
Jika ada pemimpin negara kita galak menari poco-poco, isterinya pula menyanyi lagu-lagu retro, anak-anaknya pula berpeleseran di barat dunia, sambil pengikutnya menjadi model catwalk show; apakah bakal diharapkan pada sebuah masyarakat dan umat sebegini?
Berhenti sekejap.
Merenung.
Kita tidak akan ke mana.
Kita sedang tidak menentu hala.
Apakah rahsia kekuatan Iran.
Beberapa bulan ini saya mengenengahkan buat kalian kekuatan Iran dalam segenap bidang. Sehingga ia menjadi kuasa besar yang menggerunkan dan dihormati. Apakah rahsia kesederhanaan pemimpinnya, iaitu Dr Ahmadinejad?
Saya akan memberitahu anda sejarah dan falsafahnya.
Rahsia mereka ialah tangisan.
Tangisan dan ratapan menjadi sesuatu yang sangat sentral dalam politik dalaman mahupun luar, Republik Islam Iran. Mereka menangis samada kerana ditindas oleh kuasa luar dan kerana mazhab anutan mereka menekankan bahawa tangisan adalah sumber kekuatan. Kerana orang yang menangis dan meratap akan selalunya bangkit.
Dalam sejarah, Naser al-Din Shah Qajar telah ke Karbala dan sebelum menjejaki makam Saidina Husin, beliau bertitah kepada Perdana Menterinya (he was the type of perdana menteri that does not dance poco-poco in his leisure time for sure). Titah Naser al-Din Shah Qajar, 'Carikan aku seseorang yang dapat menceritakan kembali sejarah Karbala supaya aku dapat menangis.'
Perdana Menteri telah mencarikan beberapa orang tukang khabar. Setiap seorang menceritakan kembali tragedi Karbala dan peristiwa syahidnya Saidina Husin cucunda Rasulullah SAW.
Akan tetapi Shah tidak menangis. Tidak seorang pun tukang khabar dapat membuatkan baginda menangis.
Perdana Menteri menjadi bimbang dan takut. Ia memberitahu tukang khabar, 'Jika tiada sesiapa yang dapat melunasi kehendak baginda tentulah baginda akan murka.'
Waktu itu kemurkaan raja tidak akan berakhir dengan wawancara, titah amaran atau pelucutan gelaran sahaja; natijahnya jauh lebih buruk.
Penduduk Karbala memberitahu Perdana Menteri, 'Bahawa ada seorang lelaki tua yang kurang terkenal. Akan tetapi lelaki tua ini berpengalaman dan bijak.'
Lelaki misteri ini kemudian menenangkan Perdana Menteri, 'Jangan gusar, aku akan membuatkan Shah menangis.'
Sebaik sahaja lelaki tua menghadap Shah, beliau pun berpaling ke jihat makam Saidina Husin lalu bersuara dengan keras,
"Duhai Husin, tatkala engkau kehilangan semua sahabat dan ahli keluargamu lalu berdiri sendirian di tengah gurun Karbala, engkau telah berteriak, 'Adakah seorang naser [penolong dalam bahasa Arab] yang akan membantu diriku?. Aduh Husin, sekarang seorang Naser datang [nama Shah tersebut] akan tetapi duhai kekasihku Husin, dia sudah terlambat, dan engkau Husin telah pun dibunuh!"
Sebaik sahaja mendengar ucapan lelaki tua ini, shah tersebut meledak menangis bercucuran air mata. Langsung teresak-esak. Duhai betapa benar wahai Husin, engkau terkapar dibunuh sedemikian kejam dan umat Muhammad tidak bersamamu pada waktu itu. Mereka sedang ditimbus harta rampasan perang, kekayaan tanah taklukan, lalu melupakan agama ajaran nendamu.
Setelah Revolusi Islam Iran, tangisan menjadi sangat sentral dalam politik dan kepimpinan. Saat Imam Khomeini menamatkan perang Iran-Iraq, ramai pegawai beliau menangis senyap membantah keputusan beliau. Akan tetapi suara Imam adalah suara keramat.
Di hari Imam Khomeini melucutkan Ayatullah Hossein Ali Montazeri sebagai pengganti beliau; menurut Ayatullah Hamid Rohani, al-Marhum Imam menangis tiga kali dengan penuh sedu-sedan. Ketahuilah, setiap kali Imam Khomeini akan membuka mulutnya untuk berucap, khayalak akan menangis.
Ketika rusuhan politik mengganas di Iran setelah lantikan Ahmadinejad dipertikaikan; rahbar, atau pemimpin agung Iran saat ini, Ayatullah Ali Khamenei menangis di dalam khutbah Jumaat monumentalnya, dan semua khayalak ikut menangis.
