fardhu zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh.

Walau selalu baca al-fatihah tapi kalau jalan sudah ada depan mata tak mahu ikut....tak boleh jadi juga...Sebab tu Allah kurniakan akal supaya kita boleh menimbang jalan yang lurus atan bengkok.

\(~,^)/ said...

salam kembali,

oleh kerana tuan rumah blog dan ada seorang lain yang bertanya, untuk sahkan sumbernya mudah sahaja, tuan-tuan juga boleh cuba sendiri.

hanya sesuai bagi mereka yang ada keluangan masa lebih pada hari bekerja biasa.

tuan-tuan silakan pergi ke sebuah bangunan di shah alam, duduklah di kafe bawah tu, buat-buatlah macam nak urus kes nikah cerai atau tunggu giliran berurusan di situ sambil bertanyakan beberapa orang kakitangan yang minum/makan di kafe tersebut tentang isu hangat diperkatakan di akhbar sekitar 2 minggu lepas tapi kini agak senyap sunyi sahaja.

maintain cool, maka akan terbongkarlah 2-3cerita dalaman. waktu terbaik adalah sekitar 9-11pagi atau 12.30-2.30tengahari, insya-Allah.

wallahu'alam.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa aali Muhammad.

zahra said...

Salam.

Remizati, syiah mengerjakan lima solat dalam tiga waktu. Dan kami bukan melewatkan solat tetapi menghimpunkan solat zuhur dan asar. Begitu juga dengan solat maghrib dan isyak. Solat subuh sebagaimana adanya.

Syiah melakukan solat maghrib dan solat isyak apabila hari benar-benar telah malam dan gelap. Hal yang sama dilakukan ketika berbuka puasa.

Tetapi mengerjakan solat itu afdalnya pada awal waktu itu masuk.

Sekadar memberitahu.
Wassalam.

lalok said...

jika benar kita membaca al-fatihah dengan betul dan dengan ikhlas, insyaALLAH kita tak tersesat..saya yakin tidak semudah itu..muhammad yg yatim piatu tu hari2 berdoa untuk keselamatan kita semua sepanjang hayat dia dan yg menariknya sehingga ke akhir hayatnya..dan terbukti itu hari syaitan ada melaungkan kata2 bahawa itu manusia dia mau kasi ajak masuk neraka..

ada kelapangan silalah berkunjung di http://indonesian.irib.ir/index.php?option=com_content&view=article&id=18950:tafsir-surah-al-fatihah&catid=49:tafsir-quran&Itemid=75

Dalam memilih jalan kehidupan, manusia terbagi menjadi tiga golongan. Golongan ‎pertama ialah orang-orang yang memilih jalan Allah, dan meletakkan kehidupan ‎pribadi dan masyarakat mereka di atas dasar undang-undang dan perintah-‎perintah yang telah Allah jelaskan di dalam Kitab-Nya. Golongan ini selalu tercakup ‎oleh rahmat dan nikmat Ilahi yang khusus.‎

Golongan kedua berada di dalam keadaan yang berlawanan dengan golongan ‎pertama. Mereka ini meskipun mengetahui adanya kebenaran, namun tetap saja ‎menolak Allah bahkan lari menuju kepada selain-Nya. Mereka ini lebih ‎mengutamakan hawa nafsu mereka, hasrat buruk orang-orang dekat dan keluarga ‎serta masyarakat mereka daripada keinginan dan kehendak Allah SWT.‎

Kelompok ini secara perlahan memperlihatkan akibat-akibat perbuatan dan perilaku ‎mereka di dalam keberadaan mereka. Sedikit demi sedikit mereka menjauh dari ‎shirath al-mustaqhim dan bukan menuju ke arah rahmat Allah SWT dan rahmat-‎Nya. Mereka terpelosok masuk ke jurang kesengsaraan dan kesusahan serta ‎menjadi sasaran kemurkaan dan kemarahan Ilahi yang disebut oleh ayat ini ‎sebagai orang yang ‎‏"‏maghdluubi 'alaihim‏"‏‎, orang-orang yang dimurkai.‎

Sementara itu, kelompok ketiga ialah orang-orang yang tidak memiliki jalan yang ‎jelas dan tertentu. Mereka ini disebut sebagai orang-orang yang bingung dan tidak ‎mengetahui. Di dalam ayat ini, mereka disebut sebagai ‎‏"‏dhollin‏"‏‎, atau orang-orang ‎yang sesat.‎

sinach zawawi said...

