Baca di sini.
30 June 2010
Dugaan dan Hikmah Untuk Kopitiam Ghadir

Tahun lalu, pada 13-16 Ogos 2009, saya mementaskan sebuah pementasan yang (disangka) kontroversial berjudul Kopitiam Ghadir dengan mendapatkan khidmat kumpulan teater dan nasyid Revolusi Pembudayaan Selawat. Kontroversi yang melanda memang perit. Namun ia menjadi hikmah untuk kerjaya saya. Sekali lagi karya saya, kali ini Kopitiam Ghadir mendapat perhatian sarjana antarabangsa, Profesor E.P. Wieringa dari Cologne, Jerman menyatakan, “The play focuses upon hadiths concerning Ghadīr Khumm (‘Pond of Khumm’). To many Muslims, the name Ghadir of the café in the play Kopitiam Ghadir, which alludes to Ghadīr Khumm, will have no significance. However, as reported in hadiths, Ghadīr Khumm was the place where the Prophet and his followers rested during the return journey to Medina, in the year 10/632, and where Muhammad took ‘Ali by the hand, raised it before the assembly, and proclaimed: “Everyone whose patron I am, also has ‘Ali as a patron. O Allah, befriend every friend of ‘Ali and be the enemy of all his enemies; help those that aid him and abandon all who desert him”. The affair of Ghadīr Khumm provides material for intense debate…” (Petikan sebuah makalah yang dibentangkan di sebuah seminar antarabangsa di National University of Singapore pada Januari 2010 lalu). Pementasan kali ini adalah pada 1-4 Julai 2010 (mulai esok) dengan kerjasama Muzium Telekom (lihat sini untuk panduan).
Baca lain di sini.
Apa sahaja yang kontroversi?
Jangan terlepas peluang menonton Kopitiam Ghadir kali ini. Pementasan di Muzium Telekom (Tingkat 2) bermula pada pukul 8.30 malam. Pada 4 Julai, pementasan tambahan turut diadakan pada pukul 3 petang. Tiket adalah RM10. Pengunjung turut dapat melawat Muzium Telekom selain menonton teater. Di tingkat 1 terdapat surau untuk menunaikan solat maghrib. Tiket dijual diluar mulai jam 8 malam. Untuk beli dalam jumlah banyak sila hubungi saudara Luqman Hisyam 0122335263 (sms sahaja).
Tempat meletak kenderaan turut disediakan oleh pihak muzium akan tetapi terhad. Pihak Muzium turut menyarankan supaya pengunjung yang berkenderaan meletakkan motokar di sepanjang Jalan Gereja (di belakang muzium ada St John Cathedral) menganjur ke Konven Bukit Nanas. Atau sepanjang Jalan Ceylon. Insya-Allah selamat. Mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam lebih baik. Gunakan perkhidmatan LRT Star dan turun di stesen Plaza Rakyat atau Masjid Jame'. Boleh juga menggunakan perkhidmatan monorel dan turun di stesen Jalan Raja Chulan.
* Foto atas, kapal selam Ghadir milik Republik Islam Iran. Tak perlu renjis air mawar ketika pelancarannya, dijamin terapung dan dijamin menyelam.
Baca lain di sini.
Apa sahaja yang kontroversi?
Jangan terlepas peluang menonton Kopitiam Ghadir kali ini. Pementasan di Muzium Telekom (Tingkat 2) bermula pada pukul 8.30 malam. Pada 4 Julai, pementasan tambahan turut diadakan pada pukul 3 petang. Tiket adalah RM10. Pengunjung turut dapat melawat Muzium Telekom selain menonton teater. Di tingkat 1 terdapat surau untuk menunaikan solat maghrib. Tiket dijual diluar mulai jam 8 malam. Untuk beli dalam jumlah banyak sila hubungi saudara Luqman Hisyam 0122335263 (sms sahaja).
Tempat meletak kenderaan turut disediakan oleh pihak muzium akan tetapi terhad. Pihak Muzium turut menyarankan supaya pengunjung yang berkenderaan meletakkan motokar di sepanjang Jalan Gereja (di belakang muzium ada St John Cathedral) menganjur ke Konven Bukit Nanas. Atau sepanjang Jalan Ceylon. Insya-Allah selamat. Mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam lebih baik. Gunakan perkhidmatan LRT Star dan turun di stesen Plaza Rakyat atau Masjid Jame'. Boleh juga menggunakan perkhidmatan monorel dan turun di stesen Jalan Raja Chulan.* Foto atas, kapal selam Ghadir milik Republik Islam Iran. Tak perlu renjis air mawar ketika pelancarannya, dijamin terapung dan dijamin menyelam.
29 June 2010
Ulama Muda Sertai...
28 June 2010
Revolusi Pembudayaan Selawat di Sudut Pandang Awani 22 Jun 2010
