02 December 2010

Hukum Solat Dalam Terowong Smart?

Dr Ahmadinejad menjadi imam solat buat menteri-menteri kabinetnya di pejabat kementerian. Kepimpinan melalui teladan.

19 Disember 2007 di hadapan Kaabah.

Solat di raudhah Masjid Nabi, Madinah pada 17 Disember 2007.

Sebelum Terowong Resalat (macam Terowong Smart kita) yang membelah sebahagian besar kota Tehran dibuka kepada kenderaan, Dr Ahmadinejad melakukan solat hajat terlebih dahulu di dalamnya pada 15 Julai 2006. Bang mana nak cari pemimpin begini bang? Sungguh-sungguh dia sayangkan rakyatnya!

Saya sayu hati!

42 comments:

Husna said...

makin sayang.

izawati ahmad said...

tuan, tambahlah butang 'like' di blog ni.

apapun, saya 'like' entry yang ini. terima kasih kerana kongsikan bersama kami.

lalok said...

harap2 lepas pru ni kita dapat pemimpin yg mcm tu jugak la..malaysia boleh..

rasca said...

terima kasih kerana berkongsi ...

Saudagar Barang-barang Purba said...

bru je nk bg idea cam izawati ahmad tu.. :)

kiera syakirah said...

bilalah Malaysia nak dapat pemimpin yang macam nie ye...

Latifah said...

Ya Allah, tersentuhnya rasa hati...

ramona said...

saya pun makin sayang kat Presiden Iran ni. Dulu suka je, sekarang sayang. eceh~ haha..

mohd ihsam zainuddin said...

AL HUSSEIN (AS) IS THE LEADER OF FREEDOM IN THE WHOLE WORLD! kata-kata yg paling menyentuh hati bila mengingatkan ttg kesyahidannya.renungkanlah dan hayatilah kisah pembunuhannya di tanah karbala nescaya anda akan dpt merasakan rasa rendah hati yg ada pd diri ahmadinejad itu sendiri.........!

Uda said...

Kerja menunjuk-nunjuk atau riya adalah syirik. Berdosa / mengundang azab.

cempaka said...

DR.
mn dpt smua gmbar ni menarik lah..

Muhammad Safwan said...

Kalau boleh, mohon tambah juga fungsi carian untuk memudahkan pembaca mencari artikel yang lama.

kamarul bariah said...

like jgk :-)

Faisal Tehrani said...

"Kerja menunjuk-nunjuk atau riya adalah syirik. Berdosa / mengundang azab."

Ini satu contoh melabel, menuduh dan menghukum. Macam dia tuhan.

alien said...

("Kerja menunjuk-nunjuk atau riya adalah syirik. Berdosa / mengundang azab."

Ini satu contoh melabel, menuduh dan menghukum. Macam dia tuhan.)


Betul tu,
solat itu satu ibadah, tuntutan agama. Tiang agama.
Apabila pemimpin menunjukkan contoh teladan yang baik, rakyat akan mencontohi. Ini dinamakan kepimpinan melalui teladan.

Nak buat perkara baik ini macam2 tentangan. Jadi perlu sabar dan berdoa.

Abal Shazwan Al-Baladzuri said...

Uda.

Jangan bersangka buruk terhadap orang lain. Dr. Ahmadinejad memang sudah diketahui sifat dan sikapnya yang menzahirkan Islam dalam kehidupannya. Dirinya yang suka membantu orang lain, kasihkan orang miskin, cintakan keamanan dan perdamaian.

Menunjuk-nunjuk/riyak adalah lebih tepat merujuk kepada orang yang tidak solat sunat di rumah tetapi begitu rajin di masjid di hadapan jemaah, tidak menoreh getah di tampuk kuasa, tetapi menoreh apabila ada kepentingan (pilihan raya) dan lain-lain lagi.

p/s: Dr Haji Faisal, saya mungkin ketinggalan post atau Dr masih belum post. Saya ingin tahu, konsep perbankan yang digunakan di Iran, adakah ia totally bebas daripada riba? Terima kasih.

yushida03 said...

dah nama nya presiden, normal la orang ambik gambar.. hehehee..

Siti Nurbaya said...

Saya rindu hendak melihat pemimpin kita begini.

Bukan setakat pandai bercakap sahaja. Melaksanakan pun pandai juga.

Uda said...

Ibadat itu antara kita dengan Allah. Perlu apa diambil gambar segala? Bukankah itu riya'? Mengharapkah redho manusia? Maka redho di dunia sajalah dia mendapat..redho Allah di akhirat belum tentu.

Faisal Tehrani said...

UDA,
Kami bersetuju dengan anda tentang itu seperti mana kami juga bersepakat bahawa anda tidak jujur kerana hanya mampu hadir di sini sebagai anonymous. Memperakukan diri pun sdr tidak berani apatah lagi berjujur!
Wassalam.