Tangisan mereka meredakan rusuhan yang didalangi barat dan zionis tersebut.
Kenapa mereka menangis begitu?
Tidak, mereka bukan gila. Tentu mereka tidak disumpah. Mereka percaya tangisan adalah aset orang beriman (saya akan datangkan dalil dalam entri lain kelak). Tangisan inilah juga yang menjadi sumbu kekuatan Hezbullah dalam mendepani zionis Israel.
Tangisan yang saya maksudkan bukanlah bentuk tangisan ala chedet atau nek dah. Jika tangisan sahaja memadai untuk menjadi hebat, maka saya boleh senaraikan pelajar-pelajar kursus lakonan ASWARA yang mahir menangis dengan jayanya.
Tangisan yang dimaksudkan adalah tangisan berbumbukan agama. Mereka menangisi pilihan tragis cucunda Nabi.
Kita? Kita benar-benar ketandusan pemimpin. Juga pembimbing. Dua tiga kerat agamawan yang rajin; kerjanya tidak mencari ubat kepada masalah umat tetapi segar melabel dan menghunjam orang lain dengan batu kesesatan.
Harapan kepada sebuah masyarakat madani juga musnah; kerana kelompok yang memperjuangkannya dilumuti korupsi, kekejian moral, dan tetap percaya bahawa 'ini adalah anugerah tuhan'.
Saya kira menangis mempunyai banyak kebaikannya dalam Islam (Insya-Allah edisi entri akan datang bakal membongkar lebih lanjut persoalan ini), ia malah sunnah Rasulullah, sahabat baginda dan para anbiya. Saya dan anda tahu, walau kita simpan dalam hati akan kebenaran hal tersebut. Seperti mana kita juga tahu bahawa poco-poco adalah bid'ah yang memang tidak dilakukan oleh Rasulullah, sahabat baginda dan para anbiya.
Kalian tentu mahukan pemimpin yang banyak menangis berbanding pemimpin yang banyak menari dan menyanyi, bukan begitu?
Berhenti sekejap.
Merenung.
Kita tidak akan ke mana.
Kita sedang tidak menentu hala.
Apakah rahsia kekuatan Iran.
Beberapa bulan ini saya mengenengahkan buat kalian kekuatan Iran dalam segenap bidang. Sehingga ia menjadi kuasa besar yang menggerunkan dan dihormati. Apakah rahsia kesederhanaan pemimpinnya, iaitu Dr Ahmadinejad?
Saya akan memberitahu anda sejarah dan falsafahnya.
Rahsia mereka ialah tangisan.
Tangisan dan ratapan menjadi sesuatu yang sangat sentral dalam politik dalaman mahupun luar, Republik Islam Iran. Mereka menangis samada kerana ditindas oleh kuasa luar dan kerana mazhab anutan mereka menekankan bahawa tangisan adalah sumber kekuatan. Kerana orang yang menangis dan meratap akan selalunya bangkit.Dalam sejarah, Naser al-Din Shah Qajar telah ke Karbala dan sebelum menjejaki makam Saidina Husin, beliau bertitah kepada Perdana Menterinya (he was the type of perdana menteri that does not dance poco-poco in his leisure time for sure). Titah Naser al-Din Shah Qajar, 'Carikan aku seseorang yang dapat menceritakan kembali sejarah Karbala supaya aku dapat menangis.'
Perdana Menteri telah mencarikan beberapa orang tukang khabar. Setiap seorang menceritakan kembali tragedi Karbala dan peristiwa syahidnya Saidina Husin cucunda Rasulullah SAW.
Akan tetapi Shah tidak menangis. Tidak seorang pun tukang khabar dapat membuatkan baginda menangis.
Perdana Menteri menjadi bimbang dan takut. Ia memberitahu tukang khabar, 'Jika tiada sesiapa yang dapat melunasi kehendak baginda tentulah baginda akan murka.'
Waktu itu kemurkaan raja tidak akan berakhir dengan wawancara, titah amaran atau pelucutan gelaran sahaja; natijahnya jauh lebih buruk.
Penduduk Karbala memberitahu Perdana Menteri, 'Bahawa ada seorang lelaki tua yang kurang terkenal. Akan tetapi lelaki tua ini berpengalaman dan bijak.'Lelaki misteri ini kemudian menenangkan Perdana Menteri, 'Jangan gusar, aku akan membuatkan Shah menangis.'
