27 December 2010

Senarai Yang Mesti Dibaca Pemantau:

1. Ayatullah Jaafar Hadi Jawab 'Pak Cik 90 Marhalah' - klik sini.

2. Ayatullah Sayyid Shahrukhi Jawab 'Pak Cik 90 Marhalah' - klik sini.

3. 'To start with, only the Shafi brand of Sunni Islam is recognised as Islam in Malaysia. Minority sects, especially the Shia Muslims, are persecuted and driven underground. Shia Islam is banned by law and only recently a group of Shia mourners were rounded up by the police for practising their faith. Malaysia is as theocratic as a theocracy can be. However, to Malaysia’s credit, the Indian and Chinese ethnic populations as well as the apostates who decide to leave Islam are allowed to live their lives freely (though Malays who choose to convert out of the faith lose their constitutional privileges).' - Yasser Latif Hamdani, akhbar Daily Times Pakistan, klik sini. Nampak gaya, citra Malaysia sanggup dikorbankan, biar ia sangat-sangat terjejas di peringkat antarabangsa demi memperoleh kota Ray.

4. Pencabulan hak asasi manusia menurut Deklarasi Kaherah Untuk Hak Asasi Manusia Dalam Islam Untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1990, klik sini. Rupa-rupanya pengharaman syiah bukan sahaja bertentangan dengan Deklarasi Amman, Jordan 2004, klik sini.

5. Iman Bukan Milik Negara - Aqil Fitri, klik sini.

6. Sunni (Bukan Wahabi) dan Syiah di Madinah, Arab Saudi Memang Geng - klik sini.

7. Dari blog Dr Chandra Muzaffar (SHI’ITES: A SECURITY THREAT?):

The arrest of 200 Shi’ite followers by the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) on 16 December 2010 has raised some disturbing questions.

If those arrested are “fanatics and a threat to national security” as stated by the JAIS Director, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, shouldn’t he support his allegation with incontrovertible evidence? If they are a threat to national security, why were they arrested by the JAIS and not the Police under the relevant security laws? JAIS is in charge of religious affairs, not national security matters. Shouldn’t the JAIS Director also substantiate his claim that members of the group known as Hauzah Ar Ridha Alaihissalam believe that other Muslim groups are “infidels” and it would be lawful to kill them?

In the absence of proof, the discerning public may begin to wonder whether the arrests are directed at Shi’ism as such. After all, there are Islamic Religious Departments and Muslim politicians in Malaysia who regard Shi’ite teachings as “deviationist.” They are obviously wrong.

There is no need to emphasise that Shi’ism is a legitimate part of Islam. Shi’ites subscribe to the same fundamental principles of the religion and practise the same basic tenets of the faith, as the majority Sunni Muslims do. Like the Sunnis, they too have contributed immensely to the growth of Islamic civilisation. There are about 180 million Shi’ites today who belong to the larger Muslim family ( ummah) of 1.7 billion people.

It is of course true that there are certain Shi’ite concepts and rituals that are not acceptable to the Sunnis, and vice-versa. But that does not justify labelling either party as “deviant” or “infidel.” Besides, variations in rituals and conceptual differences among the four main doctrinal schools within the Sunni community are generally accepted by Islamic scholars. To promote greater unity and solidarity within the ummah, the same consideration should be extended to the Shi’ites.

What this suggests is that historically rooted and politically generated antagonisms should not be allowed to distort and destroy ties between the two communities. Sunni-Shi’ite animosities, often manipulated and exploited by vested groups within and without the Muslim ummah, have already led to the killing and maiming of thousands in recent years, especially in Pakistan and Iraq. It is undoubtedly the most divisive ideological split within the ummah today.

Fortunately, some modest attempts are being made by both Sunni and Shi’ite theologians and thinkers in various parts of the world to improve relations between the two groups. This is a positive development that we in Malaysia should support. JAIS officials and other ill-informed individuals in Malaysia should help, rather than hinder, the process.

Dr. Chandra Muzaffar,
President,
International Movement for a Just World (JUST).
Malaysia.
19 December 2010.
(klik sini)

'Happy Memantau!'

** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

16 comments:

matin said...

minta pak cik '90 marhalah" belajar fiqh syafie balik...

ali said...

Tok Sheikh 90 marhalah dah ditukar naik pangkat jadi SUK (tapi ikut MB selangor belum muktamad lagi...ehmm)
..rupa-rupa dia kelulusan ekonomi patut le keluar fatwa 90 marhalah...
Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

http://www.malaysiakini.com/news/151745

KHALID MOHD ISMATH said...

JAIS knp x nk dialog dulu....

penakut atau tak da ilmu...huhuhu

pembaca buku said...

Salam.

Anak saya yang kecil bertanya ketika membaca berita serbuan di muka depan akhbar utusan, "Mengapa mereka buat orang-orang syiah, mak? Bukankah orang-orang syiah juga Islam?" Kemudian, ada pula promosi kesesatan syiah di tv, dia bertanya lagi, "Bukan begini yang mak terangkan dulu. Kenapa tv3 ini buat begini?"