Pelangi Bonda said...

WAH..saya juga mengimpikan pemimpin seperti rock star nie.. dari mata jatuh ke hati...

zaba said...

Uda,

Setiap pemimpin, masing2 ada photographer rasmi yg dilantik utk mengekori ke mana2 sja pemimpin tu prgi..

PM kita pn ada, Saddam dlu pn ada..Pak Lah pn ada..kalo xda gmbr smbhyg, org kta dia xpernah smbhyg..kalo dia sembhyg, kata riya' plak..

kamarul bariah said...

tak kira la die riya' ke tak..at least die tunjukkan cth yg baik..bole la menjadi teladan utk rakyat die & org lain..

Dinhakki said...

Sesamalah kita berdoa agar dikurniai Allah pemimpin yang bertakwa seperti ini .

Murtadza Mokhtar said...

Biar faham dulu makna RIYA' sebelum tuduh orag lain riya'.

Riya' ialah bila dibelakang orang kita tak beramal, tetapi tiba-tiba beramal pulak di depan orang. Nah, saudara tahukah di belakang orang sidia tidak beramal hingga tak pasal-pasal mengatakannya riya' dengan beramal di hadapan orang?

Kalau di belakang orang kita beramal, dan di depan orang pun kita beramal juga, bukan riya' namanya. Itu ikhlas namanya. Depan dan belakang tetap sama, sebab dia tahu beramal bukan kerana manusia. Tuhan kasih orang yang macamni.

محمد زهراوي said...

kat Malaysia macam TG Nik Aziz..maaf Dr Faisal mungkin x setuju..tp sy pencinta umara' yg sebegini.. :)

shafiqshater said...

nak tanya..selain drpda kebaikan,apa keburukan beliau?

alien said...

(shafiqshater said...

nak tanya..selain drpda kebaikan,apa keburukan beliau?)

rasanya, tak baik kita membuka keburukan seseorang kan ..
lebih baik kita bercerita yang baik-baik je.. untuk dijadikan tauladan

s h a r a h said...

uda,
mana kau tau yang dia suruh orang amik gmba dia? kalau2 dia mmg berniat baik nak solat hajat, tapi dah nama pun pemimpin, sume pun akan amik gmbar..


tak ke kat situ kau dh menuduh dia yang bukan2? bila lah agaknye kau nak pegi minta maaf ngan dia? di padang mahsyar?

apa pun pemimpin begini lah yang kita inginkan dalam negara, bukan pemimpin yang hanya tau membebankan rakyat dengan harga minyak naik...

Mohammad said...

Salam wa rahmah,

buat UDA.....

Tidak pantas untuk anda melabel seseorang itu Riak. Dari mana saja anda tahu bahawa dia Riak atau tidak? Apakah anda boleh membaca isi hati manusia? Tidak ada yg boleh membaca/menilik isi hati manusia melainkan bantuan iblis atau hadir dari sifat buruk sangka.

Sekarang saya ingin bertanya, Apakah buruk sangka itu suatu yg diajar oleh Nabi saaw?.

pegangan saya bhw, Nabi saaw kami tidak pernah mengajar berburuk sangka terhadap org lain bahkan melarang keras sifat itu.

Tapi taktahu lah kalau anda punyai nabi lain..maybe nabi anda ajar mcm tu..saya tak boleh komen la tang tu ^_^

behlul said...

assalamualaikum..

maaf untuk uda.. sudah tentu uda ada orang yang dikagumi bukan.. jadi tak salahkan kita melihat kebaikan itu untuk muhasabah kita, menjadi lebih baik dari semalam.. bukankah agama mengajar kita memberi hormat pada kepada mereka yang membuat kebaikan terutama dalam bab agama.. apakah pergorbanan rasul kita nak kata riya kerana rasul menunjuk-nujuk dalam bab ibadah, bercerita tentang amal yang baik.. uda janganlah cepat menghukum, takut kata-kata kita memakan diri sendiri.. fikir-fikirkanlah

sinach zawawi said...

Aku rase kalo zaman rasulullah dah ada camera, maka ramailah akan cakap Rasulullah ni riya'. ye ke tidak? sbb kompem flash menyala2 disekeliling rasul yg menjadi ikutan dan kesayangan ramai.

Apa di dalam hati beliau, biar hanya dia dgn Allah sahaja. berdosakah kita untuk bersangka baik dan mengangkat dia yg bersederhana. aku lg suka pemimpin yg solat di khalaya' (walaupon ade kemungkinan riya') dr yg solat ntah ke mana, aurat ntah ke mana, ckp merapu2, bermegah2 dgn kekayaan (walaupon claim solat xtinggal kat umah)

Adilla Harun said...

