31 July 2010

Kerana Masamnya Epal











Kerana 'manisnya' epal. Ini epal Iran yang ditanam di sebuah kampung di wilayah Semnan, 70 km dari Shahroud. Istimewanya epal Semnan ini ialah isinya berwarna merah.Ia juga masam, bukannya manis. Dan sesuai untuk dijerukkan.

29 July 2010

Dara dan Sara

Iran amat menjaga budayanya. Anak patung Barbie dan Ken yang membanjiri negara Islam dan menjadi permainan kanak-kanak muslim selama ini memang merupakan satu produk budaya. Mana tidaknya, Barbie yang dijual siap dengan bikini sekali! Jadi anak-anak kita menyangkakan diri mereka adalah Barbie kecil. Dan perlahan-lahan ia meresap dalam dada. Bila saat mengenakan hijab menjadi wajib, anak-anak kita mula menunjukkan potensinya menjadi 'penentang senyap'.

Maka Iran memperkenalkan Dara dan Sara dalam tahun 2008. Ada ciri etnik. Ada suntikan patriotisme dan nasionalisme.

Negara Timur Tengah (yang lain) pernah memperkenalkan Fulla untuk mengimbangi Barbie. Ia juga mendapat sambutan hangat. * Malangnya, produksi mainan ini masih bergantung dengan China (dibuat di China).

Dara dan Sara, adalah 'asli Iran' (lihat sini). Uh sesat syiah Iran ini, Barbie pun mereka tolak dan gantikan dengan ikon permainan anak-anak sendiri!

28 July 2010

Gerabak Komuter Untuk Wanita Sudah Ada, Bas Untuk Wanita Pula Bila?
















Tiada lelaki boleh masuk dan menaiki bas untuk wanita di Iran, melainkan kanak-kanak ditemani penjaganya. Selamat. Wanita terpelihara. Tak kena raba. Tak perlu tersepit di celah ketiak lelaki. Tak perlu meloloskan diri dan melagakan anggota badan dengan lelaki asing. Malah pemandunya pun perempuan bukan lelaki. Cadangan untuk RapidKL jika serius memberi 'kelebihan dan keselamatan' untuk wanita maka contohilah Iran.

Itu belum lagi dikira teksi untuk wanita sahaja di Iran. Jadi wanita mereka tak perlu berasa takut mengambil teksi untuk pulang atau ke mana-mana pada waktu malam. Hati mereka tak berdebar. Hati orang lelaki selaku suami atau ayah pun tak bimbang.

Argh, memang sesat syiah Iran ini. Mereka benar-benar ikut ajaran Nabi!

Berkahwin

Gadis Sunni Iran di ambang majlis perkahwinan di sebuah kampung bernama Arkh di dalam wilayah Golestan, 400Km utara Tehran, Iran. Foto dirakam pada 17 Oktober 2008 (sumber sini.)

Majlis perkahwinan yang lain. Seorang gadis sunti Sunni membunyikan loceng saat ketibaan pengantin lelaki, Yaghoub Tan, 29, dan pengantin perempuan Rabe'e Kori, 23, menuju ke majlis perkahwinan mereka di kampung Dahneh dekat Torkaman dalam wilayah Golestan (sumber sini).