Ada orang bertanya kepada saya apakah ada Syiah Melayu turun-temurun?
Soalan ini timbul berikutan 'kemunculan' Syiah Melayu yang dicabul hak dan maruah mereka secara tidak bertanggungjawab pada malam 9 Muharam yang lalu oleh sebuah agensi agama. Akibat dari insiden yang penuh teka-teki itu (kerana dipercayai ada motif politik, klik sini), Syiah Melayu telah memohon supaya hak mereka untuk beribadah diberikan setelah dinafikan hak-hak mereka bertahun-tahun lamanya. Dalam sidang media setelah bertemu dengan SUHAKAM, wakil Syiah Malaysia telah memberitahu:
'Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia TIDAK BOLEH DISAMAKAN dengan masyarakat Syiah di rantau lain, seperti rantau Indo-Pakistan, Asia Tengah atau Timur Tengah yang mempunyai tradisi dan kebudayaan berbeza. Kami minoriti Syiah di Malaysia mempunyai jati diri yang khusus. Adalah kami minoriti Syiah di Malaysia tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.' (Kenyataan penuh mereka ada di sini.)
Saya telah memberikan bukti 'pantun Syiah' yang termuat dalam sebuah koleksi himpunan pantun terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, klik sini. Jika anda boleh membaca tulisan Jawi lama, saya menyarankan anda mencari Kitab Kashf al-Ghaibiyyah yang dikarang oleh seorang ulama terkenal dunia Melayu, al Allamah as Syeikh Zain al-‘Abidin al-Fatani. Di dalam kitab ini terdapat sebuah hadis perlunya beriman dengan ahlul bait dan keturunannya. Nama-nama Imam dua belas dari mazhab Syiah Imamiyyah dijejerkan dalam kitab ini pasti melongokan. Seingat saya, lima tahun lalu kitab ini masih terjual di kedai-kedai buku agama Jalan TAR, Kuala Lumpur. Akan tetapi, saya pasti sekarang ini, kitab ini sukar untuk dicari memandangkan gejala kewahabian semakin menular dalam masyarakat.
Ada orang mempersendakan kenyataan Kamil Zuhairi, apakah benar Syiah Melayu ada jati diri mereka sendiri?
Soalan saya kembali tidakkah pantun dan hadis Imam dua belas dalam Kashf al-Ghaibiyyah itu sendiri bukan satu identiti?
Kalau yang dimaksudkan ialah budaya nyata (ingat maksud budaya itu luas, dan tidak terhad kepada tari menari semata-mata), maka Syiah Melayu juga berbangga kerana mereka memiliki budaya khas yang sangat menarik. Untuk mereka yang pernah membaca buku saya Karbala, dalam buku tersebut dimuatkan sebuah artikel ilmiah yang saya tuliskan tentang bagaimana asal boria adalah dari budaya Syiah untuk mengingati kesyahidan Saidina Husin di Karbala. Esei ilmiah itu saya bentangkan di Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) V, 27-28 November 2007. Ia dapat dibaca di sini, klik. Dalam makalah ini anda juga dapat memahami budaya Ta'ziyeh, sebuah drama tragedi Karbala secara terbuka yang masih diamalkan di Iran setiap kali Muharram tiba. Foto di bawah ini.
Ada berbagai-bagai cara orang Syiah seluruh dunia menyambut asyura, klik sini. Anda tentu pernah melihat gambar perayaan Asyura yang berdarah. Ini berlaku di rantau Indo-Pakistan, dengar ceramah Ustaz Haji Abdul Hadi Awang mengenai perkara ini di sini, klik untuk muat turun. Syiah di sana memukul badan sehingga berdarah untuk mengenang kesyahidan Saidina Husin, klik sini. Dari kajian saya, mereka mempunyai 'dalil' sendiri untuk melakukannya.
Jika Syiah Iran mempunyai tradisi Ta'ziyeh, dan Syiah Indo-Pakistan mempunyai tradisi zanjeer matam (matam berdarah), apakah Syiah Melayu memiliki budaya nyata seperti ini juga? Ya, selain boria yang telah pun terpesong dari ciri-ciri asalnya?
Sekali lagi jawapannya, ada. Budaya tersebut diamalkan oleh Syiah Melayu dari etnik Minang bernama 'tabuik'. Lihat foto di bawah.
