
Tahukah anda, orang-orang syiah jika mereka bersengketa dan bergaduh seburuk mana sekalipun, mereka akan bersatu dalam satu hal. Dan satu hal inilah yang menjadi tali pengikat yang sampai kini mustahil digunting ceraikan.
Tali pengikat itu adalah menangis demi Husin.
Dr. Michael Brant, seorang ejen CIA menawarkan penyelesaiannya dalam laporan bertulis A Plan to Divide and Destroy The Theology. Kesimpulan beliau, hentikan syiah dari menangis. Kekuatan mereka akan luntur dan mudahlah Islam seluruhnya diluluh. Untuk makluman, CIA kurang mempedulikan kita orang-orang sunni. Ini kerana 1) kita tidak bersatu. Kita sunni tidak seperti syiah yang bersatu di bawah kepimpinan seorang ketua. Orang syiah bersatu di sebalik Aketua mereka, Ayatullah al Uzma Ali Khamenei. Juga kerana 2) oleh kerana kita , sunni, bercempera maka mudahlah mereka melantak kita. Sebagai contoh, belum ada gerakan sunni yang berjaya melawan kuasa barat dan tirani di dunia moden ini.
Akan tetapi syiah nampaknya lain. Meski mereka kadang-kala bergaduh dan berbalah; setahun sekali, apabila Muharam tiba mereka akan bersatu dalam tangisan.
Ramai orang menyangka penganut syiah menangis kerana mereka kaki meratap seperti orang gila. Berdasarkan kajian saya, ini adalah tidak benar. Orang syiah percaya, menangis membuktikan ketinggian kedudukan rohani seseorang itu. Kita sunni pun percaya perkara ini. Kitakan sudah pernah mendengar kata-kata, gelak ketawa mematikan hati sedang tangis sedih menyuburkan hati (kerana mengenangkan amal yang masih kurang.)
Baik, berbalik kepada perangai orang syiah yang suka menangis.
Menurut seorang ulama syiah, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi, (foto) orang syiah menangis untuk menuju empat tingkatan spiritual. 1) Mereka berusaha mencapai keredhaan (ar-rida'), 2) Mereka berkehendak kepada kebenaran (ash-shidiq), 3) Mereka menangis memohon petunjuk (al-hidayah) dan 4) Orang syiah menangis dalam proses pemilihan (al-isthifa'). Ayatullah Taqi Misbah Yazdi seterusnya menghuraikan para nabi-nabi telah mencapai empat tingkatan spiritual yang tinggi ini. Ini berdasarkan ayat al-Quran, "Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an al-Karim dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, 'Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.' Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-Isra': 107-109). Melalui ayat ini, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi menegaskan orang syiah menangis bukan kerana mereka tiada kerja lain. Akan tetapi mereka menangis kerana ilmu dan makrifat. Bahawa ilmu dan makrifat itulah penyebab timbulnya tangisan. Sebagai contoh ketika orang syiah mengenang akan kesyahidan Saidina Husin, setiap mereka akan mengetahui hakikat sesuatu meski berbeza-beza dapatannya, dengan itu mereka pun mengetahui hakikat kenabian Rasulullah SAW dan seterusnya mengetahui hakikat kesyahidan Imam Husin. Tiap kali mereka berasa terketuk hati oleh pengetahuan seperti yang terjelma dalam surah al Isra' maka hati mereka menjadi peka, dilanda emosi dan mata mereka pun mulai mengucurkan tangisan.
Bukankah Rasulullah ada bersabda, "Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Di ayat lain Allah berfirman, "Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui (Al-Maidah: 83).
Orang syiah juga percaya falsafah tangisan ada pada ayat ini: 'Apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?' (An-Najm: 59-60)
Orang syiah berbeza daripada kita sunni, kerana selepas al-Quran dan hadis; mereka merujuk ahlul bait sebagai sumber asas ajaran mereka. Oleh itu jika kita membandingkan mereka dengan kita tentulah kurang tepat, kerana memang mereka berbeza dari segi rujukan.
Menurut rujukan syiah, cucunda Rasulullah saw, bernama Zainab (setelah kesyahidan saudaranya Husin dengan cara yang kejam) telah bertindak menyatakan protes dalam senyap yang berkesan iaitu dengan menangis sambil menghantukkan kepalanya kepada tiang penyangga yang digunakan untuk menawan dan mengurung beliau. Tindakan beliau itu menyebabkan pendarahan yang banyak di kepala serentak dengan perarakan masuk membawa kepala Saidina Husin yang telah dipenggal ke dalam kota Kufah. Perbuatan itu menjadi ikutan orang di Kufah yang kesal kerana gagal mempertahankan Saidina Husin dari dibunuh. Zainab terus melakukan perkara yang sama tatkala rombongan beliau yang ditawan itu digiring ke Damsyik untuk menghadap Yazid. Saya difahamkan bahawa aksi Zainab ini menurut sumber rujukan syiah adalah dikira sahih seperti yang diriwayatkan oleh ‘Allamah al-Majlisi dan Sheikh al-Shari’ah al-Isfahani. Riwayat ini misalnya dilaporkan dalam Bihaar al-Anwaar jilid 45, halaman 114. Dan dalam Jalaa’ al-‘Oyun; jilid 2, halaman 238, Zaynab al-Kubra; halaman 112, Asraar al-Shahadah; halaman 474, Al-Muntakhab; jilid 2, halaman 478, dan dalam Nusrat-ul-Madhlum; halaman 18.
Berdasarkan kajian saya, dalil perkabungan untuk mengenang Saidina Husin juga ada dalam tradisi sunni kita. Lihat Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860. Terdapat hadis menggambarkan kedukaan Rasulullah saw sehingga kepala dan muka baginda dipenuhi debu. Saya telah mengemukakan pun hadis penuh tersebut dalam entri sebelum ini. Namun untuk kepuasan merujuk, saya turunkan sekali lagi: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin."
