09 December 2010

Seorang Model Bernama Khairy Jamaluddin

Ada teman saya, ahli sebuah pertubuhan liberal untuk wanita bertanya, adakah kerjaya sebagai model catwalk di Republik Islam Iran. Kalau ada, model ini nak menggayakan apa? Takkan cadur semata? Kalau di Malaysia bolehlah menggayakan batik atau songket. Katakan, seperti model di atas ini.

Jawapan saya. Ada. Malah model catwalk Iran menggayakan baju kurung! * Lihat foto di atas.

Contohnya pada Pesta Busana bertema “Women of My Land” pada 12-25 Jun 2008, 100 busana dari pelbagai puak dan etnik syiah dan sunni di Iran dipertontonkan. Termasuklah etnik Melayu. Wait, ada etnik Melayu ke di Iran?

Peduli apa! Bukankah baju kurung itu busana kurungan syariat (sila baca Manikam Kalbu), jadi kalau Iran ingin meminjamnya kita berbangga. Berbanding di negara kita Malaysia, ada etnik Melayu-perasan-Omputeh yang menggayakan pakaian tiada lengan di Jalan Telawi, Kuala Lumpur. Mereka, Iran, mengambil yang baik dari kita, kita pula mengambil yang keji buruk dari omputeh. Kemudian dengan angkuh kita menuduh mereka, syiah-Iran sesat.


Pertunjukan fesyen ini diadakan di Hijab Hall of the Institute for Intellectual Development of Children and Young Adults, Tehran. Dan tiada penonton lelaki dibenarkan masuk.

Hatta fotografer yang ditugaskan pun adalah perempuan semuanya.

Dalam pada itu YB Khairy Jamaluddin dan isteri menggayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk Piala Seri Endon 2010 baru-baru ini.
I am
hadhariless!




26 comments:

AKMAL_ALIF said...

Sungguh cantik dan tenang mata memandang... :-)

Paling menarik bila tak ada penonton lelaki dibenarkan masuk...

hellmy said...

Glam giteww ;-)

Peri PiA said...

jurugambar wanita pakai hijab lagi,sgt cool

shafiqshater said...

terbaik..

long said...

apa barang model lelaki pakai baju pink..uwex!!!!!!

Cik Nurul said...

Ni baru Festival fesyen Islami namanya! tak perlu pun aksara arab pada mana2 bahagian busana tersebut =D

Nur Munirah Binti Mustaffa said...

photographer wanita berhijab :) TERBAEK!

aisyahussein said...

nori tak pakai deodoran ke?ish!

cikeh kawaii said...

post yg menarik~

Che Armad said...

chantek sluar khairy jamaluddin...

shaiqin Aisyah said...

bilanya mahu tengok keadaan macamni di negara saya.

Siti Salha Rosman said...

Terbaiklah!

Suka bila tiada penonton lelaki dibenarkan masuk dan fotografer perempuan juga tetap ada stail walaupun berjilbab.ampard

rozy asrawaldo said...

baju dia, cantik. tidak berat hiasannya. cantik :)

rozy asrawaldo said...

dan ouh ya dr, dimana boleh saya dapatkan cerpen dan novel dr? saya baru mengkuti blog ini. harap diberitahu secepat mungkin

kyo_9 said...

pelik.. apsal model2 Iran tuh sumer x senyum pon ek? Garang jer muka.. ;p

Blog Walker said...

gagaga,Khairy tu jantina apa?Agak senget di situ ye..

Dr Faisal Tehrani said...

kyo,
model catwalk semuanya muka macam tu, tak ada tersengih2 macam abang dan kakak kita tu.
rozy,
boleh cari di mph, times, atau borders. kalau tiada sila pesan. kedai buku kita memang diskriminasi buku melayu kadang2. tak dapat komisen besar berbanding jual harry potter.
atau pesan di ujanailmu.com.my

jana said...

salam Dr,

Tq very much to Dr Hj Faisal on your effort to correct our bad perception towards our brothers and sisters in Iran. Alhamdullilah saya telah berjumpa rakan Syiah yang boleh berbincang tentang Syiah and Sunni..kesimpulannya saya rasa - tidaklah semeyimpang yang disangkakan.

kenapa tiba-tiba saya rasa tidak menyukai warna PINK.. eeeee..nyampah...

AKU OranG LauT said...

Aduusssss....terasa malu jd rakyat Malaysia yg kononnya menjadikan agama Islam sbg agama Rasmi...

Adilla Harun said...

Apo kono eh jang? Baju sendat, seluar singkat. Masih tak henti gelihati. Kah3X.

Jubah-jubah muslimah tu 'elegant' sungguh. Tapi sah tak mampu. Maklumlah 'semua' dah naik.

behlul said...

assalamualaikum..

selalunya pengunjung paling ramai
adalah lelaki, bayagkan lensa-lensa terarah ke mana.. sukar nak mengatakan bahawa jujur dalam profesion mereka..

entahla.. tapi yang kita faham kalau ada model berpakai mencolok mata .. nafsu takkan bersembunyi dibalik iman..

norhayati said...

Salam Dr,
Saya Baru pulang daru Iran dan berpeluang untuk bertemu dan mengadakan perbincangan persama Pengarah Urusan Kanoon Parvaresh, Institute of Intellectual Devolopment of Young and Adults tu. sangat banyak perkara yang dikongsi bersama dan banyak yang boleh diadaptasi ke Malaysia. Pengalaman ke Iran sangat mengujakan... mereka masih boleh maju dan berbelanja tanpa perlu sokongan dari luar!
Pn. Norhayati
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Dr Faisal Tehrani said...

Puan Norhayati
Saya sangat gembira mendengarnya. Tokoh dan usaha puan lah yang akan membetulkan banyak kekeliruan yang ingin diusahakan musuh Islam. Semoga berhasil Insya-Allah. Solawat.

ruggedmom said...

sy sgt teringin menjadi sebahagian drpd photographer itu

RayyanZilfi said...

I love Ahmadinejad & Iran...Dr Faisal pun, dgn sajian artikel2 yg menarik

Pakya said...

Dr, lazimnya ramai manusia di Malaysia bahkan di dunia, senang membuat tanggapan hasil dari maklumat yang tidak lengkap atau mungkin juga berdasarkan half truth. Saya katakan senang, kerana itulah yang mudah untuk dibuat, dari susah-susah menyelidiki sesuatu dengan fokus mengintai kebenaran hakiki. Apakah kita bisa mengasihi saudara seagama kalau kita tidak mahu mengenali?