15 December 2010

Menangislah, Ia Sunnah Nabi (Bahagian Akhir)

Rasulullah saw menangisi dan meratapi puteranya Ibrahim, seperti yang diriwayatkan oleh Abdurrahman bin ‘Auf, dia berkata : “Dan Anda Ya.. Rasulullah?” dan bersabda : “Wahai Ibn ‘Auf sesungguhnya (tangisan itu) adalah rahmah” dalam sabda lainnya beliau menjelaskan:

إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ ، وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ ، وَلاَ نَقُولُ إِلاَّ مَا يَرْضَى رَبُّنَا ، وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ

“Sesungguhnya mata itu mencucurkan air mata, dan hati bersedih, dan kita tidak mengatakan (memerintahkan/meyakini) kecuali apa-apa yang menjadi keredhaan Allah, dan sesungguhnya aku adalah orang yang bersedih dikeranakan perpisahanku dengan Ibrahim (puteraku).”

Lihat Shahih Bukhari Bab Janaiz no 1303 (Shamilah), atau Shahih Bukhari jilid II, hlm 85 Darul Fikr, Beirut.

Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal diperikan bahawa ketika kembalinya Rasulullah saw dari Perang uhud dan beliau melihat para wanita Ansar menangisi suaminya yang terbunuh di perang Uhud, lalu bersabdalah Rasulullah saw : وَلَكِنْ حَمْزَةُ لَا بَوَاكِيَ لَهُ

[Akan tetapi tak ada (seorangpun) tangisan buat Hamzah (bapa saudara Rasulullah saw) yang setia dalam setiap perjuangan)] setelah itu mereka terdiam kemudian mereka menangis lagi, dan tangisan itu adalah untuk meratapi Hamzah (bukan yang lainnya).

Kalimat وَلَكِنْ حَمْزَةُ لَا بَوَاكِيَ لَهُ mengandungi erti lain juga iaitu “jangan lupa juga menangisi Hamzah” dan di sini secara tidak langsung ia menyarankan kita untuk menangisi pejuang Islam serta celaan bagi yang meninggalkannya.

Seperti halnya tangisan Saidatina Fatimah Zahra atas kematian Ja’far ra (manusia mulia), sehingga Nabi saw bersabda:

على مثل جعفر فلتبك البواكي

Disini, kita boleh melihat kemuliaan Ja’far sehingga Fatimah Zahra permaisuri di syurga pun menangisinya.

Lihat Musnad Ahmad no. 4984 (Shamila), Atau Musnad Ahmad jilid ke-2 hlm ke-40, Darul Fikri, Beirut. Juga Istii’ab fi Ma’rifat Al-Ashhab jilid ke-1, hlm. 243.

Ummul Mukminin Aisyah meratapi pemergian ayahandanya, Khalifah Abu Bakar. Tarikh Tabhari disanadkan daripada Sa’id dikatakan bahawa: Ketika wafatnya khalifah pertama Abu Bakar, ‘Aisyah meratapi dan menangisi pemergian ayahnya itu, setelah itu datanglah khaliah kedua Umar bin Khatab dan melarang mereka (para wanita) yang ikut menangisi kewafatan Abu Bakar. Mereka tidak mempedulikannya lalu mereka berhenti, lalu berkatalah Umar kepada Hisyam Ibnu Al-Walid: ”Masuklah (Ibnu Hisyam) dan keluarlah (menghadapku) Puteri Abi Qahafah”. Dan ‘Aisyah berkata terhadap Hisyam setelah mendengar ucapan Umar: ”Sesugguhnya saya melarang kamu memasuki rumahku”, Lalu berkata Umar kepada Hisyam: “Masuklah saya mengizinkanmu (untuk masuk)”, lalu masuklah Hisyam dan keluarlah Ummu Farwah saudara Abu Bakar menuju Umar, dan memukulnya, berkali-kali, dan tercerai-berailah orang-orang yang menangisinya itu. Dan hal ini berkait dengan taqrir Nabi saw ketika wanita Anshar menangisi para suaminya yang syahid di perang Uhud ketika Rasul saw bersabda: وَلَكِنْ حَمْزَةُ لَا بَوَاكِيَ لَهُ dan juga ketika meninggalnya Ja’far ra serta menangisnya para wanita termasuk Sayyidah Zahra r.a dengan sabdanya:

على مثل جعفر فلتبك البواكي disertai dengan ، وَإِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ ketika meninggalnya salah seorang puteri kesayangannya.

