Tidak tahulah anak siapa ini. Terbaring manja di saf pertama pula. Saya tidak dapat membayangkan kalau anak ini di saf pertama Masjid Negara pada saat solat hari raya. Makan tengking agaknya. Bayangkan anak manja ini berada di saf pertama Masjid Negara tika pemimpin negara kita bersiap di barisan pertama di belakang imam solat. Di Iran, tiada siapa, hatta, Presiden Ahmadinejad dan Pemimpin Agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei pun berasa terganggu dengan kanak-kanak lelaki dengan bulldozer jingga itu.Menggamamkan!
* Sebetulnya masjid kita 'anti kanak-kanak', yang belum bersunat pula dihalau duduk di belakang. Konon 'belum masanya'. Tidak hairanlah anak-anak menjadi pelarian dan mendapat perhatian di sisi Uncle Aznil.



42 comments:
SETUJU!
Habis dikata nya mak ayah mane yg tak pandai ajar anak
Tidak hairanlah anak-anak menjadi pelarian dan mendapat perhatian di sisi Uncle Aznil
-___-' benar tu akh faisal
setuju dengan ayat akhir tu.
sedih tengok budakbudak ni kena sisih dekat masjid.
mulia sangat gamaknya orang dewasa yang sah-sah bertimbun dosanya berbanding budakbudak yang sah-sah dosa ciput.
ceh!
uncle aznil made me rofl. great post.
setuju
tak gemar tengok kanak-kanak yang kecil-kecil lagi dah terlibat dalam hiburan yang melampau
assalamualaikum..
kalau awal2 anak direject duk belakang.. bila anak2 bising dimarahinya.. degil la.. tapi kita selalu nampak kesalahan pada anak, pada diri kita tak nampak.. semuanya betul.. pembentukkan anak ini biarlah dari rebung.. dah jadi buluh dah tak guna..
anak-anak adalah warisan kita.. apabila dia memasuki persekitaran yang wujud dengan kebaikan, keikhlasan dan dibiarkan dalam dunianya.. ia akan mendapat ruh agama itu sendiri..
like the last sentence; pasal perhatian di sisi Uncle Aznil--
smoga kita dpt mencapai masyarakat yg anak2 kecil juga cintakan masjid =)
Subhanallah..
mentaliti di Malaysia yang tidak baek perlu diperbetulkan..
Sedangkan Saidina Ali bersolat di sisi baginda
Pengalaman saya beberapa hari lepas. Anak-anak bising di belakang saf, kita faham kerana mereka belum faham. Tapi si bapa yang tak tahu tutup (atau sekurang-kurangnyan silentkan) handphone, lebih mengganggu kekusyukkan solat jemaah.
Setuju! Kalau kat sini habislah kena cubit ngan mak dan ayah ;)
HAHA!
Amat tepat sekali
Kesimpulannya?
Bawak uncle aznil sembahyang sama2 dekat masjid =,='
Dr Hj Faisal,
saya ada anak kecil. setiap kali suami saya membawa anak kami ke masjid dia pasti akan menjadi sasaran 'saf belakang'. sbb mereka kata budak yang tak sunat lagi, najis..maka jika dia solat dengan saf orang baligh maka seluruh saf itu batal solatnya?? betul ka Dr?
betul! teman setuju dengan pendapat kamu tu...
____________________________________
new entry < http://koriieleys.blogspot.com/2010/12/yakin.html
raudzah
Kalau saya beritahu maklumat ini tentu saya akan jadi sasaran kecaman.
Menurut pandangan ustaz2 kita begitulah. Tetapi menurut mazhab Jafari (yakni syiah Imamiyah) di Iran, kanak-kanak dibebaskan di masjid semahu-mahunya. Saya pernah bertanya kepada seorang lelaki Iran, pelajar UKM, beliau menjawab begini: 'Tidakkah hadis yang masyhur dalam kalangan sunni tentang Imam Husin dan Hasan ialah insiden mereka memanjat belakang Nabi Muhammad saw ketika baginda Rasul sedang sujud?'
Itu sahaja bukti kanak-kanak boleh berada di mana pun dalam masjid semahu mereka.
