22 December 2010

Hantar Penerjun Syiah Ke Sukan Olimpik 2012!

Saya ingin merujuk berita yang dilaporkan oleh Berita Harian 2010/12/17 tentang pencabulan hak asasi minoriti syiah di Gombak, minggu lepas. Berita tersebut yang dapat di klik di sini melaporkan:

"Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.

Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.

Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS."

Okay, marilah saya mengajak saudara merenung dengan akal yang waras. Saya ini seorang sasterawan, sebagai seorang pengarang - ilmu lojik mesti saya kuasai untuk mencipta naratif.

Saya sekarang mahu bertanya kepada tuan-tuan, 'lojikkah berpuluh orang melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan 4 tingkat?'.

Soalan saya seterusnya, 'bagaimana mereka melarikan diri itu, terjun bangunankah?'

Muncul soalan berikut, 'adakah mereka menggunakan tali lalu buat bungee jumping?'

Soalan keempat, 'adakah mereka patah kaki, cedera parah atau mati ketika terjun itu?'

Soalan kelima, 'jika laporan ini benar, mengapakah tiada sekeping foto pun gambar atau detik cemas penerjunan itu dilakukan?'

Soalan keenam, 'tidakkah wartawan yang membuat laporan ini, namanya: Norhashimah Mohd Radzali, Suhana Roslan dan Nor Hatina Shuib' (ketiga-tiganya wanita Islam) berasa malu berbohong?'

Soalan ketujuh, 'apa pandangan tuan-tuan, apa kata kita kesani syiah yang pandai memanjat dan terjun ini lalu hantar ke Sukan Olimpik 2012 di London, mungkinkah kita akan memenangi banyak pingat emas dalam acara olahraga kelak?' Harapan saya, Kementerian Belia dan Sukan boleh bekerjasama dengan syiah-syiah hebat ini kelak.

Soalan kelapan, 'kalau berpuluh orang itu melompat dari tingkat 4 bangunan tentulah pasukan bomba harus menyambut mereka seorang demi seorang bukan?'

Soalan kesembilan, 'adakah syiah Malaysia ini kucing atau Batman?'

Soalan kesepuluh, 'ketika berpuluh orang itu melompat dari bumbung bangunan 4 tingkat mereka dikatakan bertakbir, saya mahu belajar takbir syiah ini kerana ternyata sungguh power, tidak begitu?'

Soalan kesebelas, 'berpuluh orang yang melarikan diri menerusi bumbung bangunan 4 tingkat tersebut mungkin bukan kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS); tetapi mungkin mereka ahli stunt dari Iran, bukan begitu?'

Ada satu lagi soalan nak melengkapkan ia jadi dua belas. Kalau tuan-tuan ada masa, bolehlah fikir-fikirkan.

Halo, what a crap! Kalau tengok liputan media antarabangsa tentang insiden pencabulan hak asasi minoriti ini, kita akan dapati rumusannya: What a joke. Buat malu Malaysia saja. Dah jadi satu hal lagi pula, sah-sah orang "sebelah rumah" kata kita incompetent sekali lagi.

Saudara, terlalu banyak penipuan yang dilakukan terhadap kaum minoriti syiah.

Nasihat saya hentikanlah propaganda ala bani Umaiyyah ini. Kita di era teknologi maklumat. Kebenaran di hujung jari bagi mereka yang ingin mencari.

Untuk memulakan pencarian (dengan izin) let me start with this: an inference is valid when it is impossible for its premises to be true and its conclusion false. Dan untuk makluman tuan-tuan sejak Imam al-Ghazali mengkafirkan Ibnu Sina dan Ibnu Farabi (kedua-dua saintis dan ahli falsafah ini bermazhab syiah, jadi lepas ini jangan sekali-kali akui mereka Muslim, kalau tahu malu) ilmu di atas telah malap.

Itu tuan-tuan, dinamakan syllogisms! Dan nampaknya betullah, tahafut tahafut tahafut...

* Gambar perempuan, (sunni agaknya) nak terjun dari bumbung 4 tingkat di atas hanyalah hiasan, sumber foto di sini.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Adik-adik wahabi dipersilakan mengundi, boleh tekan punat banyak kali jika mahu.

50 comments:

Razif said...

artikel yang sinis!

setuju dgn dr.faisal...saya ada juga terfikir mengapa Malaysia begitu rigid terhadap penangkapan Syiah tempohari kemudian pada keesokannya, Dato' Jamil Khir mengumumkan yg Malaysia menghormati perbezaan mazhab dan pandangan (beliau merujuk kpd hubungan diplomatik Malaysia-Iran)Mungkin takut diserang nuklear (^_^)

faizin said...
This comment has been removed by the author.
lalok said...

agaknya kalau lensa 999 bulan ni tak kabur..kita boleh tengok adegan mcm kat dalam filem yamakasi..nanti byk la geng2 depa ni yg akan diambil berlakon untuk movie2 action tempatan..kita kena buat sesuatu..nanti artis kita pun akan teringin nak jadi syiah..tak ka haru..masa dalam sunni dah haru dah..masuk syiah lagi haru la..habis rahsia agama kita akan dapat kat syiah..kita kena pantau nih..