Dalam perarakan tabuik, Syiah Melayu (etnik Minang) akan melaungkan ‘Hayya Hussain … Hayya Hussain‘. Apakah ia masih diamalkan lagi oleh Syiah Melayu? Ya. Tetapi sebagai budaya nyata ia kian pupus. Jika anda ke beberapa desa pedalaman Indonesia seperti di Pariaman, anda akan menemukannya lagi, klik sini.
Budaya yang tidak nyata pula; anda akan menemukan banyak mantera, zikir dan sarwa pandang atau falsafah yang cenderung ke arah syiah. Budaya tidak nyata begini selalunya dapat ditemukan di wilayah Aceh. Ibu saya misalnya berasal dari daerah Lhoksuemawe, Aceh, yang mana tempat asal kerajaan Pasai Perlak. Dalam satu perjalanan ke Aceh setahun selepas berlakunya tsunami, selain mencari susur galur keluarga, saya ditemukan dengan bermacam-macam budaya tidak nyata yang mencetuskan minat saya untuk terus mengkaji hubungan Syiah di alam Melayu. Sarjana Indonesia, Wisran Hadi, pernah ditanyakan apakah masih ada sisa syiah di Sumatera. Beliau menjawab, 'Semuanya jalan sampai sekarang'. Doa menyembuhkan penyakit berbunyi: li khamsatun uthfi biha harral waba-i al-khatimah al-musthafa, wa al-murthada, wa ibnahuma, wa al-fatimah yang bererti, bagiku lima dengannya kupadamkan penyakit iaitu nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah, dan kedua anak mereka, Hasan dan Husain adalah satu contoh 'jati diri khas masyarakat Syiah Melayu'.
Ada orang bertanya kepada saya lagi, mengapakah Syiah Melayu ini pupus?
Jawapan saya, mereka tidak pupus. Malam 9 Muharam lalu, dengan kamera fotografer, dan rencana publisiti media yang tersusun, sebuah madrasah ilmu (dalam tradisi syiah dinamakan Hauzah) telah diserbu dan dinamakan sebagai 'ajaran sesat Hauzah ar Ridha alaihissalam'. Tujuan penyerbuan itu bukanlah sangat untuk membongkar 'kesesatan', akan tetapi dispekulasi ramai orang sebagai bermotif politik, klik sini. Saya tidak tahu apakah ini benar atau tidak, dan sebagai pengkaji saya kurang berminat dengannya. * Namun, saya ingin memberitahu kepada seseorang: Saya fikir anda kawan, rupanya ada rasuh (rakan-musuh).
Ada orang bertanya lagi, jika tidak pupus, bagaimanakah keberadaan Syiah di alam Melayu tidak kita ketahui dan rasai langsung sehinggalah kejadian 9 Muharram lalu membuka mata ramai orang?
Saya ada dua jawapan.
Jawapan pertama saya, keberadaan Syiah tidak dirasai kerana sarjana ketamadunan Melayu dan Islam kita menjauhi subjek ini. Mereka berminat dengan zon ilmu yang lebih selesa dan kurang mencabar. Kerana itulah pantun syiah tidak digali. Kerana itulah Kashf al-Ghaibiyyah tidak dibaca lagi. Saya difahamkan lama dahulu di pondok-pondok di Kelantan dan Patani, apabila tiba bahagian mengenai Imam dua belas, tok guru akan melangkau ke topik lain. Daripada 200 pelajarnya, akan ada 2 orang yang kekal membaca bahagian Kashf al-Ghaibiyyah yang dilangkau itu untuk tujuan ilmu. 198 orang akan keluar menjadi ustaz dan bertebaran mengajar ilmu agama. Mereka akan mengajar kepada orang awam dengan bekal ilmu yang terlangkau. Namun akan ada 2 orang yang juga kembali mengajar kepada orang kampungnya, dalam masyarakat yang kecil, berbanding yang 198 orang tadi, mereka berbekal ilmu yang tidak terlangkau. Mereka betul-betul khatam kitab. Dan ilmu penuh pun diturunkan kepada kelompok kecil mereka. Begitulah jadinya Syiah Melayu, menjadi minoriti di alam sendiri. Jadi, jika ada orang menyatakan mereka sesat; kita boleh katakan - Ya, Syiah Melayu memang 'sesat'. Mereka adalah, dalam bahasa Inggeris, the lost tribe (nota sesat dan lost di sini berlainan).