Saya setuju dengan komen Syarah berkenaan bila dah jadi pemimpin pasti lensa kamera tak lepas menuruti beliau. Riya' atau tidak - tak ternilai akan kita perkara itu. Pengelihatan dan penilaian kita tidak telus dan tembus ke arah itu. Hanya Allah yang Maha Tahu - telus dan tembus sehingga ke perjalanan darah dalam urat dan salur darah kita.

Namun apa yang di tunjukkan beliau itu boleh diteladani, selaku pemimpin muslim yang hirau dan prihatin pada rakyat dan negara.

Rasa saya sama dengan senario seorang yang berderma dan terhebahnya perkara tersebut. Penderma membiarkan sahaja dengan niat supaya menjadi contoh dan mudah-mudahan ada yang menderma lebih banyak lagi dengan niat Lillahitaa'la... Wallahhua'lam.

mokh997 said...

uda memiliki idealogi yahudi
yahudi akan sedaya upaya merosakkan islam
bagi uda telanjang menyanyi mabuk itu tidak riya malah dia setuju sgt
inilah apabila manusia belajar hanya setakat ilmu yang diolah oleh bn umno sahabat yahudi tu
sebenarnya bagi pemimpin riya kepada kebaikan itu wajib sebab dia adalah ikutan rakyat
seperti riya kepada keburukan yang sedang ditunjukkan oleh pemimpin2 islam umno tu
si isteri tak bertudung menyanyi berjoget berpelukan dgn bkn muhrim ia jadi ikutan masyarakat
kerana pemimpin bkn hanya memimpin menguna arahan, dia juga kena memimpin menguna amalan sebagai tauladan
jadi satu pahala yang besar jika pemimpin menunjuk2 membuat kebaikan dengan niat moga2 apa yang dilakukan akan jadi ikutan rakyat sekelian amin
jadi kepada uda taubatlah dan buang lah fahaman yahudi laknatullah yang telah merosakkan akidah dan pegangan uda serta moga uda kenal islam sebenar aminnn

aidil said...

sesungguhnys solat itu amat berat, kecuali bagi yg mengetahuinya....

"dan berapa byk orang yg solat itu masuk neraka kerana hatinya lalai..." apalagi yg tak solat.?

belajarlah solat itu dengan penuh ikhlas...mintaklah taufik dan hidayah drpdNya....

wslam....

Dibawah Kilauan Pedang said...

salam.

saya percaya ramai di kalangan pembenci dan penyokong syiah sebenarnya tidak mempunyai maklumat lengkap/tepat tentang golongan ini. namun saya percaya meletakkan syiah dan keprcayaanya dalam satu perdebatan ilmiah amatlah bermanfaat kepada semua kita supaya dengan itu kita dapatmembuat penialaian dengan lebih adil. saya tidak tahu samada dr memahami bahasa arab ataupun tidak, jika mampu memahami bahasa arab ana merasakan amat baik jika dr dan kita semua menilai syiah atau menambah sedikit pengetahuan tentang syiah melalui satu perdebatan yang sangat menarik di antara syiah dan sunni pada ramadhan baru2 ini yang disiarkan secara langsung di tv2 semenanjung tanah arab, mudahan2 kita semua mendapat petunjuk dariNya.http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DGeEYNDaC02A%26feature%3Dgrec_index&h=f1042. kalau boleh berbahasa arab sila tengok setiap siri ini melalui youtube.

Dr Faisal Tehrani said...

Di Bawah Kilauan Pedang
You miss my point AGAIN: Umat Islam leka mendebatkan samada mana satu yang benar, meluruskan (syiah) atau mendekap (sunni) tangan ketika bersolat. Sedang dalam masa yang sama musuh bersatu
merancang untuk memotong sama sekali tangan kita - Almarhum Imam Ruhullah Khomeini.

ONEMANSHOW said...

Untuk saudaraku Uda,

Pernah belajar atau dengar tentang`hubbu jah'? iaitu bab membicarakan kecintaan terhadap populariti. byk yg dibincangkan ulama dalam bab ini. sila rujuk dan baca.
contoh : adakah riya' jika kita sebut" saya ustaz"
Adakah dikira kita riya' pergi solat berjamaah tiap2 waktu di masjid dengan melalui pasaraya yang ramai org...dan kita berpakaian kopiah dan sebagainya?
belajarlah lagi.

raudhah said...

Ya Allah, jauhkanla aku dengan org yg bermentalitikan mental uda ni.

Uda, u sepatutnya malu ngn sikap u yang mcm @#%^&*&* (aku sangat marah ngn kau ni!!!).

Pinta aku, wat uda, bertaubatlah.

aidil said...

maaf Tuan Dr,

saya ada paste salah satu gambar solat dari blog tuan utk story dlm blog sya. feel excited reading your blog anyway.keep it up all the way.

tq.
aidil
http://balikkesana.blogspot.com

fit3sha said...

hahahaha.salute giler same die nie,,n salute kat ko gak bro

Nor said...

Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad!