Semalam sedang saya membelek kitab-kitab yang ada, saya menyedari sesuatu: Aisyah, isteri baginda Rasulullah saw sendiri meratap dan meraung.Bahawa Aisyah setelah wafatnya Rasulullah saw berasa sugul dan bersedih lalu menampar mukanya bersama kumpulan wanita lain yang hadir saat kewafatan Rasulullah saw itu. Ia diisytihar sebagai 'hasan'. Terkandung dalam Sirah Ibn Ishaq halaman 713 (sila klik imej untuk lebih jelas):

Juga dalam Sirah Ibnu Hisyam halaman 655:
Sebenarnya, peristiwa ini turut termuat dalam Bidayah wa al Nihayah oleh Ibnu Katsir. Maka, saya terfikir; mengapakah kita tidak putus-putus menuduh pengikut syiah sebagai sesat apabila mereka meratap dan meraung menangisi kesyahidan Saidina Husin (cucu Rasulullah saw)? Sedangkan perbuatan tersebut ada dalam tradisi sunni kita sendiri.Saya juga diberitahu oleh seorang sahabat yang sedang membuat PhD dalam bidang hadis bahawa, sahabat Rasulullah saw bernama Abdur Rahman bin Auf, pernah satu hari dijamu makanan lazat. Tiba-tiba di hadapan hidangan beliau menangis. Apabila ditanyakan apakah sebab musababnya ia menangis, beliau memberitahu, 'Adalah aku teringat akan sahabat kita Mus'ab bin Umair yang telah terkorban sebagai syahid. Dia ternyata lebih baik daripadaku. Walaupun demikian apabila dia terbunuh dalam perang Uhud itu tiada kain kapan yang cukup untuk menutupinya. Apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutup kakinya, wajahnya pula akan terdedah. Aku bimbang segala nikmat dunia yang dianugerahkan ini merupakan suatu yang telah disegerakan oleh Allah untuk dunia kita. Dan di akhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat-nikmat. Lantas semua yang hadir menangis bersama-sama dengannya. (Riwayat Muslim)
Di mana sesatnya saudara-saudara kita syiah, katakan, Presiden Ahmadinejad tatkala ia menangis mengenang peristiwa terkorbannya Saidina Husin di Karbala? Tidakkah peristiwa itu lebih memilukan berbanding kesyahidan Mus'ab bin Umair?Hari ini sedang saya membelek kitab-kitab yang ada, saya menyedari sesuatu. Tuan-tuan, kita, sunni, telah berlaku tidak adil kepada saudara-saudara kita syiah. Selama ini kita telah 'menzalimi' mereka kerana kejahilan kita.
Lihatlah apa yang berlaku apabila kita membiarkan kejahilan dihormati. Akibat dari perbuatan tersebut mereka telah tertindas.
Dan ekoran dari itu juga musuh-musuh Islam telah mendapat manfaat.



74 comments:
Chet! Saya ingatkan mahu komen fasal 'orang itu'!
without doubt, i agree! :)
tradisi yang tidak seiring dengan agama islam seeloknya kita tinggal la - daripada kita menampar nampar muka - lebih baik kita bacakan al-fatihah / yassin untuk arwah
(yes manusia biasa PASTI akan menangisi pemergian orang yang TERSAYANG...)
my humble opinon
Ms Pearl
Ms Pearl
my humble question; kiranya saidatina aisyah isteri nabi, ummul mukminin itu telah melakukan sesuatu yang 'tidak seiring dengan agama Islam' lah ya?
walaupun saya fhm isu ini, tapi saya still tiada kekuatan untuk berhujjah dengan org sekeliling sy bila mereka mengutuk2 org syiah..bila saya tanya kenapa x suka...alasan 1) sbb drg memusuhi sahabat nabi 2) sbb kes ratap-meratap ni la...termasuk pakcik2..ustat2, tok2 imam pun tolak sbb bende yg sama...susah le nak ckp sbb dah mmg terbenam dalam fikiran drg turun menurun mcm tuh..WaAllahua'lam..
Setuju sangat dengan info Dr. ini. Pada saya Islam perlu difahami dengan berlapang dada dan minda terbuka.
Dr. Faisal
Kiranya patutlah juga kita meratap macam tu apabila ada kematian sedara-mara nanti. sebab itu kira contoh teladan dari ummul mukminin?
Kajian yang menarik dan perlu diselongkar akan sirah yang digelapkan. Susah dan payah sebenarnya untuk memahamkan mereka yang tidak faham...
Sabar ja lah...
MasyaAllah...dulu saya belajar dalam Darjah Khas sekolah agama di Johor pun boleh terlepas pandang fakta ini, walaupun saya mengaji kitab Sirah Ibnu Hisyam ini. Ya Allah ya Tuhanku,ampunilah segala dosaku ya Allah. Solawat!
Kitab-kitab begini boleh didapati di mana ya?
Saya menganggap bahawa tangisan isteri Nabi itu sempena menangisi pemergian 'Anugerah Allah' padanya juga pada umat Islam itu amat menyayat perasaan.
Persoalan cara beliau menangisi itu seperti yang tertera dalam entri Dr FT itu satu pengetahuan baru pada saya. Ini kerana saya tidak ada ilmu tentangnya dan tidak mengkajinya. Jadi saya hanya boleh mencari tahu, membaca dan cuba memahaminya. Baca dengan mata, fikir dengan akal, faham dengan matahati.
Sebagai orang Islam dan 'public' saya berpendapat perkongsian Dr dengan 'public'bersama bukti-bukti bergambar itu sebagai usaha memperbetulkan persepsi kita terhadap sesuatu yang kabur dan mudah disalahfahami oleh kita di sini.
Saya percaya kita bukan disarankan untuk turut berlaku sedemikian (aksi tampar, pukul, hantuk) demi sebuah kematian atau mengenang sebuah kematian tapi janganlah kita melabel, mengecop atau mengatakan perbuatan lazim masyarakat Syiah itu salah dan tidak bersifat Islamik atau atau terpesong.
Tapi kita juga tidak patut bersifat kedekut dengan beberapa titisan airmata (andai mampu) demi mengenang sebuah kesyahidan yang terjadi untuk kelangsungan Islam yang suci.
salam saudara FT,
pendapat saya tindakan aisyah itu bukanlah yang di ajar oleh agama islam. itu adalah reaksi spontan seorang manusia biasa apabila menerima berita terlampau sedih. bukankah nabi sendiri menegah agar jangan menangisi atau meraung-raung diatas kematian saudara kita. dalam kes pengikut syiah tidak salah untuk mengigati peristiwa karbala dan sepatutnya dijadikan pedoman agar perbalahan antara umat islam hanya menguntungkan musuh islam. dan tindakan syiah yang memukul badan sampai berdarah pada pendapat saya bertentangan sama sekali dengan ajaran islam supaya jangan memudaratkan tubuh badan. akal logik pon tidak dapat menerima perbuatan ini dan memalukan umat islam.ini hanyalah pendapat saya.
Salam,
with all the respect, how would this issue help to build the nation? how would talking about the past, mourn and discuss to bring out the incident which brings us to no where would even benefit anyone. again with all the respect, no one is stopping anyone to be sad/cry/pukul pipi..but the greater issues, is left unattended..
Ms pearl:
telah dr ft nyatakan hadis " Bahawa Aisyah setelah wafatnya Rasulullah saw berasa sugul dan bersedih lalu menampar mukanya bersama kumpulan wanita lain yang hadir saat kewafatan Rasulullah saw itu. Ia diisytihar sebagai 'hasan'. Terkandung dalam Sirah Ibn Ishaq halaman 713 (sila klik imej untuk lebih jelas"
mungkin ap yg dimaksudkan oleh sdri itu adalah tradisi budaya.
wassalam.
Assalamualaikum, jika betul pun Saidatina Aisyah meratap@meraung ketika kewafatan Rasulullah tapi persoalannya sekarang adakah perbuatan itu sunnah atau pesanan dari Rasulullah?? Pernah ke Saidatina Aisyah menyatakan yg perbuatannya itu adalah didikan dari Rasullah?? atau pun itu hanyalah tindakan khilaf seorang manusia biasa yg tidak MAKSUM yg terlalu sedih dengan kehilangan seorang suami. Rasulullah pun menangis ketika kehilangan bapa saudaranya tapi beliau TIDAK MERATAP@MERAUNG mcm toooooot...
tuan haji....pada pendapat saya...yang orang ramai (yg dikatakan sunni) yang salah anggap terhadap sambutan syiah mengingati kematian saidina hussein r.a adalah cara syiah yang berlebihan...seperti mencederakan diri mereka sendiri.....yang dianggap terlalu ekstrim..
dan lgi satu saya cadangkan..apakata ustaz menulis artikel yang dapat untuk kite yang sunni ini untuk bersatu padu dgn mereka syiah....
dan yg terakhir apa komen ustaz berkaitan dgn dialog yang diadakan oleh ulama' sunni spt sheikh yusuf qardawi yg turut disertai tuan guru haji hadi dengan ulama' syiah?
SALAM:
Namun mengapa mereka yang alim dengan hadis-hadis ini tidak pernah komeh hal sedemikian kepada penuntut-penuntut mereka? Apakah mereka kuatir jalan mereka dan Pencinta Ahlul Bait TIBA-TIBA ada persamaan yang perlu mereka akur?
Kadang2 hati aku berbisik dgn permasalahan ini, kenapa manusia bergolak ttg perkara2 remeh?? apalah keharusan seorang manusia utk meratap terhadap seorang manusia yg lain (ahlul bait)?? sedangkan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menyuruh umat2nya meratap, menangis, mengenang, berjamu makan di tarikh hari kewafatannya!! apalah kelebihan yg ada kepada ahlul bait ini yg TIADA pada Rasulullah SAW?? Siapa dia Ali?? Siapa dia Husin?? Siapa dia Hasan ini?? Ahlul bait hanyalah keturunan dari seorang Rasul yg tidak terlepas dari melakukan dosa (TIDAK MAKSUM). KENAPA KITA MELETAKKAN MEREKA2 INI MELEBIHI RASULULLAH SAW??? Kan lebih cantik utk kita menangisi, meratapi, meraung , merenung diri ketika bersujud menghadap ALLAH. Serta menangisi perjuangan Rasulullah SAW dalam memastikan Agama ALLAH ini mekar di pelusuk hati2 MUSLIMIN. w'salam...
Ada lagi satu... aku nak tiru kata2 Pak Hamka 'AKU TIDAK BERMAZHAB, TAPI AKU CINTAKAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH SAW'
Salam,
Bagaimana menangis dan meratap dapat membangunkan negara? Sila baca entri-entri sebelum. Orang Melayu selalu berpesan, jangan menyampuk tidak pasal2. Setiap entri saya, selalunya, berangkai.
Untuk yang menganggap keturunan Rasulullah itu remeh, sah-sahlah sebagai seorang muslim yang bersolat 5 waktu (jika dia bersolat) dia tidak faham apa yang dia tuturkan ketika solatnya. Khusus ketika dia berselawat dalam solatnya.Burung kakaktualah dia selama ini nampaknya. Solat dia hanyalah upacara. Inilah yang selalu saya katakan Islam upacara/ istana versus Islam Muhammadi/Islam praktis.
Wassalam.
Ya Allah, limpahkan shalawat-Mu kepada Nabi Muhammad dan limpahkan juga shalawat kepada keluarga Nabi Muhammad”
“…sebagaimana Engkau telah limpahkan shalawat kepada Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, dan berkatilah Ya Allah Nabi Muhammad dan berkatilah juga keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan juga kepada keluarga Nabi Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
Salam, hidup di dunia ni bagi BUKAN ISLAM ibarat syURga, manakala bagi insan MUKMIN ibarat berada dalam penjara. Dunia hanyalah JAMBATAN ke akhirat yang kekal. Menangis setiap kali bertaubat kerana mengenangkan segala dosa dan keHINAan diri adalah UBAT dan KEKAYAAN.Malangnya kita sering terpesona dan tergelincir dengan keindahan dunia sehingga sering bersedih dan menangis bila nikmat dunia luput dari tangan kita. Nabi SAW sangat mengasihi ahlul bait. Di manakah kita? Terima kasih atas tulisan saudara FT yang sedikit sebanyak menyedarkan diri saya agar lebih melihat keaiban diri sendiri sebelum sibuk menyibuk kekurangan puak syiah!
Sirah Ibnu Ishak atau Sirah Ibnu Hisham bukanlah kitab hadis. Ia mungkin kisah palsu atau daif. Perlu ditakhrijkan dulu sanad-sanadnya.
Begitu juga dalam Kitab al-Bidayah wa an-Nihayah karangan Ibnu Kathir, beliau memuatkan hadis2 dengan komentar tertentu sama ada hadis tersebut sahih, palsu atau daif.
Bukannya semua yang dalam kitab, diambil bulat-bulat untuk dijadikan hujah yang akhirnya akan menghina Ummul Mukminin Aisyah yang dibersihkan namanya dalam Surah an-Nisa' ayat 10 - 16
Untuk mengetahui anak-anak dan isteri2 Saidina Ali, bolehlah ke
http://abunajmi-albahri.blogspot.com/2010/11/isteri-isteri-dan-anak-anak-saidina-ali.html
Rasulullah saw selepas kewafatan Khadijah mengahwini ramai wanita2, begitu jugalah bagi Saidina Ali, kerana telah menjadi tradisi org Arab punyai banyak isteri dan banyak anak adalah menjadi kebanggaan mereka...
Bila kita dah kenal semua Ahlul Bait yang sebenarnya, barulah kita akan tahu bahawa Ahlulbait bukan hanya keturunan Hasan dan Husin sahaja...
assalamualaikum w.b.t, memaparkan pendapat dan hadis yg palsu sememangnya dilihat seringkali menjadi pilihan saudara. semoga Allah SWT akan mematahkan hujah dan pendapat dangkal saudara dengan mengutarakan hujah2 singkat seperti ini hingga menggelapkan mata hati masyarakat yg cetek ilmu agama. Seeloknya saudara pergi mendalami ilmu hadith dan kisah2 hidup para nabi,ummul mukminin, sahabat r.a sebelum berhujah di kerusi universiti. Sunnguh sesat lagi menyesatkan.
Salam,
teruskan pembongkaran ini dr FT. saya amat suka dan senang sekali membacanya.
Tetapi seperti yang saya kata sebelum ini. sejarah syiah (menolak sahabat nabi) membuatkan ulama kita sendiri tidak mahu berbicara seperti anda lakukan sekarang.
rungkaikan permasalahan pokok ini. ini punca sunni menolak syiah.
Salam kembara.
Hmmm... saya tetap dengan pendirian saya
'terbuka dengan sebarang pendapat, bukanlah di atas pagar~ tapi, menerima sebarang info dan menapis atas kefahaman yang sekadar saya ada berpandukan Islam. InsyaAllah'
Memetik pendapat Ms Pearl,
"tradisi yang tidak seiring dengan agama islam seeloknya kita tinggal la"
tidak jua saya nafikan tentang persoalan yang dikemukakan oleh Dr FT, cuma perlu jua diperhatikan s.Aisyah bukan bertaraf maksum dan saya ada baca tentang biografi s.Aisyah (S.Aisyah- Keanggunan Sejati karya Sulaiman An-Nadawi)
Ada fakta menarik yang saya peroleh di situ. :)
Teruskan berkarya~!
Salam.
اللهم صلّ على محمد و على آل محمد
Hanya orang yang memahami erti dan tafsir selawat, yang tahu mengapa ahlul bait Rasulullah itu dimuliakan. Jika masih tidak mencari erti dan tafsirannya, saya kira sdr masih belum tahu mengapa sdr harus mencintai mereka.
Pada saya, entri ini dan entri-entri sebelumnya cuba menjelaskan apa yang sama dan berbeza antara sunni dan syiah.
Ada banyak perkara tentang syiah yang tidak diketahui lantaran dunia mereka tidak terbuka di sini. Maka ada banyak stigma, label dan libel yang diberikan terhadap orang-orang syiah ini. Kefahaman ini memang penting, untuk mengelakkan prejudis terhadap mereka berterusan. Tambahan pula, negara kita ini kian didatangi mereka daripada pelbagai latar mazhab yang tidak sama dengan kita.
