01 December 2010

Syiar Pada Bendera

Tidak banyak negara umat Islam yang mendedikasikan syiar Islam pada benderanya. Bendera Arab Saudi berwarna hijau dengan khat Thuluth tertulis dua kalimah syahadah:

لا إله إلا الله محمد رسول الله

lā ’ilāha ’illa-llāh muḥammadun rasūlu-llāh

"Tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah.

Menurut tradisi bani Saud, pedang adalah lambang keadilan. Arab Saudi negara yang penduduknya hampir seratus peratus Islam. Sekitar 80 peratus adalah pengamal wahabisme sementara 15 - 20 persen lagi adalah syiah sejak, era yang dinamakan buku sejarah mainstream sebagai, era Khulafa ar Rasyidin.

Selain itu Iraq juga mencatatkan kalimah Allah pada benderanya. Bendera Iraq berubah acap kali. Pada 13 Januari 1991, pada bendera ini ditambah kalimah Takbir (Allaahu Akbar) antara bintang-bintang yang ada. Kalimah Takbir pada bendera tersebut adalah tulisan tangan diktator dan penjenayah Saddam Hussein. Ia merupakan satu strategi propaganda untuk mendapatkan sokongan dunia Islam ketika Perang Teluk 1 yang melibatkan Kuwait. Setelah kejatuhan Saddam secara hina dina, pada 28 Jun 2004 sehingga 2008 bendera Iraq mengalami transformasi lagi. Kali ini tulisan Takbir digantikan dengan khat Kufi. Pada 21 Januari 2008, bintang nan tiga dibuang dan Takbir dikekalkan dengan khat Kufi berwarna hijau. Sekitar 40 persen umat Islam di Iraq adalah sunni sementara hampir 60 persen lagi adalah syiah, terdapat juga sejumlah minoriti Kristian.

Simbol ini terdapat pada bendera Republik Islam Iran. Ia adalah kalimah Allah tertulis dengan gaya 'Khat e Irfan'.

Kalimah Allah itu adalah dalam bentuk tulip yang dalam tradisi Parsi merupakan simbol kesyahidan. Kalimah Takbir ALLAH AKBAR juga tertulis dalam bahasa Arab sebanyak 11 kali sepanjang garisan hijau dan merah. 90 persen penduduk Iran adalah syiah sementara 8 persen lagi sunni.

7 comments:

princeduyong said...

sekurangnya...melambangkan agungnya islam...

KhairulMarhaen said...

alangkah indah sekiranya bendera negara kita juga melambangkan syiar Islam..

Lepas 'After Effect' Kesan said...

bendera dengan kalimah suci....tak boleh buat demonstrasi terhadap negara-negara ini.... (nanti dipijak-pijak dan dibakar)

Mocha Ghost said...

saya hairanlah dr.
kenapa kalau syiah, walau di kata sesat, tapi ada yang mengaku sebagai syiah, tapi kenapa wahabi, juga dikatakan orang sebagai sesat, tapi tak ada pun yang mengaku sebagai wahabi. Adakah wahabi sekadar satu gelaran, tapi bukan satu anutan?

lalok said...

berdosa tak kalau kita redesignkan bendera kita..berdosa tak..saya ni jenis tak reti sket..

abuuwais said...

salam
Agak2 bila Sunni,Syiah,Wahabi dan yg sama waktu dgnnya akan bersatu DR????boleh hurai sikit ???

mohd ihsam zainuddin said...

bendera malaysia pun patut gak tukar kpd tulisan allah..pasal malaysia merupakan negara yg paling banyak 'syiar' islamnya!