Pak Oncu said...

N3yg hebat,,,,,,,,,,

vanhidayat said...

salam saudara,

sedih pilu hati saya membaca "entry" saudara ni.. lebih sedih lagi bila terlewat tahu tentang perkara "bizarre" ni, sebab memang tak baca sgt pun surat khabar tu...
kah..kah..kah..

kenapa takde gambar pemanjat2 ni? boleh lawan "spiderman" dari perancis ..Malaysia Boleh!!!

HANG JEBAT said...

aku tak nampak lebih dari apa kau nak pertahankan syiah, berbagai tulisan kau buat untuk mempertahankan ke'syiah'an kau ,,kau mengaku saje kau memang pengikut syiah jangan memperdaya masyarakat ok..

Dr Faisal Tehrani said...

Tuan2,
Selalukan orang akan memberitahu saya, "Dr FT kami tidak tahu pun syaih rupa2nya begini begitu atau begitu begini."

Saya jawab 'Ada banyak penipuan tentang mereka.'

Mereka menjawab, 'Tapi kami tidak percaya.'

Nah, tuan-tuan - jika saudara orang pandai maka saudara berfikir kerana akal adalah ciptaan Allah yang paling hebat untuk kita manusia.

Akan tetapi, masih banyak orang yang khusrin iaitu kerugian. Manusia bernama HANG JEBAT adalah salah satu contoh di atas.

Begitulah syiah dijadikan mangsa penyelewengan maklumat sejak zaman Umaiyyah.

Selamat berkenal-kenal dengan dunia aneh ini, ya, walaupun kita sudah masuk alaf baharu!

Mardawiyyah said...

Salam wa rahmah,

Saya tersengih di depan PC tatkala membaca artikel Dr..Sgt membuka minda (dan menghiburkan)..tapi itulah realitinya..Jika bertanya tentang seseorang dari musunya..sudah pasti kita akan disajikan dgn sejuta pembohongan yang menjelikkan..lebih adil jika kita mengenali mereka dgn menyelami sendiri kehidupan seseorang itu sendiri bukan ?Yang banyak tidak semestinya menang dan yang menang tidak semestinya benar..

Mohd Shaifulizam said...

Salam saudara Faisal,

1. Saya bukan pengikut Syiah, walau bagaimanapun, dari peribadi saya, tak wajar isu mendedahkan kepincangan Syiah secara terbuka..

2. Rukun Islam menetapkan Dua Kalimah Syahadah adalah salah satu paksi persaudaraan sesama islam..

3. Maka, selagi Syiah mengakui rukun tersebut, wajib kita mempertahankan hak mereka..

zamsalam.sabah.

p/s: Musuh sebenar manusia adalah Syaitan yg direjam. Jelmaan mereka di dunia dizahirkan melalui Zionis Yahudi.

Muslim Aqil said...

Salam

@Hang Jebat : Dan anda bermati-matian mempertahankan fitnah dari sisi anda.
Jujurnya, Anda penderhaka. Nak tau anda menderhaka kpd siapa? Anda penderhaka Nabi saaw. Anda menafikan janji Nabi saaw. Anda membutakan mata. Anda memekakkan telinga. Anda tidak rajin membaca. Itulah yang saya nampak dari anda. dan Itulah yang anda tak nampak apa yang saya nampak.

1. Al-Khawarizimi al-Hanafi juga meriwayatkan di dalam Manaqibnya hadith yang panjang dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas marfu':'Sesungguhnya Jibra'il memberitahu bahawa 'Ali dan Syi'ahnya bergembira bersama Muhammad di syurga.'
[al-Manaqib, hlm. 120]

2. Ibn al-Maghazali al-Syafi'i di dalam Manaqibnya dengan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa dia berkata: Nabi SAWAW bersabda:'Ummat aku yang akan memasuki syurga sebanyak tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.' Kemudian beliau berpaling kepada 'Ali AS dan bersabda:'Mereka itu adalah Syi'ah anda dan anda adalah imam mereka.'
[al-Manaqib, hlm. 79]

3. Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah, al-Syablanji di dalam Nur al-Absar meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa dia berkata: Manakala turunnya ayat (Surah al-Bayyinah(98): 7), Nabi SAWAW bersabda kepada 'Ali:'Anda dan Syi'ah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan redha dan meredhai, sementara musuh-musuh anda datang di dalam keadaan marah dan terbelenggu.'
[al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 105 dan Nur al-Absar, hlm. 102]


Sekarang saya tahu kenapa anda benci terhadap mazhab Syiah. Anda cemburu dengan kelebihan Syiah. Dan sekarang, saya tahu, Nabi saaw tidak memilih anda sebagai Umat yang beruntung (berjaya) kelak.