Amir Hamzah & Affa telah dijemput ke studio Astro Awani untuk memberikan pandangan mereka mengenai isu 'Industri Teater Tempatan', dalam rancangan Sudut Pandang. Dalam masa yang sama, mereka juga mempromosikan teater 'Kopitiam Ghadir' yang bakal dipentaskan semula pada 1hb-4hb Julai 2010 ini
25 June 2010
24 June 2010
Kopitiam Ghadir Dipentaskan Sekali Lagi
1-4 Julai ini, Nantikan!
Seperti yang pernah saya sebutkan lama dahulu, Kopitiam Ghadir adalah sebuah teater wacana. Kalau mahu namakan ia ‘teater Persuratan Baru’ pun boleh juga kerana pementasan ini berminat untuk menghantar ilmu dahulu, estetika adalah perkara kedua; tetapi Insya-Allah tuan-tuan akan tetap berasa terhibur secara berhemat. Saya telah menyatakan, Kopitiam Ghadir terilham oleh serangan Zionis terhadap Gaza pada awal tahun 2009. Ia membuatkan saya mencari-cari, mengapakah kita umat Islam tidak ada maula, atau ketua, atau seorang imam yang dapat menjaga dan memberi kita pedoman? Soalan ini membuatkan saya membongkar kembali fail-fail lama dan menemui kajian ilmiah Dr Engku Ibrahim Ismail, pensyarah Jabatan Pengajian Islam UM yang bertajuk ‘Kesahihan dan Kemutawatiran Hadith al-Ghadir.’
Adalah satu yang membanggakan juga, kerana keilmiahannya, Kopitiam Ghadir sempat diangkat oleh sarjana antarabangsa, Profesor E.P. Wieringa dari Universiti Cologne, Jerman di sebuah seminar antarabangsa di National University of Singapore pada 14-15 Januari 2010.
Oleh kerana kajian beliau itu belum diterbitkan, maka saya kira biarlah apa yang beliau tuliskan tersebut disimpan sahaja dahulu sehingga tiba masanya.
Pementasan kali ini memperkenalkan anggota baharu Revolusi Pembudayaan Selawat, Affa, yang saya kira sangat berbakat dan wajar diberi perhatian. Ia juga sekali lagi menampilkan muka lama. Mereka, saya tahu telah sanggup bergelumang dengan kontroversi saya sendiri ekoran tetek-bengek segelintir orang yang singkat akal dan ketinggalan zaman. Saya amat terharu, Amir Hamzah, Mohd Iswan, Charles Faizal dan Hilmi Alham yang menyatakan kepada saya, “Kami lebih sanggup dipalit kontroversi yang indah berbanding zaman lampau kami yang dicemari dan dinodai rasukan indie, Islam Liberal, dan hedonisme. Dulu kami tidak tahu, sekarang kerana Kopitiam Ghadir, kami berasa tercerahkan.” Kerana kata-kata itulah saya bersemangat kembali untuk mementaskan Kopitiam Ghadir.
Kopitiam Ghadir kami hadirkan sekali lagi buat mereka yang tidak memusuhi ilmu. Sesungguhnya orang yang berilmu akan diberi petunjuk jalan yang lurus, Insya-Allah.
Adalah satu yang membanggakan juga, kerana keilmiahannya, Kopitiam Ghadir sempat diangkat oleh sarjana antarabangsa, Profesor E.P. Wieringa dari Universiti Cologne, Jerman di sebuah seminar antarabangsa di National University of Singapore pada 14-15 Januari 2010.
Oleh kerana kajian beliau itu belum diterbitkan, maka saya kira biarlah apa yang beliau tuliskan tersebut disimpan sahaja dahulu sehingga tiba masanya.
Pementasan kali ini memperkenalkan anggota baharu Revolusi Pembudayaan Selawat, Affa, yang saya kira sangat berbakat dan wajar diberi perhatian. Ia juga sekali lagi menampilkan muka lama. Mereka, saya tahu telah sanggup bergelumang dengan kontroversi saya sendiri ekoran tetek-bengek segelintir orang yang singkat akal dan ketinggalan zaman. Saya amat terharu, Amir Hamzah, Mohd Iswan, Charles Faizal dan Hilmi Alham yang menyatakan kepada saya, “Kami lebih sanggup dipalit kontroversi yang indah berbanding zaman lampau kami yang dicemari dan dinodai rasukan indie, Islam Liberal, dan hedonisme. Dulu kami tidak tahu, sekarang kerana Kopitiam Ghadir, kami berasa tercerahkan.” Kerana kata-kata itulah saya bersemangat kembali untuk mementaskan Kopitiam Ghadir.
Kopitiam Ghadir kami hadirkan sekali lagi buat mereka yang tidak memusuhi ilmu. Sesungguhnya orang yang berilmu akan diberi petunjuk jalan yang lurus, Insya-Allah.
23 June 2010
Masjid Sunni di Republik Islam Iran
Di bawah adalah foto-foto perasmian Masjid Jami' Bandar Abbas, Harmazegan. Ini adalah masjid Ahlusunnah wal Jamaah di Iran Perasmian pada 31 Khordad 1387 Shamsiyah ini dilakukan oleh Syaikh Sayed Abdul Ba'is Qattali, pemimpin sunni di Bandar Abbas dan wakil Ayatullah al Uzma Ali Khamenei iaitu Ayatullah Na'im Abadi.






