19 December 2010

Recep Tayyip Erdogan Kini Berfahaman Syiah?

* Artikel ini tersiar di tabloid Kabar edisi 16 Disember 2010. Dilarang menerbit kembali. Hak cipta terpelihara. Anda bagaimanapun dibenarkan memaut entri ini ke laman atau blog anda.

OLEH DR FAISAL TEHRANI

BEBERAPA hari lepas, bekas pelajar ketika saya mengajar di Istanbul menghubungi menerusi skype. Berita paling hangat di Turki mutakhir ini ialah, apakah kemungkinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang juga kepala parti paling berpengaruh di negara tersebut iaitu Parti AK, telah pun menganut fahaman syiah Imamiyyah.

Khabar ini meski belum disahkan telah bertiup kencang, sejak tokoh masyarakat bermazhab Jafari atau syiah di Turki, Selahattin Ozgunduz mengumumkan dalam khutbah Jumaatnya pada 3 Disember lalu bahawa Recep Tayyip Erdogan, bersama-sama sejumlah ahli parlimen dari parti AK dan menteri kabinet akan menyertai majlis Asyura pada 16 Disember 2010 ini di Meydan Ashura, Halkalı. Hal ini tidaklah mengejutkan, kerana pada tahun lalu ketua parti pembangkang di Turki menerusi parti CHP, iaitu Deniz Baykal, bersama-sama bekas menteri kebudayaan Namık Kemal Zeybek, Datuk Bandar Turki dari parti AK, Abdul Kadir Topbaş, dan Datuk Bandar Şişli, Mustafa Sarıgül, termasuklah Mufti Istanbul, Mustafa Çağırıcı, telah pun menghadiri majlis asyura yang sama. Erdogan yang tidak dapat menghadiri majlis asyura ketika itu bagaimanapun mengutus sepucuk surat yang dinamakan “Surat Muharram 10”.

Antara isi kandungan surat tersebut menekankan kepedihan dan kedukaan kaum muslimin atas kesyahidan Saidina Husin. Erdoğan menegaskan mesej besar dari sambutan Asyura adalah untuk membolehkan seluruh umat Islam memahami bahawa tragedi Karbala, menjadi lambang pengorbanan, keadilan dan kebenaran menentang tirani, despotisme and pengkhianatan. Erdogan menegaskan supaya umat Islam bersatu dan berazam untuk memahami satu sama lain. Maka kekuatan sesama sendiri dapat dijadikan asas untuk berdepan dengan musuh. Erdogan menamatkan surat beliau dengan ayat, “Peristiwa 10 Muharram adalah rujukan kita dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran.”

Majlis asyura masyarakat syiah Turki mendapat perhatian besar sejak beberapa tahun lalu memandangkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO mengiktirafnya sebagai ‘majlis Asyura contoh yang unik’.

Sejak parti AK berkuasa, masyarakat syiah di Turki menikmati ‘kebebasan yang lebih’. Tanggapan selama ini bahawa penduduk Turki adalah 99 peratus sunni adalah salah. Sebahagian besar Turki hari ini merupakan wilayah Parsi yang dirampas ketika era Othmaniyyah. Jika kita ke Anatolia, terdapat sisa-sisa masyarakat syiah misalnya di Bektash. Masyarakat syiah di Turki berjumlah kira-kira 15 ke 20 juta orang dan sering disalahertikan (seperti di Malaysia) sebagai masyarakat sesat dan dilabelkan sebagai Alawi (kumpulan yang menuhankan Imam Ali).

Seperti yang umum ketahui perlembagaan sekular Turki melarang wanita berhijab dari menyertai kerajaan, mendapat pekerjaan sebagai penjawat awam, dan wanita yang bertudung juga dilarang masuk universiti atau ke sekolah. Masyarat sunni Hanafi di Turki kebanyakannya selama ini tunduk kepada undang-undang tersebut (menurut mereka ia dilakukan sebagai maslahah) dan sesetengah muslimah sanggup menanggalkan kerudung demi untuk melangkah masuk ke menara gading. Akan tetapi masyarakat syiah di Turki bertegas untuk tidak bertolak ansur dalam hal tersebut. Wanita syiah Turki memilih untuk tidak ke universiti, tidak mencampuri urusan politik dan memilih menjadi masyarakat underground yang senyap (dua foto wanita syiah Turki). Ekoran dari itu komuniti syiah sedikit ketinggalan. Apabila parti AK muncul di bawah Erdogan, terdapat tanda-tanda Erdogan seorang yang moderat dan boleh bertolak ansur dengan syiah. 20 juta masyarakat syiah Turki inilah yang membolehkan Erdogan berkuasa di Turki. Mereka mengundi AK parti secara penuh.

Pun setelah Erdogan memerintah, masyarakat syiah Turki kurang mahu terlibat dan menonjol diri. Ini kerana Erdogan masih dikaitkan dengan imej lembut terhadap barat. Pendirian parti AK untuk menyertai Kesatuan Eropah dan hubungan baik Erdogan dengan Presiden Bush menimbulkan rasa jengkel. Tambahan pula bukanlah rahsia, Erdogan adalah anak didik Fethullah Gulen (Gerakan Gulen) seorang tokoh Islam yang kini bermukim di Texas, Amerika Syarikat. Stail Gulen diketahui sangat selesa, iaitu menyentuh Islam pada hal-hal permukaan, membincangkan sirah nabi Muhammad secara terpilih dan menekankan dialog dengan Barat.

Namun hari ini, masyarakat syiah Turki semakin gigih keluar dari kepompong mereka. Terdapat tiga sebab besar mengapa ini berlaku.