Anda ni terlalu banyak berkhayal. Terpengaruh dengan dongengan kartun-kartun Jepun. Bekerja (berusaha) taknak. Mencari rezeki (ilmu) pun taknak. Hanya mahu disuap.. ibarat menyuap di paruh angsa.

Semoga anda belajar berfikir dengan akal. Jangan sia-siakan kurniaan Rabb. Jika taknak guna akal, simpan sahaja masuk poket. Bila nak guna, pakai. Tak guna, simpan. Tapi saya tak fikir anda akan menggunakan akal sebaiknya.

Nota : Adakah anda tergolong dalam lingkungan seperti yang dijanjikan oleh Nabi saaw?

Wassalam.

Adilla Harun said...

Dalam dunia kini menagih kita untuk lebih berhati-hati. Jangan terlalu menilai dari permukaan. Saya tidak pandai tantang sejarah dan hadis, kerana tiada pengkhususan ke arah itu. Namun kita boleh belajar memahami walau secara perlahan.

Jika membaca sesuatu, jangan terus diserap dan diimani. Manusia itu amat pelbagai. Proses terhasilnya bahan cetak yang kita baca itu amat banyak. Jadi wajar pula kita berfikir semasa membacanya.

Mesti wujudkan soal-jawab dalam diri dan cuba capai jawapannya. Dari situ akal akan diasah dan pohon pada Allah untuk kebenaran. Insyaallah kita akan ditunjukkan. Hanya Allah pemilik cahaya dan siapa yang memohon, Insyaallah mendapatnya.

Lupi said...

Satu soalan,
apa kaitan yang kononnye, syiah menghalalkan darah sunni, syiah menganggap selain syiah yang lain2 tu kafir, Hasan, dan Hussein.

dan kenapa semua orang tak suka syiah in the first place?

saya tak menyebelahi mana-mana pihak.

Nabilah said...

Hang Jebat belum ber'evolusi'...

"Can you imagine we Sunnis are 90% of the Muslim world and the ten percent who are Shias want to be partners and brothers with you in faith and the 90% are terrified. I cant understand why should you the 90% be so terrified. They should be the ones terrified." [Sh. Ahmed Deedat]

http://www.introducingislam.org/info/iranreborn/title.php

PUREHADHARIST said...

Salam Dr FT,

Soalan ke 12:-

Jika benar syiah menghalalkan darah orang sunni dan membunuh sunni dapat pahala dan masuk syurga, mengapa mereka yang terjun, kan ke lebih afdal jika mereka membaling ke bawah orang-orangh yang datang menyerbu mereka?

Enoch DreamWalker said...

Betul kata Hang Tuah, Jebat memang derhaka. Kalau la Hang Tehrani mengaku dia Syiah pun, yang tu membatalkan kebenaran dalil dia ke Jebat? adakah jika terbukti dia Syi'ah , 1 + 1 bukan 2? "Jangan lihat siapa yang berkata, dengar apa yang ia perkatakan".-Ali R.A (takkan sebab dia Ali nak reject ayat dia Jebat? Ke nak dengar ayat dari Pak Wahhab baru puas hati?)

Nak bagi Jebat puas hati, mengaku saja lah Dr, mcm tok Syekh Syafi'e keturunan Farsi, "Kalau mencintai keluarga Rasulullah itu Syiah, maka aku Syiah" Bukan Jebat boleh buat apa, lebih2 dia kafirkan Dr, lepas tu ketawa sorg2, lalu solat, dan masuk syurga. Ye Jebat?
Sebab tu 'syiah2 Jebat' tak ke mana, sebab mentaliti macam ni lah.

MBP 2587 said...

Temuramah TV Hijrah 2
Interview with Hijrah TV with Ustaz Haji Kamil Zuhairi bin Haji Abdul Aziz - regarding the Shiitesm in Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=ow_KpxXMcRQ

Enoch DreamWalker said...

Nak share sesuatu dengan Dr, or most likely u're aware of it. http://www.abna.ir/data.asp?lang=12&id=192898

szack12 said...

kejahilan manusia ada dua jenis

pertama: dia tau yang dia tak tau
kedua: dia tak tau yang dia tak tau

jadi hang jebat, agak2nya saudara di kategori mana?

agama ni mesti dipelajari dan bukan hanya diikuti secara buta. yang membezakan manusia dengan keldai atau apa jua makhluk lain adalah akal.

salawat

Dr Faisal Tehrani said...

Enoch

Saya sudah dihantar oleh seseorang secara anonymous link tersebut Itulah saya katakan, tak pasal2 Malaysia dapat malu.

Ini namanya menjolok sarang tebuan. Mereka duduk elok2, diam2 dan tak mengacau orang dalam sarang, kita pergi jolok maka keluarlah habis.

Sekarang dah panik tak tahu nak kontrol.

Ini zaman 2010 di ambang 2011, bukan macam tahun 2000, orang belum kenal sanagt internet.

