29 August 2010

Menuju Palestina



Bukan Kedutaan Malaysia yang layak
dilemparkan najis manusia.

Bukan Jalur Gemilang yang mesti dibakar hangus.

25 August 2010

'Grand Tadarus' di Mashad, Iran






















Demikianlah bertadarus: “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)

Ada orang mendakwa syiah ada al-Quran sendiri, tentu ini melucukan kerana dakwaan tersebut dengan sendirinya menunjukkan ia mengingkari al-Quran. Ini kerana Allah berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 9, “Sungguh Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sungguh Kamilah yang menjaganya.”

Juga ayat, “Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Qur`an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Al-Israa`:88)

Dan juga firman-Nya yang bererti: “Atau (patutkah) mereka mengatakan: “Muhammad membuat-buatnya.” Katakanlah: “(Kalau benar yang kalian katakan itu), maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kalian panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kalian orang-orang yang benar.” (Yuunus: 38).

Saksikan Ayatullah Ali Khamenei memimpin solat subuh berjemaah dan amati ayat suci al-Quran yang beliau perdengarkan:



Tahukah anda Republik Islam Iran pernah memenangi musabaqah Al Quran peringkat antarabangsa di Malaysia sebanyak 9 kali. Berikut ialah pemenang dari Iran (mereka bermazhab syiah tentunya): Mohamad Taghi Morowat (1973), Abbas Salimi Naleeni (1979), Ali Sayyah Gordji (1987), Abbas Emam Jameh (1990), Mansoor Ghazrizadeh (1992), Ahmad Abu Al-Ghasimi (1993), Mohamad Gandom Najad Toosi (1998), Mas’ud Sayah Gorji (2001), Hossein Saeid Rostami Tabrizy (2006). Sumber di sini.

Hossein Saeid Rostami Tabrizy, mendapat markah 89.25 % ketika memenangi musabaqah pada tahun tersebut.

Bagaimanakah kita (baca: JAKIM) sebagai penganjur memberi kemenangan kepada 'qari-qari sesat' di atas jika 'kononnya' mereka membaca dan memiliki al-Quran yang berbeza? Belajar-belajarlah berhujah dan berfikir secara logik.

24 August 2010

Berbuka Puasa di Mashad, Iran



















Owh sama sahaja macam kita,
ingatkan orang Iran tidak berpuasa kerana mereka syiah.

11 August 2010

Ramadhan Bukan Hanya Makan-Makan















Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa."

Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: "Makan dan minumlah kamu dan janganlah kalian berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan".

Menurut Imam Jaafar Sadiq, “Taurat diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil pada 12 Ramadhan, Kitab Zabur pada 18 Ramadhan dan Furqan (Al-Qur’an) pada malam Lailatul Qadar!”

Ketika Imam Sadiq ditanya tentang Lailatul Qadar, beliau mengatakan: “Carilah ia pada malam ke 19, ke 21 atau ke 23.”

Tahukah anda pada bulan Ramadhan, Rasulullah saw kehilangan DUA orang yang dicintainya, Khadijah isterinya seorang mukminah dan Abu Thalib, bapa saudaranya seorang mukmin (klik sini).

Pada 19 Ramadhan 40 H, Saidina Ali bin Abi Thalib ditetak kepalanya angkara pedang seorang durjana, Abdur­ Rahman ibn Muljam, ketika beliau sedang mengimami solat subuh, dan pada 21 Ramadhannya beliau syahid.

Pada 15 Ramadhan 2 H, penghulu pemuda syurga Saidina Hasan, cucu Nabi Saw dilahirkan.

Pada 2 Ramadhan 2 H, terjadi perang Badar yang dime­nangi oleh kaum muslimin atas orang-orang kafir Quraisy, Tentara muslimin pada saat itu hanya berjumlah 313 orang sementara kafirin berjumlah 1000 orang.

Pada bulan Ramadhan 8 H, Makkah jatuh ke tangan kaum muslimin.

Jadi tentu sahaja Ramadhan bukan hanya bulan makan-makan, dan shopping.