
Jika tiada aral saya akan muncul di TV Al Hijrah (klik sini) untuk membincangkan sekitar 'BUDAYA MEMBACA'. Tarikh: 19 Disember 2010. Hari: Ahad. Jam: 12.00 tengahari hingga 12.15 tengahari.
"Saya tidak bermazhab Syiah, tetapi saya mencintai Husain!" - Hamka

17 comments:
looking forward to watch...
thanx doc
Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata Anda
LIKE THIS!
Alhamdulillah
mesti tonton. saya berdoa pada tuhan agar bukan DR yang ditangkap oleh jabatan agama itu hari kerana menganuti syiah.
dr jisim
assalamualaikum..
emm.. sekejap sangat 15 minit tuh
Alahai, saya jarang menonton tv-tv ni. Bagaimana, ya, nak cari tv alhijrah ni? Memang ketinggalanlah saya ni...
Tapi, pasti akan kucari sampai dapat!
Itulah...bagaimana mahu mencari siaran ini di televisyen?
Salam!
Baru lepas tonton. Bernas soal-jawab. Kedai-kedai buku kena usahakan memperbanyakkan menjual buku-buku Bahasa Melayu. Barulah naik martabat Bahasa ibunda.
Semoga rakyat Malaysia lebih berilmu dengan lebih membaca. IQRA'
saya baru perasan caption dari hamka yang kat atas blog tu....itu menjernihkanbanyak kekeruhan antara saya dengan kengkawan saya
Jabatan Pengajian Tinggi diarah menyediakan laporan segera berhubung dakwaan ada warga dan pensyarah di kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terbabit dengan ajaran Syiah.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata jabatan itu sedang mengumpul data dan maklumat mengenai perkara itu untuk dibincangkan bagi menanganinya secepat mungkin
- Malaysiakini
Pentadbir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pensyarah atau penuntut yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
- Malaysiakini
Alhamdulillah....
Abu Najmi,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Enakmen Tajuk Undang-undang Keluarga Islam 1984, bab tafsiran perkara 2 (1) menyebut : Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan (salah satunya) :
"Hukum Syara' " ertinya hukum yang diterima oleh mazhab Syafie, Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syiah (Zaidiyyah dan Jaafariyyah)
Itu baru di peringkat negeri. JAKIM juga setahu saya tiada masalah dengan Syiah.
Di peringkat antarabangsa, Deklarasi Amman yang ditandatangani oleh Abdullah Ahmad Badawi, Anwar Ibrahim, Shahidan Kassim juga menyatakan tentang penerimaan mazhab Syiah terutamanya Jaafariyyah.
Fatwa Al-Azhar, Mufti Mesir juga tiada masalah dgn Syiah.
Jadi, yang ada masalah adalah penganut Wahabbi seperti anda. Diulangi (dengan izin, dalam Bahasa Inggeris - Wahabbi in closet)!
Kita yang bermazhab Shafie di sini tiada masalah langsung dgn Syiah.
Sekian
Saya membaca semula entri-entri tentang iran dan ahmadinejad di sini.
Tiba-tiba saya terfikir, jika syiah itu terkeluar daripada Islam, mengapa Presiden Ahmadinejad diizinkan bersolat Jumaat di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada tahun 2006 itu?
Tentulah sepatutnya pihak Jakim atau pihak-pihak lain harus menasihatinya untuk tidak bersolat bersama-sama umat Islam di sini supaya 'tidak mencemarkan' solat Jumaat itu.
Kemudian, presiden yang syiah ini menggunakan al-Quran untuk beristikharah, bersolat hajat kepada Allah di dalam terowong; ahli-ahli sukannya yang bertudung litup di Sukan Asia, lebih daripada atlet Islam Malaysia yang tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara; malah banyak perkara lain yang menunjukkan mereka dan pemimpin mereka itu jauh lebih advance tunduknya kepada Allah daripada kita dan pemimpin kita.
Mengapa pula mereka dikatakan sebagai sesat, sebagai terkeluar daripada Islam?
Aneh.
salam..
sy juga mengagumi rock star ini..krn sy juga prnah mbuat sdikit kajian tntang pmimpin2 di dunia antnya ialah rock star ini..
ttp apa yg sy ingin bertanyakan..tidak adakah pmimpin di
msia ini setanding rock star ni??
spt tok guru nik aziz@ tuan guru haji hadi..krn semasa sya belajar di salah sebuah ipta di pntai timur itu..mudah utk ketemu 2pmimpin ini dgn brpakaian sederhana dan selalu mengimami hampir setiap waktu..
apakah pndapat dr faisal tntang 2pmimpin yg sy katakan itu x setanding rock star ini???
Ramai yg jealous, tahniah Dr FT. Pandangan anda memang bernas.....
isu ini sengaja diperbesarkan utk memberi laluan kpd 'kesatuan' islam di malaysia yg semakin parah antara umno dan pas! isu-isu kenaikan harga barang dan minyak menjadi sebutan dan bualan warga malaysia pada masa ini.untuk menutup isu kenaikan harga brg ini kerajaan perlu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu lain yg menarik minat rakyat malaysia.Persoalannya, kenapa dari dulu lagi tidak ada penangkapan dibuat? kalau nak di katakan bahaya syiah ini, sudah tentu kerajaan akan menutup kedutaan iran di malaysia dan sebarang urusan dengan kerajaan iran! sdgkan semua tahu syiah yg ditangkap itulah yg dianuti oleh rakyat iran.. sekafir-kafir amerika itu pun tidak menjadi masalah kpd malaysia utk membuat sebarang hubungan. ini kan pula sesama org islam sendiri.. fikirlah! kita tidak ada masa utk bergaduh sesama islam lagi... kajilah segala enakmen dan perundangan islam yg ada! sudah tentu kita akan jumpa semua nenek moyang dan tok-tok alim dulu sudah sesat kerana bersandarkan rujukan para ulama faqih syiah..
Abu Najmi, tak patut kita gembira dengan kesusahan atau kepayahan yang sedang atau akan dilalui oleh orang lain. Tak kiralah orang itu kafir, apatah lagi seagama dengan kita. Mana dasar kemanusiaan itu anda letakkan? Atau anda tidak percaya pula pada dasar kemanusiaan? Hairan!
Dah dia (Abu Najmi) pun mmg Wahabbi. Apa dia fikir pasal nasib org lain. Cuba tengok di Iraq, Afghanistan dll. Hancur di tangan Wahabbi. Bom sana bom sini. Iran pun tak terlepas asyik dibom. Saudi tak usah cakaplah. Dah mmg negara dia.
Di Malaysia Wahabbi mcm dia ni berselindung di sebalik ASWJ. Bukannya kita tidak tahu :-)
Blog dia pun cuma ada 4 org pengikut. Alahai! Haha!
Bila saya berbual-bual santai dengan pasangan mengenai isu 'ini', kami memberi pandangan pada satu sama lain. Kami sememangnya bukan Syiah. Kami menurut Islam yang diajarkan oleh atau dipelajari dari ibu ayah, madrasah dan sekolah serta persekitaran Malaysia tercinta.
Namun tak mudah pula untuk kami menidakkan Syiah, apatah mengkafir atau menyesatkan mereka. Kami tiada bukti. Kami juga tidak tahu dan tidak mahu mereka-reka bukti.
Kita ketahui manusia ada berbagai rupa dan perangai. Jika ada yang yang ekstremis atau tersasar, jangan dikafir atau disesatkan yang lainnya. Menanti-nanti kemusnahan orang lain. Ingat!! Allah melihat menembus ke hati. Jika kita 'bertopeng' disebalik apa pun, wajah sebenar kita Allah mengetahui. Manusia pula akan menilai dari segi perlakuan dan pertuturan.
Post a Comment