30 November 2010

Kacak Sungguh

Ada kalangan pembaca yang kurang berpuas hati kerana saya asyik-asyik menjulang pemimpin negara lain seolah-olah pemimpin sendiri tidak kacak. Baiklah saya akur. Memang ada persamaan antara mereka berdua. Namun terhad pada satu aspek sahaja. Kedua-duanya memang kacak, tampan, bergaya dan segak.

Sayur kucai sayur tumis
Gatal sungguh getah jelatang
Dua-dua sama manis
Bagaikan bulan dipagar bintang

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Suamiku Adalah Pemimpin Anugerah Daripada Tuhan

Kalau Azam al-Sadat Farahi tiba-tiba membuat pengakuan terbuka yang suaminya adalah pemimpin anugerah daripada Tuhan, maka saya kira tidak ramai orang akan bermasalah untuk menerimanya. Mana tidaknya, kita kenal siapa suami beliau!


Kalau ada yang rebah, lekas ditolongkan.


Pilihannya air kosong.

Kita pun tahu bagaimana Ahmadinejad lelap sekejap pada waktu makan tengaharinya.

Di internet tersebar bagaimana majlis perkahwinan anak lelakinya.

Selaku wira Palestina.

Cintanya dia kepada kepimpinan ulama.

Bukan beliau sahaja yang sederhana, menteri kabinetnya juga luar biasa!

Anda fikir anda akan menemui menteri kabinet seperti ini di mana-mana dalam dunia?



Sederhananya beliau.

Duduknya beliau di sisi rakyat biasa.

Cintanya kepada orang miskin.

Menyenangi anak yatim.

Penghargaannya kepada setiap butir gandum yang masuk ke dalam kepuk perbendaharaan negara.


Di pentas antarabangsa ia memilih untuk mempertahankan al-Quran.






Tidaklah menghairankan khalayak menyanjungi beliau. Bahkan melutut hormat kepadanya seolah-olah Dr Ahmadinejad adalah anugerah daripada Tuhan.

Banding-bandingkanlah.

Atlet Wanita Iran di Sukan Asia 2010: Menonjol Tetapi Tidak 'Tertonjooool'

Saya percaya ramai wanita di luar sana berminat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, dan menyimpan angan-angan untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan yang diminati. Mungkin, meraih pingat untuk negara tercinta. Masalah mereka hanya satu: mereka perlu buka-buka. Hasrat untuk bersukan demi nusa pun terpaksa ditelan dan dilupakan. Sayang, bakat yang ada terbuang begitu sahaja. Akan tetapi, Iran, satu-satunya negara syiah di dunia Islam menunjukkan jalan alternatif. Beragama tidak menghalang wanita bersukan. Sesat-sesat mereka pun tetap akur dengan tuntutan syariat.

















Atlet wanita Iran mewakili 25% dari jumlah 373 keseluruhan atlet Iran yang dihantar ke Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini. Dan mereka menyumbang 25% pingat yang dikutip Iran. Atlet wanita Iran mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.

Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran. Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.

29 November 2010

Qalb[u] Al-´Asad, Danab al-Jady & al-Zuban al-Samāliyyah

Kalau saudara pembaca pernah menatap novel saya 1511H Kombat, di bahagian Prolog saya ada mencatatkan bahawa ketika Rasulullah saw lahir, segala bintang bergemerlapan mengerlip di langit sana. Fenomena bintang sedemikian di langit menurut pengkaji ilmu bintang berlaku empat belas kali sahaja. Ia tidak akan berlaku lagi. Saya tidak dapat menjelaskan secara saintifik mengapa. Dan tentu, sebagai manusia agung, selaku kekasih Allah swt, seisi langit dan bumi menyahutnya (lihat 1511H Kombat halaman xi dan xii).

Bintang manakah yang mengerlip di langit saat anda dilahirkan?

