22 December 2010

Pencabulan Hak Asasi Minoriti Syiah Malaysia: Citra Kita Terjejas di Peringkat Antarabangsa


* Kemaskini 7:43 pagi, seorang blogger AV3409 telah mengutusi saya sebuah video hampir 10 minit yang menunjukkan detik-detik awal pencabulan hak asasi minoriti Syiah di Gombak baru-baru ini. Video tersebut menunjukkan penguatkuasa JAIS yang menggeletar untuk membacakan keterangan waran dan pertuduhan lalu mendorong jemaah berselawat untuk membolehkan beliau melaksanakan tugasnya. Video turut memaparkan perbincangan ketua masyarakat Syiah Malaysia yang menjelaskan penguatkuasa tersebut membawa waran yang tidak sah kerana alamatnya salah. Akan tetapi kelihatannya sebahagian besar minoriti Syiah dalam video ini nampak cool. Tidak ada aksi stunt melarikan diri menerusi bumbung bangunan 4 tingkat seperti yang didakwa media. Saya juga difahamkan oleh blogger tersebut meskipun mereka dituduh kafir, dan anak-anak mereka dituduh anak zina serta salah waran gelidah; jemaah syiah di premis ini tidak menghalau mereka dan tetap menjamu nasi lauk kambing kepada penguatkuasa yang datang. Video yang boleh ditonton di Youtube itu saya letakkan pada akhir entri ini. Saya menyeru kepada pembaca yang bersimpati dengan mereka supaya mendoakan keselamatan dan keadilan buat saudara-saudara kita ini walaupun mereka berbeza mazhab dengan kita.

Tindakan 'tidak bertamadun' dan 'tidak bertanggungjawab' Jabatan Agama Islam Selangor ke atas 200 minoriti syiah di Malaysia pada malam 9 Muharam yang lalu telah mendapat bantahan meluas dan mulai disiarkan oleh media antarabangsa. Badan hak asasi manusia juga mulai menyorot perkembangan tersebut. Hakikat bahawa minoriti syiah ini menjalankan upacara tahlil untuk Saidina Husin cucu Rasulullah saw di dalam premis tertutup serta tidak mengganggu awam menjadikan serbuan tersebut kelihatan 'lebih barbarik dan ganas'.

Aksi tergesa-gesa JAIS ternyata mengancam citra Malaysia di peringkat internasional memandangkan terdapat 200-500 juta umat Islam syiah di seluruh dunia. Kita harus ingat Malaysia sering dikunjungi pelawat atau pelancong dari Teluk yang kebanyakannya bermazhab syiah. Terdapat sekitar 60 ribu pelajar dan pekerja dari Iran di negara kita. Selain itu hubungan dagang kita dengan Republik Islam Iran boleh terjejas memandangkan JAIS menuduh kosong penganut mazhab syiah menghalalkan darah penganut mazhab Islam lain.

Pihak berkuasa agama Malaysia perlu mengambil iktibar oleh tindakan keras Republik Indonesia 'menjolok sarang tebuan' pada 21 September 1997, di mana sebuah seminar selenggaraan pemerintah, ABRI, MUI, pimpinan organisasi Islam, dan masyarakat umum telah membuat resolusi menfatwakan Syiah melakukan penyimpangan dan kerosakan akidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Sama seperti berlaku di sini, fitnah dilemparkan kononnya Syiah mengimani yang Al-Quran tidak sempurna, Syiah adalah pelaku kejahatan, pengkhianat dan teroris. Seminar tersebut memutuskan agar pemerintah Indonesia dan Kejaksaan Agung melarang Syiah, termasuk penyebaran buku-buku Syi'ah di Indonesia. Akan tetapi, seperti yang dimaklumi hari ini, tindakan tersebut hanya menjadikan masyarakat Syiah di sana bertambah kuat. Hari ini syiah di Indonesia menganjurkan acara Ashura peringkat nasional mereka di Stadium Senayan.

Harus diingatkan usaha menekan Syiah adalah usaha sia-sia ini kerana ia bukan sebuah gerakan Ayah Pin atau al-Arqam. Syiah dianuti 200-500 juta umat Islam hari ini di seluruh dunia. * Foto ulama sunni Indonesia Quraish Shihab dan pemimpin spiritual umat Islam syiah sedunia Ayatullah Ali Khamenei.

Insiden ini nampaknya benar-benar memalukan Malaysia jika tidak dibetulkan. Satu-satunya kaedah untuk memulihkan keadaan ini hanyalah dengan memberikan kumpulan minoriti 20 ribu orang ini hak-hak mereka untuk beragama selaras dengan hak asasi manusia.

Saya percaya kes ini akan terus diberi perhatian dan boleh menjejaskan imej Islam moderat yang ingin dijuarai Malaysia di peringkat antarabangsa. Saya kemukakan di sini laporan beberapa media dan bantahan badan hak asasi yang berpengaruh:

"Malaysia has about twenty thousand indigenous Shia. While more than thirty thousand Iranians live, work or study in Malaysia. These acts are extreme and false propaganda toward them and their life and security is on risk. Malaysia is playing with their economy and the popularity by these incorrect acts. " - Agensi Berita Abna.Ir (Malaysian Wahhabi Extremists Attacked Shia Mourners, Detain 200) klik sini.

"While this may be a mere coincidence, IHRC is worried by the suggestion that the government has used the tool of sectarian demonization in its efforts to deflect scrutiny of its political actions amongst the Malay speaking masses. The Malaysian government should take its responsibilities more seriously and not promote this sectarianism which can have dangerous consequences. Malaysian authorities are bound by international as well as national laws to protect all religious groups from any form of discrimination." - Badan Hak Asasi Manusia Islamic Human Rights Commission yang berpangkalan di Wembley, London (Action Alert, Malaysia Raid on Ashura Gathering) klik sini.

"Pemerintah Malaysia menganggap hanya aliran Suni yang sah dalam negara Islam tersebut. Suni adalah cabang Islam terbesar di dunia diikuti oleh Syiah. Polisi syariah menggerebek sebuah rumah toko di distrik Gombak, di negara bagian Selangor tengah pekan lalu." - Koran Republika (Malaysia Tahan 200 Pengikut Syiah Dalam Sweeping Besar-Besaran) Klik sini.

"The Islamic court of Malaysia is expected to charge those arrested with 'following a deviationist movement,' which carries a penalty of up to two years in jail, the PR officer added." PressTV (Malaysia Shia arrests draw criticism) Klik sini.

"Even though I personally don't agree with Shia teachings and even frequently criticize and debate with them, I cannot accept the approach of the allegedly democratic Malaysian government in denying the people's right to practice their faith," - Asri Zainul Abidin, dipetik oleh Associated Press (Malaysia May Charge 200 for 'Deviating' from Islam ) klik sini.

“While I personally do not agree with the Shi’a school of thought, that does not mean we can act aggressively, when at the same time, deviant teachings such as Qadiyani, Bahai and Ayah Pin are allowed to exist." - Tuan Ibrahim Tuan Man, Parti Islam Semalaysia, (Rationality please, PAS tells govt over Shi'a clampdown) klik di sini.

"Kita di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah (pun) ada perbezaan pandangan, (maka) ini kita beri tumpuan dahulu. Dahulu, kita buat seminar (berhubung) adab perbezaan Pandangan. Kita dalam mazhab Syafie, kadang kala sensitif pendekatan mazhab lain, walhal (ia) dalam kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah." - Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Nik Mustapha Nik Hassan (Isu Syiah: IKIM tumpu pada Sunni dulu) klik sini.