Selain itu, sumber sunni dan syiah kedua-duanya menceritakan perihal sahabat Rasulullah saw bernama Uwais al-Qarni yang sangat mencintai baginda Nabi Muhammad saw. Sebaik sahaja berita Rasullullah cedera serta patah 2 gigi di medan Uhud tiba di telinga beliau (Uwais tinggal di Yaman), Uwais serta merta mencabut satu demi satu giginya merasakan ia tidak memadai, beliau mencabut semua giginya sebagai aksi kesedihan mengenangkan kecederaan baginda Rasul. Apabila Rasulullah saw kemudian dimaklumkan tentang insiden ini, baginda Rasulullah saw mengisytiharkan Uwais adalah sahabatnya yang setia. Kisah ini dapat ditemukan dalam 'Sirat Halbia' jilid II, halaman 295. Untuk makluman tuan-tuan, Uwais adalah sahabat Rasulullah saw yang diiktiraf sahabat meskipun beliau tidak pernah menemui baginda secara fizikalnya. Ini kerana Uwais tinggal berjauhan dari Madinah.
Ulama Sunni terkemuka, Farid al Din Attaar dalam 'Tadhkhirah tul Awliya' melaporkan apabila Uwais kemudiannya bertemu dengan Umar Khattab, beliau mengatakan kepada Umar:
"Jika kau benar-benar sahabat kepada Rasulullah maka mengapa pada hari patahnya gigi Rasulullah kau tidak mematahkan gigimu sebagai satu penyataan persahabatan? Kerana itulah bukti persahabatan. Uwais menunjukkan giginya. Aku mencabut seluruh gigiku walaupun aku tidak pernah menemuimu wahai Rasulullah saw dan bersahabat denganmu secara ghaib. Aku mencabut sebatang gigiku tetapi aku tidak dapat memuaskan hatiku maka aku mencabut satu demi satu sehingga tertanggal semuanya."
Saya mendapati insiden Uwais yang 'ekstrim' ini merupakan satu hujah yang menarik. Pertama, Uwais tidak pernah menemui Rasulullah saw secara sedar. Kedua, Uwais melakukan perbuatan mencederakan diri secara sengaja dengan sedar. Ketiga, secara sedar juga apabila insiden ini dimaklumkan kepada Nabi Muhammad saw, baginda telah memberi 'reward' kepada Uwais iaitu memberikan beliau gelar 'sahabat' yang hanya diperolehi oleh mereka yang hidup bersama Rasulullah saw sahaja.
Walaupun begitu, sila beri perhatian, terdapat banyak bentuk perkabungan dalam kalangan orang syiah. Di Iran dan Lubnan, perkabungan yang lazim dan dibenarkan oleh para ulama terkemuka mereka ialah - sekadar menangis dan meratap - sandarannya adalah Rasulullah saw sendiri menangisi Husin seperti yang telah ditunjukkan menerusi hadis Ummu Salamah (dari rujukan sunni, Tirmidzi, yang terdapat di atas). Kadang kala mereka menjadi lebih kreatif dalam perkabungan dengan melakukan pementasan dan perarakan (semacam reenactment peristiwa di Karbala). Tuan-tuan perlu memahami reenactment kejadian Karbala ini menjadi satu tools pendidikan sangat berkesan buat generasi muda mereka (lihat foto di atas).
Namun, umat syiah di Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India memilih untuk berpegang kepada insiden Zainab al Kubra dan Uwais al Qarni seperti yang telah saya nukilkan di atas. Justeru kita akan melihat beberapa aksi yang ekstrim daripada mereka. Saya tidak nafikan, saya sendiri sebagai pengkaji berasa gerun.
Pada pandangan saya, sementelahan mereka berbeza, dan selagi mereka mempunyai dalil untuk berpegang, serta masih berpaut dan mengikat diri dengan Allah dan Rasulullah saw (akidah yang sama dengan kita, sunni); maka tidak wajar untuk kita melenting menghukum tanpa mengkaji terlebih dahulu. Mereka mendakwa mereka mencederakan diri demi kecintaan kepada Saidina Husin, maka biarlah Saidina Husin yang menerima atau menolak aksi mereka itu. Tidak usahlah kita yang bukan sesiapa ini menghukum pula. Sudahlah kita tidak berkabung mengenangkan Saidina Husin, kita malah tidak mengenal pun sejarah baginda.
Tuan-tuan, azadari atau perkabungan inilah rahsianya pengaruh syiah. Dan inilah yang ingin dimusnahkan oleh CIA.
Nah, Dr. Michael Brant, ejen CIA yang mengkaji dan menekuni kekuatan syiah berbanding sunni dalam laporannya “A Plan to Divide and Destroy the Theology” menemukan satu 'gunting' untuk memutuskan orang-orang syiah yang kuat menangis ini.
Menurut kajiannya, orang syiah tanpa mengira fahaman politik, kawan seteru, kelas dan keturunan akan selalu berhimpun untuk mengingati tragedi Karbala. Dalam majlis peringatan itu, biasanya seseorang akan berceramah dan menukilkan kembali sejarah tragedi Karbala, sambil hadirin pun mendengarkannya. Pada saat itu, menurut Dr Brant lagi, orang syiah akan dirasuk kesedihan (kita telah menghuraikan kenapa mereka melakukan begitu dalam perenggan-perenggan di atas) lalu spontan memukul dada dan melakukan ‘upacara kesedihan’ (seperti yang sebutkan, dalam tradisi mereka dipanggil, azadari).