Pertama, Erdogan sudah mula menjauhi Fethullah Gulen. Hal ini dapat dilihat menerusi insiden berdarah 31 Mei 2010 di atas feri Mavi Marmara. Gulen hoca adalah antara orang yang menentang hebat tindakan menghantar feri tersebut ke Gaza, dan Gulen menyalahkan kerajaan Erdogan sebagai bertanggungjawab terhadap tragedi yang menyebabkan sejumlah aktivis keamanan berbangsa Turki terbunuh. Erdogan tidak mengendahkan sama sekali kritikan guru spiritualnya, Fethullah Gulen. Malah jauh sebelum itu, jika kita masih ingat, pada Januari 2009, Erdogan telah menyerang Presiden Israel, Shimon Peres dalam satu forum di Davos. Kata Erdogan, “Bila tiba bab membunuh, kau memang tahu bagaimana cara berkesan untuk membunuh.” Beliau kemudian bangun lalu mengatakan, “Dan dengan itu juga Davos berakhir untuk saya.” Peristiwa bersejarah itu berlaku ekoran David Ignatius, moderator forum tersebut memberi banyak masa untuk Peres mempertahankan tindakannya mengganyang Gaza pada hujung 2008 dan awal 2009. Erdogan yang naik berang mengatakan, “Aku hanya dibenarkan bercakap sekejap, tetapi tukang semeblih ini kau benarkan bercakap membela kejahatannya.”

Sekembalinya Erdogan ke Istanbul, beliau diberi sambutan hangat sebagai wira. Dr Ahmadinejad kemudian menghubungi Erdogan untuk mengucap tahniah dan menjemput Erdogan ke Tehran untuk bertemu pemimpin agung Iran Ayatullah Ali Khamenei selain menerima pingat keamanan tertinggi dari kerajaan Iran.

Kedua, antara sebab mengapa masyarakat syiah Turki semakin mengukuh ialah kerana pengaruh Iran yang semakin kuat di rantau Timur Tengah. Ini termasuklah dalam isu hak pembangunan nuklear Iran. Tenaga dan semangat Ahmadinejad, berserta kemenangan Hezbullah ke atas Israel dalam perang musim panas 2006 menjadikan masyarakat syiah di Turki semakin berani menzahirkan diri. Untuk mengimbangi pengaruh Iran, tidak dapat tidak, Turki di bawah Erdogan harus samada, menyaingi Iran atau menjadikan Iran sebagai kawan. Erdogan bertindak bijak dengan memilih jalan untuk menjadikan Iran sebagai kawan. Bukankah kedua-duanya sama muslim dan mewakili tamadun umat Islam yang besar dan bersejarah? Hal ini paling ketara apabila melihat Erdogan menjadi jurucakap Iran dalam mempertahankan hak republik tersebut membangunkan kuasa nuklearnya. Meski ditekan Amerika, Erdogan nampaknya berkeras bahawa Iran layak membangunkan teknologi nuklear tersebut. Malah 16 Mei 2010 lalu, dengan inisiatif Erdogan, termeterai perjanjian ‘nuclear fuel swap deal’ antara Iran, Turki dan Brazil. Tayyip Erdogan turut terbang ke Tehran menyertai Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam ‘menyelamatkan program nuklear Iran’ dari terus-terusan mengalami stand-off dengan kuasa Barat.

Hal ketiga yang menyebabkan masyarakat syiah Turki bangkit menunjukkan diri mereka selama ini ialah kerana pemimpin agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei adalah dari etnik yang sama dengan bangsa Turki. Hakikat bahawa terdapat satu bonding yang kuat antara syiah di Turki dengan Ayatullah Ali Khamenei membolehkan mereka tidak lagi berasa rendah diri dan berasa perlu untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Ketika siri lawatan Ahmadinejad ke Istanbul adalah jelas sambutan hangat diberikan kepada beliau. Bukan itu sahaja masyarakat sunni Turki kini lebih memahami apakah dan siapakah syiah Imamiyyah. Asimilasi syiah dalam masyarakat sunni Turki menjadi lebih mudah kerana ketiadaan gerakan wahabi yang berkesan di sana. Turki diketahui memusuhi wahabi dari segi sejarah dan falsafah. Perlu difahami, hanya wahabi sahaja yang menolak, menfitnah, menindas dan melabel syiah secara ekstrim. Adalah sesuatu yang amat baik Wahabi sama sekali ditolak di Turki malah dipandang sebagai penanggungjawab runtuhnya kerajaan Turki Othmaniyyah kerana kerjasama mesra Wahabi, Bani saud dan British selepas Perang Dunia Pertama. Umat Islam sunni Turki pula memiliki kencederungan sufistik di mana tarekat Naqsyabandi dan Qadiri masih berpengaruh. Secara umumnya, gerakan kesufian dan syiah mempunyai banyak titik persamaan. Paling tidak kumpulan sufi memperakukan Imam Ali sebagai wali kutub sedang orang syiah menerima Saidina Ali sebagai imam pertama mereka sesudah kewafatan Rasulullah saw.

(Laporan akhbar-akhbar utama Turki tentang lawatan Ahmadinejad. Antara lain memuji Dr Ahmadinejad kerana bersolat di belakang imam sunni di Masjid Biru)

Terdapat banyak petunjuk bahawa Erdogan semakin mesra dengan syiah Imamiyyah. Selain dari perubahan radikal Turki terhadap Israel dan penglibatan Turki secara aktif dalam isu umat Islam seperti Palestina; kecedenderungan beliau mempertahankan Iran juga membayangkan sesuatu. Membaca gerak permainan Erdogan dan Ahmadinejad membuat kita umat Islam sedikit terhibur. Alangkah baik jika kita beroleh pemimpin yang bijak seperti mereka. Tentu, umat Islam akan beroleh manfaat yang besar dari hubungan baik Turki-Iran ini. Jika Turki mewakili kuasa sunni yang berpengaruh, persaudaraan dengan Iran sebagai kuasa syiah yang utuh pasti menggerunkan musuh Islam. Siapa lagi kalau bukan zionis Israel?