Jawapan kedua saya, untuk soalan mengapa Syiah Melayu tidak kita rasai dan kita kenali selama ini? Syiah Melayu seperti syiah-syiah lainnya di rantau berbeza, mereka sering diburu dan dijadikan kambing hitam oleh perakus yang bercita-cita tinggi. Sejak zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah lagi mereka dijadikan mangsa.
Tidak terkecuali Syiah Melayu, mereka juga diburu dan dijadikan mangsa. Menurut sarjana Ongan Parlindungan dalam bukunya Tuanku Rao, Syiah Melayu pernah memerintah Minangkabau selama 300 tahun. Kesultanan Pagar Ruyung dari tahun 1513 sehingga 1804 Masehi adalah sebuah kerajaan Syiah. Akan tetapi pemerintahan Syiah ini tumbang akibat adanya gerakan Wahabi. Syiah tumpas dalam perang yang dikenal sebagai 'Perang Padri' pada awal abad ke-19 Masehi. Dalam teks sejarah tidak disebutkan istilah Syiah dan Wahabi, oleh banyaknya kekeliruan istilah, perlawanan ini dirujuk secara salah sebagai 'pertembungan kaum muda dan kaum tua'. Ekoran jatuhnya kerajaan Syiah di Minangkabau, orang Syiah ini dihambat dan mereka melarikan diri sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Kerana ketakutan dibunuh, mereka mulai menghilangkan jati diri yang ada dari ternampak oleh masyarakat lain. Mereka juga berkahwin dengan orang Melayu dari mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Sesetengah mereka sempat menurunkan ajaran Syiah kepada anak-anak, sesetengah mereka menyimpannya sebagai rahsia sehingga mati.
Setelah itu semua, Syiah Melayu yang sudah tinggal sedikit ini berdepan pula dengan akta dan enakmen yang hanya memperakukan mazhab yang bukan mazhab asal mereka. Tidak ada pilihan lain, mereka menjadi sebuah masyarakat yang bersembunyi, sekali lagi - a lost tribe. Atau lebih tepat; underground society.
9 Muharram lalu, mereka diaibkan dengan cara yang paling pedih. Tidak hairanlah, ketua mereka merayu: 'mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan mazhab kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang iaitu ‘Mazhab Ahlul Bayt' atau Syiah Imamiyah.'
Saya memang suka mengkaji. Saya memang sarjana pun. Saya juga seorang pengarang fiksi. Saya boleh menulis berpuluh Tunggu Teduh Dulu. Saya akan dapat royalti tinggi. Tetapi saya tidak mendapat nikmat menulis karya yang penuh ayat cinta. Saya lebih suka mencabar pembaca saya. Ada orang mengatakan saya tidak akan menang Anugerah Sasterawan Negara kalau saya terus menulis hal-hal 'gerun' begini. Alangkah mualnya. Berilah kepada pengarang yang mengejarnya. Saya? Saya hanya mahu menjadi penyimpan khazanah tradisi. Nah, siapa yang mahu beradvencer dengan saya, ya silakan. Ada pula orang mengatakan saya boleh ditahan tanpa bicara kerana masuk ke wilayah gelap ini. Jika itu berlaku, apa boleh buat. Saya bukan orang yang ada kuasa. Jika itu berlaku, bersaksilah betapa gelapnya masa depan ilmu. Cuma buat mereka yang kenal saya secara peribadi, jenguk-jengukkanlah isteri dan anak saya nanti.
Ada orang bertanya macam-macam tentang ilmu Syiah dalam blog ini. Sementelahan pula blog saya dipantau dan mendapat sorotan agensi berita antarabangsa kerana tindakan pemantauan tersebut, klik sini. Saya ingin menjelaskan, saya tidak dapat menjawab ilmu Syiah untuk saudara-saudara. Dalam tradisi Syiah, saya difahamkan seseorang harus mengaji paling kurang 8 ke 9 tahun di Qom atau Najaf untuk menjadi seorang alim. Jadi bertanyalah kepada orang yang sudah mengaji 8 tahun di sana. Saya bukan Hujjatul Islam atau Ayatullah. Jauh sekali. Janganlah berasa kecewa saya tidak dapat menjawab soalan-soalan saudara. Saya hanyalah seorang pengkaji alam Melayu, ya tentang bahagian ketamadunan dan peradaban bangsa Melayu serta hubungannya dengan Islam. Saya suka menelaah tentang 'umat yang sesat' ini, umat Syiah Melayu. Pengkhususan saya mungkin sedikit menggelisahkan ramai orang, tetapi apa boleh buat; ini adalah bahagian ilmu sains sosial yang jika saya tidak ceburi maka orang seperti anda tidak akan tahu.