Dr Brant memutuskan, penceramah dan para pendengar ini sangat penting untuk 'dicemarkan'. Ini kerana, azadari seperti inilah yang selalu menciptakan semangat dan gelora penganut syiah justeru mendorong mereka untuk selalu siap memerangi kebatilan demi menegakkan kebenaran. Hal ini telah saya sentuh secara ringkas dalam entri ini, klik sini.
Maka pelan CIA hasil saranan Dr Brant ialah sembilan perkara:
1. Amerika harus mencari tokoh syiah yang ada sifat materialistik dan memiliki tunjang akidah yang lemah. Bagaimanapun tokoh ini tetap memiliki kemasyhuran dan kata-kata yang berpengaruh. Menerusi tokoh-tokoh inilah CIA berharap dapat menyusupi upacara-upacara azadari (wafat para Imam Ahlul Bait).
2. Daya eksternal yakni Amerika harus menaja dan mendana terus para penceramah dan agamawan sunni yang tidak begitu banyak mengetahui akidah syiah supaya dapat menimbulkan bibit rasa tidak senang sunni terhadap mereka.
3. Daya internal yakni CIA mesti mencari sejumlah orang syiah yang memerlukan duit segera, lalu memanfaatkan mereka dalam kempen anti-syiah. Orang syiah yang akan diajar berkhianat ini akan melemahkan dasar-dasar doktrin syiah sambil melemparkan kesalahan kepada para Marja (ulama rujukan masyarakat Syiah).
4. Orang syiah yang memerlukan wang ini harus diajar dan disuntikkan dalam fikiran mereka bahawa praktik azadari adalah tidak sesuai, dan bertentangan dengan ajaran syiah yang sebenarnya. Hal ini akan dibantu oleh daya eksternal di mana sesetengah orang syiah akan berasa rendah diri, malu atau terpukul ekoran ulama sunni yang mengecam perlakuan azadari mereka.
5. CIA harus membesar-besarkan keburukan aksi azadari sehingga muncul kesan bahwa orang syiah ini adalah kelompok manusia bongok, penuh khurafat, tahyul-sesat di mana pada bulan Muharram melakukan hal-hal yang mengganggu orang lain.
6. Untuk itu, CIA perlu disediakan dana besar, supaya dapat membiayai penceramah baik dari sunni mahupun syiah yang dapat menistakan praktik azadari. Ini supaya mazhab syiah yang logika menjadi sumber keempatnya selepas al-Quran, hadis dan sunnah ahlul bait dapat ditampilkan sebagai suatu mazhab yang sebenarnya tidak logis, palsu dan mengelirukan. Hal ini akan menjelmakan perpecahan di antara mereka dengan sendirinya.
7. Apabila kesatuan mereka sudah genting, sediakanlah gunting iaitu sedikit daya ketenteraan dan perisikan.
8. Kerja perisikan CIA akan bertugas untuk mengucurkan dana besar bagi membaja dan mempropagandakan informasi palsu. Misalnya akan ada laman tertentu memburukkan Ayatullah Ali Khamenei.
9. Akhir sekali berbagai subjek anti-Marjaiyah (anti ulama syiah) harus disusun untuk syiah dan sunni, lalu disebarkan kepada masyarakat secara meluas. Biarkan, maklumat jahat itu akan beredar sendirinya sebagai contoh di alam maya. Marjaiyah (kepimpinan ulama) yang merupakan pusat kekuatan Syiah, dengan itu akan dimusnahkan. Akibatnya, para pengikut syiah akan bertebaran tanpa arah, menjadi seperti saudara mereka sunni lalu mudah untuk CIA menghancurkan mereka.
Tulisan saya ini tidaklah bermaksud membela syiah. Sudah masanya kita memahami satu sama lain. Mereka nampaknya berpegang kepada dalil sendiri. Sebagai ahli akademik adalah menjadi tugas saya mengkaji dan menulis dapatan tersebut buat manfaat keilmuan. Sebarang baik dan buruk terletak di dalam benak dan kalbu tuan-tuan untuk menilainya.
Tali pengikat itu adalah menangis demi Husin.
Dr. Michael Brant, seorang ejen CIA menawarkan penyelesaiannya dalam laporan bertulis A Plan to Divide and Destroy The Theology. Kesimpulan beliau, hentikan syiah dari menangis. Kekuatan mereka akan luntur dan mudahlah Islam seluruhnya diluluh. Untuk makluman, CIA kurang mempedulikan kita orang-orang sunni. Ini kerana 1) kita tidak bersatu. Kita sunni tidak seperti syiah yang bersatu di bawah kepimpinan seorang ketua. Orang syiah bersatu di sebalik Aketua mereka, Ayatullah al Uzma Ali Khamenei. Juga kerana 2) oleh kerana kita , sunni, bercempera maka mudahlah mereka melantak kita. Sebagai contoh, belum ada gerakan sunni yang berjaya melawan kuasa barat dan tirani di dunia moden ini.
Akan tetapi syiah nampaknya lain. Meski mereka kadang-kala bergaduh dan berbalah; setahun sekali, apabila Muharam tiba mereka akan bersatu dalam tangisan.
Ramai orang menyangka penganut syiah menangis kerana mereka kaki meratap seperti orang gila. Berdasarkan kajian saya, ini adalah tidak benar. Orang syiah percaya, menangis membuktikan ketinggian kedudukan rohani seseorang itu. Kita sunni pun percaya perkara ini. Kitakan sudah pernah mendengar kata-kata, gelak ketawa mematikan hati sedang tangis sedih menyuburkan hati (kerana mengenangkan amal yang masih kurang.)
Baik, berbalik kepada perangai orang syiah yang suka menangis.