Tentang tangisan: Benar, ramai yang belum hadam tentang tangisan dan ratapan. Tetapi kita harus sedar bahawa tangisan dan ratapan inilah yang memberi kekuatan kepada mereka untuk bangkit menjadi masyarakat hebat.
Mengapa dan bagaimana? Anda harus membaca dalam-dalam setiap lapisan baris entri ini dan entri-entri sebelumnya. Bukankah manusia hebat ialah manusia yang mencari lalu berfikir dan berfikir, dan terus berfikir.
Jadi, hebatkah sdr?
Wassalam.
Salam,
Saya siarkan semua komen yang tidak biadab, dan saya dapati most of them are in the state of shock (because of the leak) and obviously they are also in the state of denial. Welcome to the 'real academic' world.
Salsabila (how you remind me of Salsabila dalam Tunggu Teduh Dulu) - note that its 'hasan'. Klik ke tidak pada gambar halaman tu?
Abu Najmi,
"Bila kita dah kenal semua Ahlul Bait yang sebenarnya, barulah kita akan tahu bahawa Ahlulbait bukan hanya keturunan Hasan dan Husin sahaja."
Does that also include Sharifah Aini and Sharifah Amani?
Wassalam.
assalamualaikum..
kita lihat peristiwa nabi yaakub..
apakah nabi yaakub sendiri tidak sedara apa yang dilakukan
Abu Najmi,
Anda masih tidak mengetahui pengkhususan ahlul bayt seperti dalam ayatul Tathir dan hadis Kisa.
setuju dengan komen MR
pokok persoalan yang saudara perlu rungkaikan adalah syiah menolak sahabat yang menjadi titik utama penolakan sunni kepada syiah.
harap saudara FT lebih berani berhadapan dengan persoalan ini dan berkongsi ilmu di dalam blog saudara.
melihat keadaan di dalam malaysia, walaupon syiah mengkafirkan sahabat tidak bermakna mereka terkeluar dari islam kerana pokok nya adalah rukun islam itu dilaksanakan dan situasi sama apabila ulama-ulama PAS sewenang-wenangnya mengkafirkan UMNO. bukankah ada persamaan disitu tetapi tetap kita semua menerima satu sama lain seorang muslim.
atau sebenarnya ada perkara lain yang lebih besar yang menjadi sebab sunnni menolak syiah....hurmmm
Abal Syazwan, hadis inikah yg saudara maksudkan?
Dalam Sunan Tirmizi, selalunya Imam Tirmizi akan berkomentar sebagai Hasan ataupun Gharib yang agak berbeza dengan komentar ulama hadis lain. Sebagai contoh :-
Qutaibah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Sulaiman bin Ashbahani menceritakan kepada kami dari Yahya bin Ubaid dari Atha’ bin Abi Rabah dari Omar bin Abu Salamah anak tiri Nabi saw berkata “Ketika ayat ini turun kepada Nabi saw iaitu (Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya-Surah al-Ahzab : Ayat 33) dirumah Ummu Salamah, lalu beliau, Fatimah, Hasan, Husin, kemudian menutupi mereka dengan pakaian sedangkan Ali dibelakang punggung beliau, lalu menutupinya dengan pakaian lain kemudian beliau bersabda “Wahai Allah! Mereka ini adalah keluargaku maka hilangkan dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya”. Ummu Salamah berkata “Apakah aku termasuk mereka wahai Rasulullah?” Beliau bersabda “Kamu tetap pada tempatmu dan selalu dalam kebaikan”
Hadis ini adalah hadis Gharib, dari sanad ini dari hadisnya Atha’ dari Omar dari Abu Salamah.
(Sunan at-Tirmizi Jilid 5 hadis no. 3258)
Bukannya semua hadis dalam Sunan Tirmizi adalah sahih...
Adakah wajar menyamakan Sharifah Aini dan Amani dengan anak2 Saidina Ali dari isteri2nya selain Fatimah?
Jika saudara Faisal Tehrani merujuk al-Bidayah wa an Nihayah sebagai hujah dalam kes Aisyah meratap (tapi disertakan komentar sahih @ daif @ palsu dari Ibnu Kathir) maka apa pula alasan saudara Faisal Tehrani untuk menolak anak-anak dan isteri2 Saidina Ali selain Fatimah, Hasan dan Husin melalui kitab yg sama?
Abu Najmi,
Untuk anak-anak daripada Hasan dan Husin dan keturunan mereka adalah golongan yang tetap dalam kemuliaan. Namun, yang diangkat menjadi imam adalah 12 orang daripada kalangan mereka.
Memang benar Tirmidzi berkata hadis ini gharib tetapi perkataan ini jelas tidak menunjukkan bahwa hadis ini dhaif. Pernyataan gharib Tirmidzi dari segi sanad menunjukkan bahwa hadis tersebut bersumber dari satu perawi dan tidak ada jalan lain(ini menurut Tirmidzi, karena ada banyak jalan lain dari hadis ini dalam kitab-kitab hadis yang lain).
Pernyataan gharib ini jelas tidak bererti hadis tersebut dhaif. Hadis ini jelas bersanad shahih. Hadis ini telah dishahihkan oleh Syaikh Nashiruddin Al Albani dalam Shahih Sunan Tirmidzi hadis no 3205 dan 3781. Selain itu hadis ini juga dinyatakan shahih oleh Syaikh Hasan As Saqqaf dalam Shahih Sifat Shalat An Nabiy.
Hariz dan Salsabila
Apa maksud kafir dari al-Quran? Sila kaji terminologi kafir secara bahasa, istilah dan dari perspektif al-Quran. Bereskan hal terminologi dulu. Baru masuk isi.
Abu Najmi
Apa maksud hadis hasan? Hadis apa pula maksudnya? Ternyata sdr tidak faham apa maksud hadis, kerana itu sdr mengatakan Bidayah wa an Nihayah bukan kitab hadis.
Abu Najmi nak beramal dengan hadis sahih sahaja ya? Nah saya beri hadis SAHIH .
dalam Sahīh Muslim, jilid. 7, halaman 130, Saidatina A'isyah berkata, "Pada suatu pagi, Rasulullah saw keluar rumah menggunakan jubah (kisa) yang terbuat dari bulu 'domba'. Hasan as datang dan kemudian beliau saw menempatkannya di bawah kisa tersebut. Kemudian Husain as datang dan masuk ke dalamnya. Kemudian Fatimah as ditempatkan oleh Rasulullah saw di sana. Kemudian Ali as datang dan Rasulullah saw mengajaknya di bawah kisa dan berkata, "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (QS. Al-Ahzab 33).
Sdr nak hadis sahih tentang ahlul bait. Nah saya dah beri.
Sementara dalam Sunan at-Turmudzi, Kitab al-Manâqib, Ummu Salamah mengutip bahwa Rasulullah saw menutupi Hasan, Husain, Ali dan Fatimah dengan kisa-nya, dan menyatakan, "Wahai Allah! Mereka ahlulbaitku dan yang terpilih. Hilangkan dosa dari mereka dan sucikanlah mereka!"
Ummu Salamah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasul Allah! Apakah aku termasuk di dalamnya?" Beliau menjawab, "Engkau berada dalam kebaikan (tetapi tidak termasuk golongan mereka)." At-Turmudzi menulis di bawah hadis ini, "Hadis ini sahīh dan bersanad baik, serta merupakan hadis terbaik yang pernah dikutip mengenai hal ini."
Sehingga di dalam al-Quran terpancar secara jelas kecintaan kepada keluarga Rasul merupakan manifestasi rasa syukur kita akan risalah kenabian itu sendiri. Dalam al-Quran, kita dapati Allah berfirman:
Katakanlah (Muhammad): ‘Aku tidaklah meminta upah atas risalah yang aku bawa kecuali kecintaan kalian kepada sanak kerabatku. (as-Syura: 23)
Bukalah pintu hati. Bukalah pintu hati di bulan Muharam ini. Saya menyeru bukalah pintu hati di bulan Muharam ini.
* Ketahuilah, tugas saya kepada sdr sudah selesai.
