05 December 2010

Ketuanan Yahudi, Ketuanan Melayu, Ketuanan Ahlul Bait

Ada macam-macam dongeng kita baca dan dengar tentang rock star ini. Memang, 'artis terkenal' tidak terlepas dari gosip. Tambah-tambah kalau ia sudah mencapai tahap dunia. Antara gosip yang berlegar di internet tentang beliau ialah, Dr Ahmadinejad adalah seorang ahli Freemason. Yang lucunya, apa 'binatang' Freemason itu pun tidak mereka ketahui dan benar-benar kuasai. Tema entri ini ialah hadiah untuk Dr Ahmadinejad. Dalam satu pertemuan dengan kumpulan Yahudi ANTI ZIONIS pada bulan September, 2009 di New York, rabbi Yahudi telah menghadiahkan beliau sebuah piala (klik sini). Ada orang bertanya adakah Yahudi yang menolak ketuanan Yahudi? Jawapannya ada. Sepertimana ada Melayu yang menolak ketuanan Melayu, dan ada yang berjuang habis-habisan untuk menjulang Melayu maka begitulah juga dalam hal zionisme. Ya, Islam menolak Zionis kerana ia membawa slogan Ketuanan Yahudi, sedangkan yang sebenarnya ada ialah Ketuanan Allah, Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda.

Dalam lawatan ke Lubnan baru-baru ini, Syed Hasan Nasrallah, Setiausaha Agung Hezbullah menghadiahkan Dr Ahmadinejad dengan sepucuk senapang yang dirampas dari tentera Zionis. Berbulu sungguh regim Zionis. Siapa lagi yang berhak dianugerahkan dengan hadiah seumpama ini. Tentu Dr Ahmadinejad sahaja. Beliau cakap dan buat. Bukan seperti pemimpin-pemimpin OhISee yang lain! Jika anda mendengar orang berkata buruk tentang Dr Ahmadinejad, sah-sah dia itu ejen Zionis, ketahuilah sesungguhnya hanya Zionis sahaja yang membenci Ahmadinejad (klik sini)

Ada orang mengatakan Iran adalah negara teroris, agak menghairankan juga pemimpin dunia di Amerika Selatan menyambut beliau dengan penuh hangat. Inacio Lula da Silva, Presiden Brazil menghadiahkan Dr Ahmadinejad foto mereka berdua yang dibingkaikan.

Hugo Chavez, Venezuela, memang teman rapat Dr Ahmadinejad. Benarlah, 'Kuasa imperialis Barat hanya gentar dengan sosialis dan Syiah sahaja. Kapitalis-sekular empuk lena dalam dakapan Barat sementara Islam istana OhISee pula mudah ditundukkan.'

Dalam satu lawatannya ke Ahvaz, sebuah wilayah Iran yang ramai dihuni etnik Arab bermazhab sunni, Dr Ahmadinejad dihadiahkan sepasang jubah ala Ahvaz.

Bukan itu sahaja, pemuka sunni Arab di Ahvaz menghadiahkan beliau juga sebilah pedang. Lambang keperwiraan beliau dalam menjuarai isu umat Islam.

Isu umat Islam yang bagaimanakah beliau juarai? Skaf Palestina yang dihadiahkan oleh pemuka HAMAS ini menjadi saksi.

Ketika rock star ini bersolat Jumaat di sebuah masjid di Timbuktu, Mali, Afrika pada 7 Julai, 2010, imam masjid sunni tersebut mempelawa Dr Ahmadinejad bersyarah di mimbar masjid dan menghadiahkannya serban Mali.

Sepersalinan busana tradisi Tajik daripada Perdana Menteri Tajikistan,
Oqil Oqilov.


Sesungguhnya Dr Ahmadinejad seorang pemimpin yang meyakini ketuanan Allah, Rasulullah saw dan ahlul bait. Itulah faktor kekuatan yang menjadi perhiasan pada dirinya. Mereka yang mencari ketuanan selain dari itu semua tidak akan berjaya dan pasti lingkup jua. Dalil ketuanan tiga serangkai itu adalah:

Ahmad bin Hanbal dan Abu Ya’la telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi (s.a.w) telah bersabda pada Haji Wida’: “Wahai manusia aku seakan dipanggil (oleh Allah) dan saatnya telah semakin hampir untukku menjawab panggilan, aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berat (tsaqalain): Kitab Allah dan itrahku, Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehinggalah menemuiku di telaga. Maka perhatikan apa yang kalian lakukan kepada mereka selepas peninggalanku.”