Saya berpendapat PM mesti ambil tindakan tegas terhadap JAKIM dan pengarahnya yang telah menampakkan beliau iaitu PM dan kerajaannya, well sorry to leak the word out: in·com·pe·tent

zizou said...

salam..
dr,nk kongsi skit ngn dr..

nie sy rsa anak pak wahab yg wat..tgk nie drhttp://www.facebook.com/notes/membongkar-syiah-iran/amaran-jakim-buat-peminat-faisal-tehrani/182716445087292

pembaca buku said...

Alahai zizou,

Dalam facebook itu cuma cut and paste sahaja daripada abu haseef a.k.a ustaz aizam. Orang yang memotong dan menampalnya itu tidak mempunyai akal untuk mengatakan sendiri apa yang difikirkannya.

Saya sudah temui abu haseef a.k.a ustaz aizam itu di blognya terlebih dahulu. Saya meminta beliau jelaskan kenyataan dolak-dalik menteri dalam akhbar.

Hari ini, baru saya teringat untuk melawatnya. Tup tup blognya dibuka untuk invited readers only.

Entah mengapa.

Sepanjang jalan..sejuta wajah.. said...

Mengapa syiah benci Abu Bakr, Umar, Usman....

po-g said...

salam Dr FT,apakah hikmah disebalik serbuan ini di negara msia,adakah ini akan meningkatkn kesedaran org ramai utk mengenali dan mengkaji saudara muslim mereka?

Dr Faisal Tehrani said...

Sepanjang jalan sejuta wajah,

Hah, sebab itulah kita kena berdialog dengan orang syiah. saya tak boleh lah nak jawab bagi pihak mereka. JAIS kenalah berdialog dengan ketua mereka. Bukan tak pasal2 serbu, abused their rights dan fitnah mereka.

Betul tak?

behlul said...

assalamualaikum..

hang jebat : kalau dia syiah.. dah tentu aku kenal dia.. nak tahu kenapa.. sebab kalau dia orang kampung saya.. cuma dia aja tak kenal saya.. family dia saya kenal..
tak usahlh nak burukkan orang.. sekurangnya dia jenis berterus terang.. seperkara lagi kalau dia cakap tentang syiah maka dia adalah syiah, maka banyaklah orang yang memahami konsep sekular dan marxis maka kita leh kata mereka ini komunis di malaysia.. tak gitu

FT.. saya org kg morten..

[ a D D y h A I K A L ] said...

assalamualaikum Dr..

wa agak kurang faham entri ini..
selepas membaca entri saudara dan membaca berita yang saudara link kan..

pemahaman wa ialah "berpuluh melarikan diri dengan memanjat" tu ibarat yang wa dan beberapa rakan yang cuba melarikan diri dari kantoi dengan warden kerana tidak solat suboh jemaah..

okay yang itu adalah contoh bukannya wa lakukan sebetulnya..namun situasi tersebut pernah berlaku..

oleh kerana wa x tau situasi bangunan tersebut wa andaikan bangunan tersebut seperti sekolah rendah wa srk methodist acs yang bumbungnya terbuka dan ada pintu untuk keluar ke bumbung tersebut..

dan kemungkinan untuk berpuluh naik mungkin ada benarnya..

kerana bagi penulis, menggahkan sesuatu berita ialah tanggungjawab mereka..mungkin cuma lebih dari sepuluh orang, namun mereka masih menganggap berpuluh juga..

cerita tentang terjun itu andaian saudara juga kan..

oleh hal yang demikian, apa yang wa tulis ni pun andaian wa..

Dr Faisal Tehrani said...

addyhaikal

Lu cuba cari paper metro dan kosmo hari yang sama. ada gambar bangunan tu. lu tengok video mymetro, lu akan dapati aksi stunt itu adalah khayalan belaka.

Sebab itu wa kata: an inference is valid when it is impossible for its premises to be true and its conclusion false.

warga marhaen said...

tuan,

sy dah lama mengikuti blog tuan yg kwn sy kata pro syiah ni bertahun2...sy juga mengikuti hasil kajian mereka yg anti syiah berbulan lamanya..dan sy bandingkan...sy lebih meminati kupasan berilmu tuan...sy runsing mengikuti hasil kajian mereka..semuanya haram...but sorry to say, yg mereka kutukkan sgt itu lebih baik fiilnya dr mereka..

bg pihak seperti sy, sy mempercayai golongan ali itu terpecah menjadi 3...mgkn yg tuan sukakan yg satu itu...tetapi mereka sukakan yg hangat...x mahu mencari titik persamaan...bg sy tuan manusia penting dalam pembangunan kerohanian sy, ini pujian ikhlas utk tuan, kerana sy rasakan ikhlas tuan mengaji untuk islam,budaya melayu dan mahu kita mencontohi mereka..biarlah tuan tohmahan mereka...sy bersikap mengambil yg baik2 sahaja...bukankah kita juga ada lompongnya?

bersepah page di facebook menghina tuan pada hemat sy, biarkan mereka, sy juga pernah ragu dengan pendapat tuan, ttp sy cuba mencari perkara yg baik2 hingga sy yakin kembali dgn pendapat tuan itu, bg sy tuan hanya melampiaskan yang tuan tahu, yang tuan mahu kongsikan, yang tuan telah mahir dengannya, yg tuan telah kaji..

sy muak dgn sikap mengkafiran mereka, sana sini kafir, sempit benar islam ini bg mereka, dan mereka mengatakan islam itu tidak sempit..bagaimana sy mahu belajar dengan mereka, ke iran pun mereka x pernah.

biarlah mereka tuan, sy terus mengagumi tuan dan karya tuan,terutamanya manikam kalbu..

sy yakin tuan itu tahu yg benar dan yang salah, dan semua org sy fikir tahu membezakan..cuma x mahu...

teruslah menyatakan kebenaran,sy berdoa untuk kebenaran itu tuan.

asslamualaikum.

Undertaker said...

Umat Islam Umat nabi Muhamad 73 puak 1 masuk Syurga 72 Puak masuk Neraka.Bermakana yang Sikit Masuk Syurga yang Banyak Masuk Neraka.tapi sekarang mari kita lihat secara realiti dan rasionalnya.Golongan yang Paling bayak siapa? Bukan kah Sunni dan dan yang sikit ialah Golongan Syiah Ahlu bait.Jadi tuan fikir lah sendiri.mana yang betoi.

mistis said...

Salam Dr. Faisal,

"Saya secara peribadi mengkaji syiah setelah membawa riwayat hidup Imam Syafie. Beliau mengaku beliau syiah dalam sebuah syairnya. Itulah puncanya saya mengkaji syiah. Lihat Fihrist Ibn Al-Nadim"

Saya dengan penuh sopan minta saudara nyatakan syair Imam Syafie yang menyatakan beliau adalah syiah itu.

Mungkin yang Sunni ini tertanya-tanya apakah imam Mazhab mereka benar-benar Syiah.


Sekian terima kasih

mohd ihsam zainuddin said...

macam cerita keluang man pulak dr ft!surat khabar kt malaysia ni mmg mcm tu..suka tambah2 cerita nak bagi tertarik! bak kata ketua pengarah IKIM DATO DR NIK MUSTAFA NIK HASSAN ; "Yang penting faham. Itu sebabnya kita mesti ada kefahaman.Perbezaan pandangan adalah perkara kecil, bukan perkara asas.Iktikad tidak berbeza..."

fulisiakantora said...

Assalamulaikum, tak payah nak pening2la psl mazhab ni, aku dah letih nak berhujah dgn puak2 yg suka TEGAKKAN BENANG YG DIBASAHI DIESEL. Senang mcm nilah, apa pun yg ko nak pegang itu semua hak kau, ada 73 pintu 73 jalan... yg menuju kpd ALLAH hanya SATU!! kalau kau rasa TAKSUB dgn keturunan Rasulullah SAW ini boleh mendekatkan diri kau kpd ALLAH, teruskan!! kalau kau pegang dgn MENKAFIRKAN Sahabat2 Nabi SAW boleh membuat Rasulullah SENYUM, makilah!! kalau kau memang suka utk cederakan diri kau secara SUKA2 lepas tu menyamakan dgn perbuatan BIDAAH lagi KURAFAT kau tu dgn ZIKRULLAH, pukullah!! menghina AL-QURAN dgn mengatakan kitab itu kitab SEKERAT TAK CUKUP SIFAT sbg akidah kau, hinalah!! Apa pun tindakan puak2 kau, Rasulullah SAW tidak pernah mengajar aku supaya KAFIRKAN saudara aku selagi mana dia melakukan solat (walaupun solat syiah ni pelik, sujud atas 'batu'). KAFIRKAN pun tak boleh nikan pulak SEMBELIH!! mana kitab kau ikut aku pun tak pasti (bukan Quran kot). apa2 pun nak ingatkan diri aku & kawan2, aku tidak pernah menidakkan ahlul bait cuma aku berpegang kpd ajaran Rasulullah SAW yg mengatakan yg kita semua ni umat2nya adalah sama termasuk ahlul bait(TIDAK MAKSUM), yg membezakan kita dgn yg lain adalah TAQWA & amalan2 soleh. wallahuaalam... (harap disiarkan kalau tuan IKHLAS)

Dr Faisal Tehrani said...

mistis

ramai orang yang bersopan, saya layan, contoh sdr syaibani. saya sanggup tulis dalam kotak konmen ini panjang2 sebab saya rasai kejujurannya. tetapi saudara saya tak berminat nak layan; profil pun tak ada bila diklik.

still, if you're really interested you can go and search, seperti yang saya katakan: hari ini kebenaran ada di hujung jari.

Dr Faisal Tehrani said...

fulisia,

kenapa marah2 ni? puak2 syiah ni minta berdialog dengan pihak berkuasa yang saudara dengkikan sangat kenapa? kalau mereka iklankan majlis dialog itu saya rasa saudara wajar diundang, you can use your tanda seruan (!) banyak2 di sana.

bertenanglah. kita cakap pasal abused of rights kan?

kalau apa yang saudara katakan itu benar, kalau kata saya, maka itu hak mereka; kita tentu tak boleh nak bising kepada penganut hindu kenapa mereka meraikan thaipusam kan?

macam saya dah kata. syiah pun manusia. kalau muslim bagi hak sebagai muslim. dialoglah. kalau kafir bagi hak sebagai kafir. dialoglah.

dah ya, jangan marah2 lagi. tak baik. cepat tua nanti.

Hafiz said...

Agaknya selepas ini baru mereka semua yang suka tuduh-tuduh akan berfikir. Betapa bodoh yang amat sangat mereka memalsukan keadaan.
hehehehe..
Berani kerana benar..;)

fulisiakantora said...

Assalamualaikum saudara UNDERTAKER, tak sangka pulak betapa dangkalnya pemikiran tuan tentang hujah 73 pintu & jalan ni. Kalau tuan memandai2 mengandaikan mana yg lebih sikit itu yg masuk syurga, sudah pasti pengikut ajaran ayah pin pun boleh mengatakan mereka lebih sedikit dari puak syiah lalu tergolong dlm puak TERPILIH. Lalu pemuja rasul sesat org melayu pun terhegeh2 boleh claim yg mereka lagi sikit. Hujah 73 pintu 73 jalan ni bukan menggambarkan sikit atau banyak pengikut sesuatu puak tapi lebih kpd siapa yg lebih bertaqwa dgn berlandaskan Al-Quran & As-sunnah (aku tak kata ASWJ yg terpilih) sambil mengharap redha ALLAH. Ini semua urusan tuhan, tak payah la kau susah2 nak ganti ALLAH. Takbir!!!

fulisiakantora said...

Assalamualaikum tuan dr., he he... bukan marah tapi geram. Aku nak tanya tuan balik soalan aku yg tuan tak nak atau mengelak utk jawab, kalau boleh jawab secara jujur... 1: Adakah perbuatan mencederakan diri oleh puak syiah ini langsung dari Rasulullah SAW? 2: Menurut syiah, Al-Quran adalah kitab yg tidak lengkap... adakah ini fitnah atau akidah puak2 syiah? 3: kafirkan sahabat dlm solat, ucapan, ceramah puak syiah itu satu kebenaran atau fitnah terhadap syiah? 4: menghina Saidatina Aisyah itu juga fitnah atau rukun dlm ikutan syiah? 5: Mengkafirkan puak syiah yg menolak FATWA halalnya darah ahlul sunnah wal jamaah juga satu fitnah atau memang fatwa syiah? Banyak lagi aku nak tanya tapi cukuplah 5 yg ini. Selamat menjawab, Takbir!!

Dr Faisal Tehrani said...

fulisia

saya tidak tahu jawapan kepada soalan2 saudara. kerana itulah saya katakan, JAIS mesti berdialog dengan orang syiah bukan tangkap dan aibkan mereka.

jika saya dijemput ke dialog itu saya mahu datang kerana saya juga mahu dengar.

saya berpendapat orang awam seperti saudara juga mesti diberi akses untuk mendengar hujah mereka.

akan tetapi sekarang ini, mereka tidak diberi peluang berhujah.

Pencinta Ilmu said...

maaf, nak tanya...Imam Ghazali kafirkan dua tokoh kerana mereka syiah ke? kitab mana? setakat aku baca dalam kitab tahafut falasifah (kalu tak silap) masalah dua tokoh kerana beberapa fahaman yang bertentangan kaedah akidah asas seperti qadimnya alam dan lain-lain....cuba spesifik sikit..jangan hilang pertimbangan dek kerana taksub..

placee8 said...

Salam Dr
Saya 100% tidak setuju dgn tindakan JAIS ni.
Dan saya setuju dgn pendapat Pencinta Ilmu
boleh terangkan statement ini: "untuk makluman tuan-tuan sejak Imam al-Ghazali mengkafirkan Ibnu Sina dan Ibnu Farabi (kedua-dua saintis dan ahli falsafah ini bermazhab syiah, jadi lepas ini jangan sekali-kali akui mereka Muslim, kalau tahu malu) ilmu di atas telah malap"
Dr pembacaan saya, Al Ghazali mengkafirkan mereka bukan kerana mereka Syiah (ada pendapat: Ibn Sina adalah seorang penganut Batiniyah tetapi selalu berselindung dibalik jubah Syiah)ttp kerana bab2 falsafah
Harap Dr boleh terangkan lebih lanjut..TQ

pembaca buku said...

Faisal,
Nasihat saya: jangan dilayan sesiapa yang melolong-lolong tidak memahami isu sebenar dan tidak pula mahu mencari sendiri ini, tetapi bertanya-tanya pula dengan penuh biadab ini.