Saudara FT...
dah2 la tu. saya boleh sabar kalau saudara nak cakap tentang syiah. tapi kalau nak mengaku sunni padahal dah melanggar garis antara syiah ngn sunni, saya rasa tu berbeza. Kalau nak menyatukan Syiah ngn Sunni, tapi Syiah diangkat setinggi2nya dan Sunni saudara kutuk sehina-hinanya, adakah itu menjadi bersatu dua mazhab ini? Ini bukan suruh bersatu, tapi suruh masuk Syiah.Come on la saudara. Gentle la mengaku sebagai Syiah. Nak takut apa? Takut kena tangkap dgn JAKIM? Takut peminat lari? Islam sejati takkan takut benda2 kecik tu. Tak payah la nak mengaku sunni lagi. Padahal dah ada garis perbezaan yang nyata antara syiah dan sunni. dan saudara dah lama langgar garisan tu utk ke garisan Syiah. Tajuk post kali ni pun orang dah perasan yang saudara memang beriman bahawa: "Aisyah r.a. itu murtad, gadis penzina". Laknatlah kamu wahai syiah jadi2an.
itulah saudara FT...saya tertarik untuk berbincang mengenai perkara nih..kalaulah saudara boleh kupas...sebab saya tertarik untuk mengetahui mengapa sunni tidak boleh menerima syiah...sebab pernah suatu ketika khalifah dipegang oleh orang-orang syiah yang semasa itu pemerintahan khalifah berpusat di Mesir iaitu dibawah khalifah fatimid...
Kembar
1. Saya tak takut apa. Kalau takut saya tak siarkan entri ini.
2. Kenapa saya mesti takut JAKIM? Bukankah JAKIM hantar qari dan hafiz ke Iran untuk join musabaqah mereka. Sewaktu Dr Ahmadinejad bersolat Jumaat di Masjid Wilayah, mereka solat sebaris dengan beliau. Ternyata sdr lemah ingatan.
3. Saya tak takut "peminat" lari. Saya boleh tulis seribu novel cinta ala-ala Ayat-Ayat Cinta, tetapi nak buat apa? Dan untuk makluman sdr, pembaca saya bertambah sejak kalian mempopularkan saya sebagai 'syiah'.
4. Saya memang sunni dan syiah sekaligus. Saya orang Islam, jadi mengapa saya harus mengaku suku-suku?
5. Saya tidak pernah mengatakan Ummul Mukminin Aisyah penzina dan murtad seperti yang saudara dakwa. Sdr bertanggungjawab atas tuduhan tersebut.
saya golongan muda menggeleng kepala membaca komen2 menuduh dan melabel di atas..
sigh *mcm mana kita nak bersatu ye?*
dr faisal,
Tunggu Teduh Dahulu sememangnya buku dan karya sastera Melayu yg menarik, saya meletakkan gred 5 bintang pada karya sastera saudara.
Mengenai kitab Ibnu Hisyam yg dipaparkan di sini, saudara membawa hadis yg disebutkan di dalamnya, namun mengapa tidak dibawakan penerangan dan hujah mengenai hadis tersebut secara jelas?
Saya tidak ingin membuat sebarang tuduhan melulu namun apa yg jelas dari penulisan saudara menimbulkan satu persoalan yg pernah saya utarakan dahulu mengenai sambutan Hari Asyura yg diadakan di Iran sempena memperingati kematian Hadrat Hussein R.A, telah saya nyatakan, sila bawakan dalil yg mnyatakan bahawa perbuatan mencederakan anggota tubuh seperti sambutan perayaan Thaipusam itu dibenarkan dalam Islam.
Saya ingin membawakan hadis sahih mengenai larangan Baginda Nabi S.A.W terhadap perbuatan meratap, merobek2 pakaian dan menampar2 wajah ketika kematian seseorang, namun saudara Faisal punya hujahnya dengan memaparkan Hadis yg diiktiraf Hasan di sini. Maka sila paparkan pula hadis dibolehkan menoreh badan ketika memperingati kematian seseorang, apatah lagi dalam sambutan memperingati cucu baginda S.A.W.
Saya merasa agak kecewa kerana saudara tidak membawa masyarakat kepada satu fahaman yg sewajarnya kita pegang bersama, yaitu Sunnah Wal Jamaah, lihat sahaja apa yg berlaku di sini,dengan kedudukan dan tempat yg saudara perolehi, masyarakat mula memandang Syiah itu Sunni dan Sunni itu sebhagiannya Syiah. Walhal telah jelas sejak zaman berzaman, kurun demi kurun mereka telah mengkafirkan para sahabat R.A
Saya lebih selesa dari sudut peribadi untuk mengenali saudara sebagai penulis karya sastera yg bermutu dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun apa yg berlaku kini sungguh2 kesal saya nyatakan, fahaman idealisme Syiah saudara jelas memporakperandakan fahaman umum...
Pesan Baginda Nabi S.A.W, agar umat ini tidak jemu dalam menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.
Buat saudara dan untuk diri saya juga, teruskan menuntut ilmu dan mendekati para ulama hadith, agar semakin dalam ilmu itu digali, maka semakin jelas pandangan kita dalam menilai sesuatu. Saya yakin masa saudara masih panjang, tiada guna juga untuk berhujah saling berdebat akan urusan yg telah terang ianya batil.
Moga hidayah itu akan menyinar satu masa nanti.
dr faisal,
Tunggu Teduh Dahulu sememangnya buku dan karya sastera Melayu yg menarik, saya meletakkan gred 5 bintang pada karya sastera saudara.
Mengenai kitab Ibnu Hisyam yg dipaparkan di sini, saudara membawa hadis yg disebutkan di dalamnya, namun mengapa tidak dibawakan penerangan dan hujah mengenai hadis tersebut secara jelas?
Saya tidak ingin membuat sebarang tuduhan melulu namun apa yg jelas dari penulisan saudara menimbulkan satu persoalan yg pernah saya utarakan dahulu mengenai sambutan Hari Asyura yg diadakan di Iran sempena memperingati kematian Hadrat Hussein R.A, telah saya nyatakan, sila bawakan dalil yg mnyatakan bahawa perbuatan mencederakan anggota tubuh seperti sambutan perayaan Thaipusam itu dibenarkan dalam Islam.
Saya ingin membawakan hadis sahih mengenai larangan Baginda Nabi S.A.W terhadap perbuatan meratap, merobek2 pakaian dan menampar2 wajah ketika kematian seseorang, namun saudara Faisal punya hujahnya dengan memaparkan Hadis yg diiktiraf Hasan di sini. Maka sila paparkan pula hadis dibolehkan menoreh badan ketika memperingati kematian seseorang, apatah lagi dalam sambutan memperingati cucu baginda S.A.W.
Saya merasa agak kecewa kerana saudara tidak membawa masyarakat kepada satu fahaman yg sewajarnya kita pegang bersama, yaitu Sunnah Wal Jamaah, lihat sahaja apa yg berlaku di sini,dengan kedudukan dan tempat yg saudara perolehi, masyarakat mula memandang Syiah itu Sunni dan Sunni itu sebhagiannya Syiah. Walhal telah jelas sejak zaman berzaman, kurun demi kurun mereka telah mengkafirkan para sahabat R.A
Saya lebih selesa dari sudut peribadi untuk mengenali saudara sebagai penulis karya sastera yg bermutu dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun apa yg berlaku kini sungguh2 kesal saya nyatakan, fahaman idealisme Syiah saudara jelas memporakperandakan fahaman umum...
Pesan Baginda Nabi S.A.W, agar umat ini tidak jemu dalam menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.
Buat saudara dan untuk diri saya juga, teruskan menuntut ilmu dan mendekati para ulama hadith, agar semakin dalam ilmu itu digali, maka semakin jelas pandangan kita dalam menilai sesuatu. Saya yakin masa saudara masih panjang, tiada guna juga untuk berhujah saling berdebat akan urusan yg telah terang ianya batil.
Moga hidayah itu akan menyinar satu masa nanti.
dr faisal,
Tunggu Teduh Dahulu sememangnya buku dan karya sastera Melayu yg menarik, saya meletakkan gred 5 bintang pada karya sastera saudara.
Mengenai kitab Ibnu Hisyam yg dipaparkan di sini, saudara membawa hadis yg disebutkan di dalamnya, namun mengapa tidak dibawakan penerangan dan hujah mengenai hadis tersebut secara jelas?