Telaga apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw?

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari Mughirah dari Abi Wail yang berkata Abdullah berkata Nabi SAW bersabda “Aku akan mendahului kalian sampai di Al Haudh dan akan dihadapkan kepadaku beberapa orang dari kalian. kemudian ketika aku memberi minum mereka, mereka terhalau dariku maka Aku bertanya “Wahai Rabbku mereka itu sahabat-sahabatku. Dia menjawab “engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sepeninggalmu”.

Imam Ja’far al-Sadiq (guru Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bin Anas) telah menggariskan sumber Syari’ah pada pandangan Imam-Imam Ahlul Bait sebagai berikut: “Sura bin Kulaib berkata: “Aku bertanya kepada Abu Abdullah dengan apakah Imam memberikan fatwa? Dia menjawab: “Dengan Kitab Allah.” Aku berkata, “jika tidak ada dalam Kitab Allah? Dia berkata: “Dengan Sunnah.” Aku mengulangi soalan tersebut dua atau tiga kali dan dia berkata, “tetapi kamu berfikir tidak sedemikian.”

Dan telah diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir (bapa Imam Jaafar Sadiq, cicit saidina Husin) bahawa dia berkata kepada Jabir, salah seorang sahabat Nabi (saw): “Wahai Jabir, jika dikatakan kami memberikan fatwa kepada orang ramai dengan pendapat kami sendiri demi kepentingan diri sendiri, maka kami akan menjadi salah satu daripada golongan yang sesat, tetapi kami memberikan fatwa dengan Sunnah Rasulullah (saw) dan asas ilmu pengetahuan kami adalah kami warisi daripadanya. Kami menyimpannya seperti mana orang menyimpan emas dan perak."

Ketuanan tiga serangkai - Allah, Rasulullah saww, Ahlul bait Nabi - inilah yang akan menyelamatkan kita dari kejahatan dunia dan akhirat.

Di Malaysia, jika Dr Ahmadinejad menziarahi negara kita sekali lagi, apakah yang wajar kita hadiahi beliau? Sepersalinan baju Melayu dan songkok? Kain songket? Batik? Sebilah keris perkasa? Apa agaknya?

21 comments:

mohd ihsam zainuddin said...

hadiahkan dgn sepersalinan pakaian pahlawan melayu beserta tanjak dan sebilah keris laksamana melayu! disertai dgn laungan hidup ahmadinejad! hidup ahmadinejad! hidup ahmadinejad!

KhairulMarhaen said...

hadiahkan dgn al-quran..bukankah kitab suci tersebut adalah bahan bacaan utama beliau..itulah identiti sebenar umat islam tanda kita bersaudara

behlul said...

assalamualaikum..

agak ketnggalan sebenarnya kita.. kali kalau dia datang, kit bersedia hadiahkan untuk dia jadikan kenangan yang berharga..

Shazali said...

salamun alaikum,

jengah pertama dalam komen...
saudara benar mengangkat tokoh ini ye setakat yg dapat dibace...
dikala ada yg mencerca, mengherdik, mengecam dan mengkhafirkan, hanya disini saya lihat mempertahankan...

andai realiti itu fantasi,
adakah fantasi itu realiti?
mengapa realiti ditanggap fantasi,
sedangkan fantasi ditatang realiti?

nota jari,
sye....penin hahaha
which is which dah doesn't matter,
all i care is being a true muslim..
kn?

Mohsen Amdan said...

Dr. Faisal,
saya berkesempatan berbual dengan seorang pelajar warga Syria yang menuntut di sini semalam, lalu saya bertanyakan padanya mengenai Iran dan Rock Star ini, katanya rock star kita ini hanyalah menggunakan Islam sebagai alat untuk berkuasa dan sangat zalim - antaranya membunuh mereka yang tidak sehaluan dengan menggelek mereka menggunakan kereta kebal. Malah ramai warga Iran berada di Malaysia kerana lari dari kekejaman Rock Star kita. Saya sangat berharap perkara ini tidak benar dan saya harap Dr. Faisal berkongsi pandangan

asyMok_Aambo said...

begitulah faisal,
Tugas orang BERILMU adalah BERAMAL.
AMALAN paling afdal adalah MENYAMPAIKAN dengan PENUH RASA TANGGUNG JAWAB (itu IKHLAS namanya).

aku Yakin dan Percaya TIADA SATU pun MANUSIA Yang SEMPURNA.
Aku Juga CUKUP YAKIN ada MANUSIA yang lebih TINGGI DARJAT dari MALAIKAT.