Apa yang akan saya jawab kepada anak kecil saya ini?

Saya telah mendedahkan kepadanya bahawa terdapat beberapa mazhab dalam Islam - syafie, maliki, hanbali, hanafi dan syiah. Dia bebas bertanya tentang persamaan dan perbezaan mazhab-mazhab tersebut dengan saya, juga dengan ustazahnya di sekolah agama rakyat. Dan dia amat bernasib baik kerana ustazahnya seorang yang amat terbuka.

Sengaja saya melakukan demikian, kerana saya tidak mahu dia memandang jelek terhadap mazhab lain, dan 'terkurung' dalam mazhab Syafie sahaja. Tambahan pula, saya banyak membaca tentang perkara ini, dan anak saya ini selalu membelek-belek apa yang saya baca.

Saya katakan kepadanya, "Mazhab mana yang paling benar itu kerja Allah. Bukankah Allah telah mengatakan ada tiga jenis manusia yang lebih baik daripada yang lain, iaitu orang yang berilmu, orang yang berjihad dan orang yang bertakwa? Kita harus ikhlaskan diri untuk menjadi manusia sedemikian, bukan dengan berburuk sangka dan memandang rendah kepada orang lain."

Jadi, sekarang jawapan apa yang hendak saya berikan kepada soalannya itu, Tuan Khusrin? Apakah saya akan mengatakan kepadanya syiah itu bukan Islam, Tuan Jamil Khir? Apakah saya akan katakan kepadanya syiah itu kafir, Dato Abu Hassan? Atau haruskah saya katakan syiah itu sesat, Ustaz Aizam?

Anak kecil saya telah menerima persamaan dan perbezaan itu. Dia amat terbuka dan teringin untuk pergi ke Makkah untuk melihat kepelbagaian itu, kerana di sini kita hidup dalam kepompong kita sahaja.

Dan sekarang tuan-tuan di atas mahu dia menarik balik keterbukaan yang ada dalam kefahamannya itu, dan dengan siri promosi keganasan pula. Tuan-tuan mahu mengajar anak saya menjadi prejudis pulakah? Alangkah!

There is nothing more to say, the damage has been done. Tuan-tuan yang memulakan, tuan-tuanlah yang harus mengakhirkan. Saya dan anak saya yang marhaen ini hanya menunggu fatwa sebenar daripada pihak tuan.

Faisal, buat sementara hingga hujung tahun, izinkan saya 'bercuti' dengan anak kecil saya, untuk menunggu 'orang-orang besar agama' bersidang dan memutuskan apakah status sebenar mazhab syiah di Malaysia, agar dapat pula saya memberi jawapan tepat kepada anak saya ini.

Wassalam.

Ain said...

'Happy Memantau!'

LOLZ.

Kembar said...

hahaha. best. tak kisah la 90 marhalah ke apa ke. Yang pasti haramkan saja Syiah di Malaysia. We don't need them. Tak habis2 lagi Syiah nak perbodohkan orang Melayu.

Allahumma solli ala saidina Muhammad, waala alihi wasahbihi ajmain.

asyMok_Aambo said...

AL-QURANUL KARIM sudah terang lagi benderang MENGINGATKAN akan implikasi/akibat PEMIMPIN/PEMEGANG AMANAH Yang Tidak Jujur.

Tanpa Menuding Jari kepada Sesiapa, Ayuh Wahai Para Pemegang Amanah...
Ayuh Sampaikan secara Total!!!!

Kita Risau Fenomena ABU TALIB Menguasai Para PEMEGANG AMANAH di Malaysia terutama Yang Berkaitan ISLAM.

Abu Talib dahulu bukan TIDAK SEDAR AKAN KEBENARAN MUHAMMAD SAW, anak saudaranya....

ABU TALIB MALU kepada Kaumnya Tika Itu Kerana ABU TALIB adalah SEORANG PEMBESAR KAUMNYA.

Jadi, hari ini Saya AMAT YAKIN Golongan-golongan Yang dipanggil ulama' Bukan Tidak Sedar akan LETAK DUDUK PERKARA YANG SEBENAR....

Mereka Tahu....
Cuma Mereka MALU!

thanx faisal.

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Some people who disagree with you read your write up for the purpose of seeking to understand, in assisting them to choose the most suitable path on our way back "HOME" I duly respect the Syiah crying ritual. But it don't work for me.

As far as I respect those who like to cry, I hope the one who like to cry also give some room for those who like to laugh as long as it don't make other people at large feel uncomfortable.

Saya percaya Islam membolehkan kita ketawa, asalkan tidak berlebihan sehingga ketawa itu ditafsir sebagai mempersenda dan menghina orang.