* Kalau ada orang ingin memantau kerja-kerja akademik saya ini, ya silalah pantau. Dalam tradisi keilmuan, musuh sarjana memang terlalu ramai. Mungkin anda salah seorang daripadanya!
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Sarjana atau bukan sarjana diundang mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.
Soalan ini timbul berikutan 'kemunculan' Syiah Melayu yang dicabul hak dan maruah mereka secara tidak bertanggungjawab pada malam 9 Muharam yang lalu oleh sebuah agensi agama. Akibat dari insiden yang penuh teka-teki itu (kerana dipercayai ada motif politik, klik sini), Syiah Melayu telah memohon supaya hak mereka untuk beribadah diberikan setelah dinafikan hak-hak mereka bertahun-tahun lamanya. Dalam sidang media setelah bertemu dengan SUHAKAM, wakil Syiah Malaysia telah memberitahu:
'Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia TIDAK BOLEH DISAMAKAN dengan masyarakat Syiah di rantau lain, seperti rantau Indo-Pakistan, Asia Tengah atau Timur Tengah yang mempunyai tradisi dan kebudayaan berbeza. Kami minoriti Syiah di Malaysia mempunyai jati diri yang khusus. Adalah kami minoriti Syiah di Malaysia tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.' (Kenyataan penuh mereka ada di sini.)
Saya telah memberikan bukti 'pantun Syiah' yang termuat dalam sebuah koleksi himpunan pantun terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, klik sini. Jika anda boleh membaca tulisan Jawi lama, saya menyarankan anda mencari Kitab Kashf al-Ghaibiyyah yang dikarang oleh seorang ulama terkenal dunia Melayu, al Allamah as Syeikh Zain al-‘Abidin al-Fatani. Di dalam kitab ini terdapat sebuah hadis perlunya beriman dengan ahlul bait dan keturunannya. Nama-nama Imam dua belas dari mazhab Syiah Imamiyyah dijejerkan dalam kitab ini pasti melongokan. Seingat saya, lima tahun lalu kitab ini masih terjual di kedai-kedai buku agama Jalan TAR, Kuala Lumpur. Akan tetapi, saya pasti sekarang ini, kitab ini sukar untuk dicari memandangkan gejala kewahabian semakin menular dalam masyarakat.
Ada orang mempersendakan kenyataan Kamil Zuhairi, apakah benar Syiah Melayu ada jati diri mereka sendiri?
Soalan saya kembali tidakkah pantun dan hadis Imam dua belas dalam Kashf al-Ghaibiyyah itu sendiri bukan satu identiti?
Kalau yang dimaksudkan ialah budaya nyata (ingat maksud budaya itu luas, dan tidak terhad kepada tari menari semata-mata), maka Syiah Melayu juga berbangga kerana mereka memiliki budaya khas yang sangat menarik. Untuk mereka yang pernah membaca buku saya Karbala, dalam buku tersebut dimuatkan sebuah artikel ilmiah yang saya tuliskan tentang bagaimana asal boria adalah dari budaya Syiah untuk mengingati kesyahidan Saidina Husin di Karbala. Esei ilmiah itu saya bentangkan di Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) V, 27-28 November 2007. Ia dapat dibaca di sini, klik. Dalam makalah ini anda juga dapat memahami budaya Ta'ziyeh, sebuah drama tragedi Karbala secara terbuka yang masih diamalkan di Iran setiap kali Muharram tiba. Foto di bawah ini.
Ada berbagai-bagai cara orang Syiah seluruh dunia menyambut asyura, klik sini. Anda tentu pernah melihat gambar perayaan Asyura yang berdarah. Ini berlaku di rantau Indo-Pakistan, dengar ceramah Ustaz Haji Abdul Hadi Awang mengenai perkara ini di sini, klik untuk muat turun. Syiah di sana memukul badan sehingga berdarah untuk mengenang kesyahidan Saidina Husin, klik sini. Dari kajian saya, mereka mempunyai 'dalil' sendiri untuk melakukannya.Jika Syiah Iran mempunyai tradisi Ta'ziyeh, dan Syiah Indo-Pakistan mempunyai tradisi zanjeer matam (matam berdarah), apakah Syiah Melayu memiliki budaya nyata seperti ini juga? Ya, selain boria yang telah pun terpesong dari ciri-ciri asalnya?