Faisal,
memang aku TABIK pada Presiden Iran kerana dia CUBA SEDAYA-UPAYA Menunaikan TANGGUNG JAWAB dalam Dunia penuh ke FASIQ an ini.

Cuma Faisal,
tugas ahmedinejad Agak diPermudah oleh PERSEKITARAN ILMU yang diPantau Para IMAM di Bumi Iran.

Jadi,
Aku TABIK pada Presiden Iran.
Lebih lagi,
Aku TABIK SPRING pada Engkau kerana dalam Dunia Malaysia yang penuh KEPALSUAN ini Engkau BERANI!

Engkau anak muda yang aku KAGUMI wahai Faisal!

BILA MANA DATANG KEBENARAN, LENYAPLAH KEPALSUAN KERANA YANG PALSU PASTI LENYAP.

kita tidak pernah kata kita BENAR, kita hanya MENYAMPAIKAN.
Penerimaan HAK MILIK MUTLAK Taufiq Hidayah ALLAH SWT.
kita tidak boleh memiliki HATI-HATI manusia kerana HATI ini milik ALLAH SWT.
kerja kita hanyalah TUNDUKKAN HATI.
dengan apa?
Dengan KEBENARAN.

Faisal Tehrani said...

Mohsen,
Saya akan jawab dakwaan itu tidak lama lagi Insya-Allah.

lalok said...

hadis ni hadis sahih ker..dok kat kitab hadis mana nih..tak tau pun..tak dak ustaz cakap pun nih..pelik nih..tak pernah dengar orang bawak hadis ni kat dalam kuliah kat masjid..1st time dengar..kalau kita tak terima hadis nih berdosa tak..dan amalan kita diterima tak..

Adilla Harun said...

Membaca komen saudara Mohsen; saya jatuh kelakar. Ketawa saya spontan. Kenapa? Entah. Saya tanyakan pada 'orang rumah'. Abang percaya ke? Jawabnya, entahlah!. Saya pun tak tahu. Kami sama-sama 'blur'. Saya tunggu perkembangan selanjutnya...

esyqi said...

Salam,
Dr Faisal, Mohsen dan pembaca blog ini.

Saya sekarang berada di Syiria. Sebagai makluman, di sini Sunni dan Syiah bebas melakukan amalan ritual mazhab masing-masing. Tiada tekanan dari sesiapa sama ada dari masyarakat atau kerajaan. Ya, BEBAS, dan tentunya tidak seperti di Malaysia.

Masyarakat Sunni dan masyarakat Syiah di Syiria hidup aman damai, hormani dan saling menghormati. Suasana ini amat membahagiakan sekali.

Tambahan, hubungan Syiria dengan Iran sangat baik. Orang-orang Iran
selalu keluar masuk Syiria tanpa visa untuk melawat maqam Sayyidah Zaynab, maqam Sayyidah Ruqayyah dan maqam-maqam ahlul bayt Nabi saw yang diheret dan dipermalukan dari Karbala ke Damsyik.

Jadi, di Syiria dan saya percaya juga di tempat-tempat lain tuduhan bunuh-membunuh Sunni-Syiah atau Syiah-Sunni itu sama sekali tidak benar. PALSU ! BOHONG ! TIPU !

Faisal Tehrani said...

lalok,
iya, sahih, dah banyak kali muncul di blog ini pun. Dan sudah penah saya beritahukan sumbernya. Samada sdr pertama kali masuk ke sini, pura-pura jahil, atau tidak mahu percaya.
Kenapa tidak pernah mendengar hadis2 begini dalam masjid? Entah. Itu sdr boleh tanya kepada ustaz2. Hadis nabi kencing berdiri pun ada dalam sahihain, pernah sdr dengar dibacakan dalam masjid?
Ustaz2 kita tidak pernah mengkaji. Ustaz2 kita sekadar tukang lipur lara, kakak tua, menurunkan semula apa yang dikenalnya tanpa menokok apa-apa yang baharu.
Insya-Allah selalulah berkunjung ke blog ini, sdr akan dapat banyak ilmu baharu.
Wassalam.

hellmy said...

