28 December 2010

Pantau Memantau

"Buat apa nak minta maaf kepada orang yang kita tangkap." Respon 90 Marhalah, klik sini.

“Kami percaya kami telah dijadikan bahan uji, adu domba dan di kambing hitam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang diperlihatkan oleh tindak tanduk Mohammed Khusrin, media, blogger dan tokoh-tokoh agama. Fitnah yang disebarkan mengenai kami mengakibatkan salah faham yang sangat buruk terhadap kami. Salah faham ini mendorong pewartaan undang-undang yang tidak adil buat kami.” - Wakil Masyarakat Syiah Malaysia, klik sini.

Juga kata Kamil Zuhairi: "We were condemned, criticised, slandered and threatened in local media just because we practise what had been preached by our ancestors who were Shiites and have lived in Malaysia for centuries." - Jawapan Kamil Zuhairi kepada wartawan asing, AFP, klik sini.

"We are looking for a conciliatory solution, since there's no point in being confrontational." - Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani menjawab pertanyaan wartawan AFP, klik Hindustan Times, sini.

Tindak-tanduk 90 Marhalah boleh menjejaskan hubungan diplomatik:

Rakyat Iran yang berada di Malaysia dinasihatkan supaya menghormati undang-undang dan peraturan di negara ini selain melakukan aktiviti yang didasarkan kepada perpaduan dan persaudaraan Islam.

Menurut kenyataan Konsul Kebudayaan Kedutaan Iran di sini, apa yang harus diutamakan ialah prinsip amalan umat Islam berhubung kerjasama, persefahaman dan rundingan.

"Kami yakin prinsip ini lebih penting daripada berbalah mengenai perbezaan yang kecil," kata kenyataan itu yang dikeluarkan berikutan bantahan terhadap laporan media mengenai pengikut ajaran Islam tertentu.

Konsul itu berharap kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengikis kesan negatif daripada dakwaan terhadap ajaran itu dan mengelaknya daripada berulang.

--Bernama

Tup Tup nama saya disebut di agensi berita asing - Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut laporan berita Malaysiakini.com, Mohamad Rais Rashid, ketua penolong pengarah bahagian urusan penguatkuasan JAIS berkata, pihaknya bimbang ajaran sesat akan tersebar jika ditempatkan bersama banduan lain.

"Mereka (pengikut ajaran sesat) sepatutnya diasingkan dan tidak berkongsi sel dengan banduan yang lain kerana kita bimbang golongan ini akan mempengaruhi akidah mereka (banduan) kelak".

Katanya lagi kepada wartawan Malaysiakini, "Biarlah mereka ditempatkan bersama-sama dengan mereka (pengikut) sahaja".

Menurutnya lagi, kewujudan pusat tahanan ajaran sesat ini bakal memudahkan pihaknya melaksanakan program pemulihan akidah.

Sementara itu akhbar Kosmo melaporkan JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyiasat beberapa laman web dan blog yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Ahlusunnah Wal Jamaah.

Salah satu laman blog yang disiasat adalah milik seorang penulis novel terkenal kerana dikatakan cuba menyebarkan fahaman Syiah menerusi laman blognya.

Kemungkinan besar penulis yang dimaksudkan itu ialah Dr. Faisal Tehrani, seorang penulis novel Sunni terkenal yang pernah meraih Anugerah Seni Negara 2006 daripada kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Dr. Faisal Tahrani adalah seorang ahli akademik dan penyelidik yang bersimpati terhadap Syiah. Dalam blog beliau (http://tehranifaisal.blogspot.com), Dr Faisal sambil memohon doa keselamatan saudara-saudara bermazhab Syiah beliau turut menyifatkan serbuan JAIS terhadap Hawzah Imam Ridha (a.s.) baru-baru ini mengancam citra Malaysia di peringkat antarabangsa.

Berita ini juga ada dalam bahasa Parsi: http://www.abna.ir/data.asp?lang=1&id=218647

(Klik sini)

Dan akhir sekali, bahagian berita yang paling saya suka setelah 90 Marhalah mula-mula mendakwa pengikut 'ajaran Hauzah ar Ridha alaihissalam' kebanyakannya adalah pensyarah universiti:

'Kebanyakan mereka mengaku mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja...' - JAIS kepada malaysiakini.com, klik sini.


Pertama Kali Entri Ditampilkan Dua Dalam Satu, Nanti Akan Ada Empat Dalam Satu Pula:

Buletin Utama TV3 yang menyiarkan macam-macam cerita tidak betul tentang saudara-saudara kita bermazhab Syiah nampaknya hadir ketika sidang akhbar Syiah Malaysia di Suhakam baru-baru ini. Ada mikrofonnya. Tetapi liputan tiada.

Wartawan pun bukan main ramai. Tetapi liputan berita cuma disiarkan oleh Sinar Harian di halaman 11.

Mengapa ketika serbuan dilakukan pada 9 Muharam 1432 H lalu sekian ramai media turun padang? Dan beritanya disiarkan di muka hadapan semua media arus perdana sehari selepas kejadian. Serbuan pada hari Rabu malam; ia jadi muka hadapan pada hari Jumaat siang. Senggang sehari.

Mereka jadi kambing hitam agaknya. Tup tup ada yang naik pangkat tiba-tiba (klik sini).

Tup tup cerita wikileaks, 4 in 1 dan penggantungan beberapa ahli parlimen pembangkang tenggelam.

Kalau mereka ini menggugat keselamatan negara, mengapa mereka muncul di Suhakam dengan penuh gaya? Klik sini.

Tup Tup! Tup Tup! Semuanya jadi jelas buat kita. Hal sesat dan lain-lain untuk menyimpangkan haluan kita sahaja.

Ini projek 'selamatkan' dan projek ini arkitek-arkiteknya kita tahu terdiri daripada siapa.

Demikianlah orang-orang Syiah jadi mangsa dan kambing hitam sejak zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah untuk membolehkan segelintir perakus mempertahankan kuasa.

** Pemantau dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

25 comments:

Fenomena Zaman said...

Saya berdoa agar yang Haq akan mucul dan yang batil akan jatuh.

Saya juga berdoa agar saya ditunjuki dan benar-benar dapat mengenal ajaran Ahlul Bait.

Solawat.

Haris Hauzah said...

Dr.

Saya kira entri ini yang paling menarik sepanjang isu ini berlangsung...

Memang 90 marhalah betullah !

hellmy said...

Keh keh keh keh! Aduhai..sakit limpaku menahan derai tawa ini!

lalok said...

en pemantau..saya adalah lepasan ipt..yg masih lagi tercari2 peluang kerjaya yg lebih terjamin..untuk makluman pihak tuan..saya sangat berminat berkhidmat di mana2 jabatan tuan..(jika ada kekosongan dan ada keperluan)..diharapkan pihak tuan sedia mempertimbangkan permohonan saya..dan yg terpenting..s.y.m.p..sekian..

aisyahussein said...

diharap Dr bykkan bersabar krn apa yg berlaku ada hikmahnya..kami peminat karya Dr amat memahami situasi demikian..

Nurul said...

Salan Dr. FT,

Baharu minggu lepas saya membeli sebuah atlas. Saya lihat pada indeks negara-negara Islam, ada label "islam-shia'" dan "islam-sunni". Seingat saya, 10 tahun lepas, hanya ada "islam" sahaja.

Sekarang, novel pun ada novel sunni, novel syiah. Saya tidak hairan dalam 10 tahun akan datang, di kedai-kedai buku, rak buku sunni dan shiah dipecahkan dan mendapat label sendiri.

Sedikit sekali orang yang mengambil pengajarah dari sejarah Iraq. Sunni dan Syiah disana diajak bermusuh dan dipecah-pecahkan dahulu sebelum US melanyak Iraq.

- Sunni turun temurun -

alynn shasha said...

dan, tuan pantaulah yang ini


http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/perihal-faisal-tehrani.html

http://www.facebook.com/update_security_info.php?wizard=1#!/permalink.php?story_fbid=148975705152566&id=111127962282062


*mengatakan tuan adalah penulis novel sampah itu sesuatu yg merobek hati sy!