Mereka bukan tidak boleh mencari. Maklumat di hujung jari, dan sudah banyak link dan penjelasan yang diberikan secara ringkas oleh saudara-saudara syiah kita di sini. Hanya perlu mencari penjelasan teratur daripada bahan-bahan berautoriti sahaja.

Fulisia,
Nasihat saya juga kepada sdr: Jika sdr ikhlas mahu jawapan, sdr boleh mencarinya sendiri. Tidak perlu bertanya dengan memekik-mekik kepada tuan empunya blog ini. Katanya sdr ini generasi zaman itc, tetapi masih mahu disuap-suap pula.

Jika sdr tidak dapat nak bertenang, jangan baca blog faisal ini sehingga sdr benar-benar tenang. Ya? Saya seperti ternampak-nampak sdr akan terus kehilangan diri, jika begini.

Dr Faisal Tehrani said...

Salam Placee,

Sikap al Ghazali terhadap saintis2 Islam akan saya garap dalam sebuah buku bila tiba masanya. Saya sedang mengarang perlahan2. kalau saya beri rujukan pun tak guna, lihatlah apa yang berlaku kepada Saasatul Ibaad. saya dituduh karang pantun syiah, padahal pantun itu ada dalam Kurik Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua, 2005, halaman 617.

Saya pun tak tahu saudara placee ni terbit dari mana; jadi saya tak akan layan lanjut.

fulisiakantora said...

Assalamulaikum sahabatku si 'pembaca buku', adakah tindakan aku melontarkan soalan2 tentang syiah di dlm blog ini tidak dikategorikan sbg MENCARI juga? mungkin gaya penulisan aku agak keras tapi ini semata2 utk mencari kebenaran. Tindakan aku secara tidak langsung adalah satu penghargaan buat dr. FT kerana mencari ilmu melalui karyanya. 'Pembaca buku' bersetuju utk membuka ruang kpd puak2 syiah tapi cuba menyisihkan aku yg tgh belajar ni dari mencari ilmu. Dimana unsur dakwah pihak tuan jika ingin berhujah dgn org2 yg bersetuju sahaja? utk aku yg jahil ni siapa nak respon? Kalau nak dipegang dgn pendirian 'pembaca buku', Nabi Musa a.s tak payah nak susah2 la pergi tarbiah firaun tu... Rasulullah SAW pun tak payah la 'mengabihkan boreh' menyampaikan risalah ALLAH pd kafirun. Lebih baik Nabi2 tarbiah keturunan, sahabat2, rakan taulan sahaja kerana ini lebih mudah. Cubalah berdepan dgn aku bukannya mengelak sbb bg pemahaman aku puak2 yg suka mengelak ni puak2 yg tak cukup hujah. Tuan dr., kenapa nak tunggu perjumpaan rasmi puak syiah dgn pihak berkuasa (tah bila nak jadi) baru terjawab soalan aku?? Adakah tuan tak cukup hujah ataupun tuan MENGELAK? Takbir!!

hellmy said...

fulisiakantora,

Ingin saya rujuk pada apa yang anda cakap di sini,"aku tidak pernah menidakkan ahlul bait cuma aku berpegang kpd ajaran Rasulullah SAW yg mengatakan yg kita semua ni umat2nya adalah sama termasuk ahlul bait(TIDAK MAKSUM)".

Surah Al-Ahzab ayat 33 Allah swt menyucikan Ahlulbait,"Innamayuridullahu liyuzhiba ankumurrijsa ahlalbaiti wayutohhirokum tothiro" - Di sini jelas mereka bertaraf maksum. Peristiwa penyucian ini berlaku di rumah Ummu Salamah (salah seorang isteri nabi s.a.w). Ahlulbait yang dimaksudkan di sini adalah Muhammad s.a.w,Ali,Fatimah,Hasan & Husain.

Perkara ini disepakati bersama oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Cuma bergeser pendapat sama ada termasuk isteri-isteri nabi s.a.w atau tidak.

Tak percaya? Sertai mana2 tahlil kesyukuran atau arwah, selepas habis baca surah Yasin,salah satu ayat yang disebut sebelum membaca doa adalah ayat no.33 di atas.

Periksa dulu apa yang saya cakap ini. Jangan melulu. Nanti cepat berbulu :-)

Saya ulang,disepakati bersama di atas keMAKSUMan mereka (antara ASWJ dan Syiah).

Sekian.

Dr Faisal Tehrani said...

fulisia
saya tak tahu dah nak jawab soalan sdr. sebab memang saya tidak tahu, sebab itu saya kata saya nak tunggu dialog antara khusrin dan syiah. saya tentu tidak boleh memandai2 mengarang hujah bagi pihak mereka.

atau begini, apa kata saudara puasa sehari, solat hajat 2 rakaat dan dengan ikhlas sesungguh hati memohon Allah memberi petunjuk?

sekadar cadangan. kalau nak cuba boleh cuba.

fulisiakantora said...