Erdogan, Hoşgeldiniz
!

43 comments:

pembaca buku said...

Tulisan yang cemerlang, secemerlang berita dan cerita yang disampaikan.

Yang menjadi 'erdogan' di negara kita, tidakkah teringin membuat turning point yang sama seperti erdogan di sana?

Huhu...

PUREHADHARIST said...

Salam,
Dia nak masuk apapun dalam lingkungan Islam kira oklah janji jgn masuk wahhabi.....kerana wahhabisme akan menyempitkan fikiran kita termasuk dah merasuk pentadbir2 dijabatan agama yang menganuti kepercayaan bahawa syiah tak wajib pergi haji, syiah menghalalkan darah sunni padahal wahhabilah yg mempropaganda fitnah tersebut......

http://pure-hadharist.blogspot.com/2010/12/wahhabisme-alat-konspirasi-barat.html

Putra Rman said...

Memang terhibur dengan caragaya pemimpin Iran dan Turki ini. Moga di Malaysia akan bangkit pemimpin utama seperti mereka, amin.

Amermeftah said...

Bubur Husin, Bubur Perpaduan

shafiqshater said...

dr cuba baca paper metro berkenaan pengikut syiah kat MAS?mcm konfius ja

Dr Faisal Tehrani said...

shafiq
memang mengelirukan laporan itu. maka saya berharap puak2 syiah yang diserbu itu mengambil tindakan undang2 terhadap dakwaan yang mengelirukan tersebut. OIC dan Amman Declaration sendiri mengiktiraf syiah Imamiyah. Al-Azhar mengiktiraf mazhab fikah mereka sebagai mazhab fikah ke lima. Inilah sebabnya Erdogan tidak berasa ada apa-apa yang menyesatkan jika beliau menghadiri program syiah di Istanbul.Pada saya dakwaan2 hearsay tentang syiah ini adalah spin musuh Islam.

Mufarwa said...

Assalamualaikum doktor.
sedih,melihat berita yang dikeluarkan pada hari ini di salah satu blog yang ana baca.

ana harap doktor dapat membaca penyataan makalah di sini: http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2010/12/jais-serbu-kubu-syiah_17.html

ana juga berharap,doktor dapat memberi sedikit pandangan terhadap kata-kata Datuk Mohammed Khusrin Munawi,Pengarah JAIS di dalam tulisan tersebut.

Assalamualaikum.

Fenomena Zaman said...

JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri belum buat keputusan mengenai keputusan Amman Declaration dan Fatwa Al Azhar. Sama ada memang tak kisah atau memang tak boleh terima apa yang telah diputuskan oleh Amman Declaration dan Fatwa Al-Azhar.

Kenapa jadi macam ni? adakah disebabkan pegangan bahawa ijtihad ulama itu tidak boleh membatalkan ijtihad ulama yang lain? Maknanya apa yang diputuskan tidak semestinya boleh diikuti? Macam itukah Dr Faisal?

Muhammad said...

Syeikh,saya suka tulisan saudara yang banyak explain pasal syiah. Rasa nak tahu lebih mendalam pasal syiah. Rasa nak masuk juga.

AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI said...

dr FT,

saya dlm perbincangan ini tak dahului dengan skeptis pun. mana mungkin, kerana maklumat saya berkenaan syiah puh tak dalam. malah bab ini sedemikian kompleks menjangkau metafizik.

jauh sekali terlintas untk mengkafir mereka.

saya bertujuan memahami Dr.
saya bertujuan memahami syiah.

PEMBACA SEKALIAN, MANUSIA PALING MULIA BERBANDING MAKHLUK2 LAIN KERANA ELEMEN AKAL. MENGAPA TAK GUNA SUNGGUH-SUNGGUH?

pnjelasan dr. kelmarin lebih memuaskan hati saya. t.kasih.

saya dah nampak mengapa dr. sgt2 menghayati tradisi syiah dan imam jaafari. mengapa dr. memilih syiah sebagai 'tanda falsafah' bagi Islam, dan bagi dr. sendiri. epistemologinya itu begitu misterius. hal karbala. saya sangat tertarik. namun, saya sampai saat ini belum mampu menghabisi Al-Attas dan Al-Ghazali dan teologi asyairah terutamanya, ini tak termasuk lagi Ibn Arabi yang lebih misterius itu. segalanya semakin kompleks tetapi menarik. saya kala ini, sedang mendalami prisip kesatuan yang dipancar akidah dan sufisme tradisi sunni. Shariati pun menghayati falsafah tauhidik. seasasi ini (akidah), syiah-sunni dah lama bersatu secara soaial.

cuma bagi saya, isu berkaitan fekah amali (cth isu kanak2 belum bersunat dalam sof tempoh hari) tak wajar ditimbulkan. kerana ia dah dibahas puas oleh asSyafie (konteks malaysia) dan assyafi'iah untuk menetapkan hukumnya. saya fikir hal ini tiada terubah oleh realiti zaman dan tempat. dan, kerana sini wilayah sunni dan mazhab Syafie. saya lihat, ia mendatangkan mudorat iaitu menimbulkan perdebatan 'orang-orang bodoh' lalu masyarakat berpecah dan dr. FT dilabel syiah. isu fekah adalah kesukaan wahabi. kita dah berpecah atas ini. masuk pula fekah jaafari, lagi lah berpecah.

tetapi, pembongkaran2 dr. dalam hal-hal lain (yang bukan fekah) saya iktiraf sebagai satu perjuangan murni yang semua wajib sokong.