Hush said...

I guess we certainly are easy to be manipulated.. the Kafir, the infidels (if i may) are laughing, while Sunni-Shia issue (if it is even an issue) we perceive as a national threat (if there is even a threat). 'Alahai'...

Hush said...

May I just reiterate the YouTube link of (alm) Ahmed Deedat's speech on Iran. Interesting! I'm not sure if he's a scholar like your good self, but he's very wise in his speeches. Why can't the general Muslim especially in MY be like him, or at least think like him?

TehLimau said...

rasa malu dan marah dengan kerajaan malaysia sendiri. Heboh dengan negara maju. pemikiran sempit. :'(. Nama je Negara Demokrasi

Dr Faisal Tehrani said...

alynn
sampah2 novel saya dah ratus ribu royalti, dapat beli rumah sebuah, duduk Turki,Jerman dan Iran. novel sampah itu jadi buku teks di Jerman. macam2 anugerah saya dapat dengan novel sampah. yang tukang sampaikan anugerah dari agong sampailah ke menteri cabuk.
sampah pun sampahlah. orang tak ada modal memang begitulah.

ali said...

Tok 10 Marhalah cakap:
Sehubungan itu Khusrin mencabar kumpulan ajaran Syiah itu untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati atas penangkapan dilakukan Jais.

“Kalau tidak puas hati, beritahu mahkamah. Kita sudah ada bukti mengatakan mereka menyeleweng.

Kata Khalid Samad dulu:
"Tapi pengarah JAIS paling kurang kena ada (kelulusan) Empat Senawi. Jangan awak nak sibuk dengan kelusan pengerusi masjid kalau awak sendiri pun tak ada kelulusan."
Tulah pasal keluar kenyataan macam-macam sebab dia sendiri pun tak ada autoriti cakap pasal Islam apa lagi hal yang tinggi akademiknya seperti soal mazhab sunni-syiah...kafir dan Islam...

Kesian Tok 90 Marhalah...semua kenyataan dia tergelincir SESAT dan MENYESATKAN...BERTAUBATLAH wahai Tok 90 Marhalah...

Nota: Israel pun tak akan minta maaf dari Turki atas penyerbuan Flotilla Marwi Marmara...macam ada persamaan dia sidia tu...

Annabilah said...

@Hush: may i repeat my post on Ahmad Deedat speech:

"You know it's a sickness. There are many learned men but their minds are so prejudiced. They are just looking for faults."
(Sh. Ahmed Deedat)

here's the Utube link:
http://www.youtube.com/watch?v=IpyfDFXVYsI&feature=related

the link below is full-text of his speech on Iran: A nation reborn'.

http://www.inminds.co.uk/unity.html

\(~,^)/ said...

salam, Tn.Hj.Dr.FT selaku tuan rumah & para pengunjung di blog yang rancak dipantau sekarang ini...

saya tidak sempat mendalami ilmu tahap tinggi untuk dihujahkan di sini, tetapi gerak hati saya kuat mengatakan wujudnya hasutan-hasutan berpuaka di sebalik apa yang terjadi terhadap mangsa serbuan 128 bersama 72 kanak-kanak itu.

hasutan-hasutan berpuaka tersebut telah giat berlangsung sejak 3-5 tahun lalu di atmosfera keagamaan Melayu Muslim Malaysia dan serbuan JAIS itu adalah ledakannya.

hasutan-hasutan berpuaka itu wujud di sebalik pelbagai nama seperti yayasan kebajikan & dakwah, darul itu & ini serta pelbagai laman/forum di atas talian.

mereka yang waras dan terpilih sahaja yang dapat menghidu bagaimana kegiatan menghasut secara berpuaka ini dijalankan.

tiada apa yang mampu kita lakukan, jika ada pun, kita bagaikan tak ada masa nak lakukan apa-apa terhadap mereka sedangkan cengkaman hasutan-hasutan berpuaka ini telah kian hari kian menyusup ke dalam ruang dunia, dengan dana puluhan juta.