Menurut seorang ulama syiah, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi, (foto) orang syiah menangis untuk menuju empat tingkatan spiritual. 1) Mereka berusaha mencapai keredhaan (ar-rida'), 2) Mereka berkehendak kepada kebenaran (ash-shidiq), 3) Mereka menangis memohon petunjuk (al-hidayah) dan 4) Orang syiah menangis dalam proses pemilihan (al-isthifa'). Ayatullah Taqi Misbah Yazdi seterusnya menghuraikan para nabi-nabi telah mencapai empat tingkatan spiritual yang tinggi ini. Ini berdasarkan ayat al-Quran, "Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an al-Karim dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, 'Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.' Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-Isra': 107-109). Melalui ayat ini, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi menegaskan orang syiah menangis bukan kerana mereka tiada kerja lain. Akan tetapi mereka menangis kerana ilmu dan makrifat. Bahawa ilmu dan makrifat itulah penyebab timbulnya tangisan. Sebagai contoh ketika orang syiah mengenang akan kesyahidan Saidina Husin, setiap mereka akan mengetahui hakikat sesuatu meski berbeza-beza dapatannya, dengan itu mereka pun mengetahui hakikat kenabian Rasulullah SAW dan seterusnya mengetahui hakikat kesyahidan Imam Husin. Tiap kali mereka berasa terketuk hati oleh pengetahuan seperti yang terjelma dalam surah al Isra' maka hati mereka menjadi peka, dilanda emosi dan mata mereka pun mulai mengucurkan tangisan.Bukankah Rasulullah ada bersabda, "Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Di ayat lain Allah berfirman, "Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui (Al-Maidah: 83).
Orang syiah juga percaya falsafah tangisan ada pada ayat ini: 'Apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?' (An-Najm: 59-60)
Orang syiah berbeza daripada kita sunni, kerana selepas al-Quran dan hadis; mereka merujuk ahlul bait sebagai sumber asas ajaran mereka. Oleh itu jika kita membandingkan mereka dengan kita tentulah kurang tepat, kerana memang mereka berbeza dari segi rujukan.Menurut rujukan syiah, cucunda Rasulullah saw, bernama Zainab (setelah kesyahidan saudaranya Husin dengan cara yang kejam) telah bertindak menyatakan protes dalam senyap yang berkesan iaitu dengan menangis sambil menghantukkan kepalanya kepada tiang penyangga yang digunakan untuk menawan dan mengurung beliau. Tindakan beliau itu menyebabkan pendarahan yang banyak di kepala serentak dengan perarakan masuk membawa kepala Saidina Husin yang telah dipenggal ke dalam kota Kufah. Perbuatan itu menjadi ikutan orang di Kufah yang kesal kerana gagal mempertahankan Saidina Husin dari dibunuh. Zainab terus melakukan perkara yang sama tatkala rombongan beliau yang ditawan itu digiring ke Damsyik untuk menghadap Yazid. Saya difahamkan bahawa aksi Zainab ini menurut sumber rujukan syiah adalah dikira sahih seperti yang diriwayatkan oleh ‘Allamah al-Majlisi dan Sheikh al-Shari’ah al-Isfahani. Riwayat ini misalnya dilaporkan dalam Bihaar al-Anwaar jilid 45, halaman 114. Dan dalam Jalaa’ al-‘Oyun; jilid 2, halaman 238, Zaynab al-Kubra; halaman 112, Asraar al-Shahadah; halaman 474, Al-Muntakhab; jilid 2, halaman 478, dan dalam Nusrat-ul-Madhlum; halaman 18.
Berdasarkan kajian saya, dalil perkabungan untuk mengenang Saidina Husin juga ada dalam tradisi sunni kita. Lihat Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860. Terdapat hadis menggambarkan kedukaan Rasulullah saw sehingga kepala dan muka baginda dipenuhi debu. Saya telah mengemukakan pun hadis penuh tersebut dalam entri sebelum ini. Namun untuk kepuasan merujuk, saya turunkan sekali lagi: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin."
Selain itu, sumber sunni dan syiah kedua-duanya menceritakan perihal sahabat Rasulullah saw bernama Uwais al-Qarni yang sangat mencintai baginda Nabi Muhammad saw. Sebaik sahaja berita Rasullullah cedera serta patah 2 gigi di medan Uhud tiba di telinga beliau (Uwais tinggal di Yaman), Uwais serta merta mencabut satu demi satu giginya merasakan ia tidak memadai, beliau mencabut semua giginya sebagai aksi kesedihan mengenangkan kecederaan baginda Rasul. Apabila Rasulullah saw kemudian dimaklumkan tentang insiden ini, baginda Rasulullah saw mengisytiharkan Uwais adalah sahabatnya yang setia. Kisah ini dapat ditemukan dalam 'Sirat Halbia' jilid II, halaman 295. Untuk makluman tuan-tuan, Uwais adalah sahabat Rasulullah saw yang diiktiraf sahabat meskipun beliau tidak pernah menemui baginda secara fizikalnya. Ini kerana Uwais tinggal berjauhan dari Madinah.Ulama Sunni terkemuka, Farid al Din Attaar dalam 'Tadhkhirah tul Awliya' melaporkan apabila Uwais kemudiannya bertemu dengan Umar Khattab, beliau mengatakan kepada Umar:
"Jika kau benar-benar sahabat kepada Rasulullah maka mengapa pada hari patahnya gigi Rasulullah kau tidak mematahkan gigimu sebagai satu penyataan persahabatan? Kerana itulah bukti persahabatan. Uwais menunjukkan giginya. Aku mencabut seluruh gigiku walaupun aku tidak pernah menemuimu wahai Rasulullah saw dan bersahabat denganmu secara ghaib. Aku mencabut sebatang gigiku tetapi aku tidak dapat memuaskan hatiku maka aku mencabut satu demi satu sehingga tertanggal semuanya."