Dr, berapa ramai yang benar2 memahami perjuangan dr? apatah lagi pemikiran dr? saya membayangkan 'masyarakat islam bodoh' sebeginilah yang menjadi penghalang besar kebangkitan islam, di samping wahabi yang dangkal itu.

lalu usaha menggergasikan islam kemhali ini, siapa yang mampu mengetengahkan gagasan ide yang mencakupi semua aspek?

artikel kali ini memang menghiburkan. ini tandanya zaman ke arah perpaduan sunni-syiah, mengekorinya adalah insya Allah kebangkitan Islam.

sungguh. usaha dan perjuangan dr. ini amatlah murni dan relevan. gagasan pemikiran dr. sangat menarik dan saya fikir perlu dinstitusikan. bakalkah mana2 grup atau kerajaan sendiri?

terima kasih. insya Allah saya akan terus mengikuti Dr.

SALAM PERJUANGAN
SALAM REFORMASI

sinar said...

Ciri kesalahan fahaman Syiah yang kita tahu ..adakah benar atau fitnah harap saudara faisal tehrani dapat menguraikannya...

Menghalalkan nikah mutaah

Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah

Menolak ijmak ulamak

Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga

Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam

Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab

Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w

Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan

Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w

Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir

Adilla Harun said...

Jika benar bagai diceritakan, pastinya Allah yang mengkehendakinya sebegitu. Perancangan Maha hebat. Saya bersyukur jika ini sebagai salah satu titik permulaan untuk kesatuan Islam di arena antarabangsa yang lebih lagi pada masa depan.

Dalam pada itu, pihak musuh pasti lebih panas punggung dan lebih banyak kerja yang perlu mereka buat untuk terus menggagalkan kesatuan umat Islam. Kesatuan umat Islam bererti kemusnahan pada mereka.

Farihan said...

Alhamdulillah, semalam +- 200 orang pengikut Syiah kena tangkap.

Che Armad said...

berdasarkan penjelasan yang diberi Pengarah JAIS...
"mereka (syiah) mungkin akan mengugat keamanan di Malaysia kerana beranggap Ahli sunnah wal jamaah (sunni) halal untuk dibunuh jika mengganggu urusan mereka..."

*penjelasan diberi ketika serbuan markas syiah di Gombak...

hellmy said...

Hahaha pembaca buku, erdogan di Malaysia seronok kena peluk dgn Amerika!

mohd ihsam zainuddin said...

ini yg patut kita banggakan...! bila umat islam dah bersatu, maka senanglah zionis dihalau dari palestin nanti.. jangan jadi mcm wahabi kat malaysia ni.. tangkap org2 syiah yg membuat majlis mengingati cucunda kesayangan nabi hussin as yg terbunuh di karbala! bukankah elok jais pergi serbu rumah2 urut dan tempat2 maksiat yg berselerakan di selangor ini.. atau pun jais dah tak pandai nak berhujah! satu dunia mengiktiraf syiah! kenapa jais tak pergi berjumpa syeikh al-qardhawi..mintak nasihat mcm mana yg di kata kan sesat!

Dr Faisal Tehrani said...

Che Armad,
Kalaulah benar kata-kata itu dah lama sunni di Palestina (Hamas) kena bunuh dengan orang syiah yang jauh lebih kuat daripada mereka (Hezbullah). Banyak sangat berkhayal pengarah JAIS ni.

Farihan
Tepat sekali - Alhamdulillah - Allah menyambut kata-kata itu di arasy-Nya.

Tuan-tuan,
Begitulah Imam Husin dan pengikut2nya dibunuh di Karbala. Kebatilan iaitu tentera Yazid lebih dominan. Majoriti belum tentu membuktikan kebenaran dan bila cucu Nabi bersolat di tengah medan perang sebelum dibunuh, mereka kehairanan dan mengatakan 'Eh cucu Nabi sembahyang?' Demikian buruknya propaganda Yazid sehingga cucu Nabi difitnah bukan Islam. Kemudian cucu Nabi pun dibunuh, Alhamdulillah - lepas baginda syahid, kebenaran terlihat dengan gilang gemilangnya. Jadi Farihan, saya yakin mereka yang ditahan itu akan mendapat hak mereka yang dirompak.

pembaca buku said...

Dalam Berita Harian hari ini, ada dua berita berkaitan syiah yang kontradik.

Satu, tentang serbuan terhadap markas syiah yang 'didakwa' sebagai sesat. Mengapa hanya disebut 'didakwa', kenapa tiada penegasan sebagai 'sesat' sahaja; aneh. Anehnya lagi, kesalahan yang dilakukan hanyalah ajaran mazhab lain 'tidak boleh' disebarkan atau diamalkan di Malaysia untuk mengelakkan kecelaruan atau menjadi ancaman kepada keselamatan. Kenyataan ini tidak memberi makna yang mazhab syiah ini sesat, hingga menjadi 'haram' di sini, tetapi hanya mengancam keselamatan.

Berita kedua ialah saranan mufti Perlis sekarang agar masyarakat Islam sunni di sini tidak berkahwin dengan orang bermazhab Syiah untuk mengelakkan 'kesukaran' hidup bersama kerana ada perkara yang diamalkan berlainan. Di sini, jelas bahawa secara tidak langsung, mufti ini menerima mazhab syiah kerana dia tidak mengatakan "tidak boleh" tetapi tidak menggalakkan sahaja.

Satu lagi yang mengelirukan saya, saya dapati suatu waktu dahulu ada fatwa yang 'membenarkan' dan membolehkan ajaran syiah. Tetapi kemudian 'kebenaran' ini ditarik balik hingga menjadi haram pula.

Logiknya, bolehkah sesuatu itu menjadi halal pada suatu jangka waktu, kemudian menjadi haram pada suatu yang lain pula? Aneh.