Ulama di atas ini ialah Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi, seorang ulama sunni di Iran yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Madinah.
Pesan Untuk Sahabat Yang Punya Masalah

“Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.
Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan; yakni anak-anak tercinta yang sihat, soleh serta menjadi penyinar." - Ayatullah al Uzma Ali Khamenei.
Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lama ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suami dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya. - Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, Mursyidul Am kelima Jamaah Ikhwan Muslimin .
Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan; yakni anak-anak tercinta yang sihat, soleh serta menjadi penyinar." - Ayatullah al Uzma Ali Khamenei.
Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lama ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suami dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya. - Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, Mursyidul Am kelima Jamaah Ikhwan Muslimin .22 June 2010
Merenung al Fatihah Anda: Bagaimana Ia Berhubung Dengan Palestina
Sunni dan syiah harus bersatu menentang kekejaman Zionis terhadap umat Islam di Palestina. Bagusnya kerja-kerja Hamas dan Republik Islam Iran dalam menghadapi kuasa kuffar dan mustakbirin. Perbincangan dua hala Hamas dan Iran di Tehran, 1 Mac lalu.












Tetapi Wahabi, ya Wahabi memang pelik - mereka rimas, benci, bahkan berdendam dengan perpaduan sunni-syiah. Mereka ingin memporak-perandakan agama ini. Dan untuk itu, mereka halakan perjuangan mereka terhadap umat Islam Syiah. Lihat sahaja pengeboman berani mati di pasar Sadr, Baghdad. Lihat anak-anak kecil yang dibunuh; terkorban hangus dan cedera seumur hidup. Atau lihat bagaimana mereka menyembelih hidup-hidup kumpulan orang tua setelah mereka diculik.



Nah, apa beza Yahudi dan Wahabi?


Pembunuhan yang dilakukan oleh Yahudi di Lubnan dan Palestina menunjukkan kecintaan dan hobi yang sama antara Zionis dan Wahabi; iaitu membunuh orang awam yang tidak berdosa, dan membunuh kanak-kanak. Dua keping foto di atas dan bawah ini adalah kerja Zionis di Lubnan dan Palestina. Apa bezanya dengan kerja Wahabi di Baghdad, tatkala kedua-duanya membunuh orang awam yang tidak berdosa?


Tidak ada beza, kepala mereka satu. Taukeh mereka satu. Tujuan hidup mereka adalah untuk berkhidmat kepada dajal. Benar, syaitan besar!



Hati-hati, wahabi menyusup masuk barisan!