Kita hadiahkan potret Maza. Kita mesti beritahu kepada Ahmadinejad,"Nah,inilah dia orang yang selalu merapu tentang keSyiahan diri seorang Syiah itu". ;-)

Mohsen Amdan said...

eysqi..
Saya juga pada mulanya agak tergamam apabila mendengar cerita dari pelajar ini. Ini kerana pada mulanya saya berharap dapat mendengar perkara positif darinya..tetapi sebaliknya berlaku.

Katanya kini kerajaan Iran tidak lagi membenarkan rakyatnya menyambung pelajaran ke Malaysia kerana di dapati ramai yang ke mari tetapi tidak pulang ke sana. Dikhabarkan hampir 400,000 warga iran di sini dan kebanyakkannya lari kerana takut.

behlul said...

assalamualai2 kali saya pergi iran, 1 kali ke iraq.. belum pernah saya dengar ada pergeseran mazhab antara sunni atau syiah.. yang menjadi masalah ialah wahabi .. terus terang melagakan kedua pihak.. mengikut teman saya dari iraq.. sunni dan syiah tidak bermasalah, hatta sepupunya sunni pun tiada ada masalah.. yang masalahnya wahabi yang bertopengkan macam-macam organisasi..

untuk pengathuan saudara mohsen.. perangkaan warga iran di malaysia tidaklah sampai 400 ribu.. tetapi hanya mencecah 41 ribu lebih, seperti diberitahu oleh orang iran disini..

Penunggu Hujung Dunia (PhD) said...

Salam saudara

Saya nak minta izin pinjam artikel ini untuk anak-anak didik baca.tkasih

esyqi said...

Sunni yang benar2 Sunni tidak akan membunuh saudara muslim syiahnya, Syiah yang benar2 Syiah tidak akan membunuh saudara muslim sunninya.

Bunuh membunuh yang dilihat antara sunni-syiah atau syiah-sunni adalah kerja Amerika, Zionis dan Barat melalui kumpulan-kumpulan "Islam radikal" yang menerima kewangan dari mereka. Mereka mahu dan suka untuk melihat umat Islam berpecah dan tidak bersatu.

PUREHADHARIST said...

salam sudi-sudilah berkongsi pandangan di:

http://pure-hadharist.blogspot.com/2010/12/ketuanan-melayu-menyanggahi-iktikad.html

mohd said...

salam..
sy juga mengagumi rock star ini..krn sy juga prnah mbuat sdikit kajian tntang pmimpin2 di dunia antnya ialah rock star ini..
ttp apa yg sy ingin bertanyakan..tidak adakah pmimpin di
msia ini setanding rock star ni??
spt tok guru nik aziz@ tuan guru haji hadi..krn semasa sya belajar di salah sebuah ipta di pntai timur itu..mudah utk ketemu 2pmimpin ini dgn brpakaian sederhana dan selalu mengimami hampir setiap waktu..
apakah pndapat dr faisal tntang 2pmimpin yg sy katakan itu x setanding rock star ini???

mohd ihsam zainuddin said...

saudara mohsen, itulah saki baki penyokong zaman raja syah iran dahulu.kalau dahulu keturunan mereka hidup mewah dan bebas di zaman syah iran.tidak ada yg peliknya kerana masih ada org yg menentang sistem pemerintahan IMAM di iran.semasa awal zaman revolusi islam iran pun mrk inilah yg terlibat membuat kekacauan sehingga membuat pakatan dgn CIA utk menggulingkan revolusi islam itu sendiri..mereka inilah yg terlibat memburukkan iran di seluru dunia! ada diantaranya menjadi pengedar dadah hingga ke malaysia..orang2 munafik ini sentiasa ada sepanjang zaman. di zaman rasulullah pun munafik ini ramai apatah lagi pada hari ini! bahkan, dalam sebuah organisasi politik islam mcm PAS pun ada!

PUREHADHARIST said...

Salam,

Tambahan isu ketuanan Melayu dan mengapa pejuang bahasa membisu tidak seperti dalam isu membantah PPSMI

http://pure-hadharist.blogspot.com/2010/12/mana-suara-pejuang-bahasa-melayu-bila.html:-

hellmy said...

Saya bersetuju dengan Mohd Ihsam Zainuddin!