Di sudut kontra, saya percaya kita memang digalakkan menangis, tapi jika tangisan itu sampai membuatkan orang rasa nak bunuh2 si che lak itu (contoh:- Macam cerita drama senetroen Indonesia di mana cewek menagis kunun dah mengandung, tapi tipu saja nak perangkap cowok iman, ala-ala Fehri Ayat2 Cinta) adakah perbuatan menangis yang sedemikian itu satu yang terpuji? Kenapa yeah nak menagis in public? Menagis senyap2 tak buleh ka? Pokoknya menagis.

Che Lak itu singkatan dari Che kuat melalak dan diberikan kepada anak yang cengeng untuk mengajar dia memberhentikan/mengawal tabiat cengengnya.

nadiah said...

suka saya membaca blog tuan. banyak membuka mata saya. terima kasih. :)

قاسم صفایی نژاد said...

hi. i love shia

mohd ihsam zainuddin said...

kpd kembar..

allahumma soli ala muhammad wa aali muhammad.

ali said...

Bukan Pak cik 90 marhalah je...rupanya ramai lagi yang tak tahu hukum solat jamak dan qasar...tak tahu berapa marhalah atau farsakh boleh jamak dan qasar....

Ada yang jahil tapi rela pula menjahilkan diri sendiri.

Kembar said...

Kepada Mohd Ihsam Zainuddin...

Sekarang sudah terang lagi bersuluh Syiah mencela sahabat sehingga selawat dan salam ke atas mereka juga dinafikan.

Dasar talam dua muka. Sungguh bodoh sesiapa yang mempercayai sunni dan syiah hanya berbeza dalam perkara furu'.

Itulah keindahan sunni. Kami meraikan kedua-dua, antara sahabat dan ahlul bayt. Dan kami berlepas diri daripada mengutuk para sahabat seperti Rafidhah. Dan kami berlepas diri daripada golongan Nasibah yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada Ahlul Bayt...

Allahumma sollia ala saidina Muhammad, waala alihi wasahbihi ajmaenn.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam

kembar, saudara memang betul2 kehabisan dalil dan hujah. belajarlah. saya simpati dengan saudara. di zaman orang tidak peduli lagi dengan propaganda dan mencari sehingga ke lubang cacing, saudara betul2 ketinggalan.

saudara, berdialoglah. dengar video ust kamil tu. memanglah syiah dan sunni berbeza. siapa kata sama. sunni kata yang layak lantik pemimpin setelah ketiadaan Rasulullah ialah manusia. syiah kata yang layak lantik pemimpin selepas kewafatan Rasulullah ialah Allah. kerana itu, saya kira syiah lebih 'usul' dan kita sunni pula mengalami 'furu terlampau'. tak tahulah kalau kehendak manusia itu dah jadi usul pula dalam Islam!

hellmy said...

Kembar,

Ya ke Sunni @ ASWJ meraikan sahabat & ahlulbait?

Jadi mengapa dlm Musnad Imam Ahmad Hanbal ada diriwayatkan Saidina Ali r.a mencela (atau mencelakakan) perbuatan Saidina Umar yang mengharamkan nikah muta'ah? Saidina Ali diriwayatkan lagi mengatakan bahawa org2 Muslim tidak akan terjebak dengan zina jika Umar tidak mengharamkannya.

Saidina Ali ahlulbait, Saidina Umar sahabat.

Atau mungkin awak ni Sunni celup agaknya...alaa, apa ni...Wahab tu..hehe ;-)

Helmi Mohd Foad said...

salam mohon mencelah,

saya melihat tidak selayaknya perbezaan dalam soal cabang diberbesarkan hingga sampai tahap menafikan keimanan orang lain.

dan sekadar mengakui sunni tidak cukup untuk memastikan kita berada pada jalan yang benar melainkan amalan kita mesti benar, begitu juga mengakui syiah ahli bait tidak semudah bicara dimulut melainkan mengamalkan atau berusaha amalkan (bukan sekadar kata aku pun cinta ahlul bait tapi tidak menjadikan itrah itu sebagai hujah.

merujuk kepada isu selawat. mengapa soal selawat syiah pun dipertikaikan semata-mata kerana tidak ada perkataan sahabat sedangkan selawat (allah humma salli ala muhammad wa ali muhammad) itu adalah sama dibacakan dalam solat. (bagi yang bermazhab syafie wajib sebut wa ali muhammad ketika tahiyat akhir tanpa ada penambahan wa sahbihi ajamin.

tetapi di luar solat, saya perhatikan syed hassan nasrallah (mula minat seg gen hizbullah selepas baca cerpen dr faisal) ketika ucapannya...ada sebut wa ashabi akhyar...atau dia sebut wa ashabihi muntajabin...

perkataan itu sama dalam bacaan tahrim subuh di masjid...saya sebut cuplikannya ....muhammadinil muhktar, wa ali hi athar wa ashabi hil akhyar...

so mengapa kita saling bermusuhan sedangkan kita berkongsi sunnah yang sama, cuma jalur periwayatan yang berbeza. 5+5 = 10 dan 6+4 pun jawapannya 10. 2+2+2+2+2 pun 10. 7+3 pun 10, ada berani sapa kata keempat2 kiraan hisab tu salah.