Menangis demi menegakkan kebenaran adalah perilaku orang-orang beriman: Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w) - Al Maa'idah ayat 83.
Jihad Saidina Husin di Karbala adalah jihad yang agung. Tangisan dengan sebab untuk menakutkan lawan dan mengenang kesyahidan tentulah sebuah tuntutan. Menangis dapat menjadi satu penyataan jihad yang amat meruntun perasaan. Sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW sendiri menangis:Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah) - At Taubah, ayat 9.
Menangisi pengorbanan Saidina Husin dalam menegakkan agama Islam yang dibawa nendanya tentulah sesuatu yang tidak ada keraguan padanya. Tangisan adalah puncak penyataan politik kita kepada orang munafik:Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan - At Taubah 82-83.



21 comments:
Assalamualaikum Tuan, tahniah atas ijazah kedoktoran.
Salam Dr Faisal,
Saya terbaca tentang perkara ini,saya minta komen atau ulasan Dr demi menambah ilmu saya, syukran.Saya sertakan link untuk rujukan Dr Faisal.
http://www.darulkautsar.net/3460-Syi%E2%80%99ah-_Abu_Bakar_Dan_Umar_Dilaknat_Oleh_Allah,_Malaikat_Dan_Sekalian_Manusia.html
Jangan lupa, Saidina Omar dibunuh Abu Lu'luah yang kuburnya masih ada dan dipuja di Iran.
Jangan lupa juga pembunuhan Osman ibn Affan ditangan golongan pemberontak.
Menangislah, tapi jangan melukakan diri sehingga menyamai golongan kufur di Batu Cave...
dr FT,
saya masih 'kecil' dari plbagai sudut.
dn sy yakin dgn sikap kebebasan ilmiah dr. tahap kematangan dr. kebesaran dr.
smua pgunjung, sila berbudaya ilmu dan kenal 'ilmu' kalau benar mahu berdebat ilmiah. Sy cdgkan rujuk Prof Naquib al-Attas. kalau tak, hanya mempamer kobodohan.
ilmu mmbawa kbahagiaan bkn derita kpd insan.
untuk SAYA, dr FT, dan smua, ILMU MEMBUAHKAN ADAB.
sy masih mencari. sedang mencari kebenaran. trus mencari.
setakat ini, saya beraqidah asyaari wal maturidi, bermazhab fekah Syafie.
saya juga amat-amat mencintai Nabi Muhammad saw, dn ahl bayt.
pndgn saya tntg isu tangisan (atau ratapan);
1- ini fekah amali. epstmologi sunni sila rujuk sunni. syiah sila rujuk syiah.
2- ratapan dan tangisan sila bedakan dan perincikan. untuk ta'lil hukm.
soalan saya kali ini untuk Dr. FT;
1-apakah pndgn dr. terhadap budaya cinta Nabi saw dan ahl bayt sbagaimana dipraktik sunni? dan perbandingan dgn syiah.
2-bg dr, epstmologi sunni atau syiah yg lebih baik? dr. semangati yg mana?
3-berkenaan 'semuanya sunni sblum kmunculan asyaari' pndgn dr tu, dgn implikasi (jg dari dr) : mazhab 4 tersunnikan dan mazhab jaafari tak tersunnikan, bg saya, prlu dibeda fekah dgn aqidah, bkn dicekau skali untuk diperbanding. ulasan dr?
t.kasih. SALAM PERJUANGAN
Sdr Syaibani: a quick respond:
1. Dalam entri sebelum2 ada disarankan. Ada dalil dari sunni dan syiah. Orang syiah dia beramal dengan dalilnya, kita beramal dnegan dalil kita. Rasulullah saw sendiri menginstitusikan karbala dalam mimpi baginda kepada Ummu Salamah.
2. Seperti yang terlihat hari ini setelah al-Ghazali memusuhi falsafah dan mengkafirkan Ibnu Sina dan Ibnu farabi, kita sunni ketinggalan berbanding mereka syiah. Jadi saudara rasa mana yang perklu disemangati?
3. saya tidak katakan semuanya sunni sebelum kehadiran Ashaari dan Maturidi. Fahami kata-kata saya tersebut.
* Mungkin baik merujuk terus sumber-sumber Naquib sendiri iaitu Nahjul Balaghah.