Saya mendapati insiden Uwais yang 'ekstrim' ini merupakan satu hujah yang menarik. Pertama, Uwais tidak pernah menemui Rasulullah saw secara sedar. Kedua, Uwais melakukan perbuatan mencederakan diri secara sengaja dengan sedar. Ketiga, secara sedar juga apabila insiden ini dimaklumkan kepada Nabi Muhammad saw, baginda telah memberi 'reward' kepada Uwais iaitu memberikan beliau gelar 'sahabat' yang hanya diperolehi oleh mereka yang hidup bersama Rasulullah saw sahaja.
Walaupun begitu, sila beri perhatian, terdapat banyak bentuk perkabungan dalam kalangan orang syiah. Di Iran dan Lubnan, perkabungan yang lazim dan dibenarkan oleh para ulama terkemuka mereka ialah - sekadar menangis dan meratap - sandarannya adalah Rasulullah saw sendiri menangisi Husin seperti yang telah ditunjukkan menerusi hadis Ummu Salamah (dari rujukan sunni, Tirmidzi, yang terdapat di atas). Kadang kala mereka menjadi lebih kreatif dalam perkabungan dengan melakukan pementasan dan perarakan (semacam reenactment peristiwa di Karbala). Tuan-tuan perlu memahami reenactment kejadian Karbala ini menjadi satu tools pendidikan sangat berkesan buat generasi muda mereka (lihat foto di atas).Namun, umat syiah di Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India memilih untuk berpegang kepada insiden Zainab al Kubra dan Uwais al Qarni seperti yang telah saya nukilkan di atas. Justeru kita akan melihat beberapa aksi yang ekstrim daripada mereka. Saya tidak nafikan, saya sendiri sebagai pengkaji berasa gerun.
Pada pandangan saya, sementelahan mereka berbeza, dan selagi mereka mempunyai dalil untuk berpegang, serta masih berpaut dan mengikat diri dengan Allah dan Rasulullah saw (akidah yang sama dengan kita, sunni); maka tidak wajar untuk kita melenting menghukum tanpa mengkaji terlebih dahulu. Mereka mendakwa mereka mencederakan diri demi kecintaan kepada Saidina Husin, maka biarlah Saidina Husin yang menerima atau menolak aksi mereka itu. Tidak usahlah kita yang bukan sesiapa ini menghukum pula. Sudahlah kita tidak berkabung mengenangkan Saidina Husin, kita malah tidak mengenal pun sejarah baginda.
Tuan-tuan, azadari atau perkabungan inilah rahsianya pengaruh syiah. Dan inilah yang ingin dimusnahkan oleh CIA.
Nah, Dr. Michael Brant, ejen CIA yang mengkaji dan menekuni kekuatan syiah berbanding sunni dalam laporannya “A Plan to Divide and Destroy the Theology” menemukan satu 'gunting' untuk memutuskan orang-orang syiah yang kuat menangis ini.
Menurut kajiannya, orang syiah tanpa mengira fahaman politik, kawan seteru, kelas dan keturunan akan selalu berhimpun untuk mengingati tragedi Karbala. Dalam majlis peringatan itu, biasanya seseorang akan berceramah dan menukilkan kembali sejarah tragedi Karbala, sambil hadirin pun mendengarkannya. Pada saat itu, menurut Dr Brant lagi, orang syiah akan dirasuk kesedihan (kita telah menghuraikan kenapa mereka melakukan begitu dalam perenggan-perenggan di atas) lalu spontan memukul dada dan melakukan ‘upacara kesedihan’ (seperti yang sebutkan, dalam tradisi mereka dipanggil, azadari).
Dr Brant memutuskan, penceramah dan para pendengar ini sangat penting untuk 'dicemarkan'. Ini kerana, azadari seperti inilah yang selalu menciptakan semangat dan gelora penganut syiah justeru mendorong mereka untuk selalu siap memerangi kebatilan demi menegakkan kebenaran. Hal ini telah saya sentuh secara ringkas dalam entri ini, klik sini.Maka pelan CIA hasil saranan Dr Brant ialah sembilan perkara:
1. Amerika harus mencari tokoh syiah yang ada sifat materialistik dan memiliki tunjang akidah yang lemah. Bagaimanapun tokoh ini tetap memiliki kemasyhuran dan kata-kata yang berpengaruh. Menerusi tokoh-tokoh inilah CIA berharap dapat menyusupi upacara-upacara azadari (wafat para Imam Ahlul Bait).
2. Daya eksternal yakni Amerika harus menaja dan mendana terus para penceramah dan agamawan sunni yang tidak begitu banyak mengetahui akidah syiah supaya dapat menimbulkan bibit rasa tidak senang sunni terhadap mereka.
3. Daya internal yakni CIA mesti mencari sejumlah orang syiah yang memerlukan duit segera, lalu memanfaatkan mereka dalam kempen anti-syiah. Orang syiah yang akan diajar berkhianat ini akan melemahkan dasar-dasar doktrin syiah sambil melemparkan kesalahan kepada para Marja (ulama rujukan masyarakat Syiah).
4. Orang syiah yang memerlukan wang ini harus diajar dan disuntikkan dalam fikiran mereka bahawa praktik azadari adalah tidak sesuai, dan bertentangan dengan ajaran syiah yang sebenarnya. Hal ini akan dibantu oleh daya eksternal di mana sesetengah orang syiah akan berasa rendah diri, malu atau terpukul ekoran ulama sunni yang mengecam perlakuan azadari mereka.5. CIA harus membesar-besarkan keburukan aksi azadari sehingga muncul kesan bahwa orang syiah ini adalah kelompok manusia bongok, penuh khurafat, tahyul-sesat di mana pada bulan Muharram melakukan hal-hal yang mengganggu orang lain.