Saya tidak ingin membuat sebarang tuduhan melulu namun apa yg jelas dari penulisan saudara menimbulkan satu persoalan yg pernah saya utarakan dahulu mengenai sambutan Hari Asyura yg diadakan di Iran sempena memperingati kematian Hadrat Hussein R.A, telah saya nyatakan, sila bawakan dalil yg mnyatakan bahawa perbuatan mencederakan anggota tubuh seperti sambutan perayaan Thaipusam itu dibenarkan dalam Islam.
Saya ingin membawakan hadis sahih mengenai larangan Baginda Nabi S.A.W terhadap perbuatan meratap, merobek2 pakaian dan menampar2 wajah ketika kematian seseorang, namun saudara Faisal punya hujahnya dengan memaparkan Hadis yg diiktiraf Hasan di sini. Maka sila paparkan pula hadis dibolehkan menoreh badan ketika memperingati kematian seseorang, apatah lagi dalam sambutan memperingati cucu baginda S.A.W.
Saya merasa agak kecewa kerana saudara tidak membawa masyarakat kepada satu fahaman yg sewajarnya kita pegang bersama, yaitu Sunnah Wal Jamaah, lihat sahaja apa yg berlaku di sini,dengan kedudukan dan tempat yg saudara perolehi, masyarakat mula memandang Syiah itu Sunni dan Sunni itu sebhagiannya Syiah. Walhal telah jelas sejak zaman berzaman, kurun demi kurun mereka telah mengkafirkan para sahabat R.A
Saya lebih selesa dari sudut peribadi untuk mengenali saudara sebagai penulis karya sastera yg bermutu dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun apa yg berlaku kini sungguh2 kesal saya nyatakan, fahaman idealisme Syiah saudara jelas memporakperandakan fahaman umum...
Pesan Baginda Nabi S.A.W, agar umat ini tidak jemu dalam menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.
Buat saudara dan untuk diri saya juga, teruskan menuntut ilmu dan mendekati para ulama hadith, agar semakin dalam ilmu itu digali, maka semakin jelas pandangan kita dalam menilai sesuatu. Saya yakin masa saudara masih panjang, tiada guna juga untuk berhujah saling berdebat akan urusan yg telah terang ianya batil.
Moga hidayah itu akan menyinar satu masa nanti.
Sdr Salsabila
Sila baca entri sebelum ini, bukankah saya sudah pesankan - entri ini berangkai2. Apa kehendak sdr ada semua di situ. Sdr tidak berminat dengan kebenaran. Sdr hanya berminat dengan label.
Soal kafir, siapakah yang mengkafirkan sahabat? Apakah terminologi kafir menurut al-Quran? Pesan saya kuasai terminologi dahulu sebelum membuat dakwaan.
Pesan saya juga baca habis hadis-hadis sahih dalam sahihain. Sila baca bab senggama Rasulullah saw kalau saudara salsabila nak mengerti apa itu hadis sahih dan apa itu gosip sahih.
Sila kuasai apa yang sdr ingin katakan. Ahlus sunnah wal jamaah muncul setelah Ashaari dan Maturidi keluar Muktazilah! Justeru pesan saya kuasai juga sejarah dan falsafah.
Di mananya umum porak peranda? Hanya segelintir kecil termasuk saudara sahaja yang rasa diporak perandakan. Kenapa kita umat Islam nak duduk dalam zon selesa dan tak mahu berfikir dan merenung kembali sejarah dan sirah supaya yang tidak betul boleh dibetulkan?
Saya memang suka menuntut ilmu. Insya-Allah sedang melakukan PhD kedua. Ia ada kena mengena dengan semua ini.
Hariz
Itu buktinya syiah dan sunni pernah hidup rukun di Mesir. Yang tak boleh tengok sunni dan syiah jadi satu ialah wahabi yang mengenakan baju salafi.
Menurut saya, mungkin kita tak perlu menjadi seorang syiah utk mjd sedih ke atas kesyahidan sayyidina Hussin.. Smua org spatutnnya merasakan kehilangan beliau.. Nabi Muhammad SAW adalah datuk beliau.. Siapa Nabi Muhammad SAW? Baginda SAW adalah nabi kita semua.. Oleh itu, Sayyidina Hussin mempunyai hubungan yg rapat dgn Nabi SAW kita.. Kita kata kita cintakan Nabi SAW kan? Mengapa kita tak boleh berbuat demikian utk Sayyidina Hussin..
Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan. Tuduhan kafir itu bukanlah boleh suka-suka sahaja kita sebutkan kepada sesiapa. Ia hendaklah menggunakan terminalogi menurut neraca Al-Quran.
Memang benar ada di antara sahabat selepas wafatnya nabi terpesong jalannya. Tetapi kita tidak tahu apakah antara mereka ini telah menyesal dan dosanya diampuni oleh Allah. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dengan sebenarnya.
Apa yang saya lihat perselisihan sunni syiahh ini terjadi kerana berlebih-lebihan antara satu sama lain. Yang satu terlalu memusuhi para sahabat dan yang satu lagi terlalu mempertahankan para sahabat.
Kita perlu mengakui memang ada antara sahabat itu telah terkilaf dan tersalah jalan selepas wafatnya nabi. Tak perlulah kita keji mereka dengan melampau. Memadailah kita mengatakan yang ini silap dan yang itu salah. Mana tahu mungkin mereka telah bertaubat dan dosa mereka telah diampunkan
dan pihak yang satu lagi, terima lah kenyataan bahawa tidak semua sahabat itu sempurna. Terimalah kenyataan bahawa ada diantara mereka memang tersilap. Semoga mereka itu diampunkan.
Semoga kita semua diampunkan.
Salam,
Mengapa sdra meng'umum'kan istilah sunni ?. Seolah-olah mereka yang tidak syiah dan tidak beramal dengan amalan syiah kesemuanya sunni. Jika begitu sunni masih banyak di mukabumi ni termasuk wahhabi, muktazili, mungkin ?.
Mungkin saudara dapat mengesahkan melalui sumber alquran & sabdaan bahawa memperingati karbala ini memang sepatutnya diinsitusikan seperti syiah berbuat, ataukah ianya hanya keupacaraan yang terlalu dipolitikkan sehingga menjadi satu doktrin berideologi untuk survival sesuatu kelompok yang bukan sunni terhadap kelompok yang dituduh sunni ?.
Jika pun Ummul Mukminin Aisyah rha meratap dia tidak pula kemudiannya membudaya atau mengupacarakan peratapan ini. Mengapa begitu ?. Beliau rha hidup untuk jangkamasa yang lama padahalnya.
Tidak terasakah bahawa mungkin bahan perasa emosi telah dihamburkan secara berlebih-lebihan dalam konteks ini.
PondokDungunTgganu
Salsabila,
jika kita mengkaji dengan telus, anda akan dapati terdapat kepincangan dalam ahlu sunnah. Maaf saya katakan, tetapi inilah yang saya temui. Bagaimana kedudukan hadis yang ditsiqahkan sedangkan orangnya fasiq? Dan macam-macam lagi.
Pondok,
Nampaknya hadis yang sayab berikan sebelum2 ini (lihat entri2 sebelum) terus menumpulkan hati saudara. Tidakkah saya sudah menuliskan bahawa selepas Rasulullah saw wafat pun baginda muncul dalam mimpi isterinya Ummu Salamah tentang pembunuhan Saidina Husin. Saudara tak boleh terima kebenaran ya?
Tepat sekali, Sdr Pondok. Ia merupakan budaya sejak Nabi Adam (Madarij al Nubuwah), sejak Nabi Yusuf (Tafsir Kabir), ketika kematian Numan ibn Muqran, Saidina Umar juga memukul kepalanya (Aqd al Farid), malah insiden Aisyah meratap sambil menampar muka selepas kewafatan Rasulullah juga termuat dalam Musnad Imam Ahmad Hanbal.
alamak! org wahabi sudah datang......
mesti nak report kat syeikh dia si raja abdullah yg mengaku menjadi 'khadam al-haramain'! teruskan dr ft membasuh fikiran mereka2 yg telah didik oleh yahudi yg bertopengkan islam ini.. kalau membantai syiah mengalahkan bush! suruh bantu palestin dia buat tak nampak jer..tak pasal2 si syiah iran kena tolong palestin.. ini lah dia perangai jahat si wahabi ni.. tak habis2 dari dulu nak pecahkan umat islam yg semakin nak bersatu ni.. cubalah 'cermin muka' sikit... tak malu ke kat syiah iran tu? boleh mengadap israel dan amerika sorang2 je.. nak harap kan si wahabi arab saudi tu.. sampai kiamat duduk dalam istana dia jer..nak harapkan malaysia! mcm langit dgn bumi jauhnya.. teruskan dr ft! org jakim pun semuanya ada otak..tak tau lah kalau dah menjangkit bahlolnya akibat si wahabi ni punya hasutan! bukaklah mata dan hati kamu semua..kaji dan pelajari kejayaan mereka..jgn bertindak ikut nafsu! kalau dasar pandang ke timur pun kita ikut jepun yg kafir tu, mengapa tidak ikut iran yang jelas2 islamnya..tak tau lah kalau ada yg kata syiah tu kafir! teruklah tanah suci makkah setiap tahun dibanjiri oleh 'org2 kafir'....