“Kami masih membuat kajian. Tetapi prinsip hak asasi manusia semua ada hak untuk anuti apa jua fahaman. Amalan itu juga sah di beberapa negara, maka perkara itu perlu diambil kira." - Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah, (Isu Syiah: Semua bebas anuti apa jua fahaman, kata Suhakam) klik sini.


** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Mujtahid-mujtahid wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

52 comments:

mistis said...

Salam Dr. Faisal,

"Saya secara peribadi mengkaji syiah setelah membawa riwayat hidup Imam Syafie. Beliau mengaku beliau syiah dalam sebuah syairnya. Itulah puncanya saya mengkaji syiah. Lihat Fihrist Ibn Al-Nadim" (dipetik dari komen Dr. Faisal Tehrani dari artikel "Berikan Sahaja Hak-Hak Mereka Sebagai 'Kafir'")

Saya dengan penuh sopan minta saudara nyatakan syair Imam Syafie yang menyatakan beliau adalah syiah itu.

Tolong paparkan kebenaran.Nanti kita akan ditanya akan kebenaran yang kita sembunyikan di 'sana' kelak.


Sekian terima kasih

fit3sha said...

72 orang kanak2
128 orang dewasa
kebetulan kan.dengan saidina hussain a,s :)

a.afandi said...

setuju dengan Tuan Ibrahim Tuan Man katakan. walaupun perbezaa syiah dan sunni itu memang terpampang jelasnya ada. tidak selari. namun kita ada persamaan yg agung - Allah, sunnah Rasulullah, dan para sahabatnya..

ituuu, ayah pin dan lain2 itu baru benar2 jauh lari beribu batu..

behlul said...

assalamualaikum..

bukn mudah orang memahami apa sebenarnya kehendak asyura.. tangisan sering disalahanggap

Mardhiah bte Mohd Yusoff said...

Hah baguslah tu... dia tak datang kat S'gor, dia maghe Melaka. Kalu dulu dia pi Sunway Lagoon, la ni dia pegi Afamosa, Melaka Wonderland. Ko kempen jah kat kengkawan ko Malaysia ni bab-bab agama lain negeri lain set undang2, di bawah Sultan dan Yang Di Pertuan Agong bagi Melaka, Sabah dan Sarawak. Apa kecoh2 takut mereka tak mai. Selangor tak kasi Melaka, Sabah, Sarawak for sure safe spot, sebab Menteri Dalam Negeri sendiri dah cakap kat press Syiah kat Malaysia man-man ok. Kenyataan Menteri ini di sokong oleh Pak Menteri JAKIM. Yang kata Syiah mengancam Negara tu Fatwa Penang tahun 1997. Dia mengancam tak mengacam ni bergantung pada geografi, politik, demografi, lifesty sesuatu tempatkan. Mana bule sama Melaka dengan Selangor. Yang barbarik tu Selangor, Melaka Negeri Maju. 1Malaysia pun 1Malaysia gak. Tapi kalu yang negetif tak moh weh ngaku 1Malaysia.

Tok ketua, tok Alim S'gor dah sembahyang itiqorahlah tu suruh depa buat tangkapan, macam Tuan Guru Nik Aziz buat Itiqarah kata ADUN yang berzina dalam koc KTM tu Allah dah ampunkan. hah macam ko bikin Itiqorah mimpi sat lai ada orang mati kena panah petir, kena empap ujan batu. Mana buleh salah istiqarah orang-orang wara' alim banyak amal macam korang ni semua. Betullah tu, ADUN berzina ALLAH ampun, Syiah Selangor mengancam keselamatan, Freemason matinya kena panah petir, empap ujan batu.

lalok said...

salah satu kaedah kuno media tempatan adalah mencari isu baru untuk memadamkan isu semasa..kita tgk siapa yg kena..

pembaca buku said...

Memang sudah saya katakan, ramai yang memerangi sesuatu yang tidak mereka fahami. Sudahlah tidak faham, tidak bertanya bisik-bisik dahulu; semberono menyerbu pula. Bahkan mungkin juga mereka tahu akan kebenaran sesuatu tetapi mereka menidakkan kebenaran itu.

Perjalanan hidup kita ini bergantung pada hukum sebab-akibat. Bagaimanapun, kita diberi banyak pilihan. Dan kita perlu menggunakan akal dan hati apabila mahu membuat sesuatu pilihan itu.

Kita semua harus sedar bagi setiap pilihan yang dibuat, akibatnya bukan sahaja kita tanggung tetapi juga ditanggung oleh sesiapa yang melingkungi kita.

Pihak berwajib JAIS telah memilih tindakan sebegini. Maka sudah tentulah akibatnya harus ditanggungnya. Malah sesiapa dan pihak apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti kerajaan Malaysia dsb, juga akan menanggung akibatnya.

Mudah-mudahan kita yang prihatin yang empati simpati ini, tidak menanggung hukuman terus daripada Tuhan akibat peristiwa ini.

Dr Faisal Tehrani said...

Mistis

Saya sudah pernah menulis hal ini di Dewan Sastera, saya tidak ingat edisi bila. Tak sempat nak periksa semula. Saya juga pernah menyentuh betapa Shaikh Ahmad fathani, ulama Melayu yang terkenal pun membekalkan hadis imam 12 syiah dalam kitab beliau. Kitab jawi itu malah boleh dibeli di Pustaka Mukmin jalan TAR.

Pun untuk meraikan kesopanan saudara meski saudara tidak berprofil, saya turunkan di sini:

"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)"
(Diwan Imam al-Syafi, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hlm 89, lihat juga pada halaman 75,106,126)

Aku adalah Syiah dalam agamaku,
Aku berasal dari Makkah,
Dan rumahku di Asqaliyah,
(Fakhruddin ar-Razi, Manaqib al-Imam asy-Syafi’I, Cairo, 1930, hlm 149)

Insya-Allah sekiranya saya ada masa saya akan susun baik2 puisi Imam Syafie dan kata2 Imam Ahmad tentang syiah.

KYS said...

Salam Dr,

Pada mereka, apa apa yang ekstrim akan mengancam mereka. Walhal kita ektrim dalam bab beragama. Mereka ekstrim menjaga kepentingan mereka.

Hal ini serupa kes memali cuma takde tembak menembak.

2010 dan pemikiran kerajaan Malaysia masih kuno.

Malang bagi kita.

Kulihat Hijau said...

salam.blh sye tahu,bile JAIS start makan n bile JAIS tngkap syiah?psl klu JAIS sempat mkn.kompem syiah dh lme lari kn3.hehe.ke JAIS siap tapau dulu pastu bru tangkap.rugi la sye tk pegi hauzah mereka mase tu.klu tk blh mkn kmbing free.hehehe

zara yvonne said...

Hairan ya, segala macam perayaan kuffar (call it 1 Malaysia-raya; gongxiraya, deeparaya, christmas) semacam wajib sahaja diraikan di negara ini. Tetapi, majlis memperingati ahlul bayt dikecam habis-habisan pula! Saya pernah menyertai majlis seumpama ini dan Alhamdulillah...it was a moving experience! Mana perginya rasa kasih kita terhadap saudara shiah?

btw, have a healthy discussion here:) moga-moga akhirnya kita akan mendapat ilmu yang bermanfaat. Tiada apa yang lebih mendamaikan selain daripada mengetahui kebenaran, InshaAllah.

Adilla Harun said...

Sudah saya katakan, 'boomerang' yang dilontar mengenai wajah sendiri. Ibarat 'menepuk air di dulang',dengan mata terbuka (sedar); lebih lagi dulang berisi air lada. Kepedihannya pasti dirasa.

Jika orang luar dah menegur, tandanya pasti ada yang kita tersasul. 'Reverse' dan lihat mana yang tersilap.

Satu sikap yang tidak baik (kata tok nenek Melayu)' bodoh sombong'. Biasanya jika tak pandai-kena bertanya. Kalau memandai-mandai-huru-haralah jadinya.

Saya masih mendoakan Malysia in dengan kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan. Di mana langit bumi dipijak di situ langit dijunjung. Allahuakbar! Solawat!

Marhaen Kacak said...

penampilan gambar penangkapan di muka surat hadapan utusan malaysia pun dah menyalahi etika penerbitan... sepatutnya KDN perlu mengambil tindakan terhadap ketua editor Utusan yang tidak memantau kalimah Allah pada sepanduk pada gambar muka depan utusan...

Mesti Baca! : Perihal Teks Assalamualaikum Dalam SMS : Jangan Fikir Yang Remeh Temeh

MBP 2587 said...

Assalam

Print Screen Dari FACEBOOK

http://img828.imageshack.us/img828/7743/printscreenq.png

_

ali said...

Pada tahun 1984 sebenar Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah mentafsirkan tentang ""Hukum Syara' " ertinya hukum yang diterima oleh mazhab Syafle, Hanafi, Maliki, Hambali dan Syiah (Zaidiyyah dan Jaafariyyah).
Malang tafsiran ini telah dimansuhkan pada 1990? (saya tak pasti bila dimansuhkan)(agaknya atas pengaruh Wahabi) dan pada ketika ini tafsiran tentang Hukum Syara telah tidak memasukkan kedua mazhab syiah tersebut.

Deklarasi Amman 2005 jelas menerima mazhab syiah jafarian dan zaidiah sebagai mazhab Islam. Apakah wakil Malaysia dalam persidangan tersebut "bertaqiah" di peringkat antarabangsa tetapi "menyembelih" syiah di rumah sendiri.
Saya rasa zaman sekarang seperti mana kata bekas mufti Perlis bukan lagi zaman Talibanisasi tetapi zaman berhujah lawan hujah. Bukan lagi zaman Muawiyah dan Yazid.

Saya agak keliru apabila puak JAIS mengatakan syiah militan..padahal peristiwa kat dunia ni yang sering melakukan pengeboman contohnya di Bali Indonesia adalah puak JI (sunni)...di Iran baru-baru ini juga puak wahabi..di Iraq juga puak wahabi..di Pakistan yang sering memmbunuh puak syiah hatta di masjid ialah puak ansar al-sunnah. Apakah makna militan sudah diubah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi makna sebaliknya? Atau JAIS SELANGOR HIDUP PADA ZAMAN MUAWIYAH DAN ANAKNYA YAZID? ATAU MEREKA TIDAK LAGI SAMPAI KE ERA GLOBALISASI TAPI MASIH HIDUP pada zaman kerajaan Demak dulu?

ali said...

Ini link Undang-udang Tubuh Negeri Selangor 1984:
file:///C:/ab/Undang-undang_Tubuh_Negeri_Selangor_1984.htm#tafsiran

abduh.net said...

Salam..

1)Agak malu jugak dengan tindakan JAIS....

2)Saya nak tanya apa pandangan Dr. tentang buku 'KENAPA AKU TINGGALKAN SYIAH' karangan Dr. as-Sayyid Hussein al-Musawi.Saya betul2 nak tahu sejauh mana kebenarannya.

3)Saya sekarang ni tengah belajar kat al-Azhar.Manhaj al-Azhar ialah kesederhanaan dalam semua perkara,maksud kesederhanaan kat sini ialah yang terbaik.Kami belajar pandangan2 muktazilah,zahiriah,syiah dan pandangan2 lain yang berbeza dengan ahli as-Sunnah,kemudian kami diajarkan supaya membuat pertimbangan ataupun perbandingan antara pandangan2 tersebut,dan pandangan yang terbaik menjadi piihan kami,dan saya dapati kami menolak pandangan syiah(dan lain2) bukan sebab zat mereka itu syiah tapi sebab cara mereka mengeluarkan hukum dari al-Quran dan as-Sunnah kurang tepat dan hujah2 mereka tidak cukup kuat.Apa pandangan Dr.?

4)Bila Dr. nak cerita tentang kecintaan sunni terhadap ahli al-bait?Saya rasa Dr. mesti tahu banyak maklumat tentang perkara ini.

Terima kasih kerana siarkan komen saya.

ali said...

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 telah mansuhkan syiah Ja'fariah dan Zaidiah:
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/07da38bd78f6ee6848257115000d69e0?OpenDocument

mistis said...

Dr. Faisal,

Berkenaan syair Imam Syafie itu,sebenarnya dalam syair itu Imam Syafie BUKAN mengiktiraf dirinya sebagai syiah,tetapi maksud kata-katanya ialah: MEMPERTIKAIKAN BAHAWA RAFIDHAH (SYIAH) CINTA PADA AHLI BAIT.

Mereka yang tidak memahami uslub Bahasa Arab cenderung mengatakan:Syafie mengaku Rafidhah/Syiah.

Contoh uslub Bahasa Arab begini ada dalam AlQuran:

Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya".

(Al-Zukhruf: 81)

Ayat ini bukan menunjukkan Nabi memuliakan anak Tuhan, tetapi MENAFIKAN TUHAN ADA ANAK.

Syair Imam Syafie pula:

""Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)"

Sama dengan syair Imam Syafie, bukan mengaku sebagai Rafidhah (Syiah) tetapi MENAFIKAN RAFIDHAH CINTA AHLI BAIT.Dengan kata lain,Imam Syafie memperli dakwaan golongan Rafidhah yang kononnya cintakan Ahli Bait.

Ini ditegaskan oleh Imam Syafie sendiri:

"Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah". (Siyar A'lam Nubala)

Diharap saudara siarkan komen ini demi kebenaran dan nama baik Imam Syafie.Dan saya tidak setuju penyerbuan JAKIM terhadap pengikut Syiah sebegitu rupa.Kita sebagai saudara Seislam perlu mendekati dan melembutkan hati mereka ke arah jalan Nabi S.a.W dan para Sahabat,bukan memprovokosi mereka.

-saudara Islammu

ali said...

Syiah tidak pernah mendakwa diri mereka sebagai Rafidhah...sama seperti Tuhan tidak pernah mendakwa ada anak seperti dalam ayat Quran tersebut.
Jadi tujuan ayat tersebut /syair Imam Syafie disasarkan kepada mereka yang mendakwa Tuhan ada anak / syiah sebagai Rafidhah..harap faham analog ini.

Jadi Imam Syafie mensasarkan syairnya kepada golongan yang menuduh syiah sebagai Rafidhah..yakni jika kamu (ahlul sunni) menuduh syiah (cinta kepada ahlul bait) sebagai Raridhah maka akulah orangnya yang akan mendakwa diri sebagai Rafidhah (sebab cinta kepada ahlul bait) (tapi sebenarnya Syiah (mencintai ahlul bait) bukan Rafidhah maka aku bukanlah Rafidhah).

Berbeza kalau syiah mendakwa diri mereka sebagai Rafidhah / atau Tuhan sendiri mendakwa ada anak.

Maka syair Imam Syafie itu dapat dikatakan disasarkan kepada golongan syiah yang mendakwa diri mereka Rafidhah / atau ayat Quran - Tuhan sendiri mendakwa ada anak.

Harap baca ayat Quran dengan betul bukan sahaja bahasa arabnya tapi contentnya supaya mantik dan logiknya betul dengan tafsiran kita.


Nota: Rafidha dan Rawafidh bermaksud meninggalkan atau juga satu golongan.

Dr Faisal Tehrani said...

Mistis,

Tuduhan dan label syiah dilakukan oleh ulama istana kepada saingannya atau sebagai kambing hitam sejak zaman dahulu kala.

Jika saudara berpegang kepaa hujah saudara, tidak mengapa. saya lebih dari meraikan. lagi pun Imam Syafie sudah tiada untuk kita tanyakan. Nanti di akhirat setelah selesai segala urusan kita pergi cari Imam Syafie sama2 dan tanya.

Pun kembali kepada poin di atas, saya suka mengingatkan Al-Hakim, penulis Al-Mustadrak, dilabel oleh Al-Dzahabi sebagai Syiah, karena meriwayatkan keutamaan Ali dan hadis Ghadir Khum.

Abdur-Razzaq bin Hamam, ahli hadis, dituduh Syiah karena mencintai Ali dan membenci pembunuhnya.

Ibn Jarir Al-Thabari penulis sejarah Islam abad ketiga, menurut Ibn Atsir (Al-Kamil tak ingat dah halama mana), dilempari dengan batu dan dikuburkan malam-malam. Ia juga dituduh Syiah sebab dalam tarikh beliau ia meriwayatkan hadis Ali bin Abi Thalib sebagai wasiy (pembawa wasiat) dan khalifah Nabi saw.

Yang paling menarik, Ibn Abdul-Barr, yang sangat memusuhi ahlul-bait pun dicop oleh Ibn Katsir sebagai Syiah kerana meriwayatkan hadis yang mengecam Muawiyah.

Jadi Mistis, witch hunt tidak bermakna langsung untuk tradisi keilmuan. Kita tak dapat apa. orang bukan Islam di Malaysia gelakkan kita dan merepek tentang Islam dalam blog mereka. tak percaya, saya bagi salah satu link mereka:

http://margeemar.blogspot.com/2010/12/dr-asri-bodoh-lagi.html

saya harap jais sekarang berpuas hati kerana memecah belahkan umat Islam.

Jadi nasihat saya, sdr mestilah bejujur dan berani - jika nak berhujah di sini - ya, beri profil, jangan berselindung.

kalau ulama sunni sesama mereka pun boleh saling menuduh syiah, saya tak dapat bayangkan apa yang mereka fikirkan untuk syiah yang sebenar, patutlah 200 orang itu diaibkan sebegitu sekali.

mistis said...

Kita berbincang secara ilmiah saja.Demi perpaduan Islam dan kebenaran :)

Ali,saya mengambil syair imam Syafie itu BULAT-BULAT dari komen Dr. Faisal.Saya turunkan kembali,sila rujuk ruangan komen "Berikan Hak-hak mereka sebagai Kafir".

""Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)"
(Diwan Imam al-Syafi, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hlm 89, lihat juga pada halaman 75,106,126)

Dr. Faisal merelakan penggunaan istilah Rafidhah yang bererti (pengikut syiah) dan saya yakin dengan ketelitian beliau sebagai ilmuwan.Telus.Tiada taqiyyah.

Jadi pada pendapat saya bagi pemahaman Dr. Faisal pengikut syiah itulah yang digelar Rafidhah.

Sebagai seorang simpatisan yang begitu lama terhadap Syiah,saya percaya kepada tahap pemahaman Dr. Faisal Tehrani tentang selok-belok Syiah.

Dr. Faisal,

Ini tidak ada kaitan dengan tuduhan atau label pada Syiah.Ini adalah untuk membersihkan nama Imam Syafie dari mengiktiraf dirinya Syiah.Syair Imam Syafie itu memang saya setuju keasliannya dari apa yang saya baca dan saudara pun senang sekali berhujah dengannya.Kebanyakan alim ulama dalam Syiah juga menggunakan Syair Imam Syafie ini serupa dengan tujuan saudara.

Saya cuma tampilkan kebenaran sahaja.Imam Syafie hanya menggunakan uslub yang sama dalam Alquran.

Profil saya tidak penting saudara.Pesanan saya perlu dilihat dari segi ilmu dan hikmah.Moga kita diampunkan Allah Yang Maha Mengampun.

-saudara Islammu

Muhammad Safwan said...

Saya mencadangkan supaya menonton video The Arrivals siri ke-40.

Moga-moga kita semua mempunyai kelembutan menerima perbezaan.

Dr Faisal Tehrani said...

mistis

saya sudah katakan saya tiada masalah dengan tafsiran saudara. saya meraikan.

itulah sikap saya kepada orang syiah. meraikan mereka. mereka ada dalil kita pun ada dalil.

mereka tafsir begini, kita tafsir begitu. supaya tak berlaga kita carilah ruang kefahaman.

itu saja.

tapi itu tak berlaku. yang berlaku ialah kekerasan. dan itu tak sepatutnya berlaku, apatah lagi masuk ke majlis orang dengan sepatu.

profil penting. zaman ini zaman penuh fitnah. apa keadilan dalam perbincangan kalau kita tidak mengenal satu sama lain. tentu itu tidak dapat dinamai perbincangan atau wacana melainkan usaha vonnis in absentia!

ali said...

Saya menjelaskan uslub anda (mistis) mengaitkan syair imam syafie dengan al-quran tetapi anda memutarkan maksudnya...sedangkan seperti mana yang saya sebutkan ayat Quran tersebut mensasarkan kepada mereka yang percaya bahawa Tuhan itu ada anak begitu juga Imam Syafie mensasarkan kepada mereka yang menuduh mencintai ahlul bait sebagai Rafidhah...

Tetapi anda mensasarkan disebaliknya iaitu Imam Syafie mensasarkan kepada syiah (maka jadilah tafisran anda - Imam syafie berkata sebagai satu tempelak kepada syiah bahawa syiah adalah Rafidhah dan Imam Syafie bukan Rafidhah) tetapi anda SILAP kerana ayat quran tersebut yang anda analogkan kepada syiar Imam Syafie itu membawa makna yang lain - Allah menempelak golongan yang mendakwa Tuhan ada anak sedangkan Allah tidak pernah mendakwa ada anak. Begitu juga syiah tidak pernah mendakwa diri mereka Rafidhah. Apa yang saudara Faisal Tehrani sebutkan pun bukan bererti beliau mendakwa diri syiah sebagai Rafidhah...
Harap anda faham analog yang anda sebutkan itu.
Imam Syafie merujuk kepada mereka yang mendakwa jika cinta kepada ahlul bait sebagai Rafidah (tuduhan daripada orang-orang yang sesat) maka beliau rela dituduh sebagai Rafidhah sedangkan pada hakikatnya mencintai ahlul bait bukan Rafidhah.