Sebaik sahaja lelaki tua menghadap Shah, beliau pun berpaling ke jihat makam Saidina Husin lalu bersuara dengan keras,
"Duhai Husin, tatkala engkau kehilangan semua sahabat dan ahli keluargamu lalu berdiri sendirian di tengah gurun Karbala, engkau telah berteriak, 'Adakah seorang naser [penolong dalam bahasa Arab] yang akan membantu diriku?. Aduh Husin, sekarang seorang Naser datang [nama Shah tersebut] akan tetapi duhai kekasihku Husin, dia sudah terlambat, dan engkau Husin telah pun dibunuh!"
Sebaik sahaja mendengar ucapan lelaki tua ini, shah tersebut meledak menangis bercucuran air mata. Langsung teresak-esak. Duhai betapa benar wahai Husin, engkau terkapar dibunuh sedemikian kejam dan umat Muhammad tidak bersamamu pada waktu itu. Mereka sedang ditimbus harta rampasan perang, kekayaan tanah taklukan, lalu melupakan agama ajaran nendamu.
Setelah Revolusi Islam Iran, tangisan menjadi sangat sentral dalam politik dan kepimpinan. Saat Imam Khomeini menamatkan perang Iran-Iraq, ramai pegawai beliau menangis senyap membantah keputusan beliau. Akan tetapi suara Imam adalah suara keramat. Di hari Imam Khomeini melucutkan Ayatullah Hossein Ali Montazeri sebagai pengganti beliau; menurut Ayatullah Hamid Rohani, al-Marhum Imam menangis tiga kali dengan penuh sedu-sedan. Ketahuilah, setiap kali Imam Khomeini akan membuka mulutnya untuk berucap, khayalak akan menangis.
Ketika rusuhan politik mengganas di Iran setelah lantikan Ahmadinejad dipertikaikan; rahbar, atau pemimpin agung Iran saat ini, Ayatullah Ali Khamenei menangis di dalam khutbah Jumaat monumentalnya, dan semua khayalak ikut menangis.
Tangisan mereka meredakan rusuhan yang didalangi barat dan zionis tersebut.
Kenapa mereka menangis begitu?
Tidak, mereka bukan gila. Tentu mereka tidak disumpah. Mereka percaya tangisan adalah aset orang beriman (saya akan datangkan dalil dalam entri lain kelak). Tangisan inilah juga yang menjadi sumbu kekuatan Hezbullah dalam mendepani zionis Israel.Tangisan yang saya maksudkan bukanlah bentuk tangisan ala chedet atau nek dah. Jika tangisan sahaja memadai untuk menjadi hebat, maka saya boleh senaraikan pelajar-pelajar kursus lakonan ASWARA yang mahir menangis dengan jayanya.
Tangisan yang dimaksudkan adalah tangisan berbumbukan agama. Mereka menangisi pilihan tragis cucunda Nabi.
Kita? Kita benar-benar ketandusan pemimpin. Juga pembimbing. Dua tiga kerat agamawan yang rajin; kerjanya tidak mencari ubat kepada masalah umat tetapi segar melabel dan menghunjam orang lain dengan batu kesesatan.
Harapan kepada sebuah masyarakat madani juga musnah; kerana kelompok yang memperjuangkannya dilumuti korupsi, kekejian moral, dan tetap percaya bahawa 'ini adalah anugerah tuhan'.
Saya kira menangis mempunyai banyak kebaikannya dalam Islam (Insya-Allah edisi entri akan datang bakal membongkar lebih lanjut persoalan ini), ia malah sunnah Rasulullah, sahabat baginda dan para anbiya. Saya dan anda tahu, walau kita simpan dalam hati akan kebenaran hal tersebut. Seperti mana kita juga tahu bahawa poco-poco adalah bid'ah yang memang tidak dilakukan oleh Rasulullah, sahabat baginda dan para anbiya.
Kalian tentu mahukan pemimpin yang banyak menangis berbanding pemimpin yang banyak menari dan menyanyi, bukan begitu?



26 comments:
minggu ni bumi juga menangisi..
Tun M pernah menangis dan segera di pujuk oleh Rafidah dan lain lain. Ingat lagi sketsa ni saudara Faisal ?
:)
ya!
Salam.
Tangisan telah bermula pada masa batu pertama sejarah yang melandasi zaman ini diletakkan miring, sdr.
Saya menemui lalu merasai kesedihan ini dalam baris-baris tulisan Ali Syariati dalam bukunya, "Fatimah":
"Kekhalifahan masa depan akan menjadi tragedi bagi Islam dan tragedi bagi kemanusiaan. Tetapi sekarang, apa yang dapat dilakukan? Fatimah melakukan semua yang diizinkan oleh kekuatan yang ada padanya untuk mencuba dan mengawasi agar batu pertama tidak diletakkan dengan miring. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia merasa, telinga Madinah kota Nabi telah tuli terhadap teriakannya. Hatinya berat oleh kebisuan Ali, kebisuan yang akan memanaskan dan membakar setiap hati yang mempunyai perasaan, yang memahami Ali, dan mengenal zaman."