Salam....
Sejarah adalah sebahagian dr isi al quran.pelbagai kisah para nabi di sebut berulang2 utk memberi pelajaran
pd umat sepanjang zaman agar manusia jgn mengulangi kesilapan umat yg terdahulu dan bangkit menjadi umat yg kenal batas dan sempadan.
Apa jua yg ada disisi Nya akan Kekal dan sebaliknya pasti punah.Berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah apa yg terjadi pd mereka yg menentang Kami.
Bani Umayyah telah musnah begitu jua bani abassiyah dan uthmaniah.Mengapa islam yg mereka sebarkan hingga ke Cordova hanya tinggal istana sebagai mercu tanda spt pyramid di era firaun.
Hari ini tagisan mereka yang mengenang tragedi Karbala kita remehkan dgn menganggap extrimis dsb. kita seblknya berpesta jomriuh di ambang hr menperingati peristiwa pembunuhan kejam ahli keluarga baginda junjungan SAAW masih lg merasa lebih dekat dgn "kebenaran".
Assalamualaikum, komen aku sebelum ni bukanlah utk meremeh ataupun menghina ahlul bait, cuma aku mengutarakan persoalan mengapakah org2 syiah ini memberi sedikit kelebihan layanannya kpd ahlul bait berbanding Rasulullah SAW??? Kenapa tidak pula aku mendengar majlis MERATAP@MERAUNG utk hari kewafatan Rasulullah SAW?? Bagaimana pula hukum tentang mencederakan diri dgn sengaja semata2 utk MERATAP@MERAUNG kematian ahlul bait?? soalan aku tentang adakah Saidatina Aisyah mengamal atau mensanatkan perbuatan MERATAP@MERAUNG ini langsung dari Rasulullah tidak pula tuan jawab?? Sekurang2nya org yg tuan gelarkan sbg burung kakaktua ini melakukan solat hanya kerana ALLAH dan berpegang dgn yakin yg solatnya itu langsung dari ajaran Rasulullah SAW, bukannya dari mazhab syiah PEMUJA ahlul bait, w'salam
Salam
Sdr nampaknya seorang lagi yang mencelah tanpa memahami rangkaian2 entri yang telah saya kemukakan. Apa hukumnya, eloklah jangan menyampuk kata orang Melayu. Bacalah dulu satu2 entri yang ada. Nampaknya sdr tidak berminat dengan apa pun melainkan berasa seronok menyesatkan orang. Mana sdr tahu orang syiah tidak meratap pada hari kewafatan Rasulullah saw?
fulisiankantora,
ya. Seharusnya kamu telusuri dahulu posting-posting sebelum ini sebelum memberi komen. Hairan dengan mereka ini, tidak tahu pasal Syiah, tetapi terlalu sebok nak komen.
Enggak tahu, sok tahu
Sungguh, kisah wafatnya rasullullah memang menyedihkan. Sebenarnya banyak rahsia yang kita Sunni tidak mengetahuinya. Ada antara sahabat sendiri yang menyangka Rasullulah meracau dan kurang waras kerana sakit terik.
Kita sunni kurang memperingati hari wafatnya rasullulah.
Kerana apa? Kerana Inikah? kerana inikah ada yang cuba sembunyikan fakta dan sebab itu tiada sambutan hari memperingati wafatnya Rasul?
"Menjelang kematian Nabi Muhammad yang semakin dekat, dalam rumah Nabi terdapat beberapa orang dan diantara mereka terdapat Umar bin Khatab. Nabi
Muhammad berkata "Mendekatlah, akan aku tuliskan bagi kalian sesuatu yang akan membuat kalian tidak akan tersesat selamanya" Umar berkata " Nabi Muhammad sakit parah, dan kalian telah memiliki Quran. Cukuplah bagi kalian Quran, Kitab Allah bagi kita. "Orang-orang di rumah Nabi berdebat. Beberapa orang di antaranya berkata, "Ambilkan pena dan agar Rasulullah menuliskan bagi kalian sesuatu yang tidak akan membuat kalian tersesat." Sementara yang lainnya mengulangi apa yang Umar katakan. Ketika mereka berteriak-teriak keras dan bertengkar di hadapan Nabi, Nabi berkata kepada mereka, "Pergi kalian, tinggalkan aku!" Ibnu Abbas berkata, "Pertengkaran dan keributan tersebut merupakan bencana besar yang membuat Rasulullah tidak jadi menuliskan sesuatu bagi mereka."
sumber Shahih al-Bukhari (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas)
http://www.searchtruth.com/book_display.php?book=3&translator=1&start=0&number=114#114
Abu Najmi, yang SUCI dan MAKSUM adalah dari rahim Fatimah azZahra'!
Alahai...*lol
Dan yang 2-3 kerat kelam terkelibut tak tentu pasal ni kenapa? Nak bersatu, bukan setakat titik persamaan yang dicari tetapi titik perbezaan perlu disepakati & difahami.
Geopolitik Timur Tengah juga kini telah turut berubah. Iraq, Yaman, Lebanon & Syria juga menjadi pendukung utama Iran. Apa yang sedang berlaku ini adalah satu kekuatan yang sedang dibina bersama yang selama ini kita sebagai org Islam teraba-raba mencarinya akibat perbalahan sesama mazhab!
Bangkit & bersatulah!
Tangisan
I
Dalam mereka menangis
Republik Islam telah mereka didirikan
Dalam mereka menangis
Harga roti tetap murah dikekalkan
Dalam mereka menangis
Zionis mereka nyahkan
Dalam mereka menangis
Ulama’ mereka utamakan
Dalam mereka menangis
Nuklear mereka rungkaikan
Dalam mereka menangis
Muslimah mereka lindungkan
II
Kenapa tidak kita tangis?
Sukarkah kita menangis
Atas pemergian penghulu pemuda syurga
Sukarkah kita menangis
Atas pemenggalan penghulu pemuda syurga
Tak mampukah kita menangis
Atas kesedihan Nabi dan keluarganya
Tak mampukah kita menangis
Atas pembantaian dahsyat sepanjang zaman
Kalaulah mahal tangisan kita
Dan begitu bakhilnya mata kita
Dan begitu keringnya hati kita
Maka
Paling kurang sedih-sedihkanlah diri kita
Dan hadiahkan kalungan fatihah
Buat syuhada karbala
Yang mati kehausan
Mati kekeringan
Pada hari Asyura
Di tanah Karb dan Bala’
Salam...
@ fulisiakantora,
1) "mengapakah org2 syiah ini memberi sedikit kelebihan layanannya kpd ahlul bait berbanding Rasulullah SAW???"
---> Jawaban saya cukup mudah, orang-orang Syiah tidak pernah meninggikan Ahlulbait melebihi Nabi saaw. Akan tetapi, kaum2 bermazhab spt anda sebenarnya yang sering merendah-rendahkan Nabi saaw.
Saya harap anda buka al-Quran dan selak surah syura:23 . anda pasti menemui jawaban mengapa kami memuliakan Ahlulbait.
2)"Kenapa tidak pula aku mendengar majlis MERATAP@MERAUNG utk hari kewafatan Rasulullah SAW??"
--->Seharusnya anda baca entri sebelum dengan cermat. Jangan gopoh ya.
3) "Bagaimana pula hukum tentang mencederakan diri dgn sengaja semata2 utk MERATAP@MERAUNG kematian ahlul bait??"
--->Boleh bawakan bukti,apakah ada mana-mana orang syiah yg cedera parah bila ber'matam'? Saya nak juga lihat. kemudian, saya kira anda alpa dengan sejarah Nabi saaw.