Soalnya ustaz2 kita suka meletak hukum dan menuduh sesuka hati mereka dan tidak mahu merujuk yang sebenarnya, dalam hal ini merujuk ahlul bait (iaitu keluarga Nabi Muhammad saw).
Kalau suami puan membawa anak kecil ke masjid dan diusir lagi, nasihat saya, katakan begini 'Sedangkan Hasan dan Husin boleh memanjat belakang Nabi.'
Jika tidak jalan juga, katakan, 'Saya tak fikir Imam Syafie menghalang, kerana beliau berguru dengan Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Kedua-duanya pula anak murid Imam Jaafar Sadiq (oneng Rasulullah saw), Imam Jaafar adalah pendiri mazhab Jafari yang menjadi rujukan penduduk Iran saat ini.'
Saya jamin setelah menajwab begitu, bukan anak puan sahaja yang akan diusir, dengan suami2 puan sekali akan dihambat.
'Selamat datang ke dunia khayal yang dicipta oleh ulama kita. Kebenaran tidak pernah menjadi sandaran mereka'
Wassalam.
I was in Masjid Nabawi, Madinah last Oct. Di sana, kanak2 dan guru mengaji macam kawan2 je. Sedang kawan dia membaca surah di sisi sheikh, yang lain2 bergurau senda dengan sheikh, siap boleh betul2 jangut shiekh lagi. kat Malaysia, am sure budak tu dah kene marah if not rotan for being kurang ajar.
Nasihat Dr. pada Raudzah memang menghiburkan. Tapi memang itulah realitinya. Tapi jaga-jaga... takut nanti dilarang terus untuk masuk ke dalam masjid. hehe
Mungkin boleh kongsi juga dengan Dr. & semua. saya ada pengalaman dalam membahaskan permasalahan ini.
Suatu masa, bila dilihat anak saya duduk terlalu dekat dengan saya sehingga memegang dan terpijak kaki dan ada ketikanya anak saya seakan mahu memaut leher saya, seusai solat saya ditegur. Lalu saya hujjahkan dengan kemukakan sepertimana kata Dr., 'Sedangkan Hasan dan Husin boleh memanjat belakang Nabi.' Ada suara yang mahu mematahkan saya dengan berkata, 'Hassan dan Hussin telah berkhatan waktu itu, mereka berdua dikhitankan sewaktu mereka kecil lagi'.
Bersungguh suara yang melarang anak saya dari bersentuhan dengan saya bapanya. Solat saya batal & tidak sah. Lagi lah jahat kalau ada sesiapa yang bersolat dengan anak disisi kerana habis satu saf semua terbatal tidak sah. Adushhh
Anak aku yang aku peluk cium itu jadi najis Dr....
Gambar ini memang menarik
Wallahu'allam
yang sering diingat-ingatkan tentang kanak-kanak ini yang saya faham sebab mereka mungkin membawa najis. jadi untuk langkah berjaga-jaga, letaklah dibelakang.
kerana mungkin kita terlepas pandang tentang pergerakan budak kecil (belum baligh) yang lincah ini. takut-takut mereka ke tandas kaki tersentuh lantai ke atau apa-apa yang najis.(senang kata, apa-apa yang boleh mnyebarkan najis ke orang lain).
likes this post. :)
dlu2 pn wanita yg uzur xleh msk masjid,sbb x suci takut 'bocor' plk.maklumlah,dlu xde teknologi tuala wanita eg wisperer,laurier etc.skrg dh byk,melambak2 so wanita yg uzur xde mslh msk masjid.klo bdk2 plk alasannya takut kencing berak merata2 buat kotor masjid&surau.tp skrg pampers kn ada..so,rsnya xde mslh nk baring2 join org solat.so,parents pn x bimbang kes hilang anak kt masjid&surau.lgpun bdk2 ni xde dosa,knp plk dikira najis?? xkn sbb bru kuar dr salur peranakan mak dia,dimandikan&ada tu kecik2 lg dh disunatkan pn dh kira najis??haish!!
Salam. Setuju. Sepatutnya masjid hari ini lebih mesra kanak-kanak.
Jika tidak, bagaimana mungkin Imam yang ditunggu akan mancul jika generasi mudanya tidak bersedia.
Faisal, aku pernah bergaduh dengan Orang Lama pasal benda ini!
JANGAN HAIRAN JIKA RUMAH IBADAH ORANG ISLAM DI MALAYSIA KOSONG!