Kemiringan batu landas pada zaman Fatimah itu menyenget hingga ke zaman Imam Hussain as lalu jatuh bergolek di Padang Karbala, sdr.
Inilah ceritanya, bermula dengan pemeraman perasaan yang lama mendongkol di hati kami, tumpah menjadi air mata bersama Imam Hussain as di Karbala.
Rentetan peristiwa itulah yang kami warisi sebagai tangisan, lalu bangkit menjadi kekuatan.
Asyura kian hampir.
Solawat.
Wassalam.
Ohhh....
Di Malaysia senang saja untuk menangis dan sememangnya rakyat malaysia terkenal dgn tangisan..
Tangisan taktala pelajar kegemaran dlm mana2 rancangan realiti TV di undi keluar...
Menangis taktala artis yg dipuja kembali ke rahmatullah..
Menangis teresak taktala menonton cerita/drama/filem percintaan yg menyedihkan....
Menangis taktala menonton rancangan Bersamamu TV3. (teringat kata2 seseorang, andai pemimpin malaysia tidak korup, nescaya tidak wujud rancangan Bersamamu TV3...
Aduhai, terima kasih Malaysia kerana menyediakan hiburan yg menyayatkan hati sehingga ramai yg menangis tanpa sedar akan natijahnya...
Menangislah mengenangkan diri dan dosa sendiri...
Menangislah memohon ampun dariNya.. semoga diampuninya...
Menangislah untuk kedua ayah dan ibumu...
Menangislah apabila melihat agama dan tanah airmu diinjak dan dihina...
apakah meratap kematian itu diharamkan.mohon sedikit penjelasan Dr Faisal.
soalan seterusnya, kenapa Saiyidan Husin lebih diratapi berbanding sahabat2 lain yang syahid.
sy masih keliru dgn kefahaman Iran.mohon maaf soalan begini ya
Sungguh! membaca artikel ini sahaja hampir membuatkan aku menangis!
Teringat kisah nabi dan para sahabatnya yang sering sahaja menangis tatkala ditegur dan diperingatkan dengan ayat suci.
"Tangisan yang saya maksudkan bukanlah bentuk tangisan ala chedet atau nek dah. Jika tangisan sahaja memadai untuk menjadi hebat, maka saya boleh senaraikan pelajar-pelajar kursus lakonan ASWARA yang mahir menangis dengan jayanya."
Tajam dan menusuk tetapi saya terfikir adakah masa mereka untuk membaca entri Dr. yang ini?
salam
Inilah amalan(menangisi kematian cucu nabi saaw) terbaik wajib diikuti dikala bulan muharram.
mari kita semaikan tangisan buat sekalian pentadbiran.
mohamad azhan,
sabar. kan saya dah 'hint' dalam entri ini bahawa akan ada 'sambungan'.
Wassalam
Saya juga sampai kini tak jumpa apa syoknya poco-poco ni. (Tak pernah cuba pun). Sesuai untuk orang-orang yang 'terlebih masa' kot. Tapi ramai yang suka.
Menangis tu saya tahu datangnya dari hati yang hidup. Diri yang mudah menangis lembut sifatnya (tapi bukan lemah), bahkan kental jiwanya.
Pendek kata menangis ni kekadang umpama 'antibiotik'. Kita juga digalakkan cuba menangis dalam doa. Menangis mengenangkan dosa-dosa dan apakah Allah mengampunkan kita. Tapi bukan 'buat-buat menangis'. Itu drama namanya.
Rasulullah SAW sendiri lebih banyak menangis dari tertawa gembira.. Aduhai..,alangkah jauhnya kita 'Rakyat Malaysia' hari ini dengan Rasulullah SAW..
sudi la kiranya letakkan button fb like kat blog ni, supaya reader2 yang tiada account gmail juga bole like dan artikel dikongsi bersama di fb
just a suggestion
sebab artikel di sini hebat2
assalamualaikum..
angin apakah datang
hingga aku terkesima
di sini
sungai apakah itu
hingga kehausan
amat menekan..
bumi apakah ini
panas dan penuh kesedihan
dukalara menghunjam rasa
di setiap pelusuk karbala..
tangisan apakah ini
menjadikan aku termenung
dan hiba tiba-tiba
lantaran melihat
kecintaan teguh
tiap hati-hati
pencinta al-husain..