Ketika saya dilahirkan, bintang yang bercahaya di langit tinggi ialah Qalb[u] Al-´Asad. Sejenis bintang tunggal yang tersendiri. Sunyi. Dalam banyak peradaban ia dikaitkan dengan raja-raja. Regulus kata astronomer. Entah mengapa ia juga dihubungkan dengan singa. Dan menurut 'mitos' ilmu zodiak ia menentukan sikap dan perangai saya.

Ketika isteri saya dilahirkan, bintang yang bercahaya di langit tinggi ialah Danab al-Jady. Sejenis bintang agam yang sangat terang. Tumpuan. Dalam banyak peradaban ia dikaitkan dengan pengorbanan. Delta Capricorni kata astronomer. Entah mengapa ia juga dihubungkan dengan kambing. Dan menurut 'mitos' ilmu zodiak ia menentukan sikap dan perangainya.

Ketika anak kami dilahirkan, bintang yang bercahaya di langit tinggi ialah al-Zuban al-šamāliyyah. Segugus bintang biru-hijau yang bertebaran dan memberi kedamaian. Ia bintang yang berputar seratus kali lebih laju dari matahari. Dalam banyak peradaban ia dikaitkan dengan kehebatan, 'berkuku'. Beta Librae kata astronomer. Entah mengapa ia juga dihubungkan dengan timbangan. Dan menurut 'mitos' ilmu zodiak ia menentukan sikap dan perangainya.

Dalam tradisi Cina, saya jatuh di bawah simbol harimau kayu. Saya dikatakan 'giving individual'. Dalam tradisi Cina, isteri saya jatuh di bawah simbol khinzir air. Dia dikatakan 'trustworthy almost to a fault'. Dalam tradisi Cina, anak kami jatuh di bawah simbol harimau besi. Dia dikatakan 'center of attention'.

Tarikh lahir saya bersamaan dengan ramai pengembara dari pelbagai pelusuk dunia. Mungkin kerana itu saya berkelana dari satu pemikiran ke satu pemikiran, mengkaji dengan penuh pesona dan ingin memberi kepada yang menghargai, 'as giving individual'. Tarikh lahir isteri saya, aneh sekali, bersamaan dengan ramai seniman dari pelbagai pelusuk dunia. Mungkin kerana itu dia lebih diam, menyimpan, misterius, sentiasa dapat disandarkan sesuatu, 'trustworthy almost to a fault'. Kadang, kalau saya menatapnya, saya teringat sebaris dialog dari filem Titanic, 'a woman's heart is a deep ocean of secrets'.

Tarikh lahir anak kami, bersamaan dengan ramai ahli falsafah dari pelbagai pelusuk dunia. Salah seorang ahli falsafah yang saya maksudkan adalah Ali bin Musa Al-Reza, Perdana Menteri Khalifah Ma’moun zaman Abbasiyyah. Beliaulah yang mengungkapkan kata-kata: “Dunia ini adalah penjara buat orang mukmin dan syurga buat orang kafir.”

Saya tertanya-tanya bagaimana rupanya langit tatkala al-Zuban al-šamāliyyah mengerlip. Seorang sahabat akrab mencari dan mengemel wajah langit ketika itu. Persis manakah bintang al-Zuban al-šamāliyyah? Itulah, di atas sana bintang kami. al-Zuban al-šamāliyyah kami. Duhai, sungguh indah bintang di langit itu. Serasa cahayanya memberi ketenangan dan membuatkan kami terpusat hanya kepadanya. Moga ia menjadi bintang yang memanfaatkan, 'center of attention' seperti mana filsuf Ali bin Musa tersebut. Lantas kami menamakannya bersempena sebutir bintang megah yang mengerlip menyinari seluruh semesta sehingga diratukan menjadi penghulu di syurga.

27 November 2010

Dr Ahmadinejad di Masjid Wilayah Persekutuan

Dr. Mahmoud Ahmadinejad menunaikan Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mac 2006 (Sumber di sini)

Indahnya Perpaduan.