Nabi saaw sendiri bertanya, "Tidak ada orangkah yang meratap untuk Saidina Hamzah?"
Jika benar Islam mengharamkan 'meratap', maka, Nabi lah yg telah mengajarkan kita semua melakukan perbuatan haram. Setuju tak yg ni?
4) "bukannya dari mazhab syiah PEMUJA ahlul bait"
---> Saat kami 'memuja' atau memuliakan Ahlulbait adalah bersandarkan al-Quran.
Bagaimana pula dengan kaum anda yg seringkali memuja dan meng'quddus'kan PARA SAHABAT tanpa segan silu? Sahabat tidak maksum, dan, boleh berbuat dosa. Tetapi, Ahlulbait tidak. Saya harap anda banyakkan baca Quran daripada berkomentar tak tentu hala.
Wassalam
alsalamalaikum
saya merupakan seorang bekas syiah yg telah keluar dan sekarang ini menjadi sunni muslim semula alhamdulillah.
bagi saya sekarang ini, syiah masih saudara seislam saya berdasarkan kalimah laillaha illallah wamuhammadurrasulullah.
tapi sebab saya meninggalkan syiah ialah apabila saya sedari tentang kesesatan yg ada di dalam mazhab tersebut bukan melalui penglihatan org sunni tetapi setelah saya bertungkus lumus mempelajari syiah melalui orang orang iran sendiri.setelah berinteraksi dengan ayatollah ayatollah dan salah seorangnya telah meninggal dunia baru baru ini.
pelajaran yg diberi makin hari makin pelik. penerimaan saya kepada syiah kerana cinta saya terhadap ahlulbait dan kemuliaan serta ketinggian akhlaq ahlulbait. tetapi setelah sekian lama saya berada didalam syiah, saya tidak dapat merasakan kecintaan yang ikhlas kepada Rasulullah dan ahlulbait baginda.
kecintaan syiah ialah kecintaan yang berdasarkan duniawi semata-mata. bukan pemahaman sebenar berlandaskan jalan para kekasih kekasih Allah. Bukan sahaja melalui petunjuk fizikal, tetapi Allah telah memberi petunjuk spiritual kepada saya dan saudara saya supaya meninggalkan syiah . bagi saya, kesesatan syiah(bukan ghulat) bukanlah kesesatan yang boleh kita mengkafirkan mereka, tetapi kesesatan yang lahir atas dasar ketidak fahaman jalan ahlulbait nabi yang sebenar SAWA.
15 tahun saya sebagai syiah dan sekarang saya ialah seorang Muslim yang bermazhabkan shafie dan berakidahkan ashaairah, biiznillahi taala.
saya tahu sangat bagaimana rasanya menjadi seorang syiah yang cuba berlindung di balik nama sunni tetapi selalu cuba untuk menegakkan benang yang basah dalam syiah.
saya bergaul dengan semua jenis golongan syiah termasuk the so called irfani. Semua selok belok dan amalan kebiasan org syiah saya pernah mengamalkannya.kecuali doa sanam quraish yang memang dari awal saya tidak boleh menerimanya dan percaya ia bukan sesekali doa dari imam ali As.
Hakikatnya, demi Allah dan rasul , syiahnya saya sebelum ini kerana kecintaan saya kepada nabi Muhammad SAW dan ahlulbait baginda. dan sekarang keluarnya saya dari syiah adalah kerana sebab yang sama.
Allahumma solli a’la muhammad wa aalihi wa ashabihi ajmaeen.
salam sejahtera buat tuan rumah dan komentar2 yg hebat !
sebelum lanjut menulis, saya menyeru kepada semua untuk berbincang mengenai bab agama, bukan untuk mencari kemenangan tapi kebenaran...
semuanya syiah dan sunni mengikut jalan yg sama iaitu dari ajaran Rasullulah saw...pertelingkahan utk menyatakan siapa yg lebih hebat bakal memakan dan menjahanamkan umat Islam itu sendiri...
sebelum pergi lebih jauh, elok kita rujuk dulu pada rukun Islam yg pertama iaitu :
adalah lebih baik kita balik kepada kalimah syahadah yg satu ashaduanlaillahailallah, waashaduannamuhamadunrassullah...
sudahkah kalimah tersebut dikaji sedalam dalamnya ?
fahamkan kita apakah ucapan 2 kalimah syahadat ?
mana satu kalimah tauhid mana satu kalimah rasul ?
berapa pecahan adalah dalam setiap kalimah tersebut ?
insyaAllah dengan izin Allah dan Rasulnya semua persoalan tersebut dapat dirungkai bersama.
selagi benteng kalimah itu tidak dapat dihayati dan diamalkan kekuatan manakah lagi dapat kita melawan segala ancaman terutama melawan kedegilan dalam diri kita sendiri sebelum melihat keluar....
sekian wasalam..
aidil
Kepada user Islam dan lain-lain.
Saya ingin bertanya.
(1) Sebelum manusia bernama Asyaari menubuhkan ASWJ, apakah pegangan yang dianuti oleh umat Islam sebelum penubuhan ASWJ? Ini kerana kalian mempertahankan selain ASWJ adalah sesat.
(2) Asyaari berpegang kepada Imam feqah yang mana?
(3) Bagaimana anda memahami Tsaqalain? iaitu Kitabullah dan ithrath ahlul bayt. Adakah ASWJ mengikut petunjuk ahlul bayt. Setahu saya kalian hanya mencintai, menjaga hak mereka dan menyayangi sahaja kan.
Lagi satu kepada Islam, boleh saya tahu nama Ayatullah-ayatullah itu> Mcm ramai je ye. Nak tahu juga.
alsalamualaikum
kepada abal shazwan,
mengenai nama nama ayatollah, biarlah iya menjadi simpanan peribadi saya. hanya Allah dan rasul-Nya menjadi saksi sudah memadai bagi saya.
dan mengenai ashaari, sebelum saya menjadi syiah, saya sendiri tak berapa tahu apa dia ashaari ni, tetapi lepas belajaar dalam sebuah institusi yg dikelolakan oleh orang orang syiah dari qom untuk mendalami pengajian syiah saya, di situ saya mula mengenal ashaari dan mula membuat kajian terperinci dengan berfikiran neutral.rupa-rupanya saya sedar bahawa saya memilih syiah sebelum ini sebelum mengenal dengan terperinci mazhab dan akidah yang menjadi pegangan keturunan saya.
saya di sini bukan untuk berdebat tetapi hanya untuk memaklumkan bahawa sebagai bekas syiah, saya tahu selok belok taqiyyah.
sekali lagi saya tegaskan dengan bersaksikan Allah dan rasul serta ahlulbait baginda:
syiahnya saya sebelum ini kerana kecintaan saya kepada nabi Muhammad SAW dan ahlulbait baginda. dan sekarang keluarnya saya dari syiah adalah kerana sebab yang sama.
Allahumma solli a’la muhammad wa aalihi wa ashabihi ajmaeen.
bagi saya, perjalanan ahlulbait bukan seperti yg digambarkan oleh syiah.saya mengaku bahawa kebanyakan orang orang sunni kini banyak meninggalkan ahlulbait oleh kerana musuh musuh Allah yg berjaya mengalpakan ummat islam.dan ini tidak bermakna syiah benar.
InsyaAllah suatu hari nanti, pasti sinar kebenaran perjalanan ahlulbait yang tulen akan muncul kerana ini janji Allah dan RasulNya.
I sense the filth of 'kakigebang' around.
salam,
Syiah adalah sesat lg menyesatkan..
mengapa harus lebih mengutamakan Husain r.a daripada Nabi Musa a.s, sedangkan Nabi Musa adalah Ulul Azmi yg tertulis namanya di Al-quran, Sedangkan kata Nabi saw : Aku lebih layak berpuasa daripada org yahudi ketika sampinya di Madinah.. Dalam kaedah fiqh : لا ضرر ولا ضرار tidak boleh bahaya dan tidak membahayakan, Ianya juga adalah Sabda nabi riwayat bukhari, muslim, imam ahmad dan Ibnu Majah..
Sekarg ini apa yg syiah lakukan adalah melampau, tidak habis2 lg hendak mengkafirkan sahabat yg dijamin masuk syurga, ada juga mengatakn keturunan nabi saw maksum, dalil mana yg diambil.. cuba nyatakan ?