seperti lazimnya tabii musuh-musuh kebenaran sejati, kaedah penyebaran hasutan berpuaka ini tidak berlangsung secara ilmiah dan tertib lakunya, melainkan disulam pula dengan hasutan demi hasutan serta dendam sekian lama hasil didikan para arwah batil yang mereka puja tanpa disedari.

hasil pemujaan terhadap para arwah batil tanpa disedari itu, mereka berjaya memperkudabelangkan beberapa tokoh tempatan hingga tokoh-tokoh ini mengeluarkan kenyataan seperti tidak pernah mengucapkan kalimah syahadah dan sangat sombong lagi bodoh.

mereka yang berpuaka itu tidak sedar bahawa kegiatan hasutan mereka juga sedang terbongkar satu persatu, dan pemantauan terhadap mereka juga tidak pernah sesaat pun terlepas dari catatan di pihak kebenaran demi menegakkan agama Muhammad wa ali Muhammad.

bersabarlah Dr. FT dan para pengunjung blog ini sekalian, jika kita secara tak sengaja berkunjung ke laman-laman atas talian yang berbaur hasutan berpuaka dan kelihatan seperti cuba mencambah kebencian terhadap peribadi Dr. atau karya-karya Dr. yang kita gemarkan isi ilmiahnya, janganlah kita tinggalkan apa-apa komen pedas atau panas berapi seperti lagaknya mereka yang tidak tahu adab tatasusila, nanti kita didakwa kantoi bab Rukun Negara.

“Kalaulah Agama Muhammad SAAW Tidak Tegak Kecuali Dengan Terbunuhnya Aku, Wahai Pedang-Pedang Penggallah Aku”-seruan Imam Hussein A.S. di padang Karbala pada hari 'Asyura.

P.S.: kununnya oleh kerana blog popular ini kelihatan pro-Iran dan pro-pembebasan Palestin lagi anti-Zionis, maka CIA juga telah beberapa tahun memantau isi kandungannya melalui agen mereka dari Kedutaan A.S. di K.L. Jika benar akan maklumat ini, maka kepada para pemantau baharu atau pemantau NEWBIE/FRESHIE, senior anda adalah CIA dalam bab pantau memantau ini.

kah kah kah kah kah

Ain said...

Yezza!!

behlul said...

assalamualaikum..

esok-esok rakan sebalah kita pun kita kena pant..au

Ifran0808 said...

Tuan,

Benar, isu kenaikan harga barang dan isu wikileaks bukanlah isu yang boleh dikesampingkan begitu sahaja.

Tapi, isu keharmonian dan kesejahteraan akidah umat Islam di negara ini juga merupakan satu isu dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilunaskan pihak yang dipertanggungjawabkan.

Waallahua'lam.

alynn shasha said...

ya tuan.

sy terkilan dgn sikap mereka..sy pernah tanyakan hal tuan pd a group of iic students..is faisal tehrani syiah?

they answer yes after 5 minutes menggeledah blog tuan..lawak kan...dan mereka cerita macam2 ttg kekafiran syiah..siap ada garis panduan cmne nk taw syiah...kelakar lah

biarlah tuan,sampah2 pun..sampah mahal..inilah org kita..menghakimi yg tidak2...

teruskan usaha tuan!pembelaan tuan dalam budaya,agama!i'll be at ur side!

p/s:ade org kata org syiah memanipulasi umur saidatina khadijah yang dikatakan 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah, yg sebenarnya adalah 25 tahun?benarkah tuan? kata mereka syiah keras2 mahu figure 40..sy pun pening2 sendiri

Enoch DreamWalker said...

saudari alynn,

IIC? :) lubuk Wahhabi :P dulu2 saya pernah kena pandang serong di c2, padahal sy cuma mempersoalkan 'kegemilangan dinasti2 Islam' dan bercerita ttg kehebatan Saidina Ali dalam satu sesi 'usrah' (dlm sesi 2 naqib meminta bercerita ttg salah satu sahabat Nabi), bukannya saya tnggl baju lalu ber 'qamizani' pon (:P). punya pantang depa dgr nama Ali..pnah sy dgr para 'Sheykhul Akhbar' di c2 kata "kt cni pon da ada org2 baju hitam'. sy tersenyum. "Allah..:)"
Sy minta pembaca klau soalan2 usul & fiqh Syiah ni ajukanlah kepada orang yg ahli (Syiah, bukan anak Pak Wahhab), Dr Tehranini bkn marja' i taqlid, dia cuma pencinta ahlul Bayt :)sbb 2 dia kata "sy x tahu, sbb 2 sy kata adakan perbincangan".