Assalamualaikum dr., aku tak berapa nak faham dgn jawapan TAK TAHU tuan, sebelum tuan menjadi para pejuang syiah ini tidakkah tuan merasa simpati terhadap mereka dgn tohmahan2 yg kononnya dilempar terhadap syiah? Lalu dgn rasa yg amat kasihan, tuan mengaji & mengkaji perihal syiah ini luar dalam, tak mungkin tuan terlepas pandang tentang kononnya tohmahan2 yg dilemparkan ini. Jika benar semua 'TOHMAHAN2' yg aku senaraikan itu semuanya TOHMAHAN, kenapa tidak tuan menidakkan? Ataupun tuan mengambil jalan selamat utk tidak respon dgn soalan aku sbb sememangnya semua di atas itu KENYATAAN! p/s seronok pulak dgn tagline baru aku 'AKU TIDAK BERMAZHAB, TAPI AKU CINTAKAN RASULULLAH SAW'

Erti Kesenangan Dunia said...

golongan yg paling sikit....
yang di mengertikan hanyalah Para Solihin (dikalangan lelaki dan perempuan). Tetapi, tak tahu lah andai dikatakan orang solih itu dengan mengakui diri, seraya berkata: "sayalah orang yang soleh" sebab saya banyak beramal ibadah (solat wajib serta solat sunat tak terhitung lagi, zakat yg dikeluarkan melebihi dari orang lain, berpuasa penuh sebulan serta banyak puasa sunat, malah saya juga telah menunaikan haji). Maka, dengan amal ibadah yang banyak tersebut, ALLAH Ta'ala telah mengizinkan saya jadi kaya raya iaitu dengan menganugerahkan harta kemewahan dunia melimpah-melimpah kepada saya (*barangkali saya dimurahkan rezeki)."

pembaca buku said...

Faisal,

Budak fulisia itu: Sudah saya katakan, dia bukan hendak bertanya, dan bukan pula dia tidak tahu jawapannya; tetapi dia sekadar kehilangan dirinya.

Dia kata dia jahil, dia mahu belajar. Tetapi hatinya tidak terbuka untuk belajar. Jika hatinya jernih, dan dia sememangnya pengikut blog faisal selama ini, tentu dia telah dapat jawapan setiap soalan yang dilontarkan.

Hatinya percaya pada kebenaran itu, tetapi dia tidak mahu tunduk pada kebenaran itu. Maka dia semakin kehilangan dirinya kerana dia tidak tahu ke mana hendak ditujunya.

Sebab itu, saya minta dia bertenang. Ambil nafas dalam-dalam. Tutup blog ini sehari. Dan lupakan segalanya. Baca al-Quran banyak-banyak. Bila sudah jernih fikiran itu, barulah cari balik entri-entri lama tentang ahlul bait dan apa sahaja yang menjadi persoalan.

Saya kasihan padanya, tetapi dia tidak mengasihani dirinya sendiri. Mudah-mudahan dia tidak apa-apa.

azila said...

hehehe klakar betul entri ini.. apatah lg soalan ke-9.. bukan batman kita ada cicakman
ini berita hairan memang byk kelakar..sesuai baca cerita tentang Nabil aje.. Fasha sanda bolehlah diaorg boikot..
Apasal org berita ni nak menakutkan rakyat Malaysia terhadap org syiah camtu sgt..
gejala Adam lambert yg berleluasa nampak cam tak amik kesah pun..

chupa chup said...

ya allah..tkut nyer bile tbukak page ni..tgk ramai rupenyr org malaysie yg ikut syiah ni..selalu terfikir..kenapa la ramai org leh t'ikut ajaran sesat cm ayah pin tu..kte tgk pn xsemegah..tgk pn mcm dah sah2 ajran sesat..ngn krjn langit la pe la..tp ramai pengikut..plik sgt..tp ayah sy ckp sbb die mmg ade basic agama..bile smpai tahap die di pesongkan oleh bisikan syaitan dan di tipu oleh segala tipu daya syaitan..n die pn mnipu org len..org boleh t'pngruh sbb die ada basic agama..n pndai b'ckp..jd nmpk cm btol..so org t'pgruh..bhaye nyrr..cm skang ni..msing2 bijak bkate2 n pndai mengolah nmpk cm betol..mmg ptut la mlysie tidak iktiraf syiah, qadiani ni sume..sbb bhaye nyr..hujah mereka sume kunun atas nme islam gk..jgn jd cm indonesia, singapura..mmg krjn pn da iktiraf pgngn ni..oo..btw..dr faisal tehrani ni pn paras rupe nyr mcm indonesian..xpn jawo kuttt..

oh yee..yg dr. faisal tehrani nyr topik nii kn.. kn ade kunun 11 soalan yg kunun menjadi teka teki tuu..tp 11 soaln tu cm mksud die same jeerr..soaln die cmne sramai2 tu leh nek ats bumbung..dr soalan 1smpi 11..tp tuka struktur ayat je..tp mksud cm same je yer..

peace no war dr faisal tehrani =p