Abu Najmi,
Saudara pernah ke Iran melihat sendiri kubur itu? Menonton dari youtube? Bagaimana saudara menyalahkan seluruh saudara seIslam kita syiah oleh tindakan segelintir manusia ekstrim. Tentu, kita tidak dapat menghujahkan semua umat Islam Malaysia sesat kalau ada dua ratus orang merupakan ahli Arqam.
Kubur itu sudah lama dirobohkan kerajaan Iran. Akan tetapi maklumat ini tidak begitu berguna buat saudara bukan, kerana di hati saudara yang ada hanyalah nyala api kebencian.
Soal menyamai golongan kufur di Batu Caves, baca entri saya http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/saya-bocorkan-rahsianya-bagaimana.html
Mungkin Umar al Khattab orang yang lebih layak mengejek Uwais al Qarni sedemikian, tetapi khalifah tersebut tidak berbuat demikian.
Perjuangan saya untuk memurnikan sunni dan syiah, tetapi saudara nampaknya tidak mampu berhujah dan hanya membakar kayu-kayan fitnah yang tidak menguntungkan dari segi keilmuan mahupun survival ummah.
Salam FT,
minta menjawab soalan khamimi. Saya menunggu. Terima kasih.
Andai saya yang menjawab, kitab yang digunakan boleh diragui. Hadith palsu.
Dalam hal lain, saya bersetuju dengan FT untuk memurnikan syiah dan sunni. Kerana, from the first place, Islam cuma satu.
1Islam.
salam bro Faisal, saya megikuti siri2 tulisan saudara, secara jujurnya saudara memang lebih kehadapan terhadap falsafah dan sejarah. Ada persolaan saya yang saudara belum jawab.
* salam Dr Faisal, terima kasih atas info menarik dan smbungan yang lepas. Sedikit persoalan ttg adat mereka,
Adakah memukul diri sendiri dikira mencampakkan diri dalam kebinasaan seperti firman Allah dalam Al Quran, sekiranya mati bagaimana status kematian mereka?
terima kasih kerana sudi memberikan penjelasan, moga dirahmatiNya ('',)
assalamualaikum..
'manusia sering menjadi musuh apa yang ia tidak ketahui' kata-kata dari imam ali a.s
sering kita melakukan kesalahan dengan membut pelbagai tuduhan melulu.. kita lebih suka membuat keputusan berdasarkan cerita dari orang atau propaganda yang dilakukan segelintir orang yang memang membenci syiah.. kemudian dikaburkan dengan berita-berita palsu yang adanya langsung tak wujud..
pernah satu ketika sepupu saya bertanya pada saya.. bahawa 10 muharram kalau di iran adalah mereka melakukan upacara berseronok-seronok secara beramai-ramai, bila saya tanya mana dia dapat cerita tuh, katanya kawannya pakistan bagitahu itu yang terjadi di iran yang lebih 90% berfahaman syiah.. kata-kata yang begitu mengguris perasaan tetapi itulah bila mendengar dari orang yang membenci..
jadi kita sendiri kena berhati-hati sebelum membuat ulasan yang sengaja memburukkan sesama islam, hanya kerana berlainan mazhab..
Abu Najmi,
Umar dan Uthman adalah 2 personaliti besar.
Tetapi anda tidak tahu kedudukan Saidina Hussein.
Saya bersimpati dengan anda.
refer kepada isu yg khamimi ketengahkan..amirul mukminin bagi kumpulan agama syiah adalah ali..manakala amirul mukminin bagi kumpulan wahabi adalah muawiyah (benarkah? tepuk dada tanya hati)..kaedah paling baik untuk menunjukkan kita sememangnya benar adalah dengan pembuktian bahawa asas ilmu yg kita miliki mempunyai rantaian yg baik sehingga sampai ke kepala ilmu itu..sekadar mengulas penulisan mengikut kehendak satu pihak tidak menjanjikan ilmu..jika yg batil itu dihaqkan..kenapa sehingga hari ini masih wujud fahaman ini..jarang org pas akan support org umno..begitu juga sebaliknya..tapi ada org yg masuk ke kedua2nya semata2 untuk memahami apa itu politik melayu..ada mata bukak..ada telinga dengar..ada akal fikir..ada hati rasa..ada mulut tanya..