6. Untuk itu, CIA perlu disediakan dana besar, supaya dapat membiayai penceramah baik dari sunni mahupun syiah yang dapat menistakan praktik azadari. Ini supaya mazhab syiah yang logika menjadi sumber keempatnya selepas al-Quran, hadis dan sunnah ahlul bait dapat ditampilkan sebagai suatu mazhab yang sebenarnya tidak logis, palsu dan mengelirukan. Hal ini akan menjelmakan perpecahan di antara mereka dengan sendirinya.
7. Apabila kesatuan mereka sudah genting, sediakanlah gunting iaitu sedikit daya ketenteraan dan perisikan.
8. Kerja perisikan CIA akan bertugas untuk mengucurkan dana besar bagi membaja dan mempropagandakan informasi palsu. Misalnya akan ada laman tertentu memburukkan Ayatullah Ali Khamenei.9. Akhir sekali berbagai subjek anti-Marjaiyah (anti ulama syiah) harus disusun untuk syiah dan sunni, lalu disebarkan kepada masyarakat secara meluas. Biarkan, maklumat jahat itu akan beredar sendirinya sebagai contoh di alam maya. Marjaiyah (kepimpinan ulama) yang merupakan pusat kekuatan Syiah, dengan itu akan dimusnahkan. Akibatnya, para pengikut syiah akan bertebaran tanpa arah, menjadi seperti saudara mereka sunni lalu mudah untuk CIA menghancurkan mereka.
Tulisan saya ini tidaklah bermaksud membela syiah. Sudah masanya kita memahami satu sama lain. Mereka nampaknya berpegang kepada dalil sendiri. Sebagai ahli akademik adalah menjadi tugas saya mengkaji dan menulis dapatan tersebut buat manfaat keilmuan. Sebarang baik dan buruk terletak di dalam benak dan kalbu tuan-tuan untuk menilainya.



26 comments:
memang benarlah tangisan itu menyuburkan jiwa dan banyak ketawa itu mematikannya...kita di sini banyak ketawa lantas jiwa kita jadi lalai dan lupa kerana didodoi asyik dunia...
Saudara FT, izinkan saya bertanya.
Apakah martabat kesahihan rujukan Syiah tentang ratapan Zainab (cucunda Nabi) setelah kesyahidan Saidina Hussein itu? Hal ini kerana tindakannya amat bertentangan dengan hadis Nabi SAW: "Daripada Ibn Mas'ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukan dari golongan kami orang yang memukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju, dan menyeru dengan seruan jahiliyyah. (Muttafaq alaih)
Hadis lain: "Diriwayatkan oleh Abu Malik al-A'syari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana di meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju daripada nyalaan api neraka." (Sunan Ibn Majah bab Larangan Dari Meratap).
Mohon pencerahan daripada saudara.
Salam.
Bertenaga dan berharga.
izin lihkkan saya
kita jgk diwajibkn berpuasa di bln ramadhan agar merasai lapar&dahaga spt org2 miskin rasai,knp kita memandang jelek serta menghukumi syiah sesat klo mereka memilih ratapan&bermandian debu utk merasai apa yg Nabi muhammad saw&ahlul bait rasai??
MashaAllah! Terima kasih atas pendedahan ini. Sungguh, kita memang suka melabel membabi buta, menuduh kerana ikutan orang (bila ustaz kata sesat, sesatlah) dan tidak pernah berusaha mencari kebenaran. Benar, manusia tanpa ilmu manakan dapat berfikir dan bertindak dengan waras. Apabila sejarah Islam tidak dihayati, manakan datang rasa cinta terhadap Rasulullah dan ahlul bayt. Apatah lagi mahu meratap atas dasar kecintaan.
Rahsia sudah dibocorkan, terang-terang kita semua sudah berilmu tentang hal ini. Maka, selamat beramal dan sebar-sebarkanlah.
Allah bless you all :-)
Wassalam.
Sdr A Muziru
Agaknya sdr terlepas pandang atau tergopoh gapah membaca ya? Ia adalah sahih berdasarkan pandangan mereka. Ulangan sahih berdasarkan perspektif mereka. Bukankah saya sudah mengingatkan dalam entri ini, jangan bandingkan mereka dengan menggunakan kerangka kita. Kesilapan kita ialah membandingkan mereka dengan kerangka kita. Saya sudah menekankan sumber mereka dengan kita berbeza. Sumber kita al-Quran, sunnah, dan ijma kemudian Qias. Rujukan mereka al-Quran, hadis Rasulullah, sunnah ahlul bait dan rasional, lojik akal.
Kedua, saya akan datangkan dalil2 al-Quran dan hadis untuk membolehkan peratapan, tangisan dan perkabungan, Insya-Allah.
assalamualaikum..
dalam sunni mereka menyambut asyura tapi menjuruskan pada peristiwa para nabi terdahulu.. tetapi kita ini adalah umat nabi muhammad saww, apakah kita akan dihukum dengan umat terdahulu, sudah tentu kita tahu.. tiap nabi membawa syariat berbeza
tapi peristiwa ini adalah yang sangat besar dalam agama kita.. cucu kesayangan rasulullah dibunuh.. rasul memanggil keduanya hasan dan husin adalah putranya, belahan jiwanya.. tangisan mereka adalah tangisannya..
banyak peristiwa dalam kehidupan seharian mereka adalah bersama datuknya rasullulah..
salam saudara FT
saya keliru dengan becaan di internet iaitu ada pelbagai aliran syiah. saya ingin mengetahui apakah aliran syiah yang dipegang oleh ahmedinejad dan apakah ajaran-ajaran utama syiah yg dipegang beliau dan perbezaan-perbezaan dengan aliran sunni.....adakah dia juga mengkafirkan para sahabat...???jangan risau saya tidak cepat menghukum cuma mahu tahu kebenaran sebab nampak gaya beliau seorang muslin yang warak...
dr faisal, apa khbr?
kita sm2 sunni.
bukankah dr sndiri yg pernah mmbandingkan sunni-syiah.
dalam artikel tntg masalah hukum fiqh.
budak blum bersunat brada di sof solat jemaah.
lalu?
*Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. golongan pertama dan kedua itu masuk neraka. golongan ketiga itu masuk syurga...
Nabi SAWA bersadba:
"Umatku akan berpecah kepada 73 golongan, yang berjaya hanyalah 'satu' (al-Wahidah). Muktazilah mengatakan yang satu itulah mereka. Murji'ah pula mengatakan merekalah yang berjaya dan bukan Muktazilah. Sementara Ahlul Sunnah mengatakan, mereka sahaja yang berjaya
Imam Syafie pula telah membuktikan kasih beliau kepada Ahlul Bayt dan Syiah dalam syairnya yang masyhur seperti berikut:
Aku adalah Syiah dalam agamaku,
Aku berasal dari Makkah,
Dan rumahku di Asqaliyah (Fakhruddin ar-Razi, Manaqib al-Imam as-Syafie, Cairo, 1930, hal.149 dan seterusnya).
Bagaimanapun Imam Syafie bukanlah seorang Syiah dalam ertikata yang sebenar tetapi sikapnya yang begitu kasih dan luhur terhadap Syiah Imamiyyah patut dicontohi
~Allahumma Solli 'ala Muhammad wa alihi Muhammad~
Ya. Kita mesti melihatnya dengan matahati. Sekarang kita tahu dan mesti fahamkan bahawa persoalan ini adalah antara Islam dan Kafir.
Kita sibuk mencari siapa benar, siapa salah. Puak mana yang betul, puak mana yang tak betul. Sementara tu, Yahudi, Zionis dan sekutunya bertepuk tangan. CIA memang amat berperanan dalam memusnahkan Islam. Saya dengar mereka amat pakar dan berskil tinggi.
Bagus pendedahan Dr. FT ni. Semoga ramai dapat manfaat.
saudara Hariz
Syiah di Iran adalah syiah Imamiyyah. Mazhab fikah mereka Ja'fari. Persoalan pengkafiran sahabat sangat kompleks. Saya tidak mahu menulis di blog, sebab itu saya menahan diri dari menulisnya. Akan tetapi saya menyarankan sdr memahamkan persoalan ini sendiri perlahan-lahan. Bermula dengan hadis Rasulullah tentang 'telaga al haudh'.
Syaibani
Terima kasih bertanya khabar. Saya demam selesema sedikit. Saya ingin mengingatkan sebelum kemunculan Abu Hasan Ashaari dan Maturidi, tiada pengelompokan mazhab 4 ini milik ahlus sunnah wal jamaah, sementara mazhab jafari miliknya syiah. Mereka lah yang mengelompokkan mazhab2 tersebut jadi begitu setelah Ashaari keluar dari fahaman muktazilah dan membentuk pakatan 'sunnah wal jamaah'.
Saya orang yang berpegang kepada 'keadaan sebelum pengelompokan itu'. Yakni saya tidak memandang realiti hari ini sebagai pegangan. Ini bermakna saya suka membanding semua mazhab, ada 5 jika begitu sebelum pengelompokan tersebut. Saya memilih mana yang rasional dan praktis untuk realiti hari ini.
Saya juga timbulkan isu tersebut untuk membangkit rasionalisasi pembaca.
Wassalam.
setuju.
bersatu sesama muslim yang terbukti sahih masih berkiblatkan Kaabah dan menyembah Allah Yang Satu itu adalah lebih baik daripada bersatu dengan mereka yang sudah terbukti,terang2,cerah2,sahih lagi fakta yg tidak dapat disangkalkan lagi yg agamanya bukanlah agama yg menyembah Allah Yang Esa dan tidak pula mengamalkan sunnah Rasulullah dan memusuhi dengan hebatnya agama Islam kita ini.
apa pendapat Dr.FT..
Iya. Saya sedar akan ingatan yang telah tuan sampaikan iaitu jangan menilai mereka secara semberono selagi mereka mengikat diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kalau kira, di antara empat sumber rujukan mereka, dua daripadanya adalah sama dengan rujukan Sunni jua iaitu Al-Quran dan al-Hadis. Maka, tidak dapat tidak,sesuatu amalan yang hendak dilakukan, asasnya mesti berpandukan pada dua rujukan tersebut jua.
Ok. Saya menantikan dalil Al-Quran dan hadis yang membolehkan ratapan tersebut, kerana saya masih belum menjumpainya. Untuk tangisan dan perkabungan, itu memang sudah mempunyai dalil yang jelas dan sahih,
berpegang teguhlah dengan tali Allah...
Salam..
Memang benarlah kenyataan : Sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang !
Musuh-musuh hati dan fikiran seolah-olah luput apabila tiada lagi kebenaran termaktub.
Kerangka pemikiran ini jika dalam bahasa Melayu ialah 'katak bawah tempurung'. Jika dalam spiritual Islam (sufism) disebut makam-makam nafsu.
Jadi di mana anda?
Wallahua'lam
patutlah israel dan amerika cukup takut dgn mereka! rupanya dgn tangisan mereka boleh bersatu...dengan tangisan mereka mengumpul semangat juang.. dengan tangisan mereka membina negara..dengan tangisan juga mereka berjaya menjadi antara negara yg mempunyai kekuatan nuklear...dengan tangisan juga mereka berjaya memartabatkan sukan negara mereka...
sungguh mulia kamu wahai hussin...cucunda nabi yg menjadi penghibur datuknya! tapi kamu dipenggal kepala oleh mereka yg rakus dgn kuasa dan takut kehilangan jawatan khalifah jika tidak membunuh mu... ! kami lah ummat akhir zaman yg menjadi 'mata rantai' perjuangan mu wahai imam.. ayyuhai syahid...!
labbaika ya hussin
labbaika ya hussin
labbaika ya hussin
Cry. It's the human special strength. Solawat
Sdr Faisal
Boleh tak sdr terangkan tentang الشيعة الرافضةsyiah arrafidhah, dan gambar orang syiah menziarahi kubur Abu Lu'lu'ah yang bertanggungjawab membunuh khalifah Omar ibn Alkhattab.