Memang Imam Syafie bukan Rafidhah seperti mana syiah juga bukan Rafidhah. Syiah adalah pengikut ahlul bait dari Ali sampai Mahdi. CInta hendaklah dibuktikan dengan mengikuti apa yang dicintai tetapi seperti mana dalam Quran 'jika anda mencintai Allah maka ikutlah aku (Rasul)' maka jika anda cinta kepada ahlul bait maka ikutlah mereka.
Maka Imam Syafie memang rela dituduh sebagai Rafidhah jika hanya itu merupakan satu tanda cinta kepada Ahlul Bait...Tetapi bolehkan anda percaya disebaliknya?

ali said...

mistis,
kita bercakap secara ilmiah...saya setuju itu...justeru ramai orang yang ilmiah menjadi syiah...Bukankah begitu?

ali said...

Dr. Faisal 'merelakan'...
Dr. Faisal hanya menuliskan kata-kata Imam Syafie secara ilmiah ...adakah beliau rela atau tidak .tetapi anda tidak ilmiah kerana membuat kesimpulan beliau merelakan istilah Rafidah kepada syiah. Anda hebat membuat kesimpulan. Adakah anda telah bertanya beliau atau anda dapat membaca apa yang ada dalam benak beliau?

Beliau menulis secara explisit apa yang ditulis oleh Imam Syafie dan memahamkannya juga secara explisit tatapi anda telah memutar belitkan kata-kata Imam Syafie dengan kesimpulan anda sendiri seperti mana anda menyimpulkan ' Dr Faisal merelakan'....

Ini tidak ilmiah saudara...ini sengaja memesongkan fakta ...dan akhirnya akan menonjolkan satu teknik pembohongan semata-mata..

mistis said...

Dr. Faisal,

Saya menghormati keterbukaan anda dalam soal ini.Terima kasih.Jika anda meraikan malah lebih lagi akan pandangan saya ini,maka marilah kita sama-sama jernihkan keadaan.Perkara-perkara beginilah yang menyebabkan dari kalangan Sunni amat kecewa dengan lontaran hujah dari ulama Syiah.

'Mempergunakan' tokoh-tokoh Islam untuk membenarkan sesuatu yang palsu dan bukan sebenarnya datang dari tokoh tersebut.

Jika saudara meraikan malah lebih lagi,maka saya pasti saudara faham bahawa Imam Syafie berlepas diri dari Rafidhah (pengikut syiah) itu.Berlepas diri dari iktikad mereka dan pegangan mereka.Dan saya begitu faham mengapa ramai dari kalangan Syiah amat gemar menggunakan syair Imam Syafie ini termasuk para simpatisan mereka.

Saya menulis ini mengenangkan saudara masih mengaku Sunni.Jika saudara mengaku Syiah,saya hanya bermanis muka sahaja sambil dalam hati berdoa supaya Allah s.w.t turunkan hidayat kepada saudara.

Sepatutnya JAKIM mendekati mereka,bukan memprovokasi mereka.JAKIM harus belajar dari Jemaah Tabligh bagaimana mereka mendekati para pemuda pemudi Syiah dengan penuh hikmah berdakwah sehingga menginsafkan mereka supaya ikut cara Nabi s.a.w yang sebenarnya.


-saudara Islammu

mistis said...

Masya Allah,apa yang saudara Ali bebelkan ini?

:)

Saya hanya memetik KEMBALI jawapan dari Dr. Faisal Tehrani.Sudah tentu beliau sudah memeriksanya dan bukan hanya 'copy-paste' sahaja.Lagipun Dr. Faisal adalah ilmuwan yang disegani,bukan mamat internet 'copy-paste'.Baca kembali:

"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)"
(Diwan Imam al-Syafi, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hlm 89, lihat juga pada halaman 75,106,126)

Dalam ayat ini AMATLAH JELAS dan bukan putar belit mahupun penyelewengan bahawa Rafidhah telah diertikan (dalam kurungan) membawa maksud sebagai 'pengikut syiah'.Dan Dr. Faisal bawakan ayat ini merujuk kepada Syiah Imamiah ini,saudara.Yang di Iran itu,bukan selainnya.Full stop.

Ayat diatas saya COPY PASTE bulat-bulat,saudara Ali.Saya tidak tahu lagi cara bagaimana mahu memahamkan saudara.

Jadi kesimpulannya Syiah=Rafidhah.Dan saya percaya kepada pengalaman Dr. Faisal memahami Syiah ini sebagaimana saya memahami dari orang Syiah Iran sendiri bahawa mereka bangga digelar Rafidhah disebabkan syair Imam Syafie ini.

Masalah anda ialah anda tidak mengaku Rafidhah=Syiah,padahal ia istilah yang membawa erti yang sama.Pelik bin ajaib.Jika anda Syiah,anda lebih Syiah dari Syiah Iran sendiri :)

-saudara Islammu

behlul said...

assalamualaikum..

untuk pengetahuan mistis, syiah bukan rafidhah.. tetapi syiah adalah pengikut ali a.s..

bagi saya saudara tidak patut melabel samakan rafidhah itu syiah imamiah.. pengiboleh kut syiah sendiri tidak pernah mengatakan mereka adalah rafidhah..

seperti teman-teman yang lain.. maksud disalahfahamkan.. saya tak fikir perkara ini boleh jelas, selagi saudara sendiri masih berpegang dengan kenyataan saudara.. mungkin definasi itu perlu diperbetulkan dahulu..

terkadang saya terfikir, betapa kita tidak memahami maksud kata-kata orang yang berilmu sedang kita sendiri tak mahu ke arah sebegitu..

dira said...

apa yang nak dikecohkan? jais jalankan tugas mereka sahaja kerana mendapat aduan. kalau mereka tak buat kerja, makan gaji buta pula. sekadar DIDAKWA sahaja, belum bicara dan DITAFSIRKAN sesat lagi. ditangkap hanya untuk disoal, kalau rasa diri tak bersalah, belalah diri nanti. dah memang macam tu sistemnya yang kerajaan tetapkan. orang yang mengajar ajaran sunni pun pernah dituduh ajaran sesat dan ditahan:

http://www.youtube.com/watch?v=C35N_sCIYfs

ikut sahaja kata pegawai, then bela diri. takde masalah pun. takde pulak masuk sampai hal pencabulan hak asasi Sunni Malaysia.

TokG said...