Salam,
@Abu Najmi Albahri
Apakah anda pernah menyelak kitab-kitab anda tentang siapa pembunuh Uthman? Jangan terburu-buru dengan mengeluarkan statement 'golongan pemberontak'..saya kira anda tak belajar ilmu sejarah dan kitab-kitab tafsir ulama anda.
Untuk pengetahuan anda, 'golongan pemberontak' tersebut adalah di kalangan SAHABAT juga. Saya yakin, anda mengimani bhw SEMUA sahabat ADIL dan TIDAK BERDOSA bukan? Tak perlu menyangkal..
Mari saya perlihatkan anda ttg siapa Sahabat yang membunuh Uthman berdasarkan kitab-kitab anda. (jangan tanya 'sahih ka??' okay!)
1) Ibnu Katsir dalam Al Bidayah Wan Nihayah 7/208 berkata dalam Bab Peristiwa Terbunuhnya Usman bin Affan
وروى ابن عساكر عن ابن عون أن كنانة بن بشر ضرب جبينه ومقدم رأسه بعمود حديد فخر لجنبيه وضربه سودان بن حمران المرادي بعد ما خر لجنبه فقتله وأما عمرو بن الحمق فوثب على عثمان فجلس على صدره وبه رمق فطعنه تسع طعنات وقال أما ثلاث منهن فلله وست لما كان في صدري عليه
Ibnu Asakir meriwayatkan dari Ibnu Aun bahwa Kinanah bin Bisyr memukul rusuk dan ubun-ubun Usman dengan besi sehingga Beliau tersungkur disebelahnya. Lalu Saudan bin Humran Al Murady memukul lagi hingga beliau terbunuh. Kemudian Amr bin Hamiq melompat ke dada Usman dan pada saat itu beliau menghembuskan nafas yang terakhir lalu ia menikam Usman dengan sembilan tikaman seraya berkata “Adapun tiga tikaman karena Allah dan enam tikaman karena dendam di dalam dadaku”.
Amr bin Hamiq Al Khuza’i adalah salah seorang dari Sahabat Nabi SAW. Disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Al Isabah 4/623 no 5822, At Tahdzib juz 8 no 37 dan At Taqrib 1/733 bahwa dia adalah seorang sahabat Nabi dan hadisnya diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah dan Sunan An Nasa’i. Adz Dzahabi dalam Al Kasyf no 4146 berkata “Amr bin Hamiq Al Khuza’i seorang sahabat Nabi”.
Ibnu Abi Hatim berkata dalam Al Jarh Wat Ta’dil juz 6 no 1248:
عمرو بن الحمق له صحبة
Amr bin Hamiq seorang Sahabat Nabi
http://www.nuruliman.com.my/versi_melayu/images/stories/ayah_cry.jpg
Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa.
al-Marhum Fadhlallah melarang berlebihan kala Ashura
tertarik dengan reply @lalok,
usah kan sunni-syiah.. kat malaysia ni, pas dgn umno pun tak kunjung selesai... hehe.. tapi itu cerita lain la pulak kan.. :)
Saudara Muslim Aqil..
Anda perlu baca kesekuruhan teks Bab Pembunuhan Osman dalam Kitab al Bidayah wa an-Nihayah.
Dalam kitab yg sama, Alhafiz Ibnu Asakir mengatakan tidak terdapat seorang sahabat Rasulullah saw juga anak2 mereka yg terlibat dalam pembunuhan Osman kecuali Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq.
Tetapi hujah ini ditolak oleh Ibnu Kathir kerana Muhammad bin Abu Bakar akhirnya merasa kesal lalu kembali ke rumahnya.
Ibnu Kathir berkomentar tentang hadis riwayat Ibnu Asakir tentang Kinanah ibn Basyar dan satu lagi dari at-Tabarani bahawa hadis tersebut adalah GHARIB dan terdapat KESAMARAN didalamnya.
Sila rujuk Kitab tersebut jilid 7 m/s 278-290.
Saya bersimpati dengan anda kerana tidak membaca keseluruhan teks serta komentar dari Ibnu Kathir keseluruhannya.
Post a Comment