Ada banyak perkara yang aneh-aneh dalam fikiran saya tentang penerimaan pihak berwajib terhadap orang-orang syiah. Terdapat banyak yang tidak konsisten dalam pernyataan mereka, jika disusur galur penerimaan dan tindakan mereka sejak dulu-dulu lagi. Mengapa?

Saya rasa orang-orang yang ditahan ini patut diberi peluang untuk membela diri agar kita semua dapat 'the real picture' tentang hal-hal yang melibatkan peraturan, undang-undang dan hukum serta fatwa tentang syiah di Malaysia.

Saya tidak dapat menerima cakap-cakap kosong tentang nikah mut'ah, tentang membantai diri dengan rantai, dsbnya kerana mereka tentu punya hujah tersendiri mengapa melakukannya. Atau barangkali, seperti orang-orang kita yang berzina, membunuh dsb yang sama sekali haram, terdapat orang-orang syiah yang juga melanggar peraturan dan norma syiah sendiri.

Saya amat terbuka untuk mendengar perdebatan antara pihak berwajib dengan mereka yang syiah. Dengan hujah akal dan hujah wahyu yang diberi, mungkin kita akan dapat menerima perbezaan yang terdapat pada saudara-saudara syiah kita.

Mana tahu, suatu waktu nanti, dengan kefahaman sunni-syii yang harmoni di sini, Malaysia menjadi negara pertama di rantau ini yang dapat menerima kepelbagaian dalam lingkungan Islam.

Mudah-mudahan.

Dr Faisal Tehrani said...

Pembaca Buku,
Fikah Ja'fari dibenarkan di Selangor sebelum tahun 1983. Jadi, pihak yang menuduh sememangnya lemah ingatan.

ainulMardhiah said...

salam 'alaik..

Dr FT,
saya juga seperti SINAR yang ingin bertanya soal itu.harap Dr boleh jelaskan fitnah yang tertulis di akhbar dan kenapa boleh jadi begitu??

Saya sangat gemar dengan entri syiah Dr sejak ia disiarkan kerana tahun lalu saya ada diberi tugasan oleh lecturer untuk mengkaji soal syiah. Semua buku rujukan yang saya baca adalah sama sekali bertentangan dengan tulisan Dr. Yang paling ketara dan saya ingin tahu sangat adalah kenyataan tentang nikah mutaah dan menghina isteri rasulullah saw yang dikatakan amalan syiah. Kebetulan baru2 ini saya membaca sebuah entri tajuknya 'konspirasi syiah'. kisah saidina husin dbunh oleh syiah kufah bukan yazid. kemudian di youtube (mgkin Dr dah lihat) ada sebuah video yg mnnjukkan tntg seorang sunni yg menelefn sbuah rncgn yg tngah live dan ckp semua anggota kluarganya dbunh dan ank prempuannya drogol oleh kumpulan syiah d tmptnya.

Dr,

Ya, memang saya membaca setiap entri Dr,malah mnerima dan mengakuinya.lebih2 lagi mahmoud Ahmadinejad memang idola saya sjak dulu. tapi mungkin kerana surrounding yang mengangkat sunni dan menenggelamkan syiah menjadikan saya agak confuse..

sangat menakutkan bila semalam 10 muharram saya bercakap tentang perkataan 'SYIAH' dan org mmndg sy atas bwh.Mngkin itulah keadaan Dr ketika setiap tulisan Dr dilabel pro-syiah.

wallahu'alam.

mat said...

http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/12/17/32311/

ada ka gambar ahmanejad lukakan diri sendiri?

pembaca buku said...

Sdr ainulmardhiah,

Cuba-cuba buka laman shia-explained.com dan explore segala penjelasan yang diberikan.

Sebenarnya kita boleh mendapatkan maklummat di hujung jari sahaja; selain menyelidik di perpustakaan universiti untuk kerja-kerja ilmiah. Tiada kesalahan berbuat begitu.

Syaratnya, sdr mestilah terbuka untuk memahami mengapa mereka berbeza daripada kita.

Dan bukanlah perbezaan itu aneh kerana antara empat mazhab dalam ahlus sunnah wal jamaah juga, terdapat juga perbezaan. Tinggal lagi kita tidak begitu memerhatikan perbezaan itu.

Jika tidak percaya, kajilah sendiri.

Hariz Hussein said...

saudara mat,
link yang anda sertakan adalah pegikut syiah yg dikenali sbgi 'ghulat'. mungkin. mereka ini juga di tolak oleh syiah imamiyah. masalahnya mereka bersmebunyi dibelakang syiah immamiyah. jelas tindakan mencederakan diri sendiri ini adalah ritual pagan dan tidak masuk akal. malah nabi menghalang perbuatan semacam ini. sebenarnya tak perlu pon nabi halang jika mereka mengunakan akal fikiran yg waras tentu tak buat perkara semcm ini. saya pasti 100% saudara FT akan setuju dgn saya...

kebanyakan dari mereka syiah ini melakukn perkara tersebut hanyalah ikutan turun temurun tanpa mengkaji betul salah perbuatan mereka ini disisi agama...ianya sia-sia...dan memalukan

tp bg saya yg penting mencari titik persamaan sunni dan syiah...itu yg lebih penting...dan sebrg perbuatan yg bertentangan agama, kita nasihat mereka agar meninggalkn pebuatan tersebut....selagi mereka tidak mensyirikkn allah dan mengakui nabi adalah pesuruhnya...mereka adalah saudara kita yg patut kita bela dan pertahankan dari musuh-musuh islam...

