









Ekoran dari entri-entri sebelumnya, ramai juga yang menggelupur kepanasan. Saya tidak akan menulis banyak. Kata-kata ini memadai: Umat Islam leka mendebatkan samada mana satu yang benar, meluruskan (syiah) atau mendekap (sunni) tangan ketika bersolat. Sedang dalam masa yang sama musuh bersatu
merancang untuk memotong sama sekali tangan kita -
Almarhum Imam Ruhullah Khomeini.
Marilah kita berhijrah dari perpecahan kepada kesatuan.
merancang untuk memotong sama sekali tangan kita -
Almarhum Imam Ruhullah Khomeini.
Marilah kita berhijrah dari perpecahan kepada kesatuan.



12 comments:
terkadang kita menumpukan terhadap perbezaan padahal kita masih banyak persamaan.. mungkin?
assalamualaikum..
inilah yang diinginkan oleh musuh-musuh islam yang sengaja mengalihkan perbagai cerita tentang syiah serta sunni agar agenda mereka tidak diambil peduli..
contoh paling perkara, kita boikot cuma tempoh 2 atau 3 bulan sahaja.. kemudian berhenti bila isu itu senyap.. sedang agenda mereka terus berjalan setiap detik..
Mc'Donald, KFC, Pizza Hut, Burger Kings dan banyak lagi masih kita lihat terdampar dan berselera untuk menjamah sedang gambar terakam terlalu bnyak ceita.. entahlah saya sendiri dah hilang selera nak makan benda macam tuh..
sempat gak makan RFC(keluaran HPA)
cuma org kita yang ramai.. yang lain senyap dan segan nak masuk..
Salam.
Ya, berhijrahlah dengan mencari persamaan dalam perbezaan. Bukankah "hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan"?
Hayatilah apa yang diperingatkan oleh Allah ini: "Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar”. (al-Anfal:73)
Selamat menyambut tahun baru hijrah juga.
Wassalam.
Alhamdulillah. Masih berpeluang untuk menatap dan menumpang ilmu yang ada dalam blog ini.
Ummah hari ini masih sibuk mempersoalkan syiah, sunni, bidaah, dan perkara-perkara yang menjadi permasalahan cabang agama. Sedangkan 'mereka' ketawa besar melihat perpecahan sesama kita.
Sedang kita disini bercakaran mengkafirkan sesama kita,saudara kita disana, sedang bertarung berjihad menegakkan bumi warisan para anbiya.
Sedang kita disini mencari-cari solusi dalam masalah huru hara gerhana dalam agama, rupa-rupanya disanalah akar umbi dalam penyelesaian setiap masalah. Masalah terbesar ummah kita ada disana, dan ibu segala solusinya juga ada disana.
Wassalam.
umat islam hari ini sering berprasangka buruk sesama mazhab tanpa hujah ilmiah mahupun fakta sejarah. akal yang dikarunia terdekam oleh fanatisme. akibatnya kebenaran yang seringkali tidak dibenarkan oleh akal-akal yang bukan mahu mencari kebenaran mahupun kesatuan sebaliknya hanya mahu mencari perbedaan dan perpecahan
salam alaik ya hussain !!
Semoga hijrah kali ini memberi titik perubahan yang lebih baik kepada semua umat islam.
amin ya rabbal 'alamin
salam,
saya tak paham mengapa perlu ada perpecahan sedangkan kita mengimani Tuhan yang sama,kitab yang sama, rasul yang sama.
cerita hijrah ni dah banyak memenuhkan kantung para cendikiawan kita..
Ya, gambar-gambar tersebut membuktikan bahawa musuh-musuh utama Islam itu sedang ghairah dan rakus meratah umat Islam. Tidak kira tua, muda, lelaki perempuan dan yang amat sadis kanak-kanak.
Masanya umat Islam bersatu dan memusuhi mereka yang selayaknya dimusuhi dan bukan bercakaran dan bertelagah sesama sendiri.
Tumpukan pada persamaan dan kecilkan perbezaan. Allah Maha adil dan pembela pada yang teraniaya.
senapang yang diacu x kan bertanya,,,
sama ada anda sunni atau syiah,,,
mereka cuma knal muslim atau non muslim,,
jgn la kita ter pedaya dgan agenda kafir harbi yg tidak habis2 melaga2kan umat islam yg sedia utuh,,,
selawat,,,
Sama jugalah kita sering dirisaukan kalau satu hari nanti Bukan Melayu jadi PM kita, walhal benda yang patut kita sibukkan ialah memastikan Perlembagaan Persekutuan kita ditafsir mengikut undang2 kita.
Agak memeranjatkan jika tenaga pengajar undang2 kita yang giat menulis dan terkenal, merasakan ada kemungkinan yang undang2 Islam itu ber"lubang" untuk tidak rasa ngilu berterusan mengguna pakai Common.
Lebih mengharukan juga bila beliau dengan selamba melancarkan serangan peribadi secara (dalam tulisannya tentang Common Law di Sinar Harian) halus terhadap tokoh yang mencadangkan agar Common Law ini diganti dengan Syariah Law dengan mengaitkan tokoh tersebut dengan nama dan kes sebusuk dan sebodoh skanda Video VK Linggam.
Sinar Harian adalah akhbar yang dibaca oleh semua orang, sepatutnya diguna untuk menyakinkan Islam tak ada loopholes bukannya mengajak kita mempercayai sebaliknya. Yang lebih memalukan bila yang meragui akan ke"loophole"an Islam itu adalah ilmuwan yang terkenal lagi menulis dalam bidangnya sendiri.
Tak keterlaluanlah jika aku mintak orang macam ini untuk mengucap semula kalau nak naik PENtas aku...ini aku beranganlahkan kalau aku Ketua Lujnah PAS, ka, Ketua Muslimah PAS ka (which is impossiblelahkan). Orang macam ini kena diberikan peringatan yang keras, sebab dia orang dalam (Malaysia). Yang kita sibuk syiah dan sunni tu apa kes? Buek habeh boreh yoo. Syiah dah ada orang JAKIM, kerja terhabis baik untuk menjauhkan kita semua dari Syiah, tak payahlah lagi nak tumpang semangguk memomok2 Syiah.
Ni hah lawyer2 ni hah, tak de sapa nak kawal selia lidah dan mata pena mereka. Mereka inilah yang patut dipantau & diperhati dengan ketat. Megah benor dengan House of Lord yang pakai rambut palsu putih macam meggie mee tu. Kalau le dapat pakai rambut palsu tu...hmm
Itu pasal aku tak akan tukar law lepas diploma ni, sebab kalu tukar, akan berhadapan dengan orang macam ini, boleh jatuh sewel.
salam maal hijrah! semoga apa yg berlaku lebih menginsafkan kita tentang perlunya kesatuan ummah itu tanpa mengira perbezaan mazhab.. apa sahaja perkara yg menguntungkan umat islam perlu disokong tanpa sikap prejudis dan berat sebelah sesama umat islam.umat islam mesti berdiri di belakang umat islam bila berlaku apa pun krisis yg berlaku dlm dunia.tetapi apa yg berlaku tidak mencerminkan apa yg sebenar bila umat islam iran terpaksa menghadapi tekanan dunia secara berseorangan di dalam isu nuklearnya..di manakah perginya umat islam yg lain? adakah kerana mazhab yg menjadi puncanya? atau pun umat islam lebih selesa berada di bawah telunjuk yahudi dan amerika syarikat! tepuk dada tanya iman......!
Post a Comment