Aku Sungguh Sedih Faisal!
AKU YAKIN JIKA MUHAMMAD SAW BOLEH BANGKIT PADA HARI INI, NESCAYA BAGINDA KITA MASUKKAN DALAM SYAHADAH INI AKAN MENYEKEH KEPALA PARA PAK-PAK HAJI DI MALAYSIA YANG BEGITU SUKA MENGHALAU KANAK-KANAK!
Aku Sedih Faisal!
Aku Sangat Sedih!
KEMUDIAN PARA PAK-PAK HAJI INI JUGA YANG MARAH KANAK-KANAK KE KAFE SIBER MAHUPUN KE PLAZA ANGSANA!
CUBALAH KALIAN KE ISTANA KAYANGAN MASJID BANDAR BARU UDA,JOHOR BAHRU!
KANAK-KANAK DIHERDIK JIKA CUBA BERSOLAT JAMAAH DI SAF KEDUA!
CUBA KALIAN KE MASJID CHERATING, KUANTAN, PAHANG!
SIAP DENGAN AMARAN KERAS AGAR KANAK-KANAK TIDAK KE RUANG SOLAT!
KITAB APAKAH YANG KALIAN IMANI???
aku sedih Faisal!
Iran memang Negara Islam contoh yang paling terbaik !
oh ya. teringat kembali dengan novel SN Abdullah Hussain, Imam.
ada satu bahagian bila Imam Mihad berdebat pasal isu ni dengan 'orang besar' jabatan islam.
dan dia pakai hujah saudara FT tu.
*betulkanlah kalau salah ye.
saya sering membiarkan anak2 berada bersama ketika solat
Dan sering saya temukan si anak sedang boboh(bergantung dibelakang)
ayahnya ketika sujud.
Dan jujurnya si kecil 2thn dah tau tertib2 solat, takbiratulnya, tahiyatnya, sujudnya, rukuknya, hatta mendirikan jari telunjuknya. Yang terkadang buat saya malu sendiri, bila melengahkan soalt
Masjid Malaysia tidak 'friendly' dengan kanak2. Tidak hairan mereka lebih suka menyertai realiti tv hiburan yang sedang melanda skrg ini.
dr, ayat terakhir komen dr ini sgt tidak beradab.
psoalah fiqh amali bukan skadar dtanggap dgn satu dua nas.
sy psti dr. pn arif tntg ini.
umum hari ini,
MANUSIA RAMAI PERASAN DIA SEOBJEKTIF NERACA TIMBANG BERAS
sedangkan falsafah ilmu pun tak hadam, mahu berbicara soal ilmu dan kebenaran. lalu biasnya mngikut serakah dan kepentingan sendiri.
moga2 kita semua tak tgolong dlm khalayak sesat.
menarik jugak isu ini..tak terfikir saya ttg situasi cucu nabi yg dok naik kok kong..nak kata mcm mana yer..zaman dulu bukan ada pampers..dan kalau kanak2 kencing dlm masjid contohnya..basahlah karpet masjid tu..apa di zaman nabi dulu ada karpet tak..ada bumbung mcm masjid kita sekarang..ada toilet mcm kita..
saya suka "disisi uncle aznil"
Maaf
Dr.Asri sudah menyebut tentang karutnya hukum mengasingkan saf kanak-kanak dalam masjid melalui tulisannya berjudul
' masjid kita tidak mesra pelanggan'
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=11
Saya sekarang ini menuntut di Jordan. Pernah saja kadang-kadang, anak-anak riuh, berlari-lari sewaktu solat. Habis sahaja solat, kebanyakkan makcik-makcik akan memarahi ibu anak-anak tadi. Marah menengking-nengking, SEBAIK SAHAJA HABIS SOLAT, dengan mengatakan ibu itu tak reti didik anak, dan sebagainya.
Tapi sekiranya bayi terlentang senyap di hadapan, itu tiada masalah. Kerana di sini bergerak dalam solat perkara biasa. Malah boleh bergerak ke saf depan sewaktu solat. Jadi boleh saja dia beralih atu mengalihkan bayi.
Nak katanya, sebenarnnya mana-mana pun sama. Masalah sikap. Cuma di Malaysia, kita terlalu rigid pada hukum tak bergerak lebih 3 kali, waima jari. Sebenarnya boleh sahaja gerak banyak kali, asalkan bukan pergerakan yang besar dan barulah ia dikira satu kali gerakan.
SDR SYAIBANI
Epistemologi dan ontologi sdr dan saya berbeza. Wassalam.
Faizal
Sdr mengatakan "Dr.Asri sudah menyebut tentang karutnya hukum mengasingkan saf kanak-kanak dalam masjid melalui tulisannya berjudul
' masjid kita tidak mesra pelanggan'"
Sdr, itu maknanya Dr MAZA ketinggalan. Beliau hanya mampu berteori dan praktiknya gagal diterapkan meski beliau seorang agamawan yang ulung.
Di Iran, mereka maju ke hadapan, teori dan praktik bersekali.
Teman-teman Pembaca,
Fakta yang mengatakan kanak-kanak (lelaki) tidak berkhatan adalah najis saya tidak tahu mana asasnya. Jadi, kanak-kanak perempuan lebih suci begitu? Kerana itulah saya katakan, beranjaklah paradigma. Berhenti mengikut hukum dan fatwa lapuk. Kita merujuk Imam Syafie. Imam Syafie berguru dengan Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Guru Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah adalah Imam Jaafar Sadiq. Orang Iran, tolak semuanya dan mengambil guru dan sumber kepada ketiga-tiga imam di atas iaitu Imam Jaafar Sadiq ini. Beliau ini keturunan Rasulullah saw jadi pasti tak akan kita tersesat.
Dr. Saya setuju dengan bersandar kepada Imam Jaafar Sadiq itu.
Kalau Imam-imam, bilal-bilal, tok siak jugak Pengerusi atau AJK mana-mana masjid yang rata-rata semua memang 'tak mesra anak-anak' dapat tahu nih ... mahu juga Dr. dihalau dan dilarang keras dari datang ke masjid mereka kot ? hehehe
1. 'Selamat datang ke dunia khayal yang dicipta oleh ulama kita. Kebenaran tidak pernah menjadi sandaran mereka'
2. Berhenti mengikut hukum dan fatwa lapuk. Kita merujuk Imam Syafie. Imam Syafie berguru dengan Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Guru Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah adalah Imam Jaafar Sadiq. Orang Iran, tolak semuanya dan mengambil guru dan sumber kepada ketiga-tiga imam di atas iaitu Imam Jaafar Sadiq ini. Beliau ini keturunan Rasulullah saw jadi pasti tak akan kita tersesat.
apakah iamm 4 hanya brguru dgn imam jaafari shj?
apakah iaam2 4 tak cukup teliti dlm berijtihad?
apakah dr. btul menghadam lumat pmikiran fiqh amaliah imam 4? dan juga imam jaafari ?
dr FT,
dgg rasa hormat,
sy mahu tanya. apakah dr. ingn mengembangkan mazhab jaafari di malasyia sini?
dr seolah mmpertikai keagongan imam 4 mzhb, syafie khususnya.
lalu mngmuka alternatif, imam jaafari.
krana epstmologi dr. lain?
sy harap para pngunjung blog ini bijak menilai
brgkali dr. ada misi dn prncgan tsdiri slama ini?
lalu mbenarkan tuduhan2 trhadap dr. sblum2 ini.
di tahap ini, nampak dah ada pbedaan dan pningkatan.
apa sudah masuk fasa strusnya perjuangan dr.?
ya. saya agak mngerti pmikiran dr dlm menanggapi kbenaran.
memg epstmologi dr. bbeda dgn saya. brgkali. terlihat pd pndgn2 dr.
sikap dn pmikiran dr sentrik syiah. kan?
untuk saya,
dr. seorang pgkagum citra iran yg falsafahnya adalah syiah.
di blog ini, hakikatnya tak putus2 entri tntg kebesaran iran dn yg bkait dgnnya.
ksmpulannya, Dr. ingn mmperjuang pmikiran syiah di malaysia.
betul tak?
tak payah jawab soalan2 sy di atas.
saya hanya inginkan, dr beradab dgn ulamak. sy komen ini pun krana hati sy terkesan dgn ungkapan dr. (lihat ungkapan plg ats komen ini).
minta maaf kalau kasar.
Sdr Syaibani
'Selamat datang ke dunia khayal yang dicipta oleh ulama kita. Kebenaran tidak pernah menjadi sandaran mereka'
Saya tegaskan: 'Selamat datang ke dunia khayal yang dicipta oleh ulama kita. Kebenaran tidak pernah menjadi sandaran mereka'
Sdr akan jumpa inti yang sama dalam banyak tulisan ulama Ikhwan, Jamaat Islam, PAS dan sebagainya. cara beritahu saja yang berbeza.
Saya tidak berbelok2, saya cuma katakan, orang Iran ambil dari sumber yang paling sumber iaitu Imam Jaafar Sadiq, kita ambil dari sumber secondary iaitu murid mereka. Dalam disiplin akademik, kalau buat tesis atau makalah, mengambil sumber secondary adalah lemah. Lulus tetapi lemah. Jadi ambillah dari sumber primer.
Saya sarankan umat Melayu jika ingin kuat dan benar ambil dari sumber primer, apa yang salahnya?
Kenapa sdr takut dengan sumber primer? Nak sorok apa?
Wassalam.
Salam.
Sdr Syaibani,
Hanya orang yang memahami dan menghayati erti:
اللهم صلّ على محمد و على آل محمد
akan tahu mana satu pemimpin yang haq, mana satu pemimpin yang bathil, dan jalan mana yang harus diikuti, jalan mana yang harus dijauhi.
Cari makna, hayati tafsiran selawat, sdr pasti akan menemui jawapan.
Wassalam.
Ala..senang citer mmg Muslim di Malaysia ni totok la...abih citer! Huhu...(Maaf, saya hari ini berbahasa pasar) ;-)
SEDIH BETUL KAT MALAYSIA TAK ADA MCM NIE
Saya setuju. Kita seharusnya ambil dari sumber primer. Tapi sayangnya sumber primer inilah yang jarang dan susah kita dapati di Malaysia.
Saya ingin berkongsi apa yang saya baca:
"Syiah mengatakan: 'Ulama hanya berwenang menyingkap hukum Allah, dan hukum Allah tidak dapat diubah dengan kesepakatan ulama yang ada pada satu masa.
Jika ulama abad ketiga belas semua sepakat bahawa suatu perkara itu hukumnya haram, kemudian pada abad keempat belas ulama sepakat menghalalkan apa yang telah mereka haramkan, maka hukum Allah itu tidak keluar dari dua hukum itu, di antara dua hukum itu pasti ada yang salah; jika bukan hukum yang pertama salah, maka pasti hukum yang kedua pasti salah.'
Dari sisi inilah maka Syiah benar-benar tidak mengakui kebenaran kesepakatan (ijmak) ulama pada suatu hukum pada suatu masa tertentu, kecuali jika kesepakatan hukum itu masih berasal daripada Imam as [ahlul bait Rasulullah] - meski dalam bentuk apa pun. Jika kesepakatan itu sama sekali tidak bersumber daripada Imam as, maka itu bukan hujah." - Muthahhari, Mengenal Epistemologi:241-242
Itulah yang mereka pegang. Kita?
sepatutnya ada pendidikan awal kpd kanak2 cthnya belajar solat, mengaji, mengalunkan azan dibuat dimasjid2 bagi mendekatkan dan membiasakan mereka dgn suasana masjid supaya peranan masjid lebih meluas lagi bkn shj kepada golongan dewasa yg lbh tertumpu dgn solat jemaah ttp juga golongan kanak2..secara tidak langsung ibubapa yg jarang ke masjid akan selalu ke masjid juga...
Apa yang penting adalah didikan kepada anak anak tersebut. Bapa harus menjadi contoh kepada anak anaknya.
Sudah sudah, kita semua sujud kepada Allah serta menjunjung kebenaran yang dibawa oleh Rasullulah bukan?
Imam Jaafari memang benar sebagai sumber primer. Namun kita juga harus sedar bahawa setiap imam membawa hukum bersama hujah masing-masing bukan? Kita tidak boleh abaikan sumber-sumber lain dan bergantung pada satu sumber sahaja. Itulah apa yang saya ustaz saya sering katakan.
Semoga perpaduan islam menjadi lebih kuat pada masa akan datang.
Insyaallah.
Wassalam.
Post a Comment