Lihat Tarikh Tabhari, hlm 348-349, juz 2 (Shamila), atau juz 2, hlm 614 (Zikr Wafat Abu Bakar), Beirut Al-A’lami.

As-Syafi’e di dalam bab indzar An-nabi saw dan selanjutnya di dalam kitabnya A’laamu an-Nubuwwah daripada ‘Urwah daripada ‘Aisyah berkata: Ketika itu Al-Husein menemui nendanya Rasul saw dan datang Jibrail menyampaikan khabar kepada rasul saw:

“Sesungguhnya umatmu akan tercerai berai setelahmu dan mereka akan membunuh puteramu yang ini (Al-Husein) peristiwa tersebut akan terjadi setelah engkau meninggal dunia, kemudian Jibrail as menghulurkan tangannya dan memberikan tanah putih, dan malaikat bersabda: Di tanah ini lah akan terbunuh puteramu (Al-Husein). Dan nama tanah itu adalah tanah “الطف “(Karbala yakni di tepi sungai).

Setelah itu ‘Aisyah ra melanjutkan : setelah Jibrail as pergi lalu keluarlah Rasul saw menuju sahabat-sahabatnya dengan membawa tanah di tangannya, pada saat itu yang hadir Abu Bakar, Umar, Ali, Hudzaifah, Usman, Abu Dzar, dan Rasulullan saw dalam keadaan menangis, dan bertanyalah para sahabat : Apa yang kau tangisi wahai Rasulullah saw? Dan bersabda Rasul:

“Jibrail telah mengkhabarkan kepadaku bahawa puteraku Al-Husein akan terbunuh setelah kewafatanku dengan tanah yang bernama” الطف “(Karbala-yakni di tepi sungai), dan Jibrail datang memberiku tanah ini dan mengkhabarkanku bahawa kejadian itu di dekat muara sungai.

Bahkan di halaman selepasnya diceritakan bahawa Rasul mengisyaratkan kepada ‘Aisyah ketika terbunuhnya Al-Husein di Karbala maka tanah itu akan memerah.

At-Tirmidzi juga menuliskan hadis tersebut dalam sunannya bahawa pada saat itu Ummu Salamah ra melihat Nabi saw menangis dalam keadaan tidur di mana pada kepala dan janggutnya terdapat tanah dan berkata : “Al-Husein akan terbunuh yang tak ada kejadian sebelumnya.”

Lihat A’lam An-Nubuwwah, bab ke-12, hlm. 23. Mu’jam Al-Kabir jilid III, hlm. 107, hadis ke 2814 dan 2815 (Shamila), Al-Haisyami di dalam Majma’ Az-Zawaid jilid 9, hlm. 188.Sunan At-Tirmidzi, Jilid 5, hlm 223, hadis ke-3860; Al-Bukhari dalam Tarikh Al-Kabir jilid III hlm. 324, hadis 1098; Al-Mustadrak Al-Hakim jilid IV, hlm 19juga pada Musnad Ahmad juz I , hlm. 283

Di dalam kitab Al-Mu’jam Al-Kabir, Rasulullah saw telah bersabda:
حسين مني و أنا من حسين أحب الله من أحب حسينا حسين سبط من الأسباط
Husin daripadaku dan aku pula daripada Husin, Allah mencintai siapa saja yang mencintai al-Husin adapun al-Husin adalah keturunanku putera puteriku (az-Zahra).

Lihat Al-Mu’jam Al-Kabir juz 22, hlm 274, hadis ke 702

Tentunya tangis dan ratap Nabi tersebut satu institusi, malah budaya. Kerana Nabi tidaklah pernah melaksanakan sesuatu baik itu ucapan, apa yang dilihat dan dilakukannya serta yang didengarnya (baik tangisan ataupun kegembiraan) selain dari pada izin dan keredhaan Allah SWT, seperti yang difirmankan Allah SWT :

وَما يَنْطِقُ عَنِ الْهَوى “dan dia tidak berbicara menurut kemahuan hawa nafsunya”
إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحى “Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”
ما كَذَبَ الْفُؤادُ ما رَأى “Hatinya (yang bersih) tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya”
لَقَدْ كانَ لَكُمْ في‏ رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik bagimu”


Kesedihan dan kejutan itu fitrah dan sangat spontan sifatnya. Bukankah sesuatu yang mengejutkan, malah mendukacitakan apa yang menimpa cucunda Nabi Muhammad saw itu? Bukankah ia perlakuan yang dirakam al-Quran dan merupakan aksi isteri seorang rasul (merujuk perihal Siti Sarah)? Jika gembira dan teruja diizin untuk beraksi sedemikian, apatah lagi tatkala duka dan sebak pilu melanda kalbu?

(Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: “Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?” - Az zariyat ayat 29.

21 comments:

lalok said...

nak tangkis dengan apa yer..tak dak hujah nak tangkis nih..kecuali tangkis dengan ego jer..org yg ego nanti duduk sekapal dengan firaun..abrahah..dengan obama..dengan tuut..dgn para thaghut..semoga Allah mengeluarkan kita dari himpunan thaghut..

Aba Zahra said...

Dr. Faisal,
Terima kasih di atas siri entri ini.
Semoga Allah memberi barakah kepada saudara di atas usaha menyedarkan kepada kami musibah yang menimpa keluarga Rasul saw yang mulia.

Menangislah. Banyakkanlah menangis. Bukankah itu perintah al-Qur'an.
Apabila al-Qur'an memerintahkannya, sudah pasti di situ ada manfaatnya.
Salah satunya menangis dapat membuang hijab-hijab dalam hati.
Menangis juga dapat meleburkan dosa-dosa.
Oh besar sungguh musibah yang menimpa keluarga NabiMu.
La haula wala quwwata illa billah.

Razif said...

Dr. Faisal,

Teruskan perjuangan anda. Karya2 anda hanya utk org yg mahu berfikir

Jgn Lupa (^_^)

szack12 said...

Ya Ilahi ..janganlah Kau keringkan airmataku demi kekasih Mu di Karbala.

Adilla Harun said...

Salam!

3 entri berturut-turut tentang 'tangisan'. Selain dikaitkan dengan kelaziman puak Syiah yang kukuh kesatuan mereka dalam sebuah 'tangisan'. Tak kurang saya lihat masih ramai yang mempersoalkan akidah bagi sabahagian mereka dari puak Syiah yang dilihat 'ekstrim' dalam 'tangisan'dalam mengenang 'Karbala'.

Terlalu banyak respons terhadap entri Dr FT kebelakangan. Di situ terdapat yang saya boleh pelajari.

Saya terfikirkan bagaimana seisi alam termasuk para Malaikat yang menolak untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini. Akhirnya ditakdirkan Allah 'Adam' yang dibentuk dari tanah menggalas tugas itu. Lihat bagaimana Allah menentukannya. Di saat Malaikat mengatakan bagaimana kita (manusia) bakal merosakkan bumui dan alam ini dengan kelemahan kita, Allah menaikkan darjat kita untuk menerajui Alam ini. Maha Mengetahui Allah. Wujud manusia menjadi "Khalifah"

Oleh itu, mungkinkah saja kita (manusia di akhir zaman)ini mengiakan 'kegusaran' para Malaikat? Nauzubillah. Perbezaan pendapat melalui pengkajian dan pengetahuan terhadap sebarang isu (walau terbit perdebatan) masing-masing ini sebenarnya perlu jika diniatkan untuk penyatuan yang lebih kukuh. Seterusnya menentang mereka yang selayaknya ditentang. Tidak sekali bermaksud meruntuhkan atau menyesatkan sesama sendiri (umat Islam).

Setelah beberapa lama mengikuti kisah di sini saya mendapat beberapa perkara yang berharga juga kiranya.

1) Di mana sebelum ini saya tidak pernah ambil 'port' mengenai Hussin, tergerak untuk mengetahuinya. Tak dinafikan kita lebih disogokkan dengan kisah-kisah para sahabat sehingga ketinggalan tentang salasilah Nabi sendiri.

2) Selagi seseorang itu mengimani 'dua kalimah syahadah', jangan mudah kita mentafsir apa-apa sahaja dari perbuatan atau budaya mereka (walau pelik, janggal dan di luar jangkauan akal)kerana kita mungkin masih 'terhijab' oleh kelemahan diri kita.

3) Islam adalah agama yang membawa untung (perdagangan yang tidak pernah dan tidak akan rugi). Selawat membawa untung 1:10. Sesiapa yang tak ambil peluang, rugi besar juga tu.