Sebenarnya Perdebatan dalam soal ini tidak akan berkesudahan, PERCAYALAH!
Apa Yang Penting, Kita mesti Saling Menghormati, BERLAPANG DADA dan SEDIA Menerima PERBEZAAN PENDAPAT kerana ILMU ALLAH SWT TERAMAT LUAS.
Galilah Telaga ILMU Maka Kita akan Jumpainya.
YAKIN dan PERCAYALAH.
Hormatilah HATI-HATI Manusia kerana Tidak ada Kita Sama.
BAGI MUKMININ MUKMINAT BERJIWA PEJUANG, SUDAH PASTI SYAHID NYA HUSSEIN ADALAH TITIK TOLAK KEPADA JATUH BANGUN ISLAM ITU SENDIRI.
MENGAPA?
CUBA ANDA BAYANGKAN, HUSSEIN YANG BEGITU DEKAT DENGAN JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW MALAH SEORANG INSAN KAMIL SYAHID SEDEMIKIAN RUPA ANGKARA PEMILIK KALIMAH TAUHID ITU SENDIRI.
FENOMENA TANGISAN HUSSEIN SEBENARNYA ADALAH SUATU SIMBOLIK BAGI MUKMININ MUKMINAT YANG CUBA MEMAHAMI APA ITU PERJUANGAN ISLAM.
BENARLAH KALAMULLLAH AL-QURANUL KARIM... DEMI ISLAM JIWA RAGA INI DIPERTARUHKAN....
MASAKAN AIR MATA KITA TIDAK KAN KELUAR...
TANDA JERNIHNYA HATI INI!
salam Dr Faisal, terima kasih atas info menarik dan smbungan yang lepas. Sedikit persoalan ttg adat mereka,
Adakah memukul diri sendiri dikira mencampakkan diri dalam kebinasaan seperti firman Allah dalam Al Quran, sekiranya mati bagaimana status kematian mereka?
terima kasih kerana sudi memberikan penjelasan, moga dirahmatiNya ('',)
hari semalam datang lagi
penuh merah dalam duka sejarah
airmata dan darah
sebati di bumi serakah
wahai junjungan duhai kemuliaan
Labbaika Ya Hussain
hari ini kami datang utk semalam
bersamamu dalam cinta dan kemenangan
Salam atas Mu wahai kecintaan Kami
Dalam Sunan Tirmizi, selalunya Imam Tirmizi akan berkomentar sebagai Hasan ataupun Gharib yang agak berbeza dengan komentar ulama hadis lain. Sebagai contoh :-
Qutaibah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Sulaiman bin Ashbahani menceritakan kepada kami dari Yahya bin Ubaid dari Atha’ bin Abi Rabah dari Omar bin Abu Salamah anak tiri Nabi saw berkata “Ketika ayat ini turun kepada Nabi saw iaitu (Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya-Surah al-Ahzab : Ayat 33) dirumah Ummu Salamah, lalu beliau, Fatimah, Hasan, Husin, kemudian menutupi mereka dengan pakaian sedangkan Ali dibelakang punggung beliau, lalu menutupinya dengan pakaian lain kemudian beliau bersabda “Wahai Allah! Mereka ini adalah keluargaku maka hilangkan dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya”. Ummu Salamah berkata “Apakah aku termasuk mereka wahai Rasulullah?” Beliau bersabda “Kamu tetap pada tempatmu dan selalu dalam kebaikan”
Hadis ini adalah hadis Gharib, dari sanad ini dari hadisnya Atha’ dari Omar dari Abu Salamah.
(Sunan at-Tirmizi Jilid 5 hadis no. 3258)
Bukannya semua hadis dalam Sunan Tirmizi adalah sahih...
salam DR.....
kenapa hanya Hussin yang dikira syahid?
Hamzah?
Mustakim
Tentu, siapa saja yang syahid kita raikan, baik dia sahabat atau keluarga Nabi Muhammad sehinggalah kepada sekian pejuang Islam.
Salam FT,
Di mana dalil2 al-Quran dan hadis untuk membolehkan peratapan, tangisan dan perkabungan seperti yang saudara janjikan? saya juga seperti A. Muziru Idham menunggu..dan mennuggu..dan menunggu..dgn sabar..mungkin juga tidak akan muncul bukan?
lagi satu...dalam artikel..itu pada bahagian awal bebrbunyi:
"Tahukah anda, orang-orang syiah jika mereka bersengketa dan bergaduh seburuk mana sekalipun, mereka akan bersatu dalam satu hal. Dan satu hal inilah yang menjadi tali pengikat yang sampai kini mustahil digunting ceraikan.
Tali pengikat itu adalah menangis demi Husin."
__________
soalan saya.. begitu hebatnya mereka kerana menangis sepenuh hati DEMI Husin..Bukankah hati qalbu kita ini hanya layak di isi dengan Cinta Allah...dan Rasul...yang lain tidak layak..
Ahli Sufi semasa zikir dan solat malam akan menangis kerana rindukan Allah..dan Rasul..bukan sahaja semasa solat bila2 sufi merasa rindu mereka akan menangis..seperti ketika sedang membaca Al Quran...kerana zauk..dan bermakrifat pada Allah..itulah makrifat dan hakikat yang sebenar..bukan nangis sebab selain dari itu...
jauh bezanya makrifat ahli sufi dan ahli syiah..sgt menarik..
Post a Comment