
SASTERA berbahasa Sepanyol adalah antara sastera yang berpengaruh di peringkat dunia. Malah sejak tiga puluh tahun lalu, sastera berbahasa Sepanyol menunjukkan kuku berbanding sastera Inggeris. Nama Gabriel Garcia Marquez, Mario Vargas Llosa, Octavio Paz, dan Isabel Allende sebagai contoh berada di puncak. Kekuatan sastera Sepanyol dapat diserlahkan tentunya menerusi kegiatan dan usaha pelbagai pihak untuk meluas, menerjemah dan menyebarkan produk sastera tersebut supaya dikenali di pelusuk dunia.
Salah satu kaedah pemantapan sastera yang diaplikasikan adalah dengan memberikan anugerah sastera Sepanyol bernama Anugerah Cervantes. Pengiktirafan ini malah dirujuk sebagai ‘Hadiah Nobel Sastera Sepanyol’. Ia diberikan oleh kerajaan Sepanyol. Baru-baru ini Menteri Kebudayaan negara tersebut Angeles Gonzalez-Sinde mengisytiharkan pengarang asal Sepanyol, Ana Maria Matute, 85 tahun sebagai penerima terkini.
Matute, pengarang kepada lebih 40 buah novel dan ratusan cerpen bukanlah jaguh kampungan di peringkat sastera Sepanyol sahaja. Usaha memperkenalkan beliau di peringkat antarabangsa (di luar sastera Sepanyol) telah lama dimulakan. Karya beliau boleh diperolehi dan dibaca dalam lebih 20 buah bahasa. Antara yang penting adalah Awakening, The Lost Children, Soldiers Cry By Night dan School of the Sun.
Anugerah Cervantes, bernilai 125, 000 euro (atau 167, 000 dollar), diberikan secara tahunan oleh Kementerian Kebudayaan Sepanyol sebagai satu ‘lifetime achievement’. Ia disandarkan kepada nama pengarang terkenal Sepanyol, iaitu penulis karya Don Quixote, Miguel de Cervantes yang dianggap sebagai bapa kesusasteraan Sepanyol baik di negara tersebut mahupun di Amerika Latin. Tahun sebelumnya, penyair Mexico, Jose Emilio Pacheco diberi penghormatan dengan Anugerah Cervantes.
Gaya Matute disebut-sebut sebagai ‘lyrical realism’ dengan tema-tema yang menjadi pilihan beliau adalah politik termasuklah ketidakadilan sosial dan Perang Saudara Sepanyol (1936-1939).
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘lyrical realism’ sebenarnya? Ia adalah satu pendekatan di mana karya boleh dilihat sebagai satu sentuhan sinematik, perincian segala hal-hal yang kecil serta tetek bengek, karya diisi dengan aksi atau tabiat watak, juga secara terperinci; sementara keutamaan diberikan kepada aksi-aski konkrit berbanding abstrak. Selain itu pelukisan watak dan perwatakan digarap segar, jelas dan melampau, sambil pengarang masuk ke dalam dunia khayal atau lamunan watak secara bebas Aspek paling menonjol dalam pendekatan ini ialah pemilihan diksi yang ultra puitis.
Antara karya Matute yang menimbulkan impak ialah School of the Sun dan sekuelnya . Soldiers Cry By Night. Kedua-duanya adalah novel sejarah yang menggulati era Perang Saudara di Sepanyol, dihiasi dengan watak-watak yang menempuh tragedi di tengah-tengah sulaman episod politik, cinta, dan kemelut keluarga. Tentu sebagai pengarang wanita, keadilan dan perjuangan wanita diberikan keutamaan. Pembaca yang menatap kedua-dua buah karya Matute ini tentu sahaja menghubungkan protagonis Matia dengan diri beliau sendiri.
Sebahagian besar pengkritik memuji gubahan perwatakan yang diketengahkan Matute, bersekali dengan plot yang tebal serta strategi penceritaan yang berkesan; bahagian-bahagian klimaks karya Matute sering menggugah rasa dan menimbulkan kesan emosi yang tidak sedikit.