Selawat itu sebenarnya menenangkan. "Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Selawat termasuk didalamnya dan baik diamalkan kerana ia dimulai dengan nama Allah sekaligus mendoakan Rasul Penutup dan ahlinya dan mereka yang menyokongnya dengan sebenar-benar sokongan.

Islam agama suci. Ia bermakna sejahtera. Semoga di Malaysia ini, ia tetap terpelihara kesejahteraannya. Ameen....

Fenomena Zaman said...

Dr Faisal.

Apakah dalil-dalil AL-Quran yang menyuruh kita mempercayai Imam 12.
Dalam hadis memang ada cuma dalam Al-Quran ada ke tidak?

Dr Faisal Tehrani said...

Adilla
Saya seorang simpatisan. Itu memang tugas saya sebagai seniman. Jadi saya simpatisan saudara2 kita syiah. Saya betul2 tidak faham mengapa orang nak melawan kecintaan saya dan mereka terhadap ahlul bait.
Mungkin saya patut mengadu kepada Saidina Husin perangai mereka ini.
Wassalam

AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI said...

Kpd semua pngunjung;

isu menangis sudah selesai. sunni dan syiah bersatu dlm hal ini.

menangis tmbh lg untuk menyemengati pngorbanan sydina husin ra, cucunda Nabi saw, lbh2 lah dtuntut.

Dr FT hnylah mendedahkan sisi positif syiah, atau pun, sisi pemersatu syiah dan sunni. inilah perjuangan dr spt yg saya fahami.

dr Faisal,

1. respon balas

a. sy dah bc balek perihal 'pnglompokan yg dlakukan asyaari wal maturidi'. dn agknya sy dah faham. dn sy mulai memahami pmikiran dr. ksmpulan dari situ, mazhab jaafari tdk bleh dihukum sbg mzhb rasmi syiah.. dlm kata lain, imam jaafari sndiri pastinya tak prnah klaim bhw bliau sunni atau syiah! sy kagum dgn ide dr ini.

b. masih ramai intelektual bsar sunni brbnding syiah. mreka yg mngembangkan kalam asyairah. untuk saya, para teolog mrupakan ahli falsafah dlm Islam.

cthnya, al-Attas adalah sunni.

c. pristiwa al-Ghazali mmbantai falsafah itu bg saya bukanlah satu tnda bsar untuk mmutuskan. al-Ghazali dlm tahafutnya itu tdk mnolak falsafah dlm erti sluruh. malah bliau sdiri mghayati falsafah. yg dtolak bliau antara lain yg mnyangkut ontologi ketuhanan. bliau lbih2 lg mghdupkan flsafah dan rasional dlm tradisi sufisme sunni.

2. soalan saya, apa takrif syiah? takrif sunni? spt yg diknali dan dpgang dr

minta respon smua ya dr. t.k.

SUNNI DAN SYIAH MARI BERSATU DI BAWAH KEAGONGAN TAUHID!

Adilla Harun said...

Dr FT. Hasil dari 'kecintaan' manusia wujud di muka bumi ini. Ingat kisah 'Adam' dan 'Hawa'. Evolusi manusia bermula di sana. Jadi jika saudara ditakdirkan dengan 'kecintaan'terhadap Husin dan simpati pada Syiah, teruskan perjuangan saudara. Mungkin 'evolusi' saudara ada di sana. Siapa tahu? Saya percaya hanya Allah yang mampu menilai keikhlasan seseorang. Pada Allah saudara sandarkan perjuangan. Mudah-mudahan saudara mendapat pengertian yang lebih dari mereka yang ada hati mahu mengerti.

Bak kata Maher Zain - INSYAALLAH -

Wassalam.

AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI said...

benar belaka kalam al-Attas, hari ini pnyelwengan tlah berlaku trhadap 'ilmu'. inilah akar permasalahan kaum muslimin zaman ini. yg mlahirkan kekeliruan, perpecahan, maksiat dsb.

lihatlah..

ramai org suka mrminta dalil.
ramai org skeptis dgn ilmuwan2 agong.
ramai org yg perasan keupayaan diri dan akal sndiri.

thiqah trhadap ulamak, atau pun
rasa kebergantungan trhadap 'ulamak' sudah hilang terusir dari jiwa manusiawi kita.

kita lbih gmar sendiri mengkaji.

