01 December 2010

Siapa Kata Perempuan Tidak Boleh Memandu?











Seorang kawan berbangsa Arab, asal Arab Saudi, muncul di rumah saya, datang menziarah. Saya menunjukkan foto-foto di atas. Saya menyakatnya, 'Bolehkah wanita di Saudi menjadi pilot? Memandu kereta pun tidak dibenarkan. Lihat bagaimana pilot dari Iran ini.'

Dia pantas menjawab, 'Untuk maklumanmu akhi, di Saudi, wanita dibenarkan menjadi pilot dan boleh menerbangkan pesawat. Wanita kami bagaimanapun tidak dibenarkan memandu kereta kerana dibimbangi akan diganggu oleh lelaki asing di jalanan.'

Saya pun menjawab pantas, 'Maksudnya, seorang lelaki perlu memandu kereta untuk menghantar wanita tersebut ke lapangan terbang, supaya wanita tersebut ini nanti dapat menerbangkan pesawatnya?'

Teman saya itu hanya meneguk teh dan tidak berkutik apa-apa.

5 comments:

pembaca buku said...

Salam.

Melihat dan membaca entri-entri berkaitan Iran, Syiah dan Ahmadinejad, saya bertanya-tanya dalam diri saya, apakah pasak yang ada pada mereka hingga segala perlakuan dan perbuatan mereka sentiasa berlandaskan kekuatan mereka dalam agama.

Saya membaca banyak buku tentang mereka, lalu saya menemui suatu tulisan tentang manusia dan al-Quran yang ditulis oleh ahli falsafah Syiah yang menyatakan bahawa manusia seharusnya tahu:

(a) dari mana asalnya,
(b) hendak ke mana,
(c) di mana dia sekarang ini,
(d) bagaimana semestinya dia itu,
(e) apa yang mesti dilakukan.

Kesejahteraan dan keselamatan manusia di dunia fana ini dan di akhirat akan ditentukan oleh jawapan praktisnya terhadap kelima-lima masalah ini dengan benar.

Lalu saya terfikir, adakah kita ini sudah cukup memahami sebagaimana mereka untuk sama-sama mendapat kekuatan dalam kehidupan beragama untuk mewarnai dunia pada masa ini dan pada masa hadapan?

Wassalam.

Khamimi said...

http://julianaes.com/bunnybaby-wp/catatan-pembacaan-november-2010/

ulasan dan komen sekitar novel saasatul ibad....

behlul said...

assalamualaikum..

mungkin kita lupa kebebasan bersuara dan hak itu seiring selagi tidak menyalahi tuntutan agama..

habuk said...

'Maksudnya, seorang lelaki perlu memandu kereta untuk menghantar wanita tersebut ke lapangan terbang, supaya wanita tersebut ini nanti dapat menerbangkan pesawatnya?'

yes, sbb llki lbih ssuai utk melindungi wanita

djambu puadovich said...

sepatutnya, Islam itu boleh mengajar lelaki supaya tidak mengganggu wanita sewenang-wenang.