Sepakat ulama2 Muktabar mengatakan syiah adalah sesat dan bukannya ahli sunnah waljamaah ~ mengapa hendak pula dihebahkan pada masyarkat yg jahil..
tolong minta saudara kaji dulu dan mengaji dengn ahlinya terlebih dahulu, supaya jgn sesat lg menyesatkan org lain..
Minta maaf jika terkasar ~ Student Fiqh dan Usul fiqh, University Yarmouk Jordan
Islam.
Kamu tidak rugi apa-apa pun kalau bgtau nama Ayatullah. Atau kamu tidak pernah jumpa pun ayatullah tersebut? He..he..
Taqiyyah, betul ke kamu bekas Syiah. Kamu tidak faham erti sebenar taqiyyah kot sehingga meninggalkan Syiah?
Asyaari adalah bekas muktazilah selama 50 tahun. Kamu mahu mengikut bekas fahaman muktazilah berbanding Imam Jaafar Sadiq yang mulia, bahkan beliau adalah guru mazhab?
(1)Apa pendapat kalian, Sunni tentang perubahan syariat dalam Islam seperti perubahan azan "Assola tu khairum minan naum" dalam azan Subuh oleh Umar? Jangan pula kata sebagai Ijtihad.
(2) Jika mut'ah itu haram, apakah hukum Islam yang diperuntukan ke atas sesiapa yang melakukannya? Contohmya, zina--> rejam/sebat. Mut'ah--> ??. Sila lah jawab.
Team Halaqah.
Rasanya kamu tahu bukan dalil yang digunakan Syiah untuk isu kemaksuman ahlul bayt. Saya sebut sahaja.
1)Ayatul Tahir (Ahzab 33)
2) Hadis Kisa.
Oleh kerana saya merasakan ilmu kamu setinggi langit, sila nafikan hujah kami ke atas 2 point tersebut.
Islam.
Kamu tidak rugi apa-apa pun kalau bgtau nama Ayatullah. Atau kamu tidak pernah jumpa pun ayatullah tersebut? He..he..
Taqiyyah, betul ke kamu bekas Syiah. Kamu tidak faham erti sebenar taqiyyah kot sehingga meninggalkan Syiah?
Asyaari adalah bekas muktazilah selama 50 tahun. Kamu mahu mengikut bekas fahaman muktazilah berbanding Imam Jaafar Sadiq yang mulia, bahkan beliau adalah guru mazhab?
(1)Apa pendapat kalian, Sunni tentang perubahan syariat dalam Islam seperti perubahan azan "Assola tu khairum minan naum" dalam azan Subuh oleh Umar? Jangan pula kata sebagai Ijtihad.
(2) Jika mut'ah itu haram, apakah hukum Islam yang diperuntukan ke atas sesiapa yang melakukannya? Contohnya, zina--> rejam/sebat. Mut'ah--> ??. Sila lah jawab.
December 19, 2010Isu Penahanan 200 Pengikut Syiah : Novel Faisal Tehrani Lebih Bahaya
Sejak dua tiga hari ini, isu berkenaan ajaran Syiah semakin mendapat tempat dalam media massa tempatan. Apatah lagi, baru-baru ini JAIS telah menahan 200 orang pengikut Syiah di Gombak yang didapati mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ahlu sunnah wal jamaah. Pada hemat saya, janji kerajaan untuk memantau kegiatan Syiah di negara ini sangat bertepatan dan kena pada masanya. Sudah tiba saat dan ketikanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap penganut ajaran tersebut.
Perlu diingatkan, ajaran Syiah tidak hanya disebarkan melalui kegiatan seperti mana yang berlaku di Gombak baru-baru ini, malah lebih daripada itu, ajaran Syiah sudah lama disebarkan melalui sastera dan penulisan. Kaedah ini jauh lebih merbahaya daripada kaedah berkumpul di rumah atau di markas-markas tertentu. Berkumpul di rumah atau di tempat-tempat tertentu lebih mudah dikesan dan pantau, sebaliknya jika ajaran Syiah itu disebarkan secara halus melalui sastera atau penulisan, agar sukar untuk ia dibendung dan dipantau.
Salah seorang sasterawan muda yang dikatakan mendukung dan cuba mempertahankan Syiah di negara ini ialah saudara Faisal Tehrani. Sudah tiga tahun saya mengikuti blog dan tulisan novel-novelnya, ternyata dakwaan sesetengah pihak bahawa Faisal Tehrani cuba mengembangkan fahaman Syiah ada kebenarannya. Beberapa hasil karyanya sangat jelas menunjukkan fahaman tersebut - jika tidak, masakan beliau mampu menulis ajaran tersebut dalam wajah sastera dengan penuh ketepatan dan ketelitian.
Novel-novelnya seperti Ketupat Cinta, Saatul Ibaad dan Karbala, merupakan antara tulisan beliau yang jelas menyokong ajaran Syiah. Namun demikian, suka saya menyarankan kepada para pembaca agar sentiasa mengikuti tulisan Faisal Tehrani di blognya, yang pada hemat saya lebih jelas membuktikan ideologi Syiahnya. Faisal, di dalam blognya sering mempertahankan beberapa amalan Syiah yang sudah pun disepakati oleh ahlul sunnah wal jamah sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam. Ada baiknya juga para pembaca mengikuti penjelasan terperinci Dr Asri Zainul Abidin berhubung unsur Syiah di dalam novel Faisal berjudul Ketupat Cinta. Dan jangan lupa kaji juga novel kontroversinya berjudul Saatul Saatul.
Walaupun Faisal Tehrani tidak pernah mengaku sebagai penganut fahaman Syiah - namun demikian, hasil karyanya tetap mengundang fitnah dan secara terang-terangan mendukung fahaman Syiah di negara ini
tindakan segera
Oleh MARY VICTORIA DASS
maryvictoria@hmetro.com.my JOHOR BAHRU: Semua pentadbiran universiti di negara ini diminta menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi memastikan tiada pensyarah yang menganuti fahaman Syiah hingga mempengaruhi kumpulan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fahaman berkenaan adalah bertentangan dengan ajaran berteraskan Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan umat Islam di negara ini.
“Setakat ini saya tidak pasti sama ada perkara itu berlaku atau tidak kerana itu saya minta pihak universiti siasat dan ambil tindakan segera.
“Jenis tindakan yang diambil juga terpulang pada pentadbiran sesebuah universiti," katanya.
Mohamed Khaled berkata, kementerian juga bimbang jika ada pensyarah di universiti terbabit sama dalam fahaman berkenaan kerana ia boleh mempengaruhi golongan pelajar hingga menimbulkan masalah tidak diingini.
“Mana-nama universiti boleh mengadakan kerjasama dengan polis untuk mendapatkan maklumat atau menyalurkan maklumat jika ada antara pelajar dan pensyarah mereka terbabit dalam fahaman ini
Sdr joecharlie,
Jangan sekali-kali menganggap kami, pembaca karya-karya Faisal Tehrani ini, bodoh dan menelan sahaja semua yang dituliskannya. Tulisan sdr itu menghina kami seolah-olah kami ini tidak berfikir ketika membacanya. Dan pernahkah sdr mendengar sesiapa yang membaca novel-novelnya menjadi syiah selepas membacanya? Berikan bukti, jika ada.
Sdr menjadikan Dr.Asri sebagai rujukan sdr. Tidakkah sdr tahu yang Dr.Asri itu mengajar sesuatu yang berlawanan dengan ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah? Malah berita tentang penahanannya tersebar luas di media arus perdana. Sdr lupakah?
Sdr mengatakan ada unsur-unsur syiah dalam karya Faisal. Sdr sudah mengkajinya - mencari sumber primer dan sekunder tentang apa yang sdr anggap unsur syiah itu?
Saya, pembaca yang sentiasa mencari setiap fakta yang diberikan dalam novel-novelnya dalam sumber-sumber lain dan membuat perbandingan, langsung membuat kesimpulan. Saya membaca dengan akal dan hati. Sdr seperti sayakah?
Paranoia. Ini perkataan yang paling tepat untuk sdr. Tahu maknanya? Jika sdr ada akal, carilah sendiri.
Post a Comment