kita lebih cekap mengingati no.hadith, nama2 kitab bsar, nm2 imam bsar, DARIPADA memahami makna, konteks, tujuan, hikmah, ide, atau pun kesuluruhan apa yg sebenar dkehendaki sang pengucap.

inilah bencana keilmuan zaman moden barat.

ini budaya pendidikan skarang!
ini semua prancangan barat!
kita tak sedar letakduduk kita!

masing2 perasan berilmu, berfikiran terbuka, tajam menganalisis.

ilmu diliberal dan dihina sebegitu rupa.

lihatlah ...

kita lebih gmar bertelingkah wahabi-sunni-syiah drpd bertelingkah dgn barat yg wajib ditelingkah itu!

saya hny bertujuan memberi kesedaran, hasil pengamatan dan pandangan saya.

saya meminta ampun daripada Yang Maha Benar, dan meminta agar cahaya kebenaran Nabi saw mengjangkaui hati-hati kita. (ilmu itu lah kebenaran)

Dr Faisal Tehrani said...

Syaibani
another quick one:

1. Di tangan saya ada sebuah fail yang memuatkan lebih 30 makalah akademik penuh oleh sarjana barat baik, dunia sunni baik, mahupun dunia syiah yang rumusnya memperakukan: pertembungan besar al-Ghazali dan Ibnu Sina/Farabi yang berakhir dengan pengucilan rasionalisasi telah memundurkan Islam. With respect, sebahagian besar ilmuan sains tradisional kita, name it Ibnu Sina, Ibnu farabi dan lain-lain adalah anak murid langsung atau tidak langsung imam jaafar sadiq, dan merupakan syiah. samada mereka dalam keadaan taqiyyah atau tidak sahaja.jadi, mahu tidak mahu, kita sunni mesti mengaku, kita terhutang budi dengan ilmuan syiah.sebab itu, dengan rasa rendah diri saya mengakui syiah adalah Islam, kerana jika kita kata mereka bukan Islam, kita hampir2 tiada apa!

2. mungkin, sdr juga patut membaca another al-Attas, sosiologis-antropologis ulung. saudara kepada naquib. apparently, i believed he was/still is (walau sudah meninggal) a shiite. Pada saya beliau adalah our own mini syariati.

3. hampir2 tiada takrif syiah dan sunni. semasa saya berdialog dengan ulama syiah Syed Hasan Qazwini, dalam kajian saya tentang peranan ta'ziyeh (boleh baca esei itu dalam Karbala), beliau memberitahu saya: jika syiah klaim mengikut ahlul bait, maka sunni juga begitu. jika sunni klaim mengikut sahabat, maka syiah juga begitu. Ya, kita boleh argue mereka follow sahabat partially. tetapi adalah jelas dari sumber hadis sunni sendiri termuat hakikat sahabat tidak adil dan tidak dibersihkan sebersih-bersihnya. justeru, syiah adalah sunni, sunni adalah syiah. a coin dengan dua muka.

soalnya syaibani, 'keharmonian sunni-syiah' seperti juga kita berjiran dan berumahtangga, kadang-kala tidak akan lepas dari curiga dan sengketa. dan ada pihak ketiga mengacum kita. tidak lain tidak bukan mereka adalah wahabi bertopeng salafi. yang saudara boleh lihat, dalam skala kecil (di blog ini), dalam skala besar (mengebom makam Imam Askari syiah di Samarra) bersungguh-sungguh mahu menghalang usaha pemurnian ini. mereka adalah neo-khawarij.

Itulah kemuncut yang menangguhkan kita umat Islam, mencipta kejayaan.

Mael said...

Tuan, saya minta izin copy artikel ni ye.

Zuljanah said...

Salam semua,

Bagaimana lagikah maksud Tauhid selain daripada mencintai serta mengerjakan hal2 yang dicintai oleh Allah dan RasulNya dan membenci serta menjauhi hal2 yang dibenci oleh Allah dan RasulNya? Bolehkah kita tidak 'mencintai' mereka2 yang seluruh hidupnya berkorban jiwa dan raga demi Agama Islam yg suci, dan tidak merasa sedih hati keatas kehilangan mereka ? Kita mohon dijauhi daripada hati yg tidak hidup sebegini! Ambillah iktibar daripada peristiwa Karbala dan hayatilah doa terakhir Saidina Hussin as.