Anugerah Cervantes adalah satu usaha tidak ternilai dalam mengangkat sastera Sepanyol. Di peringkat Sastera Nusantara, anugerah MASTERA mungkin dapat dijadikan sandaran. Akan tetapi, amatlah malang, usaha-usaha menerjemah karya yang memenangi anugerah tersebut masih terlalu lembab. Kerajaan seharusnya tidak lokek mencurah dana terjemahan kepada pihak Institut Terjemahan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukan itu sahaja, kesepakatan yang longgar antara negara-negara yang menyertai MASTERA amatlah longgar dan lemah di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang. Bukan kita tidak punya pengarang besar. Kalau dibandingkan dengan ‘lyrical realism’ ala Matute, kita memiliki Siti Zainon Ismail dan A. Samad Said, atau Muslim Burmat dari Brunei. Setidak-tidaknya perlu ada usaha gigih dari pihak berwajib untuk mengenengahkan simbol baharu Sastera Nusantara. Ini kerana sejak Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia pergi, khalayak sastera dunia seakan-akan terputus hubungan dengan kita sama sekali.
Dewan Sastera Januari 2011.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Salah satu kaedah pemantapan sastera yang diaplikasikan adalah dengan memberikan anugerah sastera Sepanyol bernama Anugerah Cervantes. Pengiktirafan ini malah dirujuk sebagai ‘Hadiah Nobel Sastera Sepanyol’. Ia diberikan oleh kerajaan Sepanyol. Baru-baru ini Menteri Kebudayaan negara tersebut Angeles Gonzalez-Sinde mengisytiharkan pengarang asal Sepanyol, Ana Maria Matute, 85 tahun sebagai penerima terkini.
Matute, pengarang kepada lebih 40 buah novel dan ratusan cerpen bukanlah jaguh kampungan di peringkat sastera Sepanyol sahaja. Usaha memperkenalkan beliau di peringkat antarabangsa (di luar sastera Sepanyol) telah lama dimulakan. Karya beliau boleh diperolehi dan dibaca dalam lebih 20 buah bahasa. Antara yang penting adalah Awakening, The Lost Children, Soldiers Cry By Night dan School of the Sun.
Anugerah Cervantes, bernilai 125, 000 euro (atau 167, 000 dollar), diberikan secara tahunan oleh Kementerian Kebudayaan Sepanyol sebagai satu ‘lifetime achievement’. Ia disandarkan kepada nama pengarang terkenal Sepanyol, iaitu penulis karya Don Quixote, Miguel de Cervantes yang dianggap sebagai bapa kesusasteraan Sepanyol baik di negara tersebut mahupun di Amerika Latin. Tahun sebelumnya, penyair Mexico, Jose Emilio Pacheco diberi penghormatan dengan Anugerah Cervantes.
Gaya Matute disebut-sebut sebagai ‘lyrical realism’ dengan tema-tema yang menjadi pilihan beliau adalah politik termasuklah ketidakadilan sosial dan Perang Saudara Sepanyol (1936-1939).
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘lyrical realism’ sebenarnya? Ia adalah satu pendekatan di mana karya boleh dilihat sebagai satu sentuhan sinematik, perincian segala hal-hal yang kecil serta tetek bengek, karya diisi dengan aksi atau tabiat watak, juga secara terperinci; sementara keutamaan diberikan kepada aksi-aski konkrit berbanding abstrak. Selain itu pelukisan watak dan perwatakan digarap segar, jelas dan melampau, sambil pengarang masuk ke dalam dunia khayal atau lamunan watak secara bebas Aspek paling menonjol dalam pendekatan ini ialah pemilihan diksi yang ultra puitis.
Antara karya Matute yang menimbulkan impak ialah School of the Sun dan sekuelnya . Soldiers Cry By Night. Kedua-duanya adalah novel sejarah yang menggulati era Perang Saudara di Sepanyol, dihiasi dengan watak-watak yang menempuh tragedi di tengah-tengah sulaman episod politik, cinta, dan kemelut keluarga. Tentu sebagai pengarang wanita, keadilan dan perjuangan wanita diberikan keutamaan. Pembaca yang menatap kedua-dua buah karya Matute ini tentu sahaja menghubungkan protagonis Matia dengan diri beliau sendiri.Sebahagian besar pengkritik memuji gubahan perwatakan yang diketengahkan Matute, bersekali dengan plot yang tebal serta strategi penceritaan yang berkesan; bahagian-bahagian klimaks karya Matute sering menggugah rasa dan menimbulkan kesan emosi yang tidak sedikit.
