18 December 2010

Recep Tayyip Erdogan Juga Kafir?

16 Disember 2010, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menyertai masyarakat Syiah di Halkali, Istanbul untuk menangisi kesyahidan Saidina Husin yang syahid di Karbala. Tidak sangka Erdogan pun sudah kafir! Klik sini, atau tonton video di sini:

16 comments:

Nabilah said...

terkadang, muslim malaysia lebih suka mendengar gosip, dari merujuk sumber primer...

berkaitan 'mencederakan badan'...

1)Ayatullah al-Uzma Sayed Ali Khamenei: Qamezani adalah budaya yang direka; dan sama sekali tidak berkaitan dengan agama. tiada syak lagi, Allah tidak meridhainya.

sumber: http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=217009
(minta Dr. ulas link ini)

dan saya lebih suke pendekatan allahyarham Sh. Ahmed Deedat:

"You know it's a sickness. There are many learned men but their minds are so prejudiced. They are just looking for faults."

"When it comes to the Shafei, Hanbali, Hanafi and Maliki we are tolerant but when it comes to the Shia you see he is not in the formula that we are taught as a child, so what ever little idiosyncrasies there exists between us and them we cant tolerate and reject we say that he is out because we are programmed to believe in only the four. But we accept the idiosyncrasies between the four."

sumber:
http://www.inminds.co.uk/unity.html

hellmy said...

Sollu 'ala Muhammad wa 'ali Muhammad, SOLAWAT!

kuncisudu said...

potret siapa di belakang erdogan tu?

Excel Management Consultants said...

UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR

Di bawah bab 2'Tafsiran' mengenai "Hukum Syara' " seperti sumber berikut;

http://www.islam.gov.my/buu/kelsel.html#tafsiran

asyMok_Aambo said...

SAH!
Menurut Pihak Berkuasa 'agama' Malaysia
Pemimpin Turki adalah NON-MUSLIM.
Sesiapa Yang Ingin Menjadi 'islam' dan masuk 'syurga'
SILA BERHIJRAH KE MALAYSIA.

Siti Aishah Hanin said...

masalah kita sekarang ialah sibuk kejar dunia.materialistik.solat dan puasa pun hanya buat kerana adat,bukan betul2 faham sebagai ibadat.yang xtutup aurat dan murtad telah la...

punya banyak masalah kat Malaysia ni cemana boleh sempat lagi sibuk dengan Syiah?

anak2 melayu di pulau pinang yang bersekolah di konvent,mengucap pun xtau,kenapa manusia di sini boleh sibuk2 dengan Khomeini dan Ahmadinejad?

kalau kemajuan dan keberanian Iran yang nak dijadikan contoh,mungkin perlu tapisan.Umat Malaysia majoritinya Islam pun xhadam,jangan suapkan dengan masalah2 furu' yang semakin memeningkan kepala....

Paksu Ki said...

Renungan kepada Siti Aishah Hanim
sepatutnya umat Islam perlu berlapang dada sesama Islam, kasih sesama Islam tidak kira sunni mahupun syiah....Sejarah Islam banyak diselewengkan oleh pemerintah Islam yang mengikut hawa nafsu dan kuasa...Islam itu agama yang syumul, kalau kita tidak mencari kebenaran agar sukar untuk mendapat jawapan yang pasti

pena sesawang said...

Perkara pokok yg menjadi asas pegangan kukuh semua aliran baik Syiah Shafie', Syiah Hanafi, Syiah Maliki Syiah Hambali ataupun Syiah Ali/Alawiyyah..semuanya berasal dari aliran Syiah Muhammad S.A.W.

Selagi tiga perkara pokok ini atau salah satu darinya iaitu Tauhid, Nubuwwah dan Ma'ad tidak ditentang ia masih tergolong dalam golongan ISLAM.

Perbezaan usul dan furu dalam islam masih boleh diterima selagi ia tdk meninggalkan perkara2 yg wajib keatasnya.