Kini mereka ada dalam lingkungan anda (lihat sini). Tidakkah anda mahu berhenti sejenak, lalu merenung jalan lurus yang anda pohoni dalam solat itu? ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
Maka, ketahuilah di hari pengadilan nanti anda tidak lagi punya hujah dengan Allah, kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu anda bahawa jalan yang lurus, yang bergandingan dengan al-Quran; hanyalah dengan keluarganya Nabi Muhammad kekasih Allah.
Anda telah membacanya di sini. Anda tidak dapat menafikannya lagi di kemudian hari.
Maka, ketahuilah di hari pengadilan nanti anda tidak lagi punya hujah dengan Allah, kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu anda bahawa jalan yang lurus, yang bergandingan dengan al-Quran; hanyalah dengan keluarganya Nabi Muhammad kekasih Allah. Anda telah membacanya di sini. Anda tidak dapat menafikannya lagi di kemudian hari.
Cerpen Mikro: Lisbon
21 June 2010
Kecuaian Memetik Sumber Berita
Berita Harian hari ini, menyiarkan sebuah berita berjudul Tokoh Sunnah Dihukum Gantung (lihat di sini). Berita Harian telah memetik sumber berita AFP. Perenggan awal berita tersebut berbunyi: Ketua kumpulan Jundallah, sebuah pergerakan pemisah Sunnah Iran, Abdolmalek Rigi dihukum gantung awal semalam selepas didapati bersalah mencetuskan pemberontakan hingga menyebabkan pertumpahan darah di wilayah tenggara negara itu, Sistan-Baluchestan.“Abdolmalek Rigi digantung pada pagi Ahad di penjara Evin selepas hukuman diputuskan oleh tribunal revolusi Iran,” lapor agensi berita IRNA.
Siapakah Abdul Malik Rigi? Beliau adalah pengganas yang bersekongkol dengan Taliban (lihat sini)
Adakah beliau benar-benar mewakili masyarakat ahlus sunnah wal jamaah di Iran?
Abdul Malik digantung sampai mati pagi kelmarin berdasarkan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Revolusi Islam di balai hukuman penjara dengan kehadiran beberapa orang sanak saudara mangsa kekejaman kumpulan pengganasnya.
Maklumat ini telah disampaikan kepada wartawan oleh Mahkamah Awam dan Revolusi Tehran. Abdul Malik telah didapati bersalah dengan 79 jenayah kejam yang disabitkan dengan akta 190, 191, 186, 185 dan 183 Kanun Hukuman Islam selama perbicaraan di salah sebuah mahkamah Tehran.
Kelmarin, sebelum hukuman seperti mana tuntutan undang-undang Islam, beliau sempat dipertemukan dengan keluarga korban lantas menyatakan penyesalan atas aksi ganasnya dan memohon ampun daripada keluarga mangsa.
Dan, keluarga mangsa enggan memaafkan beliau dan menuntut bunuh dibalas bunuh.
Kumpulan pengganas Jundullah yang dipimpin Abdul Malik sudah pun mengakui hubungannya dengan pagawai Nato di Afghanistan dan agensi perisikan asing CIA.
Jundullah yang berpengkalan di Pakistan telah melakukan kegiatan pengeboman, pembunuhan, penyembelihan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 40 jiwa di selatan Iran.
(* Foto Abdul Hamid) Sebelum ini adiknya juga yang bernama Abdul Hamid Rigi juga telah dijatuhkan hukuman sama. Abdul Hamid mengakui telah membunuh isterinya Faizah Mansuri ketika tidur dan iparnya Shahab Mansuri pula telah disembelih oleh Abdul Malik dan video penyembelihan ini telah dikirim ke televisyen al-Arabiyyah.
(* Foto Faizah Mansuri yang dibunuh suaminya, Abdul Hamid).
( * Foto ipar Abdul Hamid yang disembelihnya dengan kejam)Abdul Hamid ketika diziarahi mertuanya di penjara telah mengakui bahawa beliau telah dipengaruhi abangnya sambil bersumpah, itulah punca beliau sanggup menembak isterinya yang sedang tidur.
Tanpa mengetahui keadaan sebenar di Iran, kecuaian mencuplik rangkaian berita yang beragenda, boleh sahaja menimbulkan salah faham yang kritikal antara umat Islam di saat perpaduan dan keperluan untuk memperjuangkan masalah ummah yang lebih besar adalah mendesak.
Subscribe to:
Posts (Atom)