"Wahai Tuhan Pemurah Seluruh Alam ! Hussin, hambaMu, telah menyerahkan setiap sesuatu yang telah Engkau anugerahkan kepadanya di jalanMu.
Terimalah pengorbanan yang tidak seberapa ini daripada HussinMu.
Sekiranya daku,cucu kepada RasulMu,memiliki lebih dari itu, akanku segera menyerahkan kepadaMu dengan rela hati.
Wahai Tuhanku, kasihani dan maafkanlah mereka yang kurang berhati-hati dari kalangan orang-orang yg beriman.!"

Allahuuma Solli ala Muhammad
Wa Ali Muhammad.

earthlovelina said...

Salam,

Sejak saya membaca tulisan saudara FT dan komen2 dari para bloggers terutama yg melibatkan isu syiah, sunni dan wahabi, saya asyik terfikirkan tentang Rukun ISLAM, Rukun IMAN, keUTAMAan berSELAWAT, Alam BARZAKH dan Hari PEMBALASAN/KIAMAT. Di mana dan bagaimanakah NASIB saya di Padang Mahsyar kelak? Saya akan dimasukkan ke dalam golongan yang mana, yang beruntung atau yg rugi?TIADA sesiapa pun yg mampu untuk menolong saya kecuali RAHMAT dari ALLAH SWT dan SYAFAAT dari NABI MUHAMMAD SAW.

Semoga Allah SWT mengampuni dan memberi petunjuk kepada kita semua agar sentiasa berada di jalan yang benar.

Terima kasih kepada semua(tanpa mengira anda di pihak manapun) kerana memberi kesedaran dan input berguna buat saya.

***Bagaimanakah diriku ini mampu untuk membenci atau meminggirkan kalian?... andainya hati ini cuma diajar untuk mengasihi kalian yg bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Siapalah aku untuk menghukum kalian?***

Camar Putih.. said...

salam..hurmm,antara menangis ttg kematian yg berlaku terhdp saidina hussin bagus,tp saya rs dan pelik,knp syiah tidak menangis krn perjuangan rasulullah?bukankah perjuangan baginda selama 23 tahun lebih teruk dan dahsyat berbanding cucunya??ke macam mana Dr FT..

ainulMardhiah said...

salam 'alaik

alhamdulillah, rasanya tak salah apa yang didedahkan oleh dr FT pada kita semua.apa salahnya saling kita memahami antara sunni-syiah....pasti banyak manfaat yang diperoleh.

wallahu'alam

p/s: dr FT, slpas ini entri apa?menunggu untk meng 'explore'...

Dr Faisal Tehrani said...

camar putih
dah baca ke sepenuhnya kejadian di Karbala tersebut?

kyo_9 said...

sejujurnye saya seronok dan beruntung dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang Syiah.. cuma satu yang bermain dalam fikiran saya ialah isu 10 Muharam di mana sebilangan kecil kot kaum Syiah yang meraikan hari tersebut dengan cara menyeksa diri sendiri sehingga berdarah; bukan sahaja dewasa, malah kanak2 termasuk bayi juga 'diperlakukan' sedemikian rupa.. Jika menangis sahaja saya pasti x menjadi masalah.. Tapi kenapa sambutan tersebut berlaku? Adakah ada dalil yang menyokong perlakuan tersebut? Perbuatan menyeksa diri sendiri tersebut juga boleh didapati berlaku di kalangan pengikut Katolik Kristian yang mana mereka menyebat bahagian belakang badan mereka..

apa pendapat dr. tentang hal ini?

hellmy said...

kyo_9,

Perbuatan mencederakan diri sendiri hingga berdarah ketika Asyura 10 Muharram adalah HARAM. Ini diperakui oleh fatwa2 yang dikeluarkan oleh ulama'2 Syiah sendiri.

Itu pastinya adalah perbuatan kaum Ghullat. Kaum ini Saidina Ali ra juga memerangi mereka. Sila cari fakta mengenai mereka. Jangan berpandukan kepada YouTube. Video seperti itu adalah ciptaan mereka yang berpihak kepada Zionis laknatullahi 'alaihim.

Zulfa said...

Menangis memang tidak salah. Tapi bukankah dalam Islam, berkabung itu cuma tiga hari? Lebih dari itu tidak boleh berkabung cuma hanya boleh memperingati. Dan seperti yang kita tahu, kematian Husain telah lama berlalu.

Inginkan penjelasan. Terima kasih.

Dr Faisal Tehrani said...

zulfa
nabi yaakob menangis 'berkabung' berapa tahun?