Anugerah Cervantes adalah satu usaha tidak ternilai dalam mengangkat sastera Sepanyol. Di peringkat Sastera Nusantara, anugerah MASTERA mungkin dapat dijadikan sandaran. Akan tetapi, amatlah malang, usaha-usaha menerjemah karya yang memenangi anugerah tersebut masih terlalu lembab. Kerajaan seharusnya tidak lokek mencurah dana terjemahan kepada pihak Institut Terjemahan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukan itu sahaja, kesepakatan yang longgar antara negara-negara yang menyertai MASTERA amatlah longgar dan lemah di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang. Bukan kita tidak punya pengarang besar. Kalau dibandingkan dengan ‘lyrical realism’ ala Matute, kita memiliki Siti Zainon Ismail dan A. Samad Said, atau Muslim Burmat dari Brunei. Setidak-tidaknya perlu ada usaha gigih dari pihak berwajib untuk mengenengahkan simbol baharu Sastera Nusantara. Ini kerana sejak Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia pergi, khalayak sastera dunia seakan-akan terputus hubungan dengan kita sama sekali.
Dewan Sastera Januari 2011.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.



9 comments:
sekali pandang (gambar yg bawah) ada iras2 nenek tua (watak Rose) dalam filem Titanic. :-)
Hahaha
Memang macam rupa Gloria Stuart, baru perasan!
Salam Dr,
Bila nak komen pasal Interlok?
Syed Fadil
Kenapa saya harus komen tentang perkataan Pariah?
Tidakkah menyedihkan?
Mazhab sastera yang saya pegang ialah mazhab ilmu. Sastera harus komen tentang hal-hal besar, seperti perpaduan ummah (Sunni-Syiah).
assalamualaikum..
agak lama gak kupasan seperti ini tidak dilaksanakan.. mungkin angin gila yang merusuh di nusantara ini menyebabkan FT terganggu menghasilkan begini..
namun saya lihat kita jarang dipertontonkan dengan penulis sebegini.. selalunya novel inggeris menjadi santapan media kita atau yang memasuki dalam pustakan kita..
saya cuma nak tanya.. bagaimana penulis seperti Thomas Edward Lawrence (1988-1935).. nama ringkasnya T.E Lawrence, dia seorang bekas tentera british dan pengarang.. dan pernah menulis sebauh buku yang bertajuk The Seven Pillars of Wisdom..
.. dan beliau juga dikenali sebagai Lawrence of Arabia kerana peranannya menyatukan dunia arab.. dan kisah beliau juga difilemkan..
'Lawrence of Arabia'...yg saya lihat, peranan 'Lawrence' dlm menyuntik smgt nasionalisme dlm dunia Arab sekaligus menjatuhkan empayar Turki Uthmaniyyah....
dengan kata lain, bertanggungjawab memecah-belahkan dunia Arab...(sekadar pandangan)
Salam, tuan blog...
Awal lagi dah ada emel yang minta saya sampaikan sesuatu di sini. Bunyinya ala satira, tetapi entahlah, cubalah ditengokkan. ;-)
BANTAHAN OLEH BIRO PENYESATAN LEBAI-LEBAI PEMANTAU (ATAU AL-BIRAT wa-LEMAU)
1. Arrgghhh! Sentap hati ular-mak lebai dibuatnya! Kepada abang Sultan, tolonglah mak-mak lebai sekalian ini hantarkan bantahan ini ke blog abang Haji Dr. FT.
2. Kami dengan ini menyusun sepuluh jari di atas dada, ingin memohon jasa baik Tn.Hj.Dr.FT supaya tolonglah jangan TERUSKAN bikin entri yang tak berkaitan syiah atau Iran secara langsung.
3. Jika Dr. perlu menulis sesuatu yang bukan berkaitan pun, tolonglah selitkan perkataan syiah atau Iran itu di mana-mana perenggan atau ayat supaya kami tidak putus bahan untuk kajian dan pemantauan.
