
Ada orang memang minat gila dengan Maher Zain. Bukan setakat gila tetapi tergila-gila. Kita kutuklah macam mana pun Maher Zain, bermati-matian dia akan mempertahankan. Ada yang meminati Justin Bieber. Malah ada yang gilakan Lady Gaga. Tidak kurang pula yang angaukan Shahir, Mawi, Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Hujan, Beyonce, Taylor Swift, Susan Boyle dan macam-macam lagi.
Maka salahkah saya kalau tidak meminati mereka semua (senarai di atas) dan memilih untuk meminati rock star yang satu ini.
Come on, lepaklah. Bukan saya seorang yang tergila-gilakan si dia ini. Seluruh dunia pun menggilai beliau. Foto di atas adalah foto serbuan peminat beliau di Jakarta, mengalahkan konsert Peter Pan.
Maka salahkah saya kalau tidak meminati mereka semua (senarai di atas) dan memilih untuk meminati rock star yang satu ini.
Come on, lepaklah. Bukan saya seorang yang tergila-gilakan si dia ini. Seluruh dunia pun menggilai beliau. Foto di atas adalah foto serbuan peminat beliau di Jakarta, mengalahkan konsert Peter Pan.
Mengalahkan rock star. Saya kira "lebih sesat dan berdosa" meminati artis daripada meminati beliau.
Peminat tidak melepaskan peluang menggambari beliau di Shanghai China. Nyonya dan amoi panasaran melihat beliau.
Keluar sahaja dari pintu belakang hotel di Venezuela, dia turut dikejar.
Di Mali, selepas sambutan tarian tradisi, rock star ini dijamu dengan dua ekor unta yang disembelih khas untuk beliau!
Di Nigeria juga ada peminat si dia ini.
Ini ulangan foto di atas, peminat bersesak menunggunya di Jakarta.
Ini ketika si dia singgah sekejap di Kuala Lumpur.
Di Safa dan Marwah, Mekah pun peminat menyapa beliau.
Yang ini di Bolivia. Maher Zain tidak dikenal di Bolivia, tetapi si dia ini ada penggilanya tersendiri.
Di Nicaragua juga ada khalayak yang terpesona dengan rock star ini. Mungkinkah wanita ini penganut fahaman syiah? Emm, i doubt so.
Ini juga foto dari Nicaragua.

Kalau di Lubnan, tempat yang pernah menjadi kota penginapan Maher Zain ketika kecil, populariti si dia ini memang jauh mengatasi. Istilahnya; memang histerikal!
Mengapakah saya dimarahi kalau meminati rock star saya ini. Kalau sudah namanya peminat tentulah saya mengumpul dan mengekor apa sahaja yang ia lakukan. Tentu sahajalah saya mempertahankan idola saya ini. Berdasarkan foto-foto di atas tidakkah beliau seolah-olah seorang rock star bertaraf dunia?
Dan kalau sudah namanya peminat...






36 comments:
mmg besla...
Salute gua untuk Pemimpin Iran ni!!!!!1 hebat ada kerisma dan punya harga diri yg hebat ,,,
saya pun mula meminati beliau :)
haha, saya suka post yang ini. tuan 'rock star' saya!
Hebat! Memang beliau patut diminati dan dikagumi.
Katakanlah, siapa diantara pemimpin Islam besar yang ada sekarang ni yang sifatnya sederhana tetapi berani dan lantang bersuara?
Salam sejahtera beserta rahmat Allah dan keberkatanNya ke atas pemimpin ini.
saya ada rakan sekerja dari Iran, beliau tidak gemar dengan rock star ini. Sepatah katanya' 'he's too extreme.' Saya hanya tersenyum.
kool....mahmoud ahmadinejad memang tokoh yang saya minati..dia memang tru khalifah..banyakkan lagi cerita pasal dia ni di blog tuan ek heee
yup..rock star..bila kita bercakap ttg rock star..kita tentu bercakap ttg feel yg dibawa oleh rock star tu..tak best la kalau tak dak feel..dan bukan gossip tah hapa2 yg dok masuk majalah..masing2 ada idolanya sendiri..masing2 mempertahankan idola saya lah the best..kerana saya sukakannya..saya tak pernah paksa org kenal idola saya..tetapi saya tau idola saya itu akan mempengaruhi karektor saya..saya bukan nak jadi superman, abang! saya cuma mahu menjadi hamba..agak2 idola kita di Malaysia dah bersedia untuk jadi hamba..
tiada alasan lagi :D
terbaek~
ada terbaca komen tentang saudara yg ingin berhijrah dan FT kata admire dari jauh..adakah itu yg lebeh baik dari ingin berhjrah untuk bersama komuniti yg berjaya menghidupkan islam?
saya juga merasakan ingin berhijrah..
juga tentang jawapan FT ontology dan epistemology berbeza.
saya ingin benar mengetahui maknanya. pernah mendengar seorang alim menyentuh tentang epistemology ini, bezanya secular dan spiritual.
juga ingin bertanya..adakah imam mahdi akan datang dari Iran?