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

"Membaca gerak permainan Erdogan dan Ahmadinejad membuat kita umat Islam sedikit terhibur. Alangkah baik jika kita beroleh pemimpin yang bijak seperti mereka"

Orang Melayu ni tabiatnya satu lebih nampak kuman seberang laut, satu lagi tunggu mati dulu. Pemimpin Melayu yang hebat memang dah ada, hebatnya pemikiran mereka sampai Amerika pun copy cat cara mereka. Begitulah Hebatnya Pemikir2 Melayu ni. Tapi macam aku cakap tu, tunggu mati dululah.

Contoh macam P Ramlee, dah mati baru dapat anugerah.

Jakfaran said...

Salam.

Saya terbaca komen dalam blog yang mengatakan punca Syiah berkembang di Malaysia adalah kerana badan agama di Malaysia tidak buat kerja. Dalam komen itu juga mengatakan badan agama lebih banyak buat serbuan di tempat hiburan, kutip anak buangan dan lain-lain.

Saranan saya, buka satu pintu perdebatan/perbahasan/forum/diskusi mengenai Syiah-Sunni. Biarlah satu hari pun, asalkan ada perbincangan yang bermatlamat.

Melalui ini, jika Syiah sesat, maka buktikan, biar semua orang menilai.

abu mohsein said...

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Salah satu konspirasi musuh Islam ialah memasukkan unsur-unsur khurafat dalam kebudayaan Asyura yang di sambut oleh pengikut Syiah di seluruh dunia. Meskipun begitu beberapa Marji' Taqlid sudah pun mengeluarkan fatwa mereka mengenai perkara ini.

Ulama silam:

Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Hakim: Qamezani (pisau yang dipukul pada badan) bukanlah amalan beragama dan mustahab. Amalan ini memberi kesan buruk kepada Islam, umatnya dan Ahlul Bait (as).

Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Qasim al-Khui: Tidak ada sebarang dalil Syar'i yang membolehkan Qamezani; tidak ada jalan yang menghukumkan amalan itu sebagai mustahab.

Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Hasan Esfahani: Penggunaan pisau, gendang, rantai dan Bouq (sejenis trompet dari tanduk) adalah haram dan bukan dari Syariat Islam.

Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Amin Jabal 'Amili: Qamezani dan apa saja peralatan sambutan Asyura sepertinya adalah haram menurut hukum akal dan Syarak. Mencederakan kepala bukan sahaja tidak memberi manfaat di dunia dan pahala di akhirat, bahkan ia menyakiti jiwa serta haram menurut hukum syarak. Amalan ini juga menyebabkan Syiah dan Ahlul Bait diejek oleh orang ramai. Mereka akan menganggap amalan ini sebagai ganas. Tiada syak lagi bahawa amalan ini berasal dari bisikan Syaitan dan tidak mendatangkan keredaan Allah, Rasulnya dan Ahlul Bait.

abu mohsein said...

Sambungan;

Ayatullah al-Uzma As-Syahid Sayed Muhammad Baqir Sadr: Amalan ini adalah pekerjaan insan yang jahil dan para ulama sentiasa menghalang dan mengharamkannya.

Ayatullah al-Uzma Fadhil Lankarani: Masalah Qamezani bukan sahaja tidak mendatangkan lebih banyak kesedihan dan kecintaan terhadap Imam Husain (as) dan matlamat suci beliau. Namun ia tidak diterima, bahkan ia memberikan natijah yang buruk dalam pandangan rasional.

Ayatullah al-Uzma Shalehi Mazandarani: Dalam sumber Fiqh, Qamezani sama sekali tidak memberikan sebarang faedah dalam Azadari Imam Husain (as).

Ayatullah As-Syahid Murtadha Mutahhari: Upacara ini meniru budaya Kristian Ortodok Caucasus.

Ayatullah Muhammad Jawad Mughniah: Upacara ini tidak sesuai dan Bid'ah menurut agama dan Mazhab.

Ayatullah Musykini: Perkara ini menimbulkan masalah menurut Syariat Islam. Bahkan ia mengandungi unsur-unsur haram dan umat Islam tidak boleh sekali-kali memasukkannya sebagai ibadah dalam berdukacita atas Imam Husain (as).

Ulama di zaman ini

Ayatullah al-Uzma Sayed Ali Khamenei: Qamezani adalah budaya yang direka; dan sama sekali tidak berkaitan dengan agama. tiada syak lagi, Allah tidak meridhainya.

Ketika Komunis menakluki rantau Azerbaijan-Soviet dahulu, semua kesan-kesan Islam di sana telah dihapuskan seperti masjid telah ditukar kepada gudang. Dewan dan Husainiyah ditukar menjadi gedung lain dan tidak ada sebarang tanda agama Islam dan Syiah yang berbekas; kecuali Qamezani sahaja yang dibenarkan.... mengapa? Ini adalah cara mereka memerangi agama Islam dan Syiah. Kadang-kadang musuh menggunakan alasan seperti ini untuk menentang agama. Setiap unsur khurafat diketengahkan supaya kemurnian Islam tercemar.

Ayatullah al-Uzma Jawadi Amili: Tidak dibenarkan melakukan perkara yang boleh menyebabkan Islam dihina dan kehormatan Islam direndahkan; Qamezani dan amalan seperti itu hendaklah dijauhi.

Ayatullah Makarim Syirazi: Metodologi Azadari hendakkah tidak memberi sebarang kesempatan kepada musuh Islam dan menyebabkan penyalahgunaannya. Hendaklah acara besar ini tidak diperkecilkankan dan menyebabkan penghinaan kepada mazhab. Memukul badan dengan pisau atau rantai tajam hendaklah dijauhi.

Ayatullah al-Uzma Mazaheri Esfahani: Memukul badan dengan pisau dan seumpanya adalah haram.

Ayatullah al-Uzma Sayed Kazim Haeri: Perkara khurafat seperti Qamezani menyebabkan Islam dan Syiah mendapat nama buruk.

Ayatullah Nuri Hamdani: Peserta Azadari hendaklah sentiasa menyedari keburukan Qamezani di mana pihak musuh sentiasa memikirkan cara menjajah dan melemahkan umat Islam serta mencetuskan bahaya dari dalam. Semoga Allah membantu umat Islam.

Ayatullah al-Uzma Syaikh Muhammad Yaqubi: Tidak boleh melakukan sebarang kerja yang tidak berakal, membahayakan diri, menyebabkan penghinaan terhadap agama dan Maktab Ahlul Bait (as)... Oleh itu wajiblah kita menjauhi amalan-amalan seperti Qamezani atau yang mencederakan tubuh dengan alat-alat tajam.

Ayatullah Muhammad Mahdi Asfahi: Amalan-amalan ini memberi kesan negatif dalam penyampaian pesanan Asyura kepada orang ramai dan ia menyebabkan acara Husaini diremehkan.

kuncisudu said...

saya ingin mencadangkan kepada Dr supaya mentagkan semua post dr mengenai Syiah dan iran untuk memudahkan pengunjung blog yang ingin berdiskusi mengenai topik ini. terutama mereka yang ingin mengomen tapi belum membaca keseluruhan tulisan dr.

saya memang terasa "terganggu" dengan tulisan saudara mengenai syiah ni. walaupun selepas membacanya saya mula ingin membuang tanggapan buruk kepada syiah ( pekara2 yang dikatakan syiah sesat, sedang mencari sumber dakwaan itu).

saya masih memegang pendapat, jika sesuatu itu masih islam, tak kisahlah samada sunni, syiah, wahabi dan tabligh sekali pun, janganlah diperlekeh atau di tuduh sesat selagi tidak lari dari Al- Quran dan sunnah Nabi, kerana kita masih ada musuh yang perlu di lawan bersama.

Dr Faisal Tehrani said...

kuncisudu
nanti saya cuba tagkan.
wassalam.

abu mohsein said...

Al Azhar tolak permintaan Wahabi
June 21, 2010 - الاثنين 11 رجب 1431
by Ibnu Azmi

Sheikh Besar Al Azhar, Ahmed Al Tayeb menolak permintaan Wahabi Ekstrimis untuk menarik balik pengiktirafan Al Azhar terhadap mazhab Ahlul Bait, atau Syiah Ithna Ashariah, dan berkata, tiada siapa yang boleh menerima kenyataan yang lemah ini, tambahan pula kedudukan Al-Azhar adalah sangat stabil untuk mencapai kesatuan antara Muslim.

Rangkaian berita online Saudi telah menyatakan seorang sarjana Wahabi, Ahmed bin Saad Al Ghamdi dari Universitu Umm Al Qura telah mengutuk para sarjana Al Azhar atas pengiktirafan mereka terhadap Mazhab Syiah dan menganggap ia sama seperti mazhab lain di dalam umat Islam.

Di dalam kenyataan eksklusif kepada Akhbar Al Watan, Sheikh berkata, Sunni dan Syiah ialah 2 sayap utama di dalam umat Islam, dan merupakan sebahagian dari Islam selama 1400 tahun. Beliau turut mendakwa, apa yang terjadi di masa sekarang hanyalah satu plot untuk membawa kepada perselisihan antara mazhab.

Saharudin said...

penyakit lama org melayu kat malaysia: suka menyalahkan org lain, tapi salah diri sendiri tak nak cerita, dan ada yg suka kafirkan org lain.

ramai org salahkan tabligh, mereka kata pengikut tabligh kotor, tak mandi, dll. ramai org salahkan syiah yg mencederakan diri tapi lupa nak pesan kat isteri2, kakak2, adik2 perempuan, teman2 wanita utk menutup aurat dgn sempurna dan pakai hijab.

awal muharam pengikut syiah menangis kenangkan ali syahid, tapi kat malaysia org melayu pergi tonton wayang cerita "legenda budak setan".

way to go "malaysian sunni"!!

kuncisudu said...

Saharudin,
pendapat saya, men"general"kan semua melayu mempunyai penyakit suka menyalahkan adalah tidak tepat, dan tidak patut, sekurangnya saya sendiri yang melayu tidak pernah ada sangka buruk terhadap tabligh, syiah (selepas membaca tulisan Dr) bahkan wahabi. saya tidak pernah tonton lagenda budak setan walaupun tak pernah menangis kerana Ali.

kita boleh cari point untuk meguatkan pendirian kita tanpa merendahkan pendirian orang lain.

muhammad 40 said...

assalamualaikum..
bagus lar korang semua, banyak ilmu..
boleh lar bagi kuliah2 kat orang2 bawahan yang kurang ilmu ni...
boleh bagi taw kot, pondok ngaji mana korang belajar..

Mohd Khairi said...

syiah pengikut dajjal

behlul said...

assalamualaikum..

.. sayang dalam keadaan kita diberi akal dan fikiran masih ada yang senang-senang cop orang nih kafir atau dajjal.. jangan kita sendiri yang diberi oleh allah panggilan itu..

hellmy said...

Salam semua,

Zikrullah bukan setakat di bibir & lidah. Ianya juga perlu berlaku di hati dan kemudian di akal. Di akal boleh dikira sebagai mencapai tahap kesempurnaan 'berzikir' itu apabila kita boleh menganalisa sesuatu dengan menggunakan logika. Yang lebih tepat tidak perlu menghukum dgn cepat dan terburu-buru.

Menghukum Syiah sebagai sesat adalah suatu kesesatan yang nyata berlaku di kalangan msyrkt kita oleh kerana minda msyrkt kita tidak terbuka.

Dan lagi satu, penyakit rakyat Malaysia ini adalah malas membaca ;-)

Sekian

basarudin said...