4. Cubalah Dr. bayangkan nasib kami dari bawah tempurung "tajdid" ini yang mungkin sedang sentap hati akibat tidak mencapai klimaks rasanya apabila Dr. terbitkan entri bertajuk Ana Maria Matute ini. Puas sudah mentajdid minda, di manakah letaknya kesyiahan dan keiranan entri ini?
5. For your info, walaupun kami ini ala-ala perasan wahabi totok berminda tajdid, tetapi apabila terpacul fatwa si pencen tak bertauliah yang mengatakan "karya-karya Dr. FT tu semuanya syiah dan Iran belaka", tetiba sahaja TAJDID kami tidak menjadi.
5. Dalam hal ini, nampaknya terpaksalah kami melupakan TAJDID dan memilih untuk bertaqlid saja kepada fatwa si pencen tersebut, taqlid ala-ala buta pun butalah, asalkan dapatlah juak-juak kami menikmati dana lumayan daripada kapitalis Melayu Wahabi yang terlibat di sebalik projek dinar emas di sebuah negeri Pantai Timur. ***Masyuk tu, bang Haji!
6. Jika Dr. teruskan menerbit entri-entri tanpa unsur syiah atau Iran secara langsung seperti kali ini, susahlah kerja kami para totok wahabi yang berminda tajdid. Bagaimanalah kami nak kaitkan kisah Ana Maria Matute dari Sepanyol itu dengan syiah dan Iran yang selalu disimpatikan dalam karya-karya Dr.?
7. Tidakkah Dr. dapat bayangkan bagaimana remuknya songkok hitam pakyet ular-mak lebai kami ini ketika mentajdidkan minda untuk mendapatkan fatwa yang dapat mengaitkan penyebaran pengaruh syiah, Iran dengan Anugerah Cervantes.
8. Atau jika susah sangat, kami akan gerakkan pentajdidan minda besar-besaran untuk menggubal fatwa apakah mungkin ada kesyiahan dan keiranan yang tersembunyi di sebalik entri Dr. seperti kali ini?
9. Bukan susah sangat, kami hanya perlu luluskan tajaan kem waktu cuti musim panas secara percuma untuk mentajdidkan minda golongan muda-mudi yang taksub mengkaji atau memantau KESESATAN dan cenderung MENYESATKAN SEMUA ORANG BUKAN WAHABI. "Hell is other people, you know?"
10. Mungkinkah entri berjudul Ana Marie Matute ini mengandungi kod-kod rahsia tentang penyebaran pengaruh syiah dan Iran secara halus? Apakah ini adalah taktik terbaru pihak pro-syiah dan para simpatisan syiah untuk bergerak? Ini sudah lebih, peringkat tajdid tinggi mana pun masih gagal nak huraikan kod-kod rahsia yang tersembunyi jika ada.
11. Namun,ada atau tiada unsur kesyiahan dan keiranannya, periuk nasik ala Saudi kami kata, kaji tetap kaji, pantau tetap pantau biarpun sampai berpinau dan berpanau minda tajdid totok wahabi kami ini.
12. Jika berterusan begini, mungkin berkuranglah juga elaun kerja lebih masa yang dibayar oleh cukai rakyat kepada segelintir agen-agen kami yang kebetulan berkhidmat di pihak berkuasa agama tempatan. Ini tak boleh dibiarkan kerana kalau harap gaji basic saja, memang tak cukuplah bang Haji, mereka tiada pilihan.
13. Kami ni takde kerja lain kalau Dr. tak tulis sesuatu berkaitan tentang syiah atau Iran. Kalau boleh, editkan entri berjudul Ana Maria Matute ini supaya ada sedikit terselit syiah atau Iran di dalamnya. Tak tidur malam dibuatnya jika Dr. teruskan begini.
Terima kasih abang Haji Dr. FT.
oleh:
Lebai al-Tajdidi wal-Mindawi as-Shahidun wal-Kassemi ber-Jubah Sana wal ber-Jubah Sini,
Pengerusi,
Biro Penyesatan Lebai-Lebai Pemantau
(AL-BIRAT wa-LEMAU)
Sesiapa yang mengkomen tentang Interlok,itu menunjukkan betapa rendah cara mereka berfikir (Baca : 'Politician') :-)
Sultan of Full Swing
Laaaaa tak tahu ke yang Ana Maria Matute ni pun 'Syiah'?
'Syiah Real Madrid'.
Post a Comment