Hadis Nabi bermaksud :
"Kutinggalkan kepadamu dua perkara yg amat berat, pertama Quran dan kedua keturunanku dan ahli rumahku"

Syiah Ali wujud berdasarkan keyakinan agama , bukan kerana kuasa politik atau hawa nafsu semata.

Sejarah Islam cukup bagus utk diterokai, ttp malangnya sumber faktanya yg benar2 dalam tidak ditontoni secara umum pada peringkat pendidikan formal sekolah malah ianya hendaklah diterokai secara keinginan sendiri yang independen. Semacam ianya sengaja dikaburi/selindungi oleh silibus pendidikan Pemerintah.

Delam Mige said...

salam...
khayalan..khayalan.
Saya di Iran sepanjang Muharam ni, setitik darah pon saya belum nampak lagi..apa punya tuduhan la yg dikenakan ke atas pengikut2 syiah?..

Pena Marhaen said...

kadangkala org kita lebih suka menghukum tanpa usul periksa..adakalanya menghukum dgn dalil yg dangkal dan tanpa mengambilkira persolan sebenar

behlul said...

assalamualaikum,

perihal kafir sering menjadi bahan oleh mereka yang hanya memahami makna tetapi bukan pada perbuatan dan praktikal dalam memamhami konsep mazhab itu sendiri..

mangsa dalam hal ini adalah mereka yang memaut kasih kepada keluarga ahlul bait.. sayang masih ada kedangkalan dalam berfikir..

kata imam ali "kebatilan yang dirancang akan dikalahkan oleh kebenaran yang tidak dirancang.."

Pak Oncu said...

Kesihan,,, malaysia malaysia serba boleh,,, tetapi jika semua mereka yg di tahan itu org org umno sudah pasti tidak akan berlaku perkara seperti itu,,,, gua rasa Syiah tidak ada membuat kerosakan kan di muka bumi Malaysia tetapi ada satu lagi fahaman lagi ada lah kot buek kecoh,, dan yg ramai di tahan di kemunting itu fahaman syiah ke ??? hahahah what a joke u JAIS !!!

Mat keluang said...

Salam Bro.

Recep Tayyip sa orang Muslim sunni yang alim.Jika najib menghadiri sambutan tahun baru cina atau India atau Chrismas adakah dia kafir.

Dibawah Kilauan Pedang said...

saya tertanya-tanya kenapa ulama2 hadith yang hebat2 seperti Al-Bukhari, Muslim, abu daud, annasaai ibnu khuzaimah bahkan sebelum itu imam ahmad bin hanbal, assya'bi, Yahya bin main dn lain2 pembesar ilmu hadith dalam banyak2 sebab mereka menolak sesebuah hadith adalah apabila seorang rawi dalam hadith tersebut disyakki merupakan seorang syiah. mungkin dr boleh menjawab persoalan saya ini.

hellmy said...

DiBawahKilauanPedang, tak mengapa. Biar saya tolong jawab. Tokoh2 yang anda nyatakan itu adalah tokoh2 Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berbangsa Parsi. Abu Daud, AnNasai', Muslim dll.

Jadi, pihak berkuasa di Malaysia ini cuba memberi gambaran buruk terhadap bangsa Parsi melalui Syiah.

Ini dinamakan permainan persepsi. Maksudnya politik!

Dan saya sangat yakin bahawa yang memainkan ini semua adalah penganut2 Wahabbi (in closet) yang berada di posisi kerajaan, badan2 agama dan juga dalam parti2 politik.

Sekian.

Syasya said...

Salam Dr.Faisal, tak pasti kalau Dr. dah membaca link ini, ia menjawab tuduhan2 kepada golongan Syiah. Jika ya, sekadar perkongsian ulangan, semoga mendapat manfaatnya. Alamat web ini ialah http://almawaddah.orgfree.com/bahaya.htm & http://almawaddah.orgfree.com/bahaya2.htm