saya teringat bahawa tangisan taubat kita di dunia ini bakal melenyapkan api neraka yg menyala2 ..subhanaAllah.
hadiah utk dr:
http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/12/tentera-iran-bina-bot-laju-berani-mati.html
baiklah aku menangis krn keluarga Nabi muhammad saw dikejami sebegitu rupa hingga menghidupkan kekuatan memerangi kekejaman biarpun hnya termampu terbit dlm hati shj drp menangis,bertafakur&mengalungkan bunga di tugu pahlawan negara saban thn..hmm.. :/
salam 'alaik
rasa sedikit lega bila menangis lagi-lagi kerana Allah dan rasulNya..sejarah Islam dipenuhi dengan tangisan sebenarnya; tangisan rasulullah saw, tangisan saidatina fatimah tapi Islam sekarang dipenuhi ketawa yang merosakkan hati...
peristiwa Cucu Rasulullah saw YANG SYAHID di karbala juga patut ditangisi, rata-rata umat Islam tak menangis pun bila dengar kisah itu..=(
hsama2 kite merenung pada diri sendiri dan saling mengingati antara satu sama lain..
Saya Anti POCO-POCO. waste of time, money and make people look stoopid..better taichi or something
ya..kami mahukan pemimpin yg betol2 mhu mmperjuangkan islam..tpi..kini..??
Salam Alaik.
Terima kasih Dr.Faizal. Saya sangat bersetuju dengan entri ini.
Tangisan yang dipandu dengan agama itu sangat perlu. Sebab itu kita sangat dilarang untuk ketawa berlebih-lebihan. Ketawa itu mematikan hati.
Banyakkan menangis, tangisan itu lebih membuat kita berhati-hati dalam kehidupan ini.
Lebih membuat kita sangat bersederhana dalam menjalani kehidupan ini. Membuat kita lebih merasakan kita menghargai hidup saat ini, untuk memastikan adanya sesuatu yang akan kita bawa pulang diakhirat kelak.
Tiada usaha lagi, selain didunia ini, dunia hanya persinggahan untuk kita kutip bekal dibawa ke kampung akhirat.
Terima kasih, terima kasih sekali lagi untuk entri ini.
Wassalam.
Adila, poco-poco ini bergantung pada tahap kecerdasan seseorang.
Bagi orang macam saya, single dan ulat buku poco-poco memang menyeronokkan dan boleh menghilangkan stress. True menagis itu pun boleh hilangkan stress, tapi dengan berpoco-poco kita dapat ramai kenalan dan rasa, rasa bestlah gitu.
Maklumlah zaman "who you know is more important then what you know" memang mendera ulat-ulat buku, yang genius macam saya ni (prasan aje, I'm far away from genius ok, jauh panggan dari api) jadi berpoco-poco ini pun rasa sikit lebih kurang aje kesannya dengan memaki hamun mencarut-carut dalam tulisan atau berdialog-dialog, tapi tak de kesan. Talking but none of the talked has been walked. Still those who don't say anything run everything, tension juga tu. Nak lari sprint, main badminton, squash, nak main bola keranjang tak larat, penat, stamina tak tinggi. Poco-poco ini terapi minda.
People are different. Kuat akal, lemah fizikal. Memang macam itu kut, Allah maha adil, kalau dua-dua kuat zalim plak nantinya. Firaun tu pun orang kata bukan kuat pun fizikalnya pun, tapi akalnya yang panjang membolehkan dia sangat berkuasa sehingga menyebabkan dia fikir dia tuhan yang selayaknya disembah termasuklah orang-orang kuat dan sasa.
baby yg xde dosa&blm mengerti hal2 dunia pn lahir2 tahunya menangis.ada yg lahir2 tahunya ketawa berdekah2??klo baby tak byk nangis pn ssh jgk,sbb dipercayai tangisan bley melatih jantungnya utk berfungsi dgn baik! :)
Mohamad Azhan Hj Desa, Sayidina Husain adalah keluarga Rasulullah s.a.w yang paling kanan (paling rapat). Tentulah diratapi. Kita boleh menangis jika mendengar bagaimana Rasulullah s.a.w dibaling batu sehingga berdarah di Taif. Mengapa tidak kita menangisi cara bgmana Husain syahid?
Soalan anda mengatakan mengapa Husain lebih diratapi berbanding para sahabat adalah kerana beliau lebih utama berbanding sahabat.
"Kutinggalkan kepada kalian akan 2 perkara, alQuran (pengantara langit dan bumi) dan itroh ahlulbaitku (yang berkuasa mengajar sunnahku)".
Sekian :-)
Post a Comment