maaf saya kurang faham apa yg cuba di highlightkan 'pada pagi tahun baru'. dan perjumpaan itu adalah perjumpaan diplomatic dgn Duta baru Malaysia ke Tehran. i think its normal. tulisannya mcam Malaysia buat salah dan kna panggil ngan guru besar. huhu.
perbezaan mazhab hanya dihighlight kecik dlm perbincangan tu.

dont get me wrong, i'm all for ummah unity.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam
sinach, no problem. saya tolong saudara faham ya? begini:

1. Duta Malaysia ke Tehran, dah setahun di sana. Jadi tak barulah. setahun tu lama juga, ada 12 bulan.

2. Dalam bidang international relation ada 'courtesy call'. Kadang diplomat pergi menghadap, kadang kena panggil. dan diplomat kena buat laporan bertulis kepada kerajaan yang diwakilinya tentang apa yang disampaikan.

3. Kebiasaan 'courtesy call' di Iran ialah antara diplomat dan Presiden. Bukan dengan Ketua Majlis (macam parlimen). Jadi apa yang Ali Larijani buat ambil 'kuasa' Presiden? jawapannya ada pada link fars news agency itu. tolonglah klik di situ dan baca.tolong sambungkan titiknya.

4. Dalam banyak2 hal tentang dagang dan hubungan dua hala, Larijani menyentuh tentang hegemoni barat dan kemasukan ejen Barat menerusi macam2 muka kemudian disentuh tentang mazhab (walau sambil lalu) 'sectarian strife' di Malaysia.

5. Tentu, dalam arena diplomatik, setiap ayat berharga walau disebut sekilas. dan ayat 'elakkan pertikaian mazhab' itu sangat berhubungan kerana JAIS hujung tahun lepas menangkap seorang ulama Iran dan mengatakan ia ketua ajaran sesat. Dan kemudian menfitnah mazhab rasmi Iran sebagai ajaransesat, kafir dan menghalalkan bunuh orang sunni.

6. Kedutaan Iran di malaysia ada membuat bantahan terhadap tohmahan sewel JAIS dan media2 tersebut. tetapi tidak disiarkan oleh media kita. jadi, saluran lain nak menyampaikan tentulah saluran diplomatik.

7. 'courtesy call' memang kadang-kala dilakukan diplomat pada awal tahun, tapi seingat saya jarang berlaku pada pagi tahun baharu masehi kerana orang masih tidur lagi. dan harus diingatkan iran tidak menyambut tahun baru masehi, mereka ada kalendar parsi. dan tahun baru parsi lambat lagi, ada dalam 4 bulan lagi.

8. Saudara menulis 'tulisannya mcam Malaysia buat salah dan kna panggil ngan gru besar': Tepat sekali saudara, Malaysia memang buat salah. Mazhab Iran ialah syiah, dan ada pegawai tinggi di malaysia fitnah mazhab di iran kafir dan macam2 fitnah lain. Ada pula ulama tambah perisa mengatakan anak orang syiah anak haram, saudara tak rasa itu salahkah dalam hubungan dua hala? Dan lebih memualkan pegawai yang menfitnah syiah itu dinaikkan pangkat pula dalam masa dua minggu lepas perbuatan jahat tersebut. jadi, Iran rasa tersinggung.

9. Strategi perhubungan antarabangsa Iran memang perpaduan ummah, tetapi kalau sebelah pihak sahaja tentu tak boleh berlaku. Untuk itu, larijani harus menegaskan hal ini.

nah, bagaimana, makin jelaskan?

rumiAmr said...

Salam.
- Sampai sekarang, aku antara jutaan rakyat Malaysia masih menunggu (dalam kebingungan) sambungan isu yg segelintir menganggap remeh.

- Tidak ada cara terbaik selain dialog terbuka. Soal percaya (iman) bukan main2. Itu milik individu, bukan hegemoni sang penguasa. Kebenaran tidak dipegang oleh siapa2, ia tergantung dari langit sendirinya.

- aku benar-benar terganggu melihat isu ini..

- terima kasih penulis blog kerna membuka lembaran pengetahuan lain untuk pembaca. Wassalam.