Sejak Dr. FT asyik dgn *idolanya ini* saya sendiri jadi tambah kagum dengan *idola* ini. Memang ciri-ciri *Pemimpin a.k.a Rock Star* terbaik!
(Maaf, tersilap eja himpit jadi himpot dalam komen yang lalu. Mohon ditukar dengan yang ini. Terima kasih.)
Salam,Tn.Hj.Dr.FT,
Terima kasih kerana terus berkongsi intepretasi yang menarik seperti ini walaupun saya pasti selepas bergelar Dr. dan juga suami serta bapa,mungkin Tn.Hj.Dr. semakin sibuk dihimpit masa dengan komitmen terhadap urusan ilmiah, intelektual dan kekeluargaan yang lain.
Hanya Tuhan Yang Maha Berkuasa sahaja mampu membalas segala macam ilmu dan info berguna lagi menarik yang Tn.Hj.Dr. perkongsikan bersama khalayak pembaca di blog ini.
Terbukti gelaran Dr. pada Ahmadinejad tidak menghalang beliau selaku hamba Allah yang hebat daripada menerima sanjungan lebih dari seorang rockstar di seluruh dunia.
Saya kira, Tn.Hj.Dr.FT juga mampu meraih populariti seperti beliau, dan saya ada satu cadangan besar yang agak rawak untuk diutarakan di sini.
Apakata Tn.Hj.Dr. cuba-cuba bertanding dalam PRU akan datang? Tak kira atas tiket mana-mana parti, atau lebih baik sebagai calon bebas, saya yakin ramai yang akan sanggup bertukar alamat untuk mengundi Tn.Hj.Dr. ;-)
P.S.: Apa kata survey???!!!
seorang tokoh yg amat mengagumkan dan hebat...
saya pun sudah mula meminati beliau. terima kasih Dr Faisal :)
superstar.
ada ke org yang marah pada Dr. kerana meminati rock star ini..? aparaaa..org tu...ni la rock star yang perlu dikagumi ish! bila la dapat jumpa ngan dia paling tak nak salam, ambil gambar..mesti gempak! hahaha
Like his style!!! =)
Mana butang LIKE ni?
gmbr juga boleh menipu...
Berbulu je Maza baca entri ni huhu! ;-)
kita berkongsi idola yg sama=D mne x nye, idola yg satu ini mewarisi kepimpinan gaya Nabi SAW. Kita semua sayang dia atas dasar iman, Alhmadulillah...God bless him:-)npe x jmpa satu pun cam die ni even dlm pas eah? wonder..hmm..ke sye yg xtaw..
terbaik!. Apa-apa pun itu dia, kita perlu mencontohi apa2 yang baik itu. Jangan hanya tengok buruknya diri kita dan hina diri kita tanpa usaha. Suka ahmadinejad =). dan suka semua yang cintakan Nabi.
Kalau kita tak mampu nak contohi Nabi, jangan hina dan perlekeh orang yang nak daulatkan Islam yang Nabi bawa macam Ahmadinejad ni buat. Kat Malaysia pun ada, cuma dalam ruang lingkup berbeza, konteks berbeza dan ruang lingkar yang berbeza.
Tak ada manusia yang maksum dan sempurna selain Nabi Muhammad. Pokoknya, cubalah sedaya mampu perbaiki diri dan jangan rendahkan orang yang cintakan Nabi dan segala jenis bentuk ajarannya tak kira di Iran, Malaysia, mahupun mana2.
Teruskan faisal tehrani :). Bawakan lagi contoh2 manusia yang cintakan Nabi buat ikutan manusia2 sekarang. Cukuplah rancangan (hiburan) perosak dlm TV tuh buat idola budak2 muda...
Saya suka artikel ini. Beliau memang seorang pemimpin yang terunggul untuk orang Islam. Bagaimana pula dengan pemimpin negara kita? Hehe.
kalau elvis presley masih hidup ni,mesti dia nangis punya ..pasal takhta 'rock star'nya tlh dirampas oleh presiden iran!
"Hai Ali, dirimu dan syiahmu adalah sebaik-baik penghuni bumi"...demikianlah hakikatnya, hidup sungguh2 dalam wilayah...segala perbuatan terhidang indah.
subhanallah....aku mengagumi insan ini....
assalamualaikum..
selalu kata mana nak cari pemimpin mukmin.. tapi bila ada.. masih tak puashati, so bagi saya biarlah nak memilih.. akhirnya sampai ke sudah tk bertemu pemimpin idolanya..
sy turut jadi minat...
dari mana faisal dapat gambar peminatnya di US?
Dia sememangnya idola sya. Kecil tapi powerful. Selawat!
Dia sememangnya idola saya. Contoh pemimpin dunia yang tiada bandingan. Kecil tapi suaranya lantang ke segala pelusok dunia. Dengan dia dunia hormati Islam.
waaa! teruja~
Post a Comment