camarputih said...

assalamualaikum semua..

sebagai seorang sunni, banyak pertanyaan saya tentang teologi syiah.. tentang makam2 besar yang mereka bina .. walau apa pun, saya tetap tidak bersetuju dengan cara JAIS menangani mereka. sepatutnya, ruang dialog perlu dibuka luas. sekarang saya pasti lebih ramai yang ingin membuat kajian tentang apakah syiah itu sebenarnya.. di sini saya sertakan link tentang persoalan syiah..

http://www.syiah.net

Adilla Harun said...

Apalah kisah sampai disampah-sampahkan 'karya' orang. Tadi aje saya baru mendapatkan 'Karbala' dan 'Saasatul Ibaad'. Yang Karbala memang sudah dipesan manakala Saasatul Ibaad tu, rezeki. Sambar aje. Kalau hangpa tak nak baca tak payah mengatalah! Rasanya ramai lagi yang mahu membaca.

Payah jika isu agama ini dipolitkkan. Agama sebenarnya teras kepada yang lain bukan sebaliknya. Saya cuma gusar jika keburukan menimpa akibat kesilapan segolongan yang 'teralpa'dan 'terjuling' dalam memantau.

Terdetik juga apakah ada ketakutan pada 'kuasa luar' jika negara ini menerima Syiah sebagai sesuatu yang dibolehkan. Maklumlah 'mereka' tak takut pada Sunni (boleh makan) tapi takut pada Syiah.

Hanya Syiah sahaja yang berjaya membuat lutut mereka menggigil. Jika benar sangkaan saya bermakna negara kita mendahulukan 'silaturahim'dengan yang tidak seagama dengan kita berbanding dengan yang seagama...Ish..Ish.Ish

Dr Faisal Tehrani said...

camarputih
sia-sia saja beri link kepada mereka ini. kalau dah tak mahu membaca dan berfikir tak ada gunanya.sebab itu saya malas melayan mereka.menurut mereka, hanya mereka saja layak masuk syurga!

ali said...

Camarputih,
link yang anda berikan www.syiah.net bukan laman dari kaca mata syiah tapi itu dari kacamata penuduh. Jika nak baca hal syiah dari kaca mata syiah baca www.answering-ansar.org, almawaddah.hostei.com, al-islam.org,
www.al-shia.org dll.

Jika anda membaca laman para menuduh anda akan berpusing-pusing di atas dakwaan dan fitnah tanpa jawapan dari kaca mata syiah tapi dari kaca mata pihak penuduh..

mohammadislam said...

sila tuduh DR mahatir and abdullha badawi sebagai syiah yang sign aman message yang terima syiah sebagai mazhab dalam islam

sila serang rumah mereka mcm lakukan hari itu

malaysia maju atas nama DR tersayang mahatir muhammad

kalau berani serang rumah dia and soal dia


DR FT kamu bersabar jika hari yang janji oleh rasul hari ni la

yang ummat lupa siapa nabi mohammad

and haramkan halal and halalkan haram

jika mutaah haram and zina halal

report polis case zina berapoa ramai ade

camarputih said...

assalamualaikum dr faisal & ali,

maaf kira link ini mengelirukan.. niat saya segala tanggapan sunni terhadap syiah seperti dalam link ini dapat diperjelaskan.. saya sendiri yang tidak mempunyai didikan agama khusus, agak keliru benarkah ini syiah yang sebenar.. pertanyaan yang sering hadir, mengapa syiah begitu memusuhi sahabat nabi.. sedangkan mereka lah yang banyak berkorban untuk Rasulullah.. harap mohon penjelasan.. dan terima kasih atas link yang diberi..

note: syiah tetap saudara seIslam saya.. :)