Salam,
Saya nak tumpang menyampuk. sekadar orang luar yang melihat dari sudut pertengahan, bagi saya la...kroni 'Sunni' atau kroni 'Syiah' tetap akan ada manusia-manusia kategori Munafik, Fasik, Murtad, dan yang sewaktu dengannya sejak dulu hingga kini dan di masa akan datang. Hanya Allah yang mengetahui siapa mereka yang sebenarnya.
Contoh akhir zaman ni saje Tuhan dah tunjuk, mana die negara Sunni yang hebat nak memperjuangkan agama Islam? Sanggup berperang? Menongkah arus? Lantang bersuara? Iran tu je yang ada rasenye, Iran plak Negara Syiah...ermmm
Dari sudut amalan dan peribadi Islam secara seriusnya saya rasa kroni 'Sunni' lebih mudah untuk dihinggapi manusia-manusia di atas. kerana mereka lebih menghormati sahabat nabi sedangkan kroni 'Syiah' lebih menghormati keturunan-keturunan nabi.
Kenapa nak pelik...manusia skarang pun mengidolakan anak kepada idola mereka, Politik, Sukan, Perfileman, Muzik... Dulu bapak die, dulu atuk die, dulu mak die, sampaikan ada idola meraka ni dari golongan Kafir...kann...kannn....tak betul ke? Itu baru manusia yang tak tau ending akhir cerita die, sedangkan keturunan Nabi kita dah tau keberkatan dan ending cerita die walaupun bukan 100% (Allah boleh pelihara Nabi dari dosa apatah lagi keturunan-keturunannya)
Secara logiknya jikalau kroni 'Syiah' menghalalkan darah kroni 'Sunni' apesal masih ada lagi golongan sunni yang masih bernyawa di negara golongan syiah? Logik ke? Sepatut semua dah mati, sebab kalau dibiarkan jadi haram pulak, amalan tak lengkap...hehehe
Kenapa nak bertikam lidah untuk sesuatu yang baik, sahabat nabi, keturunan nabi, sama je, ada keberkatan nabi pada mereka, kut payah-payah ingat ke nabi je senang, tak yah gaduh-gaduh, Tapi yang paling penting, dua-dua kroni Percaya pada Tuhan, Ingat ke Tuhan, Takut ke Tuhan, tiada sebarang masalah. Kalau tafsir tersilap bahasa tidak mengapa jangan tafsir tersasar bahasa itu yang merbahaya. PEACE! Tidakkah mereka berfikir?

TokG said...

Salam,
Saya nak tumpang menyampuk. sekadar orang luar yang melihat dari sudut pertengahan, bagi saya la...kroni 'Sunni' atau kroni 'Syiah' tetap akan ada manusia-manusia kategori Munafik, Fasik, Murtad, dan yang sewaktu dengannya sejak dulu hingga kini dan di masa akan datang. Hanya Allah yang mengetahui siapa mereka yang sebenarnya.
Contoh akhir zaman ni saje Tuhan dah tunjuk, mana die negara Sunni yang hebat nak memperjuangkan agama Islam? Sanggup berperang? Menongkah arus? Lantang bersuara? Iran tu je yang ada rasenye, Iran plak Negara Syiah...ermmm

TokG said...

Salam x2,
Dari sudut amalan dan peribadi Islam secara seriusnya saya rasa kroni 'Sunni' lebih mudah untuk dihinggapi manusia-manusia di atas. kerana mereka lebih menghormati sahabat nabi sedangkan kroni 'Syiah' lebih menghormati keturunan-keturunan nabi.
Kenapa nak pelik...manusia skarang pun mengidolakan anak kepada idola mereka, Politik, Sukan, Perfileman, Muzik... Dulu bapak die, dulu atuk die, dulu mak die, sampaikan ada idola meraka ni dari golongan Kafir...kann...kannn....tak betul ke? Itu baru manusia yang tak tau ending akhir cerita die, sedangkan keturunan Nabi kita dah tau keberkatan dan ending cerita die walaupun bukan 100% (Allah boleh pelihara Nabi dari dosa apatah lagi keturunan-keturunannya)
Secara logiknya jikalau kroni 'Syiah' menghalalkan darah kroni 'Sunni' apesal masih ada lagi golongan sunni yang masih bernyawa di negara golongan syiah? Logik ke? Sepatut semua dah mati, sebab kalau dibiarkan jadi haram pulak, amalan tak lengkap...hehehe
Kenapa nak bertikam lidah untuk sesuatu yang baik, sahabat nabi, keturunan nabi, sama je, ada keberkatan nabi pada mereka, kut payah-payah ingat ke nabi je senang, tak yah gaduh-gaduh, Tapi yang paling penting, dua-dua kroni Percaya pada Tuhan, Ingat ke Tuhan, Takut ke Tuhan, tiada sebarang masalah. Kalau tafsir tersilap bahasa tidak mengapa jangan tafsir tersasar bahasa itu yang merbahaya. PEACE! Tidakkah mereka berfikir?

Dr Faisal Tehrani said...

salam,
sekarang sekerat dua orang pasti menuduh tok-g syiah; pantang bela sikit dah dikatakan syiah.
absurd!

ali said...

Aneh juga....rupanya orang yang mengajak bercakap secara ilmiah tidak faham apa yang dicakapkan...

Berdasarkan syair Imam Syafie itu membawa maksud "jika mencintai ahlul bait dianggap Rafidhah maka Imam Syafie rela dipanggil Rafidhah." Tapi anda menolak pulak makna ini dengan mengatakan Imam Syafie bukan Rafidhah (saya tak cakap pun Imam Syafie sebagai Rafhidah - (itu cuma pendiriannya 'jika...') berdasarkan uslub yang anda kaitkan dengan ayat Quran. Tetapi bila anda disanggap kerana uslub anda salah berdasarkan makna ayat yang sebaliknya (Apakah cara saya menulis ini sukar untuk anda faham)

Memang sesiapa pun tahu Imam Syafie bukan Rafhidah dan bukan syiah. Tetapi jika syiah mencintai ahlul bait = Imam syafie cinta ahlul bait dianggap Rafidhah = syiah /imam syafie rela dipanggil rafidhah kerana jika makna rafidhah = cinta ahlul bait.

Sesiapa pun rela dipanggil Rafhidah jika pengertiannya adalah cinta ahlul bait. Tetapi malangnya makna Rafhidah sudah dipesongkan menjadi golongan syiah sesat. Itu yang syiah tolak.
Justeru jika berdsarkan makna yang pertama saya tekankan sesiapa yang ikhlas tidak ada masalah digelar Rafhidah tidak kira syiah Iran..syiah Malaysia, atau saudara juga tetapi jika makna Rafhidah membawa maksud golongan sesat sesiapa sahaja yang sempurna akal tidak rela dipanggil demikian tidak kira syiah Iran...Syiah Malaysia atau saudara juga atau Dr Faisal Tehrani juga.

Harap saudara mistis boleh memahami penjelasan saya yang mudah ini. Tetapi jika saudara mistis tetap mahu memahami apa yang saudara fahamkan tidak ada sesiapa di alam maya ini boleh memaksa pendirian anda.

Dan jika saudara Dr Faisal Tehrani memahami syiah - rafhidah = sesat seperti yang saudara faham itupun hak beliau tetapi saya tidak nampak hal ini dalam blog beliau ini

ali said...

Saya membebel? Taklah...saya menulis je ...selagi ada orang yang 'bercakap' seperti Khusrin.

ali said...

Ni bebel lagi:
Mistis,
sepatutnya anda faham makna Rafhidah itu berkait dengan kata 'jika' dalam ayat itu. 'Jika' itu pulak dikaitkan dengan syarat lain itu cinta kepada ahlul bait. Tanpa syarat cinta maka makna rafidah tidak boleh laksanakan.
Tetapi anda mengkosongkan syarat cinta dengan Rafhidah. Dan sengaja mengambil kesimpulan Syiah = rafhidah. Dan akhirnya makna rafidah menjurus seperti orang ramai faham adalah golongan syiah sesat.

Maknanya anda cuba melabelkan syiah dengan makna puak sesat seperti orang awam yang jahil faham seperti Khusrin faham dengan cara yang penuh bergaya...Tahniah anda...

ali said...

Bebel lagi:
Jika syiah = rafhidah berdasarkan makna pertama SESIAPA SAHAJA YANG IKLHAS RELA DIPANGGIL RAFHIDAH TAK KIRA IMAM SYAFIE, syiah Iran SYIAH MALAYSIA....WALAUPUN SELURUH ALAM MENUDUH MEREKA SESAT.

TETAPI JIKA SYIAH = RAFIDAH = GOLONGAN SESAT (BUKAN CINTA AHLUL BAIT)WALAU SATU DUNIA MEMPERCAYAI MEREKA INI BERADA DI JALAN LURUS BENDUL MAKA ADA SESIAPA YANG RELA DIGELAR RAFHIDAH?

hellmy said...

Rafidah Aziz la...hahaha!

mistis said...

Saudara Ali,

Saya kata membebel,sebab saudara suka posting berulang-ulang.Ok,itu perkara kecil sahaja,harap saudara jangan ambil hati ya? :D

Saya petik dari saudara:

"Memang sesiapa pun tahu Imam Syafie bukan Rafhidah dan bukan syiah. Tetapi jika syiah mencintai ahlul bait = Imam syafie cinta ahlul bait dianggap Rafidhah = syiah /imam syafie rela dipanggil rafidhah kerana jika makna rafidhah = cinta ahlul bait"

Tidak perlu berbelit-belit begini saudara :DD

Lihat,dari petikan Syair Imam Syafie dari Dr. Faisal:

Rafidhah(pengikut Syiah).

Ok,oleh kerana maksud Rafidhah adalah pengikut Syiah,saya gantikan begini dalam syair Imam Syafie:

"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira pengikut syiah, maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang pengikut syiah"

Faham tak maksud "seandainya"?

"Seandainya aku punya wang,maka saksikanlah wahai manusia,aku akan beli 10 biji Ferrari"

Masalahnya saya tidak punya wang.Sebab itu saya tidak beli 10 biji Ferrari.Saya bagi contoh satu lagi.

"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira pengikut Kristian, maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang pengikut Kristian"

Masalahnya Kristian tidak mencintai keluarga Nabi Muhammad s.a.w.Kristian mencintai Jesus.

Anda faham atau tidak maksud kata-kata Imam Syafie? :)

Ini uslub bahasa sahaja saudara.Tidak payah berbelit-belit. :D

Semoga Allah s.w.t beri kefahaman kepada anda sebagaimana kefahaman Imam Syafie.


~Saudara SeIslammu

pembaca buku said...

hellmy,

Kita minum kopi dulu sambil dengar mistis dan ali ini berbalas-balas cakap. :D

Sampai sudah pun tak habis. Nak kena panggil Imam Syafie ke sini gamaknya...minta terangkan apa yang dimaksudkan sebenarnya.

Huhu...

hellmy said...

pembaca buku,

Jom! ;-)

ali said...

he..he.he...saya yang berbelit atau anda yang cuba membelit?

Sebab itu saya kata anda cuba menghumban syiah kepada gologan sesat dengan cara yang bergaya....

Saya pun sebenarnya bosan mengulangi perkara yang sama kerana anda (saya tidak tahu apa yang menutup akal anda daripada memahami apa yang saya tuliskan...) dan hanya menggunakan alasan yang selalu kita baca - iaitu bahasa Arab.)

Tetapi jika anda tetap menuduh syiah - golongan yang sebenarnya menurut anda tidak cinta kepada ahlul bait as...apakan daya saya????
Anda menuduh - andalah yang akan bertanggungjawab terhadap dakwaan anda di dunia dan di akhirat kelak.

Saya pun tidak berminat mengulangi statement yang sama berulang-ulang..saya faham kekadang ada orang mudah memahami sesuatu perkara walaupun besar hatta budak kecil sekalipun tetapi kekadang orang tua pun susah faham tentang sesuatu perkara walaupun perkara kecil...

Nota: saya pun berhenti di sini tidak berminat lagi mengulas kenyataan Dr. Faisal Tehrani kerana beliau pun tidak rela menjelaskan sama ada beliau rela atau tidak 'menrafhidahkan' syiah. Jadi sekiranya orang yang hidup pun tidak rela menjelaskan maksudnya...saya harap tidak nanti orang berkata kita tak boleh tanya sipolan kerana beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini macam imam Syafie.


Wasalam.

rosley said...

Sekadar mencelah, kalau panggil Imam Shafie rasanya ia akan membenarkan kedua-dua kenyataan tersebut kerana beliau sendiri mempunyai dua pandangan (mazhab) iaitu mazhab qadim dan mazhab Jadid. Kedua-duanya masih dikira mazhab Shafie. Rasanya kenyataan tersebut dikeluarkan semasa beliau dipanggil oleh Khalifah Harun ar-Rasyid di Baghdad. Selepas itu beliau berhijrah ke Mesir untuk mengasaskan qaul jadid. Agaknya kalau datang ke Malaysia atas jemputan mistis dan ali beliau akan mengeluarkan fatwa ketiga seperti halalnya ancak macam Harunsani. Maaf kalau tersalah alamat.

mistis said...

Saudara Ali,

Saya tidak menuduh sesat kepada sesiapa.Anda tidak perlu fobia berlebihan dengan perkataan 'sesat'.Saya hanya membetulkan pemahaman bahawa Imam Syafie mengiktiraf dirinya Syiah.Itu sahaja.

:D

Ini bukan alasan saudara,ini adalah gaya bahasa yang biasa,dalam bahasa Arab.Takkanlah saya mahu kata bahasa Tamil pula ;D

Itu syair Imam Syafie,bukan syair saya.Syair ini memang terkenal.Jika syair ini menunjukkan sikap Imam Syafie,apakan daya saya?Anda tidak boleh 'memaksa'Imam Syafie supaya menyetujui pemahaman uslub anda.Imam Syafie memilih menggunakan 'seandainya' BUKAN 'sesungguhnya'.SEANDAINYA beliau menggunakan 'sesungguhnya' dalam syair itu maka saksikanlah bahawa Mistis adalah Syiah ;)

Saya hanya berbincang dengan sopan secara ilmiah.Jika syair sebegini mudah,saudara tidak memahaminya dengan mendalam,bagaimana SEANDAINYA ada orang mahu memperdaya anda dengan 1001 uslub dan mantik (atau hadis palsu?),serta pelbagai lagi rencah bahasa?;D

Ingat,anda akan ditanya 'kebenaran' ini di 'sana' kelak.Saya sudah beritahu kebenaran.Selepasnya adalah tanggungjawab anda sepenuhnya sebagai makhluk mukallaf.

"SEANDAINYA saya adalah anda,maka saksikanlah seluruh manusia dan jin,saya pasti menyetujui pemahaman anda"

Tetapi saya bukan anda.


-saudara SeIslammu

ali said...

Saya tidak pernah pun membuat kenyataan berdasarkan syair - Imam Syafie adalah syiah.

Saya hanya membataskan pemahaman secara lahiriah makna syair Imam Syafie dan tidak perkara yang saya tidak tahu - apa lagi dalam kotak pemikiran Imam Syafie. Hanya beliau saja yang tahu.

Apa-apa uslub pun kena pakai logika akal. Sebenarnya saya sudah biasa berhadapan dengan alasan-alasan bahasa Arab, alasan uslub dan yang sewaktu dengannya. Tetapi mereka ini lalai dengan alasan akal.

"Sekiranya ahlul sunnah itu tali yang merentang ke langit, saksikanlah wahai jin dan manusia akan akan berpaut melekat kat jubah mazhab ahlul sunnah wal jamaah."

Iya...mengikut uslub anda kesimpulan begini akan dibuat:
Ahlul Sunnah wal jamaah bukan mazhab yang betul bukan tali Allah, maka tidak mungkin saya akan berpaut kepadanya selama-lamanya.(extreme ni...)

Tapi saya tidak bermaksud demikian. Saya letakkan syarat 'sekiranya'...

Dan kalau syarat itu terlaksana mengapa saya tidak mahu berpegang kepadanya?

Dan kalau mencintai ahlul bait itu dikira sesat..mengapa seseorang itu tidak mahu berpegang kepadanya? Adakah FOBIA dengan istilah 'sesat' itu?


Adakah cinta kepada ahlul bait itu dikira sesat?

Saya rasa Imam Syafie tidak takut digelar rafhidah sekiranya ia bermaksud cinta kepada ahlul bait.
Mengapa fobia kepada istilah sesat jika ia hanya dakwaan golongan yang sesat lagi menyesatkan?

Salahkan tafsiran saya bahawa Imam Syafie adalah orang yang berani - tidak takut digelar rafidah sesat kerana cinta kepada Ahlul bait?

Tapi anda boleh percaya disebaliknya ..itu hak anda atas uslub bahasa Arabnya.
Nota: anda boleh meneruskan hujah anda dan selepas ini saya tidak berminat lagi berhujah dengan anda kerana anda mempunyai uslub bahasa Arab yang amat tinggi sehingga sukar untuk saya memahaminya...
takut nanti tersesat lagi menyesatkan...

mistis said...

Saudara Ali,

Jika saya kata saya tidak suka makan mi goreng,takkanlah anda berkata:

"Saya hanya membataskan pemahaman secara lahiriah makna kata-kata Mistis dan tidak perkara yang saya tidak tahu - apa lagi dalam kotak Mistis.Hanya beliau saja yang tahu"

:D

Kata-kata Imam Syafie adalah jelas,jika anda bersedia untuk faham.Anda tidak boleh berimaginasi mengatakan ada maksud tersembunyi dalam fikiran Imam Syafie :)

Uslub ini memang pakai logika akal.Bukan imaginasi atau berkata "hanya Imam Syafie yang tahu" sehingga terpaksa tunggu hari berbangkit baru nak bertanya pada beliau.Ketika itu sudah terlambat,saudara....

"Sekiranya ahlul sunnah itu tali yang merentang ke langit, saksikanlah wahai jin dan manusia akan akan berpaut melekat kat jubah mazhab ahlul sunnah wal jamaah."

Ini ayat rekaan saudara.Tidak boleh jadi perbandingan.Topik sekarang ialah Syair Imam Syafie.

Dari anda:

"Tapi saya tidak bermaksud demikian. Saya letakkan syarat 'sekiranya'...

Dan kalau syarat itu terlaksana mengapa saya tidak mahu berpegang kepadanya?"

Jawab saya:

Samalah juga dengan kes Imam Syafie,kalau 'syarat' itu terlaksana atau menjadi realiti,tiada masalah beliau mengaku pengikut Syiah.

Dari anda:

"Adakah cinta kepada ahlul bait itu dikira sesat?"

Siapa kata cinta Ahlul Bait dikira sesat?Soalan yang aneh.

Jika ada orang cintakan ahli bait tetapi menyembah berhala (contohnya)pada masa yang sama,dia dikira sesat BUKAN sebab cintakan ahli bait,tetapi kesesatannya.Boleh faham?

Saya mahu bertanya dengan ikhlas...berdasarkan uslub rekaan anda itu,jika suatu hari nanti dengan izin Allah s.w.t anda terjumpa pada 'ahlu sunnah' itu,tali yang merentang ke langit,adakah anda bersedia untuk berpaut melekat pada jubah mazhab ahlul sunnah wal jamaah?

:)


-saudara SeIslammu

Khairul Azam bin Kamaludin said...

salam Dr..boleh detailkan antara syiah jaafariyah dan rafidah...apa pandangan bro tentang sistani yang mendakwa liwat dibolehkan terhadap isteri tetapi mesti dgn keizinanya?.. http://www.youtube.com/watch?v=PzS6OhQU0bg&feature=player_embedded#!

khairul sungai_lang@hotmail.com

Rashid said...

Ketika pencerobohan jais yg konon-kononnya bertindak atas nama jbtn agama islam ke premis yg dikatakan kubu shiah di gombak, kedengaran hiruk-pikuk sbhgian dari hadirin meminta supaya penguatkuasa jais menanggalkan kasut. Kebiadapan ini dpt didengari di dlm video di Youtube: The True Story Behind The Intruding Of JAIS In Hauzah Ar Redza, Gombak 1 by sayyedomid14. mengapakah mereka begitu kurang ajar, biadap dan tidak bertamadun sekali kerana tergamak memakai kasut di dlm premis org meskipun tmpt itu tidak diiktiraf oleh mereka sbgai tmpt beribadah? saya mempunyai pengalaman menemani penguatkuasa jais menyerbu ke rumah org india yg bersekedudukan dgn org islam. dgn penuh sopan santun dan malu2, penguatkuasa2 jais menanggalkan kasut mereka di luar rumah tersebut walaupun rumah itu rumah org bkn islam. andainya penguatkuasa2 jais itu masuk ke dlm rumah berhala cthnya kuil hindu atau buddha sekalipun, apakah mereka akan tetap memakai kasut ke dlmnya? kalaupun markas org2 shiah itu dianggap mereka setaraf dgn kuil sekalipun, wajarkah org2 shiah dihina sedemikian rupa? sedangkan org2 shiah itu belum lg disabitkan kesalahan di mahkamah. dalil apa atau hadis yg mana yg menyokong perbuatan sedemikian? kalau tdk ada sandaran dalil quran maupun hadis nabi, perbuatan tersebut bolehlah kita kategorikan sbgai Jejak Angkuh Iblis dan Syaitan. org yg berakal waras tdk akan berbuat sedemikian rupa melainkan org yg akalnya dibwh pengaruh dadah atau arak. Sejurus slps peristiwa ini, abg Haji prnh disapa oleh pelancong Mat Salleh di KLCC dan dia bertanya apa itu jais? Abg Haji malu sekali utk menerangkan makna jais pdnya. nasihat Abg Haji pada jais, jgn malukan nama islam di mata msyrkt dunia.Abg Haji cdgkan tukarkan saja nama jais kpd nama2 lain yg tiada kena mengena dgn islam.
-Haji Rashid Gombak-

enroslan said...

maaf copy paste nota anda en ali...

"Nota: anda boleh meneruskan hujah anda dan selepas ini saya tidak berminat lagi berhujah dengan anda kerana anda mempunyai uslub bahasa Arab yang amat tinggi sehingga sukar untuk saya memahaminya...
takut nanti tersesat lagi menyesatkan..."

kenapa mesti meninggalkan perbicangan ilmiah ini en ali jika anda yakin dengan kebenaran...sekiranya anda betul2 yakin dengan kebenaran hujah anda, sepatutnya anda dapat memberi hujah balas untuk mengerdipkan cahaya kebanaran kepada en mistis, tapi lain pulak, anda risau tersesat dari pegangan anda pulak, bila dah dapat hujah balas dari en mistis... :) anda risau tersesat ker or risau menjumpai kebenaran dari hujah en mistis tu en ali?? :)

tnx tuan tanah klu appve komen sy yer...(maaf klu terkasar bahasa)

anon88 said...

x payah nk approve... aku mmg nk ko (faizal teh tarik ) baca