Salam,

Cukup menarik perbincangan yang berlaku dalam ruangan ini. Mengenai tuduhan terhadap syiah, jelas menampakan kedengkelan mereka yang tidak mengkaji dan meneliti perkara tersebut...semata-mata berdasarkan hearsay...

Hearsay sgt berbahaya...banyak gerak laku ibadat contohnya seperti Ibadah Haji, jika tidak difahami falsafahnya akan membuat mereka gemar mengutip hearsay terutama orang yang langsung tidak memahami islam menyamaratakan ibadah haji sebagai ibadah biasa yang tiada bezanya dengan agama lain...sembah patung dan berhala...ambil contoh..antara ibadah yang dilakukan ketika musim haji adalah melontar...dari segi fizikalnya kita melihat jemaah haji hanya melontar batu kearah satu batu yang lebih besar...tawaf pula....tidak lebih hanya mengelilingi batu besar beramai-ramai dan bercampur antara lelaki dan perempuan.

Tanpa memahami falsafah disebalik ibadah haji tersebut apakah agaknya pandangan orang tentang ibadah haji ini?

Jika kita mendengar komen orang bukan Islam tentang ibadah haji..kita akan dapat pandangan yang berbeza dengan apa yang kita faham..mereka akan katakan kita juga sesat dan sembah batu...

Begitulah, sekiranya kita tidak mendalami dan meneliti sesuatu perkara lebih-lebih lagi dalam soal mazhab ini...kita akan akan mengeluarkan tanggapan-tanggapan yang sangat negatif yang sebenarnya lebih menyesatkan.

Seperti yang disebut oleh teman-teman maklumat hanya di hujung jari...buka minda ketepikan prejudis dan telitilah mazhab syiah ini. Insyaallah akan ada banyak perkara yang sangat menarik dan penuh dengan kebenaran.

Imam Ali pernah berkata...Kenalilah Agama nya dan kau akan tahu siapa pengikutnya.

Wassalam

Masjid Al-Ehsaniah said...

Assalamualaikum.

Sahabat² yg dihormati sekalian,

Rasulullah SAW bersabda : "Maka bahawasanya siapa yang hidup lama di antaramu nescaya akan melihat perselisihan faham yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah ia dan gigitlah dengan gerahammu" (HR Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda lagi : "Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan ke neraka kecuali satu". Sahabat² yang mendengar ucapan ini bertanya : "Siapakah yang satu itu ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri'tiqad) dengan peganganku (i'tikadku) dan pegangan sahabat²ku" (HR Imam Tirmizi)

Musuh islam yang bukan islam secara jelas kita boleh menolaknya tetapi bagaimana yang datang dari mereka yang kita lihat juga sebagai islam dengan amalan atau perwatakan zahirnya seperti kebanyakan muslim?

Di sinilah peranan ilmu usuluddin
untuk mengetahui akidah mana yang benar dan mana yang salah. Untuk itu marilah kita mantapkan benteng akidah kita, usahakanlah untuk mempelajari ilmu ini dan mohonlah kepada Allah agar kita diberikan kefahaman yang sebenarnya. Janganlah sekadar menggunakan logik akal atau ikut-ikut sahaja. Mohon kepada Allah dipertemukan dengan guru yang mursyid, bertanyalah kepada yang benar² ahlinya (pakar dalam bidang ilmu itu).

Banyak peritiwa sejarah yang membuktikan islam cuba dan dijatuhkan oleh orang yang menyatakan diri mereka itu islam walhal mereka itulah yang digelar sebagai munafiq.

Di sini ana ingin mengajak tidak kira pro syiah atau pro sunni yang penting kaji betul² i'tiqad kita. Buatlah perbandingan di antara keduanya mengikut disiplin ilmu yang ana nyatakan di atas tadi. Jangan main ikut-ikut atau cedok² sedikit ilmu kemudian sudah merasa cukup dan betul dengan ilmu itu tanpa melalui proses penghadaman ilmu dengan sebenar²nya.

Sama²lah kita mohon agar hidayah Allah sentiasa memimpin kita setiap saat dan ketika hinggalah kita kembali kepadaNya. Amin...

Wallahua'lam.

Syiah Bahaya??
http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93

Masjid Al-Ehsaniah said...

Rasulullah SAW bersabda : "Maka bahawasanya siapa yang hidup lama di antaramu nescaya akan melihat perselisihan faham yang banyak. Ketika itu pegang teguhlah Sunnahku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang diberi hidayah. Pegang teguhlah ia dan gigitlah dengan gerahammu" (HR Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda lagi : "Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan ke neraka kecuali satu". Sahabat² yang mendengar ucapan ini bertanya : "Siapakah yang satu itu ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri'tiqad) dengan peganganku (i'tikadku) dan pegangan sahabat²ku" (HR Imam Tirmizi)

Musuh islam yang bukan islam secara jelas kita boleh menolaknya tetapi bagaimana yang datang dari mereka yang kita lihat juga sebagai islam dengan amalan atau perwatakan zahirnya seperti kebanyakan muslim?

Di sinilah peranan ilmu usuluddin
untuk mengetahui akidah mana yang benar dan mana yang salah. Untuk itu marilah kita mantapkan benteng akidah kita, usahakanlah untuk mempelajari ilmu ini dan mohonlah kepada Allah agar kita diberikan kefahaman yang sebenarnya. Janganlah sekadar menggunakan logik akal,ikut-ikut. Mohon kepada Allah dipertemukan dengan guru yang mursyid, bertanyalah kepada yang benar² ahlinya (pakar dalam bidang ilmu itu).

Syiah bahaya??

Salam, harap maaf ketika ana publish komen berlaku error sebab tu ana buat berulang kali sehingga berjaya. Tak sangka yang error tu pun di'publishkan jgk. Mohon tuan blog delete komen ana yang berulang di atas.