22 December 2010

Terlepas Dari Disembelih



Blogger MBP2587 yang tidak saya kenali menghantari saya pautan video ini. Ia adalah interbiu wartawan TV Hijrah dengan ketua masyarakat Syiah di Malaysia, Ustaz Haji Kamil Zuhairi bin Haji Abdul Aziz. Saya tidak dapat menonton TV Hijrah (kerana tak reti nak cari salurannya), jadi saya tidak pasti apakah interbiu ini telah disunting, disensor atau langsung tidak disiarkan.

Saya terkejut bila menonton video ini dan diberitahu yang penguatkuasa masuk ke premis mereka dalam keadaan berkasut. Come on lah, orang Islam masuk kuil dan tokong pun wajib menanggalkan sepatu. Kita kan orang Timur.

Ada banyak jawapan kepada pertanyaan saya telah terjawab di sini. Sungguh saya tertarik.

Sebagai pengarang yang berjiwa seni, dan simpatisan mereka; saya menyokong hak-hak asasi kaum minoriti. Saya namakan dua koleksi video ini sebagai Ja'fari Merdeka: Kamu Syiah Kamu Okay.

Sungguh saya kasihan dengan mereka. Saya menasihatkan minoriti Syiah bersabar, Insya-Allah saya percaya mereka akan mendapat hak-hak mereka memandangkan Malaysia adalah sebuah negara sekular yang turut mengiktiraf agama lain bahkan membenarkan konsert Adam Lambert. Saya percaya dengan dialog. Moga-moga ada dialog yang dapat menjernihkan keadaan ini.

Saya gembira dengan kenyataan Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Nik Mustapha Nik Hassan: "Yang penting faham. Itu sebabnya kita mesti ada kefahaman. Perbezaan pandangan adalah perkara kecil, bukan perkara asas. Iktikad tidak berbeza." (klik sini)

* Muhammed Khusrin Munawi Pengarah JAIS menuduh pengikut syiah di dalam video atas sebagai: "Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh". Lihat Utusan Malaysia 17/12/2010. Soalan saya nak ajukan kepada dua wartawan TV Hijrah yang nampak berani dalam video tersebut, 'Macam mana cik adik boleh terlepas ni? Tak Takut Disembelih Ke?'.

** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Kakak-kakak wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

21 comments:

warga marhaen said...

tuan,

sy dah lama mengikuti blog tuan yg kwn sy kata pro syiah ni bertahun2...sy juga mengikuti hasil kajian mereka yg anti syiah berbulan lamanya..dan sy bandingkan...sy lebih meminati kupasan berilmu tuan...sy runsing mengikuti hasil kajian mereka..semuanya haram...but sorry to say, yg mereka kutukkan sgt itu lebih baik fiilnya dr mereka..

bg pihak seperti sy, sy mempercayai golongan ali itu terpecah menjadi 3...mgkn yg tuan sukakan yg satu itu...tetapi mereka sukakan yg hangat...x mahu mencari titik persamaan...bg sy tuan manusia penting dalam pembangunan kerohanian sy, ini pujian ikhlas utk tuan, kerana sy rasakan ikhlas tuan mengaji untuk islam,budaya melayu dan mahu kita mencontohi mereka..biarlah tuan tohmahan mereka...sy bersikap mengambil yg baik2 sahaja...bukankah kita juga ada lompongnya?

bersepah page di facebook menghina tuan pada hemat sy, biarkan mereka, sy juga pernah ragu dengan pendapat tuan, ttp sy cuba mencari perkara yg baik2 hingga sy yakin kembali dgn pendapat tuan itu, bg sy tuan hanya melampiaskan yang tuan tahu, yang tuan mahu kongsikan, yang tuan telah mahir dengannya, yg tuan telah kaji..

sy muak dgn sikap mengkafiran mereka, sana sini kafir, sempit benar islam ini bg mereka, dan mereka mengatakan islam itu tidak sempit..bagaimana sy mahu belajar dengan mereka, ke iran pun mereka x pernah.

biarlah mereka tuan, sy terus mengagumi tuan dan karya tuan,terutamanya manikam kalbu..

sy yakin tuan itu tahu yg benar dan yang salah, dan semua org sy fikir tahu membezakan..cuma x mahu...

teruslah menyatakan kebenaran,sy berdoa untuk kebenaran itu tuan.

asslamualaikum.

abu tamy said...

Salam
Sdr Dr.
Ini mihnah untuk mencerahkan kebenaran.sebenarnya yang menghalalkan darah puak syiah adakah dari orang2 kita yang kononnya "pure".dalam Internet fatwa2 mereka amat menakutkan.tak hairanlah ramai insan tak bersalah di Iraq & Afghanistan jadi mangsa golongan ini yang bertopengkan Islam.
Teruskanlah usaha Dr.itu. saya penuh yakin dengan pendekatan dr. yang sangat bijaksana.
Salam wrt.

aat @ paat said...

"Perjuangan al-Husein diteruskan oleh ulamak selepas beliau. Atas sebab itulah Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Malik berkonfrontasi dengan khalifah di zaman mereka. Dan atas sebab itulah juga Imam al-Shafi’e pernah berkata, “sekiranya menyokong keluarga Rasulullah/ahlulbait itu dianggap sebagai pemberontakan, maka biarlah manusia dan jin bersaksi yang aku ini merupakan pemberontak.”

saya syorkan tuan tulis mengenai nikah mut'ah yg dbenarkn dlm shiah jaafari & apa hujah & peraturan yg mreka tetapkn.. krana sering pihak yg krg ilmunya salah dlm pnafsirannya.. mungkin ulama sunni & shiah pun ade pntafsirannya sdiri..

etoi sy said...

sudah-sudah la tuh, saudara..anta (kamu) ni dokter, tapi entry anta seakan-akan mahu melagakan umat islam itu sendiri...lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak tahu menahu apa itu syiah, apa itu sunni. it dosen't matter if u have your own opinion, but please do not instigated others la...kalau anta sangat sukakan syiah itu sendiri, teruskan..kerana ketaksuban itu adalah salah satu sifat dari syaitan. anta (kamu) mesti 1001x lebih tahu dari ana..lebih berguna sekiranya anta siarkan kebaikkan syiah itu sendiri, daripada anta mengorek cerita bahawa penentang syiah itu salah dan tidak adil...ana tahu, dari entry anta yang sebelumnya, anta bukan saja fanatik pada penganut syiaah, malah sifat ketaksuban pada pemimpin iran yang berani menentang US, menjadi salah satu punca anta lupa mungkin...yang mana kenyataannya, yang batil tetap batil, haram tetap haram, tak mungkin akan jadi halal..=)

sanahfotog.com said...

Salam Dr,

Selepas mengetahui 'syiah' dari blog ini, saya lebih banyak membaca maklumat tentang syiah di laman2 web lain. Justeru itu saya telah banyak meneroka, banyak membaca, banyak untuk lebih memahami, banyak maklumat yang boleh dibanding dan sangat banyak berfikir. Bukankah tuhan telah menganugerahkan manusia itu akal? justeru itu, berfikir lah...

maaf, sekadar berkongsi pengalaman saya di blog Dr ini.

lalok said...

mana pendidikan dia dapat nih..knowledge tinggi nih..ada sapa2 tau mana dia study dulu tak..

asyMok_Aambo said...

Tahniah TV Hijrah.

ISLAM adalah KETERBUKAAN dan BERLAPANG DADA.

Apa pula Pendapat Encik Khusrin?

behlul said...

assalamualaikum..

kata orang tua.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

kita tak habis-habis nak mencari salah orang atau salah pegangang.. tapi kita sendiri tak pernah nak perhati diri apakah pegangan kita ini kukuh dan benar.. perhti-perhatikanlah

Nabilah said...

Malaysia ini unik sekali,

Yang sungguh 'merbahaya', diberi lesen berleluasa, diberi kehormatan & kuasa, bebas bersuara, seperti Sisters in Islam (SIS).

Aneh, aneh, dan aneh.

"Alangkah lucunya negeri ini."

@___@

Dr Faisal Tehrani said...

etoi
tak faham. saudara mesti belajar syllogisms. siapa yang memulakan aksi bodoh ini i wonder. seorang lelaki bernama khusrin. dan dia, seperti sdr nampaknya tak cukup ilmu syllogisms. and thats why this happen.

memang tugas seorang dr, atau ilmuan tunjukkan penyakit masyarakat dan cara nak mengubatnya. if you dont like my opinion, go to other clinics. banyak specialist lain.

mohd ihsam zainuddin said...

etoi

fanatik dan ketaksuban kpd benda baik teramat dituntut dlm islam.jgn jadi mcm sesetengah org yg melabel diri mereka islam liberal,moderate,islam pertengahan dan sewaktu dgnnya.,krn ia adalah ciptaan yahudi.kalau pemimpin iran itu berani mengeluarkan fatwa bunuh terhadap salman rushdie contohnya;maka kita dituntut fanatik kpd pemimpin itu kerana ia adalah demi kebaikan umat islam.Jika pemimpin iran itu bermati-matian menghentam kekejaman israel di palestin, maka kita juga dituntut fanatik terhadapnya... kalau kita menyembunyikan kesalahan kita pada hari ini, sudah tentu akan jadi rosak binasa umat manusia pada masa akan datang... itulah yg terjadi dlm sejarah umat islam terdahulu.akibat terlalu banyak perkara2 yg disembunyikan oleh para khalifah dan pemerintah islam terdahulu menyebabkan kita menjadi mangsa perpecahan pada masa kini.. jangan mengulangi kesilapan yg lepas.pelajarilah dan kajilah secara perlahan-lahan..berdialog lebih menyelesaikan masalah dari kita menghentam dan melabel yg tidak tentu punca..mulakanlah dulu dgn mengkaji sejarah sunni dan persoalkanlah kenapa imam hanafi sanggup dipenjarakan oleh khalifah islam pada masa itu.. siapakah guru kepada imam-imam sunnah yg empat ini.. sudah tentu anda akan berjumpa imam jaafar as-sadiq yg merupakan guru kpd empat2 mazhab sunni ini. imam jaafar adalah imam mazhab syiah yg disebut al-baqir.. lalu, di manakah ahli sunnah itu yg sebenarnya.. seterusnya kajilah negara2 islam yg disebarkan melalui peperangan dan negara2 islam yg disebarkan melalui perdagangan dan perkahwinan..bagaimana negara seperti sepanyol(andalusia) boleh jatuh kembali kpd kristian eropah..kalau tidak, sudah tentu kita boleh bersaudara sesama islam dgn raul gonzales,david villa,fernando toress dan bintang2 world cup sepanyol yg lain pada hari ini... !

Cherstina said...

nak tanya pada Dr FT, kenapa Saidina Ali sendiri tidak mempertahankan wasiat Rasullah yang berwasiat dia(Saidina Ali) yang patut jadi Khalifah yang pertama. Kenapa dibiarkan 3 khalifah memegang tampuk pemerintahan pada zaman Khalifah tersebut. Kalau benar kenapa Saidina Ali tidak memperjuangkan hak nya sebagai khalifah yang layak. Pengikutnya pun bukan calang-calang banyaknya...

warga marhaen said...

http://rockerkampung.blogspot.com/2010/11/faisal-tehrani-dan-bukti-beliau-adalah.html

1jja1912 said...

Salam..

Terima kasih atas perkongsian.

saya pasti ramai lagi yang dimomokkan dengan fitnah-fitnah syiah itu sesat dan sebagainya, sedangkan ada lagi perkara lain yang terang-terangan sesat tidak pula diisytiharkan sebagai sesat.

Kasihan negaraku.. begitu lama tenggelam dalam fitnah ini.

Ya Allah, satukanlah umat islam Akhir zaman ini..

Ramai dikalangan kita hanya mengikut-ikut pendapat kebanyakkan tanpa mahu mengkaji dan memikirkannya sendiri. Jadilah ibarat 'pak turut'..

Buta sebelum buta.

Wassalam. Terima Kasih DR.FT atas segala perkongsian seumpama ini.

Terus paparkan pelbagai kebenaran yang hampir dilupakan, hampir terkubur di celah kebatilan yang semakin menyesakkan umat hari ini.

Moga Allah melindungi DR, kemanapun tanah yang dipijak, dimanapun langit yang dr junjung. Allah sentiasa ada, dan masyarakat hari ini, sungguh hauskan kebenaran.

Saya ingat petikan kata-kata dr dalam sebuah novel tuan 'Usahakan mencari kebenaran secara fitrah, dalam dunia yang dilambaki fitnah.'

Wassalam.

1jja1912 said...

Setuju dengan jawapan Dr.

Seorang muallim, tidak sahaja mengajarkan, bahkan turut akan menjadi murabbi.

Seorang yang tahu, memikirkan, dan menyikapi tentang sesuatu isu, akan sengaja menggelumangkan dirinya dalam kemelut kancah masyarakat, untuk menunjukkan solusi permasalahan ummah.

Kalau tiada seorangpun ilmuan yang bergelar 'DR' dan tidak menjadi agen perubahan dalam pemikiran, saya sarankan bakar saja anugerah itu. Kerana ia tidak membawa apa-apa perubahan dalam masyarakat, cukup jika anugerah itu mengenyangkan perut anak ke cucu.

Sedang ilmu itu adalah amanah, ilmu itu untuk dikongsi. Anda yang tahu akan diminta pertanggungjwabkan jika tidak menyampaikan ilmu itu kepada yang tidak tahu.

Kepada yang tidak tahu, perlu mengambil tahu, perlu bersikap, perlu mencari kebenaran itu, jangan jadi pengikut suara kebanyakkan, nanti akan hilang pendirian.

Teruskan 'menggodek' dan kongsikan segala ilmu yang Dr.Ft maklum kesahihannya. Terima kasih Dr.

Wassalam.

Dr Faisal Tehrani said...

Cherstina,

saudara mesti banyak membaca barulah saudara dapat jawapan. Carilah. Janganlah malas. Ilmu itu milik semua.

saudara tidak boleh bergantung kepada orang. Saya boleh sahaja menipu kan?

Boleh mula baca dengan Fitnah Terbesar Dalam islam, Taha Husain, atau Khilafah dan Kerajaan oleh Maududi. Kedua-duanya buku sejarah dengan terjemahan yang bagus.

abu mohsein said...

Ketika peristiwa Ghadir dan wasiat terakhir Rasul orang pertama yang mengucapkan tahniah adalah Saidina Umar r.a dan diikuti oleh para sahabat yang lain. Ketika Rasul wafat kita perlu membaca kisahnya dalam sejarah dan cuba memahami situasi dan hikmah peristiwa kewafatan Rasul. Siapa yang memandikan jenazah Rasul? Siapakah yang mengkafankan dan siapakah yang mentalqinkan Rssulullah s.a.w. dan siapa yang terakhir dalam qubur bersama Rasul. Siapakah dikalangan manusia yang dapat menyentuh badan Rasul...siapakah yang dapat mmandikanjasad suci seorang Nabi kekasih Allah.

Peristiwa mengkafan dan memandikan serta mengekbumikan Rasul hanyalah dilakukan oleh beberapa orang sahaja yang benar2 mencintai dan mengasihi serta maarifah akan Rasulnya. Kalau kita sendirilah....apabila kehilangan kekasih hati...kalau boleh kita nak masuk kubur bersama...tapi apakan daya. Inikah pula kekasih Allah Muhammad s.a.w. Apajadi pun..kalau pun tinggal luar negeri...kalau dapat kita nak balik jugak..untuk lihat, cium dan peluk jasad terakhir kekasih kita...contohnya seorang ibu. Begitulah hakikat manusia dan cinta. Namun ianya tidak berlaku keatas Rasulullah s.a.w.

Sebenarna Ali tak perlu mnuntut pun Imamah atau khalifahnya. Para sahabat adalah manusia yang bersama Rasul ketika susah dan senang. Semuanya memahami ilmu dan memahami sunnah Rasulullah s.a.w sepatutnya telah jelas dan terang tentang peristiwa ghadir yang menunjukkan Ali sebagai khalifah dan Imam selepas wafatnya Rasul. Apapun Ali memang menuntut namun sahabat dan rakan bersamanya yang setia dan menerima wasiat Rasul tidak ramai. Apapun Imamah atau Khalifah Rasul bukan spertimana kita selalu faham bahawa ia mesti jadi Pemimpin Pentadbiran Negara. Tidak...pada sisi ahl bait Imamah adalah pemimpin dunia dan pemimpin akhirat tak kira samada ada jawatan dalam pentadbiran negara atau tidak.. Rasulullah bersabda: ""Al Hassan wal Hussein Imama, qama au qaada" Imam Hassan dan Imam Hussein itu Imam samada mereka berdiri (berkuasa) atau duduk (tidak berjawatan). Mereka adalah sumber mataair ilmu dan penyelesai segala masalah.

Di masjid India bila khutbah selalu disebut...AL Hassan wal Hussein imamul mashariqi wal agharib...

Mereka berdua adalah pemuka syurga, penghulu pemuda syurga.....heheh mana ada org tua diakhirat.

Kalau kita tak kenal Tok Penghulu akhirat ni..camna...ya....kebel tak dak...tapi yang mencintai Ahl Bait ...depa ada tali dan org nak rekomenkan mendapat syafaat..untuk tidak berlama dalam neraka....auuzubillah.

Adilla Harun said...

Maha Besar Allah. "Kun Fa Ya Kun"-Jika Allah mengatakan jadi, maka jadilah. Ini kehendak Allah. Semoga sesiapa yang terlalu prejudis, dapat membuka satu ruang pemahaman dan perlahan-lahan mula mengisinya.

Satu lagi yang saya pelik-bab Wahabi (sebab tak berapa faham dan kenal dengan mereka). Bagaimana wujud mereka ni? Apa agenda mereka? Setakat maha usaha mereka dalam menggagalkan kesatuan Islam? Ada rezeki nanti-mungkin saya akan lebih faham.

Saya berpandangan mungkinkah Islam sekarang sedang menuju ke arah 'Kebangkitan Semula'? Isu-isu sebegini seolah-olah bakal membuka mata kita dan dunia. Jangan kata tak ada kena mengena dengan kita. Padahal ia 'totally' berkenaan dengan kita yang yang mengakui, mengimani dan bernaung bawah Dua Kalimah Syahadah. Mengucap dan Solawat!.

hellmy said...

Adilla Harun,

Wahabbi bermula dengan hadis nabi s.a.w ini :


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

صحيح البخاري

Rasulullah SAW bersabda :

"Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata : "Ya Rasulullah, juga Najd kita..?", (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata : "Ya Rasulullah, juga Najd kita..?",(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata : "Ya Rasulullah, juga Najd kami..??", beliau SAW kemudian menjawab : "Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!" (Sahih Al Bukhari)

Najd itu di Arab Saudi yang ada sekarang ini yang dulunya disebut Hijaz.

Maksud saya, Nabi s.a.w sudah lama memberi bayangan akan wujudnya golongan Wahabbi ini. Pengasasnya adalah Muhammad bin Abdul Wahab.

Apa kaitannya dengan Bani Saud yang memerintah Arab Saudi sekarang ini...?

Saya dah buka pintunya, anda masuklah ke dalamnya ya? ;-)

Sekian.

ayiee69 said...

salam,

Memang benarlah petikan kata-kata dr dalam sebuah novel...
'Usahakan mencari kebenaran secara fitrah, dalam dunia yang dilambaki fitnah.'

Solawat!!!

Yudi Helfi said...

@Helmy :
saya ingin koreksi, Najd tak sama dengan Hejaz. Daerah Najd adalah saudi sebelah timur sementara hejaz adalah saudi sebelah barat.

Yang termasuk dalam wilayah Hejaz ialah Makkah dan Madinas sekarang sedang Riyadh termasuhk kepada Najd.

Rasulullah datang daripada tanah Hejaz